zanatonmdnoor.files.wordpress.com  · web viewsri dhurga a/p karupiah wan hasnom binti wan ismail....

30
AMALAN PENGURUSAN SISA BUANGAN, PENJIMATAN SUMBER AIR DAN ELEKTRIK DI KAFETARIA KOLEJ IBU ZAIN , Fatinah Binti Mat Adnan, Nur Erwani Binti Rozi, Nur Syahfika Binti Abdul Shukor, Sri Dhurga a/p Karupiah Wan Hasnom binti Wan Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kajian kualitatif ini berbentuk kajian kes yang bertujuan untuk meneroka amalan pengurusan air, penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa buangan di kafetaria Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual dan pemerhatian. Soalan temu bual dibina secara separa berstruktur, manakala pemerhatian dilaksanakan secara pemantauan di sekitar kafetaria. Daripada hasil kajian, didapati pengurusan air dan penjimatan tenaga elektrik kurang ditekankan oleh pengusaha kafetaria dan tiada langkah penjimatan dibuat. Pengurusan sisa buangan dapat diuruskan dengan baik. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan pengurusan di kafetaria telah dicadangkan supaya kelemahan dapat diatasi untuk kemudahan masa akan datang dan menjadi amalan yang berterusan dalam usaha melestarikan alam sekitar. Kesimpulannya, kajian ini memberi banyak maklumat mengenai cara pengurusan air, penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa buangan dengan cara yang berhemah. Kata kunci: Kelestarian Alam Sekitar, Sisa buangan, Pengurusan air, Penjimatan elektrik 1

Upload: hathu

Post on 22-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AMALAN PENGURUSAN SISA BUANGAN, PENJIMATAN SUMBER AIR DAN ELEKTRIK DI KAFETARIA KOLEJ IBU ZAIN

,Fatinah Binti Mat Adnan, Nur Erwani Binti Rozi, Nur Syahfika Binti Abdul Shukor,

Sri Dhurga a/p Karupiah Wan Hasnom binti Wan Ismail

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian kualitatif ini berbentuk kajian kes yang bertujuan untuk meneroka amalan pengurusan

air, penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa buangan di kafetaria Kolej Ibu Zain,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen temu bual dan

pemerhatian. Soalan temu bual dibina secara separa berstruktur, manakala pemerhatian

dilaksanakan secara pemantauan di sekitar kafetaria. Daripada hasil kajian, didapati

pengurusan air dan penjimatan tenaga elektrik kurang ditekankan oleh pengusaha kafetaria

dan tiada langkah penjimatan dibuat. Pengurusan sisa buangan dapat diuruskan dengan baik.

Beberapa cadangan untuk penambahbaikan pengurusan di kafetaria telah dicadangkan supaya

kelemahan dapat diatasi untuk kemudahan masa akan datang dan menjadi amalan yang

berterusan dalam usaha melestarikan alam sekitar. Kesimpulannya, kajian ini memberi

banyak maklumat mengenai cara pengurusan air, penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan

sisa buangan dengan cara yang berhemah.

Kata kunci: Kelestarian Alam Sekitar, Sisa buangan, Pengurusan air, Penjimatan elektrik

1

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi masa kini merupakan suatu perubahan yang membawa negara

dan masyarakat ke arah yang lebih maju setaraf dengan dunia global. Peningkatan dan

pertambahan penduduk, kemajuan pembangunan dan perindustrian yang pesat akan

menyebabkan berlakunya proses penggunaan bahan dan tenaga yang banyak. Apabila

penggunaan bahan dan tenaga secara tidak seimbang akan menyebabkan pertambahan

sisa pepejal dan pembaziran tenaga dalam kalangan masyarakat setempat khususnya.

Pengurusan sisa pepejal telah menjadi masalah kepada masyarakat terutamanya di

kawasan bandar. Hal ini disebabkan oleh faktor kawasan yang terhad dan kos

pengurusan sisa pepejal ini adalah sangat tinggi. Walau bagaimanapun, masyarakat perlu

bertanggungjawab untuk memastikan penempatan, persekitaran atau premis sentiasa

berada dalam suasana yang sihat dan seterusnya mewujudkan komuniti yang harmoni

dan ceria. Menurut Teuku Afrizal dan Abdul Rahman Embong (2013) pengurusan sisa

pepejal adalah bermula di dalam isi rumah dan sekitar kawasan kediaman di mana ia

merupakan tanggungjawab komuniti itu sendiri.

1.1 Definisi sisa pepejal

Sisa pepejal merupakan apa-apa sahaja bahan yang tidak dikehendaki atau lebihan bahan

daripada proses yang laksanakan untuk pengeluaran sebarang produk. Ia juga boleh

ditakrifkan sebagai apa-apa bahan atau benda yang dikehendaki untuk pelupusan

disebabkan bahan itu sudah pecah, lusuh, tercemar, rosak dan bahan atau benda yang

dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk buangan

terjadual sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

[Akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan

Air 2006 [Akta 655] atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304].

1.1.1 Pengurusan sisa pepejal

Kerajaan telah berusaha dalam menangani isu tentang pengurusan sisa pepejal ini. Ini

termasuklah menubuhkan badan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam

pengurusan sisa pepejal. Pengurusan ini termasuklah pengasingan, penstoran,

pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan, pengitaran semula, pengolahan

dan pelupusan sisa pepejal terkawal. Pada tahun 1995, telah diluluskan oleh Jemaah 2

menteri berkaitan dengan Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

di Malaysia. Penswastaan telah dipersetujui dan dibahagikan mengikut zon iaitu zon

utara, zon selatan, zon tengah, zon Sarawak dan Zon Sabah. Cadangan penswastaan

berjalan di Semenanjung Malaysia, namun ianya tidak dapat diteruskan di Sabah dan

Sarawak disebabkan perbezaan perundangan. Kos yang terlalu tinggi di dalam

pengurusan sisa pepejal merupakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat bermula dari

kutipan, pengumpulan dan pengangkutan sampah ke tapak pelupusan di samping

kekurangan tenaga kerja dan sistem pengurusan yang teruk (Hasnah Ali et. al, 2012).

Bermula 1 September 2015, pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa

pepejal isi rumah secara berperingkat dan pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan

di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Negeri-negeri yang terlibat di bawah akta ini adalah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Akta

672 ada merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia

pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan

kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Proses pengasingan sisa pepejal adalah melibatkan tiga komposisi seperti sisa kitar

semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Pengutipan sisa pepejal ini dilakukan mengikut

jadual yang ditetapkan dan dikutip setiap minggu. Kutipan yang dilakukan adalah

mengikut sistem 2+1 di mana untuk sisa baki, kutipan dilakukan sebanyak dua kali

seminggu manakala untuk kutipan sisa kitar dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.

Pelbagai kaedah dilakukan untuk mengawal sisa pepejal ini antaranya melakukan kaedah

3R iaitu pengurangan penggunaan (Reduce), penggunaan semula (Reuse) dan kitar

semula (Recycle).

1.1.2 Jenis sisa pepejal terkawal

i. Sisa pepejal isi rumah

ii. Sisa pepejal import

iii. Sisa pepejal komersial

iv. Sisa pepejal keinstitusian

v. Sisa pepejal pembinaan

vi. Sisa pepejal perindustrian

vii. Sisa pepejal awam3

Tiga langkah mudah untuk mengasingkan sisa pepejal iaitu langkah yang pertama

hendaklah mengasingkan sisa mengikut jenis bahan yang ditetapkan, langkah kedua pula

simpan sementara sisa dalam bekas yang sesuai dan langkah ketiga letakkan di tepi tong

pada hari kutipan.

1.1.3 Agensi Penguat kuasa

Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Senarai Syarikat-syarikat Konsensi

Alam Flora Sdn. Bhd

SMW Environment Sdn. Bhd

4

Environment Idaman Sdn. Bhd

Jadual 1: Perbezaan di antara loji Waste to Energy dengan tapak pelupusan.

Loji Waste to Energy Tapak pelupusan

Loji merupakan kaedah rawatan Tapak pelupusan merupakan kaedah

pelupusan akhir

Dapat mengurangkan pencemaran bau Pencemaran bau yang sukar ditangani

Mampu mengurangkan sisa yang akan

dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%

dan membantu memanjangkan jangka hayat

tapak pelupusan sedia ada selain

mengurangkan persaingan guna tanah

Jumlah sisa yang dilupuskan di tapak

pelupusan adalah dalam kuantiti yang besar

dan menyebabkan jangka hayat tapak akan

lebih pendek dan meningkatkan persaingan

guna tanah

Proses penguraian melalui proses rawatan

adalah lebih cepat

Proses penguraian melalui proses biological

mengambil masa lebih panjang

Air larut resap yang dihasilkan lebih sedikit Air larut resap yang dihasilkan dalam kuantiti

yang banyak

Tiada penghasilan gas metana yang boleh

menyumbang kepada pemanasan global

Penghasilan gas metana daripada tapak-tapak

yang boleh mencemarkan alam sekitar dan

menyumbang pemanasan global

Kadar penghasilan tenaga diperbaharui

(renewable energy) lebih tinggi dan janaan

sisa boleh diperoleh lebih cepat

Menghasilkan tenaga diperbaharui

(renewable energy) lebih rendah dan janaan

sisa boleh diperoleh selepas beberapa tahun

Bekas tapak boleh diguna semula bagi

pelbagai maksud

Bekas tapak terhad untuk diguna semula dan

kebiasaannya dijadikan taman rekreasi

Sistem pelupusan sisa pepejal di Malaysia terbahagi kepada dua kaedah pelupusan iaitu:

i. Tapak pelupusan sanitari

Sisa pepejal diuruskan secara sistematik (lengkap dengan loji rawatan air larut

resap, paip pengumpulan gas dan lain-lain).

5

Penggunaan prinsip-prinsip kejuruteraan bagi memastikan rawatan dan

pengendalian yang betul untuk elak ancaman kesihatan dan keselamatan awam

dan alam sekitar.

ii. Tapak pelupusan bukan sanitari

Tidak diuruskan secara sistematik dan mencemarkan alam sekitar melalui

pelepasan air larut resap dan gas metana.

1.2 Pengurusan tenaga elektrik

Perubahan iklim dunia telah menjadi satu masalah besar kepada dunia abad ini. Faktor

kepada berlakunya perubahan iklim ini adalah disebabkan aktiviti dan tindakan manusia,

pemanasan global, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, El Nino dan Al Nino.

World Wide Fund of Nature (WWF) adalah merupakan sebuah organisasi yang

berperanan untuk melakukan perubahan kepada masyarakat. WWF adalah badan bukan

kerajaan yang ditubuhkan pada 21 April 1961 dan memfokuskan kehidupan alam sekitar

dan hidupan di sekelilingnya. Perubahan iklim yang berlaku masa kini menjadi salah satu

tumpuan organisasi WWF dan telah melaksanakan kempen ‘Earth Hour’. Kempen ini

bertujuan untuk mengajak masyarakat melakukan perubahan gaya hidup yang sederhana

iaitu dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Di samping itu, melalui kempen

‘Earth Hour’ ini juga pemanasan global dapat dikurangkan. Hal ini adalah kerana

peningkatan tenaga yang berlebihan di mana ia disebabkan oleh bahan bakar fosil

(minyak, arang batu dan sebagainya). Kempen ini dilakukan pada bulan Mac setiap tahun

dan bermula pada tahun 2007.

Pengurusan tenaga yang cekap oleh masyarakat perlulah diterapkan sama ada

melalui kempen-kempen alam sekitar atau pendidikan. Ini adalah penting kerana

kehidupan seharian masyarakat adalah bergantung sepenuhnya dengan penggunaan

tenaga elektrik. Ketiadaan elektrik akan menyebabkan aktiviti seharian akan terganggu.

Contohnya, di pejabat tenaga elektrik digunakan untuk penyaman udara, sistem

pencahayaan, sistem komunikasi dan sebagainya. Jadi, sekiranya berlakunya gangguan

bekalan tenaga elektrik segala aktiviti di dalam pejabat akan lumpuh. Justeru, pendekatan

tentang penjimatan tenaga perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelakkan

kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh pengurusan tenaga yang tidak cekap.

6

1.3 Pengurusan air

Air merupakan sumber asas kepada manusia selain daripada udara dan 1/3 daripada

permukaan bumi dilitupi oleh air laut. Perindustrian dan pembangunan yang pesat telah

menyebabkan berlaku perubahan ke atas alam sekitar, ini termasuklah dengan pembinaan

kilang-kilang industri. Peranan air dalam kehidupan seharian sangat besar kerana hampir

keseluruhan aktiviti masyarakat melibatkan penggunaan air. Tetapi pada zaman ini,

kerakusan hasil tangan manusia menyebabkan berlakunya pencemaran air seperti

pembuangan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia di mana ia berbentuk gas, pepejal

dan cecair. Pencemaran ini bukan hanya di sungai tetapi boleh berlaku kawasan

persisiran pantai, laut dan kawasan-kawasan yang terdapat air seperti kolam dan

sebagainya. Sebanyak 120000 jenis bahan kimia yang mencemarkan air dan tambahan

sebanyak 1000 jenis yang baru pada setiap tahun. Pencemaran air berlaku apabila

terdapat perubahan dari segi keadaan, kandungan, warna dan bau yang boleh

memudaratkan manusia. Dengan peningkatan bahan cemar ini akan menyebabkan kualiti

air akan menurun seterusnya akan merencatkan kuantiti air yang menjadi punca sumber

utama dalam kegiatan dan aktiviti manusia. Walau bagaimanapun, sebagai masyarakat

atau individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar akan bertindak untuk

memastikan persekitaran sentiasa berada dalam suasana yang bersih dan harmoni.

Pelbagai langkah untuk memastikan air sentiasa bersih dan bebas dari bahan cemar

antaranya termasuklah melakukan proses rawatan air.

1.3.1 Proses rawatan air

Berikut ialah langkah-langkah untuk proses rawatan air di loji pembersihan air:

i. Sumber air mentah : sumber air mentah diperoleh dari

sungai yang berhampiran dengan loji di mana air sungai dipam menggunakan

pam selam.

ii. Saringan (screening) : air mentah akan melalui proses

penyaringan di muka sauk (intake) untuk penapisan awal bagi mengasingkan

bahan bahan fizikal seperti kayu, pasir, rumput rampai dan lain-lain.

iii. Pengudaraan (Aeration) : air mentah dipam ke tangki pengudaraan

(cascade aerator).  Proses ini adalah untuk memastikan kandungan oksigen

meningkat dan air perlu didedahkan kepada atmosfera di samping untuk

menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan. Proses ini

7

juga boleh mengoksidakan besi (ferum) dan manganese terlarut kepada keadaan

tidak larut dan mendak.

iv. Pengentalan (Flocculation) : bahan kimia cecair tawas (liquid

aluminium sulphate) akan didos ke dalam air mentah selepas proses pengudaraan.

Air seterusnya mengalir ke dua buah tangki pengentalan (flocculation). Tindak

balas kimia akan menyebabkan zarah-zarah halus bercantum membentuk kentalan

(flock) yang lebih besar dan berat. Bagi memperoleh pengentalan yang optima,

aliran di tangki pengentalan mesti terkawal.  Bakteria dan warna yang terdapat

dalam air akan diperangkap oleh kentalan yang terbentuk. Untuk memastikan

kentalan membentuk dengan baik dan memudahkan proses pengenapan dos tawas

yang digunakan haruslah bertepatan.

v. Pengenapan (Sedimentation) : air yang mengandungi kentalan (flock) akan

mengalir ke dalam tangki pengenapan.  Kentalan yang telah bercantum menjadi

besar dan berat akan terus mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation

tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.

vi. Penapisan (Filtering) : air akan mengalir ke tangki penapisan. Air

akan melalui pasir penapis di mana kentalan yang halus akan terperangkap pada

pasir penapis tersebut. Paip-paip di bawah pasir penapis ini akan menerima air

jernih yang telah ditapis.  Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci

pada masa-masa tertentu. Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini

dikendalikan secara automatik.

vii. Pengklorinan (Chlorination) : air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki

yang mengandungi air bersih (klorin didoskan). Pengedosan klorin adalah untuk

membunuh kuman serta mikroorganisma agar air selamat diminum.

viii. Penyesuaian pH (pH adjustment): kapur terhidrat (Hydrated lime) digunakan

untuk memastikan nilai pH air bersih dalam julat yang dikehendaki. pH air

menjadi rendah semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu

kapur didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH. Nilai pH

yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia berasid (rendah) ia akan menghakis

paip bekalan air dan jika beralkali, ia akan membentuk mendapan pada sistem

bekalan air.

8

ix. Pemfluoridaan (Fluoridasi) : bahan kimia 'sodium fluoride' juga

didos dalam air bersih. Fluorida didoskan untuk membantu menjaga kesihatan

gigi pada kanak-kanak.

x. Tangki Air Bersih : air yang bersih akan disimpan di dalam

tangki air bersih sebelum diagihkan.

xi. Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring) : Ujian kualiti air dijalankan

ke atas contoh air mentah, air mendap dan air bersih. Contoh air diambil setiap

dua jam dan diuji di makmal loji untuk memastikan air yang dibekalkan adalah

mematuhi nilai piawai seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia. 

xii. Sistem Agihan Air : dari tangki air bersih, air di pam ke

kolam takungan

2.0 PENGENALAN KAFETARIA IBU ZAIN

Pengenalan Kolej Ibu Zain

Segala maklumat dan gambar yang merujuk kepada sumber dari Laman Web Rasmi

Kolej Ibu Zain yang merangkumi pengenalan, kemudahan serta maklumat kelestarian

kolej.

2.1 SEJARAH

2.1.1 Sejarah, visi dan misi kolej.

Kolej Ibu Zain merupakan salah satu kolej kediaman yang terdapat di Universiti

Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994 . Nama Ibu Zain diambil bersempena nama

tokoh kemerdekaan Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman. Kolej kediaman ini mampu

menampung seramai 400 orang penghuni dan dijadikan sebagai kolej kediaman pelajar

antarabangsa pada tahun 2008 serta dikenali sebagai Ibu Zain International Student

House (IZISH). Pada tahun 2013, kolej ini ditukar semula sebagai Kolej Ibu Zain untuk

membuka peluang kepada kolej kediaman lain menerima pelajar antarabangsa.

Disamping itu, kolej ini dibina bertemakan kelestarian alam sekitar yang mampu

memberi suasana lanskap yang nyaman dan keselesaan kepada penghuni kolej. Visi kolej

adalah untuk menjadi sebuah pusat penginapan dan aktiviti pelajar cemerlang 9

berlandaskan hasrat UKM. Tiga misi kolej pula adalah untuk menjadi pusat penginapan

yang mesra pengguna dan bertaraf antarabangsa, pusat rujukan pembangunan pelajar

serta pusat aktiviti pelajar yang lengkap.

2.1.2 Kemudahan Kolej Ibu Zain

Selain penginapan, pelbagai fasiliti lain yang disediakan untuk keselesaan dan

kemudahan penghuni kolej antaranya adalah, arena Kolej Ibu Zain sebagai ruang aktiviti

pelajar, kafetaria dan dewan Kolej Ibu Zain yang mempunyai ruang pentas dan

kemudahan audio untuk aktiviti pelajar. Selain itu, terdapat ruangan Skylight untuk

aktiviti pelajar, kemudahan kioks komputer, pusat rawatan awal kolej, Bilik BSSM, bilik

karaoke, Book House iaitu ruang mengulang kaji, bilik mesyuarat dan bilik gerakan

Majlis Eksekutif Pelajar. Selain surau untuk kegunaan semua pelajar, terdapat laluan

berbasikal serta taman tinjau Kolej Ibu Zain. Bertepatan dengan lokasi pembinaannya di

atas bukit, pemandangan sekitar UKM dan Bango dapat dilihat di ruang tinjau ini.

2.1.3 Kolej Ibu Zain sebagai kolej lestari.

Pada tahun 2009, Kolej Ibu Zain telah menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan

Penyelidikan Pengurusan Ekosistem Lestari, dibawah Kelompok Penyelidikan Kampus

Lestari dan Nic Penyelidikan Pembangunan Lestari Wilayah, UKM.  Kerjasama ini

adalah sebagai tanda pengiktirafan kolej sebagai kolej yang menyokong usaha

melestarikan alam sekitar. Kelestarian ini merujuk kepada pengurusan dan penjimatan

sumber air, pengurusan dan penjimatan tenaga, pengurusan  dan pengurangan sisa serta

pengurusan dan penanaman pokok/lanskap). Kolej Ibu Zain mempunyai tiga objektif

yang tersendiri dalam usaha ke arah melestarikan kolej iaitu;

i. Pengurusan dan pemeliharaan sumber air, elektrik , sisa dan lanskap dengan

berkesan.

ii. Menerapkan kemahiran serta pengetahuan dalam menguruskan alam sekitar

sekitar kolej dan kampus.

iii. Memupuk budaya cinta kepada alam sekitar dan ekosistem kampus dalam

kalangan warga kolej.

Kelestarian alam sekitar di Kolej Ibu Zain dilaksanakan secara berperingkat dari

tahun 2009 hingga 2015. Fasa 1 merangkumi program kesedaran mengenai alam sekitar

bermula tahun 2009-2011. Fasa kedua iaitu tahun 2011 hingga 2013 merupakan fasa 10

amalan dan pelaksanaan. Fasa terakhir pula iaitu dari tahun 2013 hingga 2015

merupakan fasa penguatkuasaan. Namun, usaha ini tidak berhenti sehingga tahun 2015

sahaja kerana segala penambahbaikan akan terus dipertingkatkan agar memastikan

amalan kelestarian terus berkekalan. Segala usaha ini disokong oleh semua warga kolej

termasuk pihak atasan, Pengetua Kolej Ibu Zain, En. Anuar Ahmad. Pelbagai aktiviti

telah dijalankan dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar seperti penanaman

pokok, program guna semula, pengurusan sisa secara efektif, program sifar asap rokok

dan sifar polisterin, zon kitar semula serta pembangunan keupayaan dan latihan.

Selain warga pelajar dan pentadbiran, pengusaha kafetaria juga merupakan pihak

berkepentingan dalam melaksanakan usaha melestarikan kolej kediaman. Insiatif

pengasingan sisa kafetaria merupakan salah satu fokus aktiviti kelestarian Kolej Ibu Zain

(KIZ) yang sedang dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2017. Kafetaria KIZ telah

menyediakan sudut pengasingan sisa menggunakan dua tong iaitu tong kitar semula dan

tong untuk sisa makanan dan lain-lain. Pelajar atau pengguna kafe perlu mengangkat

pinggan, sudu dan gelas yang telah digunakan ke sudut pengasingan sisa selepas makan.

Seterusnya pelajar atau pengguna mengasingkan sendiri sisa makanan dan bahan yang

boleh dikitar semula. Pelaksanaan pengasingan sisa makanan di kafetaria ini dapat dilihat

sebagai satu usaha pelaksanaan yang boleh mendidik pelajar untuk bertanggungjawab

terhadap alam sekitar bermula dari sekecil-kecil aspek rutin harian. Inisiatif ini

berterusan sehingga ke rumah pelajar iaitu pelajar akan mengasingkan sisa makanan dan

bahan yang boelh dikitar semula di foyer Rumah Pelajar.

2.2 Perusahaan Kafetaria

Kafetaria kolej Ibu Zain kini diuruskan oleh Perusahaan Warisan Bonda Tradisi Asli.

Tender perusahaan ini baharu sahaja bermula pada tahun ini, 2016 dan pelbagai

pengubahsuaian telah dilaksanakan dalam persekitaran kafe. Pihak perusahaan ini

beroperasi di Universiti Teknologi Mara , UITM cawangan Dengkil sebelum berpindah

ke kafetaria kolej Ibu Zain pada tahun ini. Pihak perusahaah ini mengutamakan suasana

yang santai untuk pelajar dan pengguna kafe di samping aturan perabot yang disusun

dengan kemas dan teratur. Usaha pengasingan sisa makanan merupakan aspek yang

ditekankan oleh pihak perusahaan kafe. Kajian kes ini telah menemubual pihak

11

perusahaan kafe iaitu Puan Nur Ilyana Razali untuk maklumat lebih lanjut mengenai

pengurusan sumber air, elektrik dan sisa pepejal.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini merupakan sebuah kajian kes. Kajian kes ini digunakan untuk memberi

penjelasan dan menghuraikan mengenai amalan pengurusan air, penjimatan elektrik dan

pengurusan sisa buangan di kafetaria Warisan Ibonda Tradisi Asli , Kolej Ibu Zain.

Pemilik kafetaria ini ialah Puan Ilyana Razali dan Fahana Razali. Kajian ini

menggunakan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian sebagai instrumen kerana

temu bual yang terperinci memadai untuk mengumpul data yang dikehendaki. Melalui

temu bual ini, segala maklumat dapat diperolehi dengan tepat dan teratur di samping

boleh mengubahsuai soalan yang ditanya sekiranya responden tidak memahami soalan.

Seorang pengusaha kafetaria telah di temu bual dan kaedah kualitatif digunakan. Dalam

protokol temu bual, beberapa soalan ditanyakan di mana soalan dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu pengurusan air, pengurusan tenaga elektrik dan pengurusan sisa buangan.

Soalan pengenalan dimulakan dengan latar belakang responden untuk mendapatkan

maklumat demografi. Seterusnya, soalan yang merangkumi item pengurusan air,

penjimatan tenaga elektrik dan pengurusan sisa buangan diajukan kepada responden.

Lampiran soalan temu bual ada disertakan sebagai rujukan. Selain temu bual, kaedah

pemerhatian juga dilaksanakan di sekitar kawasan kafetaria untuk mengukuhkan lagi

hasil temu bual yang telah dijalankan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Analisis Temu bual

Temu bual telah dijalankan di kafetaria Warisan Ibonda Tradisi Asli, Kolej Ibu Zain,

Universiti Kebangsaan Malaysia pada 11 November 2016 (Jumaat) pada jam 3.50

petang. Pengkaji telah menemu bual pemilik Syarikat Warisan Ibonda Tradisi Asli iaitu

Puan Nur Ilyana Razali. Puan Ilyana telah menjalankan perniagaan bersama adiknya

selama 8 tahun. Dalam masa yang sama syarikat beliau turut mempunyai tender kafe di

UiTM, Dengkil, Selangor. Namun begitu, beliau baru sahaja mengambil alih kafe di

Kolej Ibu Zain ini kira-kira dalam tempoh 2 bulan, bermula pada September yang lalu.

12

Soalan temu bual dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah

pengurusan air, bahagian kedua adalah pengurusan tenaga elektrik dan terakhir sekali

pengurusan sisa buangan di kafetaria.

4.1.1 Pengurusan Air

Pihak kafetaria masih belum menghadapi apa-apa masalah untuk mengurus penggunaan

air di kafetaria tersebut. Namun mengikut pengalaman lalu pihaknya pernah mengalami

masalah tersebut dan jalan penyelesaian yang diambil adalah dengan berusaha mencari

bekalan atau sumber air di tempat lain. Jika masalah semakin serius pihak pengurusan

akan menutup premis atau perniagaan daripada terus berjalan ini kerana bekalan air amat

penting terutama untuk proses mengendalikan bahan mentah seperti ikan dan ayam.

Pihak pengurusan juga tidak mempunyai sebarang kekangan dalam menjimatkan

penggunaan air. Antara strategi penggunaan air terutamanya ketika mencuci, pihak

kafetaria akan mengumpul ke semua cawan dan pinggan sebelum membasuhnya secara

pukal dan berkala berbanding mencuci dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Selain

itu, mengasingkan cawan dan pinggan bagi mengelakkan minyak terkena pada cawan

mengakibatkan lebih banyak air diperlukan untuk membersihkan kesan minyak dari

cawan. Bukan itu sahaja, air ditadah terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membilas

basuhan berbanding menggunakan “running-water”. Seterusnya jika menghadapi

sebarang kerosakan paip air, aduan akan terus dibuat kepada pihak yang

bertanggungjawab iaitu tukang paip Kolej Ibu Zain. Maklumat tersebut telah

dimaklumkan lebih awal kepada pihak pengurusan kafetaria sewaktu menerima

tender/kontrak. Ini memudahkan pihak pengurusan kafetaria kerana mereka telah

dimaklumkan siapa yang perlu dihubungi jika menghadapi sebarang masalah.

Menurutnya lagi, pengasingan sisa makanan lebih awal memudahkan lagi proses

pencucian pinggan dan cawan.

4.1.2 Pengurusan Tenaga elektrik

Menurut pengurus kafetaria tersebut kepentingan untuk menjimatkan penggunaan

elektrik kurang ditekankan ini kerana bil elektrik dan air termasuk dalam sewa premis

dibayar dalam jumlah yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM1,700 sebulan. Ini

bermaksud walaupun pihak pengurusan kafetaria melaksanakan penjimatan penggunaan

elektrik bayaran bulanan masih pada kadar yang sama. Tambahnya, lagi kadar yang

dikenakan tidak terlalu tinggi serta tidak menjadi bebanan kepadanya. Ini secara tidak 13

langsung dilihat boleh dijadikan punca untuk tidak menjimatkan penggunaan tenaga

elektrik. Hasil temu bual menunjukkan pihak kafetaria ada mengambil beberapa langkah

seperti memastikan penggunaan lampu terutamanya pada waktu malam pada kawasan

yang beroperasi sahaja bagi mengelakkan pembaziran. Namun begitu mengikut

pengalaman terdahulu purata bil elektrik setiap bulan adalah pada kadar RM 500.00

sebulan. Menurut pengurus kafetaria kadar tersebut adalah tinggi malah beliau sedia

maklum bahawa beberapa peralatan elektrik yang digunakan boleh meningkatkan

takrifan penggunaan elektrik contohnya peti sejuk beku dan “chiller” yang turut

merupakan satu keperluan untuk menjalankan perniagaan. Oleh disebabkan ia adalah

satu keperluan dan perlu berfungsi dalam tempoh 24 jam seharian penjimatan tenaga

elektrik hanya dilakukan terhadap barangan elektrik yang lain. Hasil pemerhatian kami

tidak terdapat sebarang peringatan pada mana-mana peralatan elektrik mahupun suis-suis

yang menggalakkan penjimatan tenaga elektrik.

4.1.3 Pengurusan Sisa Buangan

Pada pendapat pengurus kafetaria, masalah utama yang dihadapi adalah pengetahuan

serta amalan pelajar yang masih kurang faham tentang amalan kitar semula serta

kepentingan pengamalannya. Tambah beliau meskipun ada usaha yang dijalankan oleh

pihak kafetaria, pembudayaan serta amalan pelajar masih lemah sebagai contoh arahan

untuk mengasingkan pinggan, cawan dan sisa makanan di tempat yang disediakan

kurang diamalkan oleh pelajar sendiri. Melalui kempen serta peringatan daripada

pengetua kolej baru terdapat perubahan yang positif. Menurutnya lagi dalam tempoh

sehari tong sampah berkapasiti 6600 liter telah penuh. Antaranya yang memenuhi tong

sampah adalah kotak serta sisa buangan pepejal dan sisa makanan yang di kumpul lebih

kurang dua hingga tiga plastik sampah. Kesan negatif terhadap persekitaran adalah

gangguan daripada monyet liar di kawasan sekitar kafetaria. Sisa buangan tersebut telah

mengundang kehadiran monyet ke kawasan pengumpulan sampah. Atas faktor

keprihatinan pengetua kolej yang sering memantau kawasan tersebut menyebabkan ada

kontraktor akan memastikan semua sisa dan sampah diuruskan dengan segera. Mengenai

jadual pengutipan sampah pihak kafetaria ada menerima arahan untuk mengasingkan

semua sisa dan bahan buangan namun begitu jadual pengutipan tidak dimaklumkan oleh

pihak pengurusan Kolej Ibu Zain itu sendiri. Walaupun begitu, pihak kafetaria mematuhi

arahan untuk mengasingkan setiap sisa buangan yang dihasilkan.

14

Jadual 2: Penilaian Pemerhatian

NO ITEM PENILAIAN PEMERHATIAN YA TIDAK

1 PENGURUSAN AIR

a. Melaksanakan kempen penjimatan air di setiap sinki di

kafetaria.

b. Melakukan penjimatan air ketika mencuci. √

c. Penyelenggaraan pili/paip air. √

2 PENGURUSAN TENAGA ELEKTRIK

a. Penjimatan sistem pencahayaan. √

b. Penggunaan penyaman udara. √

c. Penjimatan penggunaan kipas angin. √

d. Penggunaan peti sejuk beku dan chiller. √

3 PENGURUSAN SISA BUANGAN

a. Menyediakan tempat pengasingan peralatan seperti

pinggan, cawan dan lain-lain serta sisa makanan

b. Melabel kawasan/zon dan bekas/tong untuk tujuan

pengasingan.

c. Melaksanakan kempen mengasingkan sisa makanan

dalam sebarang bentuk contoh poster/notis peringatan.

d. Menyediakan tong sampah mengikut bahan buangan

untuk tujuan kitar semula.

e. Melaksanakan kempen kitar semula. √

f. Pengurusan sampah dilaksanakan secara teratur dan

bersih.

g. Melaksanakan pengasingan sisa pepejal di kafetaria. √

15

5.0 PERBINCANGAN

Hasil analisis temu bual amalan pengurusan air dan elektrik kurang ditekankan dan

diamalkan oleh pihak kafetaria. Ini kerana tiada usaha yang diambil ke arah penjimatan

penggunaan air dan elektrik yang dirancang secara terperinci. Kempen untuk

menjalankan penjimatan dilihat kurang dan sedikit lemah. Namun begitu, pihak kafetaria

menjalankan kempen pengurusan sisa buangan dengan baik. Sisa makanan telah

diasingkan serta tidak bercampur dengan sisa buangan yang lain. Bekas dilabel serta nota

peringatan turut dipaparkan di setiap meja makan kafetaria. Beberapa faktor dilihat

menjadi penyumbang kepada kesediaan pihak kafetaria yang boleh dipertimbangkan

seperti tempoh pengambil alihan tender kafetaria tersebut. Tetapi ini tidak boleh

dijadikan alasan untuk mengurus penggunaan air, elektrik dan sisa buangan dengan baik.

Secara keseluruhan, beberapa aspek perlu ditekankan terutamanya aspek pengurusan air

dan tenaga elektrik serta pengetahuan dan kesedaran pengurus kafetaria perlu

ditingkatkan lagi.

6.0 CADANGAN

Beberapa cadangan boleh dibuat bagi penambahbaikan pengurusan air, penjimatan

tenaga elektrik dan pengasingan sisa buangan di Kafetaria Ibu Zain. Di antaranya ialah:

i. Peraturan mengenai pengasingan sisa makanan harus diperketatkan dan perlu

dimasukkan ke dalam buku peraturan kolej Ibu Zain. Sesetengah mahasiswa

masih lagi meninggalkan pinggan dan gelas yang digunakan di atas meja tanpa

memasukkannya ke dalam besen. Jika ada di kalangan mereka yang ingkar,

dikenakan denda supaya mereka tidak mengulanginya lagi.

ii. Mahasiswa yang menginap di kolej ini perlu diterapkan dengan nilai

sayangkan alam sekitar seperti membawa sendiri bekas makanan ke kafetaria

jika ingin membungkus makanan. Tidak perlu lagi menggunakan bekas

polisterina dan dikenakan cas 20 sen. Jika keadaan ini diteruskan, kita boleh

menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan timbunan polisterina.

iii. Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar seperti hari tanpa bekas

polisterina, pengasingan sisa makanan dan hari kitar semula. Kesedaran alam

sekitar perlu diterapkan dalam setiap mahasiswa supaya mereka tahu

kepentingan alam sekitar kepada manusia.

16

iv. Dicadangkan pihak pengurusan kolej memberi hak sepenuhnya kepada

pengusaha kafetaria untuk mengurus pembayaran bil elektrik dan air. Jika

pengusaha kafetaria diberi hak untuk menguruskan bil bulanan air dan

elektrik, kemungkinan pengusaha kafetaria dapat mengambil langkah

penjimatan air dan elektrik seperti menggunakan lampu LED yang

menjimatkan tenaga elektrik, mengurangkan penggunaan lampu jika tiada

orang di kafetaria.

v. Melabelkan notis peringatan penjimatan elektrik dan air pada setiap suis/paip.

Notis penjimatan air dan elektrik perlu diletakkan supaya mahasiswa peka

dengan arahan tersebut bagi mengelakkan pembaziran air dan elektrik.

7.0 KESIMPULAN

Amalan pengurusan sisa buangan, penjimatan air dan elektrik mesti diamalkan oleh

setiap masyarakat supaya tidak berlaku pembaziran sumber. Jika sisa buangan, air dan

elektrik diuruskan dengan baik, kita boleh menjimatkan kos dan mengelakkan

pembaziran wang setiap bulan. Setiap manusia perlu mempunyai kesedaran sayangkan

alam sekitar. Bayangkan jika setiap hari kita membuang satu tan sampah, tidak mustahil

bumi akan ditimbuni oleh sampah tidak sampai sebulan. Penjimatan sumber tenaga

elektrik juga perlu diterapkan dalam setiap diri masyarakat kerana setiap hari manusia

menggunakan sumber tenaga untuk melakukan kerja seharian. Begitu juga dengan

pengurusan air perlu diambil langkah penjimatan. Negara kita semakin kekurangan

bekalan sumber air bersih. Tidak mustahil suatu hari nanti, air yang kita minum daripada

air yang dirawat semula dan sumber yang kotor. Justeru itu, langkah-langkah penjimatan

dan kesedaran alam sekitar perlu diambil bagi menyelamatkan bumi kita daripada

pembaziran sumber seperti kempen hari tanpa plastik, hijaukan bumi dan “Earth Hour”.

Diharapkan pengurusan sisa buangan, penjimatan air dan elektrik dapat diuruskan

dengan baik bagi memberi manfaat untuk masyarakat khususnya dan alam sekitar

amnya. Diharapkan juga kajian ini dijadikan rujukan untuk kajian yang seterusnya.

17

BIBLIOGRAFI

Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. 2012.

Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes

isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and

Space 8. 5:64 – 75.

Kepentingan Air. (2012). Diakses pada November 24, 2016 dari

https://cikguatika90.wordpress.com/2012/05/10/kepentingan-air

Laman Web Kolej Ibu Zain (2016, Ogos). Kelestarian Kolej. Diakses pada November

27, 2016 dari http://www.ukm.my/kiz/?page_id=1343

Laman Web Kolej Ibu Zain (2016, Ogos). Penginapan dan Kemudahan Lain. Diakses

pada November 27, 2016 dari http://www.ukm.my/kiz/?page_id=11

Laman Web Kolej Ibu Zain (2016, Ogos). Profil Kolej . Diakses pada November 27,

2016 dari http://www.ukm.my/kiz/?page_id=2

Laman Web Lembaga Air Perak (2015). Kaedah Penjimatan Air. Diakses pada

November 24, 2016 dari http://www.lap.com.my/bm/index.php/komuniti1/kaedah-

penjimatan-air

Nature The Greatest WordPress.com Site In All The Land. (2013). Diakses pada

November 24, 2016 dari https://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-

air/

Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (2015). Diakses pada November 24, 2016 dari

http://www.kpkt.gov.my/separationatsource/

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (2015). Diakses pada November 24,

2016 dari http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/106

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail & Mat Khalid Md Noh. 2013. Dasar

Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju. Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail & Mat Khalid Md Noh. 2013. Kesedaran

Mengenai Penjimatan Tenaga Elektrik dan Kelestarian Alam Sekitar. Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII.

Tiwi Kamidin. 2013. Audit Hijau Penggunaan Elektrik dan Air di Institut Pendidikan

Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Jurnal Penyelidikan IPG KBL. Jilid 1

18

Waste to Energy. (2014). Diakses pada November 24, 2016 dari

http://wte.kpkt.gov.my/wte_microsite_pg02.html

19

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Rajah 1: Fasa Pelaksanaan Kolej Ibu Zain sebagai kolej lestari

Rajah 2: Elemen penerapan Kolej Ibu Zain untuk usaha ke arah kolej lestari.

20

LAMPIRAN 2

Rajah 3: Pihak penting dalam pelaksanaan kolej lestari di Kolej Ibu Zain.

21

LAMPIRAN 3

Rajah 4: Aktiviti kelestarian yang dijalankan di Kolej Ibu Zain.

22

LAMPIRAN 4

Rajah 5: Pemerhatian pengurusan air di kafetaria

23

LAMPIRAN 5

Rajah 6: Pemerhatian pengurusan elektrik di kafetaria

24

LAMPIRAN 6

Rajah 7: Pemerhatian pengurusan sisa buangan di kafetaria

25

LAMPIRAN 7

Rajah 8: Persekitaran kafetaria sebelum tahun 2016 (Perusahaan Azura)

Rajah 9: Persekitaran kafetaria tahun 2016 (Perusahaan Warisan Bonda).

26

LAMPIRAN 8

Soalan temu bual untuk agensi (Kafetaria Kolej Ibu Zain)

1. Meninjau persepsi masyarakat terhadap masalah pengurusan airi) Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi untuk mengurus penggunaan

air di kafetaria anda?ii) Adakah anda mempunyai kekangan dalam menjimatkan penggunaan air?iii) Apakah cara anda untuk menjimatkan penggunaan air?iv) Apakah tindakan pihak anda sekiranya timbul masalah kerosakan/kebocoran paip

air?v) Adakah terdapat kaedah tertentu yang dilaksanakan untuk mencuci bahan dan

peralatan(pinggan, kutleri dan lain-lain).

2. Meninjau persepsi masyarakat terhadap masalah pengurusan tenaga elektriki) Pada pendapat anda, sejauh mana kepentingan untuk menjimatkan penggunaan

tenaga elektrik?ii) Berapakah purata bil elektrik bagi 3 bulan lepas?iii) Adakah bil tersebut melebihi bajet bulanan anda?iv) Adakah anda menjangkakan purata bil elektrik bulanan anda seperti dinyatakan?v) Apakah kaedah pihak anda gunakan dalam penjimatan penggunaan elektrik?

3. Meninjau persepsi masyarakat terhadap masalah pengurusan sisa buangani) Pada pendapat anda, apakah punca utama yang menyebabkan pengurusan sisa

buangan menjadi satu masalah?ii) Anggarkan berapa tan sisa buangan yang dihasilkan di kafetaria anda?iii) Apakah kesan negatif di kawasan sisa buangan di kawasan anda?iv) Adakah sisa buangan akan memberi gangguan kepada persekitaran kafetaria

(faktor haiwan).v) Adakah anda mengasingkan sisa buangan dan mematuhi jadual pengutipan

sampah yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.

27