eirashahiracmc.files.wordpress.com · web view2018. 6. 5. · salah satunya adalah trello. trello...
TRANSCRIPT
Komunikasi Pengantaraan Komputer
(BMCO 4105)
(Seksyen 1)
Tajuk:
Laporan Projek
Disediakan oleh:
NorShahiera Binti Mohd Razali
(1412082)
Disediakan untuk:
Dr. Rosseni Din
PENGENALAN
Perkembangan teknologi menyajikan pelbagai bentuk teknologi dan kecanggihan. Teknologi dan
maklumat juga merupakan pemacu utama globalisasi untuk menghasilkan satu produk baharu yang
dapat mempermudah dan mempercepatkan kerja manusia. Pelbagai aplikasi percuma telah wujud
terutamanya aplikasi berasaskan web yang menyokong prestasi kerja manusia. Contohnya aplikasi
yang digunakan untuk membuat senarai tugasan, berkomunikasi, membuat pembentangan atau
merangka sesebuah website dan sebagainya.
Salah satunya adalah Trello. Trello adalah aplikasi berasaskan web percuma untuk
menyokong prestasi kerja anda. Trello telah dicipta oleh syarikat Fog Creek Software dari New York
dan dikeluarkan sekitar tahun 2010. Aplikasi web Trello amat responsif, tugasan anda juga sentiasa
diselaraskan, susun atur boleh diubah dan disesuaikan ke mana-mana saiz skrin di mana sahaja anda
mengaksesnya sama ada di Android, iOS, komputer riba atau PC anda.
Aplikasi mudah alih atau mobile apps merupakan sebuah program yang dimuatkan ke dalam
alat mudah alih dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (Md. Rashedul,
Md. Rofiqul & Tahidul Arafhin, 2010). Aplikasi mudah alih terdiri daripada perisian/set program yang
berjalan pada peranti mudah alih dan melaksanakan tugas-tugas tertentu untuk pengguna. Menurut
Chun, Chung, dan Shin (2013), aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh individu, perniagaan,
agensi kerajaan, tentera, institusi pendidikan, dan mana-mana organisasi lain yang ingin
menggunakan teknologi adalah untuk hiburan, menyelesaikan masalah, dan memenuhi keperluan
harian.
Komunikasi Dalam Desa Global
1. Desa global
Perkembangan teknologi di mata dunia dianalogikan sebagai desa yang sangat besar.
Descripts internet dan website
Teknologi yang digunakan ialah website dan homepage untuk menghubungakn seseorang
Perspektif Islam, dakwah boleh disampaikan melalui desa global bermula dari teks hingga
audio visual
Proses desa global:
Teknologi dan maklumat: Pendorong utama globalisasi bagi hasilkan sesuatu produk baru
yang boleh mempermudah dan mempercepat kerja manusia. Contoh : mesin pencetak
Perdagangan antarabangsa-: Tidak hanya melibatkan pertukaran barang atau jual beli
malahan teknologi dan budaya.
Pendidikan: Strategi peningkatan daya saimg dan mutu menerusi pengajaran berpandukan
komputer dan internat.
Organisasi antarabangsa: Syarikat multinasional
2. Masyarakat Bermaklumat
Maksud masyarakat bermaklumat:
Masyarakat yang membudayakan penggunaan maklumat yang mempunyai ciri mencipta,
mengagih dan memanipulasi maklumat dalam aktiviti ekonomi dan budaya.
Kerangka masyarakat bermaklumat:
Polisi maklumat
Polisi maklumat perlu bagi pengawalan terhadap perkembangan pelbagai jenis maklumat
akibat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi selain manfaat terhadap
perkembangan ekonomi, sosial dan juga individu
Pendidikan dan pembudayaan maklumat
Maklumat harus dijadikan sumber dalam ekonomi, pendidikan dan sosial seperti
pengukuhan budaya setempat supaya sesuatu bangsa mempunyai jati dirinya yang kuat.
Budaya mengguna dan menilai maklumat secara kritis dapat membanteras penerimaan
maklumat dari Barat secara melulu.
Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi
Membangun masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam ICT perlu diberi
perhatian oleh kerajaan. Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak mungkin tercapai jika rakyat tidak
mendapat capaian kepada maklumat sekiranya terpaksa membayar harga yang tinggi sama ada
dari segi perisian mahupun perkakasan.
Perpustakaan
Kemudahan mendapat maklumat melalui penyediaan perpustakaan perlu dipertingkat. Jumlah
perpustakaan yang banyak terutamanya perpustakaan awam memudahkan pembangunan
masyarakat bermaklumat. Meskipun ICT dilihat dapat melonjak pembangunan negara, namun
peranan perpustakaan tidak boleh diketepi malah peranan perpustakaan wajar berubah dari
hanya menjadi penyedia dan penyimpan maklumat kepada pusat capaian maklumat
Undang – undang
Polisi maklumat sebagai kombinasi perundangan, peraturan, dan garis panduan yang mengawal
penghasilan, pengurusan, dan penggunaan maklumat bagi tujuan mencorak peranan maklumat
dalam masyarakat.
3. Teori tentang hubungan masyarakat dan teknologi
Teori Determinisme Teknologi (1962)
Marshall Mc Luhan
Perubahan cara berkomunikasi dari segi berfikir dan tingkah laku mengikut peredaran
zaman
Pola kehidupan manusia ditentukan oleh perkembangan teknologi
Fasa perkembangan peradaban manusia
i. Era suku : masyarakat belum kenal tulisan
ii. Era literal : masyarakat mengenal tulisan dan boleh berkomjnikasi
iii. Era cetak : mesin cetak diperkenalkan
iv. Era eletronik : teknologi berkembang spt telefon pintar
APLIKASI TRELLO
Berdasarkan Teori Teknologi Determinisme (1962) oleh Marshall Mcluhan, teknologi dapat
ditafsirkan sebagai satu peristiwa atau tindakan yang dilakukan oleh manusia akibat daripada
pengaruh perkembangan teknologi. Kecanggihan teknologi komunikasi ini memberikan kemudahan
kepada manusia dalam proses komunikasi. Oleh yang demikian, aplikasi Trello menjadi pilihan untuk
melaksanakan inovasi kerana ia berbeza dengan blog lain, Trello menyediakan perantaraan yang
khusus untuk mengurus dan membina sistem sesuatu projek berkumpulan.
Dengan Trello, susulan mengenai tugasan berkumpulan anda mudah dilakukan. Sepintas
lalu, semua rakan sekerja dapat melihat kemajuan tugasan rakan masing-masing dan mengenal pasti
apa yang perlu diselesaikan kerana ia adalah komunikasi dua hala secara langsung. Trello dapat
mengurangkan pengunaan email antara rakan sekerja dan mengurangkan mesyuarat yang perlu
diadakan namun lebih produktiviti.
Bagaimana menggunakan Trello?
1. Muat turun aplikasi Trello melalui Goggle Play atau Apple Store di peranti mudah alih anda.
2. Daftar menggunakan akaun Email atau Facebook anda.
3. Untuk pemula, tekan pada ikon 'tambah' di bahagian kanan profil anda untuk
membina papan panel. Anda boleh tambah lebih daripada satu papan panel dalam Trello.
4. Papan panel di dalam Trello anda seperti sebuah papan tulis untuk meletakkan senarai
kad kemajauan anda. Anda boleh menambah, mengubah dan mengatur panel kad anda.
5. Di dalam panel kad, anda boleh menambah rakan
6. Menetapkan tarikh atau tarikh akhir tugasan anda
7. Menambahkan senarai semak yang perlu ada dalam tugasan anda
8. Dan memuatnaik pelbagai fail, gambar atau video dalam kad tugasan anda.
Dengan Trello anda dapat:
o Membina papan panel untuk menyusun tugasan anda.
o Menggunakannya secara peribadi atau menjemput rakan kerja, sahabat atau keluarga anda
untuk bekerjasama
o Menyesuaikan aliran kerja anda untuk projek yang berbeza
o Menetapakan tugasan pada diri anda atau rakan sekerja
o Melampirkan fail dari Google Drive/ Dropbox
o Memuatnaik gambar atau video.
Kelebihan Trello
Multi-platform
Salah satu sebab utama Trello menjadi pilihan adalah kerana sokongannya terhadap pelbagai
platform. Trello kini boleh diakses menggunakan aplikasi web, android, dan iOS. Dan yang terbaru ia
boleh diintegrasikan dengan Telegram dan Slack.
Multi-platform ini membantu dalam memenuhi individu yang sudah terbiasa bekerja di mana-mana,
pada bila-bila masa dan menggunakan alat yang berbeza kerana pangkalan utama adalah aplikasi
web yang menjadikan semua data yang ada dalam aplikasi web secara automatik akan diselaraskan
pada aplikasi lain selagi aplikasi disambungkan ke internet, dan dibuka dengan menggunakan akaun
yang sama.
Kerjasama Ahli Pasukan
Keupayaan kedua yang menjadikan aplikasi ini selesa digunkan adalah kerana “kerjasama”. Dengan
ciri ini, kita boleh bekerjasama dengan pasukan yang lebih cekap dan produktif. Dengan ciri
kolaborasi ini kita dapat mengetahui siapa yang sedang melakukan apa dan di mana proses kerja
mereka supaya apabila timbulnya masalah, kita dapat segera membantu.
Fleksibiliti
Trello dicipta sebagai aplikasi untuk menguruskan projek, tetapi sebenarnya anda diberi lebih
banyak keupayaan untuk menguruskan tugasan harian anda dengan pelbagai perkara lain
bergantung pada kreativiti anda sendiri yang menggunakannya. Sebagai contoh, anda boleh
menggunakan Trello untuk menguruskan belanjawan bulanan anda. Dengan menggunakan Trello,
anda juga dapat membuat senarai runcit selama sebulan, kemudian membuat senarai semak yang
dibahagikan seminggu mengikut jadual pembelian. Dengan itu, anda dapat mengawal barangan
runcit anda setiap minggu, ia sangat membantu.
Perjalanan aktiviti
Ini adalah salah satu ciri yang ada pada Trello yang boleh digunakan untuk memantau perjalanan
atau proses sebuah boards, lists, ataupun cards. Setiap perubahan yang berlaku pada boards, lists,
dan cards akan tercatat dan anda boleh menyemaknya pada bila-bila masa. Ciri ini menjadi lebih
berguna ketika diaplikasikan dalam kumpulan kerja anda. Oleh yang demikian, anda dapat tahu
tentang perjalanan sebuah pekerjaan dengan lebih jelas dan berstruktur.
Kekurangan Trello
Terdapat versi berbayar
Trello boleh digunakan secara percuma, walaubagaimanapun, ia juga terdapat dalam versi berbayar
dengan beberapa ciri tambahan yang agak menarik. Trello adalah perniagaan dan bukannya sebuah
institusi sukarela, jadi mesti ada pendapatan dan keuntungan untuk operasi mereka dan versi
berbayar ini adalah salah satu daripada cara mereka untuk mendapatkan pendapatan daripada
penggunanya.
Sebenarnya ada cara lain daripada membayar untuk mendapatkan ciri berbayar ini dengan program
refferal. Dengan menjemput orang lain menyertai Trello, anda akan mendapat akses bonus kepada
pelbagai ciri berbayar selama 1 bulan untuk 1 orang yang berjaya dijemput untuk menyertai Trello
dengan had maksimum selama 12 bulan.
Lampiran
Rajah 1 poster
Rajah 2 brosur aplikasi Trello
Rajah 3 brosur aplikasi Trello
Rajah 4 brosur Teori Determinisme
Rajah 5 brosur Teori Determinisme
PENUTUP
Perkembangan pesat teknologi pada hari ini telah memberi impak yang sangat besar kepada hampir
kesemua sistem di seluruh pelosok dunia. Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses
sesuatu sistem dan meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan, bahkan ia mempercepatkan lagi
aliran kerja. Di samping itu, penggunaan teknologi juga dilihat lebih menarik dan efisien. Melalui
perkembangan sihat ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius terhadap teknologi dan
dikaitkan kepada pelbagai bidang. Secara kesimpulannya, jelas menunjukkan aplikasi Trello mampu
memberi satu pendekatan yang lebih menarik dan menyeronokkan kepada masyarakat.
Akhir sekali, diharapkan dengan kajian mengenai Trello ini akan menjadikannya lebih dikenali oleh
semua lapisan masyarakat dan seterusnya dimanfaatkan penggunaannya sama ada dalam proses
pembelajaran, perniagaan mahupun pekerjaan, terutamanya yang berkaitan pengurusan. Hal ini
demikian, kerana aplikasi Trello ini merupakan aplikasi yang telah dicipta khas untuk tujuan
pengurusan. Semoga dengan perkongsian ilmu seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti perjalanan
tugasan anda dan dimanfaatkan untuk kemajuan teknologi untuk ilmu dan masa depan yang cerah
dan lebih efisien.