wawasan 2020

Upload: hamisah-mohd-noh

Post on 07-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

objektif dan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh dr mahathir

TRANSCRIPT

WAWASAN 2020DISEDIAKAN OLEH : SITI AISHAH BINTI BAHARUDINPada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Wawasan 2020 ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di mana pada ketika itu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.Wawasan 2020 ini di rancang bertujuan untuk meningkatkan Negara Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan maju menjelang tahun 2020.Di dalam penyampaian kertas kerja mengenai Wawasan 2020 , Tun Dr Mahathir telah menghuraikan sembilan matlamat utama dalam Wawasan 2020.Antaranya adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satubangsa Malaysiayang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Matlamat yang kedua ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.Selain itu , matlamat yang ketiga menyatakan mewujudkan dan membangunkan masyarakatdemokratikyang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyaknegara membangun.Keempat mewujudkan masyarakat yang sepenuhnyabermoraldan beretika, denganwarganegaranyateguh dalam nilaiagamadankerohaniandan didukung oleh nilai etika paling tinggi.Kelima mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkanadat,kebudayaan, dan kepercayaanagamamereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.Keenam pula mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi penggunateknologitetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.Manakala yang ketujuh di dalam matlamat Wawasan 2020 menyatakan mewujudkan masyarakat penyayang danbudayamenyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidangekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.Dan akhir sekali mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.Menurut Tun Dr Mahathir ,kesemua matlamat yang di senaraikan tidak semestinya menjadi urutan keutamaan rakyat Malaysia untuk tiga dekad akan dating.Keutamaan bagi seluruh matlamat yang disenaraikan mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.Pelaksanan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama. Dasar dan strategi bagi fasa pertama Wawasan 2020 digariskan di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000 (RRJP2) iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN).DPN mengandungi beberapa perubahan dasaryang memberi dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih seimbang di samping mengekalkan prinsip asas Dasar Ekonomi Baru (DEB).Di bawah dasar Pembangunan nasional, strategi pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada penghapusan kemiskinan tegar di samping pengurangan kemiskinan umum. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi, penekanan diberi kepada pembangunan komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan penyertaan Bumiputera. Pembangunan sumber manusia yang juga merangkumi nilai moral dan etika untuk mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan pengagihan pendapatan turut diberi penekanan.

Dalam tempoh pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional, negara menghadapi Krisis Kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997/1998. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif telah dilancarkan bagi menangani krisi kewangan tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih, dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal. Dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan akomodatif diperkenalkan bagi merangsang penggunaan, di samping mengekangkan tekanan inflasi.Fasa kedua dilaksanakan di bawah Ranka Rancangan Jangka panjang ketiga iaitu Dasar Wawasan Negara yang meliputi tahun 2001 2010.Ianya di rangka dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi daya saing dan daya tahan untuk mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan bersatu dan hormat menghormati di antara satu sama lain.Perlaksanaan bagi fasa kedua menjadi perlahan berikutan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 dan krisis kewangan dunia pada tahun 2008/ 2009.Keadaan ini telah menyebabkan negara terperangkap di dalam pendapatan pertengahan dan tidak mungkin dapat mencapai status negara maju menjelang 2020.Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi yang dilancarkan pada tahun 2010 merangkumi tempoh masa 2011 hingga 2020.Model Baru Ekonomi akan menjadi pemangkin dalam menjana potensi pertumbuhan negara. Matlamat utama Model Baru Ekonomi ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menekankan kepada tiga dimensi iaitu pendapatan yang tinggi, kemampanan dan keterangkuman yang menekankan golongan berpendapatan 40 peratus terendah. Model Baru Ekonomi merangkumi empat tonggak transformasi negara di bawah gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan iaituProgram Transformasi Kerajaan; Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar. Pelaksanaan strategi Model Baru Ekonomi diperincikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.Sebagai kesimpulan , dengan tercetusnya idea dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpandangan jauh, kini nama Malaysia menjadi gah ke serata dunia.Dengan keadaan ekonomi yang pesat dengan datangnya pelabur pelabur asing , tidak mustahil negara Malaysia akan dapat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.