wasiat imam husain as.doc

6
Wasiat Imam Husain as Ini wasiat Husain bin Ali a.s kepada adiknya (saudaranya) Muhammad Hanafiah. Husain  berikrar kepada keesaan Allah s.w.t tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah s.w.t. Agama yang hak adalah agama yang datangnya dari Allah s.w.t untuk sekalian makhluk . Dia berikrar lagi bahawa syurga dan neraka adalah benar dan hari perhitungan pasti akan tiba di mana semua makhluk akan di hidupkan kembali. Aku keluar dari Madinah bukannya atas dasar pentingkan diri sendiri atau hanya ingin  bersuka-suka dan bukan juga untuk mencetuskan kekecohan dan huru-hara tetapi tujuanku adalah semata-mata untuk menjalankan kewajibanku yaitu amar makruf nahi mungk ar. Apa yang aku mau dari la ngk ahku ini hanya la h untuk menghap uskan kemungkaran dan menegakkan hukum juga sunnah-sunnah datukku Rasulullah s.a.w dan  perjalanan ay ahku Ali bin Abi Talib a.s. Justeru itu barangsiapa dapat menerima hakikat ini dan mengikutiku maka dia telah memilih jalan Allah s.w.t. Jika siapa menolaknya aku akan tetap berdiri, bersabar dan menegakkanya sehingga kami akan dihukum olehNya yang bijaksana. Wahai abang, aku mewasiatkan pesanan ini dengan taufik dari Allah s.w.t. Aku bertawakal kepadaNya dan kepadaNya aku kembali IMAM MEMATIKAN HUJJAH Di dal am pepe rangan manapun, Isl am tid ak mengaj ark an kit a memula inya. Bia rla h  pertempuran itu tercetus dari pihak lawan. Imam Husain a.s memang tidak mau mencetuskan peperangan walaupun semua laskar Yazid telah bersedia untuk mengangkat  pedang-pedang mereka. Laskar Yazid telah menyekat air untuk sampai kepada tentara Imam Husain a.s namun begitu Imam Husain a.s tetap berkhutbah tentang pesan ayahnya iaitu "Jangan sekali-kali bermusuhan dengan ah lul-bait". Manusi a selalu alpa dan mungkin dengan kata-kata Imam Husain a.s pada saat akhir itu dapat menyadarkan mereka semua. Imam Husain a.s mengharapkan ada orang yang akan memahami peringatan terakhirnya. Apabila keadaan menjadi lebih tegang Imam Husain a.s mengambil sebuah al-Quran lalu menjunjungnya seraya berkata di hadapan barisan tentera Yazid " Aku adalah Imam dan ketua kamu semua. Al-Quran ini adalah kitab dan kalam Allah s.w.t. Apa yang telah aku lakukan sehingga darahku telah halal untukmu? Adak ah aku bukanny a ana knya put eri nya Ras ulullah s.a .w yang kamu sanjun gi dan hor mat i pada ket ika dahulu? Apak ah kamu semua ti dak mendeng ar kat a-ka ta dar i Rasulullah s.a.w bahawa aku dan saudaraku Hassan a.s adalah pemuda syurga. Jika apa yang aku katakan ini tiada kebenarannya, tanyalah Jabir, Zaid bin Arqam dan Abu Said Khidri. Bukankah Jaafar Tayyar itu pakcikku". Tidak seorang pun yang menjawab pertanyaan Imam Husain a.s kecuali Syimr. Dia menjawab "Sekarang engkau akan masuk neraka". Imam Husain a.s dengan terkejut

Upload: abdul-hafizi

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 1/6

Wasiat Imam Husain as

Ini wasiat Husain bin Ali a.s kepada adiknya (saudaranya) Muhammad Hanafiah. Husain

 berikrar kepada keesaan Allah s.w.t tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. DanMuhammad itu hamba dan pesuruh Allah s.w.t. Agama yang hak adalah agama yang

datangnya dari Allah s.w.t untuk sekalian makhluk . Dia berikrar lagi bahawa syurga dan

neraka adalah benar dan hari perhitungan pasti akan tiba di mana semua makhluk akan dihidupkan kembali.

Aku keluar dari Madinah bukannya atas dasar pentingkan diri sendiri atau hanya ingin

 bersuka-suka dan bukan juga untuk mencetuskan kekecohan dan huru-hara tetapitujuanku adalah semata-mata untuk menjalankan kewajibanku yaitu amar makruf nahi

mungkar. Apa yang aku mau dari langkahku ini hanyalah untuk menghapuskan

kemungkaran dan menegakkan hukum juga sunnah-sunnah datukku Rasulullah s.a.w dan

 perjalanan ayahku Ali bin Abi Talib a.s. Justeru itu barangsiapa dapat menerima hakikatini dan mengikutiku maka dia telah memilih jalan Allah s.w.t.

Jika siapa menolaknya aku akan tetap berdiri, bersabar dan menegakkanya sehingga kami

akan dihukum olehNya yang bijaksana. Wahai abang, aku mewasiatkan pesanan ini

dengan taufik dari Allah s.w.t. Aku bertawakal kepadaNya dan kepadaNya aku kembali

IMAM MEMATIKAN HUJJAH

Di dalam peperangan manapun, Islam tidak mengajarkan kita memulainya. Biarlah pertempuran itu tercetus dari pihak lawan. Imam Husain a.s memang tidak mau

mencetuskan peperangan walaupun semua laskar Yazid telah bersedia untuk mengangkat pedang-pedang mereka. Laskar Yazid telah menyekat air untuk sampai kepada tentaraImam Husain a.s namun begitu Imam Husain a.s tetap berkhutbah tentang pesan ayahnya

iaitu "Jangan sekali-kali bermusuhan dengan ahlul-bait".

Manusia selalu alpa dan mungkin dengan kata-kata Imam Husain a.s pada saat akhir itu

dapat menyadarkan mereka semua. Imam Husain a.s mengharapkan ada orang yang akan

memahami peringatan terakhirnya. Apabila keadaan menjadi lebih tegang Imam Husain

a.s mengambil sebuah al-Quran lalu menjunjungnya seraya berkata di hadapan barisantentera Yazid " Aku adalah Imam dan ketua kamu semua. Al-Quran ini adalah kitab dan

kalam Allah s.w.t. Apa yang telah aku lakukan sehingga darahku telah halal untukmu?

Adakah aku bukannya anaknya puterinya Rasulullah s.a.w yang kamu sanjungi danhormati pada ketika dahulu? Apakah kamu semua tidak mendengar kata-kata dari

Rasulullah s.a.w bahawa aku dan saudaraku Hassan a.s adalah pemuda syurga. Jika apa

yang aku katakan ini tiada kebenarannya, tanyalah Jabir, Zaid bin Arqam dan Abu SaidKhidri. Bukankah Jaafar Tayyar itu pakcikku".

Tidak seorang pun yang menjawab pertanyaan Imam Husain a.s kecuali Syimr. Dia

menjawab "Sekarang engkau akan masuk neraka". Imam Husain a.s dengan terkejut

Page 2: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 2/6

menjawab kata-kata Syimr "Allahu akbar, datukku telah menceritakan bahwa baginda

telah bermimpi dan di dalam mimpi itu baginda menyaksikan kejadian yang menjijikan

yang mana seekor anjing sedang menjilat darah ahlul-baitku". Imam Husain a.smenyambung kata-katanya lagi " Aku merasakan anjing itu adalah kau wahai Syimr".

 Namun begitu Imam Husain telah mematikan hujjahnya dengan memberi khutbahterakhir kepada pengikut-pengikut Yazid, walaupun di dalam keadaan yang sangat

genting dan tidak mempunyai sedikit waktupun untuk berkhutbah. Imam Husain a.s tidak 

mau ada yang menyalahkan dirinya kerana tidak menyampaikan amanah Allah s.w.t.Dalam keadaan apapun Imam Husain a.s tetap patuh pada perintah Rabbul Jalil.

SEBAB KEMURKAAN ALLAH S.W.T.

Selepas tercetusnya peperangan, sebilangan daripada tentera Imam Husain bin Ali a.s

telah pergi menemui yang Maha Esa dan mengecapi kenikmatan syurga masing-masing.

Pada ketika itu, Imam Husain a.s membelai janggutnya lalu berkata di suatu ketika Allah

s.w.t memurkai kaum yahudi kerana mempercayai Allah s.w.t mempunyai anak.Kemurkaan Allah s.w.t pada kaum masihi dikeranakan mempercayai wujudnya 3 tuhan.

Dan Allah s.w.t juga bertambah murka kepada kaum yang meyembah api keranamenjadikan matahari dan bulan tuhan mereka. Kemuncak kemurkaan Allah s.w.t kepada

 puak yang membunuh anak lelaki puterinya Rasullullah s.a.w yang setia kepada

Penciptanya.

DISAAT SYAHIDNYA HABIB BIN MAZAHIR 

Satu hari dari hari-hari kesedihan, diwaktu mengerjakan solat zohor Imam Husain a.smeminta para tentera menghentikan peperangan buat seketika untuk solat. Salah seorang

daripada tentera Yazid, Hasin bin Namir menjawab dengan laungan yang kuat "Solat apa

yang kamu ingin lakukan? Bukankah solat kamu semua tidak diterima Allah s.w.t?"

Habib bin Mazahir mara ke hadapan setelah mendengar jawapan dari Hasin. Perasaannya

yang makin membara membuatkan ia menjawab kembali kata-kata Hasin tadi. " Hanyakamu saja yang menganggap solat ahlul-bait Rasulullah tidak dikabulkan dan merasa

solat yang dilakukan oleh keldai seperti kau saja yang diterima oleh Allah s.w.t". Kata-

kata Habib bin Mazahir membuatkan Hasin dan koncu-koncunya walaupun Habib bin

Mazahir lebih tua dari Hasin akan tetapi dia masih boleh menumpaskan pihak lawan. Namun begitu, oleh kerana bilangan mereka semakin bertambah mereka dapat

menjatuhkan Habib bin Mazahir.

Imam Husain bin Ali a.s duduk menemani jenazah Habib bin Mazahir yang telah dikerat-

kerat di dalam keadaan tidak berkepala seraya berkata " Belahan tubuhku, terbunuhnya

 para sahabatku sepertimu adalah kerana menurut perintah Allah S.W.T.

KATA-KATA IMAM HUSAIN A.S DISAAT KEMATIAN MUSLIM BIN AUSAJAH

Page 3: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 3/6

Pada detik-detik terakhir kematian Muslim bin Ausajah, Imam Husain a.s duduk 

menemaninya. Imam dengan penuh sifat-sifat kasih sayang yang sentiasa terbayang

diraut wajahnya kelihatan tenang sambil mengucapkan tahniah dan selamat jalan padaMuslim. Tahniah kerana akan sampai kepada kejayaan hakiki dan selamat jalan kerana

akan meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.

Sememangnya kita tidak mampu untuk membayangkan raut Imam Husain ketika

 berhadapan dengan sahabatnya itu. Sifat-sifat penyayang yang telah diwarisi dari ibunya

Fatimah Az-Zahra dan ayahnya Ali Al-Murthada dan datuknya Muhammad Al-Mustafamengeratkan lagi hubungannya dengan para sahabat. Dengan sifat-sifat yang penyayang

inilah mereka menyampaikan risalah Allah s.w.t. Apabila sahabatnya memandang Imam

Husain a.s, dia semakin sayang dan cintanya terhadap cucu Rasulullah begitu mendalam.

Imam Husain a.s meletakkan tangannya dibahu Muslim bin Ausajah, perlahan-lahanmemegang lehernya lalu membuat Muaniqah (mencium kiri dan kanan pipinya).

Imam Husain a.s mencium dahi Muslim dengan penuh kasih sayang dan penuh

tanggungjawab terhadap sahabatnya. Kata-kata terakhir terpacul keluar dari mulut lemahMuslim " Aku merasa bangga dapat mengecapi kasih sayang dari anak Rasullullah dan

aku merasa gembira yang teramat sangat. Siapa yang lebih bertuah dariku di mana anak Rasullah s.a.w meletakkan pipinya ke pipiku". Muslim bin Ausajah menghembuskan

nafasnya yang terakhir dalam keadaan gembira dan redha.

KEMBALINYA SI KECIL IMAM HUSAIN A.S (ALI ASGHAR) KE

RAHMATULLAH

Tabari telah menceritakan daripada Uqbah bin Basyir Asadi riwayat daripada Imamkelima Muhammad Baqir a.s. Uqbah bin Basyir Asadi adalah dari kaum bani Asad. Imam

Baqir a.s berkata "Wahai Uqbah ! Kaummu masih ada hutang darah dengan keluarga

Rasulullah s.a.w". Imam Baqir a.s menerangkan kepada Uqbah dengan lebih jelas. "Pada peristiwa Asyura salah seorang daripada anak lelaki datukku Imam Husain a.s telah

syahid di tangan bani Asad." Imam Baqir menyambungnya lagi a.s "Sewaktu air telah

disekat untuk sampai ke khemah-khemah, Imam Husain a.s telah meminta Ali Asghar dibawa kepadanya. Dengan harapan, Imam mengangkat Ali Asghar yang masih bayi

dengan kedua belah tangannya seraya berkata "Wahai ahli Kufah ! Aku tahu kamu semua

menentangku tapi apakah anak kecil ini harus menanggung apa yang ditanggung olehku

sekarang. Kalau kamu menyekat air kepadaku maka berikanlah kepada anak kecil yangtidak berdosa ini". Belum sempat Imam Husain a.s memeluk anaknya itu, satu anak 

 panah telah mengenai leher Ali Asghar. Lalu Imam Husain a.s menadah titisan darah

yang mengalir dari leher anak kecilnya dan menyimbahkannya ke langit. Anak panah itutelah dilepaskan oleh salah seorang daripada kaummu Bani Asad".

Tabari meriwayatkan lagi selepas Imam Husain a.s menyimbah darah Ali Asghar kelangit dia berdoa " Ya Allah ! Jika di dunia ini kemenangan bukan milik kami maka kami

inginkan kemenangan yang besar di akhirat nanti. Hanya Kau yang layak membalas

 perbuatan mereka".

Page 4: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 4/6

KEBEBASAN DAN KELELAKIAN YAZID DAN TENTERANYA TERGADAI

Khawarizmi menyatakan Imam Husain a.s dan pengikutnya yang masih ada telah berperang tanpa henti pada hari ke sepuluh Asyura dan telah menumpaskan ramai musuh-

musuhnya. Oleh kerana itu pihak lawan telah membuat keputusan untuk menjatuhkan

Imam Husain a.s yang menjadi semangat kepada pengikutnya. Tentera Yazid memulakanserangan ke atas khemah-khemah yang didiami oleh golongan kanak-kanak dan wanita.

Imam Husain a.s dengan suara yang lantang melaungkan "Wahai pengikut keluarga Abu

Sufian ! Kalau engkau tidak ada agama dan tidak takut pada hari kiamat sekurang-kurangnya hiduplah kamu dalam kebebasan. Jika kamu dari golongan arab dan tahu

datuk-datuk kamu disanjungi kerana kemuliaan dan kebesaran mereka maka peliharalah

kemuliaan kamu itu".

Syimr menjawab "Apa yang kau katakan Husain?" Imam menjawab "Aku adalah

lawanmu dan kau adalah lawanku. Kenapa kau libatkan kanak-kanak dan wanita ini?

Tidakkah kau merasa malu menentang kanak-kanak dan wanita-wanita ini? Jangan kau

cuba mencederakan mereka. Sehingga aku masih hidup, aku akan mempertahankanmereka dan selagi hayat masih ada jangan kau berbuat apa-apa kepada mereka". Syimr 

menjawab lagi " Baiklah, kalau itu yang kau mahukan aku setuju". Syimr yang berwajahseribu kekejaman dan kekejian telah mengerahkan tenteranya supaya hanya menentang

Husain dan tenteranya sahaja sehinggalah kesemuanya menuju jalan syahid.

Mungkin apabila dilihat secara global, insiden tadi hanyalah menonjolkan kata-kata

Imam Husain a.s dengan Syimr bin Jausyan di hari ke sepuluh Asyura sahaja. Ia juga

sudah dianggap sebagai peristiwa yang benar-benar menyayat hati di dalam sejarah

Islam. Tetapi hakikatnya di sini dari peristiwa Karbala itu, Imam Husain a.s inginmenyampaikan satu pernyataan universal kepada dunia untuk sepanjang zaman. Memang

tidak dapat dinafikan semua penghuni dunia tidak berpegang pada undang-undang Ilahi

kerana bukan semuanya menjalani kehidupan sebagai muslim. Namun begitu di duniakita dari dahulunya telah tercipta satu undang-undang antarabangsa di mana semua

 penduduk dunia memelihara dan mematuhi kanun yang telah ditetapkan. Mana-mana

negara yang berhadapan dengan masalah peperangan, hanya kaum lelaki yang akan marake medan pertempuran. Pihak yang menang tidak berhak menganiayai kanak-kanak dan

wanita-wanita kecuali menjadikan mereka sebagai tawanan.

Islam adalah agama yang suci dan pastinya mempunyai undang-undang tersendiri sepertimana telah termaktub di dalam Al-Quran. Kita dilarang menghianati orang lain dan harus

menyayangi sesama Islam seperti kita menyayangi diri kita sendiri kerana orang-orang

Islam itu adalah bersaudara. Islam juga menegaskan supaya jangan melewati batasanyang telah ditetapkan. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 190 Allah s.w.t telah berfirman

"Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan

 janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orangyang melampaui batas". Ayat ini menunjukkan bahawa janganlah kita bermusuhan

dengan orang-orang lain kecuali mereka yang berperang dengan kita sahaja. Rumah-

rumah mereka jangan diroboh, keturunan mereka jangan dihapuskan, air jangan disekat,

Page 5: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 5/6

wanita dan golongan yang tidak berdaya jangan dianiaya dan yang melarikan diri jangan

diekori. Hatta kata-kata kesat juga jangan dilemparkan kepada mereka.

Apabila menjengah kembali pada peristiwa Asyura, kita dapati Syimr dan pengikutnya

 bukan sahaja telah melanggari undang-undang Islam bahkan undang-undang dunia pun

mereka lewati. Syimr berperang atas tuntutan nafsu (kemarahan) bukan seperti ImamHusain a.s berjuang kerana tuntutan dan tanggungjawab kepada agama. Sifat

kemanusiaannya telah hilang apabila emosi buas menguasai diri. Dia bukan saja melepasi

 batasan dunia dan Islam malah kelelakiannya juga tergadai ketika menyerang danmengepung khemah kanak-kanak dan wanita sejurus selepas kesyahidan Imam Husain

a.s dan para pengikutnya serta penyeksaan terhadap tawanan dari Karbala hingga ke

Syam.

MUNAJAT TERAKHIR IMAM HUSAIN A.S

Berdasarkan nukilan Syeikh Taifah dari Syeikh Tusi (Misbahul Mujtahid) dan dari

marhum Syed bin Tawus (Iqbal). Pada detik terakhir kehidupan Imam Husain a.s bermunajat kepada Allah s.w.t disaat rebahnya ke bumi. Dia telah membuka matanya

dengan perlahan-lahan memandang ke arah langit yang turut bersedih di atas peristiwa ditanah Karbala.

Imam Husain a.s berdoa kepada Pencipta sekalian alam " Ya Tuhanku ! AgungnyamakamMu, kerasnya marahMu, kekuatanMu mengatasi segala kekuatan, Kau tidak 

 bergantung (memerlukan) kepada makhlukmu dan ciptaanMu di bawah penguasaanMu

seperti apa yang Kau inginkan. RahmatMu dekat kepada makhlukMu, janjiMu benar,

nikmatMu sempurna, ujianMu indah, Kau dekat kepada hamba-hambaMu ketika Kaudipanggil, Kau berkuasa di atas ciptaanMu, Kau menerima taubat mereka yang memohon

kepadaMu, Kau bertindak di atas kemahuanMu, Kau tidak meminta di syukuri apabila

Kau disyukuri, Kau tidak meminta diingati apabila Kau diingati , aku memanggilMukerana memerlukanMu, aku mendekatMu seperti seorang fakir. Takutku kepadaMu

seperti orang yang di dalam seribu ketakutan, aku menangis seperti orang yang di dalam

kesedihan, aku memohon pertolongan dariMu seperti orang yang dhaif, aku berserahkepadaMu seperti orang yang memadai (mencukupi).

Ya Tuhanku !Hukumkanlah (adili) diantara kami dan diantara kaum kami kerana mereka

menipu dan membohongi kami. Mereka meninggalkan (tidak menolong)kami danmembunuh kami keluarga nabiMu kekasihMu Muhammad s.a.w yang telah dipilih untuk 

menyampaikan risalah (wahyu). Dan jadikanlah untuk kami dari setiap urusan kami

kemudahan dan jalan keluar. Aku bersabar di atas qada’dan qadarMu, wahai tuhan yangtiada tuhan lain selainMu. Wahai Yang membantu mereka-mereka yang memerlukan

 bantuan. Tiada tuhan lain bagiku selainMu. Aku bersabar di atas hukum dan takdirMu.

Wahai Pembantu yang tiada pembantu bagiNya. Wahai yang sentiasa ada (kekal) dantidak berpenghujung. Wahai Penghidup para yang mati, Wahai yang berkuasa di atas

kesemuanya, hukumkanlah (adili) diantaraku dan mereka dan sesungguhnya Kau adalah

sebaik-baik Penghukum.

Page 6: Wasiat Imam Husain as.doc

7/27/2019 Wasiat Imam Husain as.doc

http://slidepdf.com/reader/full/wasiat-imam-husain-asdoc 6/6

Al-Zamakhsyari dalam kitabnya Al-Kasyaf, menulis,

”Rasulullah saw bersabda: ’Barangsiapa yang matidengan kecintaan kepada keluarga Muhammad, dia mati

syahid. Ketahuilah, barangsiapa yang mati dalam

kecintaan kepada keluarga Muhammad saw, dia matidengan ampunan-Nya. Ketahuilah barangsiapa yang mati

dalam kecintaan kepada keluarga Nabi saw, dia mati

sebagai orang mukmin yang sempurna imannya.Ketahuilah, barangsiapa yang mati dengan membawa

kecintaan kepada keluarga Nabi saw, dia mati dalam

keadaan Malaikat Maut akan menggembirakannya dengan

surga, kemudian Munkar dan Nakir akan menghiburnya.

"Ketahuilah, barangsiapa yang mati dengan membawa

kecintaan kepada keluarga Muhammad, dia akan

diiringkan masuk ke surga seperti diiringkannya pengantin ke rumah suaminya. Ketahuilah, barangsiapa

yang mati dengan membawa kecintaan kepada keluargaMuhammad saw, Allah akan bukakan pintu surga pada

kuburannya. Ketahuilah, barangsiapa yang mati dengan

membawa kecintaan kepada keluarga Muhammad saw, Allahakan jadikan kuburannya tempat berkunjung Malaikat

Rahmat. Ketahuilah, barangsiapa yang mati dengan

membawa kecintaan kepada keluarga Muhammad, dia mati

sebagai ahlus sunnah wal jama’ah.”

“Siapa yang mati dalam kebencian kepada keluarga

Muhammad saw, dia akan datang pada hari kiamat dengantulisan pada kedua matanya; ’Inilah orang yang putus

asa dari rahmat Allah.“