syi’ah yakin imam imam sama dengan nabi dan …...kecuali para wasi (penerima wasiat iaitu...

1
Terjemahan: Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan para nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada Allah dan kepimpinan daripada Rasulullah s.a.w., seperti kedudukan Amir al-Mukminin a.s., pusaka Hasan dan Husain a.s.. sesungguhnya imamah adalah teraju agama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan kemuliaan kepada orang-orang beriman. Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, dan cabangnya yang tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada) imam. Dan juga (kesempurnaan dengan imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan hukum-hukum dan menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (Negara). (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 1 hal. 200) Kesimpulan: Kedudukan imam-imam maksum di sisi Syi’ah adalah setaraf dengan kedudukan para nabi bahkan lebih daripada nabi-nabi. Kepercayaan kepada imamah sebagaimana pegangan Syi’ah adalah merupakan asas kesempurnaan segala amalan sama ada amalan di peringkat individu sehinggalah ke keperingkat kenegaraan. Terjemahan: Daripada Abi Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam dibina di atas lima perkara, di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu al-Walayah.” Daripada Ibn al-‘Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s. katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang, zakat dan al-Walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua asas lagi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 18) Kesimpulan: Rukun Islam Syi’ah berbeza dengan rukun Islam Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama’ah iaitu Syiah mengatakan 'al-Walayah' (iaitu percaya kepada Imam-Imam)' adalah rukun yang paling penting dan Syi’ah juga telah menolak salah satu rukun Islam paling utama di sisi Ahl as-Sunnah iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Khomeini Tuduh Nabi-Nabi Gagal Terjemahan:...tiada seorangpun yang dapat melaksanakan tugas yang besar seperti ini untuk seluruh manusia kecuali Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu yang disimpan oleh Allah Ta’ala untuk manusia. Setiap nabi datang untuk menegakkan keadilan. Tujuannya ialah untuk melaksanakannya ke seluruh alam tetapi tiada yang berjaya. Sehinggakan penyudah sekalian nabi[1] yang datang untuk memperbaiki dan membersihkan manusia serta melaksanakan keadilan juga tidak berjaya. Dan sesungguhnya orang yang benar-benar berjaya dengan menepati sepenuhnya makna kalimah itu dan melaksanakan keadilan di semua penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar[2] (ditunggu-tunggu). - (Nota: 1– Nabi Muhamammad, 2 -Imam al-Muntazar di sini bermaksud Imam ke 12 Syiah yang didakwa ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahadi) (Rujukan: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat al-Imam al-Khomeini hal. 42) Kesimpulan: Khomeini dan Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa mereka tidak berjaya dalam tugas mereka. Khomeini Kata Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad S.A.W. Terjemahan: Syeikh dan ustaz kita al-‘Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-muridnya:“Kalaulah Ali a.s. muncul sebelum Rasulullah s.a.w. pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dan pasti dia akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (batin) dan zahir.” (Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153) Kesimpulan: Khomeini dan Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa kedudukan Sayyidina ‘Ali r.a adalah setaraf dengan Nabi s.a.w. Kahwih Mut`ah - Boleh Bernikah Dengan Isteri Orang Kesimpulan: Dalam nikah Mut'ah dibolehkan mengahwini isteri orang dan pihak lelaki tidak perlu bertanya status pasangan wanitanya samada isteri orang atau tidak. Hakikatnya, pernikahan batil ini tidak ada bezanya dengan perzinaan. Syi’ah Yakin Imam-Imam Sama Dengan Nabi Dan Tidak Sempurna Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam. Syi’ah Mengatakan Percaya Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama Terjemahan: 1- Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub daripada ‘Amar bin Abi al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja'far a.s. berkata: "Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al -Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali oleh Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s." 2- Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Sinan daripada ‘Ammar bin Marwan daripada Munakkhal daripada Jabir daripada Abi Ja’far a.s. bahawa ia berkata: “Tidak ada seorangpun mampu mendakwa bahawa keseluruhan al-Quran ada padanya samada zahir dan batinnya kecuali para wasi (penerima wasiat iaitu imam-imam).” (Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228) Kesimpulan: Syiah percaya bahawa al-Quran sebenar hanya dihimpunkan dan dihafal oleh Sayyidina ‘Ali dan imam-imam selepasnya di sisi Syi’ah dan bukannya dihimpun oleh sahabat-sahabat r.hum. Ayatollah Ali Al Sistani Masalah 260 : …………………………………….... Adapun setelah menikah maka tidak dianjurkan bertanya tentang statusnya. Mengetahui status seorang wanita dalam nikah mut'ah bukanlah syarat sahnya nikah mut'ah. (Ali Al Sistani, Minhajushalihin, jilid 3 hal. 82) Syi’ah Percaya Al-Quran Sekarang Adalah Tidak Asli

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Terjemahan: Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan para nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada Allah dan kepimpinan daripada Rasulullah s.a.w., seperti kedudukan Amir al-Mukminin a.s., pusaka Hasan dan Husain a.s.. sesungguhnya imamah adalah teraju agama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan kemuliaan kepada orang-orang beriman. Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, dan cabangnya yang tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada) imam. Dan juga (kesempurnaan dengan imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan hukum-hukum dan menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (Negara). (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 1 hal. 200)

Kesimpulan: Kedudukan imam-imam maksum di sisi Syi’ah adalah setaraf dengan kedudukan para nabi bahkan lebih daripada nabi-nabi. Kepercayaan kepada imamah sebagaimana pegangan Syi’ah adalah merupakan asas kesempurnaan segala amalan sama ada amalan di peringkat individu sehinggalah ke keperingkat kenegaraan.

Terjemahan: Daripada Abi Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”.

Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam dibina di atas lima perkara, di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu al-Walayah.”

Daripada Ibn al-‘Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s. katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang, zakat dan al-Walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua asas lagi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 18)

Kesimpulan: Rukun Islam Syi’ah berbeza dengan rukun Islam Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama’ah iaitu Syiah

mengatakan 'al-Walayah' (iaitu percaya kepada Imam-Imam)' adalah rukun yang paling penting dan Syi’ah juga telah menolak salah satu rukun Islam paling utama di sisi Ahl as-Sunnah iaitu mengucap dua kalimah syahadah.

Khomeini Tuduh Nabi-Nabi Gagal

Terjemahan:...tiada seorangpun yang dapat melaksanakan tugas yang besar seperti ini untuk seluruh manusia kecuali Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu yang disimpan oleh Allah Ta’ala untuk manusia. Setiap nabi datang untuk menegakkan keadilan. Tujuannya ialah untuk melaksanakannya ke seluruh alam tetapi tiada yang berjaya. Sehinggakan penyudah sekalian nabi[1] yang datang untuk memperbaiki dan membersihkan manusia serta melaksanakan keadilan juga tidak berjaya. Dan sesungguhnya orang yang benar-benar berjaya dengan menepati sepenuhnya makna kalimah itu dan melaksanakan keadilan di semua penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar[2] (ditunggu-tunggu). - (Nota: 1– Nabi Muhamammad, 2 -Imam al-Muntazar di sini bermaksud Imam ke 12 Syiah yang didakwa ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahadi) (Rujukan: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat al-Imam al-Khomeini hal. 42)

Kesimpulan: Khomeini dan Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa mereka tidak berjaya dalam tugas mereka.

Khomeini Kata Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Terjemahan: Syeikh dan ustaz kita al-‘Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-muridnya:“Kalaulah Ali a.s. muncul sebelum Rasulullah s.a.w. pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dan pasti dia akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (batin) dan zahir.” (Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153)

Kesimpulan: Khomeini dan Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa kedudukan Sayyidina ‘Ali r.a adalah setaraf dengan Nabi s.a.w.

Kahwih Mut`ah - Boleh Bernikah Dengan Isteri Orang

Kesimpulan: Dalam nikah Mut'ah dibolehkan mengahwini isteri orang dan pihak lelaki tidak perlu bertanya status pasangan wanitanya samada isteri orang atau tidak. Hakikatnya, pernikahan batil ini tidak ada bezanya dengan perzinaan.

Syi’ah Yakin Imam-Imam Sama Dengan Nabi Dan Tidak Sempurna Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam.

Syi’ah Mengatakan Percaya Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama

Terjemahan: 1- Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub daripada ‘Amar bin Abi al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja'far a.s. berkata: "Tidaklah seseorang itu mendakwa bahawa ia telah mengumpulkan al-Quran kesemuanya sebagaimana diturunkan melainkan ia adalah seorang pendusta, al-Quran tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali oleh Ali bin Abi Talib a.s. dan imam-imam selepasnya a.s."

2- Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Sinan daripada ‘Ammar bin Marwan daripada Munakkhal daripada Jabir daripada Abi Ja’far a.s. bahawa ia berkata: “Tidak ada seorangpun mampu mendakwa bahawa keseluruhan al-Quran ada padanya samada zahir dan batinnya kecuali para wasi (penerima wasiat iaitu imam-imam).” (Usul Al-Kafi jilid 1 ms. 228)

Kesimpulan: Syiah percaya bahawa al-Quran sebenar hanya dihimpunkan dan dihafal oleh Sayyidina ‘Ali dan imam-imam selepasnya di sisi Syi’ah dan bukannya dihimpun oleh sahabat-sahabat r.hum.

Ayatollah Ali Al Sistani Masalah 260 : …………………………………….... Adapun setelah menikah maka tidak dianjurkan bertanya tentang statusnya. Mengetahui status seorang wanita dalam nikah mut'ah bukanlah syarat sahnya nikah mut'ah. (Ali Al Sistani, Minhajushalihin, jilid 3 hal. 82)

Syi’ah Percaya Al-Quran Sekarang Adalah Tidak Asli