wasiat saidina ali

Upload: mnur-sarhan

Post on 05-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    1/15

    WASIATSAIYIDINA ALIT E N T A N G K E K AYA A N & K E M I S K I N A N

    AL-FAQiR ILALLAH :

    ZAINAL RASHID BIN ISA

    (www.ZainalRashid.com )

    Dibawaoleh:http://www.facebook.com/KunciRezeki999(Tips&HimpunanAmalanMurahRezeki)

    http://www.facebook.com/KunciRezeki999http://www.facebook.com/KunciRezeki999http://www.zainalrashid.com/http://www.zainalrashid.com/
  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    2/15

    Bukanlah kekayaan i tu dengan

    banyaknya harta, tetapi kekayaan ituialah dengan kayanya diri (jiwa).

    (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Bila saja kita berbicara tentang kekayaan, saya pasti semua orang suka dan tersenyum riang,

    semua orang teruja untuk mendengarnya bukan? Namun ada orang kisah apa sebenarnyatanggungjawab bila diri menjadi jutawan, bergelar hartawan? Sebenarnya persoalan inilahyang lebih penting dari persoalan bagaimana nak jadi kaya raya dan memiliki wang di sinisana. Namun kerana dunia sekarang ini semakin mementingkan wang ringgit dan dan harta,

    apa yang berlegar dalam fikiran macamana nak hidup senang, harta keliling pinggang!

    Bila berjumpa seseorang, apa yang dilihat dan menjadi syarat adalah apa yang dipakai,kereta apa yang dipandu dan makanan apa yang diorder. Hanyalah itu syaratnya, mudahkan? Boleh saja kalau bawa kereta pinjam, tayang pakaian berjenama dan bawa lebih wanguntuk order macam-macam... diri pasti dipandang dan dilayan kelas atasan!

    Hakikatnya kita harus sentiasa tanyakan diri, nak ke mana kita bila tamat hidup di dunia ini?Bagaimana pula nasib keluarga yang kita cintai? Selamatkah di alam sana nanti? Bagaimanacara mencari kekayaan, adakah ianya mengikut syariat dan suruhan Tuhan? Bila dah kayaraya, bagaimana pula dengan harta yang ada? Untuk apa disimpan berkoyan-koyan?

    berbelanja yang bukan-bukan. Fokus hanya untuk kepuasan diri, kroni dan keluarga sendiri..Marilah sahabat-sahabatku kita lihat wasiat unggul daripada Amirul Mukmin dalam sebuahkisah di zaman pemerintahnnya bersama penerangan berpaksikan al-Quraan dan al-Hadith.

    WASIAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAHt e n t a n g k e k a y a a n d a n k e m i s k i n a nOleh : Zainal Rashid Bin Isa

    (www.ZainalRashid.com)

    WASIATSAIYIDINAA

    LITENTANGKEKAYAAN&

    KEMEWAHAN

    Dan orang-orang yang menyimpan

    e m a s d a n p e r a k t i d a kmembelanjakannya pada jalan Allah,maka khabarkanlah kepada mereka

    dengan (balasan) azab seksa yangtidak terperi sakitnya. (iaitu) pada harikiamat dibakar emas perak (dan harta

    benda) itu dalam neraka Jahannam,lalu diselar dengannya dahi mereka,dan rusuk mereka, serta belakangmereka (sambil dikatakan kepada

    mereka): inilah apa yang telah kamusimpan untuk diri kamu sendiri, oleh iturasalah (azab daripada) apa yang

    kamu simpan. (At-Taubah: 34-35)

    http://www.zainalrashid.com/http://www.zainalrashid.com/
  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    3/15

    Di kesempatan ini saya paparkan sebuah kisah menarik

    yang berlaku di zaman pemerintahan SaiyidinaAli bin Abi

    Thalib Karramallahu Wajhah tentang seorang hartawan

    dan jutawan yang bernamaAla bin Ziyad Al-Haritsi. Beliau

    merupakan ahli korporat yang terkenal yang menetap di

    kota Bashrah. Namanya cukup tersohor dan dikenali

    seluruh penduduk kota. Kemewahan yang beliau miliki

    seperti rumah agamnya yang mewah, pakaiannya yang

    mahal juga kenderaannya hebat membuatkan nama

    beliau meniti dibibir semua orang pada masa itu.

    Suatu ketika, Saiyidina Ali bin Thalib telah datang ke

    Bashrah. Apabila mengetahui kedatangan Saiyidina Ali

    ke kota Bashrah, Ala bin Ziyad menjemput dan berharap

    agar Amirul Mukminin sudi untuk menjadi tamu istimewa di

    kediamannya yang cukup mewah. Fikir beliau bahawa

    Saiyidina Ali yang merupakan khalifah yang hebat itu

    amat sesuai dan layak dijamu sepuasnya dengan layanankelas pertama!

    Sampai sahaja Saiyidina Ali bin Thalib sampai di

    perkarangan rumah agam Ala, beliau begitu kagum

    melihat betapa cantiknya lanskap di sekeliling rumah

    tersebut yang dilengkapi dengan perhiasan dalaman

    yang mewah seperti perabut dan peralatan rumah yang

    hebat dan mahal. Beliau sendiri cuma tinggal di rumahyang sederhana dan tidak jauh bezanya dengan

    kediaman rakyat jelata.

    Selang beberapa ketika bersama Ala di ruang tamu

    rumahnya, Saiyidina Ali menghampirinya sambil berkata:

    Wahai Ala, apa untungnya memiliki rumah sebesar ini,

    sedangkan engkau memerlukan rumah yang jauh lebih

    besar dan lebih mewah di akhirat kelak?

    WASIAT SAIYIDINA ALIKaya harta boleh, tapi jangan miskin jiwa.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    4/15

    Soalan yang keluar dari mulut khalifah itu tidak mampu

    dijawab oleh Ala bin Ziyad. Pada hematnya Khalifah

    yang cukup hebat itu hanya layak dijamu di istananya

    yang besar dan mewah, namun teryata telahan beliau

    meleset sama sekali kerana Saiyidina Ali sebenarnyabukanlah pencinta dunia. Beliau langsung tidak

    mudah terpengaruh dengan kesenangan dunia. Baginya

    semua itu adalah sementara dan perlu digunakan semata-

    mata untuk dakwah Islamiyah meraih redha Allah Taala.

    Meskipun beliau adalah khalifah hebat yang menakluk

    sepertiga dunia, tetapi beliau tidak sekali-kali dikuasai

    nafsu dengan nikmat dunia yang tidak kekal lama.

    Melihat perubahan pada wajah Ala ketika itu, Khalifah

    Ali bin Abi Thalib memahami apa yang difikirkan oleh

    Ala. Beliau juga telah maklum bahawa tuan rumah

    memperolehi harta dan kekayaannya melalui jalan yang

    betul dan hasil usahanya yang tidak keras dalam

    perniagaan yang dilakukan. Kemudian, Khalifah Saiyidina

    Ali segera berpesan kepadanya: Wahai Ala, engkau

    boleh menjadikan rumahmu yang besar ini sebagaikenderaan yang akan membawamu pada rumah yang

    lebih besar di akhirat kelak.

    Sungguh gembira Ala mendengar kata-kata yang keluar

    dari mulut Khalifah yang bijak itu. Beliau segera segera

    melanjutkan lagi soalannya: Bagaimana caranya wahai

    Amirul Mukminin? Saiyidina Ali lantas menjawab:

    Engkau buka rumahmu ini untuk para tetamu yangberhajat, jalinkan tali persaudaraan di antara kaum

    muslimin, bela dan zahirkan hak-hak kaum muslimin di

    rumahmu, jadikan rumah ini sebagai tempat memenuhi

    hajat, bukannya untuk kepentingan dan keserakahan

    dirimu semata-mata.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    5/15

    Pada masa itu jugaAla yang bersama Saiyidina Ali

    dengan mengajukan permasalahan yang lain pula. Beliau

    bertanya: Wahai Amirul Mukminin, aku mempunyai

    seorang saudara. Dia telah mengubah keseluruhan cara

    hidupnya. Dia sekarang hanya duduk berkhalwat ditempat-tempat yang sunyi, berpakaian lusuh dan selekeh,

    t idak berkerja, sehinggakan meninggalkan ahl i

    keluarganya. Saudaraku itu yang bernama Ashim bin

    Ziyad Al-Haritsi ini selalu mengatakan: Semua itu aku

    lakukan semata-mata hanya ingin mendekatkan diri

    kepada Allah Taala. Apakah sikap dan perbuatan

    saudaraku itu benar wahai Amirul Mukminin?

    Lantas Ali bin Abi Thalib meminta agar Ashim dibawa

    kepadanya. Ketika berhadapan dengan Ashim,

    Saiyidina Ali berkata dengan nada yang agak keras &

    tegas, Wahai Ashim, orang yang telah memusuhi

    d i r inya sendi r i ! Sungguh syai tan te lah ber jaya

    memperdayakan akalmu. Mengapa engkau tinggal dan

    biarkan anak dan isterimu dengan alasan hanya ingin

    mendekatkan diri kepada Allah?

    Apakah engkau beranggapan bahawa Allah yang

    m e n c i p t a k a n a l a m s e m e s t a b e s e r t a s e l u r u h

    kenikmatannya itu tidak rela jika kau gunakan kenikmatan

    itu secara betul? Demi Allah, bukan begitu caranya untuk

    mendekatkan diri kepada Allah!

    Dengan rasa bersalah, kemudian Ashim menjawab:

    Wahai Amirul Mukmin, aku lakukan semua ini semata-

    mata kerana ingin meniru dan mengikuti cara hidupmu

    yang zuhud. Engkau hidup susah, aku pun sedemikian.

    Engkau berpakaian amat sederhana, akupun ikut juga.

    Engkau cukupkan dengan mengambil sekeping roti, aku

    juga mencontohimu. Engkau adalah idolaku sebenarnya,

    wahai Amirul Mukminin.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    6/15

    Mendengar jawapan Ashim itu, Ali mencuba untuk

    menghuraikan persoalan itu dengan jelas dan tepat. Beliau

    berkata, Wahai Ashim, aku berbeza dengan kamu.

    Aku memegang kekuasaan dan seorang khalifah bagi

    kaum Muslimin kseseluruhannya, sedangkan kamu tidak. Dibahuku terpikul amanat yang amat berat, sedangkan

    kamu tidak juga. Aku memakai jubah kepemimpinan,

    sedangkan kamu adalah rakyat yang aku pimpin.

    Tanggungjawab seorang pemimpin di hadapan Allah itu

    teramat berat. Allah telah mewajibkan para pemimpin

    untuk berlaku adil kepada setiap dari rakyatnya,

    sedangkan rakyat yang paling lemah adalah piawaianbagi dirinya. Seorang pemimpin selayaknya hidup seperti

    rakyatnya yang paling sederhana agar tercipta

    perpaduan, persefahaman dan perasaan saling

    memahami dalam perjuangan. Oleh kerana itu, di bahuku

    ada kewajipan yang harus kutunaikan, sedangkan di

    bahumu ada kewajiban lain yang harus engkau

    laksanakan.

    Kita semua tahu dan kenal dengan kedua-dua menantu

    Rasulullah SAW, iaitu Usman Affan dan Ali bin Abi

    Thalib. Seorangnya kaya raya, sedangkan yang seorang

    lagi hidup dengan penuh kesederhanaan, jika tidak boleh

    dikategorikan sebagai miskin. Kedua-duanya mereka ini

    merupakan sahabat kesayangan Rasulullah SAW, bukan

    kerana mereka berdua menantunya, bukan juga kerana

    kaya dan mewah dengan hartanya dan bukan jugakerana sederhana cara hidupnya, namun mereka berdua

    disayang Rasulullah SAW kerana ketaatan dan soleh

    hidupnya.

    Banyak orang kaya yang salah menilai kekayaannya,

    seperti halnya banyak juga orang miskin yang salah dalam

    memandang kemiskinannya. Kaya dan miskin adalah dua

    saudara kembar yang selalu ada dan menghiasi hidup di

    dunia. Tidak ada yang boleh disebut kaya jika tidak ada

    yang miskin, demikian juga sebaliknya.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    7/15

    Firman Allah Taala yang bermaksud:

    Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari

    sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang

    yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikanrezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki,

    agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa

    mereka mengingkari nikmat Allah? (An-Nahl: 71)

    Kaya dan miskin merupakan bukti kehebatan dan

    kekuasaan Allah Taala, sebagaimana dengn adanya siang

    dan malam. Masalahnya bukan pada kaya dan miskinnya,tapi bagaimana cara seseorang itu memandang harta

    tersebut. Tidak sedikit orang kaya yang benar dalam

    memandang kekayaannya. Namun, sebahagian besar

    yang lainnya sebagaimana yang disebut oleh ayat di atas.

    Mereka tidak mahu berkongsikan hartanya kepada orang

    lain, terutama kaum fakir miskin.

    Tidak ada yang berani membuat penilaian dan

    perbandingan antara Usman bin Affan yang kaya raya

    dengan Ali bin Abi Thalib yang hidupnya amat

    sederhana. Apakah Ali yang lebih baik dari Usman,

    ataupun Usman itu adalah yang lebih baik daripada

    Ali bin Abi Thalib.

    Namun yang jelas di sini adalah kedua-duanya termasuk

    sepuluh sahabat yang dijamin Nabi Muhammad SAW

    masuk dalam syurga Allah. Kedua mereka amat disayangi

    Rasulullah, bahkan kecintaannya itu dibuktikan dengan

    mengambil keduanya sebagai menantu baginda SAW.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

    Dibawa oleh: http://www.facebook.com/KunciRezeki999 (Tips & Amalan Murah Rezeki)

    http://www.facebook.com/KunciRezeki999http://www.facebook.com/KunciRezeki999http://www.facebook.com/KunciRezeki999
  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    8/15

    Saya paarkan sebuah lagi kisah hebat di antara seorang

    murid dengan gurunya. Suatu hari seorang guru

    menyarankan kepada muridnya agar berguru kepada

    seorang ahli sufi yang terkenal. Setelah melewati

    perjalanan yang amat panjang, muridnya itu akhirnya

    boleh berjumpa dengan guru yang dimaksud itu.

    Beliau sangat terkejut setelah mengetahui rumah hli sufi

    tersebut mewah bagaikan istana raja. Beliau bertanyakan

    kepada jiran tetangga ahli sufi tersebut adakah betul

    istana itu merupakan tempat tinggal ahli sufi yang dicari-

    carinya. Semua mereka yang dijumpai mengiyakannya.

    Bertambah terkejut lagi setelah si pemilik istana itu datang

    dengan pakaian yang mewah dan kenderaan yang

    hebat. Maka murid tersebut tertanya-tanya dalam hatinya

    apakah benar oarang ini yang dimaksudkan oleh gurunya.

    Oleh kerana telah menempuh perjalanan yang jauh danmemenatkan, beliau menjumpai juga ahli sufi yang kaya

    raya itu. Setelah menyampaikan salam dari gurunya,

    beliau pun menerangkan maksud dan tujuannya datang

    berjumpa.

    Bertambah lagi terkejut murid tersebut setelah mendengar

    kata-kata yang keluar dari mulut ahli sufi yang kaya raya

    itu. Beliau berkata: Tolong sampaikan salam sayakembali kepada gurumu. Aku berpesan agar dia tidak

    selalu sibuk dengan urusan dunia.

    Bagaikan disambar petir di siang hari. Bagaimana mungkin

    orang kaya raya itu memberi nasihat kepada gurunya

    yang jauh dari kehidupan dunia agar tidak sibuk mengurus

    dunia? Ia minta diri untuk pulang, tidak jadi untuk berguru

    kepada orang yang dicadangkan oleh gurunya itu.

    WASIAT SAIYIDINA ALIAllah Sentiasa Di hati Barulah Dikatakan Kaya Yang Hakiki.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    9/15

    Sampai saja beliau di hadapan gurunya, murid tersebut

    melaporkan semua kejadian yang dialaminya, termasuk

    nasihat ahli sufi yang kaya itu kepada gurunya. Beliau lagi

    tidak faham dan terasa pelik setelah gurunya yang sangat

    dihormati itu terus menangis dan membenarkan nasihatahli sufi yang kaya itu.

    Guru tersebut akhirnya menjelaskan bahawa ahli sufi itu

    memang memiliki istana yang mewah, kenderaan yang

    hebat, dan selalu berpakaian indah. Tanah kebunnya

    sungguh luas serta memiliki perniagaan yang amat

    berjaya. Namun demikian, harta yang melimpah itu tidak

    membuatkannya lalai dan lupa kepada Allah SWT.

    Hartanya tidak mengganggu zikirnya kepada Allah Taala.

    Beliau tidak sombong disebabkan hartanya dan jika tiba-

    tiba segala hartanya diambil oleh pemiliknya, Allah SWT...

    beliau pun tidak merasa terhina kerananya. Ahli sufi itu

    memandang harta biasa-biasa sahaja.

    Sementara saya, kata gurunya lagi... biar tidak punya hartayang melimpah, tetapi hari-hari masih disibukkan untuk

    memikirkan harta. Bahkan boleh jadi saya lebih sibuk

    memikirkan urusan harta daripada ahli sufi yang kaya raya

    itu.

    Kepada mereka yang dikurniakan rezeki yang lebih

    k urn iaan A l lah SW T , hendak nya merek a b i j ak

    menggunakan hartanya itu untuk mendapatkan hartakekayaan yang lebih besar dan hebat di akhirat kelak.

    Manakala mereka yang belum dikurniakan rezeki

    melimpah dari Allah SWT, perlu tetap taat kepada perintah

    Allah Taala dengan tulus ikhlas.

    Kesimpulannya, tidak mejadi halangan untuk menjadi

    kaya, syaratnya wajib dekat dengan Allah. Begitu juga

    tiada alasan bagi orang miskin untuk tidak mendekat

    kepada Allah kerana kemiskinannya. Kaya atau miskin

    sebenarnya punyai peluang yang sama untuk mendapat

    redha Allah asal mereka sentiasa patuh padaNya.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    10/15

    Rezeki bagi setiap muslimin dan muslimat itu amatlah luas.

    Ia bukan sekadar merujuk kepada harta benda,

    kemewahan dan wang berjuta-juta. Sebaliknya

    pengertian rezeki di sisi Allah Taala itu adalah meliputi

    segala yang baik dan menyenangkan. Usah menganggap

    rezeki itu berupa kebendaan semata-mata, namun

    bukalah minda dan akal fikir bahawa ianya amat luas dan

    meliputi segala kenikmatan yang dianugerah Allah.

    Dari Abu Zar RA. bahawasanya orang-orang datang dari

    sahabat Rasulullah SAW menemui baginda. Mereka

    berkata: Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah

    memiki banyak pahala, mereka solat seperti kami; mereka

    puasa seperti kami; dan mereka bersedekah dengan harta

    mereka. Rasulullah SAW berkata: Bukankah Allah telah

    menjadikan sesuatu bagi kalian untuk bersedekah?

    Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir

    adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dansetiap tahlil adalah sedekah. Perintah kepada kebaikan

    adalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah

    sedekah. Dan dalam jimakamu pun ada sedekahnya.

    Menurut sebuah lagi hadith:Para sahabat bertanya: Ya

    Rasulullah SAW, apakah jika seseorang melampiaskan

    syahwatnya kepada ister inya boleh mendapat

    pahala?Rasulullah berkata: Bagaimana menurutmujika disalurkan kepada yang haram, apakah dia berdosa?

    Begitu pula jika dia disalurkan pada yang halal dia akan

    mendapat pahala. (HR. Muslim)

    Dari hadis yang dinyatakan sebelum ini dapat diambil

    banyak faedah darinya. Antara faedah utama yang jelas

    dapat dikutip darinya dan dijadikan amalan adalah;

    WASIAT SAIYIDINA ALIPintu-pintu Kebaikan Yang Mendatangkan Rezeki.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    11/15

    1) Semangat para sahabat dalam amalan kebaikan

    Para sahabat adalah generasi yang bertuah kerana

    melalui hidup pada zaman Rasulullah SAW. Mereka ada

    bila mana wahyu diturunkan, mereka jugalah yang lebihfaham tentang isi kandungan Al-Quranul Karim dan segala

    Hadith serta penerapannya.

    Sahabat Rasulullah SAW. amat terkenal sebagai insan yang

    memiliki semangat yang begitu tinggi dan berapi-api untuk

    melakukan amal soleh dan kebaikan. Bila sahaja perintah

    syariat turun, mereka bersegera mengerjakannya. Kita

    ambil contoh yang sederhana dan kecil: Abu Thalhah,

    beliau tanpa berfikir panjang menginfakkan kebunnyayang sangat disukai (bernama buhaira) bila mendengar

    Firman Allah Taala yang ertinya:

    Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan orang

    (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan

    sebahagian harta yang kamu cintai.(Ali Imran: 92)

    Begitu pula para wanita shahabiah, mereka bersegera

    menutupi tubuh mereka begitu mendengar perintah untukberhijab. Apa yang menarik pula adalah kisah Handhalah

    bin Amir yang rela neninggalkan masa berseronok dengan

    isterinya semata-mata menyambut panggilan jihad pada

    perang Uhud, sehingga beliau tidak sempat untuk mandi

    junub. Ketika beliau syahid di medan uhud, didapati

    tubuhnya basah kerana dimandikan oleh para malaikat.

    Dari peristiwa itu Thalhah dikenali dengan gelaran Ghasilul

    Malaikah.

    Banyak lagi kisah-kisah menarik yang menunjukkan sikap

    d a n t i n g k a h l a k u h e b a t p a r a s a h a b a t y a n g

    mengambarkan betapa besarnya keinginan mereka untuk

    melakukan amal soleh dan berlaku taat terhadap Allah

    Taala dan Rasul utusanNya.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    12/15

    Hadis di atas juga ada mengisahkan tentang orang-orang

    miskin dari kalangan sahabat yang datang menemui

    Rasulullah SAW bertujuan mengadukan hal ehwal keadaan

    mereka yang tidak berpeluang dan tidak berkemampuan

    untuk beramal sepertimana orang-orang kaya yangsentiasa menginfakkan harta mereka di jalan Allah. Mereka

    itu merasa sedih jikalau tidak boleh meraih pahala

    sebagaimana mereka yang kaya raya. Bahkan ada di

    antara sahabat yang menangis berlinangan air mata

    kerana tidak memiliki harta yang akan digunakan untuk

    berjuang di jalan agama. Allah Taala ada menceritakan

    dalam Al-Quranul Karim yang mana ertinya:

    Dan tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila

    mereka datang kepadamu supaya kamu memberikan

    mereka kenderaan (untuk jihad fi sabillah). lalu kamu

    berkata:Aku tidak memperoleh kenderaan untuk

    membawamulalu mereka kembali dengan bercucuran

    air mata kerana sedih lantaran mereka tidak memperoleh

    apa yang akan mereka nafkahkan.(At-Taubah: 92)

    Sahabat tersebut (faqir miskin) mengadu kepadaRasulullah SAW bukan kerana terpengaruh dengan

    bayaknya harta mereka yang kaya. Tetapi, mereka

    cemburu dengan sedekah yang sentiasa diinfakkan oleh

    mereka yang kaya raya. Sikap seperti ini tidaklah tercela,

    kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:

    Tidak boleh hasad kecuali kepada dua hal (iaitu):

    Seseorang yang Allah anugerahkan harta, kemudian ia

    menginfakkannya setiap pagi dan petang. Dan seseorang

    yang Allah anugerahkan (ilmu) Al-Quran, kemudian ia

    mengamalkan setiap pagi dan petang.

    (HR. Bukhari dan Muslim)

    Apa yang dimaksudkan dengan hasad dalam hadith di

    atas adalah ghibthah(cemburu), iaitu keinginan seseorang

    untuk dapat menyamai orang lain, namun tanpa

    mengharapkan lenyapnya kenikmatan yang ada padaorang lain.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    13/15

    Berbeza dengan hasad, iaitu keinginan agar kenikmatan

    atau kehormatan orang lain lenyap, apakah dengan

    tujuan agar perpindahan menjadi miliknya atau hanya

    lenyap begitu sahaja. Hasad seperti ini sangat tercela,

    dapat mencelakakan orang yang dihasad dan juga dapatmembinasakan mereka yang melakukan perbuatan hasad

    tersebut.

    Marilah sama-sama kita renungkan keadaan para

    tauladan kita (sahabat Rasulullah) dalam menempuh jalan

    menuju Allah. Mereka merasa rugi bila terluput dari mereka

    satu sahaja dari perintah Rasulullah, sehingga membuat

    mereka sentiasa berlumba-lumba dalam melakukankebaikan dan ketaatan. Allah berfirman dalam Kitabnya

    yang suci, ertinya :

    D a n u n t u k y a n g d e m i k i a n i t u ( S y u r g a d a n

    kenikmatannya) hendaklah orang berlumba-lumba.

    (Al-Muthaffifin: 26)

    Oleh kerana itu, keutamaan sahabat Rasulullah SAW

    kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi, tiada bandingnya

    dengan kita. Bahkan bila kita menginfakkan emas sebesar

    gunung uhud sekalipun, ianya tidak akan sampai ke darjat

    mereka dan tidak juga walau setengah darinya. Oleh yang

    demikian, merekalah yang harus kita jadikan contoh dan

    teladan dalam mengikut Rasulullah SAW untuk meraih

    kebahagiaan dunia dan akhirat.

    2) Pintu kebaikan dan rezeki tidak terhitung banyaknya.

    Para sahabat datang mengadu kepada Rasulullah kerana

    menurut sangkaan mereka sedekah itu hanyalah dalam

    bentuk harta benda sahaja. Sehingga mereka merasa

    tidak sanggup untuk bersedekah disebabkan kehidupan

    mereka yang tidak mencukupi. Rasulullah s.a.w. kemudian

    menjelaskan bahawa pintu kebaikan itu banyak sekali.

    Dalam Shahih Ibnu Hibban disebutkan: Sesungguhnya

    pintu kebaikan itu sangat banyak.

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    14/15

    Dalam Shahih Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda:

    Setiap perbuatan maaruf (kebaikan) adalah sedekah.

    Kemudian Rasulullah SAW telah memperinci beberapa

    amal kebaikan/perbuatan maaruf yang baginda

    nyatakan di dalam hadith tersebut, antaranya:

    1. Zikir, tasbih, tahmid, takbir, tahlil adalah sedekah.

    2. Melakukan amar maaruf dan nahi mungkar ini

    mencakupi segala muamalah antara muslim dalam

    kehidupan bermasyarakat.

    Dalam hadis lain Rasulullah SAW. bersabda, ertinya:

    Setiap sendi manusia dapat melaksanakan sedekah

    setiap hari di mana matahari mulai terbit. Di antaranya:

    kamu berlaku adil di antara dua orang adalah sedekah:

    menolong seorang dalam hal tetangganya, kau

    mengangkatnya atu keu mengangkatkan barangnya ke

    atas kenderaan adalah sedekah; kata-kata yang baik

    adalah sedekah; Setiap langkah menuju solat adalah

    sedekah; dan menyingkirkan rintangan di jalan adalahsedekah. (HR. Bukhari dan Muslim)

    3. Bahkan di antara jenis sadaqah yang disebutkan

    adalah jimanya seseorang dengan isterinya. Semua

    amalan yang telah dijelaskan tadi adalah amalan

    kebaikan dengan dalil shahih. Semoga kelak amalan

    tersebut berharga di sisi Allah dan menjadi bekalan

    kita di akhirat, hendaklah ia disertai dengan niat yangikhlas, mengharap redha dari Allah Taala.

    Nabi ada bersabda yang maksudnya:

    Sesungguhnya, tiada harta yang kamu infakkan untuk

    mengharap wajah Allah pasti akan membalasnya.

    Sampai-sampai sesuap makanan yang kamu berikan

    kepada isterimu(akan diberi ganjaran).

    (HR. Bukhari dan Muslim)

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

  • 8/2/2019 Wasiat Saidina Ali

    15/15

    Imam Nawawi berkata ketika beliau mensyarahkan hadith

    pertama yang pertama dinyatakan pada awalnya di atas

    (iaitu hadith dari Abu Dzur).

    Dalam hadis ini terdapat bukti bahawa segala amalanmubah (perkara yang diharuskan) boleh menjadi suatu

    bentuk ketaatan bila disertai dengan niat tulus ikhlas. Maka

    jimapun boleh disebut ibadah bila diniatkan untuk

    menunaikan hak isteri dan mempergaulinya dengan

    maaruf seperti perintah Allah, atau mengharap anak yang

    soleh atau untuk menjaga kehormatan diri sehingga

    tercegah dari melihat atau berfikir yang diharamkan atau

    maksud-maksud lain yang terpuji.(Syarh muslim Juz 3/44)

    Begitu banyak pintu kebajikan yang telah dibukakan oleh

    syariat. Marilah kita berlumba meraih janji Allah seperti

    yang telah dicontohkan oleh para sahabat sebagai suri

    tauladan bagi kita semua. Siapa pun kita tidak jadi

    masalah, kerana Allah Taala tidaklah membebankan pada

    seluruh hamba-Nya kecuali apa yang mampu dipikul oleh

    mereka. Yakinlah dengan janji Allah.

    AL-FAQIR ILALLAH...

    WASIATSAIYIDINAALITENTANGKEKAYAAN&KEMEWAHAN

    Dibawa oleh: http://www.facebook.com/KunciRezeki999 (Tips & Amalan Murah Rezeki)

    http://www.facebook.com/KunciRezeki999