wadah pelajar ipg: pengenalan kepada pengurusan...

Download WADAH PELAJAR IPG: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN …pengajian-ipg.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada...2018-01-151.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani ... Menguasai kemahiran asas

If you can't read please download the document

Upload: voquynh

Post on 10-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

WADAH PELAJAR IPG: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

WADAH PELAJAR IPG

Saturday, June 4, 2011

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaanpendidikan jasmani mengutamakanunsur pendidikan. Aktiviti pendidikanjasmani merupakan subjek akademikdisekolah-sekolah dan mempunyaikurikulum yang terancang dan teratur.

Aktiviti sukan pula tertumpu kepadasegala aspek dari mengelola, menyertaipertandingan dan permainan sertamengelola dan melatih pasukan untukpertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmaniboleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan denganpentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan danpendidikan jasmani.

Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah

(a) Merancang

(b) Menyediakan bajet

(c) Mengawal

(d) Mengarah

(e) Mengelola

(f) Menyediakan jadual pertandingan

(g) Membuat keputusan

(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikanjasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:-

(a) Persediaan profesional

(b) Sikap profesional

(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbirandan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaanpendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkankemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal.Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruhyang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, danemosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba danmengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnyaPendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan

berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaankepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yangmenumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melaluiaktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial,pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikanpelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuandan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir danmenguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapatdilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia.Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistempersekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspekkemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluanpertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yangseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikankepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.

Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikanjasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran danpengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yangmengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang danpersekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagimeningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan danperlakuan motor

(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuandiri

(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertaipelbagai kegiatan fizikal

(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktivitiyang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagimembantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikanjasmani iaitu:

Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melaluipembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahapkecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai denganmemberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengankecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawalpenyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untukmenghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dansosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalahberdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku PanduanGuru PJK (1988).

(c) OrganisasiPendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikanjasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kananakademik

Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ---->Ketua Panitia ---->Setiausaha ---->Ahli-ahli(Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untukdigunakan(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani(vii) Memeriksa buku latihan pelajar(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia(x) Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan BelanjawanPerancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawantahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikutkepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewanganpendidikan jasmani.

Bil Murid ------------------> PeruntukanKurang daripada 100 Orang RM 300.00101-250 Orang RM 300.00(minimum)Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)251-500 Orang RM 720.00(minimum)Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)501-750 Orang RM 1370.00(minimum)Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan JasmaniStor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akanmenyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkanperalatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan ataudikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Olehitu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama darisemua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikanjasmani.(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagialatan stor dengan kemas kini.(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkanpergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) RuangRuang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampungkeperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untukstor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz storpendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatanyang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) RakBagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di storpendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barangyang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukanteratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan prosesmenyimpan dan mengambil barang.

(iii) LokasiLokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yangberhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuangdalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikanlokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecahmasuk stor pendidikan jasmani.

(iv) TingkapTingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya mataharimasuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kainyang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) SilingSiling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian silingbergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendakmenyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yangsesuai.

(vi) Peredaran UdaraPeredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama danmengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmanibagi membenarkan pengaliran udara.

(vii) KeselamatanBerbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatanalatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak dicerobohi.

Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulahdi susun di bahagian bawah rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kitaterpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil danmemulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentusahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-laindalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah diperkenalkan dan di kuat kuasa. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkanpemindahan barang secara pukal.

(viii) PintuSaiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilamlompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintuyang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan jugaboleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatandan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawaldan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan PeralatanPenyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatanpendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurangguru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmanibukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaanalatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmanirosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring danlain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau materialyang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

1.1.2 Pengurusan Sukan

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur danmempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpapertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukanmelibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yangmenyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yangmelibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakansuatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepadasetiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungandari aktiviti sukan.Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untukberinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial,membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas.Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukansentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandangserius oleh pemimpin masyarakat. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan profesional.Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialahKementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yangbertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar SukanNegara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasarsukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

(a) Dasar Sukan NegaraDasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arahperkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubalhasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dankecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukareladan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalambidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan NegaraRasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untukmenerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepadaindividu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu danmembangkitkan semangat pertandingan yang sihat.(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.(v) Interaksi sosial yang baik.(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.(d) Peringkat Masyarakat(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komunitiyang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsangpeningkatan produktiviti negara.(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakatmemanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.(e) Peringkat Antarabangsa(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.(iii) Memupuk persahabatan.(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersialyang tinggi.

Objektif Dasar Sukan NegaraAntara objektif dasar sukan negara ialah:(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaanyang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkatmasyarakat.(b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhikeperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingankebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandinganperingkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negaradapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspekyang berikut :(a) PerancanganPertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangkapanjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih,pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjanguntuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan:- Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.- Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) OrganisasiHasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akanmembuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini.Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat dikalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis SukanNegara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untukmenyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlumenggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yangberlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsepsukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yangaktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema inimenekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatanproduktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antarakumpulan etnik.Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan denganmemperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dankokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Gurudipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan SukanAnggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskansemua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan.Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untukpergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan danlatihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) PersonelBadan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah danberpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluanmempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skimpersijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) KewanganYayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggidan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaanpersekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usahamenggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu,kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaranaktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(e) InsentifPegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara danmengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif bolehdiberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa,penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuklatihan dan yuran pendidikan.

(f) KemudahanKementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahanbagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa.Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihankemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahansukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela jugadi galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalampembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) AmKerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentukbudaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaanialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebihramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan inisecara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diridalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untukmenghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkatantarabangsa.Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khassebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenissukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan BandarPenawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negaramemainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini.Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untukmenyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.

Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar inimerangkumi dua komponen iaitu:sukan untuk semua dansukan prestasi tinggi.

Posted by

intan_isna

at1:37 AM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels:PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,Pengurusan PJ

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

APA ANDA INGIN TAHU..

analisis artikel(1)

BAHASA MELAYU(9)

BI(1)

BMM 3103(4)

cetakan(1)

FONOLOGI(3)

GERKO(4)

HAK ASASI KANAK-KANAK(2)

Jadual Spesifikasi Ujian(1)

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI(1)

KAEDAH PENGAJARAN(3)

KAJIAN BUNYI(1)

kempimpinan guru(3)

kempinan guru(1)

kepelbagaian pelajar(1)

Konsep Pentaksiran(1)

lukisan(1)

Lukisan Tamadun China(1)

Membina Item Ujian(1)

motivation(1)

PENDIDIKAN(15)

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN(7)

PENDIDIKAN SENI VISUAL(11)

Pengantar Pendidikan(2)

Pengujian dan Penilaian(1)

Pengurusan PJ(2)

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SR(4)

penyelidikan tindakan(1)

perkembangan teknologi multimedia di dalam internet dari dahulu sehingga kini.(1)

PING PONG(4)

RPH PJ TAHUN 1(1)

Sejarah tamadun islam(1)

SOALAN(1)

sukan massa(1)

Taksonomi Bloom(1)

Teknologi Pendidikan(2)

TITAS(3)

TMK(1)

Tokoh Seni(1)

TOP SPORT Knowledge and understanding of fitness and health(1)

Followers

Blog Archive

2013

(11)

May

(4)

April

(2)

February

(5)

2012

(9)

August

(2)

May

(1)

January

(6)

2011

(34)

October

(4)

August

(2)

June

(2)SUKAN MASSAPENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DA...

April

(3)

March

(5)

February

(18)

recent post

get this widget here

ADA NAK CAKAP SESUATU???

sila KLIK disini..

Popular Posts

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan...

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembela...

SOALAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SOALAN UJIAN BULANAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 5 SEKOLAH RENDAH Arahan : Jawab semua soalan yang disediakan. BAHAGIAN A ...

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tu...

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaanpend...

Ethereal theme. Powered by Blogger.