ucapan dasar wadah 2014, muknas wadah ke-8

32
© HAK CIPTA TERPELIHARA Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan buku ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Cetakan Pertama September 2014 Penerbit : Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) No 23A-2-2A, Tgk 2, Jalan Medan PB 2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel 603-8920 2142 Faks 603-8912 2346 [email protected] / www.wadah.org.my Urusterbit oleh : Edisi Cemerlang Sdn Bhd No 10, Jalan Surada 11, Taman Desa Surada, Seksyen 8 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-8925 2344 Faks: 603-8922 2561 [email protected]

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 26-Dec-2015

346 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8, disampaikan oleh Dato Dr. Siddiq Fadzil di MUKNAS dan Simposiom Islam Rahmatan lil 'alamin di ILSAS, Bangi pada 20 September 2014 bersamaa 25 Zulkaedah 1435H.Live recording di www.waptv.my

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

© HAK CIPTA TERPELIHARA

Dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagiandaripada kandungan buku ini dengan apa cara sekalipunsama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakamandan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Cetakan Pertama September 2014

Penerbit :Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

No 23A-2-2A, Tgk 2, Jalan Medan PB 2A,Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul EhsanTel 603-8920 2142 Faks 603-8912 2346

[email protected] / www.wadah.org.my

Urusterbit oleh :Edisi Cemerlang Sdn Bhd

No 10, Jalan Surada 11,Taman Desa Surada, Seksyen 8

43560 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-8925 2344 Faks: 603-8922 2561

[email protected]

Page 2: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan

ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK: CABARAN AKTUALISASI

RAHMAT SEJAGAT (RAHMATAN LI AL`ALAMIN)

Siddiq Fadzil

Muktamar Nasional KelapanWadah Pencerdasan Umat Malaysia

20-21 September 2014 / 25-26 Zulkaedah 1435

TNB-ILSAS, Bangi, Selangor

Page 3: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK: CABARANAKTUALISASI

RAHMAT SEJAGAT (RAHMATAN LI AL-‘ALAMIN)

Siddiq FadzilPresiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kami awali dengan merafakkan tahmid kesyukuranbeserta do‘a semoga Tuhan Yang Maha Rahmanberkenan memberkati Muktamar Nasional Ke-8 ini.

Mudah-mudahan MUKNAS kali ini membawa rahmatpeningkatan komitmen perjuangan: Islam berdaulat, umatbermartabat. Itulah cita-cita yang kita perjuangkan bersamadengan setia dan istiqamah menggalas amanat al-da‘wah,menyampaikan Islam yang kaffah dengan pendekatan yangberhikmah. Untuk itu para da‘i yang tergabung dalam wadahini harus memahami dan menghayati mesej Islam secara utuhdan menyeluruh. Di tengah kemajmukan yang diwarnaipelbagai konflik kepentingan, gerakan Islam akan sangatmudah tergoda dan terpancing, lalu terseret ke dalamperjuangan asabiyah perkauman, kelompok dan golongan.Semoga Tuhan berkenan mengurniakan istiqamah dalamperjuangan Islam yang benar, adil, seimbang dan bijaksana.

Agama Rahmah Yang Ramah

Wadah Percerdasan Umat Malaysia adalah sebuah gerakanpedakwahan dan pendidikan yang komited terhadap misitanwiriy - pencerahan masyarakat tentang hakikat Islam sebagaiagama wahyu terakhir yang benar dan mutlak. Tuhan yangkita sembah adalah Allah Rabb al-‘alamin; agama yang kita imaniadalah al-Islam yang mesejnya rahmatan li al-‘alamin; dan rahmatyang kita dambakan adalah rahmat-Nya yang wasi‘at kulla shay’i’ (Al-A‘raf:156), meliputi segala, meratai semua — merentas

Page 4: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

4 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

batas bangsa dan ras, menembus sempadan agama dan budaya,melintas ruang dan zaman.

Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan

sebagai rahmat kepada alam seisinya.”, (Al-Anbiya’:107)

Ayat al-Anbiya’ tersebut adalah peryataan tegas bahawa terassyari‘at Islam adah rahmah, kasih sayang Tuhan yang inklusif,meliputi seluruh warga alam. Rahmah adalah kata kunci yangmerumuskan segala objektif syari‘at (maqasid al-shari‘ah)termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaandan apa sahaja yang membawa maslahah (kepentingan)kemanusiaan. Bahagia atau celakanya hidup manusia,tergantung sepenuhnya pada rahmat Allah. Menyedari hakikatitu manusia Muslim sentiasa mendambakan siraman rahmatAllah pada setiap detik masa. Al-Rasul s.‘a.w. memberikanpetunjuk bahawa cara meraih rahmat ialah dengan denganmenebar belas kasih kepada warga alam. Sabdanya,

“Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihani

oleh Yang di langit.” Ada seseorang berkata, “Sesungguhnya kami

mengasihani isteri-isteri dan anak-cucu kami.”. Sabda Rasulullah

s.‘a.w., “Bukan itu maksudku Yang aku maksudkan adalah kasih

yang menyeluruh”.

Kata al-rahmah bi al-kaffah (rahmat yang menyeluruh) berertibelas dan kasih yang melimpah, bakti kemanusiaan yangmenyejagat, khidmat kebajikan yang inklusif meratai seluruhwarga bumi Ilahi.

Dengan keyakinan dan komitmen sedemikian itulah kita tampildi kancah dakwah pada era yang serba global dan plural. Dalam

Page 5: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 5

kaitan inilah pula relevannya wacana tentang cabaranaktualisasi rahmat sejagat, penterjemahan mesej rahmatan li al-‘alamin di tengah realiti kemajmukan, dengan bertolak daripremis dasar: Keesaan Pencipta dan keragaman (tanawwu’ /ta‘addudiyyah) makhluk ciptaan-Nya. Seluruh warga alamdengan segala kepelbagaiannya seharusnya berpeluangmengecap rahmat Ilahi lewat agama-Nya. Memang sebagaiagama rahmah, Islam harus ditampilkan dengan wajah yangramah. Sayangnya, agama rahmah yang ramah ini seringkalidicitrakan sebagai agama yang selalu “marah-marah”.

Menyikapi Pluraliti

Sesuai dengan realiti masa kini yang dicirikan oleh fenomenaglobal dan plural, selaras dengan sifat agama Islam yang insaniyyal-da‘wah wa ‘alamiyy al-risalah (keinsanan dakwah dankesejagatan risalah), pendekatan kontekstual yang dirasakanpaling tepat ialah seperti yang disarankan oleh Fathi Osman,“…a universalistic and humanistic presentation of Islam.” Dengansemangat pembaharuan yang menggelora, pemikir Islamkontemporari yang berasal dari Mesir itu mengumandangkanseruannya:

We ought to release ourselves from being enclosed and exhausted

in the juristic details, and we have to enjoy the full, healthy and

rich life in the ever-productive divine guidance in its width and

depth. We should also be the honest and courageous

advocatesand defenders of human dignity of all human beings:

men, women or children, Muslim or non-Muslim, related to any

land, race or ethnicity. We have to present to the whole world

(and reflect in our thinking and behaviour) the universality of Islam,

and the grace of the Lord to all beings through His message.

Through such a universalistic and humanistic presentation of

Islam, we can prove that it copes with our age of globalism and

pluralism, whichit had actually pioneered over fourteen centuries

ago. We could also demonstrate that Islam provides the moral

depth which humanity has been missing and badly needs. Muslims

Page 6: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

6 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

can help themselves and help all of humanity realize that human

dignityis the cornerstone of Gods message to all mankind in all

generations, since He is in no need of being acknowledged or

worshipped; He wants us to worship Him alone so as to be

liberated from worshipping tyrants and fallacies.” (Fathi Osman,

2001:64-65).

Kepelbagaian adalah sunnatu ‘Llah dalam penciptaan makhluk.Rempuhan globalisasi yang dijiwai hegemoni Amerika tidakakan mampu merubah kenyataan bahawa manusia tetapberbeza-beza warna, agama, budaya dan bahasa. Justeru,perbezaan dan kepelbagaian harus diterima seadanya dengansikap positif dan optimistik bahawa fenomena shu`uban waqaba’il (kemanusiaan yang berbangsa-bangsa dan bersuku-suku)mengandungi hikmah ketuhanan yang tersirat di balik katalita`arafu (agar mereka saling kenal). Al-ta`aruf adalah kata yangsarat makna. Ia mengisyaratkan makna hubungan timbal-balik(`ilaqah tabaduliyyah) - saling mengakui, saling menghargai,saling membantu dan bekerjasama demi kebaikan bersama.

Manusia memang berbeza-beza, tidak hanya dari segi biologis- warna dan jantina, tetapi juga dari segi agama, budaya danbahasa. Kepelbagaian adalah ayat atau tanda kekuasaan,kekayaan dan kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Besar. KalauTuhan menghendaki, manusia boleh diciptakan serba homogen- serupa dan seragam. Tetapi hakikatnya Tuhan menghendakisebaliknya, umat manusia diciptakan dengan sifat heterogen -beragam dan pelbagai, termasuk dari segi agama:

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia

umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat.

(Hud:118).

Demikianlah kehendak Tuhan Yang Maha Hakim (Bijaksana),segala ketentuan-Nya mengandungi hikmah dan rahsia yang

Page 7: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 7

harus difahami dan diselami sedalam-dalamnya. Justeru,fenomena pluralistik harus disikapi dengan iman dan moralkeislaman yang benar. Prinsip dasarnya adalah qabul al-akhar(menerima kehadiran orang lain dengan segala kelainannya),dengan ruh al-samahah (semangat toleransi) yang setinggi-tingginya demi matlamat kolektif hidup bersama (co-exist),berdampingan secara damai dan harmonis. Hakikat inilah yangmembawa kita ke persoalan al-ta’addudiyyah atau kemajmukan,tema besar wacana hari ini.

Kita memakai istilah ta‘addudiyyah atau kemajmukan denganpengertian yang Islami. Memang ada istilah lain yang banyakdipakai ketika ini, seperti istilah pluralisme. Mungkin ada yangtersentak mendengar kata pluralisme, apa lagi jika ia dikaitkandengan agama. Memang kata ini memerlukan penjelasan apayang dimaksudkan, kerana dikhuatiri merujuk pluralismeagama gagasan John Hick yang sangat kontroversial itu. JohnHick adalah tokoh pluralis yang mempelopori projekpenyamaan semua agama, tidak ada agama yang berhakmendakwa memiliki keunikan tersendiri. Kerana itu kita dapatmemahami mengapa ada pihak yang sangat berhati-hati, lalumemilih kata yang lebih neutral iaitu pluraliti. Bagaimanapunpersoalan sebenarnya tergantung pada apa yang dimaksudkandengan istilah pluralisme. Memang kenyataannya katapluralisme mempunyai pelbagai makna yang harus difahamisecara kontekstual. Dengan kata lain, pluralisme tidaksemestinya merujuk gagasan John Hick. Kerana itu kita jugadapat memahami mengapa ada pihak yang menggunakanistilah pluralisme, seperi Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar yangdengan nada tegas dan yakin mengatakan,

How we view and manage human plurality and diversity is what

gives rise to “pluralism.” Since different cultures or civilizations

treat the problem of plurality and diversity differently, we have

come to encounter different versions of pluralism. It is with full

confidence that we say there is such a thing as “Islamic pluralism,”

Page 8: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

8 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

and that it differs in many respects, for example, from

contemporary Western idea and practice of pluralism. (Osman

Bakar, 2006:16-17).

Kamus Dewan memberikan makna pluralisme sebagai keadaanyang majmuk, iaitu keadaan masyarakat yang terdiri daripadapelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dansebagainya. Kamus besar bahasa Indonesia juga memberikanerti yang sama, iaitu keadaan masyarakat yang majmuk(bersangkutan dengan sistem sosial dan politiknya). Seterusnya,pluralisme kebudayaan diertikan sebagai “berbagai kebudayaanyang berbeda-beda dalam suatu masyarakat.” Tetapi selain itukata pluralisme sebagaimana yang sering dipakai dalamwacana-wacana ilmiah banyak merujuk makna yang selaridengan yang disebut oleh Prof.Osman Bakar di atas iaitu “Howwe view and manage human plurality and diversity” (Bagaimanakita mempersepsi dan menangani pluraliti kemanusiaan).Demikianlah, pluralisme dalam pengertian pemikiran, sikap,cara pendekatan, formula dan strategi menangani realitipluralistik, harus dibezakan dari pluralisme dalam pengertianpenyamaan semua agama.

Bagaimanapun kita lebih selesa dengan istilah kemajmukan ataupluraliti dalam pengertian al-ta‘addudiyyah, istilah Arab yangkini dipakai secara meluas oleh para sarjana Muslimkontemporari, termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawiy, PresidenPersatuan Ulama Muslimin Sedunia. Pada Julai 2005, dipersidangan yang dilangsungkan di Amman, Jordan, al-Qaradawiy membawa makalah berjudul al-Ta‘addudiyyah fiNazar al-Islam (Kemajmukan dari Perspektif Islam). Dalampersidangan tersebut, yang turut dihadiri oleh tokoh-tokohpemikir Islam termasuk Wahbah al-Zuhayliy, Sa‘id Ramadanal-Butiy, Kamal Abu al-Majd dan lain-lain , tidak ada pesertayang mempersoalkan pemakaian kata al-ta‘addudiyyah dalamkonteks posisi dan persepsi Islam terhadap fenomenakepelbagaian.

Page 9: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 9

Dalam temuramahnya dengan majalah al-Watan al-‘Arabiy (bil.974, November 1995), al-Qaradawiy mengatakan bahawa Islammenerima pluraliti agama (…yaqbalu bi al-ta‘addudiyyat al-diniyyah) dalam pengertian menerima hakikat bahawa manusiamemang menganut agama (al-‘aqa’id) yang berbeza-beza. Iniberlaku dengan kehendak Allah (Hud:118), dan Allah sendirilahyang akan meng-hisab segala yang diperselisihkan oleh manusiapada hari kiamat kelak (al-Hajj:69). Seterusnya al-Qaradawiymengatakan bahawa Islam, di samping menerima pluralitiagama, juga menerima pluraliti budaya dan politik. (inna al-Islamyaqbalu bi al-ta‘addudiyyat al-thaqafiyyat wa al-siyasiyyat wa al-diniyyah) berasaskan hakikat bahawa berbeza-beza (ikhtilaf)adalah sifat sejati kemanusiaan, malah alam ini seluruhnyaberdiri di atas asas perbezaan-perbezaan (Fatir:27-28).

Dalam dunia perbukuan Arab masa kini, sudah ramai penulisMuslim yang menggunakan kata al-ta‘addudiyyah sama ada padajudul buku atau dalam kandungannya. Selain al-Qaradawiyyang menulis Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (Dari FiqhKenegaraan dalam Islam) dengan sub-judul Makanatuha,Ma‘alimuha, Tabi‘atuha, Mawqifuha min al-Dimuqratiyyat wa al-Ta‘addudiyyat wa al-Mar’at wa Ghayr al-Muslimin; Dr.Muhammad ‘Imarah menulis sebuah buku dengan judul al-Islamwa al-Ta‘addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu‘ fi Itar al-wihdah(Islam dan Kemajmukan: Perbezaan dan Kepelbagaian dalamBingkai Kesatuan); Dr. ‘Imad al-Din Khalil menulis bukuberjudul al-Wahdah wa al-Tanawwu‘ fi Tarikh al-Muslimin(Kesatuan dan Kepelbagaian dalam Sejarah Umat Islam) yangbanyak menggunakan kata al-tanawwu’ dan al-ta‘addudiyyahsecara bertukar-ganti; Dandal Jabr menulis buku berjudul al-Ta‘addudiyyah al-Siyasiyyah wa Tadawul al-Sultah fi al-Siyasat al-Shar’iyyah (Kemajmukan Politik dan Penggiliran Kuasa dalamSiyasah Syar‘iyyah); Dr. Muhammad ‘Abd al-Rahman Balrawindengan bukunya al-Ta‘addudiyyat al-Siyasiyyat fi al-Dawlat al-Shuriyah (Kemajmukan Politik dalam Negara Syura) dan lain-lain.

Page 10: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

10 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Ternyata al-ta‘addudiyyah atau kemajmukan adalah fakta dankenyataan yang selamanya diterima dan diakui oleh Islam.Hanya al-Dhat al-Ilahiyyah sahaja yang Esa semutlaknya, sedangyang lain-lain berdiri di atas sunnaniyyat al-ikhtilaf, sunnah danhukum kepelbagaian. Al-ta‘addudiyyah (kepelbagaian/kemajmukan) dalam perspektif Islam bukan sekadar hakkemanusiaan, yang boleh diterima dan boleh ditolak; bukanjuga sekadar budi bicara, yang boleh diberi dan boleh dinafi;tetapi ia adalah fitrah dan sunnatu ‘Llah, undang-undang danaturan Ilahi yang tidak berubah dan tidak mungkin berubah.Namun demikian al-ta‘addudiyyah tidak bererti perpecahan danperbenturan, kerana semuanya tetap terpadu dalam wadahkesatuan. Hakikat inilah yang dengan tepat diekspresikan olehDr. Muhammad ‘Imarah dengan ungkapan al-ikhtilaf wa al-tanawwu‘ fi itar al-wihdah (perbezaan dan kepelbagaian dalambingkai kesatuan). Demikianlah hakikatnya: kepelbagaianmakhluk dalam bingkai kesatuan Pencipta, kepelbagaian bangsadan suku dalam bingkai kesatuan kemanusiaan, kepelbagaiansyari‘at dalam bingkai kesatuan agama, kepelbagaian hukumdan fatwa dalam bingkai kesatuan syari‘at, kepelbagaianmazhab dan parti dalam bingkai kesatuan umat.

Menangani Pluraliti Agama

Islam menerima kemajmukan dalam pelbagai ranah kehidupanmanusia: agama, budaya, politik, perundangan dan lain-lainnya.Islam menerima, menghargai dan menghormati manusia dalamsegala kepelbagaiannya - bangsanya, bahasanya, agamanyadan budayanya. Berbeza agama bukan alasan untukbermusuhan. Justeru, seluruh umat manusia (yang berbeza-bezaagama itu) tetap terangkai dalam warga besar kesatuankeinsanan. Semuanya adalah anak-anak Adam (‘a.s.) yangdimuliakan oleh Allah (Al-Isra’:70). Al-takrim al-Ilahiy (kurniakemuliaan dari Tuhan) adalah untuk seluruh umat manusia(keturunan Adam ‘a.s.), yang putih dan yang hitam, yang di

Page 11: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 11

darat dan yang di laut, yang Muslim dan yang bukan-Muslim.Bagi kita memuliakan manusia atas sifat kemanusiaannya, tanpamengira agamanya, adalah suatu tuntutan keagamaan,bahagian daripada kewajipan melaksanakan sunnah Rasulullahs.‘a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhariy dariJabir ibn ‘Abdi ‘Llah bahawa Junjungan s.‘a.w. berdirimenghormati jenazah seorang Yahudi. Mendengar ada suarayang menyebut itu adalah jenazah Yahudi! Rasulullah s.‘a.w.spontan menjawab, “Alaysat nafsan?” (Bukankah ia satu jiwamanusia?). Demikianlah, setiap jiwa manusia (Muslim ataubukan Muslim) memiliki martabat kemuliaan yang harusdihormati. Selain itu ada pula catatan dari Ibn Hazm tentangkematian ibu kepada al-Harith ibn Abi Rabi‘ah, seorang yangberagama Kristian, bahawa jenazahnya dihantarkan keperkuburan oleh para sahabah Rasulullah s.‘a.w.

Manusia, sebagai manusia tanpa mengira bangsa, agama danbudayanya, berhak mendapat hak asasi kemanusiaan.Mengenai hakikat universalnya hak asasi kemanusiaan, FathiOsman mengatakan,

Human rights are universal, and they apply equally to all human

beings whatever their inborn or acquired differences may be.

Through such a universal human perspective, the “other” is as

equally human as you, be he/she of onother gender, race or

ethnicity, faith, age, or ideology. The Qur’an emphasizes that all

humankind was created from one couple: a male and a female,

in spite of all their diversification into various peoples and tribes.

They are meant to develop knowing and complementing one

another through the diversity of human qualities and the diversity

of the natural resources distributed among them in their

homelands (Qur’an 49:13). (Osman, Fathi, 2001: 42).

Al-ta‘addudiyyat al-Islamiyyah tumbuh dari kesedaran bahawaperbezaan manusia dalam beragama berlaku dengan kehendak

Page 12: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

12 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Allah s.w.t. sendiri yang mengurniakan kebebasan kepadamakhluk istimewa ini untuk memilih - menerima atau menolak(Al-Kahf: 29). Kalau Tuhan menghendaki, Dia Maha berkuasamenjadikan seluruh manusia umat satu agama, tetapi keranakehendak-Nya jua manusia berbeza-beza (Hud:118). SetiapMuslim berkeyakinan bahawa kehendak Allah tidak dapatdihalang, sebagaimana ia juga berkeyakinan bahawa segalakehendak-Nya mengandungi hikmah kebaikan, sama adamanusia tahu atau tidak. Kerana itu seorang Muslim tidakberfikir dan tidak harus berfikir untuk memaksa manusia agarsemuanya menjadi Muslim. (Yunus:99).

Al-ta‘addudiyyah dalam Islam terbina di atas kesedaran bahawaorang Muslim tidak dituntut untuk menentukan nasib orangbukan-Muslim atas ketidakislaman mereka. Itu adalah urusanTuhan yang akan diputuskan nanti pada Hari Perhitungan,bukan sekarang. Yang dituntut dari orang Islam adalah sikapistiqamah dengan agamanya sendiri, di samping memberikanpelayanan yang adil terhadap orang lain yang tidak seagama.(Al-Shura:15). Dengan demikian orang Islam tidak mengalamisebarang dilemma dalam melaksanakan keadilan danmelakukan kebaikan terhadap orang bukan Islam. Urusan kitabukan memaksakan Islam ke atas mereka. Urusan kita adalahmelaksanakan perintah Allah memberikan keadilan, bersikapramah dan berakhlak mulia terhadap semua, termasuk yangbukan-Islam. Urusan kita adalah menentang kezaliman, tanpamengira siapa pelakunya, termasuk kezaliman yang dilakukanoleh orang Islam ke atas orang bukan Islam. (Al-Ma’idah:8).Memberikan pelayanan yang adil terhadap orang bukan Islamadalah amanah Tuhan dan Rasul-Nya ke atas kita semua.Kegagalan bersikap adil terhadap mereka adalah dosa yangmembawa risiko berat sebagaimana yang diperingatkan olehal-Rasul s.‘a.w. lewat sabda riwayat Ahmad dalam musnadnya:

Page 13: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 13

Demikianlah secara umum sikap Islam terhadap pluraliti agama,sikap yang disemangati ruh al-samahah, jiwa toleransi yang tulusdan murni. Yang diakui bukan hanya hak kebebasan menganutagama pilihan masing-masing, tetapi juga hak untukmengamalkan ajarannya - melaksanakan kewajipannya danmenghindari larangannya. Jika bagi Yahudi haram bekerja padahari Sabtu, ia tidak boleh dipaksa bekerja pada hari tersebut.Jika bagi orang Kristian wajib ke gereja pada hari Ahad, makaia tidak boleh dihalang melakukannya. Seterusnya, umat Islamjangan menghalang orang bukan Islam melakukan sesuatu yanghalal di sisi agama mereka, walaupun ia haram di sisi Islam.Mereka boleh makan babi dan boleh minum arak, dengancatatan: asal tidak sampai menyinggung perasaan rakan-rakanmereka yang beragama Islam. Yang penting harus adakesediaan saling memahami sensitiviti masing-masing, danjangan sampai berlaku paksa-memaksa. .

Sebagai umat yang bertamadun dan berbudaya, semua pihakseharusnya memiliki kepekaan yang tinggi terhadap nilai-nilaikesopanan dan kesusilaan. Umat Islam khususnya harus dapatmengapresiasi dan menghayati kehalusan bahasa al-Qur’anterutama dalam sapaannya terhadap orang-orang bukan Islam.Kepada mereka yang bukan Islam, al-Qur’an selalumenggunakan kata panggilan Ya ayyuha al-nas (wahai umatmanusia) atau Ya bani Adam (wahai anak-anak Adam). Katapanggilan sedemikian memang terasa lebih lunak berbandingkata Ya ayyuha alladhina kafaru (wahai orang-orang kafir) atauYa ayyuha al-kafirun (wahai orang-orang kafir) yang tidakdigunakan dalam al-Qur’an kecuali pada dua tempat (surah al-Tahrim:7 dan surah al-Kafirun:1).

Khusus bagi orang Yahudi dan Kristian, panggilan untukmereka ialah Ya ahl al-kitab (Wahai ahli kitab), panggilan akrabyang seharusnya mendekat dan melunakkan. Kedekatan tigaagama serumpun - Yahudi-Kristian-Islam - adalah fakta yang

Page 14: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

14 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

tidak dapat ditolak. Justeru, ketiga-tiganya adalah agamasamawi yang berinduk pada agama Nabi Ibrahim ‘a.s. Yahudidan Kristian memang menolak kerasulan Muhammad s.‘a.w.dan menolak kewahyuan al-Qur’an, tetapi umat Islam berimandengan semua rasul yang diutus Allah sepanjang sejarah,termasuk Musa dan ‘Isa ‘a.s., juga beriman dengan semua kitabyang diturunkan Allah kepada rasul-rasul-Nya dari zaman kezaman, termasuk Taurat dan Injil.

Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang

diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-

anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para

nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang

pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami

menyerahkan diri. (Ali ‘Imran:84).

Mengenai sikap istimewa umat Islam terhadap agama Yahudidan Nasrani, termasuk juga rasul-rasul dan kitab-kitab mereka,Isma‘il al-Faruqi mengatakan,

…is not courtesy but acknowledgment of religious truth. Islam

sees them in the world not as “other views” that it has to tolerate,

but as standing de jure as truly revealed religion from God.

Moreover, their legitimate status is neither sociopolitical, nor

cultura l or civilizational, but religious. In this, Islam is unique.

For no religion in the world has yet made belief in the truth of

other religions a necessary condition of its own faith and witness.

(al- Faruqi, Isma‘il R., 1989: 435-436).

Demikianlah asas pijakan cara umat Islam menyikapi ahl al-kitabyang bukan sekadar “basa-basi”, tetapi demi memenuhi syaratmengimani kebenaran. Asas itulah juga yang menjadikanmakanan mereka halal bagi umat Islam dan wanita merekaboleh dikahwini lelaki Muslim. Kedekatan dan keakraban antara

Page 15: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 15

umat Islam dengan umat Kristian khususnya, terbayang padaayat-ayat awal surah al-Rum yang mengisahkan simpati kaumMuslimin terhadap Rom (yang beragama Kristian) berbandingParsi (yang beragama Majusi menyembah api),

Alif Lam Mim. Telah dikalahkan bangsa Romawi, di negeri yang

terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang.

Dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan

sesudah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan

bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.

(Al-Rum:1-4).

Bagaimanapun, sikap lunak tersebut sama sekali tidak berertiIslam membenarkan kesalahan-kesalahan Yahudi dan Kristian.Orang Islam yang jujur pasti mengkafirkan Yahudi dan Kristiankerana tidak beriman dengan Muhammad s.‘a.w. dan kitab al-Qur’an yang diturunkan Allah kepadanya. Demikian pulasebaliknya, orang-orang Yahudi dan Kristian yang jujur (kepadaagama mereka) pasti mengkafirkan orang Islam kerana tidakmenerima dasar-dasar keimanan dalam agama mereka. Kitaberhak melihat mereka dengan kaca mata agama kita,sebagaimana mereka juga berhak melihat kita dengan kaca mataagama mereka. Memang demikianlah jika semua pihak jujurdengan agama masing-masing. Dalam konteks hubungan antaraagama keadaan sedemikian seharusnya diterima sebagai suatuyang wajar.

Hakikat adanya perbezaan-perbezaan dalam agama-agamaanutan manusia harus diterima apa adanya, tetapi perbezaantidak harus menjadi penghalang kepada aspirasi hidup bersamasecara damai. Seperti yang dinyatakan oleh al-Qaradawiybahawa keyakinan terhadap kekafiran orang lain tidakbertentangan dengan semangat toleransi antara agama.

Page 16: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

16 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Perbezaan antara Islam dengan agama Yahudi dan Kristianmemang jelas, tetapi tidak ada keberatan di pihak Islam untukmemberikan kedudukan khusus kepada ahl al-kitab ataspertimbangan bahawa mereka adalah penganut agama samawipada asalnya. Umat Islam dan umat ahl al-kitab pada umumnyaberkongsi mengimani Allah, wahyu, alam akhirat dan nilai-nilaiakhlak; tanpa menafikan hakikat terdapatnya hal-hal dalamkeimanan mereka yang bertentangan ‘aqidah Islamiah. (Al-Qaradawiy, 1999:4)

Sebagaimana yang telah dibuktikan sepanjang sejarah, Islamtelah berjaya merealisasikan toleransi di tengah pluraliti.Dengan semangat tasamuh (toleransi) penganut-penganutagama yang berbeza-beza dapat membina kerukunan hidupbersama tanpa perlu merubah pendirian keagamaan masing-masing. Kita tidak perlu, malah tidak mungkin menerimagagasan pluralis John Hick yang tidak toleran terhadapperbezaan dan cuba memaksakan persamaan. Sebagaimanayang dinyatakan oleh pengkritiknya, Peter Donovan, bahawaprojek pluralisme Hick adalah suatu pemaksaan agar semuaagama secara radikal merubah pendirian dan pandanganmasing-masing, “It does not allow others simply to be themselves.”Segala keunikan dan kelainan yang menjadi ciri khas sesuatuagama harus dihapuskan demi matlamat penyatuan agama-agama. Pengkritik lain, Gavin D’Costa, menilai bahawapluralisme gaya Hick yang konon menganjurkan toleransiantara agama itu akhirnya ia sendiri menjadi paling tidaktoleran, “The irony about tolerant pluralism is that it is eventuallyintolerant towards most forms of orthodox religious belief.”Seterusnya pluralisme Hick juga dinilai menjadi lebiheksklusivis daripada segala yang eksklusivis apabila iamenganggap semua agama membuat dakwaan yang palsu danmitologikal (all religions make false, mythological claims).

Page 17: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 17

Tidak terbayang bagaimana mungkin John Hick dapatmengikutsertakan Islam ke dalam projek pluralismenya, sedangumat Islam tetap percaya bahawa al-Qur’an adalah kitab wahyuterakhir yang diturunkan oleh Allah. Kerana itu ia bersifat final,muktamad dan universal. Keunikan dan ciri khas Islam ini tidakmungkin dikompromikan oleh umat yang jujur dan setia. Inilahhalangan besar dari pihak Islam yang dihadapi oleh John Hick.Di samping itu john Hick juga menghadapi halangan-halanganlain dari agama-agama lain, termasuk agama Kristian sendiri.

Membina kerukunan hidup antara penganut-penganut agamayang berbeza, bukan dengan mengkompromikan ‘aqidah -melepaskan sebahagian daripada keyakinan keagamaannya danmenerima sebahagian daripada ‘aqidah agama lain. Formula“sinting” seperti itu pernah ditawarkan oleh Quraysh Makkahkepada al-Rasul s.‘a.w. sebagaimana yang terakam dalam surahal-Kafirun. Jawapan Islam jelas dan tegas menolak kompromisinkretis, sebaliknya menganjurkan penyelesaian realistik: lakumdinukum wa liya din (kamu dengan agamamu, aku denganagamaku). Dengan formula ini semua pihak mendapatkebebasan berpegang dengan keyakinan masing-masing, disamping menikmati hak mengamalkan agama yang diyakini.

Memang penyelesaian kepada isu pluraliti agama bukanpenyamaan atau penyatuan, tetapi toleransi dan dialog. Dalamkaitan ini al-Qaradawiy menyambut baik dialog antara agama,khususnya antara agama-agama kitabi (Islam-Kristian-Yahudi)atas pertimbangan wujudnya ruang perkongsian (ardiyyahmushtarakah) yang dapat menggembleng kekuatan kolektifmelawan gerakan anti-agama, pemikiran permisif, kebejatanmoral, pelanggaran hak asasi manusia, peningkatan kadarjenayah, keleluasaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,pencemaran alam sekitar dan sebagainya. (Al-Qaradawiy, Y.,1999:60). Ruang perkongsian ini tentunya dapat diperluas

Page 18: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

18 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

meliputi agama-agama lain di luar rumpun agama-agamasamawi untuk memungkinkan dialog yang lebih inklusif.

Kepada umat Islam yang terlibat dalam dialog antara agama,al-Qur’an berpesan,

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan

dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang

zalim di antara mereka, dan katakanlah: “Kami telah beriman

kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang

diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah

satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri.” (Al-‘Ankabut:46).

Ayat di atas mengingatkan kaum Muslimin memilih cara yangterbaik apabila berdialog, berdebat atau berpolemik dengankaum Ahli Kitab. Di samping itu diperingatkan juga agar kaumMuslimin membuat penegasan tentang persamaan-persamaanatau hal-hal yang dikongsi bersama “Kami telah beriman kepada(kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkankepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu.” Tentuada sebabnya mengapa persamaan-persamaan tersebut harusdinyatakan. Mungkin untuk membangkitkan rasa kedekatandan kebersamaan agar dialog dapat berjalan lancar danproduktif.

Menyikapi Pluraliti Budaya dan Politik

Sebagaimana kita menerima kemajmukan agama dalampengertian al-ta‘addudiyyah al-diniyyah seperti yang digariskandalam al-Qur’an, al-Sunnah dan huraian para ulama, kita jugamenerima kemajmukan budaya yang diletakkan di atas prinsipdasar “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan”. Kita tidak bolehmelawan sunnatu ‘Llah, hukum penciptaan makhluk yang

Page 19: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 19

selamanya berbeza-beza. Yang disebut budaya pada umumnyaadalah penjelmaan nilai-nilai yang mengakar pada tradisiwarisan, terutama tradisi keagamaan. Jika setiap orang berhakmenikmati kebebasan beragama, maka secara konsekuensialberhak pula untuk memiliki jati diri budaya. Dasar Islam dalammenghadapi fenomena pluraliti budaya bukan perbenturan,bukan sira’ dan bukan clash of civilizations. Dasar seperti itubertentangan dengan semangat tolenrasi dan cita-cita hidupbersama. Justeru, semangat di sebalik clash of civilizations adalahkeengganan menerima pihak (budaya) lain, dan seterusnyaingin membunuh budaya lain itu. Akhirnya nanti yang tinggalhanya satu, iaitu budaya yang menjadi pemenangnya. Ini jelasbertentangan dengan dasar Islam yang selamanya siapmenerima orang lain (qabul al-akhar) dan siap untuk hidupbersama secara damai.

Dasar budaya “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan” tidakdapat menerima kaedah melting pot atau kawah peleburan jatidiri budaya. Cara yang benar bukan memaksa semua kaummelebur jati diri budaya masing-masing dalam suatu prosesyang nanti akan melahirkan jati diri bersama, jati diri baru yangbukan lagi jati diri aslinya. “Kepelbagaian dalam bingkaikesatuan” bererti membenarkan pengekalan kepelbagaian,tetapi harus dikawal jangan sampai membawa konflik,perbenturan dan perpecahan. Kerana itu diperlukan suatubingkai kukuh yang menyatukannya. Dalam konteks Malaysia,bingkai kesatuan itu boleh berupa kesetiaan kepada YangDipertuan Agong, Rukun Negara, bahasa kebangsaan, laguNegaraku, bendera Jalur Gemilang, Falsafah PendidikanKebangsaan dan kesepakatan-kesepakatan lain yangmengekspresikan aspirasi nasional. Hakikatnya, kepelbagaianbudaya bukan suatu yang asing bagi masyarakat Dunia Melayu.Justeru, tamadun rantau ini adalah tamadun kepulauan yangsangat beragam. Untuk menangani fenomena keragamanbudaya serantau itu, para leluhur kita memiliki kebijaksanaan

Page 20: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

20 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

sendiri, wisdom kebudayaan yang terungkap dalam sloganBhinneka Tunggal Ika yang bererti pelbagai tetapi tetap bersatu.

Dalam Amanat Pimpinan Muktamar Nasional Keenam 2012,kita telah mengangkat Piagam Madinah sebagai acuanpembinaan bangsa Malaysia, atas pertimbangan bahawa iaadalah sebuah model unggul pembinaan satu ummah yangbercirikan kepelbagaian. Memang piagam ini dilatari fenomenapluralistik - kepelbagaian kabilah, suku dan agama. Semangatyang mendasarinya adalah untuk membina kesatuan tanpamenghapuskan perbezaan. Agenda besar membina kesatuandilaksanakan dalam dua tahap penting. Tahap pertama,membentuk kesatuan keagamaan yang menggabungkanseluruh kabilah dan suku yang beragama Islam. Kesatuan inilahyang disebut ummah diniyyah (umat keagamaan) yang eksklusif.Tahap kedua, membentuk kesatuan politik yang meliputi kaumMuslimin dan bukan-Muslimin. Kesatuan politik inilah yangdisebut ummah siyasiyyah yang sifatnya lebih inklusif, kesatuanyang disemangati kesediaan qabul al-akhar, (menerima oranglain) untuk hidup bersama secara damai dan harmonis. Yahudiyang diiktiraf sebagai ummah diniyyah tersendiri, bergabungdengan umat Muslimin membentuk kesatuan ummah siyasiyyahnegara Madinah. Demikianlah, sebuah model dasarkewarganegaraan dan contoh pembinaan bangsa yang dirintisoleh Piagam Madinah Seluruh warga mendapat jaminan hakmengekalkan agama dan budaya masing-masing, tetapimenyatu dalam sejumlah kesepakatan, termasuk kesetiaankepada pimpinan al-Rasul s.‘a.w., dan tanggungjawab bersamamempertahankan negara (Madinah). Demikianlah terbentuknyasuatu ummah yang menepati formula dasar “kepelbagaiandalam bingkai kesatuan”.

Piagam Madinah adalah jelmaan prinsip kesatuan, kesamaandan kemuliaan insaniah yang mengakar kukuh dalam ajaranIslam. Sepanjang hayatnya, al-Rasul s.‘a.w. telah berjuang

Page 21: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 21

melawan ‘asabiyyah jahiliyyah, fanatisme kesukuan yangmenolak prinsip dan nilai kebenaran, keadilan dan kesamaankemanusiaan. ‘Asabiyyah yang dilawan oleh Islam tidak terbataspada bentuk ‘asabiyah yang wujud pada era pra-Islam, tetapimeliputi juga racism masa kini yang didefinisikan sebagai “…thebelief that one’s race is superior to another’s and, conversely, thatanother’s race is inferior. Racism includes beliefs in the behavioral,moral, and intellectual superiority of one’s particular race. A connecteddevelopment is the hatred of other races.” (Noel, J., 2000:53).Kepercayaan racist seperti itu telah dibanteras oleh Islam yangmengangkat nilai taqwa sebagai ukuran keunggulan, bukan rasatau bangsa. Di atas puing-puing runtuhan asabiyyah, al-Rasuls.‘a.w. menegakkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat - keadilandan persaudaraan insani (al-ukhuwwah al-insaniah) yangmerentas perbezaan ras, agama dan budaya. Justeru, PiagamMadinah bukan sebuah perlembagaan racist yangmenginstitusikan racism sehingga menciptakan institutionalracism seperti yang didefinisikan oleh Jones, James S., “…thoseestablished laws, customs, and practices which systematically reflectand reproduce racial inequalities…whether or not the individualsmaintaining those practices have racist intentions.” (Dipetik olehJana Noel, 2000:54). Sebaliknya, yang diinstitusikan adalahkeadilan Ilahi yang rahmatan li al-‘alamin.

Politik Islam dalam konteks masyarakat majmuk harusmendukung dasar “kepelbagaian dalam bingkai kesatuan”.Penerimaan Islam terhadap al-ta`addudiyyat al-siyasiyyah(kemajmukan politik) harus diertikan sebagai penerimaanterhadap perbezaan pendapat, pemikiran dan strategi dalampengurusan negara. Perbezaan-perbezaan ini pada hakikatnyatidak lain adalah natijah tabii dari hak kebebasan berfikir danbersuara, yang memang dijamin oleh Islam. Adalah suatu yangsangat tabii pula apabila perbezaan-perbezaan ini kemudiannyamelahirkan parti-parti politik yang berbeza. Sistem demokrasi-Islami memang menerima kepelbagaian parti politik dengan

Page 22: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

22 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

aturan main yang adil, bermoral dan beretika. Parti-parti politikboleh memperjuangkan idea dan program masing-masing,sesuai aturan mainnya, dengan semangat fa ‘stabiqu ‘l-khayrat,bersaing menawarkan khidmat dan program yang lebih baik,bukan bertarung hancur-hancuran.

Parti politik boleh pelbagai, tetapi harus terkawal dalam bingkaikesatuan yang terumus pada kata maslahah - kepentingan negaradan rakyat seluruhnya. Politik memang tidak boleh dipisahkandari maslahah, kerana memang demikianlah definisi siyasahdalam Islam iaitu tadbir masalih al-‘ibad ‘ala wifq al-shar‘i(pengurusan/pentadbiran maslahah manusia sesuai dengansyara‘). (Khallaf, ‘A.W., 1984:6). Dengan demikian parti politikyang perjuangannya bertentangan dengan maslahah, yangideologinya membawa mafsadah (kerosakan), seperti partikomunis, Fasis, Nazi dan yang sejenisnya tidak dapat diterimakerana telah terkeluar dari bingkai kesatuan yang berpaksikanmaslahah.

Kepelbagaian parti politik pada dasarnya boleh membawamaslahah, terutama untuk menghalang kesewenang-wenanganpemerintahan satu parti. Kepelbagaian parti dalam sistemdemokrasi berpilihan raya akan memberikan peluang kepadarakyat untuk memilih yang terbaik, di samping menjamin prosesperalihan kuasa secara damai. Selain itu maslahah jugalah yangharus menjadi asas pembentukan tahaluf siyasiy atau pakatanpolitik antara parti-parti. Memang tidak semua tahalufdibenarkan oleh Islam. Tahaluf yang bermotif kezaliman,pencerobohan, permusuhan dan kekacauan, jelas tidak dapatditerima. Tahaluf jahat seperti itulah yang ditolak oleh Rasulullahs.‘a.w. dengan sabdanya “Tidak ada pakatan (sedemikian)dalam Islam” (La hilfa fi al-Islam). Tetapi tahaluf yang bermotifsihat, pakatan perjuangan kolektif menegakkan keadilan danmelawan kezaliman seperti Hilf al-Mutayyibin dan Hilf al-Fudul,tidak ada sebab untuk ditolak. Mengenang Hilf al-Fudul yang

Page 23: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 23

disertainya pada zaman sebelum Islam, Rasulullah s.‘a.w.bersabda, “Andainya aku diajak menyertainya pada zamanIslam, nescaya aku sahut.”.

Politik tahaluf boleh membawa maslahah jika dilaksanakandengan jujur dan bijaksana. Justeru, tahaluf siyasiy dapatmewujudkan kekuatan politik yang seimbang, agar tidak adalagi pihak yang berani bertindak sewenang-wenang, kerana adapihak lain yang siap menjadi alternatif. Dalam politik Islamada ruang partisipasi politik yang disebut muhasabat al-hukkam,mengadili dan meminta pertanggungjawapan pemerintah.Dalam sistem demokrasi, fungsi ini seharusnya dilaksanakanoleh parti yang kuat, yang suaranya didengar dandiperhitungkan. Selain itu politik Islam juga mengakui haqq al-mu‘aradah atau hak membangkang yang diletakkan dalamkerangka kewajipan al-amru bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar.Pembangkangan dalam kerangka amar makruf nahi munkarmenurut fuqaha’ Muslimin adalah fardu kifayah yang wajibdilaksanakan oleh kelompok (ummah) yang mengkhusus untukperanan tersebut. (Balqarad, Abu Ahmad Muhammad, 2007: 35).Amar ma‘ruf nahi munkar harus dilaksanakan dengan cara yangberkesan, dan untuk itu ia harus disampaikan dengan suaralantang (bisawtin masmu‘) yang didengar dan diberi perhatian.Dalam kaitan inilah gema dan gegar suara kolektif tahaluf siyasiydapat memaksa pihak lain mendengarnya.

Cabaran Pembinaan Bangsa Malaysia

Malaysia dengan masyarakatnya yang pluralistik seharusnyadapat ditonjolkan sebagai jelmaan nyata konsep “kepelbagaiandalam bingkai kesatuan”. Namun realitinya, setelah hampir 60tahun merdeka, “bingkai kesatuan” kita masih terasa rapuh.Suara-suara rasis masih sering kedengaran mengumandanglantang. Dalam kalangan parti-parti politik masih ada yangterus-menerus memainkan isu perkauman semata-mata untuk

Page 24: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

24 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

meraih kepentingan jangka pendek kelompok masing-masing.Dalam proses pembinaan bangsa (nation building) pendidikanlahsektor yang memainkan peranan kunci. Tetapi SistemPendidikan Kebangsaan kita kelihatan belum cukup mampumenggalas misi besar tersebut. Setelah 58 tahun (sejak PenyataRazak 1956) seharusnya kita sudah dapat mewujudkan satubangsa Malaysia. Malangnya kita masih ditakuk lama. Yang adaketika ini hanya rakyat atau warganegara Malaysia, bukan“…sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdianyang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.’ sebagaimanayang diaspirasikan dalam Wawasan 2020.

Proses membina bangsa menerusi bahasa kebangsaan sebagaibahasa pengantar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaanseringkali terganggu dengan pelbagai kendala. Bahasakebangsaan sebagai bahasa pemersatu dan wahana pembinaanbangsa tersingkir dari posisi dan peranan strategiknya apabilabahasa Inggeris kembali mengambil alih tempatnya sebagaibahasa pengantar. Inilah kendala terbesar yang ditempuh olehsistem pendidikan kita dalam melaksanakan misinya. Dalambuku mereka, Educational Issues in Multiethnic Malaysia, Tan YaoSua dan R.Santhiram mengatakan,

The re-emergence of English as a medium of instruction has

certainly eroded the role of the national language as the main

medium of instruction in the national educational system. Since

this role is also tied to the nation building process, it has thus

joepardised the integrative function of the national

language.As early as 1956, the integrative role of the national

language Has been clearly spelt out by the Razak Report and

since then, the national language has had considerable success

in playing its role (see Chapter 1). But things changed with the

re-emergence of English as a medium of instruction in the

national educational system. The erosion of the integrative role

of the Malay language is most serious at the private institutions

of higher learning where English is the main medium of

Page 25: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 25

instruction…. It is most likely that Students who go through

private higher education will ultimately adopt English as their

lingua franca and this is detrimental to the nation building

process. (Sua, Tan Yao & R. Santhiram, 2014: 178).

Dasar yang melumpuhkan peranan bahasa kebangsaan sebagaikekuatan pemersatu itu sebenarnya tidak lahir dari keinginanrakyat. Perubahan dasar bahasa tersebut berlaku hanya keranamenuruti kemahuan elit parti pemerintah, dengan hujah yangsangat lemah iaitu untuk memacu kemajuan ekonomi danteknologi. Hanya setelah mendapat bantahan para pejuangbahasa dan rakyat awam, barulah pemerintah melunak. Tetapipelaksanaan dasar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarsudah telanjur sedemikian jauh, terutama di institusi-institusipengajian tinggi swasta yang kini sedang berkembang pesat,dan telah memasuki arus perdana pendidikan negara. Entahberapa lama lagi masa yang akan diambil untuk mengkoreksikesilapan yang sebesar itu.

Tidak siapa pun yang menafikan keperluan menguasai bahasaInggeris, tetapi menobatkannya sebagai bahasa pengantar dalamsistem pendidikan negara dengan menyingkirkan bahasaMelayu adalah suatu pencabulan terhadap kedaulatan bahasakebangsaan negara, dan sekaligus penggagalan terhadapperanan integratifnya. Isu ini menjadi semakin serius jikadikaitkan dengan teori penjajahan bahasa, penjajahan budayadan penjajahan sosial. Andainya teori itu benar bahawapengglobalan bahasa Inggeris adalah sejenis penjajahan bahasa(linguistic imperialism) yang menjadi bahagian daripadapenjajahan budaya (cultural imperialism) maka akibatnya sudahdapat dipastikan: penyebaran bahasa Inggeris tidak akanterpisah dari Amerikanisasi yang berhujung pada pertukaranjati diri. (…the global spread of English would devotail withAmericanisation, leading to identity change in periphery-Englishcountries). (Sua, Tan Yao & R. Santhiram, 2014:179).

Page 26: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

26 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Lebih mencemaskan lagi jika dikaitkan pula dengan teoribahawa pengembangan bahasa Inggeris akan membawa kepadaEnglish linguistic hegemony (hegemoni bahasa Inggeris).Hegemoni seperti yang didefinisikan oleh Gramsci ialah, “…aprocess in which the ruling class succeeds in persuading the otherclasses of society to accept its own moral, political and cultural values.”Hegemoni bahasa ternyata membawa motif tersirat - penerapannilai-nilai (moral, politik dan budaya) yang melekat pada bahasa(Inggeris) dalam kehidupan masyarakat awam. Samalah denganpenjajahan sosial (social imperialism) yang berpuncak pada “…thetransmission of the norms and behaviour of a model social structureembedded in the language.” (Sua, T.Y., & R. Santhiram, 2014: 179-180). Bahasa Inggeris memang perlu dipelajari, danpengajarannya perlu diperbaiki, tetapi harus disertaikewaspadaan terhadap jebakan imperislisme dan hegemoniyang disebutkan tadi.

Kita mengharapkan sektor pendidikan lebih komited terhadapaspirasi pembinaan bangsa. Sementara itu sektor ekonomi puladiharapkan dapat mewujudkan hubungan antara kaum yanglebih meluas dan tulen. Memang telah wujud perkongsianbisnes antara kaum, tetapi masih sangat terbatas hanya dalamkalangan segelintir elit Melayu dan Cina. Perkongsian ekonomiantara kaum seharusnya melibatkan masyarakat yang lebih luasmeliputi segenap lapisan. Perkongsian juga harus tulen dalamerti persamaan kompetensi dan peranan. Ketika ini kita masihmenyaksikan perkongsian model sleeping partner yang tidakbanyak membawa erti kepada hubungan antara kaum. Masihbanyak syarikat-syarikat besar milik orang Cina yang melantiktokoh-tokoh Melayu menganggotai lembaga pengarah, tetapiperanannya hanya sebagai penghubung dengan pihakpemerintah, atau untuk memintas kerenah birokrasi. Merekadiberi pemilikan ekuiti, tetapi tidak terlibat secara aktif dalampengurusan dan pengembangan syarikat. Model lain yangmasih wujud hingga kini ialah model “Ali-Baba” yang juga tidak

Page 27: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 27

menepati makna perkongsian (persamaan peranan dankompetensi). Melayu yang mendapat kontrak, Cina yangmelaksanakannya. Mudah-mudahan generasi muda Malaysiaakan lebih bersedia melibatkan diri dalam perkongsian ekonomiantara kaum secara yang lebih bererti.

Pemugaran Budaya Dialog

Di tengah zaman yang diwarnai perbenturan, di tengah duniayang penuh sengketa (Timur lwn Barat, Utara lwn Selatan, KulitPutih lwn Kulit Berwarna, Kaya lwn Miskin, lelaki lwnperempuan, konservatif lwn liberal, kerajaan lwnpembangkang), kita kibarkan bendera sejahtera (salam), kitakobarkan semangat damai, kita pugar budaya dialog. Justeru,dialog adalah gaya pendekatan Qur’ani yang harus dilestari dandikembangkan. Dengan kata lain, pendekatan dialog adalahasli pendekatan Islami yang mengakar pada al-Qur’an dan al-sunnah, bukan sekadar sikap reaktif terhadap idea perbenturantamadun (clash of civilizations) yang diusung oleh Samuel P.Huntington. Banyak sekali ayat-ayat al-Qur’an yang berupa al-nass al-hiwariy atau teks yang diolah dalam gaya dialog. Al-Qur’an memakai kata-kata yang berpangkal dari kalimat q-w-l(yang membawa indikasi dialog) dengan pelbagai kata terbitandan tasrifnya (seperti qala, qalu, yaqulu, yaquluna, qul dan lain-lainnya) lebih daripada 1700 kali. Ini menunjukkan besarnyamuatan dialog dalam al-Qur’an.

Dialog adalah interaksi pertukaran kata-kata yang bertolak darisikap mengiktiraf pihak lain (al-i‘tiraf bi al-akhar) denganmemberinya peluang menyatakan sikap bersetuju atau berbeza.Al-Qur’an memaparkan pelbagai ragam dialog seperti dialogantara Tuhan dengan para malaikat, dialog Tuhan dengan pararasul, dialog Tuhan dengan syaitan, dialog para nabi dengankaum mereka, dialog al-akhyar (orang baik) dengan al-ashrar(orang jahat), dialog antara sesama orang baik dan seterusnya.

Page 28: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

28 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Budaya dialog harus dibina di atas semangat kesalingan yangkental - saling hormat, saling menghargai, saling percaya, salingbersangka baik, saling memberi dan menerima dalam usahabersama mencari yang terbaik. Dialog yang sihat, produktifdan berjaya tentunya dialog yang sentiasa terkawal danterkendali dalam batasan adab dan etika. Dalam Islam dialogselalu dikaitkan dengan al-hikmah dalam pengertian yang seluas-luasnya - kefahaman yang mendalam, ketajaman daya renung,kebijaksanaan membuat keputusan dan ketepatan meletakkansesuatu pada tempatnya.

Selain dialog (hiwar), Islam juga menggunakan pendekatantadafu‘ yang membawa erti saling dorong ke arah kebaikan. Iatidak sama dengan sira‘ atau sidam yang bererti clash(perbenturan). Pendekatan tadafu‘ diisyaratkan dalam ayat 34surah Fussilat:

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan

itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang

antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah

menjadi teman yang sangat setia.

Kata idfa‘ dalam ayat tersebut mengandungi makna menolakatau mendorong pihak lain ke arah kebaikan, sementara caranyapula harus billati hiya ahsan (dengan cara yang sebaik-baiknya).Matlamat tadafu‘ bukan permusuhan, bukan pertarunganhancur-hancuran, tetapi merubah lawan menjadi kawan. Dalamkonteks ketamadunan pendekatan ini disebut tadafu‘ al-hadarat(saling dorong antara tamadun), yang bertentangan dengansidam al-hadarat (perbenturan tamadun) seperti yang diusungoleh Samuel P. Huntington.

Memang Islam adalah agama damai. Jika dihadapkan denganpilihan damai atau perang. Tentu kita akan memilih damai.

Page 29: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 29

Tetapi manusia tidak sentiasa dan tidak semuanya waras.Kerana itu perang selalu terjadi seperti yang sedang kitasaksikan ketika ini. Di pelbagai rantau dunia, umat Islammenjadi sasaran serangan kejam kuasa-kuasa pengganas.Dalam keadaan seperti ini tentunya umat Islam tidak bolehberdiam diri. Kita harus melawan kezaliman dengan kekuatanyang mampu menghajar bangsa biadap seperti Yahudi Zionisdan sekutu-sekutu yang sebulu.

Khatimah

Gerakan Islam dalam masyarakat majmuk harus memilikiwawasan ta‘addudiyyah yang berpijak pada realiti, dipanduwahyu, dibimbing akal sihat, dijiwai rahmat sejagat. Denganwawasan keislaman, keinsanan dan kemalaysiaan kita binabangsa Malaysia bersatu yang berkongsi masa depan, berbagihak dan tanggungjawab antara Muslim dan bukan Muslim:lahum ma lana wa ‘alayhim wa ‘alayhim ma ‘alayna. Dengansemangat ini kita hayati puisi S.N. Usman Awang yangmengabadikan sebuah idealisme - bangsa Malaysia yang bersatudalam kesamaan dan kebersamaan:

SAHABATKU(Kepada Dr. M.K. Rajakumar)

MENEMUIMU ketika remaja duluketika kemarahan rakyat bermuladi kota raya yang memancarkan suara-suara baruaku mengenali sekumpulan generasi mahasiswadalam keghairahan menggenggam idealismemenolongku memperteguh keyakinanpersahabatan dan persamaan rakyatimpian mewujudkan suatu dunia baru.………………………………………

Page 30: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

30 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Sahabatku,Suatu bangsa merdeka yang kita impikanterasa masih jauh dari kenyataankemarahanku menjadi kepedihanbila kita dipisah-pisahkanjarak itu semakin berjauhan.Aku dapat gelaran “bumiputera” dan kau bukan.

Di klinikmu masih kutemui keramahanketika jantungku hampir dilumpuhkanengkau pertama mendengar degupannyamenyukat tekanan darah di salur nadimelihat paru-paru tuaku kehitaman bersawang.Asap rokok yang sangat kau benci.

Percayakah?Aku dapat pula mendengar detak jantungmudetak jantung yang dulukehidupan baru untuk masyarakat baruimpian suatu bangsa merdekakebenaran dan keadilan yang samasebagaimana pesan nenek moyang:‘Hati kuman sama dicicahHati gajah sama dilapah’.

Bilakah kita dapat memadamkanperbezaan keturunan yang kian membakar kitadan membiarkan curahan minyak yang kian menyalaoleh mereka yang sering bermuka dua?

Bilakah kita dapat mempertaruhkan nasibanak-anak kita yang tak berdosadan generasi akan datang keturunan kitamenjadi mangsa keturunan yang berbezaoleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa?

Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaankemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan yang berlebihanantara dua golongan masyarakatsuatu janji dan erti kemerdekaan?

Page 31: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

Amanat Pimpinan 31

Bilakah semua warganegara mendapat haklayanan dan keadilan yang samadikenal dengan satu rupa nama:Bangsa Malaysia?

Usman Awang1979/1983.

Demikianlah suara hati seorang seniman kemanusiaan, yangcinta dan kasihnya merentas bangsa, yang setianya utuh padaidealisme bangsa Malaysia yang merdeka. Selamatbermuktamar dan selamat berseminar dalam suluhan sinarhidayah Ilahiah.

Rujukan

Al-Faruqi, Isma‘il Raji. “Towards a Critical World Theology”, dlm.Toward Islamization of Knowledge. Virginia: InternationalInstitute of Islamic Thought (IIIT).

Al-Mubarak, Hani & Shawqiy Abu Khalil. 1997. Al-Islam wa al-Tafahum wa al- Ta‘ayush bayna al-Shu‘ub. Dimashq: Dar al-Fikr.

Al-Qaradawiy, Yusuf. 1999. Al-Aqalliyyat al-Diniyyah.. wa al-Hallal-Islamiy. Kaherah: Maktabah Wahbah.

—————————— 1999. Mawqif al-Islam al-‘Aqdiy min Kufr al-Yahud wa al-Nasara.Kaherah: Maktabah Wahbah.

—————————— 1999. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam.Kaherah: Dar al-Shuruq.

Al-Sahmaraniy, As‘ad. 2005. Al-Islam wa al-Akhar. Beirut: Dar al-Nafa’is.

Al-Tuwayjriyy, ‘Abd al-‘Aziz ibn ‘Uthman. 1998. Al-Hiwar minajl al-Ta‘ayush.Kaherah: Dar al-Shuruq.

‘Aliy, Sa‘id Isma‘il. 2011. Al-Muwatanah fi al-Islam. Kaherah: Daral-Salam.

Bakar, Osman. 2006. The Qur’an on Interfaith and Inter CivilizationalDialogue. Kuala Lumpur: International Institute of IslamicThought, Malaysia (IIITM).

Page 32: Ucapan Dasar WADAH 2014, MUKNAS WADAH Ke-8

32 Muktamar Nasional Kelapan WADAH

Balqarad, Abu Ahmad Muhammad. 2007. Mafhum al-Hizbiyyat al-Siyasiyyah wa hukmuha fi al-Islam. Al-Mansurah: Dar al-Kalimah.

‘Imarah, Muhammad. 2008. Al-Islam wa al-Ta‘addudiyyah: Al-Ikhtilaf wa al- Tanawwu‘ fi Itar al-Wihdah. Kaherah: Maktabatal-Shuruq al-Dawliyyah.

—————————— 2006. Al-Mawqif min al-Hadarat al-Ukhra.Kaherah: Maktabat al- Shuruq al-Dawliyyah.

—————————— 2005. Al-Islam wa Huquq al-Insan:Darurat…La Huquq. Kaherah: Dar al-Salam.

Jabr, Dandal. 2006. Al-Ta‘addudiyyat al-Siyasiyyat wa Tadawul al-Sultat fi al-Siyasat al-Shar‘iyyah. ‘Amman: Dar ‘Imar.

Kazemi, Reza Shah. 2006. The Other in the Light of the One.Cambridge: Islamic Texts Society.

Khalil, ‘Imad al-Din. 2002. Al-Wihdah wa al-Tanawwu‘ fi Tarikh al-Muslimin. Dimashq: Dar al-Fikr.

Khallaf, ‘Abd al-Wahhab. 1984. Al-Siyasah al-Shar‘iyyah. Beirut:Mu’assasat al- Risalah.

Noel, Jana. 2000. Developing Multicultural Educators. New York:Longman.

Osman, Fathi, 2001.”Islam and Human Rights: The Challenge toMuslims and the World.”, dlm. El-Affendi, Abdelwahab(ed..), Rethinking Islam and Modernity: Essays in Honour ofFathi Osman. Leicester: The Islamic Foundation.

Sua, Tan Yao & R.Sathiram. 2014. Educational Issues in MultiethnicMalaysia. Petaling Jaya: Strategic Information and ResearchDevelopment Centre (SIRD).

Sukardja, Ahmad. 1995. Piagam Madinah dan Undang-undang Dasar1945. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia.

Usman Awang. 2009. Sahabatku: Puisi-puisi 5 Bahasa. Subang Jaya:UA Enterprises.

Zadeh, ‘Aqil Sa‘id Mulla. 2010. Al-Hiwar Qimatun Hadariyyah.Jordan: Dar al- Nafa’is.