vle frog

4
1. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu elemen penting daripada 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggalakkan para pendidik memanfaatkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi. KPM telah memperkenalkan sistem e- Pembelajaran di hampir 10000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Guru Media dan Bestari pula diberi pendedahan awal cara melaksanakan sistem pembelajaran ini. Perkembangan ICT dan internet kini membuka lebih banyak peluang kepada guru untuk meneroka dan meraih pengetahuan secara atas talian ( online). Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi mudah jika menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Sistem e-Pembelajaran ini di bawah kendalian program 1BestariNet dengan kerjasama syarikat telekomunikasi YTL. Virtual Learning Environment (VLE) ini merupakan salah satu cabang dalam Learning Management System (LMS) dan sebahagian daripada ICT. Penggunaan ICTdalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran di mana guru menggunakan alat teknologi dan aspek pembelajaran iaitu pelajar menggunakan alat teknologi. Dalam kontek pengajaran pula, ICT sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. Sepatutnya tugas guru dapat diringankan. Manakala dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2002) 1.2 Konsep E-Pembelajaran. Definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi online learning. Kadangkala terdapat pertindihan makna online learning itu sendiri. Contoh seperti pembelajaran online, pembelajaran berasaskan Internet, pembelajaran berasaskan teknologi, pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web dan

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 13-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Vle Frog

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu elemen penting

daripada 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

menggalakkan para pendidik memanfaatkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti

pembelajaran di Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi.

KPM telah memperkenalkan sistem e-Pembelajaran di hampir 10000 buah sekolah rendah

dan menengah di Malaysia. Guru Media dan Bestari pula diberi pendedahan awal cara

melaksanakan sistem pembelajaran ini.

Perkembangan ICT dan internet kini membuka lebih banyak peluang kepada guru

untuk meneroka dan meraih pengetahuan secara atas talian (online). Pengurusan

pengajaran dan pembelajaran juga menjadi mudah jika menggunakan komputer sebagai alat

bantu mengajar. Sistem e-Pembelajaran ini di bawah kendalian program 1BestariNet dengan

kerjasama syarikat telekomunikasi YTL.

Virtual Learning Environment (VLE) ini merupakan salah satu cabang dalam Learning

Management System (LMS) dan sebahagian daripada ICT. Penggunaan ICTdalam

pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran di mana

guru menggunakan alat teknologi dan aspek pembelajaran iaitu pelajar menggunakan alat

teknologi. Dalam kontek pengajaran pula, ICT sebagai alat persembahan dan alat

demonstrasi. Sepatutnya tugas guru dapat diringankan. Manakala dalam konteks

pembelajaran, penggunaan ICT boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi

dan komunikasi. (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2002)

1.2 Konsep E-Pembelajaran.

Definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi online learning. Kadangkala

terdapat pertindihan makna online learning itu sendiri. Contoh seperti pembelajaran online,

pembelajaran berasaskan Internet, pembelajaran berasaskan teknologi, pembelajaran

berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web dan pembelajaran maya atau

disamakan dengan Learning Management System (LMS) seperti Blackboard, WebCt dan

Moodle (Mohd Koharudin, 2008).

Page 2: Vle Frog

E-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran berasaskan kendiri dapat

dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru hanya sebagai fasilatator menentukan corak

pembelajaran pelajar. Pelajar pula bebas dalam memilih masa, kandungan serta hala tuju

pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali

sehingga pemahaman tercapai. Pelajar ini juga boleh berbincang dalam keadaan yang

selamat secara online dan perasaan malu itu dapat dihakis. Guru pula dapat mengawal selia

sesi perbincangan dalam kumpulan secara atas talian dalam keadaan teratur dan terancang.

1.2 Impak penggunaan portal e-pembelajaran VLE-FROG terhadap

profesionalisme guru.

Terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan sistem pembelajaran maya ini.

Sistem ini lebih fleksibel, mudah di capai dan mempunyai pelbagai kemudahan. Pelajar

boleh mengakses bahan e-pembelajaran pada bila-bila masa dan belajar mengikut kadar

dan masa yang sesuai bagi mereka. Sistem ini juga melibatkan kos sebaran yang terendah.

Setelah isi kandungan dibina dan dimuat naik ke dalam pelayar, ia akan menjadi murah

untuk diedarkan di dalam dan luar negeri. Sistem pmbelajaran maya ini juga mudah dikemas

kini dan boleh diakses oleh pelajar secara serta merta. Selain itu, portal e-pembelajaran

menggalakkan pembelajaran kolaboratif yang membolehkan pelajar terlibat dan memberikan

mereka pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai

sistem operasi dan pelajar boleh mengakses kandungan melalui sistem operasi window-

based, Mac-based atau UNIXbased juga dengan teknologi terkini melalui mobile device.

Dalam era globalisasi, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan

penguasaan ICT dikalangan pelajar. Pengenalan mengenai penggunaan VLE Frog (Virtual

Learning Education) kepada semua warga pendidik baru baru ini, amat jelas dijadikan fokus

utama misi Kementerian Pendidikan. Ini adalah kerana terdapat koloborasi yang rapat di

antara keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apabila ianya dikaitkan dengan

penggunaan ICT. Ia juga dapat menarik minat murid di dalam mencari maklumat tambahan

semasa pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada

matapelajaran tertentu sahaja malahan Ia meliputi kepada semua matapelajaran.

Peningkatan pemahaman dan penguasaan murid dengan menggunakan ICT adalahlebih

Page 3: Vle Frog

memberangsangkan berbanding pengajaran secara konvensional. Persepsi dan perspektif

positif terhadap aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat

mereka terhadap pembelajaran. Pembelajaran secara e-pembelajaran ini membuktikan

bahawa sikap, tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada

tahap positif dan tinggi. Penggunaan ICT seperti power point,video,internet dan multimedia

menggalakkan pelajar menggunakan semua jenis pancaindera ketika belajar dan lebih

menyeronokkan mereka. Kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

pelajar masa kini bukan sahaja perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PPSMI ,

malah turut penting bagi matapelajaran lain.

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Guru

Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan

Page 4: Vle Frog

notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.