nota frog vle folder & akaun

14
Resource Manager Panduan Pengguna Bagaimana menghasilkan Folder. 1. Klik Resource Manager di Frog Bar. 2. Ruang Resource Manager akan dipaparkan. 3. Klik pada My Document (tempat di mana fail-fail di simpan). Boleh juga menghasilkan folder menggunakan Lesson Resources untuk dikongsi dengan semua guru. 4. Klik pada ikon Actions, skrol ke bawah dan klik pada New Folder. 5. Taipkan nama folder di bawah ikon folder seperti subjek, aktiviti atau peribadi. Folder tersebut sudah boleh digunakan. Frog Bar Resource Manager

Upload: masyitah-tarmizi

Post on 29-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Panduan pengguna. Menghasilkan Folder

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Frog VLE Folder & Akaun

Resource ManagerPanduan PenggunaBagaimana menghasilkan Folder.

1. Klik Resource Manager di Frog Bar.

2. Ruang Resource Manager akan dipaparkan.3. Klik pada My Document (tempat di mana fail-fail di simpan).

Boleh juga menghasilkan folder menggunakan Lesson Resources untuk dikongsi dengan semua guru.

4. Klik pada ikon Actions, skrol ke bawah dan klik pada New Folder.5. Taipkan nama folder di bawah ikon folder seperti subjek, aktiviti atau peribadi. Folder tersebut

sudah boleh digunakan.

Frog Bar

Resource Manager

Page 2: Nota Frog VLE Folder & Akaun

Bagaimana memadam Folder

1. Pilih dan klik pada folder yang hendak dipadam, kemudian klik pada butang Actions. Skrol ke bawah dan klik Delete.

2. Akan muncul kotak dialog pasti atau batal padam bagi folder tersebut. Klik Confirm dan folder akan dipadamkan.

Bagaimana Memuat Naik Fail

1. Klik butang biru Add Files pada bar di atas My Documents.2. Kotak dialog File Uploader akan terpapar.

3. Anda mempunyai 2 pilihan untuk memuat naik fail anda.(i) Seret fail dari desktop atau computer anda ke “Drag and drop your files here”. Fail

anda akan dimuat naik serta merta.

Page 3: Nota Frog VLE Folder & Akaun

(ii)Klik pada

butangChoose Files dan pilih fail daripada komuter anda. Fail anda akan dimuat naik serta merta.

Setelah fail berjaya dimuat naik, butang hijau “Done” akan muncul . Klik butang Done dan anda akan keluar dari File Uploader. Proses memuat naik fail telah berjaya.Proses ini mungkin mengambil masa beberapa minit bergantung kepada saiz dan bilangan fail yang anda muat naik.

Page 4: Nota Frog VLE Folder & Akaun

Bagaimana Menyalin Fail

1. Klik pada fail yang hendak disalin.2. Klik pada butang Actions dan klik Copy.3. Fail anda akan muncul di sebelah fail asal.4. Fail yang telah disalin boleh dikenali melalui nama fail sambungan, contohnya 01. Fail-fail ini

juga boleh dipindahkan ke dalam folder bagi memudahkan rujukan.

Memadamkan Fail

1. Klik pada fail atau folder yang hendak dipadam. 2. Klik butang Actions, skrol ke bawah dan klik Delete.3. Kotak dialog akan dipaparkan bagi mengesahkan sama ada anda ingin memadam fail tersebut

atau tidak. Klik pada butang Confirm dan fail akan dipadam.

Page 5: Nota Frog VLE Folder & Akaun

Langkah-langkah Menambah Pengguna Baru

Salah satu tanggungjawab anda sebagai pengguna Pentadbir Frog ialah untuk menguruskan pendaftaran pengguna baru.

Secara umumnya pengguna ditambah secara automatik ke dalam Frog VLE. Terdapat kemungkinan di mana anda perlu menambah pengguna secara manual kerana terdapat guru dan pelajar baru yang tidak mempunyai ID pengguna.

Terdapat 3 jenis pengguna iaitu :

1. Pengguna Pentadbir Pengguna yang mempunyai akses yang tertinggi iaitu berupaya mengedit seluruh platform termasuk Dashboard Sekolah dan mengakses seluruh system pengurusan pengguna.

2. GuruMempunyai akses kepada hamper semua fungsi di dalam VLE kecuali fungsi pentadbir dan Dashboard Sekolah.

3. PelajarMempunyai akses yang terhad iaitu hanya pada Dashboard peribadai dan My Documents.

Menambah Pengguna Baru dilakukan dengan menggunakan aplikasi Users.

1. Untuk akses aplikasi Users, klik ikon Resource Manager di Frog Bar di bahagian atas Skrin anda.

2. Tetingkap Resource Manager akan terpapar. Klik pada Applications yang terletak di sebelah kiri.

Resource Manager

Frog

Page 6: Nota Frog VLE Folder & Akaun

3. Ikon Users akan terpapar. Klik pada ikon Users, skrin Users akan dipaparkan.4. Pilih jenis pengguna yang ingin ditambah dengan menggunakan tab-tab di sebelah atas kanan

skrin sama ada Student, Teachers atau Users.

5. Klik pada butang Create New Student atau Create New Teacher di sebelah kiri atas skrin Users.

LATIHAN.

1. Anda dikehendaki menambah seorang pelajar baru. Pada skrin Student Information masukkan butiran pelajar tersebut.

2. Lengkapkan bahagian Parent atau Guardian. Klik tab Parent atau Guardian yang terletak di sebelah tab Student Information. Setelah memasukkan butiran, klik butang Save.

Page 7: Nota Frog VLE Folder & Akaun

3. Klik butang Confirm, kotak dialog nama Pelajar, Bapa dan Ibu serta kata laluan untuk pengguna yang baru akan dipaparkan.

4. Pengguna baru telah berjaya ditambah dan akan muncul di dalam senarai pengguna.

Mengedit Pengguna

Sebagai pengguna Pentadbir Frog, anda boleh mengedit butiran pengguna.

1. Pilih jenis pengguna yang ingin di edit dari panel pengguna di sudut kanan atas skrin.2. Anda boleh mencari pengguna untuk diedit pada ruangan National ID / Passport Number, Full

Name atau Gender.3. Setelah dapat mencari pengguna untuk diedit, klik butang Edit di sebelah kiri nama pengguna

tersebut di ruangan Action.4. Paparan skrin Edit Student / Edit Teacher akan dipaparkan mengikut pilihan anda.5. Klik Save setelah perubahan telah dibuat, 6. Klik butang Confirm untuk pastikan maklumat yang diedit diterima.

Menukar Kata Laluan

Page 8: Nota Frog VLE Folder & Akaun

Sebagai pengguna Pentadbir Frog, anda mempunyai keupayaan untuk menukar kata laluan bagi semua pengguna.

1. Sila pilih Users dari panel di sudut kanan atas skrin.

2. Skrin Change

Password / Enable / Disable User akan dipaparkan.

3. Pilih User Type dari menu ke bawah bagi pengguna yang ingin diubah.

4. Taipkan Username bagi kata laluan pengguna yang ingin diubah.

Page 9: Nota Frog VLE Folder & Akaun

5. Masukkan kata laluan baru bagi pengguna tersebut. Ia mestilah sekurang-kurangnya 8 aksara dalam bentuk alphanumeric dan klik Save. Jika berjaya perkataan Password changed successfully akan dipaparkan.

Menggunakan Fungsi Enable / Disable

Sebagai pengguna Pentadbir Frog, anda boleh mengaktifkan fungsi Enable atau Disable pengguna di Frog VLE. Anda perlu mengaktifkan fungsi Enable atau Disable penggunaan Frog VLE seseorang pengguna apabila pengguna tersebut perlu diaktifkan atau tidak. Enable bermaksud anda ingin mengaktifkan penggunaan VLE pengguna tersebut, manakala Disable bermaksud anda tidak mahu mengaktifkan penggunaan VLE pengguna tersebut. Contohnya pengguna tersebut telah berhenti sekolah.

1. Bagi mengaktifkan fungsi Enable atau Disable, klik pada tab User pada panel di sudut kanan atas skrin.

2. Skrin Change Password / Enable / Disable User akan dipaparkan.

Page 10: Nota Frog VLE Folder & Akaun

3. Pilih User Type dari menu ke bawah.

4. Taipkan Username bagi pengguna yang ingin di Enable atau Disable.

5. Pilih User Status : Enable / Disable pada skrin yang dipaparkan dan klik butang Save.

6. Jika berjaya perkataan Successfully changed akan dipaparkan.

Menggunakan Fungsi Transfer

Sebagai pengguna Pentadbir Frog, anda boleh memindahkan pengguna dari penggunaan VLE. Contohnya jika seseorang pengguna berpindah masuk atau berpindah keluar dari sekolah anda, anda

Page 11: Nota Frog VLE Folder & Akaun

boleh mengaktifkan fungsi Transfer in atau Transfer out penggunaan Frog VLE bagi pengguna tersebut.

1. Bagi mengaktifkan fungsi Transfer, klik pada tab User pada panel di sudut kanan atas skrin.

2. Skrin Change Password / Enable / Disable User akan dipaparkan.

3. Pilih User Type dari menu ke bawah.

4. Taipkan Username bagi pengguna yang ingin di Transfer.

5. Klik pada butang Transfer. Pilih Transfer out atau Transfer in dan klik butang Save.

Page 12: Nota Frog VLE Folder & Akaun

6. Jika berjaya perkataan Transferred successfully akan dipaparkan.