jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · web viewpada masa...

21
Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah Sinopsis Tajuk-tajuk dalam bab ini merangkumi Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah, Rutin bilik darjah dan Disiplin bilik darjah. Bab Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan rutin bilik darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosioemosi dan fizikal yang selesa serta disiplin yang terkawal akan dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah 2. Menganalisis ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek fizikal dan psikososial 3. Menjelaskan jenis-jenis rutin bilik darjah untuk meningkatkan kesedaran dan amalan tanggungjawab sebagai guru beriltizam 4. Menghubungkaitkan keiltizaman guru dalam amalan rutin dan peraturan bilik darjah ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang optima 5. Menerangkan konsep disiplin bilik darjah. 91

Upload: truongtuyen

Post on 07-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

SinopsisTajuk-tajuk dalam bab ini merangkumi Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Faktor-faktor yang

mempengaruhi pengurusan bilik darjah, Rutin bilik darjah dan Disiplin bilik darjah. Bab Ini

bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melengkapkan diri dengan

pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kecekapan

guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan rutin bilik

darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosioemosi dan fizikal yang selesa serta

disiplin yang terkawal akan dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif dan

sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah

2. Menganalisis ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek fizikal dan psikososial

3. Menjelaskan jenis-jenis rutin bilik darjah untuk meningkatkan kesedaran dan amalan tanggungjawab sebagai guru beriltizam

4. Menghubungkaitkan keiltizaman guru dalam amalan rutin dan peraturan bilik darjah ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang optima

5. Menerangkan konsep disiplin bilik darjah.

6. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dalam bilik darjah.

91

Pengurusan BilikDarjah

Konseppengurusan bilik

darjah

Faktor-faktor yang mempengaruhi

pengurusan bilik darjah

Rutin bilik darjah Disiplin bilik darjah

Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

5.1 Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan

untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan

bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain

mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah,

mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas

seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-

murid supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal

bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan

lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan

mengikut rancangan.

5.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik DarjahUntuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim

persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang

menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah susunan fizikal dan

tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah.

5.2.1 Faktor fizikal

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran

fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan

peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan,

pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin

murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang

boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:

Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan

interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta,

gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan

kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan.

Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara

dengan baik serta

92

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.

5.2.2 Faktor psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan

persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Suasana selesa dan mesra.

Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal

Perasaan diterima

Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.

Suasana yang merangsang pembelajaran

Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian

idea.

Menggalakkan pembelajaran koperatif.

Peluang yang sama untuk semua pelajar.

Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah

pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.

(a) Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan

kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara keperluan pelajar

termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran,

melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan

antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka,

menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif

dengan rakan sebaya.

(b) Gaya Kepimpinan guru

Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran

pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman

dan menekan murid yang membuat kesilapan. Ingatkah anda, guru yang sentiasa

memarahi anda, setiap kali anda membuat kesilapan seperti tidak boleh

menyelesaikan masalah matematik yang mudah? Guru jenis ini mewujudkan

93

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

suasana pembelajaran yang tertekan dan mewujudkan suasana kelas yang tidak

kondusif.

Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah bersifat

demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya.

Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Pernahkah anda

mempunyai guru sedemikian semasa anda bersekolah? Saya rasa anda mungkin

suka pada guru jenis ini kerana dia selalu memberi galakan dan tidak memberi

desakan. Guru anda ini baik, mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas.

Dengan berkongsi tanggungjawab, guru anda menolong anda membina

penghargaan kendiri anda. Anda berkeyakinan untuk cuba menyelesaikan soalan

atau masalah yang anda tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa

produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan kepimpinan

demokratik.

Pendekatan gaya kepimpinan yang seterusnya adalah bersifat laissez-faire. Guru

akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Murid-murid

diberi kebebasan untuk membuat kerja mereka masing-masing. Kepimpinan jenis ini

menyebabkan kelas menjadi kucar kacir. Guru bersifat laissez-faire menyebabkan

bilik darjah yang tidak terancang, murid-murid yang ingin belajar berasa kecewa.

(c) Komunikasi dan corak interaksi Komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik.

Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap

mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat

merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru

menyampaikan odjektif pengajarannya dengan jelas.

Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran

menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar

maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang

sesuai. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru

harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap

dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus berfokus kepada

tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru hendak menegur

murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar,dia boleh berkata ‘Perbualan

kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid’ dan bukan ‘Hamid, kamu ini bising

sangat’. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan spesifik. Misalnya,

94

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

apabila Hamid bercakap semasa cikgu sedang mengajar, dia mengalihkan perhatian

cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata, ‘Kamu ni kurang ajar’,

kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang sebenarnya dan

bersifat menghina.

Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik untuk

tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang murid

bertambah baik, guru boleh berkata ‘Usaha kamu telah membawa kepada kejayaan

ini,tahniah!’ dibanding dengan ‘Tahniah kamu dapat markah tinggi!’.

Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam

menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya

dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian kepada pandangannya.

Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh murid dan

memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-mata

supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang

perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid. Maka guru mesti sabar dan

memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab ‘Aha’

atau ‘Oh’, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, ‘Maksud

kamu..’ atau ‘Jadi kamu sebenarnya..’. Apabila guru memberikan respon, murid

akan terdorong untuk meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat

dengan perkara yang hendak dikatakannya.

Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Pada

masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam

kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, kadang kala

sesetengah murid akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam

kelas. Ada murid yang bersikap introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh

rakan. Manakala murid yang ekstrovert yang ingin didampingi oleh ramai murid di

dalam kelas. Guru dapat mengetahui tahap interaksi sosial melalui pemerhatian

dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan tahap sosial murid membantu

guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama.

Rumusannya, guru tidak harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala.

Komunikasi yang diamalkan oleh guru ialah komunikasi yang terbuka dan bersifat

dua hala. Dengan cara komunikasi begini, anda akan menggalakkan murid untuk

melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

95

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Berhenti dan buat refleksi.

Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang

dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam

mengurus bilik darjah yang berkesan?

5.3 Rutin bilik darjah

5.3.1 Konsep Rutin

Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga

adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik

darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk

persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan

disiplin kendiri murid. Tambahan pula, ia menjimatkan masa dan tenaga guru dan

murid, dan memupuk sikap yang baik dalam diri murid seperti bersifat koperatif dan

bertanggungjawab.

Guru perlu menerangkan kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun.

Semua murid perlu faham dan jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah

supaya mereka boleh menjalankan tanggungjaawab mereka secara ikhlas dan

sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah mengambil kehadiran murid,

memungut yuran, menyusun kerusi dan meja serta menyiapkan jadual bertugas.

5.3.2 Jenis-jenis Rutin

(a) Rutin Kelas (bukan akademik)

Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan

membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan

proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk

mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana

yang kondusif.

96

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Contoh rutin bilik darjah: mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu

lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk

peraturan dan jadual bertugas murid.

(b) Rutin Pentadbiran

Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Adalah penting bagi

seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan

membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat

menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi manfaat kepada

pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin.

Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti

yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod

kesihatan murid.

(c) Rutin Pergerakan Murid

Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang

lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum

pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains

Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu

bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar.

Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari

i. aktiviti dalam ke aktiviti luar,

ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan,

iii. kelas ke makmal komputer.

(d) Rutin Pengurusan Tugasan

Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber

pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan

kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru

perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang

perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran

mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian

murid.

97

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

(e) Rutin Pembelajaran

Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin

adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.

Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan

sumber dan buku.

(f) Rutin Interaksi

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang

berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah

digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang

diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan

perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.

Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji

makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.

5.4 Disiplin Bilik Darjah

5.4.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah

Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin

merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik

darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan

peraturan atau hukuman.

98

Latihan 1. Apakah faedah-faedah rutin bilik darjah?

2. Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin yang telah anda bina dalam

bilik darjah anda, bincangkan keberkesanannya.

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti :

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang

sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.

Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.

Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

mengganggu kepentingan orang lain.

Kesanggupan hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai

semangat tolong-menolong.

Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

membina.

Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.

Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan

kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui

hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-

peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik

dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. Bilik

darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah

yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara

sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.

5.4.2 Jenis-jenis Disiplin

Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis

iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin

arahan diri.

(a) Disiplin Arahan Guru

Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan

tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik

akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan

peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-

murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan,

mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid

yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.

99

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang

mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-

peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin

kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.

Oleh sebab guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan,

jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Kedua-dua ciri disiplin arahan

guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru dalam

pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru,

murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya

terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau

cara yang difikirkan sesuai.

(b) Disiplin Arahan Kerja

Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru

perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin jenis ini

dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya

untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.

Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini

dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan

sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan

mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual.

Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan

yang diberikan. Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila

tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut

tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.

(c) Disiplin Arahan Kumpulan

Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang

sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan

menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan

kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku

murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses

100

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan

kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika

kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku

antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan.

Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan

dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering

melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-

ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah

sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.

Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya

semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan

sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya

diserahkan lepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan,

murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta

licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan

kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka.

(d) Disiplin Arahan Diri

Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi

peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi

ganjaran.

Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-

peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin

arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu

sendiri.

Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-

murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. Walau

bagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan

guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan

sekolah kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, hormat-

menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam aktiviti

pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.

101

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Antara empat jenis disiplin yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan jenis

disiplin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid-

murid mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah,

masalah disiplin di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum

5.4.4 Punca Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

Antara punca masalah disiplin termasuk:

kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar

pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama

pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran

keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.

Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah

Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.

Berhenti dan buat refleksi.

Berdasarkan pengalaman anda, huraikan punca-punca lain, masalah tingkah laku yang tidak disebutkan di atas. Bagaimanakah anda mengatasinya?

5.4.6 Jenis-jenis Masalah Disiplin

Kategori Masalah Disiplin

Jenis-jenis Masalah Disiplin

Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan,Memeras ugut,menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.

Kelakuan negatif

Berambut panjang, memakai sepatu dan stoking berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli murid yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,

102

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

menentang arahan guru

Membolos Ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan, berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah

Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit.

5.4.7 Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu

amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.

(a) Amaran Konstruktif Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran

ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini

bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan.

Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.

Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran

Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit

Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama

Amaran perlu ringkas

Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi ker-

jasama

Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan

tingkah laku

Beri pelajar hanya satu amaran sahaja

Amat penting untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada

masalah tingkah laku dan bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran

digunakan, anda harus memupuk nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan

yang positif untuk mencapai kesan yang diingini. Mampukah anda berbuat demikian?

103

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

(b) HukumanSudah pasti anda biasa mendengar istilah ‘hukuman’. Berapa kerap anda

menggunakan hukuman dalam bilik darjah anda? Tahukah anda bahawa respon

yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman?

Mengejutkan tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata

tertib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku

pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari

pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas,

digantung persekolahan dan sebagainya.

Anda perlu sedar bahawa hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif

kepada pelajar. Cuba beri contoh-contoh kesan negatif. Hukuman mungkin

menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara

mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan

perubahan pada tingkah laku. (Emmer & Aussiker, 1987).

(c) Pencegahan Salah LakuAdakah anda menyedari bahawa salah satu daripada faktor yang penting dalam

pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah salah laku pada peringkat

awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.

Mari kita pertimbangkan beberapa langkah bagi mencegah salah laku pelajar seperti berikut.

Memahami Dinamika Bilik Darjah Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam

konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku

dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan

perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu

anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan

bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.

Setujukah anda?

Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi

atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru

sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah

pembetulan untuk menangani masalah pelajar. Apakah pandangan anda?

104

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

‘Di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan pendidikan oleh sekolah’ (Maurice Balson:1992)

Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada

pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan. Strategi

pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak

berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada tingkah laku

bermasalah.

Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik,

menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan

melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan

mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.

Susun Atur Tempat DudukSebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk

pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan

anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat

kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila

berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan

anda?

Prihatin terhadap pelajarAdalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke

semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan

mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan

anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu

menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau

kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan

berbanding dengan memanggil nama pelajar.

Mengurus disiplin.

105

Page 16: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi pelbagai

teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang

tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang

baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah:

i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan

ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan

luar bilik darjah

iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan

pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan

pembelajaran

iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku.

v. Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah

vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

5.4.8 Mempraktik strategi Disiplin yang sesuai Ramai guru mendapati isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai untuk mengurus

tingkah laku bermasalah mengambil masa yang lama dan adakalanyamengecewakan. Mari

kita lihat beberapa kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan

cepat:

Mesra, peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid.

Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini.

Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.

Buat perancangan untuk perubahan tingkah laku.

Dapatkan komitmen murid untuk menjalankan rancangan tersebut.

Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan perancangan tersebut.

Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan terima alasan-

alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan.

Latihan

1. Pada pendapat anda, apakah penyebab masalah disiplin dalam bilik darjah yang paling ketara? Berikan alasan anda. 2. Nyatakan manfaat amalan rutin bilik darjah. Bentangkan jawapan anda dalam bentuk peta minda. 3. Bincangkan faktor-faktor penyebab salah laku murid dalam bilik darjah anda. Cadangkan cara untuk mengatasi setiap faktor yang anda berikan.

106

Page 17: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1616/14.05... · Web viewPada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan

Rujukan

Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Emmer, E. T., and Aussiker, A. (1989).School and classroom discipline programs: How Well Do They Work?" In Oliver C. Moles(ed). Strategies to Reduce Student Misbehavior. Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. (4th Ed.) New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

107