akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · web viewpada 19 mac 2007 , salah...

32
Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang hiasan SIAPA sangka akhbar dan majalah lama yang biasanya dijual mengikut berat kilogram untuk dijadikan bahan kitar semula, sebenarnya boleh juga dijual dengan harga lebih tinggi apabila dijadikan bahan kraftangan. Sebenarnya hasil sentuhan kreatif, akhbar dan majalah lama itu boleh dijadikan pelbagai barangan hiasan dan pasu bunga yang cantik, malah seolah-olah tidak kelihatan seperti diperbuat daripda akhbar buruk. Akhbar atau majalah lama yang digulung dan dilipat membentuk pelbagai saiz pasu, bekas telur, beg, kotak dan pemegang kunci yang menarik sehingga mampu dijual dengan harga yang agak lumayan bersesuaian dengan seni krafnya. Proses belajar membuat gulungan dan anyaman daripada akhbar lama itu hanya mengambil masa kira-kira seminggu bergantung kepada ketekunan dan kreativiti. Semua hasil kraftangan itu menggunakan kira-kira 90 peratus akhbar atau majalah lama, manakala rangkanya dibuat daripada lidi, dawai dan besi. SIMAN ADAM mengecat barang kraf tangan iaitu bakul yang siap dianyam mengunakan akhbar lama. Bahan kraftangan itu mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dan mampu menarik pasaran, malah jika mereka yang tak tahu tentu mereka tidak menyangka bahan kraftangan berkenaan adalah dibuat daripada akhbar.

Upload: votram

Post on 13-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang hiasan

SIAPA sangka akhbar dan majalah lama yang biasanya dijual mengikut berat kilogram untuk dijadikan bahan kitar semula, sebenarnya boleh juga dijual dengan harga lebih tinggi apabila dijadikan bahan kraftangan.

Sebenarnya hasil sentuhan kreatif, akhbar dan majalah lama itu boleh dijadikan pelbagai barangan hiasan dan pasu bunga yang cantik, malah seolah-olah tidak kelihatan seperti diperbuat daripda akhbar buruk.

Akhbar atau majalah lama yang digulung dan dilipat membentuk pelbagai saiz pasu, bekas telur, beg, kotak dan pemegang kunci yang menarik sehingga mampu dijual dengan harga yang agak lumayan bersesuaian dengan seni krafnya.

Proses belajar membuat gulungan dan anyaman daripada akhbar lama itu hanya mengambil masa kira-kira seminggu bergantung kepada ketekunan dan kreativiti.

Semua hasil kraftangan itu menggunakan kira-kira 90 peratus akhbar atau majalah lama, manakala rangkanya dibuat daripada lidi, dawai dan besi.

SIMAN ADAM mengecat barang kraf tangan iaitu bakul yang siap dianyam mengunakan akhbar

lama.

Bahan kraftangan itu mempunyai nilai kreativiti yang tinggi dan mampu menarik pasaran, malah jika mereka yang tak tahu tentu mereka tidak menyangka bahan kraftangan berkenaan adalah dibuat daripada akhbar.

Sebuah pasu sederhana besar yang diperbuat daripada gulungan kertas itu boleh dijual sehingga RM165, manakala saiz besar dijual pada harga RM400.

Kumpulan Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT Kraf) Parit Jawa, Muar, mengambil inisiatif menjalankan projek kraftangan daripada bahan kitar semula untuk menambah pendapatan penduduk miskin kawasan itu termasuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya.

Page 2: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Hasil usaha KRT Kraf itu, surirumah, ibu tunggal dan golongan belia yang membuat kraftangan berkenaan secara sambilan berjaya menambah pendapatan sehingga lebih RM1000 sebulan, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Selain membantu menambahkan pendapatan penduduk, melalui projek itu juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada penjagaan alam sekitar dengan menggunakan bahan kitar semula.

KRT Kraf itu turut mengikuti pelancongan Johor dengan mengadakan pameran di seluruh negara termasuk hotel yang menjadi tumpuan pelancongan, malah, produk kraftangan itu turut dibawa dalam pameran di Australia dan mendapat sambutan menggalakkan.

Selepas hampir tiga tahun beroperasi, KRT Kraf kini mula mendapat sambutan dan tempahan menggalakkan yang menjadikan bahan itu sebagai cenderamata dan hiasan rumah.

Ketua Projek KRT Kraff, Embun Md Noh, setakat ini pihaknya mempunyai kira-kira 30 penduduk yang mahir membuat pelbagai kraftangan untuk memenuhi tempahan.

Katanya, mereka adalah terdiri daripada surirumah, ibu tunggal dan golongan belia yang mendapat latihan khas untuk membuat kraftangan berkenaan secara sambilan.

"Kami mempunyai bengkel sendiri yang menjadi tempat untuk mengumpul bahan kitar semula dan menyimpan barangan berkenaan. Pekerja juga boleh membuat produk kraftangan itu di rumah masing-masing secara sambilan.

Katanya, projek itu dimulakan pada 22 Mei 2004 lalu dengan kerjasama Kumpulan Mawaddah Kraf Shah Alam Selangor yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar dan latihan serta motivasi kepada kumpulan Jiran Wanita Parit Jawa.

Beliau berkata, pihaknya membuat produk kraftangan itu bergantung kepada tempahan dan permintaan orang ramai, terutamanya menjelang musim cuti sekolah berikutan keperluan pasu dan bekas telur untuk majlis perkahwinan.

"Biasanya setiap musim cuti sekolah akhir tahun, kami menerima tempahan kira-kira 5,000 bakul telur yang diperbuat daripada kertas kitar semula yang dijalin dengan cantik sehingga orang tidak menyangka ia dibuat daripada kertas," katanya.

Katanya, setiap bakul telur itu dijual dengan harga antara 50 sen hingga RM1.50 dan pasarannya berdasarkan kepada tempahan yang biasanya diterima secara berterusan mengikut majlis perkahwinan.

Beliau berkata, KRT Kraf pernah mencatatkan sejarah apabila berjaya membina pasu gergasi setinggi 3.9 meter yang diperbuat daripada kira-kira 160 kilogram akhbar lama yang dijadikan kepada lebih 16,000 gulungan kecil kertas dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pasu terbesar dibuat daripada akhbar lama.

Katanya, selain mengadakan pameran dengan pelancongan Johor, pihaknya juga mengadakan pameran melalui program kitar semula yang membabitkan Syarikat Southern Waste Management (SWM) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pelbagai kegunaan daripada bahan kitar semula.

"Biasanya dalam setiap pameran, orang ramai akan terkejut melihat hasil daripada kertas boleh dijadikan pasu dan bahan kraftangan bernilai tinggi sehingga beratus-ratus ringgit," katanya.

Page 3: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Katanya, pihaknya akan meneruskan program itu dengan melatih lebih ramai tenaga mahir bagi memberi peluang kepada kaum wanita menambah pendapatan mereka.

Selain itu katanya, pihaknya juga merancang untuk memasarkan produk kraftangan daripada kertas itu ke luar negara dan yakin mampu menembusi pasaran antarabangsa berdasarkan kualiti barangan berkenaan.

Sementara itu seorang surirumah, Zaleha Hashim, 46, berkata beliau memperolehi pendapatan lebih RM1,000 sebulan hasil membuat gulungan dan pelbagai kraftangan daripada akhbar lama.

Katanya, kerja membuat kraftangan itu biasanya dibuat secara sambilan selepas beliau menyiapkan kerja rumah termasuk memasak.

"Biasanya selepas menyiapkan kerja rumah dan sambil menonton televisyen saya akan mula menganyam pelbagai kraftangan.

"Kerja membuat kraftangan ini sebagai sambilan sahaja iaitu waktu tengahari dan malam kerana saya juga menjual kuih dan pisang goreng pada waktu petang," katanya yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah.

Katanya, suaminya Siman Adam, 51, tukang rumah, tidak boleh membuat kerja rumah selepas mengalami kemalangan, menyebabkannya membantu mencari pendapatan sambilan keluarga.

Beliau berkata, suaminya juga akan membantu menyiapkan kraftangan itu pada waktu malam terutama jika beliau menerima banyak tempahan.

"Allhamdulliah melalui kraftangan itu,saya dapat membantu menambah pendapatan dan saya memastikan kehidupan lebih sempurna untuk kami sekeluarga," katanya.

FAKTA

Antara 80 gulungan kertas sehingga lebih 1,000 gulungan kertas disiapkan untuk membuat pasu dan pelbagai lagi kraftangan.

Setiap 1,000 gulungan besar kertas dibayar RM10, manakala 1,000 gulungan kecil kertas dibayar RM8. Setiap gulungan hanya mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan.

Seorang surirumah yang membuat gulungan secara sambilan di rumah, biasanya boleh menyiapkan sehingga 2,500 gulungan seminggu.

Proses Membuat kraftangan daripada kertas:

Pekerja akan mengulung akhbar dan majalah dengan lidi bergantung kepada saiz (jika perlu kertas itu akan digulung dengan dawai atau besi).

Gulungan kertas itu kemudian dianyam seperti menganyam rotan mengikut bentuk kraftangan.

Selepas siap bahan kraftangan atau pasu itu akan dicat dan disapu minyak serta pengilat sebelum dihias mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan.

Bahan itu kemudian dijemur selama beberapa hari bagi memastikan ketahanannya sebelum dijual kepada pelanggan.

Page 4: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

(i) rasa cintakan alam sekitar dan mahu menyumbang kepada pengurangan jumlah sampah dengan mengitar semula barang buangan yang ada; (ii) daya reka cipta untuk mengubah bahan buangan menjadi sesuatu yang berharga; (iii) kemahiran untuk mengubah bentuk bahan buangan tersebut seperti kemahiran menjahit, mengait dan lain-lain; (iv) minat untuk menceburi bidang ini; dan, (v) pengetahuan untuk memasarkan hasil kerja tangan mereka itu.

   

Visi - ‘Menjadi sekolah terbaik  di daerah ini dalam  kemajuan alam sekitar serta persekitaran’                       

Misi -   o ‘Mewujudkan kesedaran serta komitmen terhadap alam sekitar dalam kalangan

warga MGS’

o ‘Mewujudkan generasi yang memiliki kesedaran alam sekitar untuk keperluan

masa depan’

o ‘Mencapai tahap kejayaan dalam semua penglibatan berhubung dengan alam

sekitar’          

Slogan -       

‘Embrace Our Nature, Ensure Our Future’

Slogan ini mengingatkan para pelajar supaya menyayangi alam sekitar dan seterusnya

memastikan masa depan dunia kita.

      Slogan ini dipamerkan di seluruh sekolah pada dinding.

      Slogan ini juga dipamerkan pada sepanduk dan digantung di tempat

yang strategik.                

      Slogan ini menjadi tema lukisan pada T-shirt Hijau yang dipakai oleh

semua orang di sekolah.                   

      Slogan ini menjadi tajuk Lagu Hijau dan dinyanyikan pada setiap

perhimpunan.         

Program Sekolah Lestari dibahagikan kepada lima program, iaitu:

-         Program Kitar Semula

-         Program Jimat Tenaga/Air

Page 5: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

-         Program Kebersihan Kawasan Sekolah

-         Program Kesedaran

-         Program Penghijauan

 

Semua program ini ialah dibawah Projek Hijau dan merangkumi bahagian pengurusan,

bahagian kokurikulum dan bahagian penghijauan.  Projek ini dibawah pemantauan Pn

Looi Lai Wah yang dibantu oleh empat orang guru.  Setiap program dibantu oleh tiga

orang pelajar. 

Mesyuarat diadakan dari semasa ke semasa untuk membincangkan projek. 

 OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR

Objektif Sekolah Lestari ialah:

‘To save natural resources and energy for a cleaner and greener environment’

    Semua pelan tindakan adalah berdasarkan objektif yang di atas. 

     Objektif-objektif ini juga diterapkan kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah dan

waktu kelas.

 

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PERANCANGAN

PROGRAM DAN AKTIVITI

PENGANJURAN PROGRAM KEFAHAMAN DAN KESEDARAN

      Semua program  dirancangkan untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah

Lestari  

Ceramah dari Mr.Khor Hung Teik

Tarikh:              16 Februari 2007

Tempat:            Dewan Sekolah

Masa:               2.30 – 4.00 petang

Page 6: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Peserta:            Pelajar, guru-guru dan ibu bapa 

 

Penceramah ialah En Khor Hung Teik, juruanalisa kanan dari Institut Kajian Sosio-

Ekonomi & Alam Sekitar.  Aktiviti ini dianjurkan untuk semua badan beruniform

sekolah.En. Khor Hung Teik memberi ceramah mengenai cara membuat kompos dari

sisa makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.  Beliau menunjukkan cara- cara untuk 

membuat baja kompos yang baik dan bagaimana mengesan masalah-masalah.  En Khor

juga menerangkan faedah-faedah menggunakan kompos kepada kita dan alam sekitar.

Kita boleh menjimat wang dalam pembelian baja dan kompos bertindak sebagai

pengimbang tanih.  En. Khor juga menggalakkan pelajar membuat kompos sendiri dan

mencadangkan bahawa sekolah membuat kompos secara besar-besaran.

  Ceramah oleh En.Khor Hung Teik tentang kompos.

 

Guru-guru,pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah ini.

 

 

 

 

 

 

Lawatan sambil belajar

 

Lawatan ke Taman Pandan

Page 7: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Tarikh:              27 Februari 2007

Tempat:            Taman Pandan, Butterworth

Masa:               3.00 – 6.00 petang

Seramai 40 pelajar-pelajar SMK(P) Methodist telah mengadakan suatu lawatan ke

Taman Pandan atas jemputan dari En Khor Hung Teik dari Institut Kajian Sosio-

Ekonomi & Alam Sekitar. Tujuan utama lawatan ke Taman Pandan ádalah untuk

menyemai semangat membuat kompos dan mendedahkan kepada pelajar cara-cara

membuat kompos dalam komuniti. Ekoran dari lawatan itu, SMK(P) Methodist 

mendirikan sebuah tapak kompos yang mirip tapak kompos di Taman Pandan.

                         

  Sayur-sayuran yang ditanam dengan kompos yang dihasilkan di

                                                                                           tapak kompos di Taman Pandan.

Lawatan Sambil Belajar

Ceramah dan Lawatan ke Pulau Burung

Tarikh:              18 April 2007

Masa:               7.30 – 1.00 petang

Tempat:            Pulau Burung, Seberang Perai Selatan

 

Pelajar dari sekolah kami telah dijemput untuk menghadiri suatu ceramah di Dewan

Serbaguna Jawi yang disampaikan oleh Cik Masyitah dari Jabatan Alam Sekitar

mengenai pemanasan global dan penipisan lapisan ozon. Kemudian, kami dibawa ke

Pulau Burung iaitu tempat pelupusan sampah di Seberang Perai Selatan. Di sana, pelajar

terkagum melihat betapa banyaknya sampah yang dihasilkan oleh rakyat Pulau

Pinang.

Page 8: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Para pelajar dan guru sedang  mendengar  penerangan dari En.Hasmun .

 

 Tapak pelupusan sampah di Taman Burung.                 

 

 

 

Sebahagian dari kumpulan yang melawat Taman Burung.

CERAMAH OLEH ENCIK SHAMSHUAR BIN HUSIN

 

Tarikh:              19 Jun 2007

Masa:               12.00 tengah hari

Tempat:            Dewan Sekolah

 

SMK(P) Methodist menjemput Encik Shamshuar bin Husin, ‘Operation Manager’ di

Syarikat Idaman Bersih Sdn. Bhd, Seberang Perai Selatan untuk memberi ceramah

mengenai tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.  Ceramah diberikan kepada

semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah.  Beliau menerangkan bagaimana sampah

dikutip oleh MPPP dan selepas itu dihantar ke tapak pelupusan di Pulau Burung.  Beliau

gunakan persembahan Powerpoint untuk menerangkan ceramahnya.

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN

PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR DALAM PERHIMPUNAN 

Ceramah Peningkatan Suhu Dunia

Page 9: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Pada 19 Mac 2007 ,  salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1

telah memberikan ceramah mengenai peningkatan suhu bumi. Karyn telah

memberi ceramah ini di dewan sekolah  semasa perhimpunan dijalankan. Semasa

ceramah tersebut, Karyn telah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang

kesan peningkatan suhu serta cara untuk mengatasinya.

Ceramah Kitar Semula Kertas

Pada 10 April 2007, Ong Ee Lynn pelajar dari tingkatan 5 Sains 2 memberi

ceramah mengenai kitar semula kertas. Ee Lynn telah mengingatkan para pelajar

bahawa tindakan mengitar semulkertas akan mengurangkan hutan daripada

ditebang.   Dia juga menunjukkan proses mengitarsemula kertas dikilang dengan

persembahan powerpoint.

 

Ceramah Kitar Semula Kaca, Plastik dan Tin Aluminium

 Pada 30 April 2007 , Nicole Ong, Ting 5 Sains 1, telah memberi

ceramah tentang kitar semula kaca, plastik, dan tin

aluminium.   Nicole telah menerangkan kepada pelajar proses

mengitar semula kaca, plastik, serta tin aluminium untuk menjadi

barangan baru.  Nicole turut menyeru para pelajar untuk

membersihkan dan mengemekkan yang mana boleh botol- botol

dan tin-tin serta mengasingkan bahan-bahan mengikut kategori

sebelum membawa ke tempat mengitar semula.

Mesej Melalui Nyanyian Lagu

Pada 20 Mac 2007, lagu alam sekitar yang bertajuk ‘Embrace

Our Nature, Ensure Our Future’ dilancarkan oleh Sneha dari

Tingkatan 5 Sains 1.  Lagu ini dicipta oleh seorang bekas murid

sekolah.  Lagu ini mempunyai mesej yang menyeru manusia

supaya sayang kepada alam sekitar.  Dengan ini, manusia mesti

bertindak supaya menyelamat dunia kita dan mengelakkan dunia

kita daripada dimusnah.  Selepas hari pelancaran lagu, lagu ini

Page 10: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

dinyanyikan pada setiap perhimpunan sekolah.  Melalui

nyanyian ini, mesej lagu ditanam dijiwa guru dan pelajar.

        Hampir semua pelajar dan semua guru mempunyai T-

shirt Hijau ini.

 

           Melancarkan T-Shirt Hijau

        Pada 2 April 2007, T-Shirt Hijau dilancarkan oleh Hui

Kim dan Ju Ji dari Ting 5 Sains 1.  T-Shirt itu dimodel oleh

Koid Mei Mei, Sherine Tan, Lim Shu Yoong dan Thexeisha

Yeap.  Logo T-shirt dicipta oleh Andrea Tee dan Christina

Chua.  Corak logo berdasarkan slogan,  ‘Embrace Our Nature,

Ensure Our Future’. Dengan memakai T-Shirt ini, guru dan

pelajar akan diingatkan tentang peranan mereka dalam

menjaga alam sekitar

 

  Ceramah Kitar Semula Cermin Mata

Pada 18 Jun 2007, Amy Chia dari Tingkatan 4 Sains 1

menerangkan bagaimana cermin mata lama boleh dikitar

semula.  Pelajar diminta menderma cermin mata lama mereka

kepada Koperasi sekolah untuk dihantar ke Lions Club. 

Cermin mata lama ini akan diperbaiki dan dihantar ke negara

yang sedang membangun untuk kegunaan penduduk miskin.

 

  Ceramah dan ucapan oleh Guru Projek Hijau dan Pengetua

Pn. Looi sebagai ketua guru Projek Hijau selalu mengumumkan

keputusan pertandingan kitar semula di samping mengingatkan

pelajar tentang cara yang betul dalam proses mengitar semula

dan memberi peringatan tentang tanggungjawab setiap orang

dalam menjaga alam sekitar.  Pn.Wong, pengetua sekolah

memberi sokongan yang kuat kepada program Projek Hijau

Page 11: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

dengan selalu menggalakkan pelajar mengambil bahagian yang

aktif di aktiviti ini

    MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR MELALUI

PAPAN KENYATAAN

  Papan kenyataan kelas

Setiap kelas mempunyai Papan Hijau di mana artikel, notis dan

risalah-risalah berkaitan dengan alam sekitar dipamerkan.

 

Papan kenyataan sekolah

 Keputusan pertandingan kitar semula antara kelas dapat dibaca

disini dan juga kenaikan/penurunan penggunaan tenaga elektrik/

air di sini. 

MENYEBARKAN MESEJ ALAM SEKITAR MELALUI

CARA LAIN 

          Melalui Risalah

       Setiap pelajar dan warga sekolah diberikan risalah berkaitan

dengan alam sekitar yang dicetak Visi, Misi, Objektif, Slogan

Projek Hijau Sekolah ,Lagu Hijau dan cara-cara mengelakkannya

hancur.  

  Melalui banner dan poster

         Banner dan poster  digantung di sekeliling sekolah untuk

mewujudkan perasaan cinta akan alam sekitar

        dalam diri pelajar.  Banner mengandungi mesej dan slogan

yang digantung pada pagar sekolah supaya

        senang dilihat oleh orang awam.  Poster mengandungi

pengetahuan tentang cara-cara mengitar semula.

        Sebahagian daripada poster adalah hasil kerja pelajar

sendiri.

 

1.4  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN

1.4.1  PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

Page 12: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

                    MENGADAKAN DAN

MENGIMPLEMENTASIKAN PERATURAN SEKOLAH

YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

 

    Kantin

-         Pelajar tidak boleh membawa makanan ke sekolah

dengan menggunakan beg plastik.-         Penjual makanan di

kantin tidak dibenarkan menjual makanan dalam beg

plastik.-  Pelajar yang membuang sampah di kantin akan

didenda RM10.00-        Pelajar dikehendaki membawa

balik kembali pinggan

mangkuk                                                                    

 Kelas

-         Ketua kebersihan kelas dikehendaki menyediakan

jadual bertugas kelas dan mempamerkan jadual di papan

kenyataan.

-         Pelajar dikehendaki membersihkan kelas mengikut

jadual bertugas. 

-         Lampu mesti dipadamkan selepas waktu

pertama.

-         Semua lampu dan kipas mesti ditutup apabila

meninggalkan bilik darjah.

1.4  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN

1.4. 1  PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

·           MEMBERI PENGIKTIRAFAN KEPADA INDIVIDU

ATAU KUMPULAN 

  Guru

Page 13: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Untuk menghargai bantuan guru, setiap guru diberikan T-

shirt Hijau dengan percuma

Pelajar

-  Pertandingan Kitar Semula. Pertandingan diadakan dalam

pelbagai kategori. Kelas-kelas yang menunjukkan keputusan

yang baik diberikan hadiah wang tunai.

-  Pertandingan Melukis PosterSetiap tingkatan dipilih satu

pemenang dalam pertandingan melukis poster.      

     

 - Membuat komposSemua kumpulan pelajar yang mengambil

bahagian dalam membuat kompos dihadiahkan satu ‘hamper’

setiap kumpulan.

-  Ahli Jawatankuasa      Semua ahli jawatankuasa projek

hijau (pelajar dan guru) dibelanjakan makanan set nasi lemak

di Restoran Garden Inn.

Pekerja

- Pekebun      Kedua-dua pekebun, iaitu En Shukor dan En

Henry, diberikan penghargaan sebanyak RM100.00 setiap

orang.

- Pekerja kantin

  Pekerja kantin yang membantu dalam membuat kompos

dihadiahkan ‘hamper’.

 

1.4  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

PELAKSANAAN

 1.4.2  PRASARANA PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Page 14: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

 

Prasarana pembelajaran di perpustakaan

        Prasarana pembelajaran melalui papan

kenyataan Kelab Hijau dan papan kenyataan kelas

        Prasarana pembelajaran melalui risalah

        Prasarana pembelajaran melalui posters

        Prasarana pembelajaran melalui sudut bacaan

Hijau

        Prasarana pembelajaran melalui ceramah

        Prasarana pembelajaran melalui lawatan

1.4  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

PELAKSANAAN

 1.4.3  BAJET PROGRAM SEKOLAH

LESTARI

  Sumber dan Penjanaan kewangan

Sumber kewangan ialah dari penjualan bahan-bahan

kitar semula seperti kertas, plastik, kaca,

aluminium/logam dan e-waste.  Daripada penjualan

bahan ini, wang yang dijana pada tahun 2007 ialah

sebanyak RM 6187.44 . 

 

1.4  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

PELAKSANAAN 

 1.4.4  PEMBENTUKAN JARINGAN BERSAMA

PIHAK BERKEPENTINGAN

Page 15: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan

SERI

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan Jabatan

Alam Sekitar       

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan MNS  

AKTIVITI PENYEBARAN DAN PENDEDAHAN

MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

  Pendedahan maklumat kepada sekolah rendah

 

Pendedahan maklumat kepada jiran berdekatan

Pendedahan maklumat melalui sepanduk

 

1.5  SISTEM PEMANTAUAN

Kebersihan kelas :

Kebersihan kelas adalah dibawah jagaan guru dengan menggunakan fail

pemantauan.  Semasa guru memasuki kelas, guru akan melihat kebersihan

lantai, tingkap, papan hitam, papan kenyataan.

Lembaga Pengawas dibawah panduan Pn Cheah Bee Lean mengawal

kebersihan kelas.

Kebersihan kantin

Setiap minggu 1 kelas ditugaskan untuk menjaga kebersihan kantin.  Ini adalah           

dibawah  jagaan guru bertugas dan dibantu oleh oleh pengawas.

Page 16: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

Kebersihan kawasan sekolah

Kebersihan kawasan sekolah termasuk tandas adalah diuruskan oleh pekerja-pekerja

kontrak.  Ini adalah dibawah pemantauan En. Mohd Abdul Kader dari Gemilang

Teguh Enterprise.   Pekerja yang menjaga kebersihan kawasan sekolah termasuk

kebersihan tandas ialah Pn Hamdiah, Pn Haminah dan Pn Susila 

1.6  SISTEM PELAPORAN

                    Pelaporan projek diumumkan semasa perhimpunan.  Semasa

perhimpunan pengumuman dibuat tentang keputusan pertandingan kitar

semula dan juga laporan tentang projek-projek lain seperti E-waste dan

penghasilan kompos.

Pelaporan juga dibuat dengan menggunakan persembahan powerpoint

1.7  ELEMEN KHAS PENGURUSAN

                    Persatuan Konsumer Pulau Pinang (CAP) memberi

nasihat dalam cara menghasilkan kompos  dengan menggunakan

cacing.  Untuk memulakan projek ’vermiculture’ kelab alam sekitar

mendapatkan ’tiger worms’ dari CAP.

 

2.0  KOKURIKULUM

2.1  AKTIVITI DAN PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB

DAN PERSATUAN

        Menggunakan konsep 3R menghasilkan kraf tangan 

        Pandu Puteri - Pertunjukan fesyen bertemakan alam sekitar 

Page 17: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

                    Membuat ‘condiment set’ oleh Young Enterprise

                    Masak dengan menggunakkan tenaga suria oleh Rangers

Backwoodsman’ Cooking oleh Rangers

                    ‘Gift of Sight’ oleh koperasi sekolah

 

                    Melabel nama pokok oleh Persatuan Sains

2.2  PROJEK KESEDARAN

                    Kesedaran melalui gotong-royong

                    Kesedaran melalui Bantuan Masyarakat

                    Kesedaran melalui ceramah

Pameran barang-barang hiasan                                                                                  

                    Kesedaran melalui pameran

      Pameran CETREE

        Program Kitar Semula

 

Berbasikal ke Pulau Langkawi

Page 18: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

        Larian Hijau

      Kitar Semula E-waste

        Sambutan Minggu Alam Sekitar

Tarikh 11 Jun 18 Jun 19 Jun 20 Jun

Program yang dijalankan sepanjang minggu

- Perasmian kempen “ Tiada Beg Plastik” dan“ Gunakan sapu tangan.”

- Perasmian “The Gift of Sight” program. Pameran- pameran -“ Jumble Sale” dan -Thrift Shop

- Pameran- pameran -Jumble Sale and  -Thrift Shop - Pameran hasil kraftangan dari bahan buangan.Ceramah mengenai tempat pelupusan sampah di Pulau Burung.

Environmental Pledge

2.3  PEMBANGUNAN SEBARAN MAKLUMAT

        Sudut maklumat

Melalui papan kenyataan Kelab Hijau dan papan kenyataan kelas

        Bahan rujukan, multimedia dan tapak web

Bahan rujukan ialah seperti majallah Era Hijau yang diterbitkan oleh Jabatan

Alam Sekitar,  buku-buku di perpustakaan yang berkaitan.

2.4  JARINGAN

        Antara kelab dan persatuan di sekolah

        Antara sekolah-sekolah

        Antara sekolah dan masyarakat setempat

        Sekolah antarabangsa

2.5  PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

Perkhemahan ke tempat yang bercirikan alam sekitar

Page 19: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

        Ekspedisi ke Spice Garden       Lawatan sambil belajar

        Ceramah/Bengkel/Seminar/Latihan kepada pelajar, guru dan kakitangan

        Penyertaan Pertandingan

      Pertandingan Drama

      Pertandingan Lukisan

      Pertandingan ‘Choral Speaking’

2.6  SISTEM PELAPORAN

        Papan makluman

Semasa Perhimpunan  

        Laporan Tahunan

Tapak Web  -  Laporan tahunan dimasukkan dalam tapak web sekolah iaitu

www.youtheme.org/mgspenang.  Laporan  Program Projek Hijau boleh didapati di

tapak web ini.

Multimedia  -  Laporan juga dalam bentuk multimedia dalam persembahan

powerpoint

semasa perhimpunan.

3.0  PENGHIJAUAN

3.1  STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

                    Strategi

Page 20: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

      Mengekalkan tumbuhan hijau di sekolah  Menghijaukan kawasan sekolah

dengan lebih banyak tumbuh-tumbuhan

      Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air di sekolah

                    Pelan Tindakan

Semasa mesyuarat ahli jawatankuasa pada 6 Februari 2007,

sumbangsaran mengenai kesan aktiviti sekolah kepada alam

sekitar dan pelan tindakan diadakan.

                  

 

 3.2  SISTEM PENGURUSAN TAMAN

                    Pelan Pengurusan

                    Jadual bertugas

                    Pemantauan kesihatan habitat taman

 

 3.3  REKABENTUK TAMAN

                    Keadaan lanskap taman, kebersihan taman, susun atur taman

 

 3.4  PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN

                    Proses penanaman menggunakan baja organik

                    Program satu kelas satu taman

                    Proses penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari

spesis yang sesuai     Pokok yang ditanam ialah dari jenis yang memerlukan

cahaya matahari yang banyak dan jenis yang memerlukan teduh.  Racun

perosak tidak digunakan.  Perosak seperti siput babi disingkirkan dengan

mengasingkan dengan tangan. Semburan air yang dibuat dari campuran cabai,

Page 21: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

bawang putih dan bawang merah digunakan pada pokok-pokok untuk

memjauhkan perosak.

Untuk mengurangkan rumput yang tidak diperlukan, racun rumput tidak

digunakan, tetapi rumput dicabut dari masa ke semasa.

                    Melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok

                    Projek membuat baja kompos

 

En Khor Hung Teik dijemput untuk memberi ceramah mengenai cara membuat

kompos pada 16 Februari.  Ekoran lawatan sambil belajar ke Taman Pandan,

sekolah telah mendirikan pondok kompos dengan bantuan SERI.  Semua daun

yang disapu, potongan rumput dan sisa makanan kantin digunakan untuk

membuat kompos di pondok baru ini

 

                    Penubuhan Stesen Pembelajaran

1.  Tapak kompos ialah sebagai stesen pembelajaran di mana pelajar boleh belajar

penguraian bahan-bahan organik oleh bacteria dan kulat.

2.  Menghasilkan kompos dengan cacing boleh dijadikan stesen pembelajaran di

mana pelajar boleh membuat eksperimen di mana tumbuh-tumbuhan reput

diuraikan oleh cacing. 3.  Taman herbal menjadi stesen pembelajaran.  Pelajar

akan dapati kebaikan baja kompos.  Mereka juga boleh belajar kegunaan

tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan juga boleh digunakan dalam

perubatan.

                    Penyelenggaraan Kawasan Padang

Penyelenggaraan kawasan padang adalah di bawah Gemilang Teguh Enterprise. 

Kawasan padang dijaga oleh pekebun-pekebun, En Henry dan En Shukor

Page 22: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

3.5  PENGURUSAN SUMBER KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN

DAN PENJIMATAN PENGGUNAAN SUMBER

      Semasa perhimpunan, pelajar diingatkan tentang cara-cara mengurangkan

kegunaan tenaga elektrik. 

      Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga elektrik diumumkan semasa

perhimpunan.

      Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga elektrik juga dipamerkan di papan

kenyataan

                    Air

      Semua paip dan pili air disemak untuk kebocoran.  Kalau  ada kebocoran,

paip dan pili air akan diperbaiki.Untuk mengurangkan kegunaan air, air hujan

dikumpul dari bumbung di tangki plastik untuk menyiram air dan untuk

mengairi kompos.    Poster menjimatkan air (seperti gambar di sebelah kiri)

ditampalkan di sekitar sekolah dan terutama di tempat cuci tangan   Semasa

perhimpunan, kegunaan air bulanan untuk sekolah diumumkan dan pelajar-     

pelajar diingatkan cara-cara menjimatkan air.

      Kenaikan/penurunan kegunaan air setiap bulan dipamerkan di papan

kenyataan.

 

                    Tenaga elektrik

Ø      Lembaga Pengawas memantau kegunaan elektrik.  Pengawas

menyemak bilikdarjah, makmal dan semua bilik khas untuk memastikan

bahawa semua lampu dan kipas ditutup apabila pelajar keluar untuk

rehat dan apabila pelajar bersurai.  Kelas diberikan amaran kalau

didapati bahawa suis untuk alat-alat elektrik ini tidak ditutup.

Page 23: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

      Semasa perhimpunan, pelajar diingatkan tentang cara-cara mengurangkan

kegunaan tenaga elektrik.        Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga elektrik

diumumkan semasa perhimpunan.      Kenaikan/penurunan kegunaan tenaga

elektrik juga dipamerkan di papan kenyataan.

 

CETREE (‘Centre for Education and Training in Renewable Energy and Efficient

Use of Energy’) dijemput oleh Pn Soon, Ketua Panitia Sains, untuk memberi

pameran dan mendidik pelajar tentang kegunaan tenaga pada 18 Jun dan 19

Jun 2007.

 

                    Sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan bengkel

                    Saranan penjimatan melalui

Papan kenyataan – melalui sini, kepentingan penjimatan elektrik/air

diberitahu         Pengumuman – dibuat semasa perhimpunan tentang saranan

penjimatan

Poster – ditampalkan disekitar sekolah mengenai penjimatan

3.6  PEMANTAPAN SIKAP GURU, PELAJAR DAN KAKITANGAN SEKOLAH

TERHADAP PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penganjuran latihan di sekolah berkaitan alam sekitar

    Penganjuran aktiviti seperti

Choral Speaking – Sekolah mengambil bahagian dalam ‘choral speaking’ yang

mempunyai teks mengenai alam sekitar.

      Drama

Kelab Alam Sekitar mengambil bahagian dalam Pertandingan Literasi Alam

Sekitar, anjuran Jabatan Alam Sekitar. 

Page 24: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

3.7  PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU                    Baja

organik                    Sistem pengumpulan air hujan

4.0  KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN

Dalam pertandingan Literasi Alam Sekitar, sekolah mendapati hadiah saguhati,

peringkat negeri.

Dalam Pertandingan Anugerah Hijau Ketua Menteri, sekolah berjaya memenangi

Anugerah Pengarah Urusan Fairchild Semiconductor, peringkat negeri.

5.0  LAIN-LAIN

 

·        ’JUMBLE SALE’/’THRIFT SHOP’

Pada 19 Jun 2007, sekolah mengadakan ’Jumble Sale/Thrift Shop’.  Para pelajar

dan guru digalakkan menderma barangan lama dan masih diguna untuk dijual

. Hasil jualan diderma ke Charis Hospice, sebuah badan sukarela yang membantu

pesakit barah.

·           KEMPEN ’TIADA BEG PLASTIK’·                                        KEMPEN

MENGGUNAKAN SAPU TANGAN

.          'ENVIRONMENTAL PLEDGE’

 

6.0  ELEMEN KHAS

·                    KITAR SEMULA E-WASTE

                 Tidak banyak orang tahu tentang bahayanya E-waste kalau alat-alat

elektrik dan elektronik tidak dibuang dengan cara yang betul.  Oleh sebab ini,

sekolah dan kelab alam sekitar mengambil inisiatif untuk mendidik para

pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat tentang pembuangan E-

waste.  Sekolah juga sudi menjadi pusat di mana masyarakat setempat boleh

menghantar alat-alat elektrik dan elektronik untuk dikitar semula.  Masyarakat

Page 25: Akhbar, majalah lama boleh dijadikan pelbagai barang · Web viewPada 19 Mac 2007 , salah seorang pelajar Karyn Ooi dari Tingkatan 5 Sains 1 telah memberikan ceramah mengenai peningkatan

setempat telah respons dengan menghantar bahan-bahan ke pondok bacaan

untuk dikitar semula.