libpmm.files.wordpress.com file · web viewjenis amalan perniagaan yang tidak beretika yang selalu...

4
PMM/JP/P4706/SESI JANUARI 2009 SOALAN 1 a) Terangkan TIGA(3) idea utama dalam definisi gelagat pengguna. (9 markah) b) Terangkan bagaimana antropologi membantu pemasar dalam memahami gelagat pengguna. (4 markah) c) Bagaimanakah gelagat pengguna dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti peluang-peluang pemasaran. (12 markah) SOALAN 2 a) Terdapat beberapa jenis maklumat yang digunakan oleh seseorang pengguna di dalam menilai alternatif apabila membuat keputusan belian. Antaranya adalah ‘evoked set’ dan ‘inert set’. Jelaskan perbezaan di antara kedua-duanya berserta contoh. (9 markah) b) Bagaimanakah cirri-ciri sesuatu produk di bawah mempengaruhi seorang remaja di dalam membuat keputusan untuk menerima atau menolak (adopt or reject) sesuatu produk baru? i) Kompleksiti (Complexity) ii) Percubaan (Triability) iii) Kelihatan (Observability) (16 markah) 1/3

Upload: truongnhan

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PMM/JP/P4706/SESI JANUARI 2009

SOALAN 1

a) Terangkan TIGA(3) idea utama dalam definisi gelagat pengguna.

(9 markah)

b) Terangkan bagaimana antropologi membantu pemasar dalam memahami gelagat pengguna.

(4 markah)

c) Bagaimanakah gelagat pengguna dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti peluang-peluang pemasaran.

(12 markah)

SOALAN 2

a) Terdapat beberapa jenis maklumat yang digunakan oleh seseorang pengguna di dalam menilai alternatif apabila membuat keputusan belian. Antaranya adalah evoked set dan inert set. Jelaskan perbezaan di antara kedua-duanya berserta contoh.

(9 markah)

b) Bagaimanakah cirri-ciri sesuatu produk di bawah mempengaruhi seorang remaja di dalam membuat keputusan untuk menerima atau menolak (adopt or reject) sesuatu produk baru?

i) Kompleksiti (Complexity)

ii) Percubaan (Triability)

iii) Kelihatan (Observability)

(16 markah)

SOALAN 3

Pemasar seharusnya mempunyai pengetahuan dalam psikologi antaranya personaliti, sikap dan pembelajaran kerana ia dianggapkan penting dalam pembentukan strategi pemasaran.

a) Apakah sikap dan terangkan DUA (2) fungsi sikap dan kesannya terhadap aktiviti pemasaran.

(17 markah)

b) Berikan definisi bagi motivasi dan terangkan TIGA (3) teori keperluan yang dikemukakan oleh Mc Clelland.

(8 markah)

SOALAN 4

a) Budaya adalah keseluruhan elemen yang merangkumi kepercayaan, nilai dan adat resam yang dipelajari daripada generasi yang sebelumnya yang mengarahkan kepada keseragaman perlakuan sesuatu masyarakat. Bincangkan EMPAT (4) ciri-ciri budaya.

(10 markah)

b) Terangkan TIGA (3) cara bagaimana sesuatu budaya itu dipelajari.

(6 markah)

c) Tiada satu pengukuran yang jelas dalam pengukuran kedudukan kelas sosial seseorang individu. Walaubagaimanapun , terdapat 3 teknik pengukuran yang digunakan dalam pengukuran kedudukan kelas sosial individu. Terangkan TIGA (3) teknik dalam pengukuran kelas sosial.

(9 markah)

SOALAN 5

Pengguna yang beragama Islam pernah digemparkan dengan kes campuran usus babi dalam jenama sosej tertentu di negara ini. Kebanyakan pengguna Islam berasa sangat tertipu dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang memandang remeh perkara yang berkaitan dengan status halal dan haram sesuatu produk makanan.

a) Berikan LIMA (5) hak-hak pengguna

(5 markah)

b) Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki bincangkan

i. TIGA (3) tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan

(6 markah)

ii. DUA (2) tindakan pemasar.

(4 markah)

c) Terangkan beserta contoh yang sesuai LIMA (5) jenis amalan perniagaan yang tidak beretika yang selalu dilakukan oleh pemasar.

(10 markah)

SOALAN 6

a) Berikan definisi konsumerisme. (3 markah)

b) Jelaskan EMPAT (4) tanggungjawab seorang pengguna terhadap diri sendiri dan masyarakat. (12 markah)

c) Beri dan terangkan EMPAT (4) faktor utama yang mempengaruhi perkembangan konsumerisme pada hari ini. (10 markah)

-SOALAN TAMAT-

1/3