sistem pneumatik - muhammad ahmad … · web viewjenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa...

26
SISTEM PNEUMATIK J4012 / UNIT 1/1 Objektif Am : Mempelajari dan memahami rajah blok struktur dan aliran isyarat sistem pneumatik. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Menerangkan pengenalan dan penggunaan kawalan pneumatik di industri. Melakarkan dan menerangkan rajah blok struktur dan aliran isyarat sistem pneumatik. Menyatakan kelebihan dan kekurangan sistem pneumatik Menyatakan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem pneumatik. UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK (SISTEM PNEUMATIK) OBJEKTIF

Upload: phungtuyen

Post on 30-Apr-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/1

Objektif Am : Mempelajari dan memahami rajahblok struktur dan aliran isyarat sistem pneumatik.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan pengenalan dan penggunaan kawalan pneumatik di industri.

Melakarkan dan menerangkan rajah blok struktur dan aliran isyarat sistem pneumatik.

Menyatakan kelebihan dan kekurangan sistem pneumatik

Menyatakan simbol piawai ISO komponen-komponen sistem pneumatik.

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK(SISTEM PNEUMATIK)

OBJEKTIF

Page 2: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/2

1.0 PENGENALAN

Sebaik sahaja Pneumatik diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mengambil masa

yang agak lama untuk diperkenalkan kepada negara-negara lain terutamanya Eropah.

Pneumatik telah pun digunakan secara meluas di Amerika Syarikat iaitu sebelum

Perang Dunia II. Jenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis

‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus. Selepas itu ‘plane

slide valve’ diperkenalkan, di mana angin ekzos petunjuk dikeluarkan melalui

sebuah solenoid valve 2/2 yang kecil. Pada kedua-dua perkara yang disebut di atas,

pengawalan adalah menggunakan elektrik dengan litar relay. Dengan adanya ramai

juru elektrik, tidaklah menjadi masalah untuk membina kabinet kawalan yang agak

baik.

Di Eropah, pneumatic hanya diperkenalkan selepas Perang Dunia II, dimana pada

masa tersebut Eropah mengalami zaman kemelesetan. Dengan ini, ia tidak

mempunyai teknologi yang tinggi untuk pembuatan injap tanpa ‘seal’, seperti yang

digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang berlaku. Dengan itu pengeluaran

yang pertamanya adalah agak mudah dan injap ‘popet’ banyak dikeluarkan. Injap

kuasa popet hanya boleh beroperasi dengan piston pneumatik. Untuk mengatasi

INPUTINPUT

Tahukah anda bahawa setiap sesuatu yang ada pada hari ini mesti ada sejarahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Pneumatik, di mana ianya mempunyai sejarah yang agak panjang untuk berkembang seperti yang anda lihat pada hari ini.Untuk mengetahuinya TERUSKAN MEMBACA unit ini.

Page 3: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/3

daya operasi angin yang tinggi, kawalan pneumatik dimajukan. Selain daripada itu,

pemanduan solenoid pada masa itu tidaklah mempunyai reliability yang baik. Untuk

mengelakkan penyambungan lemah di antara kawalan elektrik dan kuasa pneumatik,

kawalan pneumatik sahaja dimajukan ke tahap yang lebih tinggi di Eropah,

menggantikan operasi pemanduan solenoid dan kawalan elektrik.

Pada tahun 1960an, teknologi baru dari Amerika Syarikat diperkenalkan pada semua

negara perindustrian di dunia iaitu “Fluidics” dan teknologi pneumatic switching

(tanpa alatan bergerak). Kedua-dua prinsip utama ini, yang diasaskan dari “Wall

Attachment” (Coanda Effect) dan “Turbulence Amplifiers”, lenyap sebaik sahaja ia

diperkenalkan tanpa mendapat peranan yang agak popular. Salah satu sebab

kejatuhan projek ini ialah kos kawalan elektrik pada masa itu sangat tinggi. Selain

daripada itu, pengetahuan dan komponen adalah berkurangan untuk membina

bekalan fluidics yang sesuai. Pada masa sekarang, solenoid yang beroperasi

mempunyai reliability yang tinggi dan tahan lama.

1.1 KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK

Tahukah anda apa yang dikatakan sistem pneumatik?. Pneu merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk kepada kuasa. Oleh itu, sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang digerakkan oleh kuasa angin.

Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa. Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.

Sistem pneumatik banyak digunakan dalam industri pemasangan komponen elektronik, mesin memproses makanan, alat pneumatik seperti mesin gerudi, motor udara dan lain-lain. Sebagai contoh, sistem pneumatik juga digunakan oleh bas pada sistem pintu automatiknya dan juga pada bahagian brek. Gambarajah blok komponen sistem pneumatik adalah seperti dalam gambarajah 1.1 di bawah ;

Page 4: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/4

Gambarajah 1.1 : Blok komponen Sistem Pneumatik

1.1.1 Pemampat Udara

Berfungsi untuk mengumpulkan udara dan memampatkannya dari tekanan udara kasa ketekanan tertentu. Contohnya Pemampat Putaran dan Pemampat salingan.

1.1.2 Pengering Udara

Berfungsi untuk mengeringkan udara yang telah dimampatkan daripada wap air sebelum udara dihantar ke sistem untuk mengelakkan komponen pneumatik dari berkarat. Contohnya Pengeringan Serapan dan Pengeringan Jerapan.

1.1.3 Penerima Udara

Berfungsi untuk menyimpan udara yang telah dimampat dan dikeringkan sebelum dihantar ke sistem. Penerima udara juga dikenali sebagai tabung udara. Ia juga boleh mengawal tekanan angin yang terdapat di dalamnya.

1.1.4 Unit Servis

Unit servis terdiri dari tiga komponen iaitu pengatur tekanan, tolok tekanan dan pelincir. Ianya berfungsi untuk mengawal tekanan dan melincirkan udara sebelum dihantar ke sistem.

1.1.5 Injap Kawalan Arah

Ianya berfungsi untuk mengawal arah gerakan penggerak.

PemampatUdara

Penerima Pengering Unit Servis

Injap Kawalan

Penggerak

SUMBER :SMC Pneumatic

Page 5: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/5

1.1.6 Penggerak

Ianya merupakan komponen terakhir yang terdapat dalam sistem ini. Berfungsi untuk melakukan kerja sebagaimana yang telah dikehendaki. Terdapat pelbagai jenis penggerak seperti rod keluar masuk, putaran dan nyalaan.

1.2 KEBAIKAN SISTEM PNEUMATIK

Di antara kebaikan sistem pneumatik adalah seperti di bawah :-Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan. Iaitu kebolehdapatannya tidak terbatas.Udara tidak tertakluk kepada suhu dan tidak mudah terbakar.Dapat menyediakan cara yang berkesan untuk pendaraban daya, mudah diselaraskan dan tiada masalah beban.Udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesinDapat memberikan sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan kawalan.Udara tidak memerlukan aliran balik.Udara adalah bersih, kebocorannya tidak akan mencemarkan persekitaran.Isipadu udara rendah, jadi pergerakannya lebih laju berbanding dengan minyak hidraulik.Komponen sistem pneumatik mudah dibina jika dibandingkan dengan sistem lain.

Page 6: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/6

1.3 KEBURUKAN SISTEM PNEUMATIK

Keburukan sistem pneumatik pula adalah seperti di bawah :-Udara termampat memerlukan persediaan sistem yang teliti.Udara yang terkeluar dari proses pemampatan mengeluarkan bunyi yang bising.Walaupun kos penyenggaraannya rendah tetapi kos penyediaannya tinggi

(untuk membuang bahan cemar).Keperluan dayanya terhad, hanya dari 20 kN – 30 kN.Kebolehmampatan tidak dapat menghasilkan kelajuan piston yang malar dan seragam.Untuk menjadi sumber kuasa, udara termampat boleh dikatakan mahal.Ianya menggunakan banyak paip.

Page 7: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/7

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

SELAMAT MENCUBA……

Soalan 1a-1

Lengkapkan gambarajah blok sistem pneumatik di bawah.

Soalan 1a-2

Bagi setiap pernyatan di bawah, sila tandakan ( ) pada ruang betul atau salah yang disediakan

Betul Salah PernyataanUnit servis terdiri dari empat komponen pengatur tekanan, tolok tekanan,penapis tekanan dan pelincir.Injap kawalan berfungsi untuk mengawal arah pergerakan penggerakSistem pneumatik memerlukan aliran pergi dan balikSekiranya kebocoran sistem pneumatik berlaku ianya akan mencemarkan alam sekitarUdara termampat adalah murah untuk dijadikan sebagai sumber kuasaSistem pemampat memerlukan persediaan sistem yang telitiKeperluan daya yang digunakan ialah antara 50 kN hingga 60 kN

AKTIVITI 1a

PemampatUdara

Pengering Penggerak

Page 8: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/8

Jawapan 1a-1

Jawapan 1a-2

Betul Salah Pernyataan

Unit servis terdiri dari empat komponen pengatur tekanan, tolok tekanan,penapis tekanan dan pelincir.

Injap kawalan berfungsi untuk mengawal arah pergerakan penggerak

Sistem pneumatik memerlukan aliran pergi dan balik

Sekiranya kebocoran sistem pneumatik berlaku ianya akan mencemarkan alam sekitar

Udara termampat adalah murah untuk dijadikan sebagai sumber kuasa

Sistem pemampat memerlukan persediaan sistem yang teliti

Keperluan daya yang digunakan ialah antara 50 kN hingga 60 kN

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 1a

PemampatUdara

Penerima Pengering Unit Servis

Injap Kawalan

Penggerak

TAHNIAHTAHNIAH ! ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN, PASTIKAN JAWAPAN ANDA BETUL SEBELUM BERPINDAH KEPADA INPUT YANG SELANJUTNYA.

Page 9: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/9

1.4 SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI KOMPONEN PNEUMATIK

Simbol piawai ISO bagi komponen-komponen sistem pneumatik adalah seperti di bawah:-

KOMPONEN KETERANGAN SIMBOL

Pemampat pneumatik Sesaran tetap

Silinder pneumatik tindakan searah

Tanpa pegas

Kembalikan pegas

Silinder pneumatik tindakan dua arah

Satu rod

Dua rod

Injap 2/2Dua liang tertutup

Dua liang terbuka

INPUTINPUT

Page 10: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/10

KOMPONEN KETERANGAN SIMBOL

Injap 3/2Liang masuk tertutup

Liang masuk terbuka

Injap 4/2 Dua arah aliran(satu ekzos)

Gerakan insani

Am

Butang tekan

Tuil

Injak

Gerakan mekanik Penguling

Page 11: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/11

KOMPONEN KETERANGAN SIMBOL

Injap kawalan aliran

Kawalan aliran bolehubah

Kawalan aliran satu arah sahaja

Kawalan aliran bolehubah bagi satu arah sahaja

Pengatur tekanan Bolehubah

Gerakan pneumatikTekanan pada injap padu

Tekanan secara terus

Page 12: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/12

KOMPONEN KETERANGAN SIMBOL

Gerakan elektrik dengan solenoid satu gelung

Dengan solenoid satu gegelung

Injap sehala

Tanpa pegas

Dengan pegas

Penyeyap

Penapis Tanpa pengasing air

Dengan penapis air

Pengering udara

Page 13: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/13

KOMPONEN KETERANGAN SIMBOL

Alat pelincir

Tolok tekanan

Punca udara dari pemampat

Saluran udara

Saluran panduan pneumatik

Sambungan saluran

PASTIKAN ANDA MENGENALI SEMUA

SIMBOL YANG TERSENARAI DI

ATAS.

Page 14: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/14

Soalan 1b-1

Pada ruangan di sebelah kanan bagi setiap unit di bawah lukiskan simbol pneumatik yang berkenaan.

Unit Simbol

Pemampat udara

Silinder pneumatik tindakan searah tanpa pegas

Silinder pneumatik tindakan searah berpegas

AKTIVITI 1b

SELAMAT MENCUBA

Page 15: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/15

Injap 2/2 dua liang tertutup

Pengatur tekanan bolehubah

Page 16: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/16

Jawapan 1b-1

Unit Simbol

Pemampat udara

Silinder pneumatik tindakan searah tanpa pegas

Silinder pneumatik tindakan searah berpegas

Injap 2/2 dua liang tertutup

Pengatur tekanan bolehubah

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 1b

TAHNIAH SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI DI BAWAH

Page 17: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/17

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan PNEUMATIK dan bagaimana sistem ini berfungsi?

2. Lakarkan gambarajah blok secara ringkas tentang sistem pneumatik.

3. Berikan EMPAT contoh industri yang menggunakan sistem pneumatik.

4. Nyatakan LIMA kebaikan sistem pneumatik.

5. Nyatakan LIMA keburukan sistem pneumatik.

PENILAIAN KENDIRI

Page 18: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/18

1. Pneu merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang bermaksud angin, manakala matik pula merujuk kepada kuasa. Oleh itu sistem pneumatik bolehlah ditafsirkan sebagai sistem yang digerakkan oleh angin. Sistem pneumatik menggunakan udara termampat sebagai media pemindahan kuasa. Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan menggunakan pemampat udara kendalian motor elektrik.

2.

3. Empat contoh industri yang menggunakan sistem pneumatik ialah :-

a. industri pemasangan komponen elektronikb. alat pneumatik seperti mesin gerudic. mesin memproses makanand. motor udara

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

PemampatUdara

Pengering Penerima Unit Servis

Injap Kawalan

Penggerak

TAHNIAH!

ANDA TELAH BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF DAN LAYAK UNTUK

MENERUSKAN UNIT YANGSETERUSNYA.

Page 19: SISTEM PNEUMATIK - Muhammad Ahmad … · Web viewJenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus

SISTEM PNEUMATIK

J4012 / UNIT 1/19

4. Lima kebaikan sistem pneumatik

a. Mudah disalurkan untuk jarak yang jauh dan mudah disimpan.Kebolehdapatannya tidak terbatas.

b. Udara tidak tertakluk kepada suhu dan tidak mudah terbakar.c. Dapat menyediakan cara yang berkesan untuk pendaraban daya, mudah

diselaraskan dan tiada masalah beban.d. Udara dapat menyediakan kebolehlenturan dalam kawalan mesine. Dapat memberikan sambutan yang cepat untuk memulakan dan memberhentikan

kawalan.

5. Lima keburukan sistem pneumatik

a. Udara termampat memerlukan persediaan sistem yang telitib. Udara yang terkeluar dari proses pemampatan mengeluarkan bunyi yang bising.c. Walaupun kos penyenggaraan rendah tetapi kos penydiaannya tinggi d. Keperluan dayanya terhad, hanya dari 20 kN – 30 kN.e. Kebolehmampatan tidak dapat menghasilkan kelajuan piston yang malar dan

seragam.