irksmpihm.files.wordpress.com · web viewjangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke mekah untuk...

10
Dari segi bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia. Dari segi istilah syarak: menziarahi Baitullah ( Kaabah ) di Mekah untuk mengerjakan amal ibadat yang tertentu pada masa yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu supaya mendapat keredaan Allah. Firman Allah S.W.T : لا ي سب ه ي لع ا طا ت س ا ن م ت ي لب ا ج ح اس ي ل ى ا علله ولErtinya: “dan bagi Allah atas manusia mengerjakan ibadat haji bagi sesiapa yang berkuasa sampai kepadanya” Hukum mengerjakan Haji adalah wajib ( Fardhu Ain) ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya sekali dalam seumur hidup. Hukum Haji yang diniatkan atau di nazarkan adalah wajib. Hukum Haji bagi berulang-ulang adalah sunat atau juga dipanggil Haji Tatauwu. Dari Imam-imam Mazhab dan semua Ulama sepakat menghukumkan: Haji hukumnya wajib dan fardhu ain keatas tiap-tiap umat Islam kerana ianya adalah salah satu rukun Islam yang lima. Sesiapa yang mengingkarinya yang mengatakan tidak wajib, hukumnya murtad dan terkeluar dari ugama Islam. Ibadat haji mula difardhukan ( diwajibkan / disyariatkan ) kepada umat Islam pada tahun ke 6 Hijrah. Rasulullah S.A.W melambat-lambatkan menunaikan haji sehingga tahun ke 10 Hijrah. { tidak berdosa seseorang itu menangguh-nangguhkannya hajinya asalkan dilakukan sebelum ia meninggal dunia }. Syarat-syarat haji ada 2: 1. Islam : tidak sah bagi orang yang bukan Islam. 2. Masa : dari awal bulan Syawal hingga 10 Zulhijjah Syarat-syarat wajib haji ada 5 : 3. Islam : bukan kafir atau musyrik 4. Merdeka : bukan hamba sahaya 5. Berakal : berfikiran waras dan sempurna, tidak gila, mabuk dan sebagainya yang boleh mencacatkan fikiran. 6. Baligh : cukup umur seperti yang ditentukan dalam Islam. 7. Berkuasa dan berkebolehan serta ada kemampuan. 1- Hendaklah orang sihat tubuh badan 2-Hendaklah aman dan selamat perjalanan – Selamat dan aman perjalanan ke Mekah daripada perompak, lanun dan penyakit. 1 HAJI PENGERTIAN HAJI DALIL WAJIB HAJI ( KEFARDUAN ) HUKUM MENGERJAKAN HAJI IBADAT HAJI MULA DIFARDHUKAN ( DIWAJIBKAN ) SYARAT-SYARAT SAH HAJI SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI SYARAT-SYARAT BERKUASA ( MAMPU MENGERJAKAN HAJI )

Upload: dangdiep

Post on 18-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Dari segi bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia.Dari segi istilah syarak: menziarahi Baitullah ( Kaabah )

di Mekah untuk mengerjakan amal ibadat yang tertentu pada masa yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu supaya mendapat keredaan Allah.

Firman Allah S.W.T :ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيال

Ertinya: “dan bagi Allah atas manusia mengerjakan ibadat haji bagi sesiapa yang berkuasa sampai kepadanya”

Hukum mengerjakan Haji adalah wajib ( Fardhu Ain) ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya sekali dalam seumur hidup.Hukum Haji yang diniatkan atau di nazarkan adalah wajib.Hukum Haji bagi berulang-ulang adalah sunat atau juga dipanggil Haji Tatauwu.Dari Imam-imam Mazhab dan semua Ulama sepakat menghukumkan:

Haji hukumnya wajib dan fardhu ain keatas tiap-tiap umat Islam kerana ianya adalah salah satu rukun Islam yang lima.

Sesiapa yang mengingkarinya yang mengatakan tidak wajib, hukumnya murtad dan terkeluar dari ugama Islam.

Ibadat haji mula difardhukan ( diwajibkan / disyariatkan ) kepada umat Islam pada tahun ke 6 Hijrah.Rasulullah S.A.W melambat-lambatkan menunaikan haji sehingga tahun ke 10 Hijrah. { tidak berdosa seseorang itu menangguh-nangguhkannya hajinya asalkan dilakukan sebelum ia meninggal dunia }.

Syarat-syarat haji ada 2:1. Islam : tidak sah bagi orang yang bukan Islam.2. Masa : dari awal bulan Syawal hingga 10 Zulhijjah

Syarat-syarat wajib haji ada 5 :3. Islam : bukan kafir atau musyrik4. Merdeka : bukan hamba sahaya5. Berakal : berfikiran waras dan sempurna, tidak

gila, mabuk dan sebagainya yang boleh mencacatkan fikiran.

6. Baligh : cukup umur seperti yang ditentukan dalam Islam.

7. Berkuasa dan berkebolehan serta ada kemampuan.

1- Hendaklah orang sihat tubuh badan2-Hendaklah aman dan selamat perjalanan – Selamat

dan aman perjalanan ke Mekah daripada perompak, lanun dan penyakit.

3-Hendaklah dia mempunyai kelebihan bekalan, perbelanjaan dan kenderaan – hendaklah ia cukup perbelanjaan untuk dirinya pergi dan balik serta nafkah kepada orang yang ditinggalkan.

4-Jangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang kejam yang melarang menunaikan Haji.

Orang-orang Islam dapat berhimpun serta berkenal-kenalan, dan mengeratkan tali persaudaraan di dalam Islam.

1HAJI

PENGERTIAN

DALIL WAJIB HAJI

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

IBADAT HAJI MULA DIFARDHUKAN ( DIWAJIBKAN )

SYARAT-SYARAT SAH HAJI

SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

SYARAT-SYARAT BERKUASA ( MAMPU MENGERJAKAN

HIKMAT DIWAJIBKAN HAJI

Page 2: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Melahirkan perpaduan dan semangat bersatu padu diantara umat Islam dari pelusuk dunia tanpa mengira warna kulit, pangkat, bangsa, keturunan dan adapt resam.

Haji menandakan sifat-sifat kehambaan yang sejati dan mengucap syukur.

Dapat mendidik jiwa dan mengasuh rohani supaya bersifat sabar dan sopan santun.

Fardhu Haji mengandungi unsur-unsur keamanan, pergaulan, kemasyarakatan dan budi perkerti yang baik.

Perhimpunan di Padang Arafah akan mengingatkan manusia tentang adanya perhimpunan besar manusia lagi di Padang Mahsyar pada hari Qiamat nanti.

Rukun haji ialah beberapa perkara amalan dalam ibadat haji yang wajib dikerjakan.Jika terlupa atau ditinggalkan dengan sengaja atau tidak maka tidaklah sempurna haji seseorang itu dan hukumnya tidak sah.

Dan tidak harus digantikan rukun yang tertinggal itu dengan bayaran dam, dan kenalah dia menunaikannya sekali lagi pada tahun-tahun akan dating.

Rukun haji ada 6 perkara:-1. Berniat2. Wuquf di Padang Arafah3. Tawaf mengelilingi Baitullah sebanyak 7 pusingan.4. Saie ( berlari anak ) berulang alik di antara bukit Safa

dan juga bukit Marwah sebanyak 7 kali.5. Bercukur atau bergunting rambut kepala.6. Tertib pada kebanyakkan perkara-perkara rukun Haji.

Contoh niat mengerjakan Haji dan Umrah نويت الحج والعمرة وأحرمت بهما لله

تعالى“Sahaja aku berniat mengerjakan haji dan umrah serta aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala”

Contoh niat mengerjakan Haji sahajaنويت الحج وأحرمت به لله تعالى

“Sahaja aku berniat mengerjakan haji serta aku berihram dengannya kerana Allah Taala”

2

RUKUN-RUKUN HAJI

PENGERTIAN RUKUN HAJI

PERKARA-PERKARA RUKUN HAJI

KETERANGAN BAGI TIAP-TIAP PERKARA RUKUN HAJI

BERNIAT IHRAM HAJI1

Page 3: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Contoh niat mengerjakan haji untuk orang lain نويت االحج عن فالن وأحرمت به عنه لله

تعالى“Sahaja aku berniat mengerjakan haji Si Pulan dan berihram dengannya bagi pihaknya kerana Allah Taala”

Syarat-syarat niat:1. niat selepas memakai ihram2. niat dalam masanya ( dalam miqat zamani )3. niat apabila sampai di Miqat ( sempadan masuk ke

tanah suci dari negeri masing-masing )

Perkara Sunat ketika hendak berniat:1. mandi sunat sebelum memakai ihram2. sembahyang sunat 2 rakaat selepas memakai ihram3. memakai pakaian ihram warna putih4. mengerat kuku

CATATAN TAMBAHAN Seseorang yang masuk melampaui sempadan miqat

untuk berniat ihram, wajiblah ia kembali semula ke tempat miqat untuk berniat ihram.

Jika ia tidak berundur semula bahkan berniat ihram ditempat itu juga, hukumnya sah hajinya, tetapi wajiblah ia membayar dam ( denda )

PENGERTIAN:

Dari segi bahasa : berhentiDari segi istilah Syarak : menghadirkan diri

SYARAT-SYARAT WUQUF1. Hendaklah ia berniat ihram dengan niat haji2. Seseorang yang ahli ibadat ( tidak gila, pitam atau mabuk

)3. Berada di Padang Arafah selepas gelincir matahari 9

Zulhijjah hingga naik Fajar Sadiq ( Suboh ) 10 Zulhijjah walapun sekejap.

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN KETIKA WUQUF

1. Suci daripada hadas dan kekotoran2. Banyak membaca Al-Quran

3. Istighfar4. Membaca Tasbih ( Berzikir )5. Tahlil6. Tahmid7. Takbir

PENGERTIAN Dari segi bahasa: berpusing-pusing atau

berlegar-legar Dari segi istilah syarak : mengelilingi Kaabah

sebanyak 7 kali keliling menurut syarat-syarat yang tertentu.

JENIS-JENIS TAWAF Tawaf Qudum : Tawaf dating selamat dating ke

Mekah. – ( hukumnya adalah sunat ) Tawaf Ifadah : Tawaf yang wajib dilakukan.

Satu daripada rukun haji. Tawaf Wida’ : Tawaf selamat tinggal Mekah.

Hukumnya wajib ditunaikan. Tawaf Tatawu : Tawaf yang sunat dilakukan

apabila di Kota Mekah. Hukumnya adalah sunat.

SYARAT-SYARAT SAH TAWAF1) Suci daripada hadas dan najis2) Menutup aurat ( seperti aurat dalam

sembahyang )3) Cukup 7 kali pusingan4) Dimulai dari sudut Hajar Al-Aswad dan diakhiri

disitu juga5) Hendaklah dijadikan Baitullah ( Kaabah ) pada

sebelah kiri setiap kali pusingan6) Tawaf dikerjakan diluar Baitullah7) Tawaf dikerjakan di dalam masjid8) Semua badan orang yang tawaf itu berada di luar

Baitullah9) Berjalan kearah hadapan , tidak mengundur dan

tidak mengiring.

PERKARA SUNAT KETIKA TAWAF Keadaan Tawaf itu berjalan kaki.

3

WUQUF DI PADANG ARAFAH

TAWAF MENGELILINGI BAITULLAH

2

3

Page 4: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Sunat Istilam ( kucup ) iaitu isyarat dengan melambai pada Hajaral Aswad dan rukun Yamani tetapi tidak sunat mengucupnya.

Sunat menyentuh Hajaral Aswad dengan tangan dan meletakkan dahi diatasnya pada permulaan Tawaf.

Berzikir dan berdoa. Mengelilingi Kaabah secara berturut-turut. Tawf dengan khusyu dan tawadhu'. Sembahyang sunat 2 rakaat selesai Tawf dan

dilakukan di belakang Maqam Nabi Ibrahim.

CATATAN TAMBAHAN

Sekiranya terkena najis atau terbatal wudhu boleh berhenti tawaf dan berwudhu semula, kemudian sambung di tempat yang berhenti tadi.

Bagi yang uzur diharuskan menaiki usungan atau kenderaan

CARA MENGERJAKAN TAWAF Cara mengerjakan Tawaf ialah dimulakan dari Hajaral

Aswad. Sebelum memulakannya hendaklah menghadap Baitullah diantara penjuru Hajaral Aswad dan penjuru Rukun Yamani terlebih hamper dengan rukun Hajaral Aswad. Wajib berniat.

PENGERTIAN Berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa sebanyak

tujuh kali dengan mengikut syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT SAH SAEI Syarat-syarat sah saei ada 4 perkara:

1) Hendaklah dikerjakan Saei selepas selesai Tawf rukun dan Tawaf Qudum

2) Hendaklah berulang-alik sebanyak tujuh pusingan.

3) Hendaklah bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwa

4) Hendaklah dilakukan pada jalan yang telah ditentukan

CATATAN TAMBAHAN Bagi yang uzur diharuskan berkenderaan (kerusi

roda) Ibadat Saei boleh dilakukan tanpa berwudhu Jemaah haji yang melakukan Haji Ifrad atau Haji

Qiran melakukan Saei selepas Tawaf Qudum yang dikerjakan sebaik sahaja sampai di Mekah.

PENGERTIAN menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai

rambut atau lebih. Becukur bersih bagi lelaki dan wanita bergunting

sahaja. Jika tidak mempunyai rambut maka sunat

melakukan mata pisau dikepala sebagai isyarat.

MASA BERCUKUR / BERGUNTING Bagi Haji : Selepas melontar Jamratul

Aqabah pada 10 Zulhijjah Bagi Umrah : Selepas mengerjakan Saei Bagi yang melakukan korban : Hendaklah

bercukur selepas berkorban.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA BERCUKUR Dicukur sebelah kanan dahulu hingga habis baru

sebelah kiri. Menghadap kiblat Bertakbir setelah selesai bercukur. Membaca doa selesai bercukur sambil memegang

kepala.

Hendaklah dikerjakan dengan tertib atau teratur atau mengikut giliran, didahulukan yang mana diperintahkan awal.

Di dahulukan berniat ihram daripada rukun-rukun yang lain

Di dahulukan Wuquf daripada Tawaf Ifadah Di dahulukan Tawaf daripada Saie.

4

SAEI

BERCUKUR / BERGUNTING RAMBUT KEPALA

TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

4

5

6

Page 5: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Wajib Haji: Amalan dalam ibadat haji yang wajib dilakukanJika terlupa dengan sengaja atau tertinggal – hajinya tidak batal tetapi ia hendaklah membayar Dam ( denda )

Perkara wajib haji ada 6 perkara sahaja:

1) Berniat ihram di Miqat2) Bermalam di Muzdalifah pada 10 hb Zulhijjah3) Melontar Jamratul Aqabah di Mina pada 10 hb Zulhijjah

dengan 7 butir anak batu4) Bermalam di Mina iaitu pada 11,12,13 hb Zulhijjah5) Melontar pada ketiga-tiga Jamratul Aqabah di Mina pada

siang 13 hb Zulhijjah6) Meninggalkan perkara yang dilarang semasa ihram.

Niat adalah rukun dan wajib dikerjakan di MiqatJika tertinggal niat – haji batalJika niatnya dilakukan pada tempat lain daripada miqat – hajinya sah tetapi wajib membayar dam atau denda.

MIQAT Ialah permulaan masa atau sempaadan tempat

untuk memulakan niat ihram kerana menunaikan ibadat hai atau umrah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MIQAT Miqat terbahagi kepada 2 bahagian:

CATATAN TAMBAHAN Yalamlam: Bagi orang yang melalui laut

merah atau dari Asia Zulhulaifah: Bagi penduduk Madinah dan yang

datang melaluinya. Al-Juhfah: Dari arah Syam, Mesir, Maghribi,

Sepanyol dan dari arah barat laut merah.

Zatu Iraq: dari Iraq dan negeri sebelah Timurnya

Qarnul Manazil: datang dari Kuwait, Najad dan Yaman

Dari Brunei melalui Jeddah miqatnya di Yalamlam Dari Brunei melalui Madinah miqatnya Zulhulaifah

PENGERTIAN:

5

PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI

PENGERTIAN WAJIB HAJI

PENGERTIAN WAJIB HAJI

KETERANGAN BAGI PERKARA WAJIB HAJI

BERNIAT IHRAM HAJI DI MIQAT1

Miqat Zamani

- ketentuan masa-Miqat zamani bagi haji ialah dari awal bulan Syawal hingga waktu subuh pada 10 Zulhijjah.

- Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun pada bila masa sahaja.

Miqat Makani

- ketentuan tempat bagi haji dan umrah- Ada 5 tempat untuk memulakan niat haji.1. Yalamlam2. Zulhulaifah3. Al-Juhfah4. Zatu Iraq5. Qarnul manazil

BERMALAM DI MUZDALIFAH2

Page 6: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Berada di Muzdalifah antara tengah malam pada 10 Zulhijjah hingga naik fajar sadiq walaupun sekejap.

SYARAT-SYARATNYA Mesti berada di bumi Muzdalifah antara tengah

malam hingga naik Fajar Sadiq 10 Zulhijjah walaupun sekejap

Memadai lalu sahaja walaupun tanpa berhenti

CATATAN TAMBAHAN Disunatkan mengutip anak-anak batu untuk melontar

di Mina. Jika sampai di Muzdalifah sebelum tengah malam,

maka jemaah haji hendaklah menunggu disana sehingga selepas tengah malam.

PENGERTIANNYA Ialah melontar dengan tujuh biji anak batu di Jamratul

Aqabah pada 10 Zulhijjah.

WAKTUNYA Bermula dari pertengahan malam 10 Zulhijjah hingga

Maghrib pada hari tersebut.

Bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 ZulhijjahMaksudnya berada di Mina pada sebahagian besar malam-malam tersebut.

PENGERTIANNYA Melontar dengan tujuh biji anak batu di ketiga-tiga

Jamrah pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan mengikut syarat-syarat yang tertentu.

NAMA-NAMA JAMRAH1. Jamratul Ula2. Jamratul Wusta3. Jamratul Aqabah

SYARAT-SYARAT MELONTAR1. Hendaklah dengan tertib iaitu dimulai melontar

Jamrah Ula kemudian Wusta dan kemudian Aqabah.

2. Hendaklah dengan tujuh kali lontaran pada tiap-tiap satu Jamrah

3. Hendaklah menggunakan anak-anak batu walau apa jenis sekali pun

4. Jangan ada tujuan lain dalam lontarannya.5. Yakin batu yang dilontar itu masuk ke dalam

Jamrah6. Hendaklah dengan cara melontar, tidak memadai

diletakkan sahaja7. Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali

setelah selesai untuk dirinya.

WAKTU MELONTAR Sesudah berlaku tengah malam 10 Zulhijjah

hinggalah jatuh matahari akhir hari Tasyrik pada 13 Zulhijjah.

Apabila seseorang mengerjakan hai dan telah mula berihram, maka diharamkan kepadanya melakukan perkara-perkara tertentu disepanjang masa dia berihram, sekiranya dia melanggarnya juga kenalah dia membayar Dam atau Denda.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG1. Bersetubuh2. Mengerjakan maksiat dan kejahatan3. Bertengkar, berkelahi dan bergaduh

6

MELONTAR JAMRATUL AQABAH3

BERMALAM DI MINA4

MELONTAR KETIGA-TIGA BATU JAMRAH5

MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG DILARANG SEMASA DALAM IHRAM

6

Page 7: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

4. Memakai pakaian berjahit seperti kemeja, jubah, seluar amamah dan sebagainya

5. Menjalankan akad nikah 6. Memotong kuku7. Memgugurkan rambut8. Memakai bau-bauan dan wangian9. Makan daging buruan10. Memburu binatang11. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi

perempuan12. Memotong dan membinasakan tumbuhan atau

pokok-pokok.

Keluar daripada ihram haji dan boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan setelah selesai melakukan ibadat yang tertentu.

1) TAHALUL AWAL 2) TAHALUL THANI

Keterangannya:1)TAHALUL AWAL

Keluar daripada ihram haji setelah selesai melakukan dua daripada tiga perkara iaitu:

i. Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah.ii. Bercukur atau bergunting rambut

iii.Tawaf rukun.

Setelah Tahalul Awal semua larangan semasa berihram boleh dilakukan kecuali:

i. Bersetubuhii. Berakad nikahiii. Bergurau senda dengan suami atau isteri

sehingga menaikkan syahwat

2) TAHALUL THANI Keluar daripada ihram haji setelah selesai

mengerjakan tiga ibadat. Setelah Tahalul Thani selesai semua larangan boleh dilakukan.

Selepas Tahalul Awal. Boleh melakukan semua perkara yang dilarang ketika dalam ihram kecuali 3 perkara iaitu:1. Bersetubuh2. Bergurau senda sehingga menaikkan keinginan

syahwat3. Berakad nikah atau berkahwin

Selepas Tahalul Thani semua perkara yang dilarang ketika berihram boleh dilakukan.

7

TAHALUL

PENGERTIANNYA

BAHAGIAN-BAHAGIAN TAHALUL

LARANGAN-LARANGAN KETIKA TAHALUL

Page 8: irksmpihm.files.wordpress.com · Web viewJangan ada sesuatu yang menyekat dari pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji - seperti ada perasaan takut kepada raja atau ketua Negara yang

Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi.

NAFAR AWAL : Ketika meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah sebelum jatuh matahari dengan niat tidak kembali lagi ke Mina.

NAFAR THANI : Keluar meninggalkan mIna setelah selesai melontar pada hari 13 Zulhijjah.

1. Hendaklah kelaur dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah.

2. Telah selesai melontar di ketiga-tiga jamrah pada 12 Zulhijjah dan hari sebelumnya

3. Sudah bermalam di Mina selama dua malam

4. Berazam tidak akan kembali lagi ke Mina

5. Hendaklah keluar sebelum masuk malam 13 Zulhijjah

6. Keluar dari Mina dengan niat melakukan nafar awal.

8

NAFAR

PENGERTIAN

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAFAR

SYARAT-SYARAT NAFAR AWAL