pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ... · 1. i untuk menyekat wang negara ini...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 30 2 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 07-Dec-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 302

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada:

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama diri

Kata ganti nama tanya

Kata ganti nama tak tentu

Kata ganti nama umum

Kata ganti nama tunjuk berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perkara atau

benda.

Contoh: ini dan itu.

Kata ganti nama diri berfungsi sebagai pengganti sesuatu benda, perkara

atau manusia. Kata ganti nama diri dipecahkan kepada

terdiri daripada tiga pihak.

Kata Ganti Nama Diri

Pihak Pertama

(Pihak yang bercakap)

Pihak Kedua

(Pihak yang

mendengar)

Pihak Ketiga

(Pihak yang

dicakapkan)

Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak

Saya

Aku

Daku

Hamba

Patik

Beta

Kami

Kita

Engkau

Awak

Kamu

Anda

Dikau

Tuan

hamba

Tuanku

Saudara/i

Tuan/puan

Kalian

Dia

Ia

nya

-Nya

Beliau

Baginda

Mereka

Kata ganti nama tanya

berfungsi menanyakan sesuatu hal atau benda, perkara atau manusia.

Boleh digunakan di depan atau di akhir ayat tanya

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Contoh: Apakah / apa, Di manakah / di mana, Siapakah / siapa .

Kata ganti nama tak tentu

Digunakan untuk merujuk sesuatu yang tidak tentu

Contoh : apa-apa, sesiapa, bila-bila, mana-mana

Kata ganti nama umum

Kata ganti nama tanya yang digunakan dalam ayat penyata

Tanpa partikel “-kah”

Contoh : Saya tidak tahu bila dia akan pulang.

Latihan:

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kereta __________ dibakar oleh perompak itu setelah dia dibunuh.

A. kamu

B. nya

C. kalian

D. saya

2. ______________ yang bermasalah perlulah mencari jalan penyelesaian

dengan segera.

A. Bila-bila

B. Mana-mana

C. Apa-apa

D. Siapa-siapa

3. "Jangan diusik budak kecil __________ kerana dia tidak sihat," nasihat ibu

kepada abang.

A. sana

B. itu

C. situ

D. sini

4. Saya akan akur dan tidak membantah _____________ sahaja yang disuruh

oleh ayah.

A. apa

B. mana

C. apa-apa

D. mana-mana

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu, kami

A B

pun bertolak meninggalkannya. Tiada kesalahan.

C D

6. Ayah sering berpesan kepadaku agar tidak meminta pertolongan daripada

A B

siapa yang tidak dikenali. Tiada kesalahan.

C D

7. "Janganlah awak marah akan anak-anak kerana kalian tidak bersalah,"

A B

nasihat Ramli kepada isterinya. Tiada kesalahan.

C D

8. Pelantikannya sebagai pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia mewajarkannya

A

mencadangkan apa-apa sahaja usul yang dirasakan sesuai. Tiada kesalahan.

B C D

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah

mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah seni turut mengalir dalam diri anak-anak pelakon veteran itu.

III Arus elektrik dapat mengalir dengan baik melalui bahan-bahan seperti besi, perak, dan tembaga.

IV Dia mengelap peluh yang mengalir di dahinya.

a) I dan II

b) II dan III

c) I, II, dan IV

d) I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

2. I Dia sedang berusaha untuk melunaskan hutangnya kerana tempohnya sangat

mendesak. II Kerja-kerja yang mendesak itu perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini. III Azlifah terdorong ke hadapan apabila Khairani mendesaknya dari belakang. IV Seluruh dunia mendesak Perdana Menteri Britain supaya mengundurkan tenteranya dari bumi Iraq.

a) I dan III

b) II dan IV

c) I, II, dan IV

d) I, II, III, dan IV

3. I Tidak ada orang yang berani menduduki rumah yang telah lama kosong itu.

II Anak kembar Puan Rogayah akan menduduki peperiksaan STPM pada

hujung tahun ini.

III Pasukan bola sepak Malaysia menduduki tempat tercorot dalam

pertandingan peringkat Asia itu.

IV Ibu menduduki adik di atas kerusi kanak-kanak yang terdapat di dalam

restoran makanan segera itu.

a) I dan III

b) I, II, dan III

c) II, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

1. Antara tempat-tempat menarik yang akan saya lawati termasuklah Pusat Islam.

a) Antara tempat menarik

b) Di antara tempat menarik

c) Di antara tempat-tempat menarik

d) Antara tempat-tempat menarik

2. Amalan kunjung-mengunjungi sudah menjadi budaya rakyat negara ini.

a) Amalan mengunjungi

b) Amalan berkunjung-mengunjungi

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

c) Amalan sating kunjung-mengunjungi

d) Amalan kunjung-mengunjungi

3. Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur lagi untuk

memperkukuh sistem pertahanan udara.

a) mengukuh sistem pertahanan udara

b) memperkukuhkan sistem pertahanan udara

c) memperkukuh lagi sistem pertahanan udara

d) memperkukuh sistem pertahanan udara

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Oleh sebab tidak mendapat restu daripada keluarganya, Reena Wong

menyertai pertandingan itu secara sembunyi-sembunyi.

II Perkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diseliakan oleh

Indah Water.

III Berapa-berapa pun yang diberikan orang diterima oleh pengemis itu dengan

gembira.

IV Menurut kepada alamat yang diberikan oleh lelaki itu, rumah rakan kami itu

terletak di hujung taman perumahan

a) I dan II

b) I dan III

c) I, II, dan III

d) II, III, dan IV

2. I Sebelum meninggal dunia, Nek Jah sempat mengucapkan dua kalimah

syahadah dengan suara yang terputus-putus.

II Tindakan yang mereka ambil itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan bapa

mereka tetapi juga abang-abang mereka.

III Suara tembakan meriam yang dilepaskan oleh TLDM itu kuat sekali.

IV Apabila melihat nasi di dalam pinggan Kalang yang membumbung tinggi,

tahulah kami bahawa dia kuat makan.

a) I dan II

b) I dan IV

c) II dan IV

d) III dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

3. I Jururawat itu menyuruh pesakit itu melucuti pakaiannya untuk digantikan

dengan pakaian yang lebih bersih.

II Oleh sebab jalan terlalu sesak, banyak orang yang kemalaman dalam

perjalanan pulang ke kampung mereka.

III Kerja-kerja pengilangan padi itu terhenti seketika kerana bekalan elektrik

terputus.

IV Pengedaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politik.

a) II dan III

b) I, II, dan III

c) II, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. "Takkanlah kamu tidak tahu bahawa di dalam sungai ini banyak

terdapat udang galah," kata Pak Bor kepada Adi.

a) Pak Bor hairan apabila Adi menafikan bahawa dia tahu di dalam sungai itu

banyak terdapat udang galah.

b) Pak Bor tidak percaya bahawa Adi tidak tahu bahawa di dalam sungai itu banyak

terdapat udang galah.

c) Adi disindir oleh Pak Bor kerana tidak tahu bahawa di dalam sungai itu banyak

terdapat udang galah.

d) Adi yang tidak tahu bahawa di dalam sungai itu terdapat udang galah yang

banyak dimarahi oleh Pak Bor.

2. Semua harta pemimpin diktator yang meninggal dunia itu akan

dirampas oleh kerajaan baharu kerana diperoleh melalui

penyelewengan kuasa.

a) Oleh sebab kuasa pemimpin diktator yang mati itu diperoleh melalui penipuan,

hartanya akan dirampas.

b) Semua harta pemimpin kerajaan diktator yang baru mati itu akan dirampas kerana

didapati melalui penyalahgunaan kuasa.

c) Kerajaan baharu akan merampas semua harta pemimpin kuku besi yang mati itu

kerana harta-harta itu didapatinya melalui penyalahgunaan kuasa.

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

d) Kerajaan baharu telah menyalahgunakan kuasa bagi merampas harta pemimpin

kuku besi yang mati itu.

3. "Benteng ini hendaklah kalian tinggikan lagi supaya air sungai tidak

melimpahi tebing," kata Encik Koh kepada pekerjapekerjanya.

a) Encik Koh mengarahkan kuli-kulinya mempertinggi benteng bagi mengelakkan air

sungai itu melimpahi tebing.

b) Kuli-kuli Encik Koh diperintahkan oleh ketua mereka supaya membina tembok

untuk mengawal kemasukan air sungai.

c) Kuli itu dipaksa oleh Encik Koh untuk membina benteng yang tinggi supaya air

sungai tidak melimpahi beting lagi.

d) Untuk mengelakkan air sungai melimpahi benteng, tebing yang tinggi dibina oleh

kuli-kuli Encik Koh.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

“ada tangga nak panjat tiang”

1. Aka Anisa bertindak seperti peribahasa di atas, dia merupakan seorang yang

__________.

a) menyukai bau busuk

b) suka membantu orang lain

c) berani menghadapi risiko

d) sengaja mencari malu atau kesusahan

2. Selepas majlis itu selesai, banyak terdengar rungutan daripada kalangan

pelajar. Keadaan itu sama dengan peribahasa _________.

a) sebab mulut badan terjerat

b) rumah siap, pahat berbunyi

c) bagai murai dicabut ekor

d) seperti tempayan bocor

3. Para perompak bersenjata yang melarikan diri di dalam hutan itu sangat

berbahaya. Oleh itu, pihak polis sangat berhati-hati semasa mengesan

mereka kerana __________.

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

a) pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk

b) pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

c) sebab nila setitik, rosak santan sebelanga

d) sepandai-pandai tupai melompat, sesekali akan gawal juga

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Ibu menghalau dua ekor burung-burung gembala kerbau

yang memakan padi yang idjemurnya..

(ii) Baju kurung yang berwarna biru itu yang paling cantik

sekali.

(iii) Ayah menasihati abang supaya mejauhkan diri dari

penyalahgunaan dadah.

(iv) Oleh sebab terlalu sayangkan adiknya, Dayana

sanggup dituduh sebagai pencuri.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Andatidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang

menjadi identiti bangsa Malaysia dan bidang kraf tangan

yang unggol di Malaysia.

(ii) Murid-murid yang ingin menyertai ekspedisi ke Taman

Negara Endau-Rompin perlu mendapatkan kebenaran

daripada ibu bapa atau penjaga mereka.

(iii) Malaysia merupakan kekayaan alam semulajadi yang

tersendiri seperti hutan yang kaya engan flora dan fauna

serta pulau dan pantai yang indah.

( /3)

3 Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

(i) Lori tersebut menyeret mangsa itu ke dalam gaung.

__________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

(ii) Kami telah menangkap pencuri itu di sebuah rumah kosong di hujung

kampung.

__________________________________________________________________

(iii) Mereka akan membersihkan kawasan persekitaran rumah pada setiap hari

Ahad.

__________________________________________________________________

(iv) Ibu memarahi Jaslina kerana pulang lewat semalam.

__________________________________________________________________

(v) Dia melukis gambar pemandangan sawah padi sewaktu bercuti di kampung

pada minggu lepas.

__________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang

sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Penulisan

A. Ulasann (15%)

Baca dialog di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah

perkataan.

Rangka:

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan penapat anda tentang langkah-

langkah mencegah denggi. Huraian anda yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah

perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

C. Karangan Umum (30%) – 45 minit

Karangan Jenis Peribahasa

Petua Menulis Karangan Jenis Peribahasa

1. Karangan jenis ini menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang

dijadikan tajuk karangan anda.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa

itu.

3. Karangan jenis ini dapat anda tulis dengan menggunakan teknik huraian atau

teknik cerita.

4. Jika anda memilih teknik huraian, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa

tersebut serta sejarah terciptanya peribahasa itu dalam kalangan masyarakat.

5. Selain itu, jelaskan perkaitan antara peribahasa itu dengan kehidupan

masyarakat hari ini.

6. Untuk membuktikan bahawa anda faham akan maksud peribahasa itu, kaitkan

peribahasa itu dengan peribahasa-peribahasa lain yang mempunyai persamaan

maksud.

7. Jika anda memilih teknik cerita untuk menulis karangan jenis ini, maka cerita

itu hendaklah menjelaskan maksud peribahasa itu.

8. Selain itu, cerita itu haruslah dapat menggambarkan pandangan anda terhadap

peribahasa itu.

9. Teknik menulis karangan jenis ini sama dengan teknik menulis karangan jeni

cereka atau imaginasi, yakni dimulakan dengan pendahuluan, kemuncak, dan

diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.

10. Karangan anda boleh merupakan rekaan semata-mata atau berdasarkan

pengalaman anda sendiri.

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

A. Contoh Teknik Huraian

Peribahasa digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu

peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan amalan ialah ‘ masuk ke dalam

kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”. Tulis

satu karangan tentang peribahasa tersebut selengkapnya.

RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN

Peribahasa masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang

kerbau menguak – telah lama wujud – masih segar hingga hari ini.

ISI PENTING

a) Bermaksud hendaklah menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan – hampir

sama maksud peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung – mempunyai

maksud yang bersifat positif.

b) Pelbagai adat resam dan kepercayaan yang diamalkan – bertepatan sekali sekiranya

peribahasa ini dijadikan pegangan dan panduan – wujudlah suasana harmoni.

c) Apabila berkunjung ke rumah orang Melayu – membuka kasut kerana ini adalah

adat kaum Melayu – menghormati tuan rumah - mengikut amalannya.

d) menjemput sahabat atau jiran yang berbangsa India – memastikan tidak ada

masakan daging lembu disediakan – mewujudkan saling menghormati dan

persefahaman.

PENUTUP

Mengingatkan kita tentang pentingnya kita pandai menyesuaikan diri – menjadikan

peribahasa ini sebagai pegangan – perpaduan kaum dapat diwujudkan.

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan berbagai-bagai peribahasa yang

diwarisi sejak zaman-berzaman. Peribahasa yang berbunyi “ masuk ke dalam kandang

kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”. Ini merupakan

salah satu daripada sekian banyak peribahasa yang telah lama wujud, namun masih

segar hingga hari ini. Pada peribahasa ini, tersirat nasihat dan pengajaran yang sesuai

dijadikan sebagai panduan hidup sepanjang zaman.

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Peribahasa “ masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam

kandang kerbau menguak” membawa maksud hendaklah menyesuaikan diri dengan

tempat dan keadaan kita. Maksud peribahasa ini hampir sama dengan satu lagi maksud

peribahasa yang berbunyi, „di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, iaitu

hendaklah menurut adat dan peraturan tempat yang kita diami. Berdasarkan maksud

tersebut, ternyatalah bahawa peribahasa ini mempunyai maksud yang bersifat positif.

Dalam konteks negara kita dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum,

terdapat pelbagai adat resam serta kepercayaan yang diamalkan oleh mereka dalam

kehidupan sehari-hari. Justeru memang bertepatan sekali sekiranya peribahasa

berkenaan dijadikan pegangan dan panduan. Dengan demikian, akan timbullah

suasana yang harmoni hasil daripada sikap saling menghormati adat resam dan

kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum tadi.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu memasuki rumah orang Melayu, maka dia

hendaklah membuka kasutnya kerana inilah adat orang Melayu apabila berkunjung ke

rumah. Biar apapun bangsanya si pengunjung tersebut, wajar benarlah dia

menghormati tuan rumah, yakni orang Melayu yang dikunjunginya itu dengan

mengikut amalan tuan rumah berkenaan. Oleh itu, si pengunjung akan turut dihormati

oleh tuan rumah tersebut.

Begitu juga apabila seseorang yang berbangsa Melayu mengundang sahabatnya

yang berbangsa India ke rumah, maka dia harus memastikan bahawa sebarang

masakan daging lembu tidak dihidangkan kepada tetamunya itu. Ketelitian dalam hal

yang tampak seolah-olah remeh-temeh ini dapat membangkitkan sikap saling

menghormati dan membentuk persefahaman yang harmoni antara dua sahabat yang

berlainan bangsa itu.

B. Contoh Teknik Cerita

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Begitulah bunyi peribahasa Melayu.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Rangka Karangan

1. Pendahuluan

a) Maksud peribahasa

b) Contoh peribahasa lain yang sama ertinya

2. Isi-isi penting

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

a) Ali bercita-cita tinggi – mahu berjaya dalam pelajaran – bercita-cita untuk

ke universiti

b) Miskin – tiada kemudahan belajar dan buku rujukan

c) Meminjam buku dari perpustakaan – tidak pernah jemu – mengayuh

basikal dari rumah ke sekolah

d) Usaha gigih – berjaya ke universiti

3. Penutup

Peribahasa menjadi panduan untuk berjaya

Contoh Karangan

Peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” bermaksud seseorang

yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa

menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan. Peribahasa itu membawa maksud

yang sama dengan peribahasa “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Ali mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia mahu berjaya dalam pelajaran. Dia

berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat universiti. Bagi

mencapai cita-citanya itu, Ali sentiasa berusaha dan belajar dengan bersungguh-

sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Dia tidak mempunyai kemudahan

untuk belajar. Setiap hari dia terpaksa mengayuh basikal sejauh lima kilometer untuk

berulang-alik ke sekolah.

Namun, Ali tidak berputus asa dengan segala kesusahan dan kepayahan yang

dialaminya. Ali menganggap segala dugaan yang dilaluinya sebagai pendorong untuk

terus berjaya. Dia sentiasa berusaha agar pelajarannya tidak terganggu. Setiap hari, Ali

pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku rujukan. Malah, Ali juga tidak

pernah berasa jemu atau merungut kerana penat mengayuh basikal pada setiap hari.

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Semua kesukaran itu tidak menjadi penghalang kepada Ali. Berkat usahanya

yang gigih, akhirnya Ali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kejayaan yang

dicapai oleh Ali adalah kerana dia sentiasa berpegang teguh kepada peribahasa, “di

mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Peribahasa itu turut menjadi panduan kepada

Ali untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Latihan :

(Sila guna kertas “Plot 6 Perenggan” untuk merancang karangan)

1. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, beginilah bunyinya peribahasa

Melayu dahulu kala. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

2. Tulis sebuah karangan yang membawa erti peribahasa “Di mana ada kemahuan,

di situ ada jalan”

Program Bahasa Melayu Edubest SM302_PT3_2020 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · 1. I Untuk menyekat wang negara ini mengalir ke luar negara, kita hendaklah mengurangkan kemasukan buruh asing. II Darah

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my