ifolio.ukm.my · web viewdataran blok a-b, dataran dinamis dan dataran blok c telah awal...

27
HHHC9201: Kemahiran Komunikasi Laporan Akhir Projek Laporan : Karnival Premier Za’ba 2014 Tarikh/hari : 5 Jun 2014 (Khamis) Masa : 8.30pm- 10.00pm Tempat : Blok D2, tingkat 1, bilik 2 Kolej Pendeta Za’ba Ajuran : Biro Timbalan Ketua Eksekutif, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Zaba

Upload: dinhphuc

Post on 17-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

HHHC9201: Kemahiran Komunikasi

Laporan Akhir Projek

Laporan : Karnival Premier Za’ba 2014

Tarikh/hari : 5 Jun 2014 (Khamis)

Masa : 8.30pm- 10.00pm

Tempat : Blok D2, tingkat 1, bilik 2 Kolej Pendeta Za’ba

Ajuran : Biro Timbalan Ketua Eksekutif,

Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

Kolej Pendeta Zaba

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

1.0 Pengenalan

Program Karnival Premier Za’ba membawa konsep hari keluarga. Ia merupakan acara tradisi

bagi Kolej Pendeta Za’ba dan ini adalah tahun kesembilan acara ini diadakan. Pada tahun 2014

ini, tema “Express Yourself” dijadikan pilihan bertujuan untuk mencungkil dan menyerlahkan

bakat serta kemahiran mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih

yakin dengan diri sendiri melalui aktiviti yang disediakan.

Konsep riadah santai juga diketengahkan untuk menarik perhatian pengunjung kerana

bukan sahaja program yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk

kerohanian dan kekeluargaan juga turut diselitkan.

2.0 Objektif

2.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga

penghuni Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.

2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan

sesuatu aktiviti mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.

2.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik

yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.

2.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

3.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar tahun satu Kolej Pendeta Za’ba

4.0 Anjuran

Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan

kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis

Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.

5.0 Jawatankuasa Program

Penaung : YBhg. Prof. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi : YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM

Penyelaras : Yang Dihormati En. Musa Zainal Abidin Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Pengetua : YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Tim. Pengetua : Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md Jamil Timbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Felo Penasihat : Nor Aseken Bt Rosley Felo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Ketua Eksekutif : Nurul Jannah Binti Ahmad Ghulamudin

Ketua Pengarah : Nur Ain Nadirra Binti Mohd Noor

Timbalan Ketua Pengarah : Nurin Afiqah Binti Zairul Azman

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

Timbalan Ketua Pengarah 2 : Muhammad Zulhanif Bin Mohd Haron

Timbalan Ketua Pengarah 3 : Muhamad Izham Bin Azmil

Ketua Program : Nur Syahirah Binti Rosli

Timbalan Ketua Program 1 : Muhamad Fitri Bin Ramli

Timbalan Ketua Program 2 : Nurul Suhana Binti Azmi

Setiausaha 1 : Muhammad Amir Izzat Bin Rosli

Setiausaha 2 : Nur Husna Binti Mohd Dahan

Bendahari 1 : Siti NurFarah Hananie binti Ahmad Zaki

Bendahari 2 : Cheong Chooi Mei

Pengarah Pemasaran : Syadiah Madiha Binti Borhan

Pengarah Publisiti : Zarith Zafira Binti Zubir (Media) : Raja Mohd Azlan Bin Raja Ali (Grafik)

Pengarah Protokol : Nor Azreen Binti Azmi

Pengarah Gerai : Norazfathiah Binti Azahar

Pengarah Keselamatan : Noor Azreeni Binti Abu Saran

Pengarah Teknikal : Mohamed Alef Bin Mohd Razali

Pengarah Cenderamata : Nurhanani Binti

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Hasmat Husaina Binti Ahamed Hasan

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Mohd Nur Hafiz Bin Jaafar

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

6.0 Laporan Bertulis Sepanjang Program

Program Karnival Premier Za’ba 2014 atau lebih dikenali sebagai KAPREZA’14 ini

telah berlangsung pada 6 – 9 Mac 2014 bertempat di beberapa kawasan di luar Universiti

Kebangsaan Malaysia,UKM dan kawasan di dalam UKM di mana Kolej Pendeta Za’ba (KPZ)

itu sendiri menjadi pusat bagi kebanyakkan aktiviti dijalankan.

Sebelum hari program berlangsung, beberapa aktiviti telah diadakan sebelumnya

bertujuan untuk memenuhi beberapa matlamat iaitu mengumpul dana dan mempromosikan

program ini sendiri.

Antara aktiviti yang dijalankan sebelum tarikh sebenar program ialah Le Tour de UKM

yang berlangsung pada 22 Februari 2014 di sekitar kawasan UKM. Dalam aktiviti ini,

sebahagian krew KAPREZA akan menaiki basikal ke kolej-kolej dan melakukan “flash mob”

untuk mempromosikan program ini. Selain itu, tabung sumbangan untuk pelajar tahfiz dan pusat

kanser juga diedarkan semasa “flash mob” diadakan.

Aktiviti lain yang diadakan sebelum tarikh sebenar ialah Cuci-cuci Kapreza. Aktiviti ini

berlangsung selama empat hari iaitu pada hujung minggu 22 dan 23 Februari serta 1 dan 2 Mac

2014. Aktiviti ini diadakan adalah untuk mencari dana tambahan untuk menjalankan program ini.

Dalam aktiviti ini, krew yang telah ditugaskan akan membersihkan kenderaan sama ada

motosikal mahupun kereta serta menjalankan jualan air di ‘booth’ mereka.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan awal dari tarikh program ialah lawatan ke bangunan

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia: NCSM), Kuala

Lumpur. Lawatan diadakan pada 25 Februari 2014. Seramai 40 orang krew menyertai lawatan

ini bertujuan untuk mengetahui lebih tentang kanser.

Aktiviti terakhir yang berlangsung sebelum tarikh sebenar Kapreza ialah Cancer Charity

Cycling yang diadakan pada 2 Mac 2014. Ia dijalankan di Dataran Putrajaya. Aktiviti ini terbuka

kepada sesiapa yang berminat dan membuat pendaftaran awal dan dikenakan yuran.

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

Pada hari Rabu 5 Mac 2014, khemah jualan telah dipasang bagi kemudahan penyusunan

dan aturan kerusi dan meja. Dataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal

dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan

sebagai kawsan pentas utama, kawasan jualan dan tempat menunggang kuda untuk aktiviti

“Horse for Fun”.

Kemudian, 6 Mac 2014 iaitu hari Khamis, program KAPREZA bermula. Solat Hajat dan

bacaan Yasin dijadikan pembukaan bagi program ini.

Pada hari Jumaat, 7 Mac 2014, satu ceramah berkaitan kanser serviks dijalankan di

Auditorium Siswa, Pusanika, UKM yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir dalam jam 12

tengah hari. Ceramah ini terbuka kepada semua pelajar, UKM dan pelajar dari Asasi Pintar,

UKM. Pelajar yang datang akan diberikan ‘goodie bag’. Ceramah ini diberikan oleh Dr. Dalilah

dari Nasional Cancer Society Malaysia. Selepas ceramah, suntikan HPV diberikan kepada

pelajar yang telah mendaftar. Suntikan ini diberikan secara percuma kepada pelajar kelahiran

1993 dan 1994 sahaja.

Pertandingan Bowling juga diadakan pada hari yang sama yang bertempat di KL Mega

Lanes Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Penyertaan ini dibuka untuk pemain

perseorangan dengan yuran sebanyak RM80. Juara akan membawa pulang RM500, tempat

kedua sewbanyak RM300 manakala tempat ketiga sebanyak RM200.

Pada sebelah malam pula, aktiviti Malam Dambakan Cinta Rasulullah dijalankan. Acara

ini dumulakan dengan solat Maghrib berjemaah di dataran pentas utama. Kemudian disambung

dengan forum, qasidah dan persembahan nasyid yang menampilkan tetamu undangan iaitu,

kumpulan nasyid Far East, PU Salman dan pelajar tahfiz. Acara berakhir pada jam 11.30 malam.

Pada 8 Mac 2014 pula, iaitu hari Sabtu, pelbagai aktiviti dijalankan serentak di kawasan

luar dan dalam UKM. Aktiviti tersebut ialah Battle of the Band, yang diadakah di dataran blok

A-B, KPZ, pertandingan futsal di Galaxy Futsal, Bangi, Clinical Basic Health Checkup &

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

Clinical Breast Examination di Dataran Dinamis, KPZ, Grooming di Bilik Seminar 1, KPZ,

explorace di kawasan sekita KPZ dan Food Hunter di Kafeteria, KPZ.

Pada hari Ahad pula iaitu 9 Mac 2014, beberapa aktiviti juga dijalankan serentak.

Aktiviti tersebut ialah Kidz Got Talent di dataran blok A-B, KPZ, dan siapa hebat di Dataran

Dinamis.

Di samping itu, terdapat dua aktiviti yang dijalankan sepanjang 8 dan 9 Mac 2014 iaitu

Horse for Fun yang diadakan di Dataran Blok C dan Battlefield yang diadakan di Fakulti

Pendidikan, UKM.

Majlis penutupan berlangsung pada malam 9 Mac 2014 yang bertempat di Dataran Blok

A-B. Majlis bermula pada 8 malam dan mempunyai dua bahagian iaitu acara formal dan acara tidak

formal. Pada acara formal, perasmian penutupan dilakukan oleh Dato’ Hajah Zurainah binti Musa iaitu

Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad. Manakala acara tidak formal diserikan dengan artis

jemputan dari IM4U iaitu Vince AF1, Suki, Awi Rafael, Altimet, Azri AF9. Program

KAPREZA’14 berakhir pada jam 12 malam. Dengan ini disertakan tentatif program Karnival

Premier Za’ba 2014.

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PREMIER ZA’BA (KAPREZA ’14)

6 Mac 2014 (Khamis)Masa Perkara Tempat 7 malam – 9 malam Bacaan Yasin dan Solat Hajat Surau Kolej Pendeta Za‟ba

UKM 7 Mac 2014 (Jumaat) Masa Perkara Tempat 10 pagi – 1 petang “Cervical Cancer Talk” oleh

Dr Dalilah Kamaruddin, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Pemeriksaan Kanser Wanita National Cancer Society of Malaysia (NCSM) & Pemberian suntikan HPV percuma bagi tahun kelahiran ‟93, ‟94, ‟95 oleh LPPKN

Auditorium Pusanika, UKM

2 petang – 6 petang Pertandingan Tenpin Boling Terbuka Piala Pendeta

Endah Parade, Kuala Lumpur

6 petang – 11 malam Malam Dambakan Cinta Rasulullah “Insan Berselawat, Insan Penuh Rahmat”

Dataran Blok AB, Kolej Pendeta Za‟ba UKM

8 Mac 2014 (Sabtu) Masa Perkara Tempat 9 pagi – 6 petang Horse For Fun Blok C Kolej Pendeta Za‟ba

UKM 8 pagi – 10 malam Battle of The Band – “Voice of

Starz” Dataran Blok AB, Kolej Pendeta Za‟ba UKM

9 pagi – 6 petang Battlefield FPEND, UKM8 pagi – 6.30 petang Bangi’s Battle Futsal Galaxy Futsal, Seksyen 15

Bangi 9 pagi – 5 petang Free Basic Health Checkup &

Clinical Breast Examination by National Cancer Society of Malaysia *Pendaftaran di khemah sponsor

Dataran Dinamis, Kolej Pendeta Za‟ba UKM

2 petang – 6 petang Food Hunter Café Kolej Pendeta Za‟ba UKM

10 pagi – 5 petang Grooming – “Outshine Yourself Beauty Workshop” - Makeup & Skin care tutorial by Avon - Hijab tutorial by Al-Hijab

Bilik Seminar 1

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

Sisters - Health & Fitness Talk

9 pagi – 2 petang Explorace Theme : Survival Za’ba

Sekitar Kolej Pendeta Za‟ba

9 Mac 2014 (Ahad) Masa Perkara Tempat 9 pagi – 5 petang Battlefield 9 pagi – 6 petang Horse For Fun Blok C Kolej Pendeta Za‟ba

UKM 9 pagi – 12 tengahari Kidz Got Talent

(Colouring Contest, Story Telling, Talent Show)

Dataran Blok AB, Kolej Pendeta Za‟ba UKM

9 pagi – 3 petang Siapa Hebat? *Permainan Chocolate Drop, Gigantic Jengga, Twisting Twister

5 petang Raptai Majlis Penutup Pentas Utama Dataran AB, UKM

MAJLIS PENUTUP KAPREZA ‘14

8.00 malam Ketibaan para pelajar 8.30 malam Ketibaan tetamu jemputan 8.45 malam Ketibaan tetamu kehormat 8.50 malam Nyanyian lagu “Negaraku” & Pewaris

Keunggulan” 9.00 malam Persembahan Pembukaan 9.15 malam Bacaan doa 9.20 malam Kata-kata Aluan oleh Pengerusi Majlis 9.25 malam Ucapan Ketua Pengarah KAPREZA „14

Saudari Nur Ain Nadirra binti Mohd Noor 9.30 malam Ucapan Penghargaan oleh Wakil Badan Amal

Dr. Dalilah Kamaruddin Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Pemeriksaan Kanser Wanita National Cancer Society of Malaysia (NCSM) & Ucapan oleh wakil IM4U

9.35 malam Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tetamu Kehormat Dato’ Hajah Zurainah binti Musa Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad

9.45 malam Persembahan Gimik Penyampaian Cenderamata

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

10.00 malam Multimedia Show 10.20 malam Persembahan Penutup Lagu Tema dan

Flashmob KAPREZA „14 10.30 malam Tetamu Jemputan beredar ke Jamuan VVIP 10.35 malam Acara tidak formal

Persembahan Artis-artis Jemputan Vince AF1, Suki, Awi Rafael, Altimet, Azri AF9

12.00 malam Majlis Bersurai

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

7.0 Laporan Bergambar Sepanjang Program

SEBAHAGIAN POSTER PROGRAM DAN AKTIVITI

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan
Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

SAYA SEBAGAI MAJLIS TERTINGGI KESELAMATAN

MENJAGA LALU LINTAS

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNGFLASH MOB

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

CUCI-CUCI KAPREZA

LAWATAN KE NCSM

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

LE TOUR DE UKM

CANCER CHARITY CYCLING

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

MALAM DAMBAKAN CINTA RASULULLAH

TEMPIN BOWLING

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

FUTSAL

SIAPA HEBAT?

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

FOOD HUNTER

KIDZ TALENT

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

MALAM PENUTUPAN

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

ARTIS JEMPUTAN

LOGO PROGRAM

TEMA: EXPRESS YOURSELF

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewDataran blok A-B, Dataran Dinamis dan Dataran blok C telah awal dikosongkan bagi memudahkan pemasangan khemah kerana kawasan itu akan digunakan sebagai kawsan

DISEDIAKAN OLEH,

FATIN NURNADIAH BINTI BUJANG

MAJLIS TERTINGGI KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN,

KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014.