perang dunia pertama

26
Perang Dunia Pertama Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan . Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria -Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo , Bosnia . Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman , Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia. Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium , sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria- Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara- negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915 , Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917 , Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu. Perang Dunia Pertama Tarik h 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 Tempa t Eropah , Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik ) Hasil Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman , Empayar Rusia , Empayar Turki Uthmaniyyah , dan Austria-Hungaria . Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur. Pihak bersengketa Pihak Berikat Rusia Perancis United Kingdom Kanada Itali Amerika Syarikat Kuasa Pusat Bulgaria Empayar Turki Uthmaniyyah Austria- Hungary Empayar Jerman Korban dan kehilangan Mati (tentera): 5,525,000 Cedera (tentera): 12,831,500 Hilang (tentera): 4,121,000 [1] ... perincian lanjut . Mati (tentera): 4,386,000 Cedera (tentera): 8,388,000 Hilang (tentera): 3,629,000 [1] ... perincian lanjut .

Upload: nurul-syafiqah-roslan

Post on 04-Jul-2015

851 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918,

Perang Dunia Pertama

Tarikh 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918

Tempat Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)

Hasil Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungaria. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.

Pihak bersengketa

Pihak Berikat

RusiaPerancisUnited KingdomKanadaItaliAmerika

Syarikat

Kuasa Pusat

BulgariaEmpayar Turki

UthmaniyyahAustria-

HungaryEmpayar

Jerman

Korban dan kehilangan

Mati (tentera):5,525,000Cedera (tentera): 12,831,500Hilang (tentera): 4,121,000[1]

... perincian lanjut .

Mati (tentera):4,386,000Cedera (tentera): 8,388,000Hilang (tentera): 3,629,000[1]

... perincian lanjut .

Page 2: Perang Dunia Pertama

tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.

Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

Garis waktu

1914

Page 3: Perang Dunia Pertama

28 Jun : Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo. 28 Julai : Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia. 2 Ogos : Jerman menceroboh Luxembourg. 3 Ogos : Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis. 4 Ogos : Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary. 4 Ogos : Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang

ditandatangani oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium. 19 Ogos : Wilson merayu untuk berkecuali. 26 -30 Ogos: Pertempuran Tannenberg. Ogos : Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau. 5 -10 September: Pertempuran Pertama Marne. September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg. Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres. November: Pertempuran Lodz. 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan

Barat.

1915

19 Januari : Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain. 4 Februari : Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain. Februari: Pertempuran Masuria. Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle. Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert. 22 April -5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama. 23 April : Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli. 7 Mei : Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman. 13 Mei : Nota Lusitania pertama. Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow. 30 Ogos : Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan

menenggelamkan kapal tanpa amaran. 5 September : Tsar Nicholas memerintah askar Rusia. September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran

Loos. 7 Disember : David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain. 28 Disember : Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

1916

21 Februari : Pertempuran Verdun Mei-Jun: Serangan Trentino. 31 Mei : Pertempuran Jutland. 4 Jun : Serangan Brusilov. 1 Julai -18 November: Pertempuran Somme. 7 November : Woodrow Wilson dilantik semula. 31 Disember : Rasputin dibunuh.

1917

22 Januari : Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.

Page 4: Perang Dunia Pertama

1 Februari : Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.

24 Februari : Penenggelaman Laconia. 15 Mac : Tsar Nicholas turun takhta. Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku. 6 April : Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman. 16-29 April: Serangan Chemin des Dames. April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle. Jun: Pertempuran Messines. 6 Julai : Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence. 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres. 6 Ogos : Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri

Rusia. Oktober : Pertempuran Caporetto. 7 November : Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik. 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele. November: Pertempuran Cambrai. 3 Disember : Gencatan senjata Jerman-Russia. 9 Disember : Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918

3 Mac : Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary dan Turki).

15 Mac : Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang.

Mac-Jun: Serangan Ludendorff. April : Serangan Zeebruggge. Jun-Julai: Serangan Piave. 16 -17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya. 17 Julai: Ekspedisi Archangel. 29 September : Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg. September: Serangan St. Mihiel. September-Oktober: Pertempuran Megiddo. September-November: Pertempuran Meuse-Argonne. 28 Oktober : Kelasi Jerman memberontak. 9 November : Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan. 10 November : Republik Jerman ditubuhkan. 11 November : Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa

membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.

1919

28 Jun : Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.

Korban

Tentera Bersekutu

Gambar zon peperangan

Page 5: Perang Dunia Pertama

Belgium : 13,700 (0.2%) Pihak British: 908,000 (16.5%)

o Australia : 60,000o Kanada : 55,000o India : 25,000o New Zealand : 16,000o Afrika Selatan : 7,000o Britain : 715,000

Perancis : 1,354,000 (24.6%) Greece : 5,000 (0.1%) Itali : 650,000 (11.8%) Jepun : 300 (0.0%)

Rumania : 336,000 (6.1%) Rusia : 1,700,000 (30.9%) Serbia : 450,000 (8.2%) Amerika Syarikat : 50,600 (0.9%) JUMLAH: 5,497,600 (100%)

Kuasa-kuasa Pusat

Austria -Hungary: 1,200,000 (35.5%) Bulgaria : 87,500 (2.6%) Jerman : 1,770,000 (5.3%) Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%) JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam

Austria: 300,000 (4.6%) Belgium: 30,000 (0.5%) Britain: 31,000 (0.5%) Bulgaria: 275,000 (4.2%) Perancis: 40,000 (0.6%) Jerman: 760,000 (11.7%) Greece: 132,000 (2.0%) Romania: 275,000 (4.2%) Rusia: 3,000,000 (46.2%) Serbia: 650,000 (10.0%) Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%) JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama:

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Page 6: Perang Dunia Pertama

1. Peristiwa di Sarajevo yang berlaku pada 28 Jun 1914 merupakan factor serta-merta yang mencetus Perang Dunia Pertama.

2. Dalam peristiwa tersebut, Franz Ferdinand iaitu bakal Raja Austria dan isterinya Countess Sophie telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia.

3. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menyerang kedaulatan Serbia yang sudah lama menghasut rakyat Austria berbangsa Slav bangkit menentang kerajaan Austria.

4. Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan itu dan tuduhan itu turut mendapat sokongan daripada Jerman.

5. Apabila Serbia enggan menerima tuduhan ini maharaja Austria Joseph I memohon bantuan Jerman untuk menyerang Serbia.

6. Rusia sebagai sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria supaya jangan menggangu kedaulatan Serbia. Rusia juga membuat persediaan untuk berperang.

7. Jerman menasihatkan agar Rusia menghentikan persiapannya untuk berperang tetapi Rusia enggan.

8. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya Perancis.

9. Britain menyertai peperangan dengan pihak kepada Rusia dan Perancis.                                10. Serangan Jerman ke atas Perancis melalui Belgium dirancangkan dengan cermat oleh Jeneral Count Von Schlieffen dari Jerman.

11. Selain daropada Britain, Itali turut menyebelahi Rusia dan Perancis kira-kira selepas sembilan bulan perang itu berlaku.

12. Perang yang berlarutan selama empat tahun ini turut memperlihatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah memihak kepada kuasa-kuasa Tengah.

13. Manakala kebanyakan Negara di luar Eropah yang lain seperti Jepun dan China menyebelahi Pakatan Bertiga.

14. Hasil campur tangan Amerika pada tahun 1917 telah membawa kejayaan kepada pihak Pakatan Bertiga.

15. Perang Dunia I tamat pada 29 Jun 1919 selepas Perjanjian Versailles ditandatangani di antara pihak Berikat (Pakatan Bertiga) dengan Jerman .

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama :

1. Perang Dunia I telah meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada negara yang kalah dalam perang terutamanya Jerman dan Austria-Hungary.

2. Hampir semua syarat dalam Perjanjian Versailles merugikan Jerman yang

Page 7: Perang Dunia Pertama

kalah dalam perang.

3. Perang Dunia Pertama menyebabkan keruntuhan empayar Austria-Hungary :

a) Semua negara di bawah naungannya mencapai kemerdekaan.b) Kemunculan Negara-negara baru seperti Hungary, Poland,

Yugoslavia, dan Czechoslovakia.c) Beberapa perubahan turut berlaku di kebanyakan sempadan

Eropah.d) Pemerintahan Habsburg di Austria, Dinasti Hohenzollern di

Hungary dan pemerintahan Tsar di Rusia telah runtuh di Eropah.e) Austria dan Hungary telah berpisah dan muncul sebagai sebuah

republic yang berasingan.

4. Perang Dunia Pertama menyebabkan empayar Jerman merosot. Jerman telah kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahanya.                              5. Kemunculan fahaman nasionalisme dan fahaman ini berkembang pesat di Rusia dan Turki:

a) Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah digulingkan dan sebuah kerajaan

b) baru yang bercorak republik telah dibentuk. Kerajaan ini dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk.

b)  Beberapa revolusi telah meletus selepas perang. Revolusi Rusia (1917) telah berjaya menjatuhkan kerajaan beraja dan telah menubuhkan kerajaan komunis yang pertama di dunia di bawah Lenin.c) Pengaruh nasionalisme dan komunisme turut tersebar ke benua d) Asia dan kelihatan jelas dalam gerakan politik di China, India dan

Asia Tenggara.

6. Kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat:

      a) Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun berpihak kepada Britain.  b) Selain itu, Jepun juga berjaya menduduki beberapa kawasan

jajahan Jerman c) Jepun telah muncul sebagai kuasa yang terkuat di rantau Asia timur.

7. Penubuhan Liga Bangsa

8. Perang Dunia Pertama turut meninggalkan banyak kesan sosial:

     a) Mengorbankan berjuta-juta askar dan orang awam.     b) Memusnahkan banyak harta benda dan Negara-negara yang terlibat mengalami kerugian .    c) Kemiskinan berleluasa di Eropah, begitu juga dengan taraf kesihatan yang semakin merosot.     d) Ramai rakyat di Eropah menjadi pelarian

9. Perang Dunia Pertam turut meninggalkan kesan ekonomi yang teruk:

     a) Negara-negara yang terlibat terpaksa menanggung kos peperangan yang begitu tinggi     b) Inflasi dan pengangguran berleluasa di Eropah

Page 8: Perang Dunia Pertama

     c) Kemerosotan ekonomi yang teruk berlaku Eropah.     d) Negara-negara perindustrian di Eropah mengalami kerugian besar.          Kemusnahan sukar dipulihkan.     e) Amerika dan Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi dunia yang utama mengantikan negara-negara Eropah kerana kedua-dua kuasa ini beroperasi semasa Perang Dunia Pertama.     f) Kedudukan kewangan kebanyakan Negara Eropah, terutamanya Britain terancam, sebaliknya Amerika dan Jepun semakin kaya dan makmur.     g) Di Tanah Melayu, kesan Perang Dunia Pertama tidak begitu dirasai kecuali satu serangan kapal perang Jerman, “Emban” di pelaburan Pulau Pinang pada Oktober 1914.

Perang Dunia KeduaPerang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang

Perang Dunia Kedua

Pihak bersengketa

Kuasa Bersekutu Kuasa Paksi

Komander

Pemimpin Kuasa Bersekutu

Pemimpin Kuasa Paksi

Korban dan kehilangan

Kematian anggota tentera:Melebihi 14,000,000Kematian orang awam:Melebihi 36,000,000Jumlah kematian:Melebihi 50,000,000

Kematian anggota tentera:Melebihi 8,000,000Kematian orang awam:Melebihi 4,000,000Jumlah kematianMelebihi 12,000,000

Tarikh 1 September 1939 – 2 September 1945

Tempat Eropah, Pasifik, Asia Tenggara, China, Timur Tengah, Mediterranean dan Afrika

Hasil Kemenangan Kuasa Bersekutu. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar. Pemisahan negara-negara dunia kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis, menyebabkan Perang Dingin.

Page 9: Perang Dunia Pertama

terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.

Pengenalan

Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.

Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf Hitler

Page 10: Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).

Medan Eropah

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.

Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.

Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.

Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.

Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British

Page 11: Perang Dunia Pertama

(BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.

Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.

Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Peperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia

Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.

Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.

Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika

Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin

Page 12: Perang Dunia Pertama

Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.

Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945.

Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

Perang Pasifik

Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Belanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman.

Bendera 'Matahari Terbit' Tentera Imperialis Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Askar Jepun sedang memancung kepala seorang Banduan Perang Australia.

Page 13: Perang Dunia Pertama

Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea. Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.

Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tengah.

Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943.

Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.

Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan

Arah jam dari kiri-atas: Askar Komanwel di padang pasir; Orang awam China ditanam hidup-hidup oleh tentera Jepun; tentera Soviet semasa serangan pada musim sejuk; Kapal terbang Jepun di atas kapal pengangkut sedia untuk berlepas; tentera Soviet bertempur di Berlin; serangan ke atas kapal selam Jerman.

Page 14: Perang Dunia Pertama

cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun.

Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.

Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.

Medan Afrika dan Timur Tengah

Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.

Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia.

Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad.

Page 15: Perang Dunia Pertama

Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.

Kepentingan Sejarah

Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.

Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.

Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.

Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang Dingin.

Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian sebahagian besar daripada mereka.

Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.

Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan.

Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap.

Page 16: Perang Dunia Pertama

Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.

Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

Pertempuran ketenteraan

Pertempuran

Pertempuran Malaya Pertempuran Dunkirk (Operasi "Dynamo") Pertempuran Britain Pertempuran Crete Operasi Barbarossa Pertempuran Moscow Pertempuran Kursk Pertempuran Stalingrad Operasi Bagration Pertempuran Pertama El Alamein Pertempuran Kedua El Alamein Pertempuran Normandy , juga dikenali sebagai D-Day atau Operasi Overlord Pertempuran Tali-Ihantala Operasi Market-Garden (Pertempuran Arnhem) Pertempuran Monte Cassino Pertempuran Bulge (Pertempuran Ardennes, 1944) Pertempuran Hutan Hürtgen Pertempuran Berlin Pertempuran Leyte Pertempuran Peleliu Pertempuran Iwo Jima Pertempuran Okinawa Pertempuran Jambatan Lugou Pertempuran Taierzhuang Pertempuran Changsha Serangan Seratus Rejimen Pertempuran Teluk Milne

Pengepungan

Page 17: Perang Dunia Pertama

Pengepungan Leningrad Pengepungan Lwów Pengepungan Modlin Pengepungan Novorossiysk Pengepungan Odessa Pengepungan Sevastopol Pengepungan Tobruk Pengepungan Warsaw

Pertempuran laut

Pertempuran Sungai Plate Pertempuran Narvik Pertama Pertempuran Narvik Kedua Pertempuran Atlantik (1940) Pertempuran Tanjung Matapan Pertempuran Pearl Harbor Pertempuran Laut Karang Pertempuran Midway Pertempuran Guadalcanal Pertempuran Teluk Leyte

Kempen pengeboman utama

Dresden Februari 1945 Kassel 1942 - 1945 Rostock (Kilang pembinaan kapal terbang Heinckel, Dermaga, dan Bandar) Lübeck Mac 1942 Baedeker Mac 1942 London ("The Blitz" dan bom terbang roket V1 dan V2) 1940 - 1941 Stalingrad Ogos 1942 Helsinki Februari 1944, kurang berkesan kerana pertahanan udara dan

perdayaan Tallinn Februari - Mac 1944, kerosakan teruk Narva Mac 1944, bandar sempat dikosongkan sebelum pengeboman Hiroshima Little Boy 6 Ogos 1945 Nagasaki Fat Man 9 Ogos 1945 Tokyo 1942 - 1945 Warsaw 1939 & 1944 Rotterdam Mei 1940 Hamburg 1939 - 1945 Coventry November 1940

Garis pertahanan Dinding Atlantik Garis Gustav Garis Maginot Garis Mannerheim Garis Siegfried

Page 18: Perang Dunia Pertama

Garis GHQ Garis Henti Taunton

Sudut politik dan sosial peperangan appeasement Occupation of Denmark German children 1933-1945 Nazi children in the times of peace Gold Star Mothers Club for those mothers who lost their children, KIA

Logistik dan pengeluaran

Bagi pendapat saya peperangan akan merosakan semua benda hidup so apa yang terbaik dalam peperangan adalah berperang di negara orang lain macam yang emerika buat dan baik dan canggih sekali pun peralatan masa kini ianya berasal daripada peralatan menaual

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua: 1. Kelemahan Perjanjian Versailles     a) Dalam Perang Dunia Pertama, negara-nagara yang kalah dalam perang

khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan dan dikenakan pelbagai denda dan sekatan yang berat.

     b) Jerman berpendapat bahawa perjanjian ini berat sebelah dan tidak          adil kerana:

i. Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang yang banyak.

          ii. Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan kepada Perancis dan Poland. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diduduki oleh Perancis.

         iii. Zon bebas tentera diwujudkan di Rhineland, iaitu satu wilayah yang terletak di antara Jerman dan Perancis. Jerman dilarang menempatkan tentera mereka di sini.

         iv. Angkatan tentera laut dan udara Jeraman telah dikurangkan dan dihadkan          v. Kesannya, Jerman hampir muflis.         vi. Rakyat Jerman pula berasa tertindas dan tercabar dengan

syarat-syarat Perjanjian Versailles.c) Selain itu, Itali yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut berasa     tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana pampasan yang     diterima oleh Itali tidak sebanyak yang diterima oleh Perancis dan Poland.

 d) Tambahan pula, Itali tidak diberi sebarang wilayah baru sebaliknya         Perancis dan Britain mendapat wilayah yang luas.          

2. Kesan kemelesetan Ekonomi Dunia :    a) Jerman dilanda inflasi yang teruk dan perbendaharaannya hampir muflis akibat terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.    b) Penderitaan dan kesengsaraan meyelubungi rakyat kelas menengah Jerman. Selain itu, pengangguran juga berleluasa.    c) Keadaan menjadi semakin runcing apabila kemelesetan ekonomi dunia

Page 19: Perang Dunia Pertama

berlaku di antara tahun 1929-1933.    d) Inflasi yang berlaku di Itali menyebabkan ramai rakyatnya menganggur. Mereka bangun menentang dengan mengadakan tunjuk perasaan.    e) Kesannya, kerajaan Jerman dan Itali memperkenalkan gerakan politik yang radikal bagi mengatasi masalah ekonomi negara.    f) Langkah ingin meluaskan pengaruh dan kuasa oleh Jerman dan Itali serta membaiki taraf dan mengambilkan keutuhan ekonomi dalam negara turut membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua.

3. Kemunculan Benito Mussolini fahaman Fasis:    a) Penglibatan Itali dalam Perang Dunia Pertama dilihat sebagai satu usaha pemimpinnya untuk mendapatkan lebih banyak tanah jajahan bagi menampung rakyatnya yang semakin bertambah .    b) Cita-cita Itali tidak tercapai dalam Perang Dunia Pertama kerana ganjaran yang diperolehi tidak seberapa berbanding Britain dan Perancis.   

 c) Gerakan politik bersifat radikal bermula di Itali apabila Benito Mussolini menubuhkan Parti Fasis pada Mac 1919 di Milan .    d) Parti Fasis memperoleh sokongan dari semua lapisan masyarakat Itali.    e) Pada tahun 1922, Parto Fasis di bawah Benito Mussolini berjaya mengambil alih teraju kerajaan (melalui rampasan kuasa) dan menubuhkan kerajaan Fasis.    f) Semua parti lain di Itali telah dibubarkan dan Itali diletakkan di bawah        pemerintahan satu parti sahaja iaitu Parti Fasis.    g) Mussolini menjadi Perdana Menteri dan muncul sebagai pemerintah dictator di Itali. Dengan itu, cabinet dan kerajaan tempatan dihapuskan .    h) Mussolini telah mengambil langkah menguatkan angkatan tenteranya bagi mengembalikan kegemilangan Itali semasa empayar Rom dahulu.     i) Selain itu, beliau turut membangunkan Itali semula dan memulihkan kembali ekonomi Itali melalui beberapa langakah yang radikal.     j) Beliau cuba mengembalikan maruah bangsa Itali dengan meluaskan tanah jajahannya seperti:

i. Menyerang dan menguasai Habsyah (Ethiopia) di Timur Laut Afrika pada tahun 1935.

         ii. Menguasai Albania pada tahun 1939.        iii.Utali menyertai Perang Dunia Kedua di pihak kuasa-kuasa Paksi

pada tahun 1940 iaitu berpakat dengan Jerman.

4. kemunculan Adolf Hitler dan fahaman Nazisme:

    a) Orang Jerman berasa bahawa mereka tidak diberi layanan yang adil dan berperimanusiaan melalui Perjanjian Versailles.    b) Keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun1930 orang Jerman amat memerlukan seorang peninpin yang berwibawa mengembalikan kekuatan Jerman .    c) Dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang runcing inilah munculnya seorang wira Jerman, Adolf Hitler.    d) Hitler membuat tuntutan terhadap hak-hak Jerman di Eropah.    e) Jerman berjanji tidak akan mengancam kedaulatan Czechoslovakia tetapi akhirnya menguasai Czechoslovakia pada awal tahun 1939.    f) Rancangan Jerman untuk menyerang Poland menimbulkan kebimbangan pihak Britain dan Perancis.    g) Britain dan Perancis pula berjanji akan membantu serta melindungi Poland sekiranya diserang oleh Jerman .    h) Britain dan Perancis kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Jerman

Page 20: Perang Dunia Pertama

apabila tentera Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.    i)  Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

5. Kegagalan Liga Bangsa:

    a) Perang Dunia Kedua dikatakan tercetus akibat kegagalan Liga Bangsa memainkan peranan selaku pertubuhan antarabangasa yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan sejagat.    b) Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa- kuasa besar seperti Jerman dan Jepun     c) Kegagalan Liga Bangsa berfungsi dengan baik dilihat berpunca daripada keengganan kuasa-kuasa besar di dunia menyertainya.

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua:

1. Perpecahan Negara Jerman :

   a) Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah berpecah kepada dua negara :

         i. Jerman Barat (politik demokrasi)         ii. Jerman Timur (politik komunis)

   b) Tembok Berlin didirikan untuk memisahkan kedua-dua Negara yang berlainan ideology ini.   c) Penyatuan semula Jerman dilakukan pada tahun 1900 di mana Tembok  Berlin yang bersejarah ini diruntuhkan.

2. Kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru:

     a) Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa utama dunia selepas   Perang Dunia Kedua.    b) Kehilangan kuasa Jerman dan Jepun membolehkan Amerika Syarikat dan Rusia mengambil  alih kedudukan kuasa utama     c) Amerika Syarikat mengamalkan ideology demokrasi manakala

Rusia mengamalkan fahaman komunisme.   d) Perang Dingin telah wujud antara kedua-dua kuasa besar ini.   e) Walaubagaimanapun kedua-dua negara muncul sebagai Negara

terkuat dan terkaya di dunia    f) Oleh itu, kedua-dua kuasa besar ini berusaha untuk memperluas

kuasa dan pengaruh masing-masing di dunia.  g) Kesannya, beberapa Negara di Eropah Timur telah berpihak

kepada Rusia   dan menjadi negara komunis.

3. Kesan ekonomi dan social:

     a) Ekonomi Negara-negara Eropah dan Asia telah merosot.     b) Nilai mata wang jatuh dan inflasi nerleluasa.  c) Kemusnahan teruk berlaku dalam sektor pertanian, perlombongan

dan perindustrian . d) Banyak orang kehilangan pekerjaan dan masalah pengangguran

Page 21: Perang Dunia Pertama

berleluasa. e) Berjuta-juta paun dibelanjakan ubtuk kos peperangan  f) Berjuta-juta rakyat terkorban, termasuk lima juta orang Yahudi

yang dibunuh oleh tentera Nazi.

4. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Berssatu (PBB):

     a) Liga Bangsa yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua gagal memainkan peranan dengan berkesan.     b) Kuasa0kuasa besar dunia mahu menubuhkan satu pertubuhan baru untuk menggantikan Liga Bangsa     c) Matlamat utama penubuhan PBB ialah mengekalkan keamanan

dan keselamatan di dunia.

5. Keruntuhan empayar imperialisme Barat:

     a) Pejuang nasionalis tempatan mendapat inspirasi untuk menentang kuasa imperialis selepas Pertang Dunia Kedua.

     b) Kuasa British dan Perancis mengalami kemerosotan di seluruh dunia selepas Perang Dunia Kedua      c) Status dan imej kuasa imperialis Barat jatuh apabila mereka

dikalahkan oleh Jepun dalam  Perang Dunia Kedua.d) British yang merupakan kuasa imperialis yang paling besar

sebelum perang telah memberi kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahannya.

e) Perancis yang merupakan kuasa imperialis kedua terbesar terpaksa melepaskan tanah  jajahannya di Asia Tenggara dan Afrika.

f) Amerika Syarikat pula melepaskan Filipina pada tahun 1946.g) Belanda melepaskan Indonesia pada tahun 1949.

Page 22: Perang Dunia Pertama

DASAR LUAR MALAYSIA

a) Terangkan definisi dan objektif Dasar Luar Negara.

DEFINISI DAN OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan

oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang

lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar

luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang

berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan

geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa,

pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap