bahasa pertama

Upload: anajuzeana

Post on 05-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    1/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    2/38

    Menurut Wilhelm Von Humbolt,seorang sarjanaJerman,bahasa bermaksud satu sintesis daripada

    bunyi yang dibentuk oleh bentuk luaran danfikiran yang dibentuk oleh bentuk dalaman.Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mulasekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorangsejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia

    mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasakedua. Bahasa pertama ini sering juga disebutsebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    3/38

    Ada dua pengertian mengenai pemerolehanbahasa. Pertama, pemerolehan bahasamempunyai permulaan yang mendadak iaitusecara tiba-tiba. Kedua, pemerolehan bahasa

    memiliki suatu permulaan yang gradual yangmuncul dari prestasi-prestasi motorik, sosial,dan kognitif pralinguistik.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    4/38

    Pengetahuan bahasa pertama dikuasai secaratidak formal sejak peringkat awal kanak-kanak, iaitu ketika berusia seawal lapan belasbulan (Hornstein dan Lightfoot 1981; Phiney

    19870. Selain itu, proses pemerolehan iniditerima secara tidak langsung melalui ibubapa,keluarga dan masyarakat sekeliling.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    5/38

    Menurut Corder (1973) penguasaan bahasapertama merupakan proses dibawah sedardimana pada saat ia sedang memperolehkemahiran yang lain serta pengetahuan tentang

    alam sekitarnya. Kennedy (1973:68) berpendapatbahawa kanak-kanak yang mula memperolehbahasa pertamanya sentiasa terdedah padapersekitaran linguistik yang lengkap yang

    mengandungi pelbagai butiran tatabahasa danleksis orang dewasa, dan kebanyakannya tidakdifahami oleh kanak-kanak tersebut.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    6/38

    Peringkat penguasaan bahasa terbahagikepada dua iaitu peringkat pertama dalampenguasaan fonetik dan peringkat pertamadalam penguasaan makna. Pada peringkat

    pertama dalam penguasaan fonetik,menangis dianggap sebagai bahasa kanak-kanak kerana mereka belajar mengawal alamsekitar dengan tangisan. Selepas 8 bulan keatas, mereka mula bermain dengan bunyi ,menirunya dan berlatih secara konsistenmembunyikan bunyi tersebut.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    7/38

    Setelah dapat mengawal alat atrikulasinya padaumur kira-kira 2 tahun, mereka mula belajarmengucap beberapa patah perkataan.Perkembangan perbendaharaan katanya akanberkembang dari semasa ke semasa. Manakala

    dalam peringkat pertama dalam penguasaanmakna, menangis mempunyai makna tertentukepada kanak-kanak. Semasa mereka menirubunyian, ibu bapa berperanan memberi maknapada bunyi yang dihasilkan. Selepas itu, mereka

    sudah boleh mengucapkan perkataan yangmempunyai makna khusus untukmenggambarkan isi hati mereka.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    8/38

    Menurut Clare Painter (1990:24), penguasaan bahasapertama kanak-kanak melibatkan prosespemindahan awal. Proses ini dapat dijelaskan sepertiyang berikut:

    The move into mother tongue is characterised first by

    the introduction of names into the system, and by thedevelopment of two tones conveiying two differentfunctional meaning. A small core of vocabulary wasfreely usable on either tone, allowing the sameexperiential meaning to be combined with either oftwo kinds of primitive speech role. Most names

    however, occured always with same tone; some beingrestricted to level tone and pragmatic uses, others tofalling tone and mathetic uses.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    9/38

    i. Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur

    Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangankanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudianmencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataandan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarangkemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain.

    Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengansendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awaldaripada proses melahirkan ucapan.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    10/38

    ii. Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus Lazimnya setiap kemahiran bahasa dikuasai

    dengan cara yang perlahan dan inimembolehkan beberapa aspek bahasa itudapat dikuasai secara sekaligus. Bahasamempunyai banyak rumus dan peraturan dansemuanya ini dikuasai secara serentak.Kanak-kanak dapat menguasai bunyi,perkataan, pengimbuhan, makna, danpenggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    11/38

    iii. Kanak-kanak mempelajari menggunakanbahasa tetapi tidak tahu mengenainya.

    Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanaktidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses

    menguasai bahasa tersebut. Mereka belajarmenggunakannya. Kanak-kanak tidak dimintamenjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atausalah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya.Contohnya dalam aspek tatabahasa, kanak-

    kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnyatetapi cukup sekadar menggunakannya dalamayat-ayat yang betul.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    12/38

    iv. Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut

    konteks makna Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu

    dengan memerhati atau mendengar dan

    kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalamkeadaan yang serupa bagi memberikan maknanya.Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapimereka amat mengetahui hubungan perkataandengan perkataan dalam ayat dan antara ayat denganayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu

    perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalamkonteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulahmencari konteks makna bagi menjelaskan maknaperkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    13/38

    penggunaan perkataan yang betul. v. Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri

    mempelajari bahasa dan pertuturan.

    Kanak-kanak mempelajari pertuturan mengikut

    kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkinkebiasaan seseorang individu atau kumpulanpenutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiridan mempunyai tabiat dalam cara bertutur yang

    tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalangmengembangkan kebolehan mereka berbahasasecara tersendiri.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    14/38

    Mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu

    perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk menjadianggota kepada sesebuah masyarakat. Hal ini kerana melaluibahasa khusus bahasa pertama (B1), seorang kanak-kanakbelajar untuk menjadi anggota masyarakat. Bahasa Pertamamenjadi salah satu media untuk mengungkapkan perasaan,keinginan, dan pendirian dalam bentuk-bentuk bahasa yangdianggap ada.

    Sistem fikiran yang terdapat pada seorang kanak-kanakdibangun sedikit demi sedikit apabila ada rangsangan duniasekitarnya sebagai input (iaitu apa yang dilihat, didengar, dandisentuh yang menggambarkan benda, peristiwa dan keadaan

    sekitar yang mereka alami). Lama-kelamaan pemikirannya akanterbentuk dengan sempurna. Setelah itu sistem bahasanya akanmenjadi lengkap dengan perbendaharaan kata dantatabahasanya turut terbentuk.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    15/38

    Bahasa awal-awal yang diperoleh oleh kanak-kanakinilah yang dikatakan bahasa pertama mereka iaitu sebelummereka mempelajari bahasa lain sebaai bahasa kedua ataubahasa asing.

    Senarai Rujukan: 1. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,

    1997. Pengajian Melayu 2. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. Bhd

    2. Zamri Mahamod, 2008. Psikolinguistik Dalam Pengajarandan Pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma PublicationsSdn. Bhd

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    16/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    17/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    18/38

    Penguasaan Kemahiran Bahasa

    Dalam pemerolehan bahasa pertama, penguasaan sesuatukemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur. Mula-mulamereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian

    mencantumkan unit-unit bunyi menjadi perkataan danselepas itu mencantumkan perkataan-perkataan menjadiungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati danmenangkap sebarang kemahiran bahasa ibunda daripadapenutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir

    dengan sendiri. Proses kefahaman boleh wujud lebih awaldaripada proses melahirkan ucapan.

    Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satuproses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuankemahiran bahasa. Latihan-latihan peneguhan diberikan

    untuk membentuk tabiat bahasa yang dipelajari.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    19/38

    Dalam pemerolehan bahasa pertama setiap kemahiran

    bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan. Cara inimembolehkan beberapa aspek bahasa dapat dikuasaisecara sekali gus. Sebagaimana diketahui, bahasamempunyai banyak rumus dan peraturan. semuanya itudikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya dapatmenguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, danpenggunaannya dalam ayat secara sekali gus.

    Hal ini berbeza dengan pengajaran bahasa kedua yangmesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktivitipengajaran bermula daripada kemahiran mendengar,kemudian bertutur, kemahiran membaca dan kemahiranmenulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itudahulu sebelum mengajar bentuk-bentuk tulisan. Cara iniakan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yangberkesan.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    20/38

    Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawakanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut.Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskansebab binaan ayat itu adalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu betuldan salah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidakdiminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannyadalam ayat-ayat yang betul.

    Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar secaramembuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar menerimapelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka diberi latih tubi dalam pola-pola yang diajar.Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa

    menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konseptatabahasa. Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan ituadalah salah atau betul.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    21/38

    Mempelajari Penggunaan Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan

    bahawa kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untukmenguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya.Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan sebab binaan ayat ituadalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu betul dansalah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanaktidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadarmenggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

    Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajarsecara membuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkanpelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan danperkaitan antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka diberi latihtubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk

    menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskanmasa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan ituadalah salah atau betul.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    22/38

    Penggunaan Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar

    menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dankemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yangserupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistemtatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan antara perkataandalam ayat dan hubungan antara satu ayat dengan ayat lain. Merekamenggunakan sesuatu perkataan dalam konteks makna, bukannyadalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencarikonteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberilatihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul.

    Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, makna haruslahdipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri.Makna perkataan perlulah diajar dalam konteks agama, adat dan adab,dan budaya. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan

    makna.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    23/38

    Kebiasaan Mempelajari Bahasa Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-

    kanak mempelajari pertuturan menurutkebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkinkebiasaan seseorang individu atau kelompok

    penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiridan mempunyai tabiat bertutur yang tersendiri.Kanak-kanak tidak perlu dihalangmengembangkan kebolehan mereka berbahasasecara tersendiri.

    Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasakedua. Pembelajaran berlaku secara formal danmempunyai guru. Peluang pembelajaran hanyadapat diikuti di tertentu sahaja.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    24/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    25/38

    Tatacara Penguasaan Cara memperolehi bahasa pertama tidak sama dengan cara menguasai bahasa

    kedua. Pemerolehan bahasa pertama melalui proses tidak formal. Sebaliknya,pembelajaran bahasa kedua memerlukan usaha gigih dan perancangan teliti.Manusia tidak perlu berguru dalam institusi formal untuk membolehkan merekabertutur dengan baik dalam bahasa ibunda. Sebaliknya, seseorang perlu berguru

    secara formal untuk mempelajari bahasa kedua, walaupun tidak menjamin orangberkenaan bertutur dengan fasih dan lancar dalam bahasa tersebut. Proses-proses yang menghasilkan kemahiran berbahasa dalam bahasa

    pertama dan bahasa kedua adalah berbeza. Hal ini dapat dilihat dari istilah yangdigunakan. Bagi bahasa pertama, istilah penguasaan atau pemerolehandigunakan, manakala bagi bahasa kedua, istilah pemelajaran digunakan. Dalamhal ini, Kamarudin (1988) menyatakan :

    Berbeza dengan pemelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa keduabukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pemelajaran. Inidilakukan dalam keadaan yang lebih formal, memerlukan banyak latihan danpengulangan hingga menjadi sesuatu tabiat.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    26/38

    Fungsi Tujuan yang menguasai pengetahuan bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua adalah

    berbeza. Berlainan dengan proses pemerolehan bahasa pertama, pembelajaran bahasa keduamerupakan usaha yang ditentukan oleh manfaat yang bakal diperoleh.

    Tujuan mempelajari bahasa kedua biasanya dikaitkan dengan peranan bahasa dalamkehidupan seseorang pengguna. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua sering mengarah kepadasesuatu tujuan yang tertentu.

    Kebebasan Memilih

    Dalam konteks ini, proses pemerolehan bahasa pertama merupakan satu proses yang tidak adapilihan. Manakala proses penguasaan bahasa kedua pula adalah proses yang ada pilihan.Proses penguasaan bahasa kedua didorong oleh sebab-sebab tertentu. Biasanya kanak-kanakbahasa pertama mendapat dorongan dan motivasi yang kuat untuk mempelajari bahasa itubersungguh-sungguh. Ini kerana mereka mempunyai keperluan untuk menggunakan bahasaitu. Ia agak berbeza dengan pemelajaran bahasa kedua. Keinginan untuk mempelajari bahasaini tidak kuat walaupun mereka sedar bahasa kedua itu berguna.

    Corak perasaan dan bentuk pemikiran akan menentukan sama ada seseorang itu akanberusaha gigih atau tidak mempelajari bahasa kedua. Bagi bahasa pertama pula, penguasaanpengetahuannya berlaku secara semulajadi, dan tidak ada kanak-kanak normal yang terkecualidaripada menguasai pengetahuan bahasa pertama.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    27/38

    Kejayaan Penguasaan Penguasaan pengetahuan bahasa oleh penutur

    bahasa pertama dan bahasa kedua adalah berbeza.Dalam bahasa pertama, kanak-kanak, secara genetik,

    telah diprogramkan untuk berjaya dalam prosespenguasaan bahasa pertama. Proses tersebutmerupakan proses menyesuaikan pengetahuanbahasa semula jadi yang sedia ada dengan sistembahasa pertama mereka.

    Sementara pembelajaran bahasa kedua pula, faktor

    genetik tidak memainkan peranan penting. Faktor-faktor luaran yang menentukan kejayaanproses pembelajaran bahasa kedua berkenaan. :

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    28/38

    Berkenaan hal ini, Abdullah Hassan (1987)menegaskan pemerolehan bahasa ibu tidakberlaku di kalangan kanak-kanak secara tidakformal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua

    pula terpaksa dipelajari dan hanyaberkembang melalui latihan dan pengukuhan.Bukan itu sahaja yang berlaku, kita mestimempunyai dorongan dan sikap yang sihat

    untuk dapat belajar dengan berkesan.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    29/38

    Masa Dari segi masa, kanak-kanak mempelajari

    bahasa kedua sering mengalami kesulitan.Mereka tidak mempunyai masa yang cukup dantidak pula dapat menumpukan perhatian

    sepenuhnya terhadap bahasa yang dipelajari itu.Bahasa yang dipelajari tidak dapat dipraktikkansepenuhnya, sebagaimana mereka menggunakanbahasa ibunda sehari-hari. Peluang mempelajaridan menggunakannya berlaku di dalam kelas-

    kelas sahaja.

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    30/38

    http://www.geocities.com/pendidikmy/cikgupjj/

    bahasapertamabahasakedua.html http://www.google.com.my/search?q=pemeroleh

    an+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2 http://massofa.wordpress.com/2008/01/28/pe

    merolehan-bahasa-pertama-dan-bahasa-kedua/ Dicatat oleh MBi di 5:44:00 PM

    http://www.google.com.my/search?q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2http://www.google.com.my/search?q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2http://www.google.com.my/search?q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2http://www.blogger.com/profile/17453445182765653811http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.htmlhttp://www.blogger.com/profile/17453445182765653811http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=1840727715764324365&postID=8912193645574015739http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.htmlhttp://www.blogger.com/profile/17453445182765653811http://www.blogger.com/profile/17453445182765653811http://www.google.com.my/search?q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2http://www.google.com.my/search?q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2
  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    31/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    32/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    33/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    34/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    35/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    36/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    37/38

  • 7/31/2019 Bahasa Pertama

    38/38