user manual b2s

11
MANUAL PENGGUNA (MURID) UNIT APLIKASI PENGURUSAN PENDIDIKAN (UAPD) BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: zafarul

Post on 09-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

user mnual

TRANSCRIPT

  • MANUAL PENGGUNA (MURID)

    UNIT APLIKASI PENGURUSAN PENDIDIKAN (UAPD)

    BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 1

    1.0 PENGENALAN

    Sistem PEMUDAH Challenges: Back To School disediakan untuk membolehkan pengguna (murid) menyertai peraduan dengan mengemukakan cadangan berkaitan penambahbaikan sekolah. Peraduan ini merupakan satu program anjuran PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Dalam sistem ini, murid boleh mengemukakan cadangan dengan menaip cadangan mereka melalui antara muka (borang) yang disediakan. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

    2.0 CARA MEMBUAT CAPAIAN DAN LOG MASUK KE SISTEM

    1. Untuk mencapai sistem PEMUDAH Challenge: Back To School, pengguna dinasihatkan ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my bermula pada 09 Mac 2015 sehingga 31 Mei 2015.

    2. Pengguna akan melihat laman utama sistem seperti pada Rajah 2.1. Dari laman ini pengguna (murid) boleh:

    Log masuk ke sistem Memaparkan/mencetak/memuat turun syarat penyertaan Memaparkan/mencetak/memuat turun manual pengguna Memaparkan maklumat perhubungan/ pegawai yang

    boleh dihubungi

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 2

    Rajah 2.1 Laman Utama Sistem Pemudah Challenge : Back To School

    3. Sekiranya pengguna ingin melihat, mencetak atau memuat turun syarat penyertaan, klik pada ikon Syarat Penyertaan . Tetingkap (window) baru akan dibuka memaparkan syarat penyertaan dalam format pdf .

    Pautan untuk papar Syarat Penyertaan

    Pautan untuk papar Manual Pengguna

    Pautan untuk papar maklumat perhubungan pegawai KPM

    Pautan Khas untuk Pentadbir program/Sistem sahaja.

    Pautan untuk murid log Masuk cadangan/idea.

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 3

    4. Klik pada ikon Manual Pengguna sekiranya pengguna ingin merujuk manual penggunaan sistem. Skrin seperti rajah 2.2 akan terpapar.

    Rajah 2.2 : Skrin Manual Pengguna

    5. Klik pada ikon Hubungi Kami sekiranya pengguna ingin berhubung dengan

    pegawai berkaitan program atau sistem ini. Skrin seperti di Rajah 2.3 akan dipaparkan.

    Rajah 2.3 : Skrin Maklumat Perhubungan (Hubungi Kami)

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 4

    6. Untuk log masuk ke sistem, klik pada ikon dan skrin log masuk akan terpapar seperti rajah 2.4. Pilih Negeri dan Sekolah dari senarai drop down serta masukkan No. MyKid atau No. Sijil Kelahiran. Ikuti langkah seperti yang tertera dalam rajah 2.4.

    Rajah 2.4 : Skrin ruangan Log Masuk Cadangan Murid

    7. Klik butang Reset sekiranya ingin mengosongkan maklumat No. MyKid atau No. Sijil Kelahiran yang dimasukkan.

    8. Klik butang Semak untuk terus ke laman kemasukan cadangan.

    9. Sekiranya maklumat No. MyKid atau No. Sijil Kelahiran tiada dalam sistem, mesej seperti di Rajah 2.5 akan dipaparkan.

    Nota: Murid perlu memaklumkan kepada guru kelas supaya maklumat No. MyKid atau No. Sijil Kelahiran dikemaskini oleh guru di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

    Rajah 2.5: Maklumat murid Tiada Dalam Rekod

    Langkah 1

    Langkah 2

    Langkah 3

    Langkah 4

    Mesej

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 5

    10. Skrin seperti di Rajah 2.6 akan dipaparkan sekiranya pengguna berjaya log

    masuk ke sistem.

    Rajah 2.6 : Skrin Kemasukan Cadangan

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 6

    3.0 MENGISI DAN MENGHANTAR CADANGAN

    1. Pada skrin kemasukan cadangan seperti di Rajah 3.1, pilih kategori cadangan dari senarai drop down.

    2. Masukkan cadangan pada ruangan yang disediakan dengan tidak melebihi 255 aksara.

    Rajah 3.1: Langkah Masuk Cadangan/Idea

    Langkah 1 : Pilih Kategori Cadangan

    Langkah 2 : Isi Cadangan/Idea

    Langkah 3 : Hantar Cadangan

    Langkah 0 : Untuk lihat contoh cadangan

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 7

    3. Klik butang Lihat Contoh sekiranya ingin melihat contoh cadangan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. Paparan adalah seperti di Rajah 3.2.

    Rajah 3.2: Skrin Contoh Cadangan

    4. Jika telah berpuas hati dengan cadangan yang dimasukkan, klik butang Hantar

    Cadangan. Cadangan yang disimpan akan dipaparkan semula seperti di Rajah 3.3 dan Rajah 3.4

    Rajah 3.3: Skrin Makluman Cadangan Telah Disimpan

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 8

    Rajah 3.4: Skrin Maklumat Cadangan

    5. Klik ikon Cetak seperti di Rajah 3.4 sekiranya pengguna ingin lihat dan cetak

    maklumat cadangan yang dihantar.

    6. Maklumat Cadangan/Idea sedia untuk dicetak seperti paparan Rajah 3.5

    Cetak

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 9

    Rajah 3.5: Skrin Cetak Cadangan

  • Manual Pengguna (Murid) - Sistem Pemudah Challenge V2 Muka surat 10

    Kawalan Sistem Semasa Kemasukan Cadangan 7. Sekiranya pengguna klik butang Hantar Cadangan tanpa mengisi sebarang

    cadangan, sistem akan memaparkan mesej seperti di Rajah 3.6.

    8. Sekiranya pengguna klik butang Hantar Cadangan untuk tujuan menghantar

    lebih dari (1) cadangan, mesej seperti di Rajah 3.7 akan dipaparkan. Nota: Hanya satu (1) cadangan dibenarkan daripada setiap murid.

    Rajah 3.7: Mesej Kawalan Bilangan Cadangan

    Rajah 3. 6 : Mesej Tiada Maklumat Cadangan