usahawan

4
Nama : Datuk Yusuf Taiyoob Jawatan : Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd Asal : Georgetown, Pulau Pinang Umur : 52 tahun Isteri : Datin Yusnita Ramli Anak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3) Adik-beradik : Anak sulung daripada empat beradik Jenis perniagaan : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan Ciri : Berpandangan jauh. Contohnya, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaannya dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk

Upload: azlin

Post on 18-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

it is about successful entrepreneur that has contributed a lot in the business industry.

TRANSCRIPT

Nama : Datuk Yusuf TaiyoobJawatan : Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn BhdAsal : Georgetown, Pulau PinangUmur : 52 tahunIsteri : Datin Yusnita RamliAnak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)Adik-beradik : Anak sulung daripada empat beradikJenis perniagaan : Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahanCiri : Berpandangan jauh. Contohnya, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaannya dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Tahun lahir : 1951 Pendidikan: SPMMula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan: RM1,425 jutaKe 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat Kereta: Proton Perdana Sikap : Serba boleh . Contohnya, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.