usaha awal ke arah penyatuan british

Upload: mohamad-farhan

Post on 22-Jul-2015

141 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APAKAH PERBEZAAN DALAM USAHA AWAL BRITISH UNTUK MENYATUKAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU DENGAN DI SABAH SARAWAK Terdapat banyak usaha British dalam menyatukan pendidikan di tanah Melayu dan di Sabah Sarawak pertamanya lihat di Tanah Melayu. Terdapat banyak rancangan dalam pembaharuan di dalam pendidikan. Antara rancangan tersebut ialah Rancangan Cheeseman, tujuan utamanya ialah membaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan. ciri-cirinya ialah pendidikan peringkat rendah (asas) percuma dalam semua bahasa penghantar, kedua, peringkat menengah(pertengahan) menggunakan bahasa inggeris, bahasa melayu, bahasa manderin dan bahasa tamil sebagai bahasa penghatar, dan ketiga, bahasa inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular. Keburukan ialah rancangan cheeseman hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah sahaja dan rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing. Kedua ialah Penyata Barnes (1950), Dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Bahagian Sosial Universiti Oxford,1950. Tujuan utamanya ialah mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang melayu. Antara ciri-cirinya ialah dibentuk satu pendidikan yang bercorak kebangsaan, kedua, menubuhkan hanya satu corak sekolah rendah, yang disebut sekolah kebangsaan(national school) untuk semua kaum., ketiga sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum. Keempat, menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa melayu dan inggeris. Dan kelima Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil dihapuskan di peringkat menengah dan selanjutnya digunakan bahasa Inggeris sahaja. Dan keburuka dari peracangan ini ialah penolakan oleh semua kaum iaitu kaum MELAYU, CINA dan INDIA. Ketiga, Penyata Fenn-Wu, Jawatakuasa Fenn-Wu ditubuhkan pada 1951 dipengerusikan oleh Dr William P.Fenn/Dr Wu Teh-yeo. Tujuan utamanya ialah mengkaji sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Seterusnya Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengkaji penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan sekolah Cina Antara ciri cirinya ialah Sek Cina diteruskan dan diberi

bantuan, kedua, bahasa Cina tidak wajar diabaikan ketiga, Sek Cina tidak terhapus sehingga Cina sendiri Menghapuskannya dan keempat Buku Teks sek Cina mesti berorentasi Tanah Melayu. Keburukannya ialah tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini. Yang keempat ialah Ordinan Pelajaran 1952, Ditubuhkan oleh kerajaan British rentetan dari 2 laporan sebelum ini (1952). Tujuan Utamanya ialah untuk mengkaji cadangan-cadangan kedua-dua laporan tersebut dan mencari satu kompromi atau jalan tengah yang baik. Ciri-cirinya ialah Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolahsekolah melayu , kedua, Bahasa Melayu dan Bahasa Iggeris mula dikuatkuasakan di sekolah Cina dan Tamil, ketiga Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, keempat,Pendidikan Agama Islam dijalankan pada waktu persekolahan untuk murid beragama Islam sama ada dalam kawasan Sekolah atau berhampiaran dan Kelima Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan serta keburukanya ialah Ordianan ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan & suasana politik kurang stabil (zaman darurat) Seterusya lihat Di Sabah Sarawak, dimana di Sabah Sarawak tidak banyak berlaku perubahan, Antara usaha kearah penyatuan pendidikannya ialah LAPORAN WOODHEAD 1955 (SABAH DAN SARAWAK), Tujuan utamanya ialah Laporan ini dibuat kerana terdapat perbezaan yang ketara dalam pembangunan . Ciri-cirinya ialah kepentingan BI sebagai lingua- franca, kedua, kerajaan perlu ambil bahagian dalam kemudan sekolah, ketiga,mewujudkan latihan pasca siswazah, keempat, biasiswa disediakan bagi kurang mampu, kelima, Kerajaan Sabah menerima laporan ini dan memperbaiki pengajaran bahasa di semua jenis sekolah. Dan keenam kerajaan Sarawak meminta buku teks orentasi tempatan Keburukan yang wujud ialah Ordianan ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan & suasana politik kurang stabil (zaman darurat) .

Selain itu, Gologan Mubaligh Kristian berperanan penting dalam perkembangan sistem pendidikan di Sabah. Pendidikan di sarawak dikelolakan oleh 3 Golongan 1. mubaligh Kristian 2. Kerajan Brookedan Masyarakat Cina