untuk siaran serta-merta - · pdf filemembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan...

5
U ntuk S iaran S erta-merta Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Boon Siew Honda Head Office, 04-2613422 John Woo / 012-4870043 / [email protected] JIREH CONSULT, 03-7710 8122 Debbie Koh / 012-206 1961 / [email protected] Sheau Huey / 012-580 2517 / [email protected] Boon Siew Honda Perkenalkan Dua Model Bertransmisi Automatik yang Menjadi Ikutan – Spacy dan PCX Serba Baru Spacy yang menyeronokkan dan praktikal menawarkan aspek utiliti, kapasiti, kestabilan serta keselamatan PCX menawarkan pelbagai ciri mewah dan kemudahan terkini dalam satu pakej enjin penuh prestasi Petaling Jaya, 31 Oktober 2012 – Boon Siew Honda Sdn Bhd mencetuskan trend dari aspek tunggangan yang menyeronokkan dan mudah menerusi pengenalan model Spacy dan PCX serba baru pada hari ini. Kedua-dua model global Transmisi Automatik ini telah memberi impak yang bagus di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia. Kini, ia boleh didapati di Malaysia dengan menampilkan aspek keselamatan termaju, dimensi yang ditambah baik dan gayaan selesa. Menjadikan aspek seperti mudah ditunggang, selamat dan jimat bahan api sebagai ciri utama, Spacy dan PCX juga padat dengan teknologi serta inovasi termaju. Kedua-dua model bertransmisi automatik itu direka agar lebih bergaya dan mudah dikendalikan, sekali gus menjadikan tunggangan semakin menyeronokkan. Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Di Boon Siew Honda, kami percaya bahawa pasti ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup. Dalam perniagaan yang melibatkan semua jenis motosikal, pasti ada ruangan untuk model- model bertransmisi automatik yang mudah ditunggang dan diselenggara. Hari ini, kami membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baru melalui model Spacy dan PCX,

Upload: duonghanh

Post on 01-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Untuk Siaran Serta-merta - · PDF fileMembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih

Un t u k S i a r a n Se r t a - m e r t a Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Boon Siew Honda Head Office, 04-2613422 John Woo / 012-4870043 / [email protected] JIREH CONSULT, 03-7710 8122 Debbie Koh / 012-206 1961 / [email protected] Sheau Huey / 012-580 2517 / [email protected]

Boon Siew Honda Perkenalkan Dua Model Bertransmisi Automatik yang Menjadi Ikutan – Spacy dan PCX Serba Baru

• Spacy yang menyeronokkan dan praktikal menawarkan aspek utiliti, kapasiti, kestabilan

serta keselamatan • PCX menawarkan pelbagai ciri mewah dan kemudahan terkini dalam satu pakej enjin

penuh prestasi

Petaling Jaya, 31 Oktober 2012 – Boon Siew Honda Sdn Bhd mencetuskan trend dari

aspek tunggangan yang menyeronokkan dan mudah menerusi pengenalan model Spacy

dan PCX serba baru pada hari ini. Kedua-dua model global Transmisi Automatik ini telah

memberi impak yang bagus di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia. Kini, ia boleh

didapati di Malaysia dengan menampilkan aspek keselamatan termaju, dimensi yang

ditambah baik dan gayaan selesa.

Menjadikan aspek seperti mudah ditunggang, selamat dan jimat bahan api sebagai ciri

utama, Spacy dan PCX juga padat dengan teknologi serta inovasi termaju. Kedua-dua

model bertransmisi automatik itu direka agar lebih bergaya dan mudah dikendalikan, sekali

gus menjadikan tunggangan semakin menyeronokkan.

Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon

Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Di Boon Siew Honda, kami percaya bahawa pasti

ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup.

Dalam perniagaan yang melibatkan semua jenis motosikal, pasti ada ruangan untuk model-

model bertransmisi automatik yang mudah ditunggang dan diselenggara. Hari ini, kami

membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baru melalui model Spacy dan PCX,

Page 2: Untuk Siaran Serta-merta - · PDF fileMembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih

dua model bertransmisi automatik dengan ciri-ciri baru yang menarik.”

Honda Spacy Serba Baru

Funky dan Menyeronokkan yang hadir bersama aspek Kefungsian

Spacy direka untuk keseronokan bersama ciri kegunaan yang tinggi dan kapasiti besar. Ia

luas dalam semua segi, daripada kebuk utiliti (Kebuk-U) bersaiz XL dengan kapasiti 18 liter

yang mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh (full-face helmet) hinggalah

tangki minyak berkapasiti 5.2 liter yang tidak memerlukan penunggang kerap mengisi

minyak. Dengan ruang menjadi tema utamanya, panel kaki juga dibina agar lebih luas.

Selain tempat duduk lebih luas dan kotak hadapan yang boleh memuatkan botol bersaiz 500

liter dan barangan kecil lain. Spacy mempunyai gaya dan kegunaan secara sepenuhnya.

Ciri-ciri mengagumkan itu dihasilkan untuk memberikan kualiti tunggangan yang lebih

menyeronokkan buat penunggang dan pembonceng!

Aspek keselamatan dan kestabilan juga diutamakan pada Spacy baru menerusi fungsi tuas

pengunci brek dan tayar tanpa tiub. Fungsi tuas pengunci brek boleh diaktifkan dengan

mudah melalui satu klik yang senyap, sekali gus memberi kelegaan kepada penunggang

untuk mengelakkan mereka daripada memulas pendikit minyak ketika sedang melahu

secara tidak sengaja. Membrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan

terbaik walaupun di atas jalan yang licin.

Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih baik berbanding tayar konvensional. Tayar

Tanpa Tiub Spacy yang tahan lasak memastikan angin tidak keluar sekaligus ketika ia

pancit. Menambah aspek keselamatannya, Spacy memiliki ciri Suis Tongkat Sisi (Side

Stand Switch) yang mematikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan, satu

rekaan yang menambahkan ciri-ciri keselamatan.

Kejelasan pandangan untuk penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya

kritikal. Spacy hadir bersama lampu hadapan besar yang pantas menyuluh ke arah selekoh.

Bahagian belakang pula mempunyai rekaan yang elegan dengan lampu isyarat membelok

yang besar dan lampu kabus memberikan penglihatan lebih jelas pada waktu malam. Ini

meningkatkan keselamatan apabila menunggang pada malam hari, hujan atau keadaan

berkabus. Lampu belakang pula mempunyai rekaan yang mempesona dengan lampu

Page 3: Untuk Siaran Serta-merta - · PDF fileMembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih

isyarat membelok dipisahkan bagi memudahkan ia dilihat oleh motosikal yang berada di

belakangnya.

Honda Spacy menggunakan penyejuk kipas, enjin OHC silinder tunggal bersesaran 110cc

empat lejang yang dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Enjin itu cukup ekonomikal

dan cekap bahan api dengan catatan 41.5km untuk setiap liter petrol, selain menepati

standard emisi Euro II, berdasarkan ujian Mod ECE40. Penutup kuncinya bercahaya ketika

gelap dan dilengkapi sistem kunci bermagnet yang mudah digunakan serta mengurangkan

risiko kecurian.

Boleh didapati dalam Hitam Megalanik, Merah Euforia Metalik dan Putih Mutiara Metaloid,

Spacy ditawarkan pada harga di atas jalan (OTR) RM4,999.00 dengan insurans

penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan selama 2 tahun atau perbatuan

sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu). Spacy juga boleh didapati dalam warna Oren

Berluminositi bermula pada Mac 2013.

Honda PCX Serba Baru

Model Transmisi Automatik mewah dan berprestasi yang sarat dengan ciri dan kemudahan

Honda menggabungkan tunggangan yang selesa dan mudah dengan rekabentuk yang

bergaya sukan dan berprestasi tinggi dengan pelancaran All-New Honda PCX yang serba

mewah. Model Transmisi Automatik ini dibina sebagai sedan selesa peribadi (Personal

Comfort Sedan) yang juga mesra alam.

Buat pertama kalinya, sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) Honda digunakan pada

rangkaian model transmisi automatik PCX. PGM-FI menawarkan halaju pembakaran dan

prestasi penyejukan yang optimum. Enjin SOHC empat lejang bersesaran 153cc bersama

sistem penyejukan cecair dan enhanced Smart Power (eSP) direka untuk ketahanan, jimat

bahan api, selain menyediakan kuasa serta tork. Ia juga beroperasi dengan senyap dan

menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu 50.2 kilometer bagi setiap liter

petrol, berdasarkan ujian Mod ECE40.

Menambah ciri penjimatan bahan api mengagumkan itu adalah sistem Idling Stop baharu

yang akan mematikan enjin secara automatik apabila ia melahu selepas tiga saat. Sistem

Idling Stop turut meliputi penghidup ACG yang membolehkan enjin dihidupkan dengan

Page 4: Untuk Siaran Serta-merta - · PDF fileMembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih

lancar serta menghilangkan bunyi bising yang biasanya timbul apabila gear penghidup enjin

dimasukkan. Enjin kemudian akan dihidupkan secara automatik apabila trotel minyak

dipulas. Hasilnya, bahan api mampu dijimatkan sebanyak 7% berdasarkan ujian Mod ECE

R40.

Untuk memperoleh proses membrek yang lebih lancar dan berkesan, sistem brek kombinasi

(Combined Brake System, CBS) beroperasi di antara brek cakera hadapan atau angkup tiga

omboh dan deram belakang bagi menyeimbangkan tekanan membrek.

PCX menggunakan roda aluminium 14 inci bersama tayar tanpa tiub yang meningkatkan

kestabilan dan keselamatannya. Satu lagi ciri keselamatan yang ada pada PCX ialah

enjinnya akan dimatikan secara automatik apabila tongkat sisi digunakan, disebabkan

kepada Suis Tongkat Sisi yang digunakannya.

Menambah gaya penampilan luarannya, PCX hadir bersama lampu belakang dengan lampu

signal berasingan. Ini memberikannya gaya sporty dan pada masa yang sama membuatkan

penunggang lebih mudah dilihat oleh motosikal di belakangnya. Lampu hadapan dwi besar

bersama lampu posisi bukan sahaja nampak elegan. Malah lampu yang besar dan lampu

kabus itu memberikan pencahayaan lebih baik pada waktu malam. Meter laju elektronik

membolehkan maklumat tunggangan dilihat dengan jelas, manakala skrin LCD memaparkan

tolok bahan api dan penunjuk Hidup / Henti Automatik.

Untuk perjalanan lebih jauh, tempat duduk yang selesa dan ruang penyimpanan luas

sememangnya amat penting. PCX menyelesaikan masalah ini dengan tempat duduk luas

bersama ciri posisi tunggangan Sit-in. Sementara satu kotak konsol untuk meletakkan

barangan peribadi seperti cermin mata hitam, sarung tangan dan Kebuk-U bersaiz XL

berkapasiti 25 liter yang boleh menempatkan sebuah topi keledar muka penuh turut

disediakan.

Mengisi minyak ke dalam tangki berkapasiti 5.9 liter menjadi lebih mudah menerusi ciri

Pembuka Pop-up. PCX yang sarat dengan pelbagai ciri sememangnya memberikan para

penunggang tahap keselesaan terbaik dan ketenangan minda sewaktu menunggang, sekali

gus menjadikannya kenderaan harian yang sempurna.

Page 5: Untuk Siaran Serta-merta - · PDF fileMembrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan terbaik walaupun di atas jalan yang licin. Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih

PCX hadir dalam dua varian. Varian Deluxe tampil dengan warna Putih Mutiara Metaloid

dan ditawarkan pada harga RM10,888.00. Sementara varian standard boleh didapati dalam

Hitam Magelanik dan Kelabu Metalik Berkilau dengan harga RM10,688.00. Kedua-dua

varian itu hadir bersama insurans penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan

selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi

nombor Tol Percuma Boon Siew Honda Toll Free di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga

Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).

# # #