tajuk: pelantar meletak kunci tayar tayar, jabatan...

23
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019 - PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________ 1 |MBPP TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN PENGUATKUASA, MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 1. PENGENALAN (a) Penerangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang i) Latar Belakang Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan salah satu daripada dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan yang ada di Negeri Pulau Pinang. Keluasan pentadbirannya adalah 299.65 km persegi yang meliputi dua daerah iaitu Daerah Timur Laut dengan keluasan 125.61 km persegi dan Daerah Barat Daya dengan keluasan 174.04 km persegi. Status Bandaraya telah diberikan kepada Perbandaran George Town pada 1 Januari 1957 oleh Royal Charter By Elizabeth II Sovereign of United Kingdom. Sebelum 1 Januari 1974, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat dan Enakmen Lembaga Bandaran Negeri- negeri Melayu Bersekutu. Menerusi kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973, Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan bahawa Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dicantumkan dan menjadi satu Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Kemudian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15hb Disember 1976 hasil dari penyusunan semula Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang pada bulan Julai 1974.

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

1 |MBPP

TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR,

JABATAN PENGUATKUASA, MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

1. PENGENALAN

(a) Penerangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

i) Latar Belakang

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan salah satu daripada dua (2) Pihak

Berkuasa Tempatan yang ada di Negeri Pulau Pinang. Keluasan

pentadbirannya adalah 299.65 km persegi yang meliputi dua daerah iaitu

Daerah Timur Laut dengan keluasan 125.61 km persegi dan Daerah Barat

Daya dengan keluasan 174.04 km persegi.

Status Bandaraya telah diberikan kepada Perbandaran George Town pada 1

Januari 1957 oleh Royal Charter By Elizabeth II Sovereign of United Kingdom.

Sebelum 1 Januari 1974, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah

Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan

Perbandaran Negeri-Negeri Selat dan Enakmen Lembaga Bandaran Negeri-

negeri Melayu Bersekutu.

Menerusi kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 10 Akta Kerajaan

Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973, Pihak Berkuasa Negeri

Pulau Pinang telah mengisytiharkan bahawa Majlis Bandaraya George Town

dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dicantumkan dan menjadi satu

Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan

Tempatan.

Kemudian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15hb

Disember 1976 hasil dari penyusunan semula Lembaga Pengurus Kerajaan

Tempatan Pulau Pinang pada bulan Julai 1974.

Page 2: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

2 |MBPP

Majlis Perbandaran Pulau Pinang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan di

bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan

perkhidmatan perbandaran kepada penduduk di bawah pentadbirannya.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diberi status Majlis Bandaraya Pulau

Pinang yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

ii) Latar Belakang Jabatan

Gambar 1: Jabatan Penguatkuasaan

Bahagian penguatkuasa ditubuhkan pada bulan Jun 1971. Ianya ditubuhkan

untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada Bahagian Perniagaan Kecil

dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya

Georgetown. Keanggotaannya terdiri daripada seorang Penyelia dan 10 orang

buruh, yang dikenali sebagai Pasukan Penguatkuasa.

Pada tahun 1975 pasukan ini telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan

Sekretariat. Tugas penguatkuasaan diperluaskan meliputi kawasan luar bandar

Page 3: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

3 |MBPP

setelah Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar

dicantumkan menjadi satu Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada bulan Mac 1993, Bahagian Penguatkuasa diletakkan di bawah Jabatan

Undang-undang yang diketuai oleh Pengarah Undang-undang. Pada 15 Julai

1997, Bahagian Penguatkuasa diletakkan semula di bawah Jabatan

Sekretariat berikutan dengan perlaksanaan Kaedah Baru Penguatkuasaan iaitu

Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama lain-lain

Agensi Kerajaan.

Pada tahun 01 April 2014, perubahan struktur pada organisasi Majlis telah

memantapkan lagi Bahagian Penguatkuasa ini dimana keanggotaan telah

ditambah dari masa ke semasa hingga kini menjadikan seramai 325 orang

anggota dan dikenali sebagai Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya

Pulau Pinang.

iii) Piagam Pelanggan berkaitan

Gambar 2 : Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasaan

Page 4: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

4 |MBPP

iv) Objektif

Unit Trafik Jabatan Penguatkuasaan Majlis komited untuk memenuhi

objektifnya seperti berikut:-

a) Memastikan Pulau Pinang bersih dari halangan kenderaan-kenderaan

yang diparkir sesuka hati;

b) Memastikan operasi mengapit roda dijalankan dengan mengikut

garispanduan yang ditetapkan;

c) Memastikan operasi mengapit roda ini dijalankan sepantas yang

mungkin untuk menghindari kesesakan lalulintas;

d) Memupuk budaya hidup berkualiti, berdisiplin dan bertanggungjawab di

kalangan orang awam.

iv) Maklumat lain berkaitan

Garis masa penubuhan Unit Trafik

Bagaimanapun, Unit Trafik MPPP telah ditubuhkan dan dilancarkan oleh

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada Mei

2011, Unit ini ditubuhkan bagi menguruskan tindakan mengapit roda dan

menunda kenderaan.

Penubuhan unit ini telah memantapkan lagi peranan Jabatan

Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Unit ini ditubuhkan selaras

dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkutan

Jalan 1987 (pindaan 2011) untuk penambahbaikan kepada kelancaran sistem

lalulintas di bahagian pulau.

Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Unit Trafik adalah:-

a) Mengapit Roda Kenderaan yang melakukan kesalahan di bawah

Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011)

Page 5: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

5 |MBPP

b) Menunda kenderaan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011)

c) Memberikan bantuan kawalan lalulintas semasa acara rasmi yang

dianjurkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Untuk memastikan penguatkuasaan secara menyeluruh bagi seluruh kawasan

dibawah Pentadbiran Majlis seluas lebihkurang 299.65 km persegi, maka

kawasan pentadbiran dibahagikan mengikut Zon. Pecahan Zon adalah seperti

berikut:-

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

PELAN LOKASI PENTADBIRANUntuk memastikan penguatkuasaan secara menyeluruh bagi seluruh kawasan dibawah pentadbiran Majlis seluas lebihkurang299.65 km persegi, maka kawasan pentadbiran dibahagikan mengikut Zon. Pecahan Zon adalah seperti berikut:-

ZON 2

Jalan Burmah, Gurney Drive, Stadium Bandaraya, Jalan Pangkor, Jalan Utama dan

sekitarnya.

ZON 1

Seluruh kawasan Bandaraya Georgetown, Penang Road, Lebuh

Chulia, Komtar, Jalan Pangkor, Jalan Perak Dan sekitarnya.

ZON 3

Jalan Tengku Kudin, Gelugor, Jalan Sungai Dua, Batu Lancang, U.S.M,

Jelutong Bandar Bayan Baru, P.D.C, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Permatang

Damar Laut, Jalan Tengah, Gertak Sanggul dan kawasan sekitarnya.

ZON 4

Tanjong Tokong, TanjungBungah, Mount Erskine, BatuFerringghi, Teluk Bahang Air

Itam, Paya Terubong, KampungMelayu, Bukit Bendera, Bukit

Penara, Bandar Balik Pulau dankawasan sekitarnya.

Gambar 3 : Pecahan Zon pentadbiran Majlis.

Page 6: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

6 |MBPP

b) Pengenalan Inovasi

i) Tujuan Projek Inovasi

Inovasi yang diciptakan adalah hasil perbincangan team Unit Trafik yang

terlibat dengan operasi kapit tayar. Inovasi ini dinamakan Pelantar Letak

Kunci Tayar yang dipasangkan di atas motosikal anggota.

Tujuan asal Unit Trafik ini ditubuhkan adalah bagi menguruskan tindakan

mengapit tayar dan menunda kenderaan. Menggunakan kapit tayar seperti

gambar di bawah yang seberat 16 kg adalah sangat sukar dan lambat.

Gambar 4 : Kapit Tayar "Clamping" yang asal

Page 7: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

7 |MBPP

Gambar 5 : Menggunakan kapit tayar "clamping" yang lama

Alat Kapit Tayar ‘Clamping’ dan tunda kenderaan ini juga mempunyai

beberapa kelemahan. Di antaranya ialah:-

a) Saiz Kapit ini hanya dapat digunakan terhadap kereta dan van sahaja,

tidak dapat digunakan terhadap kenderaan berat seperti lori kecil, bas,

lori dan sebagainya.

b) Saiz tayar kenderaan berat pula menyebabkan kenderaan berat yang

melakukan kesalahan tidak dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

c) Kapit tayar pertama yang digunakan adalah terlalu berat iaitu 16kg

seunit dan bersaiz besar.

d) Walaupun menggunakan kenderaan penguatkuasa, alat yang dapat di

bawa ketika meronda tidak banyak hanya sekitar 4 - 5 unit.

e) Manakala jika menggunakan motosikal hanya seunit sahaja boleh

dibawa.

f) Pemasangan kapit ini pula memerlukan tenaga 2 - 3 orang anggota

Penguatkuasa.

Tambahan pula jika terdapat kawasan-kawasan yang diparkir oleh kenderaan-

kenderaan ini di lorong-lorong belakang, di tepi jalan yang sibuk, di atas bahu-

Page 8: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

8 |MBPP

bahu jalan dan berlapisan menghalang kenderaan di dalam parkir untuk

keluar, kapit ini tidak dapat digunakan juga.

Maka, melalui Kumpulan Inovatif dan Kreativiti (KIK) pada tahun 2012, idea

mengubahsuai kapit tayar ini tercipta. Kapit tayar baru dicipta melalui beberapa

kali pengubahsuaian menggunakan barang-barang terpakai di jabatan sendiri

agar:-

a) Boleh mengapit semua jenis kenderaan dan tayar;

b) Boleh dibawa dengan mudah samada di dalam kenderaan 4x4 mahupun

motosikal.

c) Yang penting, ianya lebih ringan iaitu hanya seberat 2.5 kg sahaja.

Kini alat kapit yang bersaiz kecil ini digunakan mengganti alat kapit lama. Alat

kapit baru ini bukan sahaja kecil, malah ringan dan sesuai dibawa terutamanya

menggunakan motosikal dalam keadaan yang memerlukan tindakan pantas

dan segera oleh Unit Trafik ini.

Gambar 6 : Alat kapit tayar "clamping' terkini hanya seberat 2.5 kg

Page 9: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

9 |MBPP

Gambar 7 : "Clamping" yang kecil dan kemas digunakan

ii) Objektif Inovasi

Objektif dibangunkan inovasi ini adalah untuk:

a) Memperkukuh dan menambahbaik lagi Unit Trafik Jabatan

Penguatkuasaan dari segi perkhidmatan agar lebih pantas, tangkas dan

efisien;

b) Memudahkan alat kapit tayar di bawa dalam kuantiti yang banyak setiap

kali operasi terutamanya menggunakan motosikal;

c) Memastikan operasi berjalan dengan pantas dan tiada gangguan kepada

pengguna jalan yang lain.

iii) Proses Pelaksanaan Inovasi

Setiap kali operasi atau menerima aduan terdapat halangan disuatu kawasan,

Unit Trafik Bermotosikal akan digerakkan dahulu diikuti dengan Unit

Berkenderaan. Maka semestinya alat kapit ini perlu dibawa bersama untuk

tujuan 'clamping'.

Sebelum inovasi ini, setiap motosikal yang bergerak hanya boleh memuatkan

1-2 alat sahaja di dalam bakul motosikal. Ini melambatkan tindakan dan

Page 10: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

10 |MBPP

anggota terpaksa berulang alik atau menunggu Unit Kenderaan untuk

mendapatkan lebihan alat kapit ini.

Gambar 8 : Alat kapit tayar hanya boleh dimuatkan 2 unit sahaja

Maka, Inovasi yang dicipta ini iaitu pelantar yang dipasang di atas motosikal.

Pelantar yang dicipta ini telah melalui beberapa evolusi sejak kapit tayar

bersaiz kecil dicipta dan penambahbaikan dan ujian dilakukan beberapa kali

agar ianya bersesuaian dengan alat kapit sekarang, mudah dipasang ke atas

motosikal dan kemudian disimpan selain ringan untuk menjamin keselamatan

dan keselesaan anggota yang membawanya. Ia juga dapat membawa lebih

banyak alat kapit bagi setiap operasi yang dijalankan iaitu 5-6 kapit.

Gambar 9 : Inovasi yang dicipta iaitu Pelantar Letak Kunci Tayar

Page 11: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

11 |MBPP

Gambar-gambar 10: Di bawah menunjukkan proses penghasilan pelantar letak kunci tayar:-

Page 12: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

12 |MBPP

Page 13: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

13 |MBPP

Page 14: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

14 |MBPP

Pelantar ini kemudian akan dipasang di belakang motosikal dan dimasukkan alat-alat

letak kunci tayar ini. Pelantar ini juga ringan, kemas dan tidak mengganggu

pergerakan ketika mengendalikan motosikal.

Gambar 11 : Alat kapit tayar kemas diselit di atas pelantar

iv) Implikasi Kewangan

Pelantar ini dicipta menggunakan kepakaran anggota penguatkuasa sendiri

dan bahan-bahan yang digunakan adalah dari barang-barang kitar semula dan

terbuang di jabatan ini.

Kos yang digunakan hanyalah untuk membeli bahan-bahan kimpalan sahaja

iaitu kurang dari RM50 bagi seunit pelantar.

Page 15: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

15 |MBPP

v) Input Pelanggan

Kumpulan Ops 4 Jabatan Penguatkuasa, telah memperolehi maklumat

tambahan daripada aduan-aduan yang diterima seperti di bawah berkaitan

penggunaan alat kapit tayar ini. Hasil perbincangan dan kajian maklumat-

maklumat ini kemudian telah menyumbang kepada penambahbaikan

pelantar letak kunci tayar ini.

BIL MASALAH PERATUS DISELESAI

KAN

1. ISU MENGENAI SIASATAN ADUAN HALANGAN LALULINTAS YANG AGAK LAMA - MENUNGGU KEDATANGAN ALAT KAPIT

50%

2. WAKTU MENUNGGU ORANG AWAM UNTUK MEMBUKA KUNCI TAYAR

70%

3. CADANGAN PENUBUHAN UNIT ‘CLAMPING’ BERMOTOSIKAL BESERTA ALAT LETAK KUNCI TAYAR YANG LEBIH EFEKTIF

80%

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Impak Sebelum:-

Setiap kali operasi dijalankan atau aduan diterima, Unit Trafik Bermotosikal

yang pertama sekali dihantar hanya dapat memuatkan 2-3 alat kapit tayar di

dalam raga motosikal.

Impak Selepas:-

Hasil inovasi bentuk pelantar ini membolehkan 5-6 alat kapit tayar dibawa

bersama.

Page 16: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

16 |MBPP

3. IMPAK INOVASI

i) Penurunan aduan-aduan mengenai halangan lalu lintas;

ii) Menjana pendapatan kepada Majlis kerana banyak 'tangkapan' dibuat

dalam masa yang singkat berbanding sebelum ini:

iii) Menjimatkan kos dan masa Majlis setiap kali menunda kereta dari segi

petrol dan kekerapan servis kenderaan 4x4;

iv) Mengajar pemandu lebih berdisiplin dantidak memarkir kenderaan di

merata-rata tempat yang tidak dibenarkan;

v) Pengguna OKU juga mendapat hak mereka kerana tiada kereta diparkir

di lot OKU;

vi) Imej Majlis dan Negeri Pulau Pinang meningkat kerana perkhidmatan

yang cekap;

vii) Menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam kerana aliran lalu lintas

terkawal;

viii) Pertama seumpamanya di gunakan oleh PBT.

ix) Penghasilan pelantar ini mudah, jimat kos dan mudah digunakan.

4. ELEMEN INOVASI

i) Inovatif/Kreativiti

Penciptaan pelantar ini secara tidak langsung menaikkan semangat kerjasama

di kalangan anggota kerana masing-masing mengeluarkan pendapat, idea dan

kudrat untuk menghasilkan secara 'in-house' pelantar serupa ini untuk

memudahkan kerja-kerja anggota.

ii) Keberkesanan

Operasi dan tugas dapat dijalankan dengan cepat sebaik sahaja mendapat

aduan dan panggilan dari orang awam di satu-satu zon terlibat.

Page 17: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

17 |MBPP

iii) Signifikan

a) Kawalan dan pemantauan pemandu-pemandu kenderaan dengan sendirinya

terdidik;

b) Inovasi ini menaikkan lagi semangat kerjasama di kalangan anggota kerana

penghasilan inovasi dan rekabentukya secara 'in-house';

c) Penurunan aduan-aduan berkaitan halangan lalu-lintas;

d) Meningkatkan imej Majlis yang sentiasa berusaha memberi perkhidmatan

terbaik kepada penduduknya;

e) Boleh menggalakkan inovasi sebagai budaya kerja kepada warga Majlis

dimana Peringkat pengurusan dan pelaksana perlu bekerjasama untuk

merealisasikan sesuatu idea itu;

Gambar 12 : Sebelum penciptaan pelantar alat kapit tayar - peralatan yang berserabut

Page 18: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

18 |MBPP

f) Inovasi dalam inovasi - idea untuk memperbaiki pelantar ini untuk

membolehkan gergaji pokok (chainsaw) diselit sebelah alat kapit tayar seperti

gambar dibawah:

Gambar 13 : Selepas penciptaan pelantar alat kapit tayar - lebih kemas dan tidak

menyusahkan anggota mengendali motosikal

Page 19: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

19 |MBPP

Gambar 14: Kerja-kerja menebang pokok tumbang dapat dijalankan dengan pantas

iv) Relevan

Penciptaan ini berhasil dengan baik kerana sumbangan kepada rakyat dimana

aduan halangan kenderaan yang dibuat mendapat tindakan segera Unit Trafik.

Hasil Majlis juga meningkat kerana operasi yang dijalankan dapat membuat

'tangkapan' dengan banyak.

Secara tidak langsung, dapat mendidik penggunaan kenderaan lebih peka dan

berdisiplin dengan memarkir di dalam petak kereta yang dibenarkan sahaja.

Page 20: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

20 |MBPP

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

i) Peringkat Majlis

Inovasi pelantar alat kapit tayar ini telah memenangi Naib Johan di dalam

Pertandingan Inovasi dan Kreativiti MBPP Tahun 2019.

Gambar 15 : Sijil penyertaan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti MBPP Tahun 2019

Page 21: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

21 |MBPP

Gambar 16 : Juara, Naib Juara dan Ketiga

Page 22: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

22 |MBPP

6. PENUTUP

Di dalam kesibukkan melakukan tugas-tugas yang diarahkan, anggota-anggota

penguatkuasa ini telah membuktikan bahawa mereka juga peka dan perihatin

mengenai keadaan sekeliling untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah

dicipta demi kelangsungan tugas agar memudahkan mereka disamping

menjamin keselamatan anggota.

Tugas-tugas anggota penguatkuasa ini sentiasa berdepan dengan risiko

keselamatan dan ancaman, maka demi memastikan keselamatan mereka

setiap tugas yang diberi perlu dilaksanakan dengan pantas, tepat dan

berhemah disamping tidak membahayakan orang awam amnya selain

keselamatan mereka juga terjaga khasnya.

Maka, terciptanya inovasi ini perlu diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya

kerana walaupun sumbangan ini kecil tetapi mempunyai impak kepada aliran

lalu lintas di Pulau Pinang. Jika dibiarkan kenderaan di letakkan merata-rata

dalam jangkamasa yang panjang, ianya akan melumpuhkan aliran lalu lintas di

Pulau Pinang yang sememangnya telah sesak dengan kenderaan tanpa

mengira waktu.

Page 23: TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR, JABATAN ...habinovasi.mampu.gov.my/.../2578-pelantar-letak-kunci-tayar.pdf · Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________

23 |MBPP

SEKIAN, TERIMA KASIH.

KUMPULAN OPS 4, JABATAN PENGUATKUASA

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG