cabaran inovasi 2013 -...

15
CABARAN INOVASI 2013 AIR VALVE JPS KUMPULAN P-VALVE | JPS BPME SELANGOR

Upload: others

Post on 26-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

AIR VALVE JPS

KUMPULAN P-VALVE | JPS BPME SELANGOR

Page 2: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIL TAJUK

1

2

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENGENALAN

2

2.1 Maklumat Bahagian

LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi

Proses Pelaksanaan Inovasi

3-4

3

3.1

3.2

5

5-6

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan / Agensi / Negara

3.3

3.3.1 Elemen Inovatif / Kreativiti

3.3.2 Elemen Keberkesanan

3.3.3 Elemen Signifikan

3.3.4 Elemen Relevan

Implikasi Kewangan

7

7

8-10

10

3.4

3.5

11

Gambar-gambar Berkaitan

PENUTUP

11-13

14 4

AIR VALVE 1

Page 3: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin lori yang

membawa pam bergerak. ‘Air gun’ digunakan melalui ‘air valve’ bagi kerja

pemasangan skru dan bolt pam bergerak semasa operasi banjir. Sebelum ini,

pemasangan skru dan bolt dilakukan secara manual dengan menggunakan

spanar yang memerlukan tenaga pekerja, masa yang agak lama, susah dan

kurang berkesan. Dengan adanya ‘air valve’ ini, pemasangan skru dan bolt

semasa operasi pemasangan pam bergerak menjadi amat mudah, cepat, lebih

kemas dan ketat.

AIR VALVE 2

Page 4: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

2. PENGENALAN

2.1. Maklumat Bahagian

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal merupakan diantara

khidmat sokongan yang terdapat dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Selangor. Walaupun hanya bertindak sebagai khidmat sokongan, namun

bahagian ini memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawabnya

standing dengan fungsi-fungsi utama JPS Selangor yang lain, Bahkan mungkin

lebih lagi.

Organisasi ini berpejabat di Jalan Sepat 17/57 Seksyen 17 Shah Alam

yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan (BPME) yang

bertanggungjawab kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Selangor.

Bahagian ini yang mempunyai seramai 26 orang kakitangan berfungsi

dalam memberikan perkhidmatan mengurus, membangun, mengawalselia,

menyelenggara dan membaikpulih semua peralatan dan skop berkaitan

kejuruteraan mekanikal & elektrikal di bawah JPS Selangor. Selain itu,

bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memberikan khidmat nasihat

teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal & elektrikal untuk projek-projek

dibawah kendalian JPS Selangor.

AIR VALVE 3

Page 5: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

Bahagian ini mempunyai 4 unit bagi mencapai objektif fungsinya iaitu Unit

Pintu Air & ICT, Unit Pengurusan Projek & OHSAS, Unit Pam & ISO serta Unit

Logistik & MLVK.

Rajah 1 : Carta Struktur Organisasi BPME, JPS Selangor

Rajah 2 : Gambar Ahli Kumpulan ‘P-Valve’

AIR VALVE 4

Page 6: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

3. LAPORAN INOVASI

3.1. Tujuan Projek Inovasi

Memudahkan urusan kerja-kerja pemasangan pam (skru dan bolt pada

paip) serta peralatan lain yang memerlukan penggunaan ‘air gun’

Menjimatkan masa pemasangan pam (skru dan bolt pada paip) serta

peralatan lain yang memerlukan penggunaan ‘air gun’

Menjimatkan tenaga kerja serta kos operasi semasa pemasangan pam

Menjimatkan kos pembelian atau penyelenggaraan peralatan seperti

mesin ‘air compressor’

Meningkatkan kualiti kerja

Mengurangkan kemalangan kecil ditapak

Mengurangkan aduan banjir dari orang awam

3.2. Proses Pelaksanaan Inovasi

Produk inovasi ini hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif Tukang K2

BPME, JPS Selangor. Pelaksanaan inovasi ini dibahagikan kepada 4 proses iaitu

perbincangan, tambah baik, pengujian dan siap dengan jayanya.

Perbincangan Tambah Baik Pengujian Berjaya

Rajah 3 : Proses Pelaksanaan

AIR VALVE 5

Page 7: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

Sebelum produk inovasi ini berjaya, Unit Pam menghadapi kesukaran

semasa operasi pemasangan pam ditapak seperti memerlukan tenaga kerja

yang ramai, masa pemasangan terlalu lama, kualiti kerja yang kurang

memuaskan, kemalangan kecil, kos pembelian dan penyelenggaraan peralatan

yang tinggi serta aduan banjir dari orang awam. Sehubungan dengan itu,

Seksyen Pengurusan Teknikal, Mekanikal & Elektrikal telah membuat

perbincangan. Didalam perbincangan tersebut, kami bersama-sama mencari

beberapa cara penambahbaikan. Pelbagai pengujian telah dijalankan, dan

akhirnya kami telah Berjaya menemui ‘Air Valve’.

Punca ‘air compressor’ dari ‘air valve’ pada lori dan penggunaan ‘air

compressor’ pada ‘air tank valve’ lori

Rajah 4 : Proses Penggunaan

AIR VALVE 6

Page 8: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

3.3. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan /

Jabatan / Agensi / Negara

3.3.1. Elemen Inovatif / Kreativiti

Mengubahsuai fungsi alatan yang sedia ada kepada penggunaan lain

Idea baru yang digunakan di JPS Selangor

Mewujudkan persekitaran kerja yang inovatif dan kreatif kepada

pekerja

Mempercepatkan kerja-kerja pemasangan skru dan bolt

Memudahkan urusan kerja-kerja pemasangan pam

Dapat mengurangkan banjir serta penurunan aduan banjir dari orang

awam

3.3.2. Elemen Keberkesanan

Meningkatkan kualiti kerja-kerja pemasangan skru dan bolt

Meningkatkan kepuasan hati orang awam dimana banjir kurang berlaku

Penjimatan dari segi pengurusan peralatan, masa, kos operasi dan

tenaga kerja semasa proses berlaku.

AIR VALVE 7

Page 9: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

3.3.3. Elemen Signifikan

Produk ini mesra pelanggan kerana proses pemasangan pam adalah

cepat. Sehubungan dengan itu banjir akan surut dengan cepat serta

aduan banjir akan menurun.

Penjimatan masa

- sebelum inovasi masa pemasangan pam adalah 4 jam.

- selepas inovasi masa pemasangan pam adalah 2 jam.

Penjimatan kos operasi

- Tuntutan elaun kerja lebih masa & penggunaan minyak diesel lori

sebelum inovasi

Kakitangan Kadar Tempoh 30 Kes Setahun

(RM) Bil

1

Perkara Semasa Operasi

1 Jam Kerja 4 Jam (RM) (RM)

Elaun Kakitangan JPS

Juruteknik 1

3

1

2

11.00

26.70

7.00

44.00 1,320.00

2 Tukang 106.80

28.00

53.60

40.00

3,204.00

840.00 3 Pemandu

4

5

Pekerja Am 13.40 1,608.00

1,200.00 Minyak Diesel Lori

Jumlah 7 58.10 272.40 8,172.00

Rajah 5 : Tuntutan sebelum inovasi

AIR VALVE 8

Page 10: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

- Tuntutan elaun kerja lebih masa & penggunaan minyak diesel lori

selepas inovasi

Kakitangan Kadar Tempoh 30 Kes Setahun

(RM) Bil Perkara Semasa

Operasi 1 Jam Kerja 2 Jam (RM) (RM)

Elaun Kakitangan JPS

Juruteknik 1

2

3

4

5

1

1

1

1

11.00

8.90

7.00

6.70

22.00 660.00

534.00

420.00

402.00

600.00

2,616.00

Tukang 17.80

14.00

13.40

20.00

87.20

Pemandu

Pekerja Am

Minyak Diesel Lori

Jumlah 4 33.60

Rajah 6 : Tuntutan selepas inovasi

Kakitangan Kadar 1 Tempoh Kerja (RM)

30 Kes Setahun

(RM)

Bil Perkara Semasa Jam Operasi (RM)

1

2

Sebelum Inovasi

Selepas Inovasi

7

4

3

58.10 (4j) 272.40 8,172.00

33.60 (2j) 87.20 2,616.00

24.50 185.20 5,556.00 Penjimatan

Rajah 7 : Jadual Penjimatan Kos

Penjimatan (Sebelum Inovasi) dan (Selepas Inovasi) = RM 5,556.00

8,172.00 - 2,616.00

8,172.00

x 100% = 68.00%

AIR VALVE 9

Page 11: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

Penjimatan sumber manusia

- sebelum inovasi memerlukan 7 orang bagi kerja pemasangan pam.

- selepas inovasi memerlukan 4 orang bagi kerja pemasangan pam.

Dengan projek inovasi ini, ia dapat memenuhi objektif inisiatif. Dimana

pihak jabatan dapat mempercepatkan masa pemasangan pam bergerak

di tapak dari empat (4) jam kepada dua (2) jam. Jabatan juga tidak perlu

menggunakan tenaga kerja yang banyak atau menghantar kakitangan

operasi ke tapak yang ramai di mana kakitangan yang lain bolehlah di

hantar ke tapak lain untuk operasi pemasangan. Sehubungan dengan

itu, kos operasi juga dapat di jimatkan.

3.3.4. Elemen Relevan

Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional

- Mengurangkan banjir

- Aduan banjir menurun

- Mengurangkan masa kejadian banjir

- Menjimatkan peruntukan jabatan

AIR VALVE 10

Page 12: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

3.4. Implikasi Kewangan

Jabatan hanya membelanjakan RM30 untuk membeli ‘air valve’,

implikasinya jabatan dapat menjimatkan masa, kos operasi dan sumber tenaga

manusia. Sehubungan dengan itu, peruntukan jabatan dapat dijimatkan lebih

kurang RM5,556.00 iaitu 68%. Penjimatan ini bukan hanya untuk jangka masa

pendek malahan ianya akan berterusan.

3.5. Gambar Berkaitan

Rajah 8 : Air Valve

Rajah 9 : Pipe Hose

AIR VALVE 11

Page 13: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

Rajah 10 : Air Gun

Rajah 11 : Air Valve yang telah dipasang pada tangki sistem brek angin lori

AIR VALVE 12

Page 14: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

Rajah 12 : Pipe Hose yang telah dipasang pada tangki sistem brek angin lori

Rajah 13 : Kerja pemasangan pam di tapak dengan menggunakan ‘Air Valve’

AIR VALVE 13

Page 15: CABARAN INOVASI 2013 - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1808-air-valve.pdf · ‘Air valve’ adalah alat yang dipasang pada tangki sistem brek angin

CABARAN INOVASI 2013

4. PENUTUP

Produk inovasi ‘Air Valve’ merupakan satu produk yang dihasilkan dengan

cetusan idea yang kreatif dan inovatif oleh kakitangan BPME, JPS Selangor

dengan mengambil kira pengalaman dalam memberikan perkhidmatan pam

ketika kejadian banjir. Produk yang dihasilkan ini mempunyai implikasi dalam

menjimatkan masa, tenaga kerja, kos operasi. Ia juga dapat memudahkan

urusan kerja, meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta mengurangkan

banjir dan aduan banjir. BPME, JPS Selangor berharap produk ini akan diguna

pakai oleh JPS negeri lain.

AIR VALVE 14