unsur-unsur pembaharuan dalam “rawatan...

13
1 UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN SECARA RUQYAH” PIMPINAN DATO DR HARON BIN DIN DALAM KONTEKS RAWATAN ALTERNATIF DAN KOMPLMENTARI DI MALAYSIA: SATU OBSERVASI MENURUT NERACA HUKUM DAN MASLAHAH Rushdi Bin Ramli Melakukan rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit, rohani dan jasmani, melalui ruqyah syar`iyyah adalah antara pendekatan rawatan yang diperakui di dalam Islam. Terdapat banyak karya-karya para ulama tersohor - dari dahulu hingga ke masa kini - yang telah dihasilkan di bidang ini. Dalam perkembangan semasa, rawatan melalui ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular dan mendapat tempat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, pusat rawatan melalui system ini, yang digerakkan di bawah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa, adalah di antara pusat rawatan yang cukup popular dan telah mendapat tempat hampir 30 tahun yang lalu. Pusat rawatan Darussyifa ini adalah sebuah pusat rawatan yang diasaskan oleh dan di bawah bimbingan ulama tersohor, Dato Dr Haron Din sepenuhnya. Dalam usaha memartabatkan system rawatan secara ruqyah ini, Dato Dr Haron Din, dalam pemerhatian penulis, bukan sahaja telah memanfaatkan segala khazanah penulisan ilmu di bidang ini, malah turut memperkenalkan beberapa pendekatan-pendekatan baru dan tersendiri di dalam system ruqyah syar`iyyah ini. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha dari penulis untuk meneroka dan menilai setelah penelitian dibuat - beberapa aspek pembaharuan yang diketengahkan oleh Dato Dr Haron Din. RAWATAN PENYAKIT MELALUI RUQYAH SYAR’IYYAH DI DALAM SYARIAT ISLAM Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami telah menurunkan di dalam al-Quran ini apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…..” Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan dua penawar iaitu madu lebah dan al-Quran” Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya [dengan melakukan ruqyah kepadanya] maka lakukanlah” Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berfungsi dan berperanan sebagai pertunjuk dan pemberi panduan di dalam kehidupan manusia, khususnya umat Islam, namun pada masa yang sama al-Quran turut berfungsi sebagai penawar dan ubat kepada penyakit manusia, yang fizikal dan yang rohani, dan kepada permasalahan sejagat. Penggunaan al-Quran sebagai penawar merupakan suatu perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama. Secara ringkasnya para ulama telah bersepakat kata tanpa khilaf tentang keharusan merawat penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa yang muktabar. Justeru,

Upload: vanquynh

Post on 10-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

1

UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN SECARA

RUQYAH” PIMPINAN DATO DR HARON BIN DIN DALAM KONTEKS

RAWATAN ALTERNATIF DAN KOMPLMENTARI DI MALAYSIA: SATU

OBSERVASI MENURUT NERACA HUKUM DAN MASLAHAH

Rushdi Bin Ramli

Melakukan rawatan terhadap pelbagai jenis penyakit, rohani dan jasmani, melalui

ruqyah syar`iyyah adalah antara pendekatan rawatan yang diperakui di dalam Islam.

Terdapat banyak karya-karya para ulama tersohor - dari dahulu hingga ke masa kini

- yang telah dihasilkan di bidang ini. Dalam perkembangan semasa, rawatan melalui

ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular dan

mendapat tempat dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, pusat

rawatan melalui system ini, yang digerakkan di bawah Persatuan Kebajikan dan

Pengubatan Islam Darussyifa, adalah di antara pusat rawatan yang cukup popular dan

telah mendapat tempat hampir 30 tahun yang lalu. Pusat rawatan Darussyifa ini

adalah sebuah pusat rawatan yang diasaskan oleh dan di bawah bimbingan ulama

tersohor, Dato Dr Haron Din sepenuhnya. Dalam usaha memartabatkan system

rawatan secara ruqyah ini, Dato Dr Haron Din, dalam pemerhatian penulis, bukan

sahaja telah memanfaatkan segala khazanah penulisan ilmu di bidang ini, malah turut

memperkenalkan beberapa pendekatan-pendekatan baru dan tersendiri di dalam

system ruqyah syar`iyyah ini. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha dari penulis

untuk meneroka dan menilai – setelah penelitian dibuat - beberapa aspek

pembaharuan yang diketengahkan oleh Dato Dr Haron Din.

RAWATAN PENYAKIT MELALUI RUQYAH SYAR’IYYAH DI DALAM SYARIAT

ISLAM

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Kami telah menurunkan di dalam al-Quran ini

apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…..”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hendaklah kamu menggunakan dua penawar iaitu madu

lebah dan al-Quran”

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu yang sanggup

memberikan manfaat kepada saudaranya [dengan melakukan ruqyah kepadanya] maka

lakukanlah”

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW bukan sahaja berfungsi

dan berperanan sebagai pertunjuk dan pemberi panduan di dalam kehidupan manusia,

khususnya umat Islam, namun pada masa yang sama al-Quran turut berfungsi sebagai

penawar dan ubat kepada penyakit manusia, yang fizikal dan yang rohani, dan kepada

permasalahan sejagat. Penggunaan al-Quran sebagai penawar merupakan suatu perkara yang

telah diijmakkan oleh para ulama.

Secara ringkasnya para ulama telah bersepakat kata tanpa khilaf tentang keharusan merawat

penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa yang muktabar. Justeru,

Page 2: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

2

sejak dari awal-awal perkembangan ilmu-ilmu Islam, antara bidang ilmu yang banyak

disumbangkan oleh tokoh2 ulama lampau dan semasa adalah ilmu ruqyah ini atau disebut

juga sebagai ilmu al-tibb al-nabawwi. Sejak dari dahulu sehingga ke hari ini terdapat ratusan

karya yang ditulis oleh para ulama yang membincangkan selok-belok ilmu ruqyah ini. Justeru

pada hari ini dan khususnya di Malaysia amalan “berubat melalui sistem rawatan ruqyah” ini

adalah di antara amalan rawatan yang popular dan boleh dilihat di seluruh negara-negara

Islam. Malah terdapat juga beberapa kajian di peringkat universiti yang telah dilakukan yang

berkaitan dengan konsep rawatan ruqyah ini.

PUSAT RAWATAN BERASASKAN RUQYAH SYAR`IYYAH DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, rawatan ruqyah ini, yang kini telah dipopularkan dengan istilah

“Rawatan melalui pengubatan Islam”, adalah di antara rawatan yang cukup mendapat tempat

dalam kalangan masyarakat Islam. Di dalam kajian PhD yang dilakukan oleh Dr Khaedir

Ahmad [2011], beliau telah menyenaikan sekitar 20 pusat rawatan “pengubatan Islam” ini

manakala secara rambang, iaitu dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang ada, boleh

dikatakan terdapat hampir satu ratus pusat-pusat rawatan di Malaysia yang melabelkan pusat

rawatan mereka sebagai “pusat rawatan pengubatan Islam”. Secara umumnya semua pusat-

pusat rawatan ini menjadikan al-Quran dan doa-doa yang muktabar sebagai asas terpenting

dalam rawatan yang diberikan.

LATARBELAKANG KAJIAN

Pendekatan merawat penyakit secara ruqyah syar’iyyah ini dapat dibaca di dalam hadis-hadis

Nabi SAW yang sahih dan di dalam tulisan-tulisan para ulama. Walau pun prinsip “kaifiat”

merawat melalui ruqyah ini dinyatakan dan dapat dilihat di dalam Sunnah Nabi SAW, namun

melalui perkembangan masa dan zaman, dan berasaskan kepada pengalaman-pengalaman

benar para ulama dan ahli ilmu di bidang ini, terdapat tidak sedikit pembaharuan-

pembaharuan dari sudut “pendekatan rawatan” yang telah diperkenalkan oleh para ulama

yang berkecimpung di bidang ini. Semua pembaharuan-pembaharuan ini, dalam pandangan

penulis, tidak lain melainkan bertujuan untuk memantapkan lagi pengamalan rawatan

penyakit melalui sistem ruqyah ini.

Namun sekalipun pembaharuan-pembaharuan ini mungkin boleh dilihat sebagai sesuatu yang

berpaksikan kepada maslahah, namun - dalam pandangan penulis - kelalaian, kealpaan dan

kejahilan yang tidak terkawal terhadap “prinsip-prinsip ruqyah di dalam Islam” adalah

ditakuti akan mendedahkan sistem amalan ruqyah ini kepada pelbagai elemen-elemen

khurafat dan “haram” yang tersasar jauh daripada objektif-objektif Syariah yang muktabar.

BEBERAPA UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN ATAU CIRI-CIRI UTAMA PUSAT

PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BERDASARKAN PEMERHATIAN

PENULIS :

1. Tidak Ada Bayaran dan “business minded” Bagi khidmat Rawatan Ruqyah.

Penulis berpendapat bahawa meletakkan bayaran tertentu di dalam khidmat rawatan yang

diberikan adalah di antara fenomena yang paling ketara di dalam semua pusat2 rawatan

alternative dan komplementari di Malaysia. Ini merupakan suatu perkara yang tidak pelik

kerana sememangnya pusat-pusat rawatan tersebut menyasarkan objektif untuk menghasilkan

Page 3: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

3

pendapatan melalui khidmat yang diberikan. Dalam konteks perbincangan di sini boleh

dikatakan kebanyakan pusat rawatan ruqyah di Malaysia mengenakan bayaran tertentu.

Secara prinsip Syariahnya, meletakkan bayaran yang munasabah bukanlah suatu kesalahan

kerana Islam membenarkan upah diambil melalui rawatan ruqyah yang diberikan. Walau

bagaimanapun masalah dan kemusykilan mula timbul sekiranya terdapatnya pusat-pusat

rawatan yang mengenakan “cas rawatan” yang tidak munasabah lagi membebankan melalui

khidmat yang diberikan. Apa yang lebih mendukacitakan ialah bilamana chaj-chaj yang

dikenakan itu mungkin mencecah ribuan ringgit sehingga menimbulkan fitnah yang amat

besar dan “mecemari imej pusat-pusat rawatan Islam”.

Dalam konteks pusat rawatan Darussyifa`, Dato Dr Haron Din meletakkan “rawatan tanpa

bayaran” sebagai prinsip utama dan teras yang mendasari seluruh pusat-pusat rawatannya di

seluruh Malaysia.1 Dato Dr Haron Din sangat menitikberatkan tuntutan keikhlasan di dalam

rawatan dan keperluan mencari ganjaran pahala dari sisi Allah berbanding ganjaran wang dan

ringgit yang hanya sementara. Justeru, dari awal-awal keterlibatan beliau di dalam

mengembangkan serta mengaplikasikan ilmu rawatan ruqyah syar`iyyah ini, khususnya di

Darussyifa, beliau sentiasa menegaskan bahawa khidmat rawatan ini hendaklah dilaksanakan

secara yang seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan wang dari manusia.

Bagi penulis, rawatan tanpa bayaran ini boleh dikatakan sebagai “trade mark” rawatan ruqyah

di bawah pimpinan Dato Dr Haron Din. Malah pernah berlaku, sebagaimana yang diceritakan

oleh beberapa perawat Darussyifa`, bilamana Dato Dr Haron Din ditanya mengenai “bayaran

yang perlu dibayar” untuk melakukan rawatan terhadap kes-kes yang serius, seperti merawat

kawasan yang bermasalah dengan gangguan, maka beliau akan menjawab bahawa “bayaran

khidmatnya ialah tiada bayaran”.2

Penilaian Penulis

Dalam penilaian penulis, ini merupakan antara ciri-ciri yang amat unik dan tersendiri di dalam

khidmat ruqyah yang telah diterapkan oleh Dato Dr Haron Din dari detik awal beliau

menurunkan serta mengaplikasikan ilmu ini kepada masyarakat. Pendekatan yang diambil

oleh beliau ini memperlihatkan bagaimana beliau teramat menitikberatkan unsur “keikhlasan

dan berkhidmat kerana Allah SWT semata-mata” di dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Melalui pendekatan “khidmat tanpa bayaran” yang diambil ini pastinya akan dapat

memelihara orang ramai daripada unsur-unsur penipuan, ketidakadilan dan

ketidakmunasabahan dalam penetapan harga rawatan. Pendekatan seumpama ini juga

pastinya akan dapat mendidik para perawat Darussyifa untuk sentiasa berkhidmat dengan niat

mengharapkan balasan pahala di akhirat. Sesungguhnya, menurut observasi penulis, ini

adalah di antara ciri-ciri teristimewa yang dapat dilihat di dalam pusat-pusat rawatan

Darussyifak yang sukar ditemui di pusat-pusat rawatan alternative lain di seluruh Malaysia.

Hakikat ini juga memahamkan kepada kita bahawa Dato Dr Haron Din ingin menjadikan

1 Dalam perkembangan terkini terdapat sekitar 90 pusat rawatan Darussyifak di seluruh Malaysia. Pusat rawatan Darussyifa boleh ditemui di setiap negeri di Malaysia. 2 Temubual penulis bersama Ustaz Abdul Rahman Nawas, Setiausaha Persatuan Darussyifa`.

Page 4: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

4

rawatan melalui ruqyah ini sebagai suatu “amal ibadah kepada Allah” dalam pengertiannya

yang sebenar. Justeru, elemen keikhlasan ini adalah suatu prinsip rawatan yang paling penting

dihayati. Begitu juga pendekatan ini amat menepati konsep ruqyah itu sendiri di mana,

sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama di bidang ini, kekuatan sesuatu ruqyah itu amat

berkait rapat dengan keikhlasan yang tersemat di dalam hati para pengamalnya.

2. Membuka dan Mengutamakan Premis Rawatan Di Seluruh Malaysia

Terdapat segelintir ilmuan Agama yang mendakwa bahawa membuka pusat-pusat rawatan

ruqyah adalah suatu bentuk bid`ah “mungkar” yang semakin menjadi-jadi dewasa ini, yang

diada-adakan oleh para ilmuan agama.3 Bagi mereka, walaupun ruqyah itu sesuatu yang

disyariatkan di dalam Islam namun pembukaan premis khas untuk “menruqyahkan para

pesakit dan orang ramai” adalah suatu pendekatan yang tersasar dari Syariah Islam. Ini adalah

kerana ianya tidak berdasarkan kepada perbuatan Nabi saw, dan tidak juga berdasarkan

kepada dalil yang jelas dan tidak pula diamalkan oleh para Sahabat Nabi saw dan para ulama

terdahulu.

Dalam konteks pendekatan Dato Dr Haron Din, beliau amat menitikberatkan pembukaan

presmis-premis rawatan bagi tujuan ini. Menurut beliau, berdasarkan prinsip asal rawatan,

khidmat ruqyah syar`iyyah ini hendaklah diberikan kepada sesiapa sahaja yang berhajat dan

di mana sahaja apabila khidmat itu diminta oleh orang. Inilah yang menjadi amalan beliau

dan inilah spirit yang diterapkan oleh beliau ke dalam jiwa para anak didiknya. Namun,

dengan mengambil kira kepada perkembangan semasa, beliau berpendapat pembukaan

premis rawatan seumpama ini adalah terlalu penting kerana ianya akan memberikan ruang

yang lebih luas dan lebih flexible kepada mereka-mereka yang berhajat. Melalui sistem

“waktu rawatan” dan “khidmat para perawat yang berjadual” yang terpampang di premis-

premis rawatan Darussyifa seluruh Malaysia, ini akan memberikan ruang yang selesa kepada

“perawat” untuk mengatur-susun aktiviti mingguan mereka dan kepada “pesakit” untuk

mengatur-susun masa yang sesuai bagi mendapatkan rawatan.

Penilaian Penulis

Dalam pemerhatian penulis, pembukaan premis-premis rawatan Darussyifak di seluruh

Malaysia adalah di antara ciri2 istimewa yang terserlah di dalam persatuan Darussyifak ini.

Penulis bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Dato Dr Haron Din bahawa pembukaan

presis di seluruh Malaysia ini sesungguhnya telah mera`ikan maslahah semasa, iaitu ianya

dapat memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada masyarakat yang berhajat kepada

rawatan ruqyah ini.

Sesungguhnya ajaran Islam bukanlah sentiasa bersifat rigid [seperti yang cuba difahami dan

diterapkan oleh segolongan ahli agama] di mana – secara prinsipnya - apa sahaja wasilah dan

jalan yang boleh mendatangkan maslahah yang jelas kepada masyarakat maka ianya termasuk

dalam ruang lingkup amalan dan aktiviti yang diperakukan oleh Islam. Realiti ini menepati

sepenuhnya kaedah “al-wasa`il laha ahkam al-maqasid” yang memahamkan kita bahawa

3 Kenyataan ini ada penulis temui di dalam beberapa karya berbahasa Arab.

Page 5: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

5

sekiranya sesuatu amalan itu adalah sunat di dalam Islam maka apa sahaja wasilah yang

membawa kepada tercapainya amalan sunat itu turut dihukumkan sebagai sunat.

Begitu juga, dalam pemerhatian penulis, sekiranya kita melihat kepada bilangan para perawat

yang terlalu ramai yang telah “dilahirkan” oleh Dato Dr Haron Din sendiri, adalah terlalu

sukar untuk mengawal-selia aktiviti rawatan yang mereka lakukan melainkan sekiranya

khidmat rawatan itu dijalankan di premis2 yang dikawal-selia secara berterusan oleh barisan

AJK dan peraturan SOP yang kemas dan mantap. Begitu juga, kehadiran para pesakit yang

terlalu ramai dewasa ini menjustifikasikan lagi – menurut neraca maslahah - kepentingan

penyediaan tempat rawatan yang selesa dan dapat menampung kehadiran orang ramai.

Dari sudut yang lain, dalam pemerhatian penulis, memberikan rawatan ruqyah di rumah

sendiri secara solo dan tidak berjemaah – pada kebiasaannya - akan mendedahkan para pesakit

kepada kepelbagaian fitnah, penipuan dan masalah luar jangkaan yang sering kedengaran

mutakhir ini seperti penipuan dari sudut wang, pencabulan maruah dan kehormatan dan

sebagainya. Justeru, dalam konteks ini adalah jelas wujudnya maslahah yang rajih yang dapat

dilihat melalui pembukaan premis-premis rawatan ini.

Begitu juga, dari satu sudut yang lain, melalui premis-premis yang diwujudkan ini maka

rawatan secara ruqyah ini dapat dilaksanakan secara terbuka dan tidak tersembunyi di mana

amalan secara tersembunyi dan terselindung ini, dari satu segi, amat berbahaya kerana ianya

akan membuka ruang tersebarnya amalan perubatan khurafat atau ajaran sesat yang kerap

timbul di dalam masyarakat secara berahsia dan tersembunyi.

Begitu juga pada hari ini kita melihat bagaimana banyaknya pusat-pusat rawatan yang penulis

berani mengkategorikan sebagai “pendekatan rawatan yang masih menyelitkan unsur-unsur

yang meragukan” 4 yang wujud di tengah-tengah masyarakat pada hari ini. Justeru,

pembukaan premis-premis yang menepati “piawaian Syariah” ini pastinya akan dapat

menyelamatkan akidah umat Islam daripada terjebak ke dalam rawatan secara sihir, khurafat

dan seumpamanya. Lebih-lebih lagi, dalam pemerhatian penulis, pengetahuan masyarakat

Islam Malaysia mengenai persoalan rawatan yang menepati syariah ini masih cetik dan

dangkal dan ini memudahkan orang ramai tertipu di pusat2 rawatan tersebut. Justeru, adalah

tidak munasabah untuk menghukum kewujudan presmis ruqyah ini sebagai suatu bid`ah yang

diada-adakan. Sebaliknya, pelbagai kebaikan yang dapat dilihat dengan adanya premis-premis

ini.

3. Tidak Menawarkan Diri untuk merawat orang secara ruqyah

Walau pun merawat secara ruqyah adalah suatu amalan yang disyariatkan menurut kata

sepakat para ulama namun Dato Dr Haron Din mengambil pendekatan bahawa rawatan

ruqyah ini hanya wajar diberikan kepada “sesiapa yang memohon/meminta khidmat tersebut

daripada pihak kita”. Dalam mengulas isu ini Dato Dr Haron din menyatakan bahawa secara

umumnya tidak semua umat Islam menerima rawatan secara ruqyah ini atau dengan bahasa

4 Yang mencampuradukkan antara rawatan yang menepati piawaian syariah dan yang melibatkan amalan syirik kepada Allah.

Page 6: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

6

lain tidak semua umat Islam memahami kewujudan rawatan penyakit melalui ayat-ayat al-

Quran. Justeru, bagi beliau, adalah lebih baik rawatan ini tidak “ditawarkan” melainkan

kepada orang-orang yang bersedia [dari dirinya sendiri] untuk dirawati secara ruqyah ini.

Kerana itu bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham maka rawatan ruqyah, dalam

konteks darussyifak, hanya diberikan apabila seseorang yang dengan rela hati bersedia untuk

dirawat.

Penilaian

Dalam pemerhatian penulis, secara prinsipnya, menawarkan diri untuk memberikan khidmat

ruqyah kepada orang ramai tidaklah menyalahi Syariat Islam. Islam sentiasa menganjurkan

kita berbuat kebaikan kepada orang ramai dan antara kebaikan itu ialah mendoakan

kesejahteraan kepada mereka. Malah terdapat satu hadis yang khusus mengenai khidmat

ruqyah ini di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa dari kalangan kamu

yang sanggup untuk memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah”. Walau

bagaimana pun, dalam konteks pendekatan Dato Dr Haron Din ini, penulis berpendapat,

beliau lebih melihat kepada keperluan pemeliharaan pendekatan rawatan ruqyah ini dariapda

sebarang fitnah, salah faham dan tuduhan yang tidak berasas yang amat mudah berlaku.

Justeru adalah lebih baik, khususnya dari sudut mera`ikan kemuliaan amalan ini sendiri yang

melibatkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa Nabi SAW, untuk tidak menawarkan rawatan ini

melainkan terhadap mereka-mereka yang dengan rela hati bersedia untuk dirawati dan

meyakini amalan ini sebagai suatu kaedah rawatan yang benar dan sahih di dalam Islam.

Dalam pemerhatian penulis, ini juga adalah di antara “adab-adab yang amat halus dan penuh

sopan” yang ingin Dato Dr Haron Din terapkan kepada para anak didiknya. Dengan bahasa

mudahnya, “Jangan menonjol-nonjolkan diri sebagai perawat, namun berilah khidmat dengan

penuh keikhlasan apabila kita diminta oleh sesiapa pun”.

4. Ruqyah Secara Jelas dan Langsung [Bukan CD] Dan Tiada penggunaan azimat,

rajah dan wafaq

Berdasarkan penelitian penulis, Dato Dr Haron Din sentiasa menitikberatkan pendekatan

cermat, teliti dan berhati-hati [intiyat] dalam mengaplikasikan rawatan ruqyah ini. Beliau cuba

mengelakkan rawatan ruqyah yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesamaran seperti

rawatan ruqyah yang melibatkan pemakaian azimat atau lukisan rajah dan wafaq yang

mungkin pendekatan ini diterima-pakai dalam kalangan sebahagian ahli ilmu agama pada hari

ini.

Bagi Dato Dr Haron din, ungkapan2 ruqyah yang dibaca mestilah jelas, tepat dan tidak

menyalahi hokum syarak. Begitu juga rawatan secara ruqyah yang sahih mestilah bersifat

secara langsung dan bukannya bacaan melalui rakaman CD. Begitu juga Dato Dr Haron Din

menekankan kepentingan pembacaan doa ruqyah secara yang dapat didengari oleh diri

perawat dan juga pesakit. Melalui pendekatan ini maka apa yang dibacakan oleh para perawat

bukanlah suatu ilmu yang tersembunyi atau ingin disembunyikan dari pengetahuan orang

ramai. Malah orang ramai dapat memahami dan menilai sendiri ruqyah yang dibacakan oleh

perawat. Ini juga boleh dianggap sebagai antara ciri2 utama kaifiat ruqyah yang ditekankan

oleh Dato Dr Haron Din kepada para pelajarnya. Malah, sebagai suatu proses rawatan dan

Page 7: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

7

penyebaran ilmu, beliau juga menyarankan ilmu ruqyah ini diberikan kepada para pesakit agar

ianya dapat diamalkan oleh mereka di dalam kehidupan seharian.

Hakikat ni juga memahamkan bahawa Dato Dr Haron Din mementingkan bacaan ruqyah yang

dibaca secara langsung dan bukannya secara rakaman di dalam CD dan sebagainya. Bagi

beliau, ruqyah adalah suatu bentuk doa kepada Allah yang memerlukan elemen ruh ibadah

seperti keikhlasan dan rasa tawaduk; justeru ianya perlu dilakukan secara langsung kepada

pesakit dan bukannya melalui CD.

Penilaian

Dalam pandangan penulis, pendekatan yang diambil oleh Dato Dr Haron din di sini adalah

pendekatan yang amat menepati tuntutan syarak dalam aspek ruqyah. Apa yang ditekankan

oleh beliau ialah supaya nilai-nilai ibadah [hubungan jiwa perawat dengan Allah SWT] akan

terus wujud dan terjalin di dalam amalan beruqyah. Justeru, ruqyah perlu dihayati secara

langsung oleh diri para pangamalnya dan bukannya dialunkan melalui rakaman CD. Begitu

juga keengganan beliau menggunakan segala jenis azimat dan tangkal memperlihatkan

bagaimana beliau mementingkan penjagaan dan pemeliharaan nilai-nilai iman dan takwa di

dalam rawatan. Sikap berhati-hati beliau di dalam bab ini memperlihatkan pendekatan beliau

amat menepati objektif utama syariah yang menuntut penjagaan agama dengan sebaik-baik

yang mungkin. Penolakan beliau terhadap penggunaan azimat rajah, nombor2 arab dan wafaq

jelas memperlihatkan bagaimana beliau menekankan kepentingan “kefahaman terhadap apa

yang dibaca” dalam amalan ruqyah. Ini adalah bagi memastikan apa yang dilafazkan itu

terselamat sepenuhnya dari unsur-unsur syirik dan sihir.

5. Kaifiat Merawat Bangunan Dan Premis Dan Kaitannya Dengan Hadis Para Malaikat

Merawat bangunan, premis dan “tempat-tempat yang bermasalah” secara ruqyah bukanlah

suatu amalan yang boleh dihukumkan sebagai bid`ah yang menyesatkan. Banyak karya-karya

ilmuan Islam yang berkaitan dengan ilmu ruqyah ini turut menjelaskan bagaimana “premis

juga boleh dirawat dengan menggunakan doa dan air yang didoakan. Justeru, merawat

bangunan dan premis-premis yang bermasalah adalah di antara bentuk rawatan ruqyah yang

diamalkan serta diturunkan oleh Dato Dr Haron Din kepsada para pelajarnya.

Walau bagaimana pun antara pembaharuan yang boleh dilihat di Darussyifa’ ialah Dato Dr

Haron Din menekankan “kaifiyat rawatan premis” yang lebih teratur, tersusun dan bersifat

berjemaah. Beliau menyarankan beberapa proses amalan utama yang merangkumi 1. solat

berjemaah Maghrib dan Isyak, 2. solat hajat, 3. membaca yasin beramai-ramai, 4. membaca

zikir beramai-ramai dan 5. disudahi dengan doa-doa kesejahteraan premis, yang bersifat

pendiding kepada tempat yang bermasalah. Selepas menyempurnakan amalan tersebut maka

air-air yang telah diruqyahkan akan direnjiskan ke tempat yang terbabit selama tiga hari

berturut-turut.

Pendekatan yang dilalui oleh Dato Dr Haron Din ini, dalam observasi penulis, adalah suatu

pendekatan yang tersendiri dan lebih menyeluruh. Ini adalah kerana, di dalam buku-buku

ruqyah syar`iyyah yang tersedia ada, proses merawat bangunan hanyalah berligar kepada

amalan membaca doa pada air dan air tersebut digunakan bagi merenjis ke tempat tersebut.

Page 8: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

8

Begitu juga suatu perkara lagi yang amat menarik untuk disebut ialah bagaimana Dato Dr

Haron Din mengaitkan proses rawatan “bangunan yang bermasalah” dengan hadis-hadis Nabi

SAW yang menceritakan tentang kelebihan berzikir secara berjemaah. Ini merupakan suatu

kefahaman, tafsiran dan fikrah yang penulis tidak temui di dalam buku-buku ruqyah yang

dikaji. Menurut beliau, selain daripada solat hajat dan kekuatan doa-doa penghindar syaitan

yang dibacakan, zikir secara berjemaah ini memainkan peranan yang cukup besar di dalam

merawat bangunan. Apabila zikir secara berjemaah ini dilakukan maka – berasaskan kepada

hadis Nabi saw yang sahih – para malaikat [yang dipanggil sayyarah] akan turut serta

meenghadiri majlis-majlis zikir seumpama ini. Kehadiran para malaikat ini, tegas beliau, akan

memberikan pengaruh yang besar di dalam menghalau syaitan dan jin yang dipercayai

menjadi punca sesuatu tempat itu terganggu. Dengan Bahasa lain, kehadiran para malaikat

tersebut akan turut menghadirkan rahmat dan barakah ke tempat2 tersebut sehingga tempat

tersebut boleh “dipulihkan” dari gangguan syaitan dan jin.

Penilaian

Dalam pandangan penulis, pendekatan “rawatan premis” yang diterokai oleh Dato Dr Haron

Din ini merupakan suatu pendekatan yang amat unik dan tersendiri. Pendekatan ini

merupakan penggabungan kepada beberapa amalan-amalan ibadat yang disyariatkan oleh

Allah swt seperti berzikir beramai-ramai, solat hajat, penggunaan air dan sebagainya.

Pendekatan yang diambil ini kelihatan amat teratur dan yang lebih menarik, ia turut dapat

diaplikasikan bagi merawat bangunan-bangunan besar seperti kilang, ladang, bangunan

bertingkat dan sebagainya. Bagi penulis, ini adalah di antara inovatif dan legasi besar lagi

tersendiri yang telah Dato Dr Haron Din tinggalkan kepada masyarakat. Melalui kaedah

rawatan premis ini, penulis difahamkan,5 Darussyifa sentiasa [hamper setiap minggu dan

bulan] mendapat undangan untuk merawat pelbagai tempat, kawasan dan bangunan yang

bermasalah.

6. Penerimaan “Bacaan” Mantera Rawatan Melayu Traditional yang tidak menyalahi

syarak

Konsep rawatan secara ruqyah secara umumnya melibatkan pembacaan doa2 yang muktabar

dan yang berkaitan dengan penyakit, yang diambil daripada al-Quran dan al-sunnah dan doa2

para ulama terdahulu yang muktabar. Dalam konteks ini, berdasarkan hadis yang sahih, tidak

menjadi kesalahan untuk memanfaatkan ruqyah-ruqyah yang mungkin disusun oleh para

ulama mutakhir atau semasa di mana ungkapan-ungkapan yang digunakan adalah jelas tidak

menyalahi hukum syarak. Dalam konteks ini, berdasarkan pemerhatian penulis, Dato Dr

Haron Din sentiasa bersifat terbuka dan tidak “rigid” di dalam menerima pakai pelbagai doa-

doa rawatan yang telah berkembang di alam Melayu. Di dalam hal ini beliau memanfaatkan

ruqyah-ruqyah yang tidak bersumberkan dari hadis-hadis Nabi saw. Beliau juga turut

menerima mantera-mantera berbahasa melayu yang digunapakai di dalam rawatan melayu

5 Temuramah dengan Ustaz Imran Kamal Bashah, Setiausaha Kehormat Darussyifa’

Page 9: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

9

traditional sekiranya ungkapan mantera tersebut tidak menyalahi hokum syarak dan didapati

memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Antara mantera melayu yang digunapakai oleh beliau dan turut diturunkan kepada para pelajar

beliau ialah di dalam rawatan sakit mata. Apa yang pentingnya di sini ialah beliau turut

memanfaatkan khazanah-khazanah ilmu perubatan Melayu yang lampau sekiranya manfaat

ilmu tersebut telah terbukti melalui pengalaman beliau yang lama di bidang ini.

Penilaian

Dalam pandangan penulis, Islam tidak melarang penggunaan doa2 yang disusun-atur oleh

seseorang selama mana doa2 tersebut mempunyai makna yang jelas dan terang, iaitu tidak

menyalahi hukum syarak dan akidah Islam. Pendirian dan sikap terbuka Dato Dr Haron Din

dalam hal ini, yang amat teliti dan cermat, menurut penulis, akan dapat menyuburkan lagi

perkembangan ilmu ruqyah ini di masa-masa akan datang. Sesungguhnya segala ilmu yang

baik itu merupakan “hikmah yang hilang” yang dicari setiap masa oleh orang mukmin.

7. Penerimaan “kaifiyat amalan” rawatan melayu traditional yang tidak menyalahi

hokum Syarak.

Selain daripada mantera dan jampi mantera yang dianggap tidak menyalahi hukum syarak dan

boleh dimanfaatkan di bidang rawatan, adalah jelas, menurut pemerhatian penulis, Dato Dr

Haron din turut memanfaatkan pendekataan dan kaifiat rawatan melayu traditional yang

terbukti berkesan sejak zaman berzaman di dalam menyelesaikan masalah penyakit. Di dalam

menurunkan ilmu perubatan kepada para pelajarnya adalah jelas beliau turut merangkumkan

beberapa pendekatan rawatan atau bentuk amalan yang pada asalnya diambil daripada

pembelajaran beliau daripada tokoh2 ahli perubatan melayu Islam yang lampau di Malaysia.

Penilaian

Secara prinsipnya, di dalam persoalan rawatan dan mencari penawar kepada penyakit, Islam

tidak pernah bersifat rigid dan sempit. Umat Islam sentiasa digalakkan untuk melakukan

penyelidikan dan meneroka ruang-ruang baru di samping memanfaatkan ilmu2 perubatan

yang tersedia ada bagi mencari kesembuhan terhadap segala jenis penyakit. Sabda Nabi

Muhammad SAW yang bermaksud, “Berubatlah wahai para hamba Allah, maka

sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan bersamanya akan

penawarnya”.

Apa yang penting ialah tidak adanya unsur-unsur khurafat yang ditentang oleh Islam. Apabila

sesuatu kaifiat rawatan itu terbukti berkesan dan bermanfaat melalui “pengalaman yang benar

dan panjang” maka ianya dapat diterima dan tidak dianggap menyalahi hukum. Inilah yang

diistilahkan oleh para ulama sebagai tajribah.

Pada masa yang sama, dengan melihat kepada latar belakang Dato Dr Haron Din sebagai

seorang bekas Professor di bidang Syariah, maka penulis yakin segala pendekatan rawatan

yang diambil oleh beliau dari perubatan melayu traditional sudah pastinya telah dinilai dan

disaring terlebih dahulu sebelum menjadikannya sebagai suatu bentuk rawatan di Darussyifa’.

Ringkasnya, Dato Dr Haron Din memiliki sikap terbuka terhadap pendekatan dan kaifiat

Page 10: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

10

rawatan yang didapati berkesan untuk kesembuhan penyakit dan tidak pula berlawanan

dengan hokum Islam.

8. Memberikan Ulasan Ilmiah Terhadap Polimik Selawat Syifa’

Selawat Syifa` adalah di antara bentuk-bentuk “selawat ke atas Nabi SAW” yang cukup

popular dalam kalangan para ahli tarekat, para ahli Sufi dan para pengamal pengubatan Islam.

Membaca selawat syifak ini adalah di antara ruqyah yang diamalkan serta diturunkan oleh

Dato Dr Haron Din kepada para pelajarnya sejak di awal-awal penubuhan Darussyifak. Dalam

konteks perkembangan semasa, polemik selawat syifak ini mula timbul apabila terdapatnya

segelintir ilmuan agama yang menghukumkan pembacaan selawat ini sebagai suatu amalan

syirik. Menurut mereka, pembaca selawat ini telah terjatuh ke dalam dosa syirik bilamana

mereka telah menyandarkan kuasa menyembuhkan penyakit kepada diri Nabi saw dan

bukannya kepada Allah SWT.

Menurut mereka, ini adalah satu kesesatan kerana di dalam akidah Islam hanya Allah SWT

yang boleh menyembuhkan penyakit. Sebagai respon kepada tuduhan tersebut, Dato Dr Haron

Din, melalui bukunya Siri Pengubatan Islam, telah memberikan penjelasan dan jawapan dari

sudut tata Bahasa Arab yang terpakai di dalam selawat tersebut bagi memperlihatkan

kesilapan pandangan golongan tersebut.

Menurut beliau, sememangnya “Allah sebagai Penyembuh” merupakan akidah pokok yang

wajib diimani oleh umat Islam di mana segala sesuatu yang lain hanyalha wasilah dan ubat di

dalam mencari kesembuhan. Selawat syifak juga tidak terkecuali, iaitu ianya termasuk dalam

kategori wasilah dan sebab di dalam mencari kesembuhan. Kewrana itu, menurut Dato Dr

Haron Din, ianya diistilahkan dengan ungkapan selawat syifak yang bererti “selawat sebagai

wasilah, jalan dan ikhtiar bagi mencapai penyembuhan”.

Apa yang lebih menarik, menurut pemerhatian penulis, ialah analisis beliau terhadap aspek

tatabahasa Arab di dalam rangkaikata selawat tersebut [bahagian tibbil qulub wa dawa`iha].

Dalam pemerhatian penulis, apa yang diketengahkan oleh Dato Dr Haron Din di sini

merupakan suatu sumbangan yang cukup besar dalam dunia rawatan. Ini adalah kerana

penjelasan akademik [ i’rab Bahasa Arab ] yang diberikan oleh beliau tidak terdapat di dalam

mana2 karya buku di seluruh dunia menurut penelitian yang penulis lakukan.

9. Tidak Mengatakan Secara Pasti Bahawa Pesakit Telah Disihir atau Mempunyai Saka

[Tidak mendakwa mengetahui yang ghaib]

Ini adalah di antara perkara yang amat ditekankan oleh Dato Dr Haron Din. Dato Dr Haron

Din amat berhati-hati dan cermat di dalam merawat kes-kes yang melibatkan “gangguan

makhluk halus”. Dalam pemerhatian penulis, apa yang penting bagi Dato Dr Haron Din ialah

merawat penyakit dan apa jua gangguan “halus” yang diadukan oleh pesakit, bukannya

menentukan apakah penyakit ini disebabkan oleh sihir, perbuatan orang dan sebagainya. Ini

adalah kerana, menurut beliau, adalah mustahil bagi seorang Islam untuk mengetahui perkara-

perkara yang ghaib. Apabila gangguan halus terjadi kepada seseorang maka tugasan utama

para perawat Darussyifa ialah berusaha merawat dan berikhtiar dan bukannya membuat

dakwaan-dakwaan yang palsu, tidak berasas, teka-meneka, yang tidak dapat dipastikan

Page 11: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

11

kesahihannya, yang akhirnya, tanpa diduga, boleh membawa kepada perbalahan dan salah

faham sesama saudara seIslam.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat penyakit yang disebabkan oleh amalan sihir,

dan ada ketikanya tanda-tanda keberlakuan sihir itu dapat dilihat pada diri pesakit,6 namun

apa yang paling penting bagi para perawat Darussyifa’ ialah membantu dan berusaha merawat

dan menyerahkan maklumat2 yang tersembunyi itu kepada Allah SWT. Justeru, di dalam

merawat kes “gangguan makhluk halus”, para perawat hendaklah bijaksana di dalam menilai

penyakit dan memanfaatkan pelbagai ruqyah yang telah diterima. Adalah penting, menurut

Dato Dr Haron din, para perawat Darussyifa’ sentiasa memberikan harapan kesembuhan

kepada para pesakitnya, menggirangkan jiwa mereka yang sedih, membimbing para

pesakitnya ke jalan yang diredai Allah SWt dan tidak sekali-kali mengeluarkan ungkapan

yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Menurut penulis, aspek ini adalah di antara unsur “islah” besar [perbaikian kepada system

rawatan ini] yang berjaya diterapkan oleh Dato Dr Haron Din di dalam dunia rawatan

perubatan Islam di Malaysia. Ini adalah kerana secara umumnya , berdasarkan aduan para

pesakit sendiri dan pengalaman penulis sendiri, tidak sedikit para perawat yang berkecimpung

di bidang ini yang begitu mudah atau mengambil mudah atau cenderung untuk membuat

pelbagai andaian atau ketetapan terhadap para pesakit mereka, seperti mendakwa mereka

telah disihir, datok nenek mereka memiliki saka dan sebagainya. Malah kenyataan-kenyataan

seperti ini, menurut observasi penulis, bagaikan telah menjadi trade-mark bagi sesiapa sahaja

yang mendapatkan rawatan di pusat2 rawatan traditional Melayu.

Kenyataan-kenyataan seperti ini kebiasaannya akan membuat para pesakit menjadi semakin

resah, bingung, takut, terkejut dan mula berprasangka buruk sehingga tidak sedikit yang

datang ke Darussyifa’ bagi tujuan “mengesahkan” apa yang disebut oleh pusat-ppusat rawatan

lain di Malaysia.

10. Menyebut “Nama Pesakit” Pada Air Yang Didoakan

Selain daripada melakukan ruqyah terus kepada pesakit, para ulama turut memperakui

sesahihan melakukan ruqyah dengan cara berdoa kepada air di mana air tersebut akan

digunakan oleh pesakit sebagai minuman, renjisan dan bahan mandian. Menurut keterangan

para ilmuan Islam, setelah doa dibacakan kepada air maka para perawat hendaklah meniup

secara lembut kepada air tersebut. Dalam konteks ini, Dato Dr Haron Din turut menjadikan

air mutlak sebagai bahan utama dalam rawatan Darussyifa’. Boleh dikatakan semua pesakit

yang datang untuk mendapatkan rawatan di darussyifak dikehendaki membawa air masing-

masing bagi tujuan rawatan.

Antara pembaharuan yang penulis lihat di dalam pendekatan Dato Dr Haron Din ialah,

sekiranya pesakit tidak dapat hadir untuk menerima rawatan maka beliau akan

men”ruqyah”kan air yang dibawa oleh wakil pesakit dengan terlebih dahulu menyebut secara

jelas “nama pesakit” atau nama orang yang berhajat pada air tersebut.

6 Tanda-tanda keberlakuan sihir pada seseorang banyak ditulis dan dibicarakan oleh para ulama.

Page 12: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

12

Ini bagi menunjukkan bahawa air tersebut adalah air ruqyah yang dikhususkan kepada pesakit

yang berhajat. Pendekatan seumpama ini [mengalunkan secara lembut nama pesakit], dalam

pemerhatian penulis, tidak dinyatakan di dalam karya-karya kitab Ruqyah. Malah air ruqyah

dapat disediakan dengan terus membacakan ayat2 ruqyah kepada air. Justeru, bagi penulis,

pendekatan ini boleh dianggap sebagai salah satu daripada kaifiat ruqyah yang diterokai oleh

Dato Dr Haron Din.

11. Air Ruqyah Yang Boleh Ditambah Dengan Air Biasa.

Jumhur ulama memperakukan rawatan secara ruqyah. Mereka turut memperakukan bahawa

ruqyah boleh dilakukan / dibacakan terhadap air mutlak yang kemudiannya dijadikan sebagai

minuman atau air mandian kepada pesakit. Namun di dalam karay2 ruqyah tersebut, menurut

penelitian penulis, air ruqyah yang telah tersedia untuk didoakan perlu disediakan dalam

kuantiti yang mencukupi untuk digunapakai sebagai bahan rawatan, minuman dan mandian.

Sebagai misalan, sekiranya air doa diperlukan untuk kegunaan mandian dalam tempoh

seminggu maka air yang cukup untuk penggunaan seminggu itu perlu disediakan.

Namun dalam pendekatan rawatan Dato Dr Haron Din, beliau berpendapat bahawa air2 yang

telah didoakan itu boleh diperpanjangkan masa penggunaannya dan tempoh hayatnya dengan

ditambah dengan air lain dari semasa ke semasa [atau sekitar 3 hingga 5 kali tambahan]

dengan syarat air ruqyah yang asal itu tidak berkurang dari separuh dari kuantiti asalnya.

Melaui pendekatan ini maka air yang telah didoakan itu boleh dipakai untuk jangka masa yang

agak panjang sekalipun mungkin air asal tersebut adalah tidak banyak.

Dalam pandangan peribadi penulis, kemunasabahan pendekatan yang dilakukan oleh Dato Dr

Haron Din ini mungkin dengan melihat kepada tiga aspek iaitu :

[1] sifat molekul air ruqyah itu sendiri yang boleh bercantum dan bergabung dengan air

baru sehingga menyebabkan air baru turut menerima keberkatan dan kekuatan doa dari air

ruqyah dan

[2] unsur “kemudahan” yang ingin diberikan kepada para pesakit di mana dengan hanya

membawa air yang tidak terlalu banyak [mungkin 1.5 liter atau 5 liter] namun air itu dapat

dimanfaatkan untuk jangkamasa yang sesuai untuk rawatan, dan

[3] dengan mengaplikasikan [di dalam pengubatan Islam] prinsip yang dinyatakan oleh para

ulama iaitu “Apa-apa yang tidak dapat dicapai / dilakukan sepenuhnya [100%] maka jangan

pula ditinggalkan bahagian kecil yang dapat dicapai”. Justeru berdasarkan prinsip ini maka

penggunaan air ruqyah sentiasa penting dan perlu diutamakan sekalipun mungkin tidak dapat

disediakan dalam kuantiti yang besar atau banyak. Sebagai misalannya, jelas Dato Dr Haron

Din, bagi tujuan merawat bangunan atau premis, maka memadailah air ruqyah itu direnjiskan

di bahagian-bahagian bangunan yang kritikal sahaja dan bukannya keseluruhan bangunan.

KESIMPULAN

Pusat rawatan Islam Darussyifa’ di bawah pimpinan Dato Dr Haron Din, yang telah

menjangkau jangka hayatnya sekita 30 tahun, telah berjaya memberikan suatu impak yang

cukup besar di dalam memperkenalkan, memartabatkan serta mengaplikasikan sistem

Page 13: UNSUR-UNSUR PEMBAHARUAN DALAM “RAWATAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/02-Unsur-Unsur...ruqyah syar`iyyah ini merupakan antara bentuk rawatan yang amat popular

13

rawatan penyakit melalui ruqyah syar’iyyah ini di dalam masyarakat. Pada hari ini boleh

dikatakan pusat rawatan Islam Darussyifa’ telah wujud di setiap negeri di Malaysia dengan

kehadiran para pesakit dan mereka-mereka yang berhajat dengan jumlah yang begitu ramai.

Begitu juga antara perkembangan terkini yang membanggakan ialah bilamana pusat

pengubatan Islam Darussyifa’ ini telah diterima sebagai salah satu badan pengamal perubatan

yang sah di bahagian Perubatan Traditional dan Komplementari, Kementerian

Kesihatan Malaysia dan di dalam Akta Perubatan Traditional dan Komplementari.

Hakikat ini akan memberikan laluan yang lebih besar dan “sah” kepada Darussyifa’ untuk

terus menabur bakti kepada masyarakat.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya terdapat pembaharuan-pembaharuan tertentu

yang telah diperkenalkan oleh Dato Dr Haron Din di dalam bidang ini. Namun, apa yang

dilakukan oleh Dato Dr Haron Din ini tidak terkeluar dari batasan-batasan maslahah yang

rajih, yang ingin diterapkan oleh beliau di dalam system rawatan ruqyah ini. Di dalam

observasi penulis yang telus, tidak wujud apa yang disebut sebagai “bid’ah yang mungkar lagi

menyesatkan” di dalam sistem rawatan Darussyifa’ pimpinan Dato Dr Haron Din.

Selepas pemergian Dato Dr Haron Din ke rahmatullah, kini pusat rawatan Darussyifa’ terus

bergerak maju mengorak langkah menabur bakti di bawah teraju Persatuan Perubatan,

Pengubatan dan Kebajikan Islam Darussyifa’ yang memainkan peranan yang paling

penting di dalam mengawal selia dan memantau segala aktiviti dan perjalanan sistem rawatan

ruqyah ini agar tidak terkeluar dari prinsip-prinsip asas dan piawaian hukum seperti yang telah

di”waris”kan oleh Dato Dr Haron bin Din.

Semoga Allah SWt merahmati ruhnya dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.