universiti tenaga nasional releases/2018/e-buletin 2.pdf · and business management. the mou will...

11
1 2/2018 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 2

Upload: duongkhue

Post on 23-May-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

1

2/2018

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

2

Page 2: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

2

Glad to share good news that UNITEN, in the midst of its BOLD2025 transformation journey to be

recognised as a globally competitive and energy-focussed university, has been ranked at #171 in

Asia in the 2018 Times Higher Education (THE) Asia University Rankings in our very first

appearance. UNITEN is then in the top 1.4% from among 12,500 universities in Asia.

THE Asia University Rankings

2018

Page 3: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

3

12 FEBRUARI 2018 | BUKIT JALIL

LIGA HOKI WANITA MALAYSIA - PKS UNITEN-KPT, BLUE WARRIORS SAMA HEBAT!

"Saya mengharapkan agar semua pemain

dapat memperbaiki kelemahan ini dan cuba

mengutip mata penuh dan fokus dalam

pertemuan kedua dengan Blue Warriors pada

Selasa ini,"

- Lailin Abu Hassan, Ketua Jurulatih PKS UNITEN-KPT

Sama kuat dan sama hebat, itulah

perkataan paling sesuai yang boleh

digambarkan dalam aksi perlawanan PKS

UNITEN-KPT bertemu Blue Warriors. PKS

UNITEN-KPT menguasai permainan petang

semalam terutama di suku pertama dan kedua

perlawanan, namun gagal menyempurnakan

beberapa peluang yang terhidang. Kedua-dua

pasukan berkongsi 23 mata dengan PKS

UNITEN-KPT kekal di persada liga berdasarkan

kelebihan gol tatkala saingan masih berbaki

tiga perlawanan lagi. Ayuh PKS UNITEN! PKS

UNITEN boleh!

Page 4: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

4

UNITEN dengan inisiatif Kolej Pengajian Asas dan Diploma serta Unit Pemasaran, Jabatan

Pemasaran dan Komunikasi Korporat telah menganjurkan satu program bersama, iaitu

UniReady Camp yang dijalankan selama 3 minggu bermula 12 Februari sehingga 3 Mac

2018. Objektif utama program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang kepada

pelajar lepasan SPM untuk merasai pengalaman sebenar berada di alam university dan

mendapat pencerahan mengenai program yang boleh dan perlu mereka ikuti mengikut

kepada minat serta kecenderungan mereka. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang

sepanjang program ini berlangsung. Hampir 100 orang pelajar berdaftar pada 12 Februari

yang lalu, dan program ini masih lagi dibuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat

sehingga 19 Februari ini sehingga 4.30 petang di UNITEN Customer Centre.

12 FEBRUARI 2018 | PUTRAJAYA

UNIREADY CAMP DI KAMPUS PUTRAJAYA

Page 5: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

5

MoU Signing Ceremony between UNITEN and Universiti Teknologi Brunei (UTB) at

UTB Campus. UNITEN and UTB share a similar focus on engineering, computer science & IT

and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic,

student mobility, capacity building and research. Universiti Teknologi Brunei is an

engineering and technology university in Brunei Darussalam that specializes in the niche

areas of engineering, business and computing. UTB was established as a higher learning

institution in 1986 that offered Higher National Diploma programmes in Engineering,

Business and Computing. These programmes are aimed at producing para-professionals for

the industry. UTB’s ethos has always been based around the idea that effective instruction,

hands-on approach and industry-based programmes equip students with fundamental

knowledge, competence and marketable skills. This guiding principle has helped UTB produce

graduates who are highly valued by local employers and readily accepted by universities in

the UK, Australia and other countries where UTB students further their studies.

Sumber FaceBook

7 FEBRUARI 2018 | BRUNEI

MOU SIGNING CEREMONY BETWEEN UNITEN AND UTB

Page 6: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

6

6 FEBRUARI 2018 | KUANTAN

MAJLIS PENYERAHAN VAN JENAZAH OLEH KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD (KOSMA) KEPADA UNITEN KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) telah menyerahkan sebuah van jenazah

untuk kegunaan Pusat Islam Ibnu Khaldun KSHAS pada awal Februari yang lalu. Majlis

penyerahan ini telah dibuat secara rasmi di Business Hotel, Kuantan. Penyerahan replika

kunci telah dibuat sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Amanah Yayasan KOSMA,

YH Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar Bin Haji Ibrahim kepada Timbalan Naib Canselor UNITEN

KSHAS, Prof. Dr. Salina Daud. KOSMA telah ditubuhkan pada 4 Disember 1967 (di bawah

Ordinan Koperatif 1948 yang telah diganti oleh Akta Koperasi 1993). Kegiatan utama KOSMA

ialah pembangunan dan perladangan tanaman kelapa sawit. Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri

Pahang yang telah bersidang pada November 1966, telah meluluskan satu peruntukan

kawasan seluas lebih kurang 55,000 ekar di Mukim Keratong, Daerah Rompin, Negeri Pahang

Darul Makmur. Ini merupakan salah satu bentuk tanggungjawab sosial yang telah dijalankan

oleh pihak KOSMA dengan harapan sumbangan ini dapat memudahkan pihak UNITEN KSHAS

di bawah Pusat Islam Ibnu Khaldun memberikan bantuan kepada anggota kerja ataupun

pelajar yang memerlukan perkhidmatan van jenazah ini.

Page 7: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

7

6 FEBRUARI 2018 | PUTRAJAYA

KOLEJ KEJURUTERAAN : PERTANDINGAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR KOLEJ KEJURUTERAAN UNITEN

Kolej Kejuruteraan UNITEN telah menganjurkan satu pertandingan yang melibatkan pelajar

tahun akhir dari Kolej Kejuruteraan yang bakal bergraduan. Projek-projek ini telah disaring

sendiri oleh pensyarah yang juga merupakan penyelia kepada projek yang telah dijalankan

oleh pelajar-pelajar ini sebelum dipilih untuk bertanding untuk mewakili jabatan masing-

masing, antaranya Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik,

Kejuruteraan Mekanikal dan juga Kejuruteraan Kuasa. Terdapat pelbagai ciptaan yang

menarik hasil kreativiti dan pengalaman pelajar sendiri yang diolah mengikut industri

semasa, antaranya berkait rapat dengan masyarakat, sebagai contoh Ergonomic Guitar,

Medical Bed, dan banyak lagi. Menurut Dekan Kolej kejuruteraan, Prof. Dr. Izham Zainal

Abidin, “pertandingan ini merupakan platform kepada pelajar daripada kolej ini untuk

mempamerkan produk yang telah mereka cipta kepada kegunaan industri”. Syabas dan

tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini, semoga

produk yang diinovasi ini boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk pembangunan negara

Malaysia.

Page 8: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

8

Baru-baru ini, pihak TV alJazeera yang berpengkalan di Qatar telah membuat rakaman

dokumentari berkaitan dengan kajian yang dibuat berkaitan dengan empangan yang ada di

Afrika yang telah dijalankan oleh penyelidikan UNITEN, Dr. Mohamed Ahmed Hafez Ahmed

daripada Kolej Kejuruteraan Awam. Kedatangan kru produksi daripada Qatar ini telah

disambut oleh Prof. Dr. Siti Salbiah Mohamed Shariff, Timbalan Naib Canselor (Pengurusan

dan Pembangunan) yang menjalankan tugas Naib Canselor UNITEN. Dokumentari selama 1

jam setengah ini akan diterbitkan di dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan bakal ditayangkan

pada mac 2018 di saluran TV alJazeera. Proses rakaman yang dijalankan pada pukul 10 pagi

berakhir pada jam 3 petang. Semoga kajian daripada penyelidik UNITEN ini akan terus

mendapat pengiktirafan daripada pentas antarbangsa.

5 FEBRUARI 2018 | PUTRAJAYA

PENYELIDIKAN UNITEN MENDAPAT PERHATIAN ANTARABANGSA MENERUSI DOKUMENTARI DI TV ALJAZEERA

Page 9: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

9

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan IPT (MASUM,

MSP, MASKOM dan MASISWA) mengambil inisiatif menganjurkan SUKIPT (Sukan Institusi

Pendidikan Tinggi) bermula pada tahun 2012 lagi. Program sukan yang berlangsung selama

10 hari ini bermula daripada 1 sehingga 10 Februari dengan mempertandingkan 27 jenis

sukan. Temasya edisi kali ke-4 ini menyaksikan penyertaan hampir 8000 atlet daripada 78

kontinjen yang bertanding. Tidak melepaskan peluang, UNITEN turut menghantar wakil di

dalam beberapa jenis sukan, antaranya Hoki, Silat, Petanque dan juga acara olahraga.

Penganjuran Kejohanan ini diadakan secara dwitahunan dan diselang-selikan dengan

penganjuran Karnival Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA). Penganjuran SUKIPT

merupakan satu usaha Kementerian untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan di

peringkat IPT, kebangsaan dan antarabangsa secara bersepadu. Penyertaan untuk sukan ini

adalah terbuka kepada semua atlet IPT di Malaysia. Semoga berjaya wira dan wirawati

UNITEN!

4 FEBRUARI 2018 | UKM BANGI

UNITEN DI PENTAS SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT)

Page 10: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

10

DARI PEJABAT ANSELORI

7 FEBRUARI 2018

TIMES HIGHER EDUCATION

(THE) ASIA UNIVERSITIES

SUMMIT

LOKASI: CHINA

5-7 FEBRUARI 2018

7 FEBRUARI 2018

LAWATAN KE

POLITEKNIK BRUNEI

LOKASI: BRUNEI

BERSAMA YAM PANGIRAN

ANAK HAJI ABDUL NAFEE

LOKASI: BRUNEI

Page 11: UNIVERSITI TENAGA NASIONAL Releases/2018/e-Buletin 2.pdf · and business management. The MoU will pave the way for collaborations in academic, ... pelajar yang memerlukan perkhidmatan

11

DARI WALK & CYCLE DAY AND LAUNCHING OF ICV AWARENESS CAMPAIGN

THE QUALITY MOMENT

1. JANGAN JAGA TEPI KAIN SAYA

2. PALESTIN: KEBENARAN YANG BELUM TERUNGKAI

INTERNATIONAL FORUM ON GLOBAL

ENERGY (IFGE)

KACA MATA