erjalanan ransformasi sekitar - docs.jpa.gov.my · challenge yourself to get out of the comfort...

4
ISU 03 PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA 2013 5432 Any Street West Townsville, State 54321 COMPANY REAL ESTATE Isu Kali Ini >>> P E L A N C A R A N L A P O R A N T A H U N A N G T P P R O G R A M T R A N S H A R E B E R S A M A T I M B A L A N P E N G A R A H J P A S E S I I N T E R A K S I K P P A B E R S A M A P T D M U D A Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore. Ikuti Kami Pencapaian sepanjang 4 tahun yang lalu membuktikan Malaysia kini akan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Ketika pelancaran Laporan Tahunan Program Transfomasi Negara 2013 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri sebentar tadi, YAB Perdana Menteri menyatakan GTP dan ETP sentiasa bergerak dalam satu sinergi untuk mengubah negara di bawah lembayung transformasi. negara. Program GTP mencapai kejayaan sebanyak 104% daripada sasaran keseluruhan. Ketika pembentangan laporan YAB Perdana Menteri memaklumkan sasaran yang lebih tinggi telah ditetapkan bagi GTP 2.0 berbanding keber- hasilan GTP 1.0. SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA SEKITAR GTP dan ETP melibatkan lapan (8) langkah transformasi iaitu hala tuju strategik, makmal, hari terbuka, pelan hala tuju, sasa- ran bagi petunjuk prestasi utama (KPI), pelaksanaan, tatacara yang dipersetujui dan laporan tahunan; Kesemua tujuh (7) National Key Result Area (NKRA) telah mencatat pencapaian cemer- lang.Kesemua maklumat terperinci boleh didapati secara online di laman web utama PEMANDU. Majlis ini dimulakan dengan persembahan video ringkas Program Transformasi Negara yang turut diselangi dengan beberapa pen- capaian individu yang menerima manfaat daripada program yang telah dilancarkan setakat ini.

Upload: buidiep

Post on 16-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISU 03

PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA 2013

Finding An Agent That’s Right For You

5432 Any Street West

Townsville, State 54321

COMPAN Y

REAL ESTATE

Isu Kali Ini >>>

PELANCARAN LAPORAN

TAHUN AN GTP

PROGRAM TRANSHARE

BERSAMA TIMBALAN

PENGARAH JPA

SESI INTERAKSI KPPA BERSAMA

PTD MUDA

Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim

niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et

iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.

Ikuti Kami

Pencapaian sepanjang 4 tahun yang lalu

membuktikan Malaysia kini akan mencapai

status negara maju dan berpendapatan tinggi

pada tahun 2020.

Ketika pelancaran Laporan Tahunan Program

Transfomasi Negara 2013 yang berlangsung

di Auditorium Perdana, Angkasapuri sebentar

tadi, YAB Perdana Menteri menyatakan GTP

dan ETP sentiasa bergerak dalam satu sinergi

untuk mengubah negara di bawah lembayung

transformasi. negara.

Program GTP mencapai kejayaan sebanyak

104% daripada sasaran keseluruhan. Ketika

pembentangan laporan YAB Perdana Menteri

memaklumkan sasaran yang lebih tinggi telah

ditetapkan bagi GTP 2.0 berbanding keber-

hasilan GTP 1.0.

SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com

KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA

Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA

Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam

Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam

Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA

SEKITAR

GTP dan ETP melibatkan lapan (8) langkah

transformasi iaitu hala tuju strategik,

makmal, hari terbuka, pelan hala tuju, sasa-

ran bagi petunjuk prestasi utama (KPI),

pelaksanaan, tatacara yang dipersetujui dan

laporan tahunan;

Kesemua tujuh (7) National Key Result Area

(NKRA) telah mencatat pencapaian cemer-

lang.Kesemua maklumat terperinci boleh

didapati secara online di laman web utama

PEMANDU.

Majlis ini dimulakan dengan persembahan

video ringkas Program Transformasi Negara

yang turut diselangi dengan beberapa pen-

capaian individu yang menerima manfaat

daripada program yang telah dilancarkan

setakat ini.

Program Transhare Bersama Timbalan-

Timbalan Pengarah di JPA diadakan pada 5

Mei yang lalu sebagai satu platform

perkongsian idea mengenai program

transformasi yang sedang dilaksanakan di

JPA. Ini sebagai salah satu inisiatif di

bawah Teras Strategik ke-4 KTPA iaitu

Merangkum dan Sepunya, mengamalkan

budaya berteraskan keberhasilan iaitu bagi

mencapai Keputusan Bersama (Informed

Decision) Dan Rasa Sepunya Berdasarkan

Kepelbagaian Perspektif khususnya di

kalangan pegawai kanan jabatan ini.

Antaranya perkara-perkara yang dibangkit-

kan adalah penyampaian perkhidmatan

masih menjadi satu keutamaan dalam

perkhidmatan awam masa kini dalam usaha

ke arah perkhidmatan awam yang berjiwa

rakyat. Perkhidmatan awam di Malaysia

sudah mencapai satu tahap yang membang-

gakan dan beliau yakin perkara ini boleh

dilakukan dengan komitmen yang tinggi di

kalangan penjawat awam.

PAPA

SESI TRANSHARE BERSAMA TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH DI JPA 5 MEI 2014

Jemputan terdiri daripada pegawai PTD dari gred 41 hingga 52,

barisan Exco PPTD dan Pengurusan Tertinggi JPA telah hadir ke sesi

ini. Turut hadir pada sesi ini ialah Pengerusi PPTD, YBhg. Dato’ Seri

Zainal Rahim bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Pembangunan), YBhg. Dato' Dr. Sharifah Zarah binti Syed

Ahmad dan Exco PTD Muda, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq bin

Abdullah.

Dalam usaha mengorak langkah ke tahap Negara bertransformasi

dan berdaya maju bagi mencapai Wawasan 2020, pegawai muda

khususnya PTD Muda perlu lebih terbuka, rasional dan juga proaktif

bersesuaian dengan kehendak dan hasrat stakeholders pada masa kini

selain mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

Program ini akan diperluaskan lagi kepada

pelbagai peringkat melalui lebih banyak sesi

kerana ianya disasarkan untuk memberi

lebih banyak peluang kepada warga JPA

berkongsi dengan stakeholders JPA bagi

menjayakan transformasi perkhidmatan

awam.

Pegawai muda pada hari ini perlu

bersedia untuk menggalas amanah

dan tanggungjawab untuk

melaksanakan agenda transformasi

Negara khususnya kepada program

transformasi perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad

Zabidi Zainal menyarankan agar

kumpulan ini benar-benar

memahami keperluan dalam menga-

daptasi perubahan corak pentad-

biran kerajaan pada hari ini.

Oleh yang demikian, penjawat

awam khususnya PTD Muda perlu

berusaha dengan lebih gigih

mendaya upayakan bakat terbaik

negara bagi memastikan

kelangsungan kejayaan agenda

transformasi ini benar-benar dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Pegawai muda khususnya PTD

Muda merupakan barisan pelapis

masa hadapan untuk menerajui

kepimpinan Perkhidmatan Awam.

Sesi yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk berkongsi

mengenai transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang

sedang dilakssnakan serta impak transformasi berkenaan kepada

penjawat awam khususnya PTD serta ianya dapat memberi

peluang kepada PTD Muda untuk berkongsi idea serta memberi

input kepada JPA supaya peranan PTD Muda dalam menggerak

dan memperkasakan agenda transformasi negara tercapai.

Selain bertindak sebagai medium komunikasi serta jaringan yang

kukuh antara ahli-ahli PTD Muda dengan pihak JPA, ianya juga

turut dijadikan sebagai platform kepada PTD Muda untuk mem-

beri pandangan dan cadangan mengenai aspirasi PTD Muda

terhadap program transformasi perkhidmatan awam

PEGAWAI MUDA PERLU GALAS AGENDA TRANSFORMASI NEGARA Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan

Mei 2014 pada kali ini telah dihoskan

oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan Jab-

atan Perkhidmatan Awam. Bertemakan

“Adat Pulau Limburan Pasang”

bermaksud adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang

miskin dan yang berilmu membantu yang

kurang cerdik, yang berkuasa melindungi

Pada kali ini ianya turut dihadiri oleh

pegawai Kementerian Kewangan, Jabatan

Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi

menjayakan taklimat berkenaan Goods

and Services Tax (GST) kepada warga

Memetik amanat YBhg. Tan Sri dalam

perhimpunan tersebut, sebagai penjawat

awam, kita harus memahami secara

mendalam kenapa GST perlu

dilaksanakan bagi menggantikan SST.

Penjawat awam juga perlu memberikan

sokongan dan bantuan dalam menjayakan

matlamat Kerajaan . Ia merupakan tugas

dan tanggungjawab kita bersama dan

peranan kita dalam isu ini amatlah

penting.

Malaysia akan melaksanakan GST bermula 1 April 2015 pada kadar 6%. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan (streamline) sistem percukaian Negara ke arah yang lebih efektif, efisyen, transparent dan business-friendly. Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menyusun semula sistem percukaian Negara bagi menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada yang mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri.

PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN MEI 2014

Berpegang kepada aspirasi untuk melahirkan bakal-bakal

pemimpin masa hadapan yang kompeten, mempunyai

personaliti unggul dan mampu memacu perkhidmatan

awam negara ke puncak kecemerlangan, modul-modul

yang ditawarkan dalam Kursus DPPA telah dirangka

dengan teliti serta terperinci agar ianya dapat menjadi satu

program khas yang komprehensif khusus untuk peserta

Kursus Kadet PTD.

Selaras dengan transformasi perkhidmatan awam negara,

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menjalin-

kan kolaborasi strategik dengan Universiti Malaya (UM)

bagi pelaksanaan program Diploma Pascasiswazah Pentad-

biran Awam (DPPA) yang mendapat pengiktirafan da-

ripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ditarafkan

sebagai Tahap 7 berdasarkan kerangka MQA.

Bagi memeterai jalinan kolaborasi strategik ini, satu Majlis

Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengendalian

Pakej Latihan Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam

(DPPA) bagi Peserta Kursus Kadet PTD di antara Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan Universiti Malaya (UM)

telah diadakan bertempat di INTAN, Bukit Kiara. Majlis

tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr.

Mazlan Yusoff, Pengarah INTAN dan YBhg. Prof. Dato’

Dr. Mohd Amin, Naib Canselor, UM. Majlis yang julung-

julung kali diadakan ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Program DPPA juga dijajarkan dengan Teras Strategik

Keempat dalam KTJPA , iaitu Merangkum dan Sepunya:

Memperluas Jaringan Kerja dan Kolaborasi Strategik

Dalam dan Luar Negara.

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PROGRAM DPPA-UM

Hari Ini Dalam Sejarah .>>> 8 APRIL 2014 INTENSIFYING OUR EFFORTS - PUBLIC SERVICE

TRANSFORMATION LAB

Public Service Transformation Lab was

currently held in INTAN Bukit Kiara. To

date, 14 ministries had participated in this

programme.

This marks the fifth lab after a series of

consultation with several participating min-

istries. These includes The Ministry of

Women, Family and Community, The

Ministry of Home Affairs, The Ministry of

Foreign Affairs, The Ministry of Natural

Resources and Environment, The Ministry of

Science, Technology and Innovation, The

Ministry of Agriculture and Agro-based

Industry, The Ministry of Transportation,

The Ministry of Works, The Ministry of

Plantation Industries and Commodities and

The Ministry of Education.

He also stresses the need to always

challenge yourself to get out of the

comfort zone, only this way will force

us to think creatively and innovatively

to get things done, and managing with

limited resources.

Previously in 2013, the PSD launched

Semarakkan Transformasi in which

several road shows were conducted to

the ministries to explain the framework

(PSTF) to the public servants. Still in

high spirits in pursuing the agenda, this

year the PSD introduced the Lab to

ensure that the implementation of the

framework can be carried out

accordingly.

The main objectives for this lab is to

give exposure on Public Service

Transformation and putting into the

context of their core businesses. This is

also necessary to get buy-ins from the

rest of public servants on the current

transformation initiatives. It will also

intensify engagements through strategic

collaboration across the public service.

It is hoped that by the end of the lab,

these ministries will be able to develop

their of strategic measures and

initiatives based on their Transfor-

mation Plans.

The four-day programme begins with a

series of talk and plenary session before

the participants were divided into

smaller groups for consultation and

discussion with the assistance of

INTAN facilitators.

The Ministry of International Trade and

Industry, The Ministry of Health, The Minis-

try of Energy, Green Technology and Water

and The Ministry of Defence joined the fifth

lab. YBhg. Tan Sri KPPA officiated the

programme and the Secretary Generals of the

Ministries were also present to show their

support towards The Public Service

Transformation Agenda.

In his opening speech,YBhg. Tan Sri shared

his experience during the early stage of

preparing for the framework. Talent is the

new buzzword worldwide, and this relates to

the management human capital. It is primari-

ly important to look into the functions of

human resource by giving it a strategic

function to lead the organisation to the new

direction.

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah menyempurnakan

perasmian Program MyBest Buy anjuran KEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA dengan kerjasama strategik bersa-

ma Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani di bawah

Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 10 (NBOS 10).

Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri merakamkan ucapan tahniah

dan penghargaan di atas inisiatif yang diambil khususnya da-

lam membantu para penjawat awam mendapatkan barangan

keperluan harian pada harga yang berpatutan selaras dengan

kempen Jimat Belanja Dapur 2014. Selain itu, YBhg. Tan Sri

juga memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak lapan (8)

kementerian telah melaksanakan program yang sama dan sam-

butan daripada orang ramai sangat menggalakkan. Usaha seper-

ti ini perlu diteruskan dan dikembangkan lagi ke kementerian/

jabatan/agensi kerajaan yang lain dalam usaha merancakkan

lagi program murni seumpama ini.

Selain dapat menjimatkan masa dalam mendapatkan barangan

keperluan harian, program ini juga dapat membantu meningkat-

kan pendapatan para peniaga yang mengikuti program ini. Per-

saingan sihat di kalangan peniaga di bawah kelolaanLaman

Sosial Rasmi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan turut

memberikan impak yang positif terhadap jenis barangan dan

harga yang ditawarkan kepada para pelanggan khususnya pen-

jawat awam.

Majlis turut diserikan lagi dengan kesudian YB Dato' Sri Idris

Jusoh, Menteri II, Kementerian Pendidikan Malaysia turun

padang melawat ke gerai-gerai jualan yang tersedia semasa

pelancaran program sebentar tadi. Turut hadir ke majlis

pelancaran tersebut ialah YBhg. DatukFarida Mohd Ali, YBhg.

Datuk Dr. Madinah Mohamad, YBhg. Datuk Sri Mohd Hashim

Bin Abdullah dan YBhg. Datuk Loo Took Gee.

Program MyBest Buy KKM

The output from the session were presented by

Secretary Generals to the Chief Secretary to

the Government and the Director General of

Public Service in monitoring the

implementation progress at larger scale. This

continuous effort is a further extension of

putting the framework into practice since it

was introduced since 2013.

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyifatkan lawatan kerja beliau untuk bertemu dengan penjawat awam di Negeri Terengganu merupakan

proses engagement yang mampu memberi impak positif dalam mengukuhkan hubungan dua hala di antara pentadbiran kerajaan Persekutu-

an, Kerajaan Negeri dan PBT terutama bagi meningkatkan kefahaman para penjawat awam tentang kepentingan program Transformasi

Perkhidmatan Awam yang sedang rancak dilaksanakan pada masakini ketika ditemubual dalam sesi sidang media pada hari ini.

Sesi lawatan kerja pada hari ini dimulakan dengan perjumpaan bersama para penjawat awam Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman,

Kuala Terengganu.Seterusnya mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta di akhiri dengan lawatan kerja ke

Hotel Grand Puteri yang merupakan projek usahasama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Terengganu di atas sebuah tanah

wakaf.

Program pada hari ini jelas membuktikan pendekatan secara NBOS telah memberi faedah yang berganda dalam melaksanakan sesuatu

program seperti perjumpaan dengan penjawat awam Negeri Terengganu, yang mana penganjuran majlis tersebut dianjurkan secara kerjasa-

ma di antara pihak CUEPACS dan SUK Negeri Terengganu. Ia sekaligus dapat mengeratkan ukhwah dan keharmonian yang baik di antara

kedua-dua pihak. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan dalam semua peringkat bagi memastikan agenda transformasi Negara

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PENJAWAT AWAM TERENGGANU TURUT SERTA MERENTASI GELOMBANG TRANSFORMASI (25 MEI 2014)

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

AGENDA NEGARA

JPA kini menggunakan pendekatan lebih proaktif dalam penyampaian maklumat. Inisiatif transformasi kini mula menjadi perhatian media.