the simplified way to create a stock portfolio€¦ · etf tidak mengenakan caj jualan dan...

7
The simplified way to create a stock portfolio ETFs Listed on Bursa Malaysia Exchange Traded Funds

Upload: others

Post on 06-Aug-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

The simplified way to create a stock portfolio

ETFs

Listed on Bursa Malaysia

Exchange Traded Funds

Page 2: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

1

2

APAKAH DANA DAGANGAN BURSA (ETF)?

MENGAPA MELABUR DI DALAM ETF?

ETF melabur di dalam sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. ETF adalah disenaraikan dan didagangkan di bursa saham.

DIVERSIFIKASIDapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi. Ianya cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa.

KOS RENDAHETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah (<1% berbanding dana yang diuruskan).

DINIAGAKAN SEPERTI SAHAMSama seperti saham, anda boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan.

CUKUP TELUS Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan. Malah portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF.

6

Page 3: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

7

3SEGALANYA MENGENAI PELABURAN

DI DALAM ETF

1. Apakah yang perlu saya bayar apabila membeli dan menjual ETF? Sama seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar

komisyen broker, duti setem, yuran penjelasan dan GST, jika berkenaan.

2. Apakah yang menentukan harga ETF? Harga pasaran ETF biasanya hampir sama dengan Nilai Aset Bersih

(NAV) dana, iaitu nilai pasaran asas saham dan sebarang pendapatan bersih tidak diagih. Bagaimanapun, harga ETF boleh dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran di dalam pasaran.

3. Apakah jangkaan untuk pulangan? Pulangan pelaburan secara amnya sejajar dengan harga dan prestasi

kadar hasil indeks asas ETF tersebut.

4. Berapakah unit pelaburan minima? ETF didagangkan di dalam lot dagangan minima (lot dagangan) 100 unit.

Page 4: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

5. Adakah ETF membayar sebarang dividen? Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegangnya secara

tahunan atau separuh tahun. Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami polisi agihan di dalam prospektus atau dokumen tawaran ETF.

6. Bagaimanakah urusniaga ETF diselesaikan? Sama seperti urusniaga saham, iaitu tidak lewat daripada 3 hari

dagangan selepas tarikh urusniaga (T+3).

7. Adakah ianya mempunyai sebarang risiko? Ya, sepertimana melabur di dalam saham, pelaburan di dalam ETF juga

tertakluk kepada risiko turun dan naik pasaran. Prestasi ETF mungkin dipengaruhi secara langsung oleh prestasi komponen asasnya.

8. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum melabur di dalam ETF? Anda adalah dinasihatkan agar mengetahui perkara-perkara berikut

sebelum melabur: •ObjektifdanstrategipelaburanETF •MaklumatmengenaiindeksyangdijejakiolehETF •Polisidividen •Yurandancajyangperluandatanggungisebagaipelabur •SumbermaklumatdaganganETF •Maklumatmengenaisyarikatpengurusan

8

Page 5: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

PERBANDINGAN PRODUK ETF SAHAM AMANAH SAHAM

Diversifikasi √ X √

Penyebaran hargamasa sebenar √ √ x

Dagangan melalui Broker Broker Agen

Pembelian ETF /Saham / Amanah Saham T+3 T+3* Segera

*T+3 bermakna hari ketiga pasaran/perniagaan selepas tarikh dagangan.

KOS DAGANGAN ETF SAHAM AMANAH SAHAM

Caj Jualan x x √

KomisyenBroker / Yuran <1% <1% -Penjelasan /Duti Setem

YURAN PENGURUSAN ETF SAHAM AMANAH SAHAM

Yuran Pengurusan* <1% - 1-2%

*Yuran pengurusan adalah ciri lazim ETF dan amanah saham. Yuran pengurusan dinyatakan di dalam Nilai Aset Bersih (NAV) dan harga seunit ETF atau amanah saham.

9

Page 6: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (

4 MEMULAKAN PELABURAN

ETF diniagakan sama seperti saham, tertakluk kepada peraturan dagangan, pembayaran dan penyelesaian yang serupa (T+3).

Anda perlu membuka akaun CDS dan akaun dagangan dengan organisasi yang menyertai iaitu syarikat broker saham yang berdaftar di Malaysia, sekiranya anda belum mempunyai akaun tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bursamalaysia.com dan laman web ETF yang berkenaan.

10

Page 7: The simplified way to create a stock portfolio€¦ · ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang . lebih rendah (