contoh mou

Click here to load reader

Post on 02-Jan-2016

743 views

Category:

Documents

29 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mou

TRANSCRIPT

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

ENERGY ACADEMY SDN. BHD. (275929-A)

BERHUBUNG KERJASAMA DI DALAM BIDANG KECANTIKAN, SPA THERAPY DAN WELLNESS

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ini dibuat pada 6 Januari 2012 (kemudian daripada ini disebut Memorandum Persefahaman) antara KERAJAAN MALAYSIA, yang diwakili oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang beralamat di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (kemudian daripada ini disebut KERAJAAN) sebagai pihak pertama

DAN

ENERGY ACADEMY SDN. BHD. (No Pendaftaran Syarikat: 275929-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang beralamat di Lot 4, Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia (kemudian daripada ini disebut SYARIKAT) sebagai pihak kedua,

KERAJAAN dan SYARIKAT, di mana bersesuaian dengan Memorandum ini boleh dirujuk secara perseorangan sebagai Pihak dan secara bersama sebagai Pihak-Pihak,

BAHAWASANYA Pihak-Pihak bersetuju untuk mengadakan kerjasama di dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness (kemudian daripada ini disebut sebagai Program).

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:

PERKARA 1TAFSIRAN

Dalam Memorandum Persefahaman ini melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-

KERAJAAN ertinya Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran atau pegawai yang diberi kuasa olehnya;

SYARIKAT ertinya ENERGY ACADEMY SDN. BHD. (275929-A), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang bertauliah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan CIBTAC International Awarding Body, the United Kingdom khususnya dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness;

Sijil ertinya sijil yang dianugerahkan kepada guru dan murid apabila tamat menjalani program;

murid ertinya seorang murid yang dipilih oleh KERAJAAN untuk menjalani Program;

guru ertinya guru yang dipilih oleh KERAJAAN untuk menjalani Program; Program ertinya latihan vokasional dan kemahiran untuk guru dan murid yang disediakan oleh Pihak-Pihak dalam Memorandum Persefahaman ini.

PERKARA 2OBJEKTIF

Pihak-Pihak, tertakluk kepada peruntukan Memorandum Persefahaman ini dan undang-undang Malaysia, peraturan, kaedah dan dasar semasa KERAJAAN bersetuju untuk menjalankan kerjasama di dalam bidang latihan vokasional dan kemahiran yang bertujuan untuk

(a)memperluaskan Program di Kolej Vokasional di bawah kawalan KERAJAAN untuk memberikan pendidikan dan latihan bertaraf antarabangsa kepada guru dan murid Tahun Satu (1) kursus Wellness Foundation, Tahun Dua (2) kursus lanjutan Professional Spa & Wellness; (b)membantu melahirkan tenaga mahir dalam bidang tersebut;(c)membolehkan murid meneruskan latihan lanjutan dalam Program; dan(d)membolehkan murid meneruskan kerjaya dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness.PERKARA 3BIDANG KERJASAMA

Pihak-Pihak, tertakluk kepada peruntukan Memorandum Persefahaman ini dan undang-undang Malaysia, peraturan, kaedah dan dasar semasa KERAJAAN bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam bidang yang berikut:

(a)Latihan dalam bidang kecantikan, Spa Therapy dan Wellness; dan(b)Apa-apa bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui bersama oleh Pihak-Pihak.

PERKARA 4PELAKSANAAN

4.1Pihak-Pihak bersetuju agar bidang kerjasama yang akan dilaksanakan seperti yang berikut:

(a) Kemudahan pembelajaran untuk pengajaran teori dan latihan praktikal akan disediakan oleh SYARIKAT setelah dipersetujui oleh Pihak-Pihak;(b) Penempatan murid di industri bagi tujuan on-the-job training dan latihan praktikal;(c) Peningkatan pengetahuan oleh guru dengan menjalani penempatan attachment di industri tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa;(d) Alat kesihatan dan keselamatan akan disediakan oleh SYARIKAT bagi tujuan on-the-job training dan latihan praktikal; (e) Bahan mentah akan disediakan oleh SYARIKAT bagi tujuan on-the-job training dan latihan praktikal; dan(f) Keberkesanan Program akan dikaji dari semasa ke semasa sebelum diteruskan dan diperluaskan kepada sekolah menengah bantuan penuh KERAJAAN yang lain.

4.2Bagi tujuan kerjasama ini KERAJAAN bersetuju untuk

(a) menyediakan guru yang berkebolehan bagi menjalani latihan Program Wellness Foundation, kursus Spa Therapy Level 1 dan Kursus Lanjutan Professional Spa & Wellness yang disediakan oleh SYARIKAT; (b) menyediakan murid dari Kolej Vokasional untuk mengikuti latihan praktikal yang disediakan oleh SYARIKAT;(c) menyediakan pengangkutan dan kemudahan penginapan murid sepanjang tempoh mengikuti Program; dan(d) memastikan guru dan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SYARIKAT.

4.3Bagi tujuan kerjasama ini SYARIKAT bersetuju untuk

(a) menyediakan tempat latihan Program;(b) menyediakan latihan kepada guru KERAJAAN dan murid sehingga mencapai piawaian industri mengikut tempoh yang dipersetujui Pihak-Pihak; (c) menyediakan tenaga pengajar berkemahiran mengikut keperluan piawaian industri mengikut tempoh yang dipersetujui Pihak-Pihak;(d) menyediakan kurikulum yang komprehensif termasuk peluang on-the-job training dan nota tenaga pengajar sebagai satu program kemahiran baru untuk diamalkan di Kolej Vokasional di bawah kawalan KERAJAAN yang terdiri dari kursus yang dinyatakan;(e) menyediakan modul terperinci Bilik Praktikal untuk kegunaan latihan praktikal yang akan diamalkan oleh murid di Kolej Vokasional yang dikenalpasti oleh KERAJAAN;(f) membantu KERAJAAN menyediakan incubator spa untuk membolehkan murid di Kolej Vokasional melaksanakan on-the-job training yang diperlukan;(g) melatih guru yang berkebolehan sebagai guru berkelayakan di dalam program Wellness Foundation, kursus Spa Therapy Level 1 dan kursus lanjutan Professional Spa & Wellness termasuk menyediakan peluang pengalaman bekerja;(h) mentadbir sepenuhnya kursus Wellness Foundation, Spa Therapy Level 1 dan kursus lanjutan Professional Spa & Wellness bagi KERAJAAN merangkumi semua aspek termasuk penilaian kemahiran guru yang dilatih, kawalan dan penjagaan premis dan peralatan yang digunakan dan penilaian prestasi murid yang mengikuti Program SYARIKAT;(i) melatih murid untuk mendapat persijilan di dalam kursus Wellness Foundation, Spa Therapy Level 1 dan sebagai Massage Therapist SKM Tahap 2 JPK;(j) melatih tenaga pengajar untuk mendapat pentauliahan sebagai Massage Therapist SKM Tahap 2 JPK, di dalam CIBTAC Diploma in Body Massage sebagai Junior Spa Therapist SKM Tahap 1 JPK, sebagai Senior Spa Therapist SKM Tahap 2, JPK, sebagai Supervisor SKM Tahap 3 JPK dan di dalam CIBTAC Diploma in Spa Therapy dan di dalam program Train the Trainers;(k) menganugerahkan Sijil kepada guru apabila tamat setiap program; dan(l) menganugerahkan Sijil kepada murid apabila tamat setiap program.PERKARA 5BUTIRAN DAN PERINCIAN PROGRAM

5.1Bagi program latihan melibatkan guru di dalam kerjasama ini, Pihak-Pihak bersetuju untuk

(a) menyediakan guru yang berkebolehan bagi menjalani latihan program Wellness Foundation, kursus Spa Therapy Level 1 dan Kursus Lanjutan Professional Spa & Wellness yang disediakan oleh SYARIKAT;(b) SYARIKAT akan melatih guru bagi program latihan mengikut piawaian industri;(c) SYARIKAT membantu menyediakan tenaga pengajar mengikut kepakaran yang diperlukan oleh KERAJAAN bagi Program;(d) SYARIKAT menyediakan panduan silibus untuk Program;(e) SYARIKAT memantau Program sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh setahun;(f) SYARIKAT mengeluarkan Sijil bagi guru yang telah menamatkan latihan di bawah Program;(g) SYARIKAT membantu dalam perkongsian sumber khususnya prasarana dan peralatan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar;(h) SYARIKAT melatih guru tentang sistem latihan dan pentaksiran; dan(i) SYARIKAT mengambil langkah keselamatan terhadap guru semasa pelaksanaan program.

5.2Bagi Program latihan melibatkan murid di dalam kerjasama ini, Pihak-Pihak bersetuju untuk

(a) SYARIKAT melatih murid bagi program latihan mengikut piawaian industri;(b) SYARIKAT mengeluarkan Sijil bagi murid yang telah menamatkan latihan di bawah Program;(c) SYARIKAT akan mengenalpasti dan mengiktiraf tahap kompetensi murid; dan(d) SYARIKAT mengambil langkah keselamatan terhadap murid semasa pelaksanaan Program.

PERKARA 6IMPLIKASI KEWANGAN

6.1Implikasi kewangan yang timbul bagi kerjasama yang dijalankan oleh Pihak-Pihak mengikut peruntukan Memorandum Persefahaman ini akan dibincangkan bersama oleh Pihak-Pihak tertakluk kepada peruntukan kewangan dan tatacara kewangan yang berkaitan.

6.2KERAJAAN akan menanggung kos bagi bahan-bahan dan peralatan yang digunakan oleh guru dan murid dalam Program ini.

6.3SYARIKAT akan menanggung kos bagi pengoperasian Program latihan termasuk kemudahan tempat latihan dan tenaga pengajar SYARIKAT.

6.4Apa-apa kos yang terlibat dalam menbiayai bidang kerjasama dalam Memorandum Persefahaman ini hendaklah dipersetujui oleh Pihak-Pihak secara bertulis berdasarkan Program, tempoh latihan, bilangan guru dan murid dan sentiasa tertakluk kepada tatacara kewangan KERAJAAN yang sedang berkuatkuasa.

PERKARA 7JAWATAN KUASA PENGURUSAN

7.1Bagi tujuan pemantauan dan penilaian pelaksanaan Memorandum Persefahaman ini, suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pengurusan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Jawatankuasa) ditubuhkan dan dianggotai oleh

(a) Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) atau wakilnya sebagai Pengerusi; (b) Pengarah Eksekutif SYARIKAT atau wakilnya sebagai Pengerusi Bersama;(c) Ketua Penolong Pengarah, Pengurusan Akademik, BPTV;(d) Penyelara

View more