the cameron way tatakelakuan cameron · surat daripada kpe presiden dan kpe ... berkepentingan...

36
The Cameron Way Tatakelakuan Cameron Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.

Upload: doanh

Post on 15-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

The Cameron Way Tatakelakuan Cameron

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.

Page 2: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,
Page 3: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Jack B. Moore

Sura t dar ipada KPEPresiden dan KPE

Kakitangan dan Rakan Sekerja Cameron yang Dihormati:

Bertindak dengan integriti, tanpa mengira cabaran atau akibat, adalah cara Cameron menjalankan perniagaan. Selama lebih daripada 175 tahun, Cameron telah berusaha untuk mematuhi piawaian etika yang tinggi, mencapai kecemerlangan operasi yang jauh mengatasi saingannya.

Tatakelakuan Cameron (“Tata” kita) yang anda sedang baca mengandungi prinsip etika yang mana dengannya kita menjalankan perniagaan–Cara Cameron. Tanpa mengira kedudukan, pangkat atau tempoh pemegangan jawatan, kita semua dikehendaki mempertahankan piawaian ini. Walaupun tiada dokumen yang boleh mengandungi setiap situasi yang anda mungkin hadapi dalam tanggungjawab harian anda, Tata kita mempamerkan nilai dan memberikan anda suatu panduan dalam membuat keputusan yang konsisten dan beretika.

Di Cameron, kita berbangga “MELAKUKAN APA YANG BETUL. BERSAMA-SAMA,” satu bahagian penting dalam mengikuti The Cameron Way. Biarkan logo ini di bawah halaman Tata kita mengingatkan kita yang etika memerlukan kerja berpasukan. Jika kita bekerja bersama-sama, kita dapat menyelesaikan sebarang isu atau kebimbangan.

Komunikasi dan pendedahan adalah pusat kepada budaya integriti kita. Saya menggalakkan anda untuk menghubungi Talian Bantuan Etika atau berbincang dengan penyelia anda jika anda mempunyai soalan. Jika anda menyaksikan pelanggaran sebenar atau ketara bagi Tatakelakuan ini atau sebarang dasar Cameron lain, laporkan salah laku kepada sumber yang disenaraikan dalam “Melaporkan Kebimbangan dan Mendapatkan Panduan” (halaman 8). Kita menepati janji kita bagi persekitaran bebas tindakan balas untuk sesiapa yang tampil secara jujur untuk menanyakan soalan atau melaporkan pelanggaran.

Saya berikrar untuk mengikut Tata ini dan The Cameron Way dalam menjalankan perniagaan setiap hari, dan saya tahu anda juga akan melakukan yang sama.

Salam sejahtera,

Jack B. MoorePresiden dan KPE

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 1

Page 4: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

2

Surat daripada KPE 1

Nilai Teras Cameron 4

Menjalankan Perniagaan ‘the Cameron Way’ 6

Tanggungjawab Korporat – Komitmen Kita 6

Tujuan Tata Kita 7

Melaporkan Kebimbangan dan Mendapatkan Bimbingan 8

Pencabulan Tata Kita 9

Tiada Pembalasan 9

Tanggungjawab untuk Bekerjasama 9

Harapan Lebih Tinggi untuk Pengurus 9

Mengekalkan Integriti…antara Satu Sama Lain 10

Melayan Satu Sama Lain dengan Adil 10

Menghormati Sesama Sendiri 10

Menyediakan Persekitaran Kerja yang Sihat dan Selamat 12

Melindungi Persekitaran 13

Mengekalkan Integriti…dengan Komuniti Kita 14

Menjalankan Perniagaan Antarabangsa 14

Mengikuti Undang-Undang Anti-Rasuah 14

Mematuhi Pengawalan Import dan Eksport 17

Mematuhi Undang-undang Anti Boikot A.S 19

Memberi Kesan kepada Komuniti Tempatan Kita 19

Mengekalkan Integriti… dengan Pemegang Saham Kita 20

Memastikan Integriti Kewangan 20

Melindungi Aset Syarikat Kita 22

MengelakkanKonflikKepentingan 24

Mengelakkan Perdagangan Orang Dalam 29

Mengekalkan Integriti… dengan Pelanggan dan Pembekal 30

Bersaing Secara Adil 30

Memastikan Kualiti dan Keselamatan Produk 30

Mengekalkan Integriti…dengan Pesaing Kita 32

Mematuhi Undang-undang Anti-Persaingan 32

Mengumpulkan Maklumat Pesaing 32

Perakuan dan Pendedahan 33

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Kandungan

Page 5: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Di Cameron,

kejayaan kita

bergantung kepada

setiap orang

menghormati

sepenuhnya hak

rakan sekerja kita

dan menggalakkan

komunikasi terbuka.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 3

Page 6: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Nilai Teras Cameron

INTEGRITI… Asas perniagaan kita. Kita mendapat kepercayaan rakan sekerja kita, pelanggan dan pihak berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul, dan dengan menyuarakan apabila kita nampak sesuatu yang salah.

TANGGUNGJAWAB… Komitmen kita kepada pelanggan kita, komuniti kita dan satu sama lain. Kita bertanggungjawab untuk memastikan operasi yang selamat, menyampaikan komitmen kita dan memberikan pelanggan dan pembekal kita perkhidmatan yang tiada bandingnya yang layak mereka terima.

INOVASI… Bagaimana kita memberikan kejayaan kepada pelanggan. Secara berterusan, kita berusaha untuk menghasilkan penyelesaian, produk dan proses terbaik untuk pelanggan kita.

KECEMERLANGAN… Motivasi kita. Kita berusaha untuk melibatkan tenaga kerja kita untuk memberikan produk yang luar biasa, memberikan perkhidmatan tiada bandingnya dan mencapai rekod keselamatan terbaik dengan secara berterusan, meningkatkan bar.

KERJASAMAN… Kunci pada masa hadapan kita. Dengan bekerjasama sebagai One Cameron, kita akan memberikan penyelesaian terbaik dan paling selamat untuk pelanggan kita, pembekal kita dan komuniti kita.

4

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 7: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

NIL

AI-

NIL

AI

TERAS CAMERON MENGGAMBARKAN YANG TERBA

IK SIAPA

KIT

A

NILA

I-NILA

I TERAS CAMERON MENGGAMBARKAN YANG TERBAIK S

IAPA

KIT

A

KESELAMATAN KESELA

MA

TAN

KESELAMATAN

KES

ELA

MA

TAN

K

ESEL

AMATAN

KERJASAMA

INOVASI KECEMERLANGAN

INTEGRITI TANGGUNGJAWAB

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 5

Page 8: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Tanggungjawab Korporat – Komitmen KitaKita menjalankan perniagaan mengikut The Cameron Way–

melakukan apa yang betul, bertindak mengikut Tata kita dan

mengekalkan integriti dalam perlakuan perniagaan kita. Untuk

mengikuti The Cameron Way, kita mesti menunaikan komitmen kita

kepada setiap pihak yang berkepentingan kepada kita.

Terhadap Sesama Kita… kita menggunakan tenaga kerja pelbagai dan menggalakkan persekitaran kerja yang berasaskan prinsip integriti dan keadilan.

Terhadap Pelanggan Kita… kita dengan penuh tanggungjawab menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat serta perkhidmatan inovatif dan boleh dipercayai–setiap masa.

Terhadap Pembekal Kita… kita kekalkan perhubungan berpanjangan yang dibina di atas dasar muhibbah dengan rakan perniagaan yang berharga ini.

Terhadap Pemegang Saham Kita… kita wujudkan piawaian beretika dan mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang mempertingkatkan nilai pemegang saham, bagi mengesahkan kepercayaan yang pelabur kita telah berikan kepada kita.

Terhadap Persekitaran… kita gunakan sumber kita dengan penuh tanggungjawab dan berusaha untuk mengurangkan kesan proses dan produk kita pada persekitaran kita.

Terhadap Komuniti Kita… kita melabur untuk kebaikan komuniti kita di mana kita tinggal dan bekerja, dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan tempatan dan antarabangsa yang berkuat kuasa.

Menjalankan Perniagaan ‘The Cameron Way’

6

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 9: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Tujuan Tata KitaMembaca dan mematuhi Tatakelakuan kita membantu kita semua mengikuti Cameron Way. Tatakelakuan kita dikenakan kepada semua pekerja dan pegawai Cameron International Corporation, dan semua subsidiarinya, anggota gabungan dan usaha sama, seperti OneSubsea™ (“Syarikat” kita). Pekerja dikehendaki untuk mengedarkan dasar yang dikenakan dan amalan terbaik kepada pihak ketiga bagi memastikan mereka juga berkelakuan sewajarnya semasa menjalankan perniagaan bagi pihak kita. Tatakelakuan kita telah diluluskan dan digunakan oleh Lembaga Pengarah Cameron. Sebarang perubahan atau pengecualian Tatakelakuan kita memerlukan kelulusan daripada Lembaga Pengarah kita.

Tatakelakuan kita tidak dapat menjangka setiap situasi yang mungkin kita hadapi. Walau bagaimanapun, ia akan membantu kita membuat keputusan yang bijak dan beretika. Tatakelakuan kita bertindak sebagai panduan, merujuk kepada dasar Syarikat dan undang-undang dan peraturan yang dikenakan yang perlu kita ketahui untuk bertindak mengikut jangkaan Syarikat kita. Apabila adat setempat atau amalan perniagaan itu berbeza daripada peraturan yang ditetapkan dalam dasar Tatakelakuan atau Syarikat, kita perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Perundangan sebelum mematuhinya. Jabatan Perundangan juga perlu dirujuk jika undang-undang di negara berlainanberkonflikdengansatusamalainatauTatakelakuanini. Tatakelakuan kita juga menunjukkan kepada kita sumber yang perlu kita hubungi apabila kita mempunyai soalan dan kemusykilan.

Kita dikehendaki untuk membiasakan dan mematuhi Tatakelakuan kita. Pada setiap tahun, Cameron perlu menyempurnakan soal selidik Tatakelakuan dan perakuan pematuhan terhadap Tatakelakuan kita. Pekerja dan kontraktor yang dilantik bertanggungjawab untuk menyempurnakan latihan pematuhan tambahan yang menerangkan tentang banyak bahagian yang ditemui dalam Tatakelakuan kita.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 7

Page 10: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Tatakelakuan kita, sentiasa bertanya sebelum bertindak. Hubungi penyelia anda atau hubungi Talian Bantuan Etika (Ethics HelpLine). Sila semak kemas kini kepada Tatakelakuan dengan menyemak semula versi yang paling terkini disediakan pada tapak intranet Etika dan Pematuhan atau hubungi kumpulan Pematuhan.

Melaporkan Kemusykilan dan Mendapatkan BimbinganKita mungkin menghadapi situasi di mana kita tidak pasti tentang tindakan yang betul. Jika anda mendapati diri anda dalam situasi tersebut, tanya diri anda, “Bagaimana jika tindakan saya disiarkan dalam berita tempatan untuk ditonton oleh semua rakan sekerja, keluarga dan kawan saya?” Jika anda rasa ini memalukan, ia kemungkinan besar tidak beretika. Jangan bertindak mengikut apayangsedangandafikiruntuklakukan.Sebaliknya,dapatkanbimbingan.

Soalan: Apabila anda mempunyai soalan mengenai Tatakelakuan, dasar Syarikat atau situasi khusus, dapatkan salah satu sumber yang disenaraikan di bawah.

•PenyeliaterdekatandaatauwakilSumberManusiasetempatanda•JabatanPerundanganmelaluisurat:

- Melalui surat: 1333 W. Loop S., Suite 1700, Houston, Texas 77027•HubungiKetuaPegawaiEtikadanPematuhan

- Melalui surat: 1333 W. Loop S., Suite 1700, Houston, Texas 77027 - Melalui e-mel: [email protected]

•HubungiTalianBantuanEtika(secaratanpanama,sekiranya,undang-undang setempat benarkan) - 1-888-241-6938 (di Amerika Syarikat, Guam, Puerto Rico dan Kanada) - Jika mendail dari luar Amerika Syarikat, lawati cameronethics.

com untuk mendapatkan maklumat dailan yang sesuai.

8

Melaporkan Pelanggaran: Berbeza dengan soalan, jika anda menyedari situasi bahawa anda mengetahui atau mengesyaki melanggar Tatakelakuan kita atau undang-undang, anda digalakkan untuk melaporkannya mengikut prosedur di bawah:

1. Segera maklumkan tentang perkara tersebut kepada penyelia setempat anda, atau mana-mana ahli pengurusan setempat, dengan sewajarnya.

2. Laporan yang jujur berkaitan perbankan, perakaunan, kewangan, kawalan perakaunan dalaman, rasuah atau anti-sogokan atau pelanggaran antitrust/persaingan juga boleh dibuat secara terus, kepada yang berikut: •KetuaPegawaiEtikadanPematuhanatauPenasihatUmum,

- Melalui surat: 1333 W. Loop S., Suite 1700, Houston, Texas 77027

- Melalui e-mel: [email protected]. Selain itu, bergantung pada sifat dan lokasi kebimbangan

tersebut, laporan boleh dibuat melalui Talian Bantuan Etika, talian bantuan yang diberikan oleh pihak ketiga, menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di atas, atau dengan menyempurnakan borang dalam talian yang disediakan di cameronethics.com. Memandangkan cara laporan itu dibuat adalah berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain, Talian Bantuan Etika akan memberikan arahan lanjut mengenai cara dan kepada siapa untuk melaporkan kebimbangan yang dimaksudkan. Jika anda menghubungi tentang hal yang perlu dikendalikan secara setempat mengikut keperluan perundangan setempat, Talian Bantuan akan membawa anda semula kepada pengurusan setempat.

Talian Bantuan Etika dikendalikan oleh pihak ketiga bebas dan disediakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Anda boleh membuat laporan atau mengajukan soalan dalam lebih daripada 150 bahasa. Sila ambil perhatian bahawa panggilan kepada Talian Bantuan tidak sekali-kali direkod atau dijejaki. Sebarang maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan sedayaupaya. Berkongsi identiti anda semasa anda membuat laporan akan

Page 11: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

membantu Cameron melakukan siasatan yang paling terperinci yang mungkin, kerana ia mungkin lebih sukar untuk menyiasat secara terperinci laporan tanpa nama. Jika anda tidak selesa untuk mengenal pasti diri anda sendiri, anda boleh membuat laporan secara tanpa nama. Tidak kira bagaimana anda memilih untuk membuat laporan, semua laporan bagi salah laku yang sebenar atau disyaki akan diambil secara serius dan diselesaikan dengan segera. Kakitangan yang sewajarnya akan menyiasat laporan dengan berhati-hati dan syarikat pengambilan pekerja Cameron yang berkaitan akan mengambil tindakan yang perlu dengan sewajarnya.

Pencabulan Tata KitaKita mesti mematuhi Tata ini dan dasar Cameron. Pencabulan Tata kita, dasar Syarikat kita atau undang-undang mempunyai akibat yang serius, termasuk tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan, serta kemungkinan hukuman sivil atau jenayah.

Tiada PembalasanCameron mengakui bahawa, untuk mengekalkan budaya integriti, mereka perlu melindungi kita apabila kita membuat laporan, secara jujur, bagi salah laku yang ditanggapi atau sebenar. Oleh itu, Syarikat kita melarang secara tegas tindakan balas terhadap kita kerana melaporkan secara jujur mengenai kemungkinan pelanggaran. Melaporkan secara jujur bermaksud anda memberikan semua maklumat yang anda ada, dan anda

percaya adalah benar. Selain itu, anda tidak akan diberikan tindakan balas kerana menyertai secara jujur dalam siasatan yang melibatkan salah laku yang mungkin berlaku. Individu yang mengambil tindakan terhadap seseorang kerana membuat laporan atau menyertai siasatan secara jujur akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja. Jika anda percaya bahawa anda mengalami tindakan balas, rujuk sumber yang sesuai di dalam bahagian “Melaporkan Kebimbangan dan Mendapatkan Panduan” (halaman 8).

Tanggungjawab untuk BekerjasamaSyarikat kita menyiasat secara teliti semua laporan salah laku selaras dengan keperluan setempat. Untuk membantu proses ini, kita perlu bekerjasama sepenuhnya dan secara jujur dalam siasatan bagi aktiviti menyalahi undang-undang atau tidak beretika yang mungkin berlaku. Anda tidak akan menghadapi tindakan balas kerana melakukan sedemikian.

Harapan Lebih Tinggi untuk PengurusWalaupun Tata kita tertakluk kepada kita semua, pengurus diletakkan pada jangkaan yang lebih tinggi disebabkan olah peranan mereka sebagai pemimpin dalam Syarikat kita. Ini bermaksud bukan hanya menghayati prinsip yang ditetapkan dalam Tata kita setiap hari, tetapi juga bertindak untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif, kepimpinan melalui teladan dan memastikan yang pekerja selesa dalam mengemukakan kebimbangan dan bertanyakan soalan.

Sebagai pengurus, ia menjadi tanggungjawab anda untuk menangani dan membuat laporan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang melalui saluran yang sesuai, sama ada anda menyaksikan sendiri salah laku tersebut atau menerima laporan mengenainya.

Talian Bantuan Etika dikendalikan oleh badan bebas pihak ketiga dan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Anda boleh membuat laporan atau bertanya soalan dalam lebih 150 bahasa.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 9

Page 12: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Melayani Satu Sama Lain dengan AdilDi Cameron, kejayaan kita bergantung pada kita semua dalam menghormati hak rakan sekerja kita dan menggalakkan komunikasi terbuka. Kita berusaha untuk meminta input daripada rakan sekerja kita dan mendengar pandangan mereka. Kita berhak kepada pandangan peribadi kita, dan kita diharapkan untuk menghormati pendapat orang lain.

Menghormati Sesama Sendiri Komitmen kepada Tenaga Kerja PelbagaiDengan terdapatnya lebih 300 lokasi di 35 negara di seluruh dunia dan terus meningkat, tenaga kerja global kita benar-benar berbeza. Dengan perbezaan yang begitu hebat, timbulnya idea, pandangan, bakat dan nilai unik yang menyumbang secara langsung kepada kejayaan Syarikat kita.

Tempat Kerja Yang Bebas daripada Diskriminasi dan GangguanUntuk mengekalkan budaya kepelbagaian kita, kita komited kepada tempat kerja bebas diskriminasi. Ia bermakna kita perlu membuat semua keputusan pekerjaan berdasarkan prinsip saling hormat dan maruah satu sama lain dan selaras dengan undang-undang yang dikenakan. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi pengurus setempat anda dan semak semula dasar yang berkenaan.

Kita semua mempunyai hak untuk bekerja dalam persekitaran bebas gangguan. “Gangguan” ialah satu bentuk diskriminasi yang merangkumi kelakuan yang tidak diingini, berdasarkan pada ciri dilindungi individu atau status, yang mempunyai tujuan atau kesan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan atau menyakitkan hati. Gangguan boleh terdiri daripada banyak bentuk, termasuk tindakan fizikal,isyaratlisanataubertulisataugambaranvisual.Syarikatkitamelarangsecarategas sebarang tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang, sama ada dilakukan oleh pekerja atau bukan pekerja. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila rujuk kepada dasar yang dikenakan atau bertanya kepada pengurus setempat anda. Anda bertanggungjawab untuk memahami semua undang-undang diskriminasi dan gangguan yang dikenakan dan untuk menggunakan akal dan menghormati orang lain.

Diskriminasi atau kelakuan mengganggu melanggar Tatakelakuan dan dasar Syarikat. Jika anda berasa anda atau seseorang sekeliling anda telah mengalami gangguan atau diskriminasi yang menyalahi undang-undang, laporkan situasi, menurut dasar dalam Tatakelakuan ini. Kita memberi jaminan bahawa anda tidak akan menghadapi tindakan balas kerana membuat laporan jujur ini.

S: Claudia bekerja bersama jurutera kontrak, Andrei, dalam satu projek untuk beberapa bulan. Andrei menunggu sehingga projek selesai untuk mempelawa Claudia keluar sebagai teman wanitanya, tetapi dia menolak. Kini, Andrei berulang kali mengirim e-mel dan menghubungi Claudia untuk mempelawanya lagi, tanpa mempedulikan berapa kali Claudia memintanya untuk menghentikannya. Oleh kerana Andrei tidak lagi bekerja untuk Cameron, Claudia tidak pasti jika tingkah laku Andrei berbentuk gangguan. Apa yang perlu dia lakukan?

J: Tindakan Andrei mungkin dilarang oleh undang-undang tetapi sekiranya, dilarang oleh dasar Cameron, sama ada pekerjaannya untuk Cameron telah tamat atau tidak. Claudia perlu melaporkan kelakuan Andrei secepat mungkin kepada hubungan seperti yang disenaraikan dalam “Melaporkan Kebimbangan dan Mendapatkan Panduan” (halaman 8).

Mengekalkan Integriti…antara Satu Sama Lain

1 0

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 13: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Kepelbagaian

Cameron

menghasilkan buah

fikiran, pandangan,

bakat dan nilai

yang unik serta

menyumbang secara

langsung kepada

kejayaan Syarikat

kita.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 11

Page 14: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

S: Adriana bekerja di bahagian Penyelidikan & Pembangunan dalam teknologi kawalan aliran. Sepanjang tempoh bekerja, Adriana merumuskan satu idea untuk mengurangkan sisa dan mengurangkan kesan Cameron ke atas persekitaran. Walau bagaimanapun, ideanya melibatkan perubahan yang memakan belanja besar kepada proses operasi Syarikat kita. Haruskan dia meneruskan ideanya?

J: Ya. Adriana harus memberitahu penyelia dia tentang konsepnya dan kesan persekitarannya dengan segera. Walaupun Syarikat kita mesti mempertimbangkan belanjawannya, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mengambil kira segala usaha yang berpatutan untuk memulihara sumber asli dan melindungi persekitaran. Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian persekitaran jangka panjang akan melebihi kos jangka pendek.

Menyediakan Persekitaran Kerja yang Sihat dan SelamatKesihatan dan Keselamatan Tempat KerjaKejayaan kita, dan kejayaan Cameron seluruhnya, bergantung kepada pengekalan persekitaran kerja selamat dan sihat. Oleh kerana warga kita adalah sumber paling penting kita, keselamatan adalah prioriti kita yang paling utama di semua lokasi dan di semua peringkat organisasi kita. Ini bermaksud kita mesti sentiasa berusaha untuk mencapai tahap sifar kecederaan dan penyakit berkaitan kerja. Untuk menghalang kecederaan dan penyakit di tempat kerja, kita mesti:

•Mengikutisemuaundang-undangdanperaturankeselamatanyangberkuatkuasa•MematuhidasarCamerondantatacarafasilitidikemudahantempatankita•Mengendalikandirikitadalamcarayangselamat•Mengambilsemualangkahberingatsemasamengendalikanbahantoksikataubahan berbahaya lain, serta semasa mengendalikan jentera dan kelengkapan berat

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi pengurus setempat anda dan se-mak semula dasar yang berkenaan. Segera laporkan sebarang kelakuan atau aktiviti yang membahayakan kesihatan dan keselamatan tempat kerja kita kepada pengurus setempat anda. Jika anda merasakan bahawa anda atau seseorang sedang dalam bahaya, hubungi pihak berkuasa setempat.

Keganasan Di Tempat KerjaSebagai sebahagian daripada komitmen kita terhadap kesihatan dan keselamatan, kita tidak boleh sama sekali bertoleransi dengan sebarang tindakan atau ancaman keganasan di tempat kerja kita. Untuk mengekalkan persekitaran kerja kita bebas daripada keganasan atau ugutan, kita mungkin tidak boleh membawa sebarang senjata atau senjata api ke dalam premis Syarikat, termasuk di kemudahan tempat meletak kenderaan semasa menjalankan perniagaan bagi pihak Cameron, melainkan, sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang tempatan atau tanggungjawab tugas. Anda harus segera melaporkan sebarang tingkah laku penuh ancaman atau ganas yang anda saksikan kepada penyelia anda.

Persekitaran Bebas Unsur BerbahayaSemasa menjalankan perniagaan bagi pihak Cameron, kita mesti bebas daripada pengaruh dadah, alkohol atau unsur lain yang menjejaskan keupayaan kita untuk bekerja dengan selamat dan berkesan. Untuk memastikan keselamatan kita dan keselamatan orang di sekeliling kita, kita tidak boleh menyalahgunakan, memiliki, mengedar atau menjual alkohol atau unsur terkawal di premis Syarikat atau semasa bekerja bagi pihak Cameron. Peraturan ini tidak dikenakan kepada acara tajaan Cameron atau acara lain yang diberi kebenaran yang mana alkohol disediakan. Dalam situasi seperti ini, pengambilan alkohol secara sederhana dibenarkan

1 2

Page 15: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Kita mesti juga mematuhi mana-mana dasar dadah dan alkohol di kemudahan setempat kita dan mematuhi mana-mana ujian dadah atau alkohol yang diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila liat Dasar Tempat Kerja Bebas Dadah kita atau bertanya kepada penyelia anda mengenai sebarang dasar yang unik kepada kemudahan anda.

Melindungi PersekitaranDemi kebaikan dan kesejahteraan planet kita dan generasi akan datang, kita bertindak sebagai pengawas persekitaran kita. Kita mesti berusaha untuk memenuhi, sekurang-kurangnya, semua keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, serta juga piawaian persekitaran yang diterima di seluruh dunia.

Kita menyedari kesan diberikan oleh operasi kita terhadap iklim global. Oleh itu, secara berterusan, kita berusaha untuk mengurangkan jejak karbon dan pengeluaran gas rumah hijau. Untuk melakukannya, kita berhasrat untuk mengambil berat tentang alam sekitar dalam pengurusan semua operasi kita. Kita berusaha untuk membuat penggunaan cekap bagi sumber semula jadi melalui reka bentuk produk inovatif, kecemerlangan operasi dan pengurusan kemudahan berkesan. Apabila sesuai untuk dilaksanakan, kita berusaha untuk memelihara sumber asli dan mengurangkan atau menyingkirkan sisa dan pengeluaran berbahaya daripada proses pengilangan kita. Kita mengendalikan sebarang sisa yang dijana dengan selamat, bertanggungjawab dan mematuhi semua undang-undang yang dikenakan.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila hubungi pengurus setempat anda dan semak semula dasar yang dikenakan.

Tiada siapa yang tercedera dan tiadaapa-apa yang dirosakkan

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 13

Page 16: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Menjalankan Perniagaan Antarabangsa Cameron telah membangunkan satu reputasi sebagai warga global yang baik, dan kita semua mesti mengekalkan reputasi ini. Kita berusaha untuk memberi kesan positif kepada komuniti di mana kita tinggal dan bekerja. Ini bermaksud, sebahagiannya, bahawa kita mesti mendukung hak asasi manusia di semua fasiliti kita. Kita melayan semua orang di semua lokasi kita dengan hormat, dan berusaha untuk menjalankan perniagaan dengan pembekal yang menjalankan perniagaan dengan prinsip yang sama.

Kita juga mesti mematuhi undang-undang komuniti di mana kita beroperasi, melainkan dilarang oleh undang-undang A.S. Apabila undang-undang ini, cara atau amalan perniagaan tempatan berbeza dengan undang-undang A.S atau peraturan yang ditetapkan dalam Tata atau dasar Syarikat kita, kita mesti mendapatkan kebenaran terdahulu daripada Jabatan Undang-undang sebelum mengikutinya.

Mematuhi Undang-Undang Anti- RasuahCameron berjaya berdasarkan kualiti pekerja, perkhidmatan dan produk kita. Kita tidak membayar rasuah atau menawarkan apa jua yang bernilai kepada sesiapa dengan tujuan mendapatkan kelebihan yang tidak adil. Ingat—hanya menawarkan atau cuba menawar-kan rasuah adalah melanggar Tatakelakuan kita, dasar Syarikat dan undang-undang.

Rasuah dan Wang SogokanUndang-undang anti-rasuah, termasuk Akta Amalan Korupsi Asing A.S (FCPA), dikenakan kepada semua operasi di seluruh dunia. Selain itu, undang-undang anti-rasuah lain seperti Akta Rasuah UK 2010 dan undang-undang setempat lain mengenakan hukuman tambahan dan malahan, kewajipan yang lebih terbatas. Tafsiran Syarikat kita mengenai undang-undang ini jelas: kita tidak boleh terlibat dengan rasuah dengan, atau tawaran, membenarkan atau menerima sebarang bentuk sogokan kepada atau daripada, pegawai kerajaan. “Rasuah” ialah menawarkan, memberikan, menerima atau meminta apa jua yang bernilai untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan lain yang tidak wajar. “Sogokan” ialah bayaran yang dikembalikan atau dijanjikan untuk dikembalikan sebagai hasil daripada kontrak perundangan atau sebagai ganjaran kerana membuat atau menggalakkan pengaturan perniagaan. Jelasnya, |”pegawai kerajaan” termasuk pegawai, pekerja atau perunding kerajaan atau jabatan kerajaan atau agensi, pegawai atau pekerja bagi perusahaan yang dimiliki negeri atau perusahaan yang dimiliki negeri secara separa, parti atau pegawai politik, calon untuk pejabat politik, pegawai atau pekerja organisasi antarabangsa awam seperti Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health

S: Semasa bekerja rapat dengan syarikat minyak milik kerajaan, Marcos berbaik-baik dengan Lucinda, seorang pengurus di syarikat minyak tersebut. Lucinda memberitahu bahawa syarikat anak saudara lelakinya ada memohon satu kontrak kecil dengan Cameron dalam unit perniagaan Marcos. Bolehkah Marcos meluluskan kontrak tersebut dengan harapan untuk memperoleh perniagaan tambahan dengan syarikat Lucinda?

J: Tidak, Marcos tidak boleh meluluskan kontrak ini sehingga anak saudara Lucinda telah melalui proses pembidaan biasa Cameron. Kita tidak boleh menawarkan apa-apa yang bernilai, seperti pertolongan, kepada kakitangan kerajaan dalam percubaan untuk mengekalkan atau mendapatkan perniagaan. Ini menjurus kepada rasuah, yang dilarang keras di Cameron.

Mengekalkan Integriti… dengan Komuniti Kita

1 4

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 17: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Cameron tidak

membayar rasuah,

pembayaran

pemudahan atau

menerima sogokan atau

menawarkan apa jua

yang bernilai kepada

sesiapa dengan tujuan

mendapatkan kelebihan

yang tidak adil.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 15

Page 18: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

1 6

Organization atau World Bank, atau pasangan atau ahli kelu-arga terdekat bagi mana-mana individu yang dinyatakan di atas (“pegawai kerajaan”). Seterusnya, dasar Cameron melarang bayaran pemudahan atau gris dibuat kepada pegawai kera-jaan, walaupun, jika bayaran seperti itu adalah nominal dari segi jumlah, melainkan Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan memberikan kelulusan terlebih dahulu secara bertulis. “Bayaran pemudahan” ialah bayaran kecil yang dibuat kepada pegawai kerajaan tahap rendah untuk melindungi atau mempercepatkan tindakan kerajaan perundangan rutin. Mungkin terdapat seseten-gah keadaan yang melibatkan ancaman hampir kepada kesihatan, keselamatanataukebajikanfizikalbagimana-manapekerjaatauahli keluarganya atau rakan sekerja. Jika bayaran dibuat dalam situasi kecemasan ini, ia perlu dilaporkan dengan segera kepada penyelia pekerja, Penasihat Umum atau Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan.

Ingat bahawa di bawah undang-undang anti-rasuah, kita tidak boleh mengambil bekerja rakan perniagaan untuk melakukan sesuatu yang kita tidak benarkan diri kita sendiri melakukannya. Rakan perniagaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perund-ing,ejenjualan,brokerkastam,firmaperakaunan,syarikatyang memberikan bantuan dengan mendapatkan visa, permit, sijil pemeriksaan atau kontrak dan rakan usaha sama. Oleh itu, pekerja tidak mengambil tindakan daripada bukti bagi salah laku rakan perniagaan, dan yang paling penting penting ialah semua rakan peniagaan, termasuk rakan usaha sama, yang menjalankan perniagaan bagi pihak Cameron dan sesiapa yang membuat rundingan dengan pegawai kerajaan asing dipilih dan terlibat mengikut pematuhan tegas kepada semua dasar yang dikenakan.

Akibat kerana melanggar undang-undang anti-rasuah adalah amat buruk kepada Syarikat kita dan juga individu yang terli-bat. Jika anda biasa berinteraksi dengan pekerja kerajaan atau pegawai-pegawai lain, pastikan anda memahami semua dasar yang dikenakan dan hubungi pengurus setempat anda sekiranya, anda mempunyai soalan.

Page 19: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Rasuah KomersialDalam membentuk hubungan muhibah dan hubungan kerja yang kukuh dengan pembekal, klien dan rakan perniagaan, hadiah dan keraian yang sewajarnya boleh menjadi tanda budi bahasa standard. Walau bagaimanapun, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak terlibat dalam rasuah komersial. Bentuk rasuah ini berlaku apabila kita menawarkan untuk memberikan atau menerima tanda budi bahasa perniagaan dengan niat untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau pun, secara tidak wajar mempengaruhi urusan perniagaan syarikat. Jangan lupa bahawa rasuah komersial boleh memberikan akibat yang ketara, pekerja perlu menggunakan pertimbangan baik dan memastikan tiada hadiah yang tidak wajar atau benda yang bernilai ditawarkan atau diterima.

Mematuhi Pengawalan Import dan EksportSifat global bagi perniagaan kita bermaksud bahawa kita perlu memahami dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang mentadbir eksport, eksport semula atau import produk, perisian atau teknologi. Aktiviti eksport berlaku apabila produk, perisian atau maklumat teknikal dipindahkan dari satu negara ke negara lain atau diberikan kepada warga asing atau wakil negara lain, tidak kira di mana individu itu berada. Sebelum melakukan sebarang urus niaga eksport, anda perlu menentukan sama ada item layak untuk eksport. Ia bergantung pada sifat item, negara destinasi dan penggunaan akhir dan pengguna akhir. Kita tidak boleh membenarkan atau meluluskan, atau dengan segaja memasukkan, sebarang urus niaga untuk memberikan produk, perkhidmatan atau teknologi kepada mana-mana individu, syarikat atau negara tertakluk kepada hukuman kebangsaan atau antarabangsa tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan. Sebelum melibatkan diri dalam aktiviti pengeksportan, kita perlu mengesahkan kelayakan kedua-dua lokasi penghantaran, penerima eksport dan penggunaan akhir. Selain itu, kita perlu mendapatkan semua lesen dan permit yang diperlukan dan membayar semua duti yang wajar, yang mematuhi keperluan setempat. Aktiviti import, atau membawa produk yang kita beli dari syarikat lain ke dalam sesebuah negara, secara umumnya juga adalah tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan. Secara utamanya, aktiviti ini mungkin mencetuskan pembayaran duti dan cukai. Ia juga mungkin melibatkan pemfailan dokumentasi yang diperlukan. Kita mesti sentiasa mematuhi dengan semua keperluan import.

Ingat bahawa kawalan import dan eksport tidak sewenang-wenangnya dikenakan kepada bahanataubaranganfizikal.Iajugaberkaitandengandata,maklumat,penyelidikandanharta intelek lain yang ditukar dengan pembekal luar negara. Gagal untuk mendapatkan kelulusan kerajaan yang sewajarnya sebelum mengeksport produk atau teknologi boleh menyebabkan akibat yang serius, seperti kehilangan kelebihan eksport, serta penalti sivil dan kriminal. Jika anda terlibat dalam mengimport atau mengeksport produk, perkhidmatan atau teknologi, pastikan anda memahami semua dasar setempat yang dikenakan. Rujuk Kumpulan Pematuhan Perdagangan Global dalam Jabatan Perundangan jika anda mempunyai soalan.

S: Mariana, seorang pakar pemerolehan, akan berangkat esok ke Timur Tengah untuk lawatan pada saat terakhir. Dia perlu membawa komputer ribanya, tetapi menyedari bahawa ia mengandungi lukisan kejuruteraan bagi produk Cameron, yang bermaksud lesen atau permit eksport mungkin diperlukan. Bolehkah dia meninggalkan negara tanpa mendapatkan lesen, asalkan permohonan lesen diserahkan sebelum dia berangkat ke luar negara?

J: Tidak, ia tidak okey. Cameron perlu mendapatkan sebarang permit atau lesen yang diperlukan sebelum Mariana boleh mengembara ke luar negara menggunakan komputer ribanya. Jika lukisan tersebut diperlukan untuk perjalanannya, dia boleh mengelakkan keperluan lesen dengan hanya memadam lukisan daripada pemacu keras komputer ribanya. Jika dia tidak pasti sama ada dia perlu mendapatkan lesen eksport, dia perlu merujuk kepada Kumpulan Pematuhan Perdagangan Global dalam Jabatan Perundangan terlebih dahulu, untuk persediaan perjalanannya.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 17

Page 20: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Adalah penting untuk

ambil perhatian

bahawa walaupun

semasa kita tidak

mengendalikan

perniagaan di

Amerika Syarikat,

kita wajib mematuhi

undang-undang anti-

boikot A.S.

1 8

Page 21: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Mematuhi Undang-undang Anti-Boikot A.S.Suatu “pemboikotan” berlaku apabila satu kumpulan, perniagaan atau negara enggan menjalankan perniagaan dengan orang atau negara tertentu. Undang-undang pemboikotan A.S melarang kita daripada bekerjasama dengan pemboikotan yang tidak dibena-rkan oleh Amerika Syarikat, seperti Pemboikotan Liga Arab terhadap Israel. Penting untuk mengambil perhatian bahawa, walaupun semasa kita tidak menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat, kita mesti mematuhi undang-undang anti-boikot yang diluluskan oleh A.S.

Kita diperlukan mengikut undang-undang untuk melaporkan semua permintaan untuk menyertai boikot yang belum dilulus-kan. Permintaan seperti itu biasanya tersembunyi dalam doku-men yang kelihatan tidak berbahaya, seperti surat kredit atau bil lading. Jika anda menerima apa yang anda percaya ialah seperti permintaan, hubungi Jabatan Perundangan dengan segera. Sila semak semula semua dasar yang dikenakan untuk maklumat tambahan.

Sumbangan kepada Komuniti Tempatan KitaSebagai warga korporat yang baik, Cameron mencuba untuk menggalakkan daya tenaga komuniti di mana kita tinggal dan bekerja. Kita terhutang budi dengan jiran kita untuk berusaha ke arah pembangunan dan kebaikan komuniti kita, yang memberi daya ketahanan kepada Syarikat kita dan membantu kita sebagai individu.

Penglibatan Politik dan AmalSyarikat kita menggalakkan kita semua untuk menyertai secara aktif dalam proses politik. Bagaimanapun, kita hanya harus berbuat begitu secara sukarela dalam masa peribadi kita dan bukan semasa bekerja. Kita perlu memastikan yang penyertaan dalam aktiviti politik tidak akan menjejaskan sedikit pun usaha kerja kita atau merosakkan pendirian atau imej Syarikat kita. Kita tidak boleh sekali-kali memberi derma atau sumbangan politik menggunakan nama, masa, dana atau sumber lain Syarikat kita.

Untuk menyokong komuniti di mana kita tinggal dan bekerja, kita digalakkan untuk menyertai dalam aktiviti sumbangan amal sebagai Syarikat dan juga sebagai individu. Penyertaan dalam aktiviti sumbangan amal dan komuniti secara keseluruhannya, sukarela tetapi komitmen dana Syarikat, pekerja dan aset tertakluk kepada dasar Cameron yang berkenaan, secara khusus, dasar-dasar tersebut yang mewujudkan garis panduan untuk kelulusan bagi sumbangan tanpa keuntungan, amal dan komuniti, derma dan aktiviti sukarela, dan penggunaan sumber Syarikat untuk aktiviti amal dan komuniti di seluruh dunia.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 19

Page 22: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Memastikan Integriti KewanganPenyimpanan Rekod Tepat dan Pelaporan AwamKita semua mesti menjalankan tanggungjawab kita untuk memastikan maklumat kewangan Cameron adalah tepat dan lengkap. Pemegang saham kita, di antara lainnya, bergantung kepada kita untuk melakukannya. Rekod yang kita wujudkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab harian kita mempunyai kesan hebat ke atas maklumat kewangan yang Cameron dedahkan. Oleh itu kita mesti memastikan semua rekod yang kita wujudkan dan serahkan, termasuk kad masa, laporan belanja dan laporan inventori, adalah benar, adil dan tepat. Pada setiap masa, kita mesti bertindak mengikut tatacara kawalan dalaman kita. Kita tidak boleh sama sekali mewujudkan dana “slusy” yang tidak direkodkan atau mengambil langkah lain untuk memalsukan buku dan rekod Cameron.

Jika anda mula menyedari sebarang ketidakaturan perakaunan atau pengauditan, segera laporkannya kepada Jabatan Undang-undang atau Talian Bantuan Etika. Akibat kerana memalsukan rekod kewangan adalah berat, termasuk potensi pendakwaan jenayah untuk individu yang terlibat dan pegawai kanan Syarikat kita.

Jika anda adalah kakitangan pengurusan atau pegawai kewangan yang terlibat dalam penyediaan pendedahan umum atau penyediaan data untuk pendedahan umum, anda mesti faham dan patuh kepada Tatakelakuan untuk Pegawai Kewangan Kanan.

Pengurusan Rekod yang SewajarnyaPengekalan yang betul bagi dokumen dan rekod kita adalah penting kepada perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mengekalkan semua dokumen, fail dan komunikasi yang diliputi yang lain mengikuti dasar dan jadual kita yang berkenaan. Jika anda dimaklumkan bahawa dokumen anda relevan kepada litigasi, siasatan atau audit yang dijangka atau belum selesai, ikut garis panduan yang ditetapkan dalam pemberitahuan. Jangan ubah atau sembunyikan sebarang dokumen yang diliputi oleh pemberitahuan.

S: Gavin bekerja di dok perkapalan dan membuat agak banyak kerja lebih masa pada minggu lepas. Pengurusnya, Linda, memberitahu dia supaya tidak merekodkan pada kali ini dan sebaliknya mengambil cuti pada minggu hadapan. Dengan cara ini, semua kerja yang dilakukannya dibayar dan Linda tidak perlu risau tentang belanjawan untuk gaji pekerja bagi jabatan tersebut. Adakah ini boleh diterima?

J: Tidak. Gavin mungkin merasakan bahawa pilihan ini okey kerana ia tidak akan mengenakan Cameron sebarang wang tambahan. Tetapi, rekod masa ialah rekod perniagaan, dan sangat penting untuk Gavin melaporkan masanya secara tepat dan jujur, dan tidak membuat rekod palsu. Oleh itu, Gavin tidak sepatutnya mengikut arahan Linda. Sebaliknya, dia perlu melaporkan situasi kepada hubungan seperti yang disenaraikan dalam “Melaporkan Kebimbangan dan Mendapatkan Panduan” (halaman 8).

Mengekalkan Integriti…dengan Pemegang Saham Kita

2 0

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 23: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

E-mel telah menjadi alat standard dalam komunikasi perniagaan. Oleh itu, cara kita menguruskan rekod e-mel kita menjadi sema-kin penting.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pengurusan rekod yang betul, rujuk kepada dasar dan jadual yang berkenaan atau hubungi Setiausaha Korporat.

Audit dan PenyiasatanKita mungkin ditanya oleh juruaudit atau pegawai rasmi kerajaan untuk mengambil bahagian dalam satu penyiasatan ke atas Syarikat kita atau kakitangan Syarikat kita yang tertentu. Kita mesti bekerjasama dengan permintaan ini. Walau bagaimanapun, jika kita menerima permintaan untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan kerajaan atau permintaan untuk maklumat atau pendokumenan daripada pegawai rasmi kerajaan, kita mesti segera menghubungi Jabatan Undang-undang. Kita tidak dibenarkan sama sekali cuba dengan cara yang tidak berpatutan atau keterlaluan untuk mempengaruhi, atau membuat pernyataan yang salah atau mengelirukan juruaudit atau pegawai rasmi kerajaan berkaitan dengan sesuatu penyiasatan.

Kita semua mesti menjalankan peranan masing-masing untuk memastikan maklumat kewangan Cameron adalah tepat dan lengkap.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 21

Page 24: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Melindungi Aset Syarikat KitaAset FizikalAsetfizikalSyarikatkita,sepertikelengkapan,bahandankemudahannya, adalah penting untuk melakukan tanggungjawab harian kita. Aset ini telah dikumpulkan menerusi kerja keras pekerja di seluruh dunia. Dengan bekerja untuk Cameron, kita semua telah memikul tanggungjawab untuk aset ini dan mesti melindunginya daripada kecurian, kehilangan, penyalahgunaan dan pembaziran. Di samping itu, kita mesti memastikan yang ianya digunakan untuk tujuan perniagaan yang sewajarnya.

Maklumat ProprietariMaklumat adalah sebahagian besar daripada apa yang memberikan kita kelebihan dalam persaingan. Ramai daripada kita mempunyai akses kepada maklumat sulit dan proprietari Cameron untuk menjalankan tugas kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyimpan maklumat ini secara sulit dan terlindung. Ia juga menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi maklumat yang diamanahkan kepada kita oleh pembekal, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan yang lain dengan berhati-hati sama seperti kita melindungi maklumat kita sendiri.

Beberapa contoh maklumat sulit atau proprietari termasuk:•Hartaintelektual,sepertitandadagangan,hakciptadanrahsia perdagangan•Datakewanganyangtidakditerbitkan,termasukangkajualan dan keuntungan•Penyelidikandanrancanganpembangunanproduk•Rancangandanstrategipemasaran,pelaburanataurancangan dan strategi perniagaan yang lain•Proses,rekod,faildandataperniagaan•Maklumatpelanggandanpembekal

Kita hanya boleh berkongsi maklumat dengan orang lain yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahui maklumat tertentu, sama ada di dalam atau di luar Cameron. Untuk melindungi maklumat ini dan menghalangnya daripada pendedahan secara tidak sengaja, kita mesti mengambil langkah beringat yang sewajarnya. Pastikan yang anda mematuhi segala langkah keselamatan dan prosedur kawalan dalaman untuk sistem komputer, alat elektronik mudah alih, komputer riba dan peranti simpanan lain anda, seperti

2 2

Page 25: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

pemacu denyar dan peranti USB. Anda mesti melindungi peranti ini dengan cermat di tempat yang mana ia boleh hilang atau dicuri. Jangan dedahkan kata laluan atau kod akses anda kepada sesiapa pun, dan jangan benarkan orang lain menggunakan akaun anda. Dapatkan Perjanjian Ketidakdedahan yang diperlukan sebelum berkongsi apa-apa maklumat proprietari di luar Syarikat.

Berwaspada apabila berbincang maklumat sensitif pada telefon bimbit anda atau dengan pekerja sejawat di tempat awam, seperti lif, lapangan terbang dan restoran, atau di kawasan lapang dalam Cameron, seperti bilik rehat atau bilik air. Jangan tinggalkan dokumen yang mengandungi maklumat sensitif di tempat yang mana seseorang tanpa izin mungkin mendapat peluang untuk membacanya, termasuk meja tidak berkunci anda atau pada mesin cetak.

Maklumat Peribadi dan SulitSetiap daripada kita menyediakan maklumat sulit peribadi kepada Cameron, seperti rekod kesihatan, maklumat keselamatan sosial dan maklumat untuk berhubung. Kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dengan teliti maklumat sulit peribadi rakan sekerja kita. Jika anda mempunyai akses kepada maklumat tersebut, pastikan anda mematuhi protokol keselamatan setiap masa dan dengan teliti melindungi maklumat tersebut. Anda hanya boleh berkongsi maklumat tersebut dengan mereka yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahui, dan mereka yang dibenarkan untuk melihat maklumat tersebut.

Penggunaan Sumber dengan Betul Kita tidak boleh menggunakan sistem komunikasi kita untuk terlibat dalam kelakuan yang dilarang, seperti menyampaikan atau melihat diskriminasi, gangguan, eksplisit secara seksual atau atau pun, bahan yang menyakitkan hati atau tidak wajar.

Jika Cameron telah memberikan anda komputer, telefon selular atau teknologi boleh alih lain, anda perlu menggunakan teknologi dengan wajar dan mengikut dasar Syarikat. Dasar Cameron mengenai teknologi sentiasa dikenakan kepada peralatan Syarikat dan tidak berubah selepas waktu bekerja atau semasa anda mengembara.

Karang e-mel, mesej segera dan mesej teks dengan penjagaan yang sama yang anda ingin lakukan dalam mengarang sebarang dokumen Cameron yang lain. Jangan lupa bahawa individu boleh menyalin dan menghantar mesej elektronik anda di seluruh dunia tanpa pengetahuan atau persetujuan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dasar yang dikenakan atau hubungi pengurus setempat anda.

Reputasi dan Nama Baik Cameron Untuk mengekalkan reputasi Cameron sebagai sebuah industri terkemuka yang bertanggungjawab, kita mesti memastikan komunikasi korporat yang tepat dan konsisten. Oleh kerana ini, hanya individu yang diberi kuasa boleh berkomunikasi dengan media dan penganalisis luar bagi pihak Cameron. Tujukan segala pertanyaan dari sumber media luar kepada Naib Presiden, Perhubungan Pelabur. Jika anda dihubungi oleh penganalisis luar, dapatkan nama dan hubungan orang yang membuat permintaan dan berikan maklumat kepada Naib Presiden, Perhubungan Pelabur.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 23

Page 26: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

S: Sandra ialah juruteknik perkhidmatan lapangan di kumpulan Sistem Kompresi dan baru sahaja menyiapkan satu kerja penting untuk klien. Klien itu memberitahu Sandra bahawa mereka ingin menghantarnya sesuatu untuk menunjukkan penghargaan mereka, tetapi dia mengingatkan mereka dia tidak boleh menerima apa-apa yang mahal. Klien menghantar Sandra baucer hadiah bernilai A.S. $50 ke gedung serbaneka. Bolehkah dia menyimpannya?

J: Walaupun baucer hadiah itu hanya bernilai A.S. $50, iaitu nilai yang boleh diterima, Sandra tidak boleh menyimpannya. Kita mungkin tidak boleh menerima hadiah berupa wang tunai atau bersamaan tunai, tidak kira berapa nilainya. Sandra harus melaporkan hadiah itu kepada penyelia dan mengembalikannya. Jika dia rasa tidak selesa melakukannya, dia hendaklah menyerahkan hadiah itu ke Jabatan Etika dan Pematuhan Korporat.

Mengelakkan Konflik KepentinganSemasa menjalankan perniagaan bagi pihak Cameron, kita perlu dengan berhati-hati mengelakkansituasiyangbolehmewujudkankonflikkepentingan,ataumalahan,ciri-cirinya.“Konflikkepentingan”berlakuapabilakepentingankitaataukepentinganahli keluarga kita bersaing dengan keupayaan kita untuk melakukan tanggungjawab kerja kita. Kepentingan bersaing seperti itu boleh mengehadkan keupayaan kita untuk melakukan kerja kita secara objektif dan tanpa berat sebelah. Jika anda merasakan anda mungkinmengalamisituasikonflikkepentinga,andaperlumengajukanhaltersebutkepada pengurus setempat anda dan semak semula semua dasar yang dikenakan.

Hadiah, Perjalanan, Hiburan dan Menjadi Tuan RumahCameron berbangga dengan cara ia menjalankan perniagaan secara jujur dan telus. Manakala, pertukaran hadiah dan keraian boleh membentuk hubungan bekerja yang baik dengan klien kita, pembekal dan rakan perniagaan, kita perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga semasa melibatkan diri dalam aktiviti seperti itu. Jangan lupa bahawa dengan memberikan atau menerima hadiah, perjalanan atau keraian, kita mungkin membuatkan ia sukar untuk membuat keputusan perniagaan yang bijak dan objektif. Jika kita menerima budi bahasa seperti itu, kita kelihatan seperti amat terpengaruh. Kita perlu mengingati prinsip ini dalam minda semasa kita memberikan atau menerima hadiah, perjalanan atau keraian yang berpatutan dan sesuai.

Secara umum, kita hanya boleh menawarkan atau menerima hadiah yang konsisten dengan undang-undang yang dikenakan, konsisten dengan dasar Cameron dan dasar pemberian atau penerimaan entiti, dan bukan untuk tujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Secara umum, diterima tanpa kelulusan terlebih dahulu: - Hadiah sekali-sekala yang bernilai $100 atau kurang (atau mata wang setempat yang

sama nilainya)- Keraian atau makanan yang bernilai $500 atau kurang (atau mata wang setempat yang

sama nilai) setiap orang

Secara umum, diterima dengan kelulusan terlebih dahulu:- Sebarang hadiah yang melebihi $100 (atau yang sama nilai)- Sebarang keraian yang melebihi $500 (atau mata wang setempat yang sama nilai) setiap orang- Sebarang perjalanan yang dibayar atau dibayar balik oleh rakan perniagaan luar atau

Pegawai Kerajaan yang berkaitan dengan hadiah atau keraian- Sebarang hos yang tidak diberikan secara jelas untuk di bawah kontrak - Sebarang perjalanan yang menaiki pesawat yang dimiliki oleh rakan perniagaan atau

Pegawai Kerajaan

2 4

Page 27: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Konflik kepentingan

berlaku apabila

kepentingan kita

atau kepentingan

ahli keluarga

kita menyaingi

keupayaan kita

dalam menjalankan

tanggungjawab kerja

kita.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 25

Page 28: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Kelulusan terlebih dahulu perlu diperoleh daripada Eksekutif dan Jabatan Etika dan Pematuhan Korporat melalui Hadiah, Perjalanan, Keraian, Borang Laporan Hos yang boleh didapati pada tapak intranet Etika dan Pematuhan.

Sentiasa tidak boleh diterima:- Sebarang hadiah atau keraian yang menyalahi undang-undang- Hadiah atau keraian yang melibatkan pihak yang terlibat dalam proses pembidaan

tender atau persaingan- Sebarang hadiah atau wang tunai atau yang sama nilai (seperti sijil hadiah, pinjaman,

saham, opsyen saham) tidak kira nilai- Sebarang hadiah atau keraian tidak kira nilai yang ‘quid pro quo (sebagai membalas)’

(ditawarkan untuk sesuatu sebagai pulangan)- Sebarang keraian yang lucah, berorientasikan seksual, tidak mematuhi komitmen

Cameron kepada saling hormat, atau sebaliknya, boleh memburukkan reputasi Cameron- Hadiah atau keraian yang anda bayar secara peribadi untuk mengelakkan perlunya

membuat laporan atau mendapatkan kelulusan

Tambahan pula, perbelanjaan seperti perjalanan, penginapan, makanan, belanja berkaitan atau lain-lain belanja harian yang berkait terus dengan semua perundingan kontrak, latihan, pemeriksaan atau lawatan ke tapak; dan demonstrasi atau penjelasan produk, atau perkhidmatan, adalah dianggap sebagai perbelanjaan tuan rumah. Semua perbelanjaan tuan rumah mestilah memperoleh kebenaran awal daripada Presiden Divisyen, Naib Presiden Korporat atau KPE dan diberitahu kepada Jabatan Etika dan Pematuhan Korporat.

Jika anda tidak pasti sama ada anda boleh memberi atau menerima hadiah, perjalanan atau hiburan, atau sama ada perbelanjaan tuan rumah itu adalah bersesuaian, sila dapatkan bimbingan daripada Presiden Bahagian, Naib Presiden Korporat atau Jabatan Etika dan Pematuhan Korporat anda. Jika anda memberi penghargaan urus niaga, pastikan yang anda segera memberikan segala maklumat yang berkaitan dan terperinci (termasuk nama dan jawatan penerima, organisasi tempat penerima bekerja, dan tujuan urus niaga yang terperinci) dalam laporan perbelanjaan.

Pada masa tertentu, anda mungkin mendapati diri anda dalam situasi di mana anda perlu memberikan hadiah, tetapi, melakukannya mungkin tidak praktifal (seperti barang yang tidak tahan lama atau hadiah diperibadikan) atau kurang sopan. Dalam situasi seperti ini, anda perlu menerima hadiah bagi pihak Syarikat kita dan merujuknya semula kepada Jabatan Etika dan Pematuhan Korporat. Sila semak semula semua dasar yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

S: Jabatan Pedro kini sedang menerima bidaan sebagai pembekal keluli. Abang Pedro, Philippe, memiliki syarikat keluli dan telah membuat keputusan untuk membida kontrak pembekal dengan Cameron. Pedro tahu kedua-dua mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi tidak pasti jika dia harus mendedahkan situasi ini. Haruskah dia?

J: Ya. Pedro harus segera mendedahkan perhubungannya dengan syarikat pembidaan kepada penyelianya untuk mengelakkan terdapatnya konflik kepentingan. Dia juga harus mengecualikan dirinya dari proses pemilihan pembekal.

2 6

Page 29: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Perniagaan dengan Keluarga dan KawanApabila terdapat perhubungan peribadi atau keluarga di antara kakitangan, ia mungkin nampak seolah-olah seseorang daripada kita menerima layanan istimewa daripada yang lain. Oleh itu, tiada ahli keluarga patut diletakkan dalam situasi di mana dia mempunyai kuasa membuat keputusan terus terhadap ahli keluarga lain. Jika anda mendapati diri anda dalam situasi sebegitu, segera dedahkannya kepada wakil Sumber Manusia anda.

Konflikkepentingananggapanjugawujudjikaanda,ahlikeluargaterdekatataurakankarib anda memegang kepentingan kewangan yang banyak dalam, atau mempunyai perhubungan dengan, pemilik atau prinsipal bagi pembekal, pelanggan atau pesaing Cameron yang sebenar atau berpotensi. Jika anda mendapati diri anda dalam situasi tersebut, anda mesti segera memberitahu penyelia terdekat anda dan menarik diri anda sepenuhnya daripada proses pemilihan pembekal atau perundingan.

Pekerjaan LuarMelibatkan diri dalam pekerjaan luar Cameron boleh menghalang kita daripada menjalankan kerja kita secara objektif dan tanpa berat sebelah. Atas sebab ini, kita mungkin tidak mengambil pekerjaan luar atau menjadi ahli lembaga yang mengganggu keupayaan kita untuk memenuhi tugas kerja kita. Selain itu, kita tidak boleh menggunakan harta Cameron, maklumat atau sumber untuk kerja dengan syarikat lain. Sebelum menerima jawatan luar Cameron, dedahkan dan dapatkan kelulusan seperti yang diberikan dalam semua dasar yang dikenakan.

Kepentingan Kewangan dalam Syarikat Luar Melaburbolehmenjadikonflikkepentinganjikasyarikatyangandamelaburmenjalankanperniagaan atau bersaing dengan Cameron. Anda dikehendaki mendedahkan apa-apa kepentingan kewangan yang anda miliki dalam pesaing, pembekal, pelanggan Cameron atau apa-apa entiti, yang boleh mempengaruhi objektif membuat keputusan. Pendedahan ini tidak terpakai pada pelaburan dalam dana bersama yang anda tidak mempunyai apa-apa kuasa budi bicara.

Peluang Korporat Kita semua ada tanggungjawab untuk bertindak demi kepentingan terbaik Cameron dan memajukan kepentingan ini pada bila-bila masa peluang ini muncul. Mengambil faedah peribadi dari peluang perniagaan yang didapati menerusi kerja yang dilakukan bagi pihak Cameron, atau sebaliknya mendapat manfaat secara peribadi menerusi maklumat Cameron,menimbulkankonflikkepentinganyangtidakwajar.Semasamenjalankankerja bagi pihak Cameron, kita mungkin menemui peluang di mana Cameron juga mungkin ada kepentingan. Jadi, kita mesti memberitahu penyelia kita peluang tersebut dan menyediakan masa secukupnya untuk Cameron menentukan sama ada ia akan mengambil peluang itu. Jika, selepas tempoh masa ini, Cameron melepaskan peluang ini, kita boleh bertindak ke atasnya untuk faedah peribadi kita. Pada masa ini, kita boleh juga berkongsi maklumat ini dengan pihak luar untuk faedah peribadi mereka.

S: Carla, penganalisis untuk Cameron, sedang memulakan perniagaan perundingannya sendiri. Walaupun beberapa kerja perundingan yang dia rancang untuk dilakukan adalah sama dengan kerja yang dia lakukan untuk Cameron, Carla merancang untuk memastikan yang perniagaannya tidak bersaing dengan Cameron. Adakah ini boleh?

J: Kemungkinan besar, tidak. Sebab kerja yang Carla akan lakukan adalah sama dengan kerja yang dia lakukan untuk Cameron, dia mungkin bersaing dengan Cameron tanpa menyedarinya. Ini menimbulkan konflik kepentingan yang mungkin tidak dibenarkan. Sebelum memulakan perniagaannya, Carla mesti mendedahkan rancangannya dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada penyelianya.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 27

Page 30: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Perdagangan orang

dalam berlaku apabila

kita mendagangkan

saham syarikat tertentu

berdasarkan maklumat

penting yang tidak

diwartakan kepada orang

awam yang telah kita

peroleh tentang syarikat

itu melalui kerja yang

kita laksanakan bagi

pihak Cameron.

2 8

Page 31: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

S: Enrico telah mengetahui bahawa Cameron dalam sedang dalam proses menandatangani perjanjian pembekal yang besar dengan syarikat awam berpangkalan di A.S. Enrico tahu bahawa, disebabkan oleh kontrak ini, harga saham pembekal A.S. ini besar kemungkinan akan melambung tinggi sejurus selepas urusan ini diisytiharkan secara umum. Walaupun secara peribadi dia tahu dia tidak boleh membeli saham pembekal atau memberitahu seseorang mengenai kontrak itu, dia fikir dia boleh membantu emaknya dengan menggalakkannya membeli saham syarikat itu. Adakah ini boleh?

J: Tidak. Dengan pemberian maklumat kepada emaknya, Enrico telah menyalahi Tata kita dan undang-undang sekuriti A.S. Akibat kerana pemberian maklumat boleh jadi sama akibatnya dengan mereka yang melakukan perdagangan orang dalam, jadi Enrico hendaklah mengelak daripada memberikan apa-apa maklumat rahsia yang dia ketahui melalui kerjanya di Cameron kepada sesiapa tanpa keperluan perniagaan.

Mengelakkan Perdagangan Orang DalamDengan bekerja bagi pihak Cameron, kita semua telah membuat komitmen untuk mematuhi undang-undang perdagangan orang dalam. Perdagangan orang dalam berlaku apabila kita memperdagangkan saham syarikat tertentu berdasarkan maklumat penting yang tidak diwartakan kepada orang awam, yang kita peroleh tentang syarikat itu melalui kerja yang kita lakukan bagi pihak Cameron. Maklumat dikira “penting” jika pelabur yang bertimbang rasa mempertimbangkan maklumat itu sebagai penting dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli, menjual atau memegang saham atau sekuriti lain. Maklumat “BUkan Untuk Awam” merujuk kepada sesuatu yang belum didedahkan atau diserapkan oleh orang awam. Maklumat bukan untuk awam yang penting secara amnya termasuk maklumat seperti:

•Angkajualanyangtidakdikeluarkan•Penggabunganataupengambilalihanyangbelumselesai•Anggaranperolehan•Pertikaianburuh•Pengenalankepadaprodukatauperkhidmatanbarukita•Pelarasankepadakedudukankakitanganutama

Tidak kira di mana kita berada, kita perlu mematuhi Dasar Perdagangan Orang Dalam Cameron, yang juga melarang pemberian tip. Secara umumnya, pemberian tip berlaku apabila kita memberikan bahan, maklumat bukan untuk awam kepada orang lain, dan orang itu menjual maklumat itu. Sila ambil perhatian bahawa pemberian tip boleh mendedahkan kita kepada akibat yang sama dengan perdagangan orang dalam. Ia mungkin termasuk penalti yang teruk, termasuk denda, penamatan pekerjaan dan kemungkinan, pemenjaraan. Sila semak semula semua dasar yang dikenakan untuk maklumat tambahan.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 29

Page 32: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Bersaing Secara Adil Sebagai sebahagian daripada komitmen kita untuk membina perhubungan jangka panjang dengan pelanggan dan pembekal kita, kita berbangga dalam bersaing secara adil dan dengan integriti. Kita bersaing semata-mata berasaskan kualiti produk dan perkhidmatan kita, dan tidak sekali-kali mengambil kesempatan ke atas seseorang melalui amalan tidak adil.

Tambahan lagi, kita sentiasa tepat dan jujur dalam segala pengendalian perniagaan kita. Kita pasarkan produk dan perkhidmatan dengan jujur dan berkomunikasi secara adil dengan pelanggan kita. Kita mencapai semua ini tanpa pernah melakukan penyataan yang mengelirukan dan memperkecilkan tentang pesaing kita atau produk atau perkhidmatan mereka.

Memastikan Kualiti dan Keselamatan ProdukKita fokus tentang memahami keperluan pelanggan kita dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi atau melebihispesifikasidanjangkaanmereka.Kitaberusahauntukmemberikan nilai terbaik mungkin kepada pelanggan kita, sambil berusaha ke arah matlamat kita dengan sikap kesegeraan. Kita merekabentuk, mengilang dan menghasilkan produk dan perkhidmatan sesuai dengan tujuan yang mereka harapkan. Ini bermakna kita mesti sentiasa memastikan yang kita memahami danmematuhisegalaspesifikasikontrakdanprosedurkawalankualiti, melengkapi segala pemeriksaan yang diperlukan dan menguji operasi dengan betul. Kita juga mesti berusaha untuk meminimumkan risiko alam sekitar sepanjang jangka hayat produk kita.

Bagi memenuhi komitmen kita kepada kualiti dan keselamatan produk, kita harapkan pembekal kita untuk menjamin kualiti dan keselamatan barangan dan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada kita.

Mengekalkan Integriti…dengan Pelanggan dan Pembekal

3 0

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 33: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Kita bersaing

semata-mata atas

dasar kualiti produk

dan perkhidmatan,

dan tidak sekali-

kali mengambil

kesempatan

terhadap sesiapa

pun melalui amalan

yang tidak adil.

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 31

Page 34: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Mematuhi Undang-undang Anti-PersainganUntukmemastikanpasaranberoperasidenganadildanefisien,banyaknegaratelahmelaksanakanundang-undang untuk memerangi amalan anti-persaingan. Kita berbangga dengan diri kita dalam mematuhi sepenuhnya undang-undang antipersaingan ini, yang direka bentuk untuk melindungi perusahaan bebas. Walaupun undang-undang anti-persaingan adalah rumit, mereka secara amnya melarang perbincangan atau menandatangani perjanjian formal atau tidak formal berkaitan aktiviti yang boleh menahan perdagangan. Contoh aktiviti tersebut termasuk:

•Memanipulasikanbidaan•Menetapkanharga•Membahagikandanmemperuntukkansempadanpasaranspesifikdenganpesaing•Menetapkanpengeluarandansebuthargapengeluaran

Perjanjian yang menyalahi undang-undang tidak perlu dalam bentuk kontrak yang ditandatangan, dan mungkin semudah persefahaman tidak formal di antara dua pihak. Jika salah satu daripada topik perbincangan timbul apabila berbincang dengan pesaing, seperti di mesyuarat persatuan industri atau pertunjukan perdagangan, anda harus segera hentikan perbualan dan laporkan kepada Jabatan Undang-undang.

Pencabulan undang-undang anti-persaingan membawa akibat yang buruk. Perlu diingat bahawa undang-undang ini mungkin sukar untuk difahami dan setiap negara mengekalkan undang-undangnya sendiri untuk mengawal persaingan. Perlu berhati-hati dan elakkan berinteraksi dengan pesaing yang boleh meletakkan anda atau Cameron kepada risiko. Jika anda bimbang yang anda telah terbabit dalam perbincangan yang anda telah terbabit atau aktiviti yang anda telah terlibat, sila merujuk dengan Jabatan Undang-undang.

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk dasar yang dikenakan atau hubungi pengurus setempat anda.

Mengumpulkan Maklumat PesaingDengan mengekalkan pesaing yang kuat dalam industri kita kadangkala memerlukan kita untuk mengumpul maklumat mengenai pesaing kita. Walau bagaimanapun, kita mesti memastikan untuk memperoleh maklumat tersebut secara umum, beretika dan tidak menyalahi undang-undang. Anda boleh sentiasa bertanyakan rakan sekerja, pelanggan, klien dan pembekal untuk maklumat tentang pesaing yang mereka bebas berkongsi. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menggalakkan mereka memberikan maklumat yang boleh menyalahi mana-mana ikatan perjanjian yang sah, seperti perjanjian kontrak atau ketidakdedahan. Contohnya, anda tidak boleh mencari maklumat rahsia pesaing daripada kakitangan baru yang dulunya bekerja dengan pesaing.

S: Semasa menghadiri Persidangan Teknologi Luar Pesisir, Edson berucap di hadapan sekumpulan wakil pesaing Cameron. Selepas Edson berucap, seorang daripada perwakilan itu datang untuk berbual dengannya. Walupun pada mulanya mereka berbual tentang keluarga mereka, perbualan tersebut selepas itu bertukar kepada perniagaan. Perwakilan itu memberitahu Edson, “Saya yakin bidaan syarikat saya untuk kontrak itu mungkin tidak sebaik Cameron.” Edson tidak pasti terhadap cara memberi tindakbalas kepada komen itu. Apa yang harus dia lakukan?

J: Edson harus sedar bahawa perwakilan tersebut mungkin terlibat dalam tingkah laku antipersaingan. Dia harus menghentikan perbualan tersebut dengan segera dan melaporkan insiden itu kepada Jabatan Undang-undang.

3 2

Mengekalkan Integriti…dengan Pesaing KitaMelakukan Apa yang Betul. Bersama-sama.Tatakelakuan Cameron

Page 35: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,

Perakuan dan PendedahanSaya mengakui bahawa saya telah menerima Tatakelakuan Cameron (“Tatakelakuan”) dan akan mematuhinya. Saya juga memahami bahawa saya perlu menyemak semula dan mematuhi dasar dan prosedur Cameron yang dikenakan kepada tanggungjawab kerja saya. Saya memahami bahawa pelanggaran dasar dan standard etika yang digariskan dalam Tatakelakuan ini mungkin menyebabkan saya dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan, serta penalti sivil dan jenayah

Saya memahami bahawa ia menjadi kewajipan saya untuk menyemak kemas kini kepada Tatakelakuan dengan menyemak semula versi paling terkini di intranet, dan/atau dengan menyemak semula versi dikemas kini paling terkini bagi Tatakelakuan salinan keras, yang sentiasa disediakan melalui Jabatan Pematuhan. Saya memahami bahawa pekerja tidak akan menerima salinan keras yang baru bagi Tatakelakuan setiap kali ia dipinda.

Seterusnya, saya memahami bahawa, jika saya mempunyai sebarang soalan yang berkaitan dengan garis panduan yang digariskan dalam Tatakelakuan ini atau dasar Syarikat lain, saya perlu membincangkannya dengan segera dengan penyelia terdekat saya, wakil Sumber Manusia saya, Jabatan Perundangan atau Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan, atau hubungi Talian Bantuan Etika. Saya, terutama sekali, mengenal pasti kepentingan untuk meminta bantuan seperti itu sebelum mengambil sebarang tindakan yang mungkin dipersoalkan atau mungkin melanggar Tatakelakuan kita.

Tandatangan Tarikh Nama Tertera

Melakukan Apa yang Betul. Bersama-sama. 33

Page 36: The Cameron Way Tatakelakuan Cameron · Surat daripada KPE Presiden dan KPE ... berkepentingan dengan menjalankan komitmen kita, melakukan perkara yang betul untuk sebab yang betul,