universiti teknologi malaysia borang pengesahan … filebekerja di city karting enterprise shah alam...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP PERSEMBAHAN GO KART YANG MENGGUNAKAN JENIS-JENIS ENJIN BERLEJANG 2 DENGAN ENJIN BERLEJANG 4 SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya GAN THIAN HOCK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh : ___________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: P.M. DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ. OMAR 21-13, PANGSAPURI PERMATA, Nama penyelia JALAN HAJI JAIB, 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh: 27 APRIL 2006 Tarikh: 27 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vuongphuc

Post on 14-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP PERSEMBAHAN GO KART YANG

MENGGUNAKAN JENIS-JENIS ENJIN BERLEJANG 2 DENGAN

ENJIN BERLEJANG 4

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya GAN THIAN HOCK (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh :

___________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: P.M. DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ. OMAR

21-13, PANGSAPURI PERMATA, Nama penyelia

JALAN HAJI JAIB,

84000 MUAR, JOHOR.

Tarikh: 27 APRIL 2006 Tarikh: 27 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan. (Sains Sukan)”

Tandatangan :…………………………….

Nama Penyelia : P. M. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR

Tarikh : 27 APRIL 2006

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

PERBANDINGAN TAHAP PERSEMBAHAN GO KART YANG MENGGUNAKAN

JENIS-JENIS ENJIN BERLEJANG 2 DENGAN ENJIN BERLEJANG 4

GAN THIAN HOCK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : GAN THIAN HOCK

Tarikh : …27 APRIL 2006………….........

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

iii

DEDIKASI

Kejayaan ini ditujukan khas kepada ayah dan ibu serta ahli-ahli keluarga saya.

Segala jasa, sokongan serta pengorbanan yang diberikan, akan ku kenangkan buat

selama-lamanya. Dan teristimewa buat seseorang yang disayangi, terima kasih

segalanya. Khas buat,

GAN BA CHEE

PEY AH LEK

GAN LIAN BEE

GAN THIAN SIONG

BOO NGAK CHAY

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek

Sarjana Muda saya, Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz Bin Haji Omar yang banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan dalam menyempurnakan kajian

ini.

Selain itu, saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua

Kolej Perdana, Kapt. Prof. Madya Ahmad Bin Haji Khalid serta ahli-ahli Kelab Go Kart

Kolej Perdana, khususnya saudara Abdul Shahid Abu Bakar kerana banyak memberi

bantuan dan tunjuk ajar dalam membuat kajian ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf

yang bekerja di Permas Go kart Club Sdn. Bhd. di Johor Bahru serta staf-staf yang

bekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat

yang berkaitan dengan projek ini kepada saya melalui ujian serta sesi temu bual yang

telah dijalankan.

Bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan Sains Sukan, UTM dalam

menyiapkan projek ini amatlah saya hargai juga.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan membuat perbandingan tahap

persembahan go kart yang menggunakan jenis-jenis enjin 2 lejang dan 4 lejang. Kajian

ini adalah untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara min

masa keseluruhan go kart yang menggunakan enjin 2 lejang dengan min masa

keseluruhan go kart yang menggunakan enjin 4 lejang. Subjek-subjek dalam kajian ini

ialah 4 jenis enjin go-kart, iaitu 2 jenis enjin berlejang 2 yang berkuasa 80 cc dan 100 cc

dan 2 jenis enjin 4 lejang yang berkuasa 160 cc dan 390 cc.. Dalam kajian ini, pengkaji

telah mengambil masa setiap pusingan dan masa keseluruhan (dalam masa saat) go kart

yang dipandu sebanyak 10 pusingan litar ( 0.9 kilometer untuk satu pusingan) untuk

setiap jenis enjin. Selain itu, pengkaji telah mengadakan sesi temu bual dengan staf-staf

yang bekerja di kelab go kart Johor Bahru dan Shah Alam bagi mendapatkan maklumat-

maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap persembahan go kart. Semua

data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0). Daripada hasil penganalisaan

yang diperolehi, didapati terdapat perbezaan yang sangat signifikan di antara min masa

keseluruhan go kart yang mennggunakan enjin 80 cc dengan min masa keseluruhan go

kart yang mennggunakan enjin 160 cc (t = 5.5 45, p< 0.05), go kart yang mennggunakan

enjin 80 cc dengan enjin 390 cc (t = 26.103, p< 0.05), go kart yang mennggunakan enjin

100 cc dengan enjin 160 cc (t = 20.110, p< 0.05), dan go kart yang mennggunakan enjin

100 cc dengan enjin 390 cc (t = 7.639, p< 0.05) Maklumat-maklumat dari sesi temu

bual telah menyatakan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan enjin seperti berat

enjin dan kebersihan enjin serta faktor-faktor lain seperti tayar, cuaca serta kemahiran

pemandu turut mempengaruhi tahap persembahan go kart.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study and compare the performance level of

go-cart that using two-stroke engine and four-stroke engine. The study is determined to

identify any significant differences towards the total time mean of go-cart using the two-

stroke engine as well as four-stroke engines. The subjects used to facilitate the research

are four types of go-cart engine; that were two types of two-stokes engine each with 80

cc and 100 cc power, and two types of four-stroke engine each with 160 cc and 390 cc.

The researcher has counted the total time (in seconds) required for each and every type

of engine to complete the full course of 10 laps, as well as the time required to complete

each lap of 0.9 kilometer distance. To further facilitate the study, the researcher has

engaged in several interviewing session with the staffs employed in go-cart clubs in

Johor Bahru and Shah Alam in order to acquire the relevant information regarding the

factors influencing go-cart performance level. All the data collected were analyzed using

the Statistical Packages For Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0) software. The

result acquired from the analysis shows that the differences are so significant towards

the level of total time mean of go-cart. According to the t-test results the differences are

as follows: 80 cc and 160 cc engines is t= 5.545, p<0.05; 80 cc and 390 engines t =

26.103, p< 0.05; 100 cc and160 cc engines is t = 20.110, p< 0.05; 100 cc and 390 cc

engines is t = 7.639, p< 0.05. Furthermore, the information obtained from the

interviewing session indicates that other factors related to engine specification such as

the engine weight, engine cleanliness; as well other aspects like tyre, weather, and

driving skills are contributing to the performance of the go-cart.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 4

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Kepentingan kajian 6

1.6 Hipotesis kajian 6

1.7 Batasan kajian 8

1.8 Definisi istilah 8

1.9 Penutup 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Perbandingan tahap

persembahan go kart 11

2.3 Cara –cara menilai sesebuah

enjin go kart 12

2.4 Penutup 20

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

ix

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk kajian 22

3.3 Tempat kajian 22

3.4 Populasi dan sampel kajian 23

3.5 Instrumen kajian 23

3.6 Prosedur kajian 26

3.7 Prosedur ujian 27

3.8 Pengumpulan data 28

3.9 Penganalisisan data 28

3.10 Penutup 29

BAB IV PENGANALISISAN DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Penganalisisan deskriptif 31

4.3 Penganalisisan inferensi 34

4.3.1 Perbandingan min

skor masa keseluruhan

go kart yang

menggunakan enjin

2 lejang 80 cc

dengan enjin 4

lejang 160 cc 34

4.3.2 Perbandingan min

masa keseluruhan go

kart yang menggunakan

enjin 2 lejang 80 cc

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

x

dengan enjin 4

lejang 390 cc 35

4.3.3 Perbandingan min

masa keseluruhan go

kart yang menggunakan

enjin 2 lejang 100 cc

dengan enjin 4

lejang 160 cc 36

4.3.4 Perbandingan min

masa keseluruhan go

kart yang menggunakan

enjin 2 lejang 100 cc

dengan enjin 4

lejang 390 cc 37

4.4 Temu bual 38

4.4.1 Apakah jenis-jenis

enjin go kart yang

biasa digunakan di

Malaysia serta

kegunaannya 39

4.4.2 Apakah faktor-faktor

yang berkaitan enjin

mempengaruhi masa

kelajuan go kart 40

4.4.3 Apakah faktor-faktor

lain yang turut

mempengaruhi

kelajuan go kart 42

4.5 Penutup 44

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

xi

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Perbincangan 46

5.3 Masalah yang dihadapi 48

5.3.1 Asas pengetahuan

mengenai bidang

enjin go kart 48

5.3.2 Kos untuk menjalani

ujian dan sesi temu

bual agak tinggi 49

5.3.3 Sumber untuk

mendapatkan

maklumat agak terhad 49

5.4 Cadangan 49

5.4.1 Sentiasa melengkapkan

diri dengan ilmu

pengetahuan tentang

kajian yang dibuat 50

5.4.2 Kajian akan datang 50

5.5 Kesimpulan 50

LAMPIRAN 52

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data masa kelajuan go kart yang menggunakan

enjin 2 lejang dan enjin 4 lejang 31

4.2 Keputusan ujian tahap persembahan go kart yang

menggunakan enjin 2 lejang 80 cc

dengan enjin 4 lejang 160 cc 34

4.3 Keputusan ujian tahap persembahan

go kart yang menggunakan enjin 2

lejang 80 cc dengan enjin 4 lejang 390 cc 35

4.4 Keputusan ujian tahap persembahan

go kart yang menggunakan enjin 2

lejang 100 cc dengan enjin 4 lejang 160 cc 36

4.5 Keputusan ujian tahap persembahan

go kart yang menggunakan enjin 2

lejang 100 cc dengan enjin 4 lejang 390 cc 37

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Data masa kelajuan go kart yang

menggunakan enjin 2 lejang dan

enjin 4 lejang 33

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai rujukan 52

B Borang skor 54

C Soalan-soalan temu bual 55

D Gambar go kart 56

E Gambar orang yang ditemubual 57

F Gambar tempat dan instrumen kajian 58

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Go kart yang dikenali Backyard merupakan ilham daripada hobi sepasang orang

muda dari Amerika yang mula – mula mempelopori bidang sukan antarabangsa ini dan

sekarang telah diiktiraf di mata dunia. Mereka juga merupakan pemandu go kart yang

terhebat di dunia.

Namun go kart telah direka oleh Art Ingles dan diambil alih oleh Duffy

Livingstone dan Roy Desbrow pada awal tahun 50-an. Art Ingles digelar bapa kart

setelah beliau membina kart yang pertama pada tahun 1956. Ingles merupakan seorang

pembina kereta lumba di Kurtis Craft, telah mendapat idea membina kart ini setelah

melihat enjin West Bend yang terletak di woksyopnya. Beliau mendapat idea membina

satu pengangkutan yang dapat membawanya sekitar garaj syarikatnya.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

2

Setelah tercetusnya idea tersebut, beliau dengan segera mengimpal beberapa tiub

bersama sebagai kerangkanya. Kemudian beliau meletakkan kerangka tersebut di atas

satu set tayar separa pnuematik. Kemudian beliau meletakkan tempat duduk dan stereng.

Enjin West Bend yang digunakan oleh beliau merupakan sejenis enjin yang digunakan

untuk memotong rumput memacu gandar belakang dengan rantai basikal.

Setelah siap sepenuhnya,beliau tidak menyangka yang ciptaan beliau tersebut

boleh menampung berat badannya yang seberat 210lb ( 95.3kg ) dan mampu mencapai

kelajuan sehingga 20mph ( 32km/j ) dengan kuasa 2.5hp ( 1.9 kW ) dari enjin. Kejayaan

beliau membina kenderaan tersebut telah melayakkan beliau menerima anugerah “ Bapa

Sukan Kart” pada perjumpaan pertama GKCA ( Go Kart Club of America ).

Pada tahun 1957, Duffy Livingstone dan beberapa orang individu lain telah

membuat beberapa perubahan pada go kart dan menjadikan sebuah tempat letak kereta

di Rose Bowl, Pasadena, California sebagai litar go kart. Manakal Roy Desbrow, rakan

kongsi kepada Duffy Livingstone, telah mereka sebuah go kart yang diberi nama

“Drone”. Nama ini diambil sempena nama kuasa enjin tulin yang digunakan di “US

Army Radio” dan dikawal oleh “drone airplane”. Mereka merupakan rakan kongsi

dalam bidang industri selendang tebal “muffler” yang dikenali sebagai “GP Mufflers”.

Dalam tahun 1958, Don memang merupakan seorang yang mempunyai

pengalaman dalam bidang sukan perlumbaan tetapi Duffy L.MarwinPatchen tidak

pula. Oleh itu, mereka memulakan kerja membuat go kart, merekabentuk go kart yang

lebih berkualiti dan boleh diiktiraf sebagai sebuah kenderaan bermotor.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

3

Go kart sebenar telah popular sekitar dalam tahun 1956. Pengiklanan pertama

tentang pembuatan go kart telah dilancarkan oleh Cas Craft Mang pada tahun 1958, dan

telah dijual pada harga US$129.50 oleh Syarikat Kart Mfg. Co di California.

Pada masa yang sama, go kart yang dikenali sebagai “First Bug Kart” juga

diperkenalkan pada akhir Disember 1958 yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Hot Rod

Mag. Go kart tersebut telah dijual dengan harga US$149.00. Pada masa sekarang, harga

sebuah go kart sudah melambung tinggi hingga US$XX,000.00 terutama untuk model

yang terkini.

1.2 Latar belakang masalah

Sukan bermotor telah lama diperkenalkan di negara Malaysia. Negara kita telah

berjaya mengelolakan banyak acara sukan bermotor yang bertaraf dunia seperti

Federation International de Motocyclismem (FIM) Superbike World Championship, The

FIM Endurance World Championship, FIM Asia Roar Racing Championship dan The

Federation Internationale de L ‘ Automobile (FIA) Asia Pacific Rally Championship.

Dalam arena sukan bermotor bertaraf dunia, Automobile Association of Malaysia

(AAM) telah bergabung dengan FIA, FIM dan Commission Internationale de Karting

(CIK), yang berperanan sebagai badan pengawal sukan bermotor di Malaysia

Di Malaysia, pihak kerajaan telah menyeru institusi pengajian tinggi seperti

universiti dan kolej supaya menubuhkan pasukan sukan bermotor masing-masing

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

4

sebagai usaha untuk memajukan sukan bermotor di Malaysia (Dato’ Leo Michael

Toyad, 2005).

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sukan bermotor telah diperkenalkan

dengan wujudnya pasukan sukan bermotor yang bertaraf professional. Penyertaan

pasukan sukan bermotor seperti UTM Racing Team (UTMRT) di dalam Kelas Novis

125 muncul juara di Pusingan Ke-5 Kejuaraan PETRONAS Sprinta AAM Malaysia

Cub Prix 2005, bukan sahaja dapat menggalakkan dan merangasangkan pelajar-pelajar

menyertai sukan-sukan bermotor, tetapi juga dapat melahirkan pelumba-pelumba serta

kumpulan-kumpulan jurutera, mekanik, juruteknik dan lain-lain krew sokongan yang

kreatif dan berkemahiran tinggi di dalam bidang automotif pada masa akan datang.

Di UTM, permainan go-kart masih kurang popular di kalangan

pelajar. Pendedahan permainan go-kart bukan sahaja dapat menjadikan permainan

tersebut sebagai aktiviti alternatif di UTM, tetapi juga dapat melahirkan tenaga

profesional sepertimana dikatakan oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir

Mohamad. Justeru itu, matalmat projek ini bertujuan membina go-kart dan seterusnya

memperkenalkan dan membangunkan sukan go-kart di UTM.

1.3 Pernyataan masalah

Enjin merupakan salah satu komponen yang utama dalam go kart. Setiap enjin

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti 2 atau 4 lejang (stroke), Over-head Valves

atau Double Over-head Valves dan sebagainya.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filebekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan projek ini kepada saya

5

Secara umumnya, enjin go kart terbahagi kepada 2 jenis, iaitu 2 lejang dan 4

lejang. Penggunaan enjin 2 atau 4 lejang amat bergantung kepada jenis go kart dan

kegunaan go kart itu sendiri (http://www.go-kart-kits.com/go-karts-engines.html, 2005).

Di Malaysia, go kart untuk perlumbaan (race kart) menggunakan enjin berlejang 2,

manakala go kart untuk permainan (fun kart) menggunakan enjin berlejang 4. (Karting

Malaysia, 2005)

Justeru itu, projek ini bertujuan mengkaji tahap persembahan go kart yang

menggunakan enjin-enjin berlejang 2 dan 4.

1.4 Objektif kajian

Projek ini bertujuan :

1.4.1 membuat perbandingan tahap persembahan go kart yang menggunakan enjin 2

lejang dan enjin 4 lejang, dan

1.4.2 mendapatkan maklumat daripada staf-staf kelab go kart mengenai

faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kelajuan go kart.