universiti putra malaysia - connecting repositories · 2018. 4. 9. · rangkaian jangkitan zoonosis...

3
UTAMA (/) MENGENAI KAMI (/MENGENAI_KAMI-1) PELAJAR SEMASA (/UPM/PELAJAR_SEMASA-11) STAF (/UPM/STAF-13) ALUMNI (/UPM/ALUMNI-14) MAKLUMBALAS (HTTP://U-RESPONS.UPM.EDU.MY/ACTION.FORM?PTJ=UPM&LANG=BM&PUBLIC=1) (http://www.upm.edu.my) Selamat Datang Ke Laman Portal UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (https://www.malaysia.gov.my) PENYELIDIKAN (/penyelidikan-3) AKADEMIK (/akademik-15) JARINGAN (/jaringan-16) ANTARABANGSA (/antarabangsa-2) KEHIDUPAN KAMPUS (/kehidupan_kampus-18) PERKHIDMATAN (/perkhidmatan-19) Senarai Berita (/berita) Workforce Bantu Tangani Penyakit Zoonosis Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Oleh: Norsaiful Bahri Abdul Habib BELUM (Perak) Seramai 35 pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) mengadakan lawatan tugasan lapangan berkaitan jangkitan zoonosis bawaan anjing di kalangan masyarakat Orang Asli Jahai di Sungai Tiang, Hutan Belum. Ketua projek, Prof. Dr. Abdul Rashid Khan berkata kajian terhadap kumpulan masyarakat Orang Asli itu dilakukan untuk membangunkan strategi intervensi One Health bagi memecahkan rangkaian jangkitan zoonosis bawaan anjing yang berkeliaran di penempatan masyarakat itu. Lawatan ini adalah sebahagian daripada geran penyelidikan daripada Malaysia One Health University Network, sebuah rangkaian di bawah projek USAID One Health Workforce, untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan amalan,katanya. Katanya, masyarakat Orang Asli Jahai yang merupakan kumpulan kecil suku kaum yang hidup di dalam hutan itu berdepan masalah ekoran pertambahan bilangan anjing liar di kawasan penempatan mereka. Kurangnya perhatian boleh membawa kepada kemunculan jangkitan zoonosis di kalangan manusia ekoran daripada bawaan anjing ini. Sebagai sebahagian daripada intervensi One Health Workforce, pelajar dapat menimba pengetahuan dan mewujudkan kesedaran berkaitan potensi morbiditi dan kematian yang dikaitkan dengan jangkitan zoonosis bawaan anjing,katanya. LIHAT JUGA Workforce bantu tangani p (/berita/workforce_bantu_t UPM anjur CEO@FacultyP 2598ceo_facultyprogramm "Junior Aerospace Scientist (/berita/junior_aerospace_s UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 1800 22 5587 +603 8948 7273 [email protected] Carian BM Page 1 of 3 | Universiti Putra Malaysia 30/3/2017 http://www.upm.edu.my/berita/workforce_bantu_tangani_penyakit_zoonosis_di_kalan...

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • UTAMA (/) MENGENAI KAMI (/MENGENAI_KAMI-1) PELAJAR SEMASA (/UPM/PELAJAR_SEMASA-11)

    STAF (/UPM/STAF-13) ALUMNI (/UPM/ALUMNI-14)

    MAKLUMBALAS (HTTP://U-RESPONS.UPM.EDU.MY/ACTION.FORM?PTJ=UPM&LANG=BM&PUBLIC=1)

    (http://www.upm.edu.my)

    S e l a m a t D a t a n g K e L a m a n P o r t a l

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA(https://www.malaysia.gov.my)

    PENYELIDIKAN (/penyelidikan-3) AKADEMIK (/akademik-15) JARINGAN (/jaringan-16) ANTARABANGSA (/antarabangsa-2)

    KEHIDUPAN KAMPUS (/kehidupan_kampus-18) PERKHIDMATAN (/perkhidmatan-19)

    Senarai Berita (/berita)

    Workforce Bantu Tangani Penyakit Zoonosis Di Kalangan Masyarakat Orang Asli

    Oleh: Norsaiful Bahri Abdul Habib

    BELUM (Perak) – Seramai 35 pelajar Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) mengadakan lawatan tugasan lapangan berkaitan jangkitan zoonosis bawaan anjing di kalangan masyarakat Orang Asli Jahai di Sungai Tiang, Hutan Belum.

    Ketua projek, Prof. Dr. Abdul Rashid Khan berkata kajian terhadap kumpulan masyarakat Orang Asli itu dilakukan untuk membangunkan strategi intervensi One Health bagi memecahkan rangkaian jangkitan zoonosis bawaan anjing yang berkeliaran di penempatan masyarakat itu.

    “Lawatan ini adalah sebahagian daripada geran penyelidikan daripada Malaysia One Health University Network, sebuah rangkaian di bawah projek USAID One Health Workforce, untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan amalan,” katanya.

    Katanya, masyarakat Orang Asli Jahai yang merupakan kumpulan kecil suku kaum yang hidup di dalam hutan itu berdepan masalah ekoran pertambahan bilangan anjing liar di kawasan penempatan mereka.

    “Kurangnya perhatian boleh membawa kepada kemunculan jangkitan zoonosis di kalangan manusia ekoran daripada bawaan anjing ini. Sebagai sebahagian daripada intervensi One Health Workforce, pelajar dapat menimba pengetahuan dan mewujudkan kesedaran berkaitan potensi morbiditi dan kematian yang dikaitkan dengan jangkitan zoonosis bawaan anjing,” katanya.

    LIHAT JUGA

    Workforce bantu tangani penyakit Zoonosis di kalangan masyarakat Orang Asli(/berita/workforce_bantu_tangani_penyakit_zoonosis_di_kalangan_masyarakat_orang_asli-30323)

    UPM anjur ‘CEO@FacultyProgramme’ bersama KSU KKMM2598ceo_facultyprogramme%25e2%2580%2599_bersama_ksu_kkmm-30322)

    "Junior Aerospace Scientist" pupuk minat aeroangkasa kanak-kanak(/berita/junior_aerospace_scientist_pupuk_minat_aeroangkasa_kanak_kanak-30289)

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    43400 UPM SerdangSelangor Darul Ehsan

    1800 22 5587

    +603 8948 7273

    [email protected]

    Carian...

    BM

    Page 1 of 3| Universiti Putra Malaysia

    30/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/workforce_bantu_tangani_penyakit_zoonosis_di_kalan...

  • Ketua suku kaum itu, Ah Chong berkata masyarakat Jahai yang umumnya suka berburu, menggunakan anjing ketika memburu. Bagaimanapun, ekoran daripada pembiakan yang tidak terkawal dan kurangnya pemangsa, bilangan anjing itu telah bertambah kepada 100.

    “Anjing-anjing itu tidak dijaga dan tidak menerima rawatan sewajarnya termasuk prosedur pemvaksinan atau menyahcacing,” katanya.

    Sementara itu, pelajar Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Chong Jia Jie berkata penyertaannya dalam projek itu membolehkannya berinteraksi dengan masyarakat terbabit, yang memberikannya pengalaman berharga.

    “Kumpulan ini berkumpul di Pulau Banding pada sebelah pagi sebelum memulakan perjalanan ke lokasi menaiki bot.

    “Lawatan ini mengajar saya untuk menghargai masyarakat ini yang terabai, yang memerlukan jasa baik dan bantuan kita. Adalah lebih baik untuk memberi daripada meminta,” katanya.

    Projek hari itu tertumpu kepada kumpulan pelajar yang mengumpul data, termasuk kaji selidik mengenai pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Jahai mengenai jangkitan zoonosis bawaan anjing, manakala satu kumpulan pelajar lagi mengambil sampel darah dan swab daripada anjing liar itu.

    Keseluruhannya, seramai 175 orang memberi respons terhadap kaji selidik itu, manakala sampel daripada 35 ekor anjing dikumpulkan. Ketika proses pengumpulan data itu, para pelajar terbabit berpeluang berkongsi maklumat mengenai kesedaran mengenai potensi risiko yang dikaitkan dengan anjing liar.

    Para pelajar itu juga dapat mempelajari mengenai masyarakat Jahai serta struktur sosial dan budaya mereka, selain mengenali antara satu sama lain.

    Lawatan itu berakhir pada tengah hari keesokannya dengan taklimat oleh Prof. Dr. Abdul Rashid Khan dari PMC dan Dr. Lau Seng Fong dari UPM. Kumpulan UPM dan PMC pulang dengan pemahaman yang lebih mengenai interaksi manusia, haiwan dan alam sekitar serta menghargai pentingya bekerjasama dalam mencapai matlamat yang sama.

    Fasa kedua projek yang dijadualkan pada Mei, akan memberi satu lagi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi petugas dan duta One Health yang efektif. - UPM

    BM

    Page 2 of 3| Universiti Putra Malaysia

    30/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/workforce_bantu_tangani_penyakit_zoonosis_di_kalan...

  • Kemaskini:: 30/03/2017 [hairul_nizam]

    HUBUNGI KAMI

    Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang Selangor Darul EhsanMALAYSIA

    1800 22 5587

    +603 8948 7273

    [email protected]

    PAUTAN LUAR

    Kementerian Pendidikan Malaysia(http://www.moe.gov.my/)

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (http://www.ptptn.gov.my)

    1Malaysia(http://www.1malaysia.com.my)

    Multimedia Super Corridor(http://www.mscmalaysia.my)

    Portal myGovernment(https://www.malaysia.gov.my/en/home)

    Agensi Kelayakan Malaysia(http://www.mqa.gov.my/)

    PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

    KM Portal(http://km.upm.edu.my/kmportalweb/portal/render.action?method=home)

    Sistem Ilmu Sumber Manusia (SISMAN)(http://www.sisman.upm.edu.my/)

    Sistem Permohonan ke Luar Negara(http://spln.upm.edu.my)

    Jawatan Kosong (http://spj.upm.edu.my/)

    Sistem Baik Pulih ICT (http://zonict.upm.edu.my/)

    Putra Learning Hub (http://learninghub.upm.edu.my/)

    Sistem Pengurusan Perubatan(http://regmedic.upm.edu.my/)

    Sistem E-Claim (http://eclaims.upm.edu.my/login/)

    i-GIMS (staf)(http://www.sps.upm.edu.my:8080/igims/index.jsp)

    i-GIMS (pelajar pascasiswazah)(http://sgsportal.upm.edu.my/j2ee/portal/login.jsp)

    Sistem Maklumat Pelajar (pelajar prasiswazah)(http://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup)

    PAUTAN PANTAS

    Statistik Transaksi Laman Web (http://www.upm.edu.my/statistik)

    Tender & Kontrak (http://etender.upm.edu.my/)

    Laporan Piagam Pelanggan(http://www.upm.edu.my/tentang_kami/Piagam)

    Dasar UPM(http://www.pnc.upm.edu.my/DASARUNIVERSITI#DASARUNIVERSITI)

    Sistem Pengurusan ISO (http://reg.upm.edu.my/spk_upm/)

    Dana Wakaf Ilmu(http://www.fund4knowledge.upm.edu.my/ezakatputra/)

    Penerbitan UPM(http://www.upm.edu.my/kandungan/Penerbitan_UPM-29859)

    Poliklinik Putra Medik(http://www.upm.edu.my/kandungan/Poliklinik_Putra_Medik-29862)

    Dasar Privasi (/footnote/dasar_privasi-29949) Hakcipta (/footnote/hakcipta-29950)RSS (/footnote/rss-29951) Penafian (/footnote/penafian-29938)Bantuan (/footnote/bantuan-29937)Dasar Keselamatan (/footnote/dasar_keselamatan-29939)

    LANGGAN MELALUI EMAIL Emel anda HANTAR

    © 2017 Universiti Putra MalaysiaKemaskini terakhir: 30-03-2017

    BM

    Page 3 of 3| Universiti Putra Malaysia

    30/3/2017http://www.upm.edu.my/berita/workforce_bantu_tangani_penyakit_zoonosis_di_kalan...