unit 8 tokoh terbilang.ppt

Upload: opelwani81

Post on 29-Feb-2016

90 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Syair Tokoh TerbilangKesultanan Melayu MelakaTersebutlah kisah negeri Melaka,Sultan, Bendahara, Laksamana tercinta,Memerintah negeri aman sentosa,Tersohorlah sudah seluruh dunia.Sultan Melaka memerintah negeri,Penuh adil lagi bestari,Melaka menarik dagang senteri,Hingga tersohor ke sana sini.

  • Bendahara pula pentadbir utama, Menasihati Sultan penuh bijaksana,Mengetuai perang menentang durjana, Juga memastikan keselamatan raja. Laksamana pula pantang derhaka,Melaksanakan tugas untuk Melaka,Menjadi pengawal untuklah raja,Menyelamat Melaka dari bahaya.

  • Maksud Tokoh TerbilangKesultanan Melayu Melaka mempunyai tokoh terbilang yang dihormati dalam kalangan masyarakat Melayu Melaka.Maksud:Tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara.Sumbangannya dikenang sepanjang zaman.Ciri-ciri:Boleh dicontohiBerpengaruhDihormatiDiseganiAmanahBerwibawa

  • ParameswaraBaginda merupakan pengasas Kesultanan Melayu MelakaBaginda bertanggungjawab memajukan Melaka daripada sebuah kawasan perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan.Baginda turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara China.PARAMESWARA

  • Bendahara Tun PerakBeliau memastikan dasar perluasan kuasa Melaka mencapai kejayaan.Beliau berjaya menguasai Pahang.Beliau dapat menguruskan pentadbiran negara dengan baik.

  • Sultan Muzaffar ShahBaginda berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian Islam.Baginda telah menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

    Sultan Mansor ShahBaginda berjaya memperluaskan kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, negeri Perak dan juga Siak.Baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara China.

    Sultan Alauddin Riayat ShahBaginda berjaya mempertingkatkan keselamatan dan keamanan negeri Melaka.

  • Pentadbiran yang SistematikSistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan menjadi ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.SULTANSultan merupakan ketua kerajaan dan ketua agama. Baginda mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pentadbiran negara. Baginda mempunyai kuasa untuk melantik pembesar, menyelaras kegiatan perdagangan, ketua tentera dan menjalinkan hubungan diplomatik.

  • BENDAHARA

    Bendahara merupakan ketua pentadbir negara, penasihat utama kepada Sultan, ketua turus angkatan perang dan ketua hakim. Bendahara juga menjadi pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara. Jawatan kini Perdana Menteri.TEMENGGUNG

    Temenggung merupakan ketua polis dan ketua penjara, ketua protokol istana, hakim kes-kes jenayah di darat, penguasa kota Melaka. Jawatan kini Menteri Dalam Negeri.

  • PENGHULU BENDAHARI

    Penghulu Bendahari menguruskan perbelanjaan negeri, Ketua Bendahari, ketua urus setia istana, Ketua Syahbandar dan pemungut cukai atau ufti. Jawatan kini Menteri Kewangan.LAKSAMANA

    Laksamana merupakan ketua angkatan laut, pengawal keselamatan Sultan, ketua utusan diraja ke seberang laut. Jawatan kini Ketua Turus Angkatan Tentera Laut

  • LAKSAMANA HANG TUAH

    Kedudukan hamba dalam lapisan masyarakat berubah selepas dianugerahkan jawatan Laksamana Melaka.Menjaga keselamatan perairan Kesultanan Melayu MelakaMenjadi utusan atau diplomatMenjadi pegawai peribadi SultanMenjadi keselamatan pedagang yang berdagang di MelakaMelaksanakan perintah Sultan pada bila-bila masa