unit 8 etika dan akta-akta komunikasi di malaysia

14
ETIKA DAN AKTA-AKTA KOMUNIKASI MEDIA CETAK MALAYSIA

Upload: jny-germayne-jimah

Post on 24-Jul-2015

103 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Nota Etika Komunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

ETIKA DAN AKTA-AKTA KOMUNIKASI MEDIA

CETAK MALAYSIA

Page 2: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

OBJEKTIF

Mengenalpasti etika dan akta Komunikasi Malaysia yang mengawal operasi Media Cetak.

Menghayati Undang-undang media di Malaysia.

Page 3: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

PENGENALAN

Sifat undang-undang dan akta adalah rigid atau pegun- tidak mudah anjak dan berubah kecuali setelah melalui proses perundangan yang kompleks.

Rasional sifat perundangan ini adalah untuk membentuk masyarakat yang berdisiplin dan mempunyai teras dalam keperibadian.

bidang perundangan umpama teras kepada pembentukan umranul madani.

Page 4: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

Undang–undang media Malaysia:

Semua etika dan akta media massa di Malaysia tertakluk di bawah Perkara 10 Bahagian Dua (Hak Asasi) Perlembagaan Pertubuhan yang menjamin kebebasan bercakap bagi warganegara di bawah fasal2 berkaitan (rujuk ms 146-148).

Semua akta menyediakan garis panduan yg mengawal etika dan perlakuan komunikasi di negara ini – tapi tidak semua boleh menerangkan aspek komunikasi secara jelas.

Perlu kepada pembentukan akta/perundangan yang berkait dengan komunikasi secara khusus.

Penguatkuasaan berhubung media massa di bawah bidang kuasa KDN

Page 5: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

AKTA MESIN CETAK 1948 (Pindaan 1974)

Akta ini telah digubal dan diluluskan dalam tahun bermulanya Darurat Pertama negara ini (1948-1960) .

Akta ini memberi bidang kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengawal pemilikan mesin cetak untuk tujuan penerbitan.

Menteri Dalam Negeri berkuasa:- memberi @ menolak permohonan untuk mendapatkan

lesen pemilikan mesin cetak @ pemilikan lesen penerbitan.

- untuk menarik balik apa jua lesen yang telah diberikan samada untuk sementara waktu @ memansuhkan lesen tersebut.

Page 6: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

Pemegang lesen yang tidak berpuas hati dengan penarikan lesen boleh merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan keputusan baginda adalah muktamad.

Pemberian lesen diberikan secara tahun demi tahun. Lesen ini perlu diperbaharui setiap tahun tanpa

sebarang kekecualian. Langkah ini bertujuan mengawal kandungan penerbitan

sesuatu bahan bercetak agar sentiasa mengikut garis panduan dan etika yang ditetapkan oleh negara.

Penerbitan yang sah akan mempunyai “nombor Kementerian Dalam Negeri” yang dicetak pada muka hadapan penerbitan @ mana-mana bahagian yang mudah untuk dirujuk.

Page 7: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

Syarat Pemberian Lesen

1. Semua modal, saham, aset atau apa-apa kepentingannya mengenai mesin cetak atau penerbitan itu hendaklah dimiliki, dipegang dan dikawal oleh warganegara.

2. Sesebuah penerbitan hendaklah mencetak nama penerbit atau pencetaknya dalam setiap keluaran penerbitan itu.

3. Pemegang lesen hendaklah memberitahu pihak Kementerian Dalam Negeri tentang apa-apa perubahan mengenai nama pengarang, pencetak atau pemilik syarikat penerbitan.

4. Sebahagian besar daripada bahan yang diterbitkan mestilah berkaitan dengan hal ehwal Malaysia.

5. Syarikat penerbitan itu tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan negara dan akhlak.

Page 8: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

AKTA KAWALAN KEMASUKAN BAHAN-BAHAN BERCETAK 1958 (Pindaan 1972)

Memberi bidang kuasa kepada Menteri Dalam Negeri:- Untuk mengawal bahan yang dianggap boleh mengancam

keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak.- Menyekat kemasukan sebarang bahan luar yang disifatkan

berbahaya kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dll.

Tujuan pentakrifan akta ini, bahan bercetak diterjemahkan sebagai kesemua bahan bertulis atau bahan yang bercetak (samada boleh dilihat atau tidak), apa juga bentuk rakaman suara manusia atau muzik (pita atau filem) dan apa jua bahan yang boleh melambangkan perkataan atau idea.

Page 9: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

AKTA KESELAMATANN DALAM NEGERI 1960

Dikenali sebagai ISA (Internal Security Act, 1960). Memberi bidang kuasa kepada Menteri Dalam Negeri:

- Untuk menyekat dan menghalang percetakan, penerbitan, jualan, edaran dan pemilikan apa-apa dokumen atau penerbitan yang mengandungi bahan yang mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam, atau yang menggalakkan keganasan, pemberontakan terhadap undang-undang dan peraturan undang-undang atau yang menggalakkan permusuhan kaum.

- Diberikan hak untuk menahan seseorang individu atau kumpulan yang dianggap berbahaya kepada keselamatan negara selama 60 hari tanpa sebarang dakwaan ke atasnya.

Tindakan akta ini terhadap mereka yang didakwa mencabul akta ini tidak mengikut proses undang-undang biasa.

Page 10: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

AKTA HASUTAN 1948 (Pindaan 1971)

Akta ini melarang seseorang daripada mengucap atau menerbitkan kata-kata yang boleh:1. Menghina, menyebabkan rasa benci, atau menggalakkan rasa

tidak puas hati terhadap mana-mana raja, Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri.

2. Mendorong orang daripada mencuba meminda dan mengubah undang-undang kecuali menurut proses undang-undang.

3. Menyebabkan penghinaan, rasa benci atau menggalakkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran keadilan.

4. Menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat mana-mana raja negeri di Malaysia.

5. Menggalakkan rasa benci dan permusuhan antara kaum.6. Mempersoalkan apa-apa hak @ keistimewaan yang dilindungi

oleh Bahagian Tiga Perlembagaan, Perkara 152, 153 dan 181.

Page 11: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

AKTA RAHSIA-RAHSIA RASMI 1972

Akta ini melarang atau menegah seseorang individu atau kumpulan daripada mengutip, mengumpul, merakam, menerbit atau memberi maklumat rahsia yang rasmi, artikel, dokumen yang bertujuan untuk digunakan atau yang mungkin dipergunakan oleh mesuh negara.

Kes pertama yang dibicarakan ialah Kes Kerajaan Malaysia lawan Encik Lim Kit Siang pada 1978.

Dalam perbicaraan tersebut mahkamah telah mendapati beliau bersalah atas dakwaan mencoborkan rahsia negara.

Page 12: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

ORDINAN FITNAH 1957

Ordinan ini melarang kesemua warganegara Malaysia daripada memfitnah antara satu sama lain.

Fitnah – satu pengucapan atau penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci, dikeji, dihina dan boleh menyebabkan beliau dipulaukan atau menjatuhkan maruahnya di kalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras dan mungkin membawa kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya.

Undang-undang ini meliputi kesemua aspek komunikasi massa sama ada yang bercetak atau yang disiarkan melalui media penyiaran.

Page 13: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

Ordinan ini memberi pelindungan khusus kepada maruah kaum wanita dengan menyatakan:

‘ perkataan yang diucapkan atau diterbitkan yang menyatakan kesundalan atau penzinaan terhadap mana-mana wanita atau gadis tidak memerlukan pembuktian kerosakan atau kerugian khas untuk

menjadikannya fitnah’.

Rasionalnya seorang wanita mempunyai maruah dan adab sopan yang tinggi.

Sebarang tuduhan yang kecil sudah cukup untuk mendera perasaan dan mencemar keperibadian mereka.

Page 14: Unit 8 Etika Dan Akta-Akta Komunikasi Di Malaysia

KESIMPULAN

Kesemua Etika dan Akta-akta Komunikasi di Malaysia dibentuk bagi mengawal operasi komunikasi agar berada pada landas yang betul dan mempunyai etikanya yang tersendiri.

Pindaan yang dilakukan terhadap akta dan undang-undang bertujuan mempastikan ruang pengawasannya mencakupi bidang-bidang baru dan mempastikan undang-undang relevan sepanjang zaman.