seminar undang-undang untuk jururawat...

29
SEMINAR UNDANG-UNDANG UNTUK JURURAWAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA “VIRAL DI MEDIA SOSIAL – KUASA, KESAN DAN KAWALAN” Oleh: Mohd Fadlee Bin Mamat Peguam Kanan Persekutuan Penasihat Undang-Undang Kementerian Kesihatan Malaysia 7 November 2019

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

75 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMINAR UNDANG-UNDANG UNTUK JURURAWAT KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA

“VIRAL DI MEDIA SOSIAL – KUASA, KESAN DAN KAWALAN”

Oleh:

Mohd Fadlee Bin Mamat

Peguam Kanan Persekutuan Penasihat Undang-Undang

Kementerian Kesihatan Malaysia 7 November 2019

Media Sosial

Media sosial merupakan medium untuk berkomunikasi secara maya atau atas talian melalui rangkaian atau penyedia seperti Facebook, Laman Web, Twitter, Whatapps, Instagram dan banyak lagi.

Doktor kongsi ilmu, tapi dituduh selebriti ‘menggelupur’ cari publisiti murahan Rabu, 29 Ogos 2018 9:47 PM Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI image: https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/08/29/20/57/surgery1822458960720s.ashx?w=830&h=553&crop=1

Lelaki didakwa buat komen jelik

Doktor pelatih tidak mengaku salah hantar komen babitkan Yang di-Pertuan Agong Suhana Md. Yusop

16 Februari 2018 2:57 AM

• Terdapat banyak undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan media sosial antaranya-

• Akta Rahsia Rasmi 1972

• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

• Kanun Keseksaan

• Akta Hasutan 1948

• Akta Fitnah 1957

SEKIRANYA SESEORANG INDIVIDU ITU SEORANG PEGAWAI AWAM MAKA ADA LAGI PERATURAN TAMBAHAN SEPERTI:

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk “Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam”.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk “Penggunaan Media Sosial Di Sektor Awam”.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam”.

• Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 10/2016: Garis Panduan Penggunaan Media Sosial Dalam Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Di Fasiliti KKM

• Ia secara amnya memberikan panduan dalam menggunakan media sosial dalam komunikasi rawatan atau perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kerahsiaan maklumat pesakit

• Penerapan etika Penggunaan Media Sosial dalam Sektor Awam oleh MAMPU

Secara amnya ia menggariskan panduan yang harus dipatuhi bagi sesuatu agensi yang menyediakan laman media sosial rasminya sendiri

Ia juga menyatakan tentang peringatan terhadap pegawai awam dari segi pemantauan penggunaan, penapisan kandungan media sosial yang tiada kaitan dengan tugasan rasmi

Panduan umum penggunaan media sosial serta larangan-larangan tertentu serta keperluan mematuhi undang-undang

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Membuat pernyataan awam

19. (1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain- (a) membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan

dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu;

(b) memberi apa-apa maklumat faktual berhubungan

dengan jabatannya; atau (c) memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa

insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya, .

dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.

(2) seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan, atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan, atau mengeliling apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.

Siapa “pegawai awam”

“public officer” means a person lawfully holding, acting in or exercising the functions of a public office

“public office” means an office in any of the public services;

“public services” means the public services mentioned in Article 132(1) of the Federal Constitution;

Rujukan: Seskyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]

Public services

132. (1) For the purposes of this Constitution, the public services are—

(a) the armed forces;

(b) the judicial and legal service;

(c) the general public service of the Federation;

(d) the police force;

(e) (Repealed);

(f) the joint public services mentioned in Article 133;

(g) the public service of each State; and

(h) the education service.

HAK UNTUK BERSUARA TIDAKLAH MUTLAK KERANA IA BOLEH DIKAWAL OLEH UNDANG-UNDANG

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Freedom of speech, assembly and association

10. (1) Subject to Clauses (2), (3) and (4)—

(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;

………

(2) Parliament may by law impose—

(a) on the rights conferred by paragraph (a) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, friendly relations with other countries, public order or morality and restrictions designed to protect the privileges of Parliament or of any Legislative Assembly or to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence;

(3)…

(4) In imposing restrictions in the interest of the security of the Federation or any part thereof or public order under Clause (2)(a), Parliament may pass law prohibiting the questioning of any matter, right, status, position, privilege, sovereignty or prerogative established or protected by the provisions of Part III, Article 152, 153 or 181 otherwise than in relation to the implementation thereof as may be specified in such law.

Hak-hak seseorang individu Jika pernyataan dibuat oleh seseorang

bergantung kepada perkataan yang digunakan maka ia boleh membawa kepada suatu tindakan jenayah atau tindakan sivil

Pernyataan-pernyataan tersebut boleh dalam pelbagai bentuk seperti menghina, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi atau mengeluarkan perkataan yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain atau perkataan lucah, sumbang, palsu, mengugut, palsu dan sebagainya

KES JENAYAH

Apa-apa tindakan jenayah di bawah Akta atau undang-undang yang bersesuaian yang mana pihak pelaku boleh didakwa di Mahkamah jenayah dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara jika didapati bersalah oleh Mahkamah

CONTOH KES JENAYAH SEKSYEN 499 KANUN KESEKSAAN

Defamation 499. Whoever, by words either spoken or intended to be read or by signs, or by visible representations, makes or publishes any imputation concerning any person, intending to harm, or knowing or having reason to believe that such imputation will harm the reputation of such person, is said, except in the cases hereinafter excepted, to defame that person. ….. Punishment for defamation 500. Whoever defames another shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.

Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

233. (1) Seseorang yang— (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar— (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau (b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

KES SIVIL

Tindakan guaman di Mahkamah sivil oleh penuntut (Plaintif) terhadap seorang individu lain (Defendan) disebabkan perlanggaran Defendan terhadap apa-apa hak Plaintif.

Jika Plaintif berjaya, penghakiman akan diperoleh terhadap Defendan seperti mendapat ganti rugi dan sebagainya.

TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH MANGSA

1. Jangan delete atau pinda pernyataan yang dihantar itu atau delete history. Ia untuk memastikan mesej masih tersimpan dan boleh diretrieve apabila diperlukan.

2. Screenshot, cetak atau save pernyataan itu atau ambil gambar pernyataan tersebut termasuk apa-apa profil, no telefon (jika ada) atau alamat rumah atau bangunan serta tanda like dan komen-komen followers yang menunjukkan tanda marah, benci, perli dan sebagainya untuk menunjukkan ramai yang telah membaca.

3. Buat laporan polis dengan segera.

Pastikan ada back up bukti yang dikumpul dan bawa bukti tersebut serta handphone atau peranti (yang boleh dibawa) yang menunjukkan penghantaran mesej itu dan apa-apa cetakan, screenshot bersekali kepada pegawai polis.

• 4. Untuk tuntutan sivil atas fitnah misalnya boleh berjumpa dengan mana-mana peguam untuk nasihat atau memulakan tuntutan.

TERIMA KASIH