unit 7 potensi dan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
DESCRIPTION
POTENSITRANSCRIPT
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 1/10
FOLIO BAHAGIAN A BAHAGIAN B
BAHAGIAN B BAHAGIAN B LAMPIRAN
Pengenalan
Sebalik Blog
Dedikasi
Penghargaan
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Unit 5
Unit 6
Unit 7
Unit 8
Unit 9
Unit 10
Unit 11
Unit 12
Unit 13
Unit 14
Unit 15
Unit 16 Ulangkji Bahagian A
Ulangkji Bahagian B
Ringkasan Nota
UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKABUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Objektif :Dalam unit ini anda akan dapat :
Memahami potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Membandingkan dan membezakan pentingnya pelbagai bentuk muka
bumi terhadap kegiatan manusia antara Malaysia dan negara lain Memahami halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
Negara kita mempunyai kawasan tanah tinggi yang nyaman suasananya, tanahpamah yang subur, pantai yang indah dan sungaisungai yang banyakmembekalkan air sepanjang tahun. Bentukbentuk muka bumi ini mempunyaipotensi yang baik serta dapat dimajukan untuk mendatangkan manfaat kepadahidup kita. Namun, ada juga yang menjadi halangan terhadap kegiatan kita. Kitaakan mengkaji semua potensi dan halangan itu dalam unit ini.
Home
___________
Copyright © 2015/___________
Template by : Urangkurai / powered by
:blogger
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 2/10
Foto 7.1 Keadaan di Tanah Tinggi Cameron, bergunungganang namun sesuaidijalankan pelbagai aktiviti manusia
7.1 Potensi Kawasan Tanah Tinggi
Foto 7.2 Empangan Temengor yang dibina untuk menjana kuasa hidroelektrik
Sungai yang mengalir deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untukmenjana kuasa hidroelektrk. Di sepanjang bahagian hulu Sungai Perak dibinaempangan bagi tujuan ini. Contohnya, Empangan Chenderoh, EmpanganKenering, Empangan Bersia dan Empangan Temengor.
Sungaisungai lain turut mempunyai potensi untuk penjanaan kuasaelektrik. Empangan Murum dibina di Sungai Rajang (30 kilometer dari tapakEmpangan Bakun). Pembinaan tiga buah empangan di Tekai, Telom dan Marandi sepanjang Sungai Pahang akan menambahkan bekalan elektrik.
Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan Kundasangg di Sabah adalahcontoh tanah tinggi yang dimajukan untuk kegiatan pertanian. Teh dantanaman hawa sederhana sesuai ditanam di sini. Di kawasan tanah tinggi lain,yang mempunyai suhu dan keadaan yang sama seperti di keduadua tempat iniberpotensi juga untuk dimajukan. Kawasan ini mungkin perlu dibuat teres dan
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 3/10
diratakan terlebih dahulu untuk dijadikan kawasan pertanian.
Selain potensi pertanian, kawasan tanah tinggi mempunyai potensi untukdimajukan sebagai pusat rekreasi dan ekopelancongan. Tanah TinggiCameron, Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting adalah beberapa contoh pusatpelancongan yang terkenal di negara kita. Pembinaan taman rekreasi alaPerancis di Bukit Tinggi, Pahang pada tahun 2001 menunjukkan bahawa masihada kawasan tanah tinggi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasanpusat rekreasi dan pelancongan.
Gua batu kapur di kawasan tanah tinggi mempunyai ciri yang istimewa,misalnya bentuk stalaktit dan stalagmitnya yang unik. Gua Niah dan sistem guadi Gunung Mulu, Sarawak, Gua Gomantang di Sabah dan Batu Caves adalah guayang sering dikunjungi pelancong. Gua batu kapur yang lain, khususnya di GuaMusang, Kelantan mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusatpelancongan.
Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutanhujan tropika. Hutan hujan tropika berpotensi dijadikan kawasan pembalakankayu yang bernilai tinggi seperti cengal, meranti, keruing dan merbau.
Foto 7.3 Tempat peranginan di Bukit Tinggi, Pahang.
7.2 Potensi kawasan Tanah Pamah
Dalam unit 6, kita mengetahui kepentingan kawasan tanah pamah di negara kia.Negara kita mempunyai kawasan tanah pamah yang luas dan potensi untukdimajukan sebagai kawasan petempataan, perindustrian, jaringanpengangkutan dan pertanian.
Penduduk Malaysia semakin bertambah. Lebih banyak kawasan tanahpamah yang perlu dimajukan untuk manampung pertambahan penduduk ini.Putrajaya dan Cyberjaya adalah dua contoh tanah pamah yang baru dimajukan.Kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai puatpentadbiran negara dan petempatan yang baru. Jaringan pengangkutan sertarangkaian jalan raya yang dibina di kawasan tersebut akan menjadikan kawasandi sekitarnya turut berpotensi untuk dimajukan. Contohnya pembinaan kawasanperindustrian baru.
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 4/10
Kawasan dataran dan delta sungai yang subur dengan tanih aluviumberpotensi untuk dijadikan kawasan pertanian. Dataran Kedah merupakankawasan penanaman padi. Dataran dan tanah beralun yang bersaliran baiksesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Contohnya getah ditanam diSelangor, Johor, sekitar Sri Aman dan Sandakan. Kelapa sawit ditanam sekitarLabis, Kluang dan Segi Tiga Jengka.
Kawasan bekas lombong juga mempunyai potensi untuk dijadikankawasan pertanian dan penternakan ikan air tawar. Contohnya kawasan bekaslombong di sekitar Ipoh yang ditebus guna sebagai kawasan kebun sayur, buahbuahan dan dijadikan kawasan ternakan ikan.
Foto 7.4 Penanaman padi di Dataran Kedah
7.3 Potensi Kawasan Pinggir Laut
Kawasan pinggir laut Malaysia mempunyai pantai berpasir yang indah.Contohnya, Pantai Cahaya Bulan, Desaru dan Cherating. Ciri yang menarik inimenjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama kegiatan rekreasi danpelancongan. Hotel bertaraf antarabangsa telah dibina di kawasan ini untukmenggalakkan industri pelancongan.
Kawasan di sepanjang pinggir pantai mempunyai potensi untuk dibinapelabuhan. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang yang menghadap keSelat Melaka adalah antara pelabuhan bertaraf antarabangsa di Malaysia.Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuching penting juga untuk kegiatanperdagangan antarabangsa.
Perikanan menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk disepanjang pinggir pantai dan di pulaupulau. Laut menjadi sumber bekalan ikanyang utama. Oleh itu, banyak pelabuhan perikanan yang dibina di sepanjangpinggir laut Malaysia. Contohnya ialah Tanjung Dawai, Kuala Besut, Chendering,Pulau Ketam, Pulau Pangkor, Mersing, Sedili, Bintulu dan Sandakan.
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 5/10
Foto 7.5 Pantai berpasir
Foto 7.6 Pelabuhan
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 6/10
Foto 7.7 Perikanan
7.4 Potensi Saliran
Malaysia mempunyai sistem saliran yang luas. Di Semenanjung Malaysiaterdapat lebih 100 batang sungai. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 50 batangsungai. Sungai di Malaysia membekalkan 97% keperluan air negara untukkegunaan domestik, pertanian, dan perindustrian. Kirakira 3% keperluan airdiperoleh daripada air bawah tanah.
Malaysia mempunyai 63 empangan yang boleh menakung air sebanyak25 bilion mᶟ (meter padu). Pada tahun 2000 sebanyak 15.2 bilion mᶟ airdiperlukan untuk pengairan, kegunaan domestik dan perindustrian. Sungaisungaiitu dijangka dapat memenuhi permintaan air yang dianggarkan akan mencapai 20bilion mᶟ pada tahun 2020. Di Malaysia masih banyak terdapat sungai yang dapatdiempang untuk membekalkan air dan kuasa elektrik
Jadual 7.1 Permintaan penggunaan air di Malaysia (billion mᶟ)
Sungai di Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan sebagai pusatekopelancongan. Contohnya ialah aktiviti membawa pelancongan menyusursungai dengan bot dari Kuala Jengai ke Kuala Sungai Ceralak di Terengganu.Sungaisungai di negeri lain dapat juga dimajukan untuk kegiatan ekopelancongan seperti ini.
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 7/10
Kemudahan sukan air dapat menarik pelancong. Jeram Pelagus disepanjang Sungai Rajang mempunyai potensi yang baik untuk dimajukansebagai pusat rekreasi dan ekopelancongan. Selain itu, sungai mempunyaipotensi dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, kerang dan udang.Contohnya di Tanjung Dawai, Kedah.
7.6 Bentuk Muka Bumi sebagai Halangan terhadap Kegiatan Manusia
Ada kalanya, kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepadakegiatan manusia. Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untukdibina petempatan. Sungai yang beraliran deras pula sukar untukpengangkutan.
Kebanyakan petempatan di Malaysia dibina di kawasan tanah yangrendah atau yang telah diratakan. Bagi pembinaan petempatan di kawasan tanahtinggi dan di kawasan kaki bukit, kerjakerja pembinaan di sini memang sukardijalankan. Contohnya, kawasan Bukit Fraser(1305 m) dan Tanah TinggiCameron (1711 m) adalah kawasan tanah tinggi. Terdapat ceruncerunnya yangterlalau curam untuk pembangunan. Penebangan pokok di cerun bukit bagipembinaan pula akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut, terutamanyaketika musim hujan.
Jika pembinaan perlu dijalankan di kawasan cerun curam, langkahpertama yang perlu dilakukan ialah merendahkan dan meratakan kawasantersebut. Ini akan memudahkan pembinaan. Cerun bukit perlu dipotong menjaditeres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan. Dengan ini, cerun yangcuram dan sukar direndahkan dapat dijadikan tapak untuk pembinaan rumah.Selain itu, asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh.Lihat Foto 7.15, rumah ini dibina di atas tiang konkrit yang kukuh.
Kebanyakan kondominium dibina di atas cerun bukit. Contohnyakondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Lihat Foto 7.16. Kajianyang teliti dan teknologi moden digunakan untuk memastikan bangunanselamat diduduki. Walaupun kos pembinaan rumah di atas cerun bukit sangattinggi, namun masih terdapat orang yang suka membina rumah di atas bukitatau berhampiran dengan cerun curam. Mungkin mereka suka akanpemandangan yang indah yang dapat dilihat dari aras ini.
Sungai yang beraliran deras menyukarkan perjalanan dan berbahayauntuk dijadikan sistem pengangkutan. Hanya kano, bot kecil dan rakit yangdapat digunakan di jeram sungai. Kemahiran dan pengalaman diperlukan untukmengayuh bit yang kecil melalui bahagian jeram. Begitulah keadaan yangdihadapi di petempatan di Long Panai, Long Terawan dan Long Pala yangterletak di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Melinau. Sungaisungai ini adalahcawangan Sungai Baram. Untuk sampai ke pedalaman ini melalui sungaimemakan masa beberapa hari. Sebahagian sungaisungai ini mempunyai jeramyang beraliran deras dan berbahaya.
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 8/10
Foto 7.15 Rumah di tepi cerun curam
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 9/10
Foto 7.16 Kondominium di Bukit Antarabangsa
Rumusan
PERBANDINGAN KEPENTINGAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMIMALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR
10/27/2015 UNIT 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA | ___________
http://geogtingsatu.blogspot.my/2012/12/unit7potensidanhalanganbentukmuka.html 10/10
CATEGORIES:
KEMBALI KE ATAS
Posted by geografi satu at 10:19 AM
Show 0 Comments Show widget prev next
17
Share