unit 7 organisasi dan keselamatan bengkel

25
Pengurusan dan Keselamatan Bengkel 1 UNIT 7 AMALAN, AKTA DAN PERUNDINGAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar- pelajar akan dapat: 1. Menerangkan berbagai akta keselamatan. 2. Menyenaraikan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 3. Menjelaskan objektif penubuhan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 4. Menyatakan dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). 5. Menghuraikan peranan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). 6. Menceritakan penubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 7. Menyenaraikan peraturan am memasuki bengkel atau makmal. 8. Mentakrifkan punca-punca kemalangan. 9. Menjelaskan tentang Teori Penyebab Domino. 10. Menyatakan peraturan am keselamatan. PENGENALAN Mengurus bengkel bukanlah satu tugas yang boleh kita ambil lewa kerana ia melibatkan penggunaan mesin, peralatan dan bahan yang ada kemungkinan berisiko tinggi dan mahal harganya. Setiap individu yang terlibat, perlu berpengetahuan tentang aktiviti-aktiviti pengurusannya seperti pembelian, penyimpanan, penggunaan dan penyenggaraan. Selain daripada menjadikan carta alir, prosedur kerja dan manual penggunaan mesin dan peralatan, kita perlu mempunyai maklumat-maklumat rasmi tentang amalan pengurusan yang baik. Peraturan, akta dan perundingan perlu ketahui juga. Ini akan memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya untuk memandang serius kepada pengurusan bengkel dan makmal.

Upload: pak-sam

Post on 04-Aug-2015

465 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

1

UNIT 7

AMALAN, AKTA DAN PERUNDINGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar- pelajar akan dapat:

1. Menerangkan berbagai akta keselamatan.

2. Menyenaraikan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

3. Menjelaskan objektif penubuhan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(JKKP).

4. Menyatakan dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

5. Menghuraikan peranan National Institute of Occupational Safety and Health

(NIOSH).

6. Menceritakan penubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

7. Menyenaraikan peraturan am memasuki bengkel atau makmal.

8. Mentakrifkan punca-punca kemalangan.

9. Menjelaskan tentang Teori Penyebab Domino.

10. Menyatakan peraturan am keselamatan.

PENGENALAN

Mengurus bengkel bukanlah satu tugas yang boleh kita ambil lewa kerana ia melibatkan penggunaan

mesin, peralatan dan bahan yang ada kemungkinan berisiko tinggi dan mahal harganya. Setiap

individu yang terlibat, perlu berpengetahuan tentang aktiviti-aktiviti pengurusannya seperti pembelian,

penyimpanan, penggunaan dan penyenggaraan. Selain daripada menjadikan carta alir, prosedur kerja

dan manual penggunaan mesin dan peralatan, kita perlu mempunyai maklumat-maklumat rasmi

tentang amalan pengurusan yang baik. Peraturan, akta dan perundingan perlu ketahui juga. Ini akan

memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya untuk memandang serius kepada pengurusan

bengkel dan makmal.

Page 2: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

2

AKTA DAN AGENSI BERKAITAN

olehkah anda menamakan beberapa akta atau agensi yang berkaitan dengan pengurusan dan

keselamatan bengkel dan makmal?

Akta Kilang dan Jentera 1967

• Dipantau oleh Kementerian Sumber Manusia

• Ia berfokuskan kepada pengawalan kilang-kilang dan jentera berhubung dengan urusan

pendaftaran, pemeriksaan jentera bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan

pekerja

• Ia juga memberi fokus kepada keselamatan penggunaan dan kesihatan serta kebajikan para

pekerja bekerja di kilang yang didaftarkan juga yang menggunakan mesin atau peralatan

berjentera

• Kandungan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 ialah:

- Penyataan pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk mengguna jentera dan beroleh

sijil kelayakan mengguna jentera tersebut

- Kilang mesti membuat pemberitahuan mengenai kemalangan

- Kilang mesti membuat pemberitahuan mengenai kejadian berbahaya dan penyakit

yang timbul dari menjalankan pekerjaan tersebut

- Kilang mesti memaparkan notis penggunaan kilang, pendaftaran dan penggunaan

jentera

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(Occupational Safety and Health Act 1994)

Tahukah anda bagaimana bermulanya penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau

dalam bahasa Inggeris (Occupational Safety and Health Act 1994) yang lebih dikenali denga singkatan

OSHA? Akta ini diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia

berikutan peristiwa letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada tahun

1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang

terkorban di dalam insiden tersebut. Rentetan dari peristiwa itu, akta ini ditubuhkan untuk menjaga

keselamatan dan kesihatan pekerja.

B

Page 3: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

3

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan

kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan satu aspek penting di dalam sesebuah

organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan

Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan

para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan

dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Pada tahun 1994, setelah penubuhan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Kilang dan

Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan

Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

Akta ini menekankan pemupukan dan penggalakan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan

pekerja serta mewujudkan organisasi-organisasi yang sentiasa mengambil langkah keselamatan dan

kesihatan yang berkesan. Akta ini turut mendefinasikan kewajipan majikan, pengilang dan pekerja.

Maka penubuhan akta ini bertujuan untuk:

1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja

2. Melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang -orang yang sedang bekerja)

3. Mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi

orang-orang yang sedang bekerja

4. Mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata

amalan industri di samping peruntukan akta

Falsafah dan Konsep Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Falsafah dan konsep akta ini ialah ia bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja) dan mereka yang

mewujudkan bahaya tersebut (majikan). Konsep dalam memastikan keselamatan dan kesihatan perlu

ada adalah setakat yang praktik atau munasabah.

7.1 ‘Keselamatan dan kesihatan pekerja yang praktik dan munasabah.’

Berikan pandangan anda tentang pengertian dari pernyataan di atas.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Page 4: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

4

Peraturan-Peraturan di bawah OSHA adalah seperti yang berikut:

Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan terhadap Penggunaan Bahan)

1999

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard

Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai

Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004

Rumusan penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ialah:

Mempromosikan persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak fisiologi dan

psikologi pekerja

Mewujudkan satu kaedah ke arah sistem perundangan berdasarkan peraturan dan tata amalan

industri

7.2 Sekiranya anda seorang pekerja khususnya di organisasi yang menggunakan mesin, peralatan

dan bahan yang berisiko, apakah kewajipan-kewajipan am yang perlu anda ketahui dan amalkan di

tempat kerja anda?

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

• JKKP merupakan agensi kerajaan utama yang berfungsi memastikan keselamatan, kesihatan

dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja.

• Untuk mencapai tiga fungsi yang dinyatakan tersebut, JKKP telah melaksanakan tiga aktiviti

penting iaitu:

i. Perumusan piawaian - menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan

ii. Piawaian - memastikan kod amalan dan perundangan dipatuhi

iii. Penguatkuasaan – mengadakan ceramah, kempen dan pameran keselamatan dan kesihatan

yang berterusan

Page 5: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

5

Objektif JKKP

• Menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa berdasarkan undang-undang, tata-amalan dan

garis panduan keselamatan,kesihatan dan kebajikan pekerjaan sebagai asas untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

• Menjalankan kegiatan penguatkuasaan dan galakan supaya majikan, pereka bentuk,

pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya yang selamat dan sihat

serta mematuhi undang-undang,tata-amalan dan garis panduan yang sedia ada.

• Membantu dan memberikan khidmat kepakaran sebagai galakan, memberi latihan seperti

mengadakan bengkel, kursus dan seminar, menyebarkan maklumat dan penyelidikan untuk

agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf keselamatan kesihatan

dan kebajikan pekerja.

Dasar JKKP

• Memastikan organisasi menyediakan dan menyelenggara tempat kerja yang selamat dan sihat.

• Memastikan semua kakitangan dan pekerja organisasi diberikan maklumat,arahan dan

penyeliaan mengenai cara menjalankan tugas dengan selamat tanpa risiko.

• Menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil

langkah untuk memastikan kejadian tidak berulang.

• Mematuhi kehendak perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan dipatuhi seperti dalam

akta

• Menyediakan kemudahan kebajikan bagi semua pekerja seperti ruang rehat, tempat makan,

tandas dan ruang solat

• Mengkaji semula dasar apabila perlu

engan merujuk kepada laman sesawang

http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/jkkp/akta1994.pdf , nyatakan tafsiran-tafsiran yang

berikut:

1. Premis

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

D

Page 6: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

6

2. Pekerja

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3. Penghuni

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

4. Tempat kerja

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

(NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATONAL SAFETY AND HEALTH)

Pernahkah anda melihat logo ini? Ia adalah logo Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

(National Institute of Occupatonal Safety and Health) atau lebih dikenali dengan singkatan NIOSH.

Fakta NIOSH:

• Ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pada pada 24 Jun 1992 dibawah Akta Syarikat 1965

• Lebih dikenali dengan singkatan NIOSH

• Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang ahlinya terdiri dari pihak kerajaan dan swasta

• Visi ialah mewujudkan persekitaran pekerjaan yang sihat dan selamat di Malaysia

• Misi ialah menjadi pusat kecemerlangan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di

Malaysia

• Seperti yang termaktub di dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat, matlamat NIOSH

adalah untuk menyumbang ke arah usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan

pekerjaan melalui pembangunan kurikulum dan program latihan untuk pekerja, majikan dan

Page 7: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

7

mereka yang bertanggungjawab secara langsung atau sebaliknya terhadap keselamatan dan

kesihatan pekerjaan.

• Fungsi NIOSH adalah untuk memberi latihan, khidmat runding dan nasihat, menyebar

maklumat serta menjalankan penyelidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

Peranan NIOSH

Memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat dan sihat untuk semua pekerja

Menerima dan menilai hasil daripada setiap operasi dengan mengambil keperluan

perundangan, piawaian kebangsaan dan antarabangsa serta mematuhi kod amalan yang

ditetapkan

Menentukan sumber dan latihan yang mencukupi bagi sesuatu tempoh yang sewajarnya

Pengurusan keselamatan dan kesihatan akan terus diberi perhatian untuk tujuan penyemakan

serta memastikan pembaikan berterusan

Memberi pendekatan secara humanistik dalam mempromosikan budaya kerja yang selamat

dan sihat di mana semua majikan dan pekerja mempunyai tanggungjawab yang sama

ujuk laman sesawang beralamat http://www.niosh.com.my/en/ untuk meningkatkan

pengetahuan anda tentang NIOSH.

Bagaimana pula dengan logo ini? Pernahkah anda melihatnya?

R

Page 8: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

8

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian

Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir

skim-skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Ia menggunakan logo

di atas yang melambangkan pertubuhannya

Objektif utamanya adalah memastikan dan menjamin pembayaran faedah yang secukupnya dalam

masa yang tepat dengan keadilan sosial serta mempertingkatkan taraf keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip

caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang

ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah

pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa

keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan serta kakitangannya beriltizam

untuk membentuk dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke arah

membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan nyawa.

Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan

Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri,

iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

Organisasi ini menjamin kejayaan dasarnya dengan;

� Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan

kemalangan.

� Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan

keselamatannya serta orang lain

� Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, trend serta teknik.

� Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan

membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.

� Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat

supaya terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah mengikut

peraturan-peraturan kerajaan.

� Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta

menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan

kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

Page 9: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

9

Misi PERKESO ialah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan

mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan

kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja. Manakala visi PERKESO yang

dilaung-laungkan ialah ‘Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang’.

Peranan PERKESO

� Melaksanakan prinsip Insurans Keselamatan Sosial

� Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan cekap pada kos yang paling ekonomik

dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia.

� Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari masa ke semasa berdasarkan kemampuan

kewangan dan sistem pemberian faedah

� Memelihara dan meneguhkan Kumpulan Wang PERKESO melalui pengurusan kewangan dan

pelaburan yang baik tanpa menaikkan kadar caruman

� Memupuk dan menggalakan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja dan

majikan

Strategi PERKESO

1. Mengutamakan kepentingan negara dan organisasi setiap masa

2. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat, cepat dan ekonomik kepada

pelanggannya

3. Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO di samping penggunaan

teknologi moden bagi meningkatkan perkhidmatannya

4. Memelihara dan menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya

lebih teguh

5. Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan

6. Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial

Faedah skim PERKESO untuk ahli-ahlinya:

• faedah perubatan

• faedah hilang upaya sementara

• faedah hilang upaya kekal

• elaun layanan sentiasa

• faedah orang tanggungan (pencen penakat)

• faedah pengurusan mayat

• faedah pemulihan

• faedah pendidikan

Page 10: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

10

Kita telah banyak membincangkan tentang langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan,

kesihatan dan kebajikan pekerja mahupun majikan. Undang-undang, peraturan, akta dan pertubuhan

yang berkaitan telah membantu dan mendokong kepada matlamat yang hendak dicapai. Apa kata,

seterusnya kita membincangkan peraturan-peraturan am yang perlu anda ketahui untuk anda amalkan

semasa menjalankan tanggungjawab anda di bengkel atau makmal.

PERATURAN AM

Sebelum anda memasuki bengkel atau makmal maka perlukan anda mengetahui tentang

keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal, guru perlu menerangkkan

peraturan keselamatan kepada murid-murid.

Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari masa ke semasa. Ini adalah kerana

anda dan murid-murid anda akan bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik yang berisiko.

Sewaktu bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak

diingini dari berlaku.

Punca-punca kemalangan yang berkaitan dengan mesin, alat-alat elektronik atau berjentera ini perlu

dikenalpasti supaya kita dapat mempraktikkan amalan kerja yang baik dan selamat sepanjang masa.

Pada masa yang sama, jangka hayat mesin dan peralatan bertambah panjang kerana digunakan

dengan cara yang betul dan dijaga dengan baik.

Page 11: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

11

Apakah punca-punca kemalangan yang dimaksudkan tadi? Kemalangan berpunca dari faktor:

1. kemanusiaan

2. fizikal

3. pentadbiran

Faktor Kemanusiaan

1. Kecuaian yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Kecuaian meliputi:

• kurang memberi tumpuan pada kerja

• mengelamun atau berkhayal ketika bekerja

• kurang pengetahuan kerja atau tugas yang dilakukan

• kurang pengetahuan dalam langkah-langkah keselamatan

• kurang atau tidak mendapat latihan yang berkaitan

• sikap ambil lewa tentang kepentingan keselamatan

• perlakuan yang tidak berdisiplin semasa ditempat kerja

- bergurau secara kasar

- gagal mematuhi peraturan

- suka mengambil jalan pintas semasa membuat kerja

2. Kesihatan yang menurun semasa membuat kerja

• sering mengulangi kemalangan atau kesilapan yang sama

• mudah diganggu atau terganggu

• kurang cermat

• kurang peka

• bebas

3. Mudah mengalami kemalangan disebabakan emosi atau tingkah laku dengan ketahanan atau

toleransi yang rendah kepada tingkah laku kemalangan

Faktor Fizikal

1. Persekitaran

• persekitaran yang tidak diselenggara dengan betul contohnya ruang kerja tidak

dibersihkan, berselerak dan lantai licin

• keadaan pencahayaan tempat kerja yang tidak cukup

• kebisingan yang terlalu tinggi yang memberi kesan terhadap psikologi, mengganggu

komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran

• sistem pengudaraan yang tidak kondusif, panas, pengap yang mengganggu

kecerdasan minda dan tumpuan individu

Page 12: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

12

• penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh membawa

akibat buruk kepada persekitaran

2. Peralatan dan mesin

• susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai

• prestasi mesin yang tidak sesuai lagi digunakan

• alatan dan mesin yang tidak diselenggara

• gangguan peralatan yang tajam seperti pahat dan gergaji

• penggunaan dan penyimpanan peralatan serta mesin yang tidak teratur

3. Sistem pendawaian elektrik

• pendawaian yang telah melebihi usia 40 tahun

• terdapat kebocoran dalam sistem pendawaian

• bebanan yang lebih (overload)

• pendawaian tambahan

• pemasangan wayar yang salah

Faktor Pentadbiran

1. Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan bersungguh-

sungguh

• tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas atau amali

• kawalan kelas yang lemah semasa amali

• tiada prosedur kerja yang ditetapkan

• tidak memberi latihan pencegahan keselamatan

- sikap guru dan pentadbir sekolah yang mengambil jalan mudah

dalam pengurusan bengkel

KONSEP UTAMA KESELAMATAN

Menurut Aaron et.all (1981) keselamatan adalah satu yang terhasil daripada perubahan tingkahlaku

manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan bahaya, dengan itu

mengurangkan kemalangan. Definisi ini melibatkan dua konsep utama yang berkaitan dengan

keselamatan iaitu:

Tingkah laku manusia:

1. Keselamatan dimana berkait rapat dengan tingkah laku manusia.

Setiap program , peralatan dan apa jua yang hendak dirancang perlu mengambil kira faktor

tingkah laku manusia untuk mengelakan kemalangan

2. Mencegah kemalangan

Page 13: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

13

Keselamatan perlu dikekalkan dengan mencegah kemalangan daripada berlaku. Pencegahan dijadikan

matalamat utama dalam keselamatan. Kemalangan berlaku dengan sebab tetapi langkah-langkah

perlu diambil untuk mengawal kemalangan yang dijadikan sebagai sebab dan itulah ia pencegahan

TEORI PENYEBAB DOMINO

Sebelum teori Heinrich ini diperkenalkan, banyak kemalangan terjadi dan disifatkan sebagai takdir.

Herbert W. Heinrich mengambil keputusan untuk menyelidik rekod-rekod kemalangan dan telah

menemui fakta bahawa hampir 90% daripada kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari kelakuan

kerja yang tidak selamat (unsafe act). Ini telah mendorong Heinrich untuk mengkaji dan seterusnya

memperkenalkan "Teori Domino Heinrich" yang menganjurkan kawalan ke atas kelakuan para pekerja.

Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa rentetan peristiwa

yang berhubungkait antara satu sama lain. Berdasarkan kepada lima faktor (domino), kemalangan

merupakan salah satu daripada rentetan-rentetan peristiwa tersebut. Peristiwa tersebut disusun secara

kronologi hinggalah kepada kejadian kemalangan.

Dengan merujuk kepada domino di atas, Heinrich telah mengatakan bahawa kecederaan seringkali

disebabkan oleh kemalangan (rujuk pada domino injury), dan kemalangan (domino accident) pula

disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat (domino unsafe act and condition).

Manakala perlakuan dan keadaan tidak selamat adalah berpunca daripada kelemahan manusia

(domino personal charateristics) yang disebabkan oleh latarbelakang manusia (domino background) itu

sendiri seperti sikap atau personaliti seperti panas baran, jahil, degil yang berpunca dari persekitaran

sosial atau keturunan pekerja yang mengalami kecederaan tersebut.

Page 14: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

14

Lima faktor Teori Penyebab Domino berdasarkan kemalangan dipermudahkan seperti di bawah:

• persekitaran sosial dan keturunan

• kesilapan manusia

• tindakan tidak selamat/bahaya mekanikal atau fizikal

• kemalangan

• kecederaan

Urutan Peristiwa Kemalangan teori ini boleh dijelaskan seperti berikut:

Peristiwa A

Peristiwa B

Peristiwa C

Kemalangan

Kesan

Menariknya teori Heinrich ini ialah hasil kajiannya telah merekod hampir 90% dari semua kemalangan

berpunca dari perlakuan tidak selamat pekerja. Contoh yang dimaksudkan seperti tidak berhati-hati,

menghidupkan mesin tanpa amaran, menanggalkan pengadang mesin dan lain-lain. Dalam mencegah

kemalangan, Heinrich berpendapat sasaran utama adalah domino yang berada di tengah iaitu domino

unsafe act and condition. Domino ini merupakan perlakuan tidak selamat individu atau dari tanda-tanda

hazard mekanikal atau fizikal.

Dengan membuang peringkat ketiga tersebut (perlakuan dan keadaan tidak selamat), kawalan ke atas

gelagat pekerja boleh menyelesaikan masalah keselamatan. Malangnya teori ini tidak mendapat

sambutan kerana ianya hanya mengecualikan pihak pengurusan daripada sebarang kesalahan dan

meletakkan beban sepenuhnya kepada mangsa, bukannya pada kelemahan sistem pengurusan.

7.3 Sila lawatan laman sesawang http://www.pkb.edu.my/elearning/E4008T8.pdf untuk

penerangan lanjut mengenai domino unsafe act and condition.

Page 15: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

15

da banyak lagi teori teori-teori penyebab kemalangan. Selain dari Teori Domino Heinrich, teori

‘multi-causation’ (teori faktor manusia), teori kemalangan/peristiwa, teori sistem, teori

epidemiologikal dan teori Bird dan Lofus. Bolehkan anda terangkan teori-teori ini?

PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Menurut Russel de Reamer 1985, keazaman dan keinginan untuk bekerja dalam keadaan selamat

boleh dicipta dalam minda semua pekerja.

Kemalangan boleh didefinasikan sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga atau dirancang berlaku

dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia boleh mengakibatkan

kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakan harta benda, kehilangan, pengelakan (near-

miss) atau mana-mana kombinasi dari kesan-kesan tersebut.

Insiden pula membawa maksud sebagai semua situasi yang tidak diingini atau pengelakan (near

misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan.

Maksud kecederaan adalah kecederaan kepada tubuh yang diperolehi disebabkan kemalangan contoh

terkoyak, melecet, lebam dan lain-lain. Kesemua kemalangan tidak semestinya menyebabkan

kecederaan.

OHSHAS 18002 dan ISO/IEC Guide 51: 1999 mendefinisi hazard sebagai apa sahaja secara sendirian

atau bersaling tindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Ia boleh menjadi

punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks

kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja

atau gabungannya.

Jenis-jenis hazard ialah:

• hazard fizikal

• hazard bahan kimia

• hazard mekanikal dan elektrikal

• hazard biologikal

• hazard psikologikal

A

Page 16: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

16

Antara punca kemalangan di tempat kerja seperti di bengkel atau makmal ialah:

• bahaya kebakaran

• mesin tidak selamat digunakan

• kebisingan

• keracunan

Hazard atau kemalangan di tempat kerja khususnya di bengkel dan makmal sekolah ialah:

Hazard Bahan Kimia

- Bahan kimia yang digunakan di industri-industri dan dalam konteks ini di sekolah adalah

merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi.

- Contoh: asid, alkali, gas, pelarut, siken, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat.

- Bahan kimia boleh memasuki tubuh manusia melalui tiga cara:

i. Pernafasan

ii. Penghadaman

iii. Melalui kulit

o Kesan bahan kimia bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat

tindakbalas sesuatu bahan kimia.

o Kesan serta-merta ialah pening kepala, muntah (akan pulih dalam tempoh 24 jam),

melecur, melepuh atau terbakar

Hazard Mekanikal

- Berpunca dari mesin dan peralatan yang di gunakan

- Menghasilkan kesan secara langsung atau tidak

Hazard Elektrikal

- Berpunca daripada kecuaian sistem pendawaian

- Kesannya: gangguan jantung, tidak sedarkan diri, kulit terbakar dan kejutan elektrik

Hazard Biologikal

- Di sebabkan oleh bakteria dan virus

- Contoh industri memproses kulit binatang, membuat baja, memproses kertas terpakai dan

menganalisis spesimen biologi

- Kesan jangkitan penyakit bergantung kepada tahap bahaya:

o sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit-penyakit itu

o laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

o ketahanan badan pekerja yang terdedah

Page 17: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

17

Hazard psikologikal

- Tekanan kerja; tekanan (stress), gangguan sekitar dan salahlaku

- Faktor ergonomik

o ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya seperti berdiri terlalu lama atau

duduk terlalu lama

o kesannya boleh mengakibatkan sakit kepala, sakit mental, sakit belakang, sakit lutut,

sakit kaki atau mengubah postur tubuh

ari pernyataan di atas, bincangkan langkah-langkah pencegahan yang diamalkan di bengkel

anda.

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL

Apakah tanggungjawab anda sebagai seorang guru bengkel?

Kebersihan dan keselamatan bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua guru penyelaras bengkel

atau makmal dan guru-guru yang menggunakan bengkel dan makmal. Selain dari menjaga

keselamatan harta benda di dalam bengkel, guru bertanggungjawab:

• melaksana objektif keselamatan

• merancang pengajaran keselamatan

• menyedia arahan keselamatan

• melaksana peraturan keselamatan

• menilai pengajaran keselamatan

Contoh Peraturan Am Keselamatan ialah:

1. Jangan Bergurau

2. Jangan berlari-lari di dalam bengkel

3. Jangan guna mesin atau alatan sebelum diajar penggunaannya

D

““““Pencegahan kemalangan tidak murah tetapi bertindak Pencegahan kemalangan tidak murah tetapi bertindak Pencegahan kemalangan tidak murah tetapi bertindak Pencegahan kemalangan tidak murah tetapi bertindak

menangani kemalangan yang sudah berlaku adalah lebih menangani kemalangan yang sudah berlaku adalah lebih menangani kemalangan yang sudah berlaku adalah lebih menangani kemalangan yang sudah berlaku adalah lebih

mahal dan secara keseluruhan tidak menguntungkan”mahal dan secara keseluruhan tidak menguntungkan”mahal dan secara keseluruhan tidak menguntungkan”mahal dan secara keseluruhan tidak menguntungkan”

Page 18: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

18

4. Bersihkan tumpahan minyak

5. Minta kebenaran sebelum menggunakan alatan atau mesin

6. Jangan bawa barangan yang melebihi kemampuan diri

7. Jangan berbual-bual atau bercakap semasa mengendalikan mesin

8. Jangan gunakan peralatan tumpul atau rosak.

9. Patuhi peraturan alat perlindungan diri (personal protective equipment atau singkatan PPE)

10. Gunakan common sense (akal yang waras) semasa bekerja di bengkel. Kewujudan bahaya

boleh dielakan. Bersikap serius terhadap keselamatan

Bagaimana anda boleh mengelakkan kemalangan pekerjaan?

1. Laporkan jika terdapat keadaan yang tidak selamat atau merbahaya

2. Pastikan alat-alat dan peralatan kerja dalam keadaan yang baik di bawah penyeliaan pegawai

diiktiraf

3. Peralatan perlu digunakan sewajarnya

4. Gunakan PPE yang sesuai

5. Menghadiri latihan keselamatan diperlukan

6. Berhati-hati apabila dalam pekerjaan dan perubahan persekitaran

Dalam menghadapi sebarang kemungkinan seperti kebakaran kecil di bengkel, teknik ini dapat

membantu anda mengawalnya.

�Pastikan keselamatan anda dan orang lain (murid) terjamin

�Pastikan semua pengguna bengkel atau makmal telah meninggalkan atau keluar semasa

kejadian

�Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil.

�Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak.

�Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan anda.

�Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana

sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan pelepasan

adalah dibelakang anda.

Page 19: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

19

Bagaimana amalan keselamatan pengggunaan peralatan tangan dan peralatan berkuasa mudah alih?

Peralatan tangan memerlukan penggunaan tenaga manusia secara manual untuk menggerak,

mengubah bentuk atau menyelaras bahan. Peralatan berkuasa ialah peralatan yang memerlukan

penggunaan sumber kuasa lain untuk menggerak, mengubah bentuk atau menyelaras bahan. Contoh

peralatan tangan:

pisau kikir

tukul sepana

perengkuh pahat

pemutar skru gergaji

playar

Contoh gambar peralatan tangan

Contoh peralatan berkuasa :

Gergaji bulat (Circular saw) Chain saw

Pneumatically driven nailers Spray gun

Sander Pencanai (Grinder)

Pneumatic stapler

Page 20: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

20

Contoh gambar peralatan berkuasa besar

LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN

� Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja

� Beri latihan keselamatan bagi pengguna

� Sediakan prosedur kerja selamat untuk penggunaan peralatan

� Periksa peralatan sebelum digunakan

� Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan

� Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai

� Adakan program senggaraan berjadual bagi peralatan

Kesimpulannya

Guru yang berada di dalam bengkel atau makmal hendaklah sama-sama bertanggungjawab

memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. Pada masa

yang sana guru perlu mentadbir bengkel dengan cekap dan berkualiti seperti:

i. organisasi bengkel berfungsi dengan baik

ii. susun atur perabot yang kemas

iii. susun letak peralatan, mesin dan bahan yang selamat dan kondusif

iv. rekod dan dokumentasi yang lengkap dan sistematik

v. menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan jaya

vi. sentiasa selamat dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab

Page 21: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

21

RUMUSAN

1. Undang-undang, peraturan dan akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mesti

diketahui, difahami dan dilaksanakan sepanjang masa bagi memberi perlindungan

keselamatan dan kebajikan para pekerja. Setiap pekerja perlu mementingkan keselamatan diri

dan pada masa yang sama ia mampu memberi kesan positif terhadap prestasi keuntungan

organisasi atau syarikat apabila sebarang kemalangan dan kerugian tersebut dapat dielak

dengan lebih awal.

2. Akta Kilang dan Jentera 1967 mengawal penggunaan jentera di kilang untuk memastikan

keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dijaga. Manakala Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994 dapat memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan

kesihatan di kalangan pekerja dan mewujudkan organisasi serta langkah keselamatan dan

kesihatan yang berkesan. Ia turut mendefinisi kewajipan majikan, pengilang dan pekerja.

3. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditubuhkan sebagai sebuah agensi kerajaan

menggantikan Jabatan Kilang dan Jentera yang memasti semua aspek keselamatan,

kesihatan dan kesejahteraan pekerja dilaksanakan oleh majikan.

4. Pada tahun 1992, NIOSH ditubuhkan. Peranan NIOSH sangatlah besar kerana institusi ini

bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan yang sihat dan selamat di

Malaysia. Pertubuhan Keselamatan Sosial pula dibentuk untuk mentadbir skim-skim

keselamatan sosial. Objektif utamanya adalah memastikan dan menjamin pembayaran faedah

yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan keadilan sosial serta mempertingkatkan taraf

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

5. Kadar kemalangan akan dapat dikurangkan dengan membuat perubahan dan pembaikan isu-

isu keselamatan di tempat kerja. Peraturan-peraturan masuk bengkel dipatuhi supaya punca-

punca kemalangan dikenalpasti dan dapat dielakkan.

6. Dua konsep utama keselamatan yang berhubung kait dengan rapat ialah tingkahlaku manusia

boleh mencegah kemalangan atau mengakibatkan kemalangan. Hatta, Herbert W. Heinrich

telah memperkenalkan Teori Penyebab Domino yang menganjurkan kawalan ke atas kelakuan

para pekerja.

7. Russel de Reamer, 1985 telah mengatakan bahawa pencegahan kemalangan akan tercapai

sekiranya keazaman dan keinginan untuk bekerja dalam keadaan selamat dicipta dalam minda

semua pekerja. OHSHAS 18002 dan ISO/IEC Guide 51: 1999 mendefinisi hazard sebagai apa

sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan

kemudaratan. Ia boleh menjadi punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan

Page 22: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

22

kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta

benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. Maka tindakan pencegahan

menjadi lebih berkesan seandainya anda berpengetahuan tentang jenis-jenis hazard

khususnya yang berkaitan dengan bengkel dan makmal yang anda selia.

8. Pada masa yang sama, kebersihan dan keselamatan bengkel adalah menjadi tanggungjawab

semua guru penyelaras bengkel atau makmal dan guru-guru yang menggunakan bengkel dan

makmal. Selain dari menjaga keselamatan harta benda di dalam bengkel, guru

bertanggungjawab melaksanakan semua aspek keselamatan dan peraturan bengkel.

Antaranya memastikan murid-murid mematuhi peraturan am keselamatan di bengkel.

9. Guru pula wajar berpengetahuan dalam menghadapi kemungkinan kemalangan seperti

memadam kebakaran kecil di bengkel atau makmal. Guru-guru dan murid-murid menggunakan

peralatan tangan dan peralatan berkuasa mudah alih dengan betul dan selamat. Oleh itu,

murid seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga

keselamatan diri dan juga orang lain.

10. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap murid supaya sikap

mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah

dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.

11. Semua pihak perlu bersedia memikul tanggungjawab dan memainkan peranan lebih proaktif

dalam menangani pelbagai isu keselamatan pekerjaan yang akan berlaku di tempat kerja.

Justeru itu, semua yang terlibat dalam pekerjaan di bengkel dan makmal mesti memberi

perhatian sewajarnya terhadap keselamatan diri masing-masing dan menjadikannya sebagai

suatu amalan budaya kerja.

KATA KUNCI

1. Akta Kilang dan Jentera 1967

2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

3. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

4. National Institute of Occupational Safety and Health

5. Peraturan am

6. Punca-punca kemalangan

7. Konsep keselamatan

8. Teori Penyebab Domino (Teori Domino Heinrich)

9. Pertubuhan Keselamatan Sosial

10. OHSHAS 18002 dan ISO/IEC Guide 51: 1999

Page 23: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

23

11. Jenis-jenis hazard

12. Tanggungjawab guru bengkel

13. Peraturan am keselamatan

14. Langkah keselamatan penggunaan peralatan

JAWAPAN

7.1 ‘Keselamatan dan kesihatan pekerja yang praktik dan munasabah.’

• Teruknya bahaya atau risiko terlibat

• Pengetahuan mengenai hazad, risiko dan cara mengawalnya.

• Kewujudan dan kesesuaian kaedah pengawalan

• Kos yang terlibat bagi mengawal bahaya atau risiko tersebut

7.2 Kewajipan-kewajipan am yang perlu diketahui dan amalkan di tempat kerja ialah:

i. Memberi perhatian munasabah bagi keselamatan diri dan orang lain

ii. Bekerjasama dengan majikan dan orang lain

iii. Memakai dan menggunakan kelengkapan pelindung diri atau personal protective

equipment (PPE) yang dibekalkan

iv. Mematuhi arahan keselamatan yang lain jika ada

v. Tidak boleh mengganggu atau menyalahguna apa-apa yang diadakan atau dilakukan

untuk kepentingan keselamatan kesihatan dan kebajikan dengan sengaja

vi. Majikan tidak boleh mengenakan caj ke atas pekerja mengikut Seksyen 26

vii. Majikan atau Kesatuan Sekerja tidak boleh mendiskriminasi pekerja dengan memecat,

mencederakan atau menukar kedudukan seperti menurut Seksyen 27

7.3 Pelakuan tidak selamat (Unsafe Act)

Melibatkan manusia (pekerja) contoh:

• Menyalahgunakan alatan/ mesin

• Mencuri guna alatan tanpa autoriti

• Mengabaikan peralatan perlindungan untuk tujuan keselesaan

• Gagal memakai pakaian atau peralatan perlindungan diri

• Mengabaikan prosedur keselamatan atau tata cara bekerja yang selamat

• Bermain semasa bekerja (horseplay)

• Cuai (carelessness)

• Kesilapan (error)

• Kurang kemahiran atau tanpa mendapat latihan sempurna sebelum mengendalikan

bidang pekerjaan yang berkaitan

Page 24: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

24

Persekitaran pekerjaan tidak selamat (Unsafe Condition)

Persekitaran yang melibatkan pekerja lain:

• Mesin yang tidak tersenggara atau tidak mempunya alatan perlindung

• Rekabentuk atau binaan alatan yang tidak selamat

• Kurang senggaraan sempurna

• Prosedur bekerja yang tidak selamat

• Kurang latihan

• Arahan kabur

• Persekitaran pekerjaan berselerak dan tidak kemas

• Alatan rosak atau tidak sempurna

• Kurang pencahayaan atau gelap

• Kurang penyeliaan dan pengawasan

• Alatan atau pakaian pelindung keselamatan diri kurang sempurna

• Laluan terhalang, sempit atau tanpa tanda petunjuk amaran atau arah

RUJUKAN

1. Buku teks Kemahiran Hidup Tingkatan 1

2. Buku teks Kemahiran Hidup Tingkatan 2

3. Buku teks Kemahiran Hidup Tingkatan 3

4. http://hsajb.moh.gov.my/versibaru/uploads/jkkp/akta1994.pdf

5. http://www.niosh.com.my/en/

6. http://www.perkeso.gov.my

Page 25: Unit 7 Organisasi Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan dan Keselamatan Bengkel

25