unit 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/unit 6 peranan guru.doc · web view6.4.2 perkhidmatan...

25
Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing 6.1 Pendahuluan Aktiviti bimbingan mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam sistem pendidikan di negara ini. Kemasukannya pada awal 1960an telah memberi banyak impak dan kesan kepada kemajuan pelajar dan rakyat Malaysia. Dengan perkembangan era globalisasi, masyarakat Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai keupayaan untuk hidup dan berjaya di negara sendiri, tetapi perlu melahirkan individu yang bertaraf dunia iaitu mereka juga boleh hidup di mana sahaja melalui8 bantuan amalan bimbingan termasuk kaunseling disekolah-sekolah Malaysia. Masyarakat Malaysia perlu berpengetahuan setanding dengan mereka di negara maju, berkebolehan dan berkemahiran, juga mempunyai daya juang yang tinggi bagi membolehkan mereka bertanding di peringkat antarabangsa. Keadaan ini membawa implikasi kepada sistem pendidikan di Negara ini. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat sebagai khidmat yang menyokong terlaksananya dasar pendidikan di negara kita pada hari ini. 6.2 Peranan Guru dan Harapan Sekolah 63 Objektif Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. memahami peranan dan tugas guru sebagai pembimbing 2. menyenaraikan tugas guru pembimbing dan kaunselor sekolah 3. mengetahui perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

Unit 6Guru Sebagai Pembimbing

6.1 Pendahuluan

Aktiviti bimbingan mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam sistem pendidikan di negara ini. Kemasukannya pada awal 1960an telah memberi banyak impak dan kesan kepada kemajuan pelajar dan rakyat Malaysia. Dengan perkembangan era globalisasi, masyarakat Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai keupayaan untuk hidup dan berjaya di negara sendiri, tetapi perlu melahirkan individu yang bertaraf dunia iaitu mereka juga boleh hidup di mana sahaja melalui8 bantuan amalan bimbingan termasuk kaunseling disekolah-sekolah Malaysia. Masyarakat Malaysia perlu berpengetahuan setanding dengan mereka di negara maju, berkebolehan dan berkemahiran, juga mempunyai daya juang yang tinggi bagi membolehkan mereka bertanding di peringkat antarabangsa. Keadaan ini membawa implikasi kepada sistem pendidikan di Negara ini. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat sebagai khidmat yang menyokong terlaksananya dasar pendidikan di negara kita pada hari ini.

6.2 Peranan Guru dan Harapan Sekolah

Semua pihak tahu bahawa tugas dan peranan seorang guru adalah untuk membantu pelajarnya berjaya dalam aspek akademik di sekolah. Secara umum tugas guru adalah mempastikan proses pembelajaran pelajar boleh berjalan dengan baik; proses pengajaran guru boleh dilakukan dengan lancer dan berkesan; dan proses penilaian pendidikan boleh diadakan dengan adil serta mencapai objektif pengajaran-pembelajaran.

Selain daripada tugas asas di atas, guru juga diharapkan dapat memainkan peranan sebagai “in-loco parentis” kepada anak-anak didiknya. Sebagai ibubapa kedua pelajar di sekolah, guru dipertanggungjawabkan memberi pelindungan dan menyediakan ruangan perkembangan sahsiah dan peribadi yang sesuai kepada pelajar-pelajarnya. Guru juga diharapkan dapat menyediakan peluang kepada pelajar memenuhi

63

Objektif

Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:

1. memahami peranan dan tugas guru sebagai pembimbing2. menyenaraikan tugas guru pembimbing dan kaunselor

sekolah3. mengetahui perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling

Page 2: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

keperluan-keperluan tertentu termasuk keperluan mental, emosi, fizikal, spiritual dan sebagainya.

Bagaimana pula tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh seorang guru sebagai pembimbing, kaunselor atau personalia pelajar secara berkesan di sekolah. Sememangnya banyak peranan yang boleh mereka mainkan. Guru boleh memberi bantuan bimbingan secara terbuka kepada para pelajarnya samada dalam aspek akademik, minat dan motivasi belajar, cara menangani masalah harian atau kaedah memilih kerjaya yang sesuai. Guru yang mempunyai kemahiran asas kaunseling juga boleh memainkan peranan dengan lebih besar melalui pemberian bantuan menggunakan pendekatan dan strategi kaunseling.

Namun, dalam meninjau dan mengenalpasti disamping memahami apakah peranan dan tugas yang boleh dimainkan oleh guru di sekolah melalui amalan membimbing, kauinseling atau kepengurusan pelajar, adalah lebih baik kita meninjau dengan mendalam tugas dan peranan sebenar seorang kaunselor di sekolah di Malaysia hari ini.

6.3 Senarai Tugas Kaunselor

Sebagai seorang kaunselor, mereka diberi tanggunjawab yang sangat besar oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan peringkat sekolah oleh pengetua. Secara umum, seorang kaunselor di sekolah menerima arahan secata terus daripada kesemua pihak tersebut tadi. Ini secara umum memberi gambaran bahawa tugas dan peranan seorang kaunselor adalah sentiasa terdedah kepada pelbagai arahan dan keperluan pihak atasan.

Sejak kewujudan peranan kaunselor di sekolah sekitar awal 1980an, fungsi mereka telah menjadi semakin berkembang dan diperlukan (Mohamed Fadzil Che Din, 2002). Perana dan tugas kaunselor menjadi semakin meluas dan hingga ke awal 1990an, kaunselor diperhatikan sebagai satu jawatan atau personalia yang banyak memberi sumbangan dan sokongan positif kepada perkembangan pelajar samada dalam kurikulum atau ko-kurikulum.

Pada tahun 1996, jawatan kaunselor mula diperhatikan sebagai perlu di semua sekolah menengah. Bahagian Teknik dan Vokasional merupakan antara unit atau bahagian yang paling awal dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang mula menempatkan kaunselor sepenuh masa di beberapa buah sekolah teknik dan vokasional ketika itu. Langkah penempatan kaunselor sepenuh masa telah mula diikuti oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh pada tahun yang sama dan kemudiannya diikuti oleh Bahagian Sekolah-Sekolah pada tahun berikutnya. Pada peringkat awal penempatan kaunselor di sekolah harian bermula dengan menempatkan kaunselor pelajar sepenuh masa di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kejayaan penempatan ini telah mewujudkan penempatan seramai 1671 kaunselor sepenuhnya pada tahun 1998 hingga 2000. Pada hari ini dengan syarat yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengarahkan penempatan seorang kaunselor pelajar bagi setiap 500 pelajar mulai 2002 di beberapa buah negeri, maka jumlah kaunselor pelajar sepenuh masa dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa.

64

Page 3: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

Pada hari ini, kaunselor telah diberi peranan yang khusus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengendali, mengurus dan memantau unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing. Antara tugas kaunselor yang perlu dimainkan mereka ialah:

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling

kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kelompok dan tunjuk

ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.6. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk

semua pelajar.7. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu

secara professional dan beretika.8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti

pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalen, rokok dan alcohol.

10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.

12. Merncang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling.

16. Menjadi pengerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

65

Page 4: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. menjadi ahli jawatankuasa dan Majlis Perancang Sekolah.21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti

Kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya .

6.4 Senarai Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling Atau Kaunselor Pelajar

Terdapat 22 jenis khidmat yang disenaraikan dalam tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor pelajar. Walaubagaimanapun, kunselor pelajar sekolah ini telah menyenaraikan 10 jenis khidmat utama program bimbingan dan kaunseling . Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di sini. Berikut adalah senarai tugas mengikut kelompok atau jenis serta perinciannya.

6.4.1 `Inventori Individu Dan Rekod

1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar.2. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait

dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.3. Mengawas4. Mengawas angkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan

kaunseling.5. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.6. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi

pembelajaran pelajar ber,masalah untuk tujuan pemulihan.

6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat

1. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, 2. latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya melalui risalah-risalah, buku-

buku, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.3. Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,

pelajaran, sosial dan peribadi.4. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi 5. borang permohonan dengan tepat.6. Mengelola lawatan terancang kerjaya dan lain-lain pertolongan7. yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.8. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya

merokok dan inhalen ( seperti menghidu gam).

6.4.3 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

1. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan

66

Page 5: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral-agama pelajar.

2. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topic yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari masa ke semasa.

3. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM, SPMV dan STPM.

4. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan menyelia aktiviti mereka.

6.4.4 Perkhidmatan Kaunseling

1. Kaunseling dengan pelajar secara indiviu atau kelompok mengenai2. Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.3. Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.4. Kerjaya, pelajaran dan peribadi.5. Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.6. Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan

menggunakan dadah dan bahn-bahan inhalen.7. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling

boleh mengendalikannya.8. Kaunseling tunjuk ajar- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kel;as

untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah, minum arak, merokok, dan lain-lain.

6.4.5 Perkhidmatan Penempatan

1. Membantu pelajar memilih aktiviti ko- kurikulum berdasarkan kebolehan , minat kerjaya pilihan dan kemampuan.

2. Penempatan Pekerjaan3. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikut program pengalaman

bekerja (jika program seumpama ini ada dijalankan)4. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan

system memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional.

6.4.6 Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen

1. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen.

2. Memberi bantuan atau pertolongan kkepada pelajar untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

67

Page 6: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

3. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau Jabatan Pendidkan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

6.4.7 Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan

1. Membantu bekas pelajar sekolah dalam hal berkaitan dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan lain-lain apabila diminta.

2. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan dan kaunseling di sekolah.

3. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.

4. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

5. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.

6. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

6.4.8 Perkhidmatan Penyelarasan Resos

1. Penyelaras Bagi Aktiviti-Aktiviti Berhubung Dengan Kebajikan Pelajar Di Antara Sekolah Dan Agensi Lain.

2. Menjadi Punca Rujukan Dalam Aktiviti-Aktiviti Ko-Kurikulum.3. Penyelaras Bagi Penglibatan Majikan, Agensi Kebajikan Dan Orang-Orang

Kenamaan Tempatan Dalam Program Bimbingan Di Sekolah.4. Merancang Dan Menjadi Penyelaras Dalam Usaha Untuk Memperkenalkan

Lagi Aktiviti-Aktiviti Bimbingan Kepada Agensi-Agensi Dan Komuniti Setempat.

6.4.9 Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

1. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutama dalam pelajaran.

2. Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.

3. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.4. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di

kalangan pelajar.5. Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang

dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.

6.4.10 Perkhidmatan Penilaian

68

Page 7: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

1. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.

2. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

6.4.11 Sistem Fail, Rekod Dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, PPD, PPB, JPN, atau Kementerian Pendidikan.

6.5 Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Kaunselor

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha unukk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

Bil. Bidang Input Kaedah

1. AKADEMIK 1.Pemilihan matapelajaran elektif

2. Kemahiran Belajari. Membacaii.Mencatat/mengambil notaiii.Pengurusan Masaiv.Pengurusan Diri v.Mendengarvi.Mengingat

Bimbingan kelompokBimbingan IndividuKaunseling kelompokKaunseling IndividuBiblio Kaunseling

Kursus BengkelSeminarKem/Perkhemahan

69

Page 8: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

vii.Mengulangkajiviii.Menjawab soalan peperiksaanix.Menghadapi peperiksaan

Tayangan VideoTaklimatKolokiumTutor SebayaMentor MenteePembimbin Rakan Sebaya(PRS)

3. Pengumpulan maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajarn di Institut Pengajian Tinggi

LawatanCeramahPameranBank Maklumat manualBank maklumat berkomputer

2. KERJAYA 1.Inventori minat2. Inventori Personaliti3. Inventori nilai4. Pemilihan Matapelajaran elektif5. Pengumpulan maklumat kerjaya6. Pendedahan Kerjaya ,peluang latihan kerjaya7. Penyebaran maklumat

Bimbingan kelompokBimbingan IndividuLawatanCeramahForumSeminarTayangan VideoPertandingan-pertandingan- Esei- Buku skrap kerjaya- Poster

3. PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAANMENTAL

1. Ujian Personaliti2. Senarai semak masalah3. Merujuk kad maklumat Diri (jika perlu)4. Kemahiran Komunikasi5. Kemahiran Asertif/Tegas diri6. Penyaringan maklumat7. Pengurusan Tekanan8. Kemahiran Rohani9. Kemahiran membuat keputusan

10.Kemahiran pengawalan diri11.Kemahiran aplikasi12.Kemahiran sintesis13.Kemahiran analisis kritikal

Bimbingan Kerjaya merentasKurikulum dan kokurikulumPRSBimbingan kelompokBimbingan IndividuKaunseling kelompokKaunseling IndividuBiblio KaunselingForumKursus

70

Page 9: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

14.Pengekalan penghargaan kendiri 15.Perkembangan keremajaan16.Konsep kendiri17.Pengendalian kendiri18.Program Orientasi

BengkelSeminarKem Bina Insan / DiriKolokiumRehlahLawatanTayangan VideoLatihan dalam kumpoulanAktiviti simulasi kumpulanPerkhemahan ibadah

4. KEIBU-BAPAAN 1. Komunikasi2. Perkembangan Individu3.Isu-isu kekeluargaan 3.1 Kepimpinan 3.2 Perkembangan remaja masa kini dan akan dating 3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga

CeramahSeminarForumBengkelPerkhemahan keluargaHari keluargaLawatan ke rumah (Home Visit)Kaunseling keluargaKhidmat KonsultasiKursus Kemahiran KeibubapaanBuletin keluargaPameran

5 MASALAH PELAJAR

1. Kemahiran Komunikasi2. Kemahiran Penyelesaian masalah3. Kepimpinan4. Kemahiran tegas diri5. Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)6. Kemahiran Sosial7. Kemahiran Pemilihan aktiviti keutamaan

Kaunseling IndividuKaunseling KelompokLatihan dalam kumpulanLawatan ke rumahCeramahBengkelPraktikum PRS

71

Page 10: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

Sehubungan itu, Rancangan Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini telah disusun atur merangkumi kelima-lima aspek bidang tugas dan tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor pelajar.

CONTOH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING RANCANGAN TAHUNAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM TEKNIK KAJANG, SELANGOR 2002

Bulan/Tarikh

Aktiviti/Program Sasaran Personalia

Januari 1. Pengurusan dan pentadbiran2. Membuat rancangan aktiviti tahunan3. Pengisian boring masuk ke SMT4. Bimbingan kelompok dan individu5. Kaunseling kelompok dan individu6. Latihan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)7. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Kerjaya8. Seminar Motivasi 1 untuk Tingkatan 59. Inventori Minat dan Kerjaya

Pelajar Tingkatan 5

Kaunselor

Guru-guru lain

Februari 1. Pengurusan dan Pentadbiran2. Ceramah motivasi dan kerjaya3. Perjumpaan PRS dan latihan4. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Kerjaya5. Seminar kaedah belajar Tingkatan 56. Kaunseling individu dan kelompok

Pelajar Tingkatan 5

Kaunselor

Mac 1. Pengurusan dan Pentadbiran2. Program suaikenal pelajar Tingkatan 43. Soal selidik tentang masalah pelajar4. Ceramah kesihatan5. Ujian personality, Minat, Kerjaya6. Perjumpaan PRS dan latihan7. Seminar kaedah belajar untuk Tingkatan 4

Pelajar Tingkatan 4

KaunselorGuru-guru Pegawai Perubatan

Bulan/Tarikh

Aktiviti/Program Sasaran Personalia

April 1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Ceramah kerjaya dan motivasi4. Seminar kaedah belajar5. Aktiviti bimbingan:

T.4 dan T.5T.5T.4T.5 (terpilih)

KaunselorGuru-guruPenceramah luar

72

Page 11: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

- pengurusan diri - pengurusan stress - pengurusan masa6. Ujian personality IPS, IPW7. Latihan dan perjumpaan PRS8. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Kerjaya9. Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran asertif

T.4 dan T 5

T.4 dan T.5

Kaunselor

Penceramah luar

Mei 1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Ceramah kerjaya dan motivasi4. Perkhidmatan bimbingan kelompok dan individu5. Latihan dan perjumpaan PRS6. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Kerjaya7. Ujian personality – Ujian minat, dsb8. Ceramah Anti Dadah/AIDS9. Kem Waja Diri /Bina insane10.Pengurusan diri, masa

T.4 dan T.5T.5

T.4 dan T.5

T.4

KaunselorIPTA/IPTS

Peg.PerubatanKaunselor

Jun 1. Pengurusan dan pentadbiran2.Kaunseling individu dan kelompok3. Ceramah kerjaya dan motivasi4. Bengkel Matematik Moden5. Latihan dan perjumpaan PRS6. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Kerjaya

T.4 dan T.5T.5T.5

T.4

KaunselorIPTA/IPTSL&G Twintech

7. Seminar kaedah belajar8. Kursus kepimpinan pengawas9. Pertandingan melukis poster Anti Dadah10.Kursus motivasi

T.4 dan T.5T.5

SLADKaunselor/Guru

Julai 1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Ceramah Kerjaya dan motivasi4. Ceramah kemahiran berfikir5. Pendidikan perkembangan seksual – gadis remaja6. Perjumpaan PRS7. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan Kerjaya

T.4 dan T.5T.5

T.4 dan T.5Pelajar perempuan

KaunselorIPTA/IPTS

Doktor/Nurse

Ogos 1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Perjumpaan PRS4. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan

T.4 dan T.5 Kaunselor

73

Page 12: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

Kerjaya5. Ceramah kerjaya dan motivasi6. Minggu patriotic: - deklamsi sajak - pertandingan melukis poster - kuiz, dan lain-lain7. Lawatan sambil belajar ke BDA

T.5T.4 dan T.5

PRS

IPTA/IPTSKaunselor/GuruSains social

Kaunselor

September 1. Ceramah kerjaya2. Strategi menghadapi peperiksaan

T.5T.5

IPTA/IPTSPenceramah luar

Oktober

November

1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Perjumpaan PRS4. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan Kerjaya5. Motivasi Akhir kelas peperiksaan

1. Pengurusan dan pentadbiran2. Kaunseling individu dan kelompok3. Laporan Tahunan B&K4. Laporan Tahunan PRS5. Laporan Tahunan Kelab Kauneseling dan kerjaya6. Kemaskini inventori dan rekod

CUTI AKHIR TAHUN 2002(08.011.2002 hingga 05.01.2003)

T.4 dan T.5

T.5

T.4 dan T. 5

Kaunselor

Penceramah luar

Kaunselor

6.6 Tugas Pemantauan Oleh Guru/Kaunselor Terhadap Program Yang Dijalankan

Pemantauan dibuat:

i. Dengan menggunakan senarai semakii. Berdasarkan carta Gunniii. Merujuk kepada rancangan tahunaniv. Berdasarkan Takwim Sekolahv. Membuat Laporan Harianvi. Menggunakan Buku Logvii. Membuat laporan secara berkala – sepenggal sekali

6.7 Tugas Penilaian Program Oleh Guru/Kaunselor Sekolah

74

Page 13: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

i. Dibuat sebulan sekali dengan menggunakan Borang Soal Selidik yangDiedar kepada pelajar (20 orang pelajar yang telah berjumpa kaunselor pada bulan itu dan 20 yang belum berjumpa dengan kaunselor).

ii. Melalui temuduga dengan pelajar yang dipanggil secara rawak – TanyaMereka mengenai pandangan mereka terhadap program B&K setakat itu.

iii. Semasa mesyuarat Jawatankuasa pengurusan sekolah yang dijalankan seminggu sekali dan dihadiri oleh kaunselor.

iv. Melalui peti cadangan yang disediakan untuk pelajar dan guru.

6.8 Tugas Pelaporan Program – Motivasi

i. Gunakan Borang Soal Selidikii. Buat analsis tentang respons diberi oleh respondens atau peserta

program.- menulis hasil soal selidik dalam bentuk pernyataan bertulis- diserahkan kepada pengetua- memasukkan keberkesanan dan kelemahan yang dialami atau

diperolehi- mengemukakan resolusi untuk memperbaikinya - membuat refleksi tentang perlaksanaan program berdasarkan

aspek-aspek berikut:a. Pengelolaanb. Keberkesanan penceramahc. Kesesuaian tajuk atau inputd. Kesesuaian masa , tempat dan sebagainya.

6.9 Peranan Guru Dan Kaunselor Dalam Membantu Pelajar Mengenalpasti Masalah Dan Menanganinya

Masalah umum yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah hari ini dapat dikategorikan kepada aspek seperti berikut:

o Akademiko Kerjayao Psikologi dan kesihatan mentalo Emosi o Keluarga dan perhubungan antara keluarga

Huraian kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar

75

Page 14: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

A. Masalah Akademik: diantaranya

i. pemilihan mata pelajaran elektif dan terasii. pemilihan mata pelajaran mengikut minat kerjayaiii. kelemahan mencatat dan mengambil notaiv. tidak mahir mendengarv. tidak mahir mengingatvi. tidak tahu cara atau teknik ulangkajivii. tidak tahu teknik menjawab soalan-soalan peperiksaanviii. masalah pengurusan diri pengurusan masa ix. tidak tahu strtegi menghadapi peperiksaanx. masalah penempatan selepas SPM

B. Masalah Kerjaya – diantaranya:

i. tidak pasti minat kerjaya atau kerjaya yang sesuai dengan diriii. tidak mengenali personality diri dengan mendalamiii. kurang pasti nilai yang ada pada diri sendiriiv. kurang jelas tentang peluang pendidikan dan latihanv. masalah menentukan pemilihan kursus yang menjurus kepada

kerjaya tertentu

C. Masalah psikologi dan kesihatan mental: diantranya -:

i. konsep kendiri rendah (low self-esteem)ii. tidak mengenali diri dengan mendalamiii. tidak majhir berkomunikasi – timbul masalah dengan rakan

sebayaiv. mudah tertekanv. putus asa – cepat menyerah kalahvi. masalah cintavii. tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaranviii. lemah penampilan diri – cepat cemas, risau, takut, mempunyai ‘

fear of the unknown’ix. masalah emosi – perasaan tidak tenteramx. tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran

6.10 Cara-Cara Kaunselor Dan Guru Mengatasi Masalah-Masalah Pelajar

A. Cara –cara mengatasi masalah akademik

i. Bimbingan kelompokii. Kaunseling kelompokiii. Bimbingan individuiv. Kaunseling individuv. Ceramah motivasivi. Kursus dan seminar cara belajar

a. kemahiran membaca pantas

76

Page 15: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

b. kemahiran mencatat dan mengambil notac. kemahiran mendengard. kemahiran berfikire. kemahiran mengingatf. kemahiran mengulangkajig. dan lain-lain yang relevan seperti:

-kemahiran pengurusan diri- kemahiran pengurusan masa- kemahiran menghadapi peperiksaan

B. Cara-cara menyelesaikan masalah kerjaya

i. Kaunseling kerjaya secara individu dan kelompokii. Ceramah kerjayaiii. Gunakan ujian-ujian minat kerjaya dan ujian minat seperti:

a. SDS b. IPS

c. INPS d. VPIvi. Lawatan sambil belajarvii. Bimbingan kelompok kerjayaviii. Membuat buku skrap kerjayaix. Melukis poster kerjaya

C. Cara-cara mengatasi masalah psikologi dan kesihatan mental: diantaranya

i. Kaunseling individu dan kelompokii. Kem Jati Diri – bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin

iii. Kursus motivasiiv. Ajar kemahiran-kemahiran : Asertif, penampilan diri, cara

membuat keputusan, pengawalan diri, pengurusan stress, komunikasi yang berkesan

v. Tubuhkan PRS- Pembimbingan Rakan Sebaya, Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan SLAD

vi. Beri Ujian Personaliti seperti:- IPW – Inventori Personaliti warna- TSCS – Tennesse Self-Concept Scale- JEPI- IPS, dan sebagainya.

Semua ujian tersebut adalah untuk membantu kaunselor mengetahui dengan lebih dekat lagi keadaan pelajar atau klien tersebut sebelum memberi khidmat kaunseling yang wajar.

Bagi pelajar , ia membantu diri mereka untuk mengenali dri dengan lebih dekat agar dapat menerima diri yang sebenarnya dan dapat berfungsi secara holistik untuk kesejahteraan diri.

6.11 Kesimpulan

77

Page 16: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk pelajar adalah amat penting bagi membantu pelajar supaya dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan bermakna. Sesungguhnya peranan yang perlu dimainkan oleh seorang kaunselor seperti menjalankan aktiviti bimbingan, kaunseling dan personalia boleh dilakukan oleh mana-mana guru yang berminat untuk membantu para pelajarnya. Cuma sebagai seorang guru, sekiranya mereka berhasrat untuk membantu anak didik masing-masing menggunakan pendekatan bimbingan dan kaunseling, maka mereka terlebih dahulu perlu mempunyai beberapa pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan dengannya. Selain daripada itu, sedikit pengalaman dalam memberi bantuan menggunakan strategi dan pendekatan di atas juga boleh membantu mempertingkatkan keberkesanan tugas dan peranan mereka di sekolah.

6.12 Aktiviti

1. Bincangkan peranan guru dalam membantu pelajar.

2. Bincangkan kategori permasalahan pelajar.

3. Bincangkan cara kaunselor mengatasi permasalahan pelajar.

4. Huraikan cara guru memantau perjalanan program bimbingan dan kaunseling

LAMPIRAN DAN CONTOH

78

Page 17: UNIT 6vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Unit 6 Peranan Guru.doc · Web view6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing ideal - UPM

CONTOH PROGRAM BIMBINGAN GURU KEPADA PELAJAR

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR : PENGURUSAN MASA

1. Apakah kebaikan ada jadual waktu belajar ?* Jimat masa dan usaha/tenaga untuk belajar. (pasti masa belajar dan

apa yang perlu dipelajari)* Boleh menggunakan masa dengan baik dan semaksimumnya. (elak

pelajar melakukan kerja-kerja lain ikut mood sebelum dan semasa belajar)

* Membolehkan pelajar merancang masa untuk tidur secukup-cukupnya dan bersenam demi kesihatan pelajar.

* Hidup berdisplin dan berancangan.

2. Panduan untuk menyediakan jadual waktu belajar sendiri.* Perhatiankan dengan teliti jadual waktu harian persekolahan anda, bagi

menyediakan jadual belajar sendiri.

* Sediakan jadual waktu belajar khusus pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu.

* Terdapat 3 kategori ulangkaji perlu difikirkan dalam jadual waktu:* mengulangkaji tajuk yang telah diajar di sekolah pada hari

tersebut untuk mendapatkan lebih kefahaman. Contonya, pelajar belajar sejarah pada hari tersebut, selepas sekolah, pelajar mengulangkaji tajuk yang diajar.

* mempelajar tajuk baru yang akan diajar pada keesokan hari agar mudah memahami pengajaran dan pembelajaran guru.

* kombinasi-ulangkaji dan belajar tajuk baru.

* Menyediakan analisis kekerapan sesuatu subjek diulangkaji dalam seminggu dan masa yang digunakan. (Rujuk Borang Analisis kekerapan subjek/kertas yang dipelajari dalam seminggu)

* Disiplin diri yang tinggi.* cari pasangan belajar diri (2 orang dalam sekumpulan) supaya

saling ingat-meningati dan dorong-mendorongi.* Letak jadual di tempat yang strategic yang boleh dilihat.* Belajar adalah tanggungjawab penting seorang pelajar,

tunaikanlah tanggungjawab anda melalui berdisplin diri.

79

Sekiranya anda menghadapi rintangan dalam merancang dan menjalankan jadual belajar anda, sila berjumpa dengan guru kaunselor anda atau guru-guru yang dapat menolong anda.

“ Selamat Belajar dan Berjaya ”