maklumat dan laporan tahunan 2018 unit forensik …

40
1 Disediakan Oleh : Shafirul Azrin bin Hamzah Penolong Pegawai Perubatan U32 (TBK) Unit Forensik Hospital Parit Buntar. Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK HOSPITAL PARIT BUNTAR

Upload: others

Post on 08-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

1

Disediakan Oleh :

Shafirul Azrin bin Hamzah

Penolong Pegawai Perubatan U32 (TBK)

Unit Forensik Hospital Parit Buntar.

Maklumat dan Laporan Tahunan

2018

UNIT FORENSIK

HOSPITAL PARIT BUNTAR

Page 2: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

2

1. PENGENALAN – LATAR BELAKANG

Bidang Perubatan Forensik pada masa kini boleh dianggap satu keperluan yang

penting di zaman sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat. Forensik

mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang perundangan dan ianya tidak dapat

dipisahkan. Jesteru itu, bidang Perubatan Forensik telah berkembang seiring dengan

teknologi dunia pada masa kini.

Bedah-siasat atau dalam Bahasa Inggeris disebut post-mortem examination

bermaksud suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas

mayat. Ianya melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman bertujuan mengenalpasti

punca kematian serta cara kematian atau perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit,

kimia, sinaran radiasi, kemalangan, kecederaaan dan sebagainya.

Pemeriksaan luaran bermaksud menjalankan pemeriksaan dari segi luaran untuk

mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaaan akan membuat

pemeriksaan terperinci ke atas mayat, diantaranya mengenai pakaian si mati, keadaan

mayat secara keseluruhan, perubahan-perubahan luaran yang berkaitan dengan kematian

dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian telah dapat

dikenalpasti dengan hanya pemeriksaan luaran sahaja dengan mengambil kira sejarah

perubatan sebelum beliau mati dari sumber yang tidak ada kesangsian berserta

pemeriksaan jasad yang tidak menunjukkan kemungkinan adanya unsur jenayah, maka

pembedahan mayat tidak perlu dilaksanakan.

Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian,

maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan. Ini termasuklah membuka tempurung

kepala, rongga dada, abdomen, pelvik dan lain-lain bila mana yang perlu. Ini bertujuan

untuk pemeriksaan lebih menyeluruh bersangkutan dengan punca dan sebab kematian

seseorang itu.

Page 3: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

3

CARTA ORGANISASI UNIT FORENSIK

HOSPITAL PARIT BUNTAR

Dr Hjh Che Sarifah Bt Sulieman

PENGARAH HOSPITAL UD 54

En Samsuri Bin Hamid PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

U 32

En Shafirul Azrin Bin Hamzah PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

( FORENSIK ) U32 (TBK)

PEMBANTU PERAWATAN

KESIHATAN ( FORENSIK )

En Mohd Bakar Bin Abd Kadir PEMBANTU PERAWATAN

KESIHATAN ( FORENSIK ) U 11

En Selamat Bin Otot PEMBANTU PERAWATAN

KESIHATAN ( FORENSIK ) U 11

Dr Fazal Ehsan Bin Rahmat

PEGAWAI PERUBATAN UD 44

Page 4: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

4

OBJEKTIF

UNIT FORENSIK

MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN JENAZAH / MAYAT

YANG TERBAIK DI SAMPING

MEMBERIKAN PENGHORMATAN

TERAKHIR KEPADA YANG TELAH

MENINGGAL DUNIA

Page 5: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

5

VISI

UNIT FORENSIK

SENTIASA MEMBERIKAN

PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN

KES PERUNDANGAN PERUBATAN

( MEDIKO-LEGAL)YANG EFISIEN,

LENGKAP DAN BERKESAN

Page 6: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

6

MISI

UNIT FORENSIK

BEKERJASAMA SECARA

BERPASUKAN UNTUK MEMBERIKAN

PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI,

EFISIEN DAN PRIHATIN TERHADAP

PENGURUSAN JENAZAH DAN

KEPUASAN PELANGGAN

Page 7: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

7

PIAGAM PELANGGAN

UNIT FORENSIK

1. KAMI AKAN MENGURUS PENERIMAAN, PENYIMPANAN

DAN PENYERAHAN JENAZAH / MAYAT DENGAN

SEMPURNA MENGIKUT PROSIDUR YANG TELAH

DITETAPKAN.

2. BERSEDIA MEMBANTU WARIS / KELUARGA SI MATI

DALAM URUSAN PENGURUSAN JENAZAH / MAYAT.

3. BERSEDIA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN 24 JAM

APABILA DIPANGGIL BERTUGAS

4. BERSEDIA MENJALANKAN TUGAS BEDAH – SIASAT

DENGAN BERPANDUKAN PERUNTUKAN UNDANG –

UNDANG DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN

5. MEMBERI LAYANAN MESRA, BERSOPAN SANTUN DAN

PRIHATIN KEPADA WARIS / KELUARGA SI MATI

Page 8: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

8

PROSES UTAMA DISIPLIN UNIT FORENSIK

Pengurusan jenazah / mayat :

1. Pendaftaran :

Daftar jenazah / mayat

Proses pengecaman / kenalpasti jenazah / mayat

Menyimpan jenazah / mayat ke dalam freezer

Mengkelasifikasikan jenazah / mayat

2. Bedah-siasat:

Terima permintaan dari pihak Polis ( Borang Permintaan Pemeriksaan Mayat

– Polis 61)

Mengenalpasti jenazah / mayat yang akan diperiksa

Melakukan pemeriksaan luaran

Melakukan pemeriksaan dalaman

Mengumpulkan bahan-bahan keterangan ( bukti )

Memberikan sebab-sebab kematian

Mengeluaran permit menguburkan

Menjahit / rekonstruksi jenazah / mayat

Menulis laporan bedah-siasat

Menyerah laporan bedah-siasat kepada Unit Rekod

Melawat tempat kejadian jenayah apabila perlu.

3. Pengurusan bahan-bahan keterangan:

Mengumpul bahan-bahan keterangan ( bukti )

Mengisi borang-borang permintaan pemeriksaan Jabatan Kimia dan Patologi

Menyerahkan bahan keterangan kepada Pegawai Penyiasat Polis dan

didokumentasikan.

Page 9: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

9

4. Penyimpanan Jenazah / Mayat:

Menyimpan mayat sementara di dalam freezer sehingga dituntut waris

Menyimpan sementara tisu-tisu / organ / bahagian tubuh manusia

5. Pengurusan penyerahan jenazah / mayat semula kepada waris :

Menyediakan pengurusan jenazah / mayat sebelum dituntut untuk urusan

pengkebumian mengikut agama si mati

Mengurus mayat yang tidak dituntut.

Page 10: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

10

1. CARTA ALIRAN PENGURUSAN MAYAT DI UNIT FORENSIK

..

Perlu bedah-siasat

Kes bukan mediko -legal

Perlu izin / kebenaran

Bedah-siasat

Pendaftaran Kematian /

Penerimaan mayat di Unit

Forensik

Kes mediko -legal

Borang Polis 61

Pengecaman mayat

Pengambilan

Spesimen

Laporan

Perubatan

Penyimpanan

laporan di Unit

Rekod

Permohonan

laporan daripada

polis / waris

Polis Makmal Patologi

Jabatan

Kimia

Pembersihan mayat

Tidak Ya

Mayat dituntut

Penyerahan mayat

kepada waris

Simpan mayat dalam

freezer untuk rujukan

Page 11: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

11

2. POLISI KUALITI DAN OBJEKTIF

2.1 Polisi Kualiti

2.1.1 Pengurusan Jenazah / Mayat

2.1.2 Perkhidmatan Makmal

2.1.3 Perkhidmatan Sokongan

2.1.4 Perkhidmatan dan Pengurusan kes ‘Bencana Alam’

2.1.5 Perkhidmatan dan Rujukan Kes Perubatan Forensik

2.2 Objektif

2.2.1 Memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bebas, berkecuali dan tidak

terikat dengan mana-mana pihak demi menegakkan keadilan.

2.2.2 Memberi perkhidmatan perundangan perubatan yang berkesan, efisien dan

menyeluruh termasuk siasatan makmal

2.2.3 Memberi khidmat nasihat, khidmat pakar dan pengendalian mayat yang lebih cekap

dan mahir

2.2.4 Pengurusan kematian dibuat di bawah satu pentadbiran

2.2.5 Menyimpan jenazah / mayat yang tidak dituntut dengan segera ke dalam freezer.

2.2.6 Mengambil jenazah / mayat dari Jabatan Kecemasan dan wad-wad

Page 12: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

12

2.2.7 Memberi perkhidmatan pengangkutan kenderaan jenazah / mayat

2.2.8 Menyiapkan rekod dan menyediakan laporan perubatan untuk kes-kes

perundangan perubatan.

2.2.9 Meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini.

2.2.10 Menyediakan insfrastruktur dan tenaga kerja yang cukup untuk menjalankan

perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pelanggan.

3. STANDARD, GARIS PANDUAN DAN KRITERIA YANG MESTI DIPATUHI.

3.1 Pengurusan jenazah dan bedah siasat mengikut Garis Panduan / Pekeliling KKM

3.2 Garis panduan Pengendalian Jenazah / Mayat dengan selamat ( Safety Measures

in handling Infectious Cares ) mengikut Pekeliling KKM

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop perkhidmatan adalah mengikut tingkat keselamatan mortuary

4.2 Semua mortuary mesti mempunyai infrabstruktur dan peralatan bagi tingkat

Keselamatan III untuk menjalankan pemeriksaan kes yang mempunyai penyakit

jangkitan seperti Tuberculosis, Hepatitis, H1N1, HIV dan lain-lain.

4.3 Menyediakan tempat dan peralatan untuk mandi mayat / jenazah

4.4 Memberi perkhidmatan kenderaan jenazah / mayat dengan menggunakan

kenderaan Hospital

Page 13: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

13

5. WAKTU PERKHIDMATAN

5.1 Waktu perkhidmatan adalah mengikut tugas waktu pejabat.

5.2 Penolong Pegawai Perubatan ( Forensik ) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (

Forensik ) bertugas atas panggilan 24 jam.

6. PERMOHONAN PEMERIKSAAN MAYAT

6.1 Melalui borang Permohonan Pemeriksaan Mayat- Polis 61 yang dikeluarkan oleh

Pihak polis

7. BORANG PERMOHONAN UJIAN MAKMAL

7.1 Borang Permohonan bagi Pemeriksaan Forensik / Toksikologi

( Kimia 15-Pin. 2/2016)

7.2 Borang Perkhidmatan Patologi ( PER.PAT 301)

8. SPESIMEN / SAMPEL

8.1 Spesimen / sampel di ambil oleh Pakar Forensik / Pegawai Perubatan yang

menjalankan bedah-siasat tersebut.

8.2 Spesimen / sampel ini dilabel dan dipateri (seal) oleh Penolong Pegawai

Perubatan yang membantu prosidur bedah-siasat

8.3 Spesimen / sampel diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Polis dan

didokumentasikan di dalam Borang Penyerahan Spesimen oleh Penolong Pegawai

Perubatan bertujuan memelihara rantaian bukti.

Page 14: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

14

9. LAPORAN PERUBATAN.

9.1 Laporan bedah-siasat dihantar dengan kadar yang segera selepas selesai

proses bedah-siasat dilakukan ke Unit Rekod Hospital Parit Buntar.

9.2 Permohonan laporan lengkap bedah siasat oleh pihak waris atau pihak polis

mestilah berurusan dengan pegawai di Unit Rekod

9.3 Draf Laporan siap untuk ditaip dalam jangkamasa 2 minggu selepas bedah-

siasat.

9.4 Penangguhan sesuatu kes perbicaraan mestilah bukan disebabkan kelewatan

penyediaan laporan.

10. INFRANSTRUKTUR

10.1 Kaunter Pendaftaran dan Penerimaan mayat / jenazah.

10.2 Pejabat Pengurusan Unit Forensik, Bilik Perbincangan dan ruang tetamu

10.3 Peti simpanan mayat

10.4 Bilik bedah-siasat berhawa dingin.

10.5 Bilik solat jenazah

10.6 Stor peralatan Unit Forensik

10.7 Bilik salin pakaian, tandas dan bilik mandi untuk kakitangan

10.8 Tandas untuk waris / orang awam.

10.9 Bilik menunggu waris Islam dan Bukan Islam

10.10 Bilik rehat kakitangan dan ruang solat kakitangan

10.11 Komputer dan mesin cetak / fotokopi.

Page 15: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

15

11. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

11.1 Mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia

11.2 Menggunakan Personel Protective Equipment ( PPE ) semasa pengendalian

jenazah / mayat seperti apron / gown, sarung tangan, boot, penutup kepala, face

shield dan face mask.

11.3 Reka bentuk bangunan berkonsep perpisahan antara kawasan bersih dan kotor

(clean and dirty areas). Kawasan tersebut perlu dipisahkan oleh ‘transition zone’

persalinan pakaian / tandas / bilik bedah siasat.

11.4 Kawasan bersih adalah kawasan di dalam bangunan di mana PPE tidak perlu

dipakai seperti di kaunter, pejabat forensik dan bilik rehat / ruang solat

kakitangan.

11.5 Kawasan kotor adalah di ruang bilik bedah-siasat, tempat penyimpanan mayat

dan tandas di mana PPE perlu digunakan.

11.6 Sistem keselamatan memisahkan kawasan dalam dan luar bangunan:

Control Area – kawasan luar bangunan dikawal oleh Perkhidmatan

Penswastaan Pengawal Keselamatan 24 jam.

Secured Area – kawasan dalam bangunan yang di kawal oleh petugas yang

bertugas di Unit Forensik. Seperti di Bilik Bedah-siasat, Pejabat Forensik

dan peti simpanan mayat

Page 16: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

16

12. LAIN-LAIN

1. Hospital Tanpa Pakar Perubatan Forensik.

Di bawah tanggungjawab Pengarah hospital dengan dibantu oleh Penyelia Hospital

termasuk dalam aspek menjaga hal ehwal dan kebajikan petugas di mortuari

terutamanya Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan

Pegawai Perubatan ‘ atas panggilan pasif ‘ hendaklah dijadualkan bagi membantu

menjalankan bedah-siasat terutamanya selepas waktu bekerja ( selepas waktu

pejabat pada hari bekerja / cuti hujung minggu dan cuti umum ) sekiranya

diperlukan

Bedah-siasat hendaklah disegerakan dan diberi keutamaan sekiranya terdapat

permintaan daripada pihak waris

Bagi kes yang dibawa mati ke hospital ( BID ), bedah-siasat (sekiranya diperlukan)

akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan dari Jabatan Kecemasan & Trauma.(active

call 2)

Bagi kes kematian di wad, bedah-siasat klinikal ( sekiranya diperlukan ) akan

dilakukan oleh Pegawai perubatan yang terakhir merawat pesakit.

Pegawai Perubatan yang menjalankan bedah-siasat digalakkan menghubungi

Pakar Perubatan Forensik di Pusat Wilayah Perubatan Forensik / Negeri untuk

mendapatkan nasihat / konsultasi.

Surat Rujukan Kes kepada Pakar Perubatan Forensik hendaklah disediakan

sekiranya perlu dilakukan bedah-siasat mayat

Page 17: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

17

Walau bagaimanapun, terpulang kepada budibicara pengarah hospital untuk

memberi tanggungjawab bedah-siasat mayat bagi kes-kes kematian mediko-legal

kepada mana-mana jabatan / unit yang beliau fikir sesuai demi kepentingan

perkhidmatan dan pelanggan.

2. Senarai Kes-Kes Yang Perlu Dirujuk Kepada / Menghubungi Pakar

Perubatan Forensik

Kes Bunuh – homicides, suicides

Kematian yang mencurigakan

Mayat yang dijumpai dilokasi awam-tidak dapat dipastikan sebab / punca kematian

Kematian tanpa saksi – contoh kematian dilanggar lari

Semua kematian yang disyaki disebabkan oleh racun

Kematian kanak-kanak

Kematian akibat penderaan dan pengabaian kanak-kanak

Kematian dalam tahanan (mahkamah / polis )

Kematian dalam institusi ( sekiranya terdapat keraguan jenayah )

Kematian ibu mengandung

Kematian ‘anaesthetic’, ‘perioperative’ dan kemungkinan kecuaian hospital

Rangka manusia

Kematian warga asing

Kematian beramai-ramai ( contoh bencana ramai mangsa )

Mayat yang digali semula ( exhumation of dead bodies )

Page 18: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

18

PERATURAN-PERATURAN BAGI PENGURUSAN MAYAT-MAYAT DI

HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

A. KES KEMATIAN BIASA DI WAD / PESAKIT DALAM

Apabila seorang pesakit mati, Jururawat yang menjaga wad tersebut mesti

melaporkannya kepada Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Forensik

pada waktu berkerja atau Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Jabatan

Kecemasan dan Trauma selepas waktu berkerja.

1. Notifikasi kematian

Bilamana waris simati tiada di sisi pesakit sewaktu kematian, Jururawat yang

menjaga mesti memaklumkan kematian tersebut kepada waris bilamana nombor

telefon waris diketahui.

Sekiranya nombor telefon tidak diperolehi, Jururawat yang menjaga mesti

memaklumkan kepada pihak polis ( pondok / balai terdekat) meminta mereka

mencarikan waris simati.

2. Label Identifikasi ( Kad tagging )

Jururawat yang menjaga mesti menyediakan label identifikasi simati (label merah

untuk kes mediko-legal/biohazard dan label putih bagi kes biasa) dengan mengisi

keterangan yang releven dalam 2 salinan. Satu label mesti dilekatkan pada kain

pembalut mayat manakala satu lagi mesti diikat pada pergelangan tangan simati.

Bagi mayat yang positif ujian HIV atau penyakit mudah berjangkit, hendaklah dicop

“Biohazard” pada kedua-dua tag mayat simati.

Page 19: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

19

3. Permit Menguburkan

Bagi kes-kes yang mana pemeriksaan bedah-siasat tidak diperlukan, Jururawat

yang menjaga harus menyediakan permit menguburkan JPN LM 02 untuk

ditandatangani oleh Pegawai Perubatan bertugas.

Sebab kematian mesti dilengkapkan oleh Pegawai Perubatan bertugas dengan

memberikan sekali nama penuh, no kad pengenalan , tandatangan dan tarikh.

4. Penghantaran mayat ke Unit Forensik

Jururawat yang menjaga harus mengatur agar mayat dapat di hantar ke Unit

Forensik oleh Pembantu Perawatan Kesihatan wad atau Pembantu Perawatan

Kesihatan Unit Forensik atau kedua-duanya dengan kadar yang segera iaitu

selepas satu jam kematian disahkan.

Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Forensik (pada waktu berkerja)

atau yang menjaga Jabatan Kecemasan & Trauma (di luar waktu bekerja) mesti

mencatitkan penerimaan mayat dalam Buku Rekod Daftar Kematian.

B. KES KEMATIAN MEDIKOLEGAL DI WAD / PESAKIT DALAM.

1. Jururawat yang menjaga mesti memaklumkan kematian mediko legal kepada pihak

polis (pondok / balai polis yang berhampiran) dan juga kepada waris simati

sekiranya tiada waris di sisi ketika kematian. Masa kematian, tarikh dan masa

notifikasi, oleh siapa dan kepada siapa mesti dicatatkan di dalam rekod rawatan

simati.

Page 20: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

20

2. Jururawat yang menjaga mesti juga memaklumkan kematian tersebut kepada

Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Forensik (pada waktu bekerja)

atau Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Jabatan Kecemasan & Trauma

untuk Daftar Kemtian (selepas waktu pejabat) dan membuat langkah-langkah yang

berpatutan untuk menghantar mayat tersebut ke Unit Forensik.

3. Jururawat yang menjaga mesti menyediakan label identifikasi mayat yang berwarna

merah dalam 2 salinan. Satu salinan mesti dilekatkan pada kain pembalut mayat

manakala satu lagi diikat pada pergelangan tangan mayat. Bagi mayat yang positif

ujian penyakit HIV atau penyakit mudah berjangkit, hendaklah dicop “Biohazard”

pada kedua-dua tag mayat simati.

4. Dalam apa jua keadaan sekalipun, mayat sama sekali tidak boleh diserahkan

terus kepada waris dari wad.

C. KEMATIAN PESAKIT LUAR ATAU DI JABATAN KECEMASAN DAN

KEMALANGAN

1. Bilamana seorang pesakit telah meninggal di Jabatan Pesakit Luar atau Jabatan

Kecemasan & Trauma atau dalam perjalanan ke wad, prosidur penyerahan mayat

kepada waris bagi kes biasa dan kes Mediko-legal adalah sama seperti yang

diterangkan bagi kematian pesakit dalam (Rujuk Seksyen A dan B).

2. Sekiranya bedahsiasat perlu dijalankan, maka Pegawai Perubatan yang terakhir

merawat simati dikehendaki menjalankan bedahsiasat ke atas mayat simati.

3. Walaubagaimana pun, Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Jabatan

Pesakit Luar atau Jabatan Kecemasan & Trauma akan mengambil alih peranan

yang dimainkan oleh Jururawat yang menjaga seperti kes kematian pesakit dalam.

Page 21: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

21

D. PROSIDUR DI UNIT FORENSIK.

1. Penolong Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab (dalam waktu bekerja atau

selepas waktu bekerja) akan mencatatkan semua keterangan mengenai simati

dalam buku daftar kematian semasa penerimaan. Pastikan borang Permit

menguburkan yang diterima telah dilengkapkan sepenuhnya oleh Pegawai

Perubatan yang menjaga simati di dalam wad.

2. Mayat mesti disimpan dalam ruang peti sejuk di Unit Forensik berdasarkan agama

simati. Tag mayat yang terdapat pada kain pembalut mayat hendaklah

ditanggalkan dan diletakkan pada pintu peti mayat simati yang berkenaan.

3. Bagi mayat dengan cop “Biohazard” pada tag mayat, hendaklah

dimaklumkankepada Inspektor Kesihatan untuk pengurusan mayat sebelum

diserahkan kepada waris.

4. Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Forensik hendaklah mencatit

harta / barang kemas simati di dalam Borang Pemberitahuan Kes Kematian

sekiranya ada sebelum diserahkan kepada waris simati (kes kematian biasa) atau

kepada Pegawai Penyiasat (bagi kes Polis).

5. Penolong Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab mestilah memberitahu doktor

yang menjaga simati ketika di dalam wad setelah pegawai penyiasat polis tiba dan

mengeluarkan arahan bedahsiasat (Pol 61).

6. Doktor yang menjaga pesakit tersebut mesti berbincang dengan Pakar Forensik

untuk menentukan tarikh dan masa bedah-siasat akan dilakukan. Bagi kes mediko-

lolegal yang tidak rumit, doktor yang menjaga pesakit itu sendiri yang akan

menjalankan bedah-siasat. Bagi kes mediko-legal yang rumit (seperti kes disyaki di

bunuh atau dera) Pakar Forensik akan menjalankan pemeriksaan bedah-siasat

tersebut .

Page 22: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

22

7. Selepas pemeriksaan bedah-siasat, doktor atau Pakar Forensik yang menjalankan

pemeriksaan tersebut akan menulis sebab kematiannya dan menandatangani

permit menguburkan dalam 2 salinan.

8. Mayat yang telah siap menjalani bedah-siasat akan disimpan semula ke dalam peti

sejuk di Unit Forensik sehingga ianya dituntut oleh warisnya dan mesti mendapat

kebenaran bertulis pihak Polis yang menyatakan tiada halangan untuk mayat

diserahkan.

E. KUNCI UNIT FORENSIK

Kunci Unit Forensik seharusnya ada dua sahaja. Satu kunci dipegang oleh

Penolong Pegawai Perubatan yang menjaga Unit Forensik pada setiap masa.

Kunci ke dua mesti disimpan dalam Peti Kunci di Bilik Telefonis selepas waktu

bekerja. Setiap kali kunci diambil, petugas mesti merekodkan butir-butir pengambil

kunci untuk tujuan keselamatan.

F. KES KEMATIAN KETIKA TIBA DI JABATAN KECEMASAN DAN TARUMA

(DEAD ON ARRIVAL) ATAU DIBAWA MATI KE HOSPITAL (BROUGHT IN

DEAD).

Apabila seseorang pesakit yang dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma telah

disahkan mati ketika sampai, prosedur berikut perlu dipatuhi.

Sekiranya mayat tersebut dibawa oleh pihak polis, Penolong Pegawai Perubatan

yang menjaga Jabatan Kecemasan dan Trauma mesti merekodkan butir-butir si

mati di dalam Buku Daftar Kematian dan menerima bersama Borang Permintaan

Pemeriksaan Mayat Polis 61. Dapatkan maklumat dari Pegawai Penyiasat Polis

jenis / kategori kes tersebut.

Page 23: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

23

Sekiranya mayat tersebut dibawa oleh seseorang selain dari pihak polis, Penolong

Pegawai Perubatan yang menjaga mesti juga mengambil keterangan diri si

pembawa.

Doktor yang bertugas ketika itu perlu melakukan pemeriksaan awal dan

mengesahkan kematian. Sebarang rawatan resusitasi perlu direkodkan di dalam

kad rawatan .

Sekiranya simati diketahui mengidap penyakit biasa yang boleh menyebabkan

kematiannya (seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya)

dan simati disyaki telah mati akibat penyakit tersebut , maka kes kematian tersebut

dilapor kepada balai polis berhampiran dengan syarat doktor yang melakukan

pemeriksaan awal tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah sebab kematian yang

mencurigakan. Pihak Polis boleh mengeluarkan Permit Menguburkan dan Borang

Daftar Kematian JLN LM 02 (Pin 1/11)

Sekiranya simati tiada dokumen pengenalan diri atau mati dengan sebab yang

tidak diketahui atau mati disyaki akibat perbuatan jenayah, maka Penolong

Pegawai Perubatan atau Doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma

mesti melaporkan kematian tersebut di balai / pondok polis yang berdekatan

bertujuan untuk mencari waris simati dan / atau mengeluarkan arahan bedahsiasat

medikolegal.

Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat Masyarakat yang bertugas di di Jabatan

Kecemasan & Trauma kemudiannya perlu menyediakan label identifikasi simati

dalam 2 salinan mengikut warna yang bersesuaian dengan kes. Satu label perlu

dilekatkan pada kain pembalut mayat manakala satu lagi diikat pada pergelangan

tangan.

Sekiranya status jangkitan virus HIV atau penyakit mudah berjangkit di ketahui,

hendaklah dicop “Biohazard”pada kedua-dua salinan tag mayat sebelum di hantar

mayat ke Unit Forensik.

Page 24: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

24

Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai prosedur pengurusan kematian,

doktor atau Penolong Pegawai Perubatan harus berbincang dengan Pakar Patologi

/ Forensik yang menguruskan perkhidmatan Forensik di hospital / negeri

berkenaan.

G. PROSIDUR BEDAH-SIASAT MEDIKOLEGAL.

Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Forensik perlu memastikan

bahawa Pegawai Penyiasat Polis telah memgeluarkan Borang Permintaan

Pemeriksaan Mayat (Polis 61).

Penolong Pegawai Perubatan hendaklah memaklumkan kepada Pegawai

Perubatan yang berkenaan mengenai kes kematian yang perlu dibedah-siasat

setelah menerima Borang Permintaan Pemeriksaan Mayat (Polis 61).

Penolong Pegawai Perubatan yang membantu prosidur bedah-siasat menyediakan

dokumen berkaitan seperti Deraf Bedah-siasat, Borang Daftar Kematian dan Permit

Menguburkan JPN LM 02 (Pin 1/11), Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai

Sebab-Sebab Kematian (Post-Mortem ) JPN LM 10, Borang Kimia 15, Borang

Makmal Patologi, bekas spesimen berkaitan, label dan Borang Penyerahan

Spesimen.

Sebelum menjalankan bedahsiasat medikolegal, Pegawai Perubatan dikehendaki

untuk menemuduga Pegawai Penyiasat Polis serta waris simati (sekiranya perlu)

untuk mendapatkan sejarah ringkas berkaitan dengan kejadian atau peristiwa

sebelum simati meninggal dunia

Pengecaman mayat simati oleh waris dan Pegawai Penyiasat Polis hendaklah

dilakukan di hadapan Pegawai Perubatan yang akan menjalankan bedah-siasat.

Page 25: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

25

Semua kakitangan yang terlibat dengan bedah-siasat dikehendaki memakai pakai

pelindung, penutup muka, sarung tangan getah, but panjang getah dan

mengamalkan langkah-langkah keselamatan universal semasa menjalankan

bedah-siasat. Pastikan Pegawai Penyiasat Polis dan Jurugambar Polis yang turut

hadir semasa bedah-siasat memakai pakaian pelindung yang sama.

Pakaian simati ditanggalkan dan keadaanya dicatit di dalam deraf bedah-siasat.

Sekiranya terdapat harta / barang kemas, ianya juga perlu direkodkan dalam deraf

bedahsiasat.

Bahagian luaran tubuh mayat diperiksa dan catit semua tanda-tanda kecederaan

dan penyakit (sekiranya ada). Catitan mengenai kecederaan hendaklah

merangkumi jenis kecederaan, lokasi kecederaan, ukuran panjang / lebar /

kedalaman kecederaan, samada kecederaan baru atau lama dan sebagainya.

Pegawai Perubatan hendaklah menyelia Jurugambar Polis akan gambar-gambar

kecederaan yang perlu diambil dan pastikan terdapatnya label dengan nombor

rujukan bedah-siasat bagi setiap gambar kecederaan pada mayat yang diambil.

Pemeriksaan organ-organ dalaman mayat hendaklah dijalankan dengan teliti dan

menyeluruh untuk mengenalpasti tanda-tanda kecederaan dan / atau penyakit

Cebisan tisu organ untuk pemeriksaan Histopatologi hendaklah diambil dan

dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi cecair pengawet formalin 10%..

Spesimen rambut / darah / kuku / air kencing (sekiranya perlu) hendaklah diambil

dan diserah kepada Pegawai Penyiasat Polis untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia

Malaysia.

Penolong Pegawai Perubatan hendaklah memastikan borang-borang permohonan

ujian makmal / Jabatan Kimia dipenuhi dengan sempurna dan ditandatangani oleh

Pegawai Perubatan yang menjalankan bedah-siasat.

Page 26: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

26

Selepas bedah-siasat, Pembantu Perawatan Kesihatan hendaklah menjahit mayat

dengan kemas dan teliti agar darah / cecair tubuh tidak meleleh keluar semasa

mayat mandi kapan oleh pihak waris simati. Lain-lain luka kecederaan hendaklah

juga dijahit dengan kemas. Selepas dijahit, mayat hendaklah dibersihkan sebelum

disimpan semula ke dalam peti sejuk mayat atau diserah kepada waris untuk

urusan pengkebumian.

Pegawai Perubatan hendaklah melengkapkan deraf bedahsiasat dan

menandatangani JPN LM 02 (Pin 1/11), JPN LM 10 untuk upacara pengkebumian

dan pendaftaran kematian di Jabatan Pendaftaran Negara.

Kesemua pakaian, harta / barang kemas dan spesimen yang diperolehi daripada

mayat simati hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Polis dan catit

dalam Borang Penyerahan Spesimen.

Penolong Pegawai Perubatan hendaklah memastikan Pegawai Penyiasat Polis

telah menandatangani Borang Akuan Penyerahan Jenazah / Mayat dan Spesimen

setelah selesai semua urusan bedah-siasat.

H. PENGENDALIAN SPESIMEN BEDAH-SIASAT

1. Spesimen-spesimen yang diambil oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Patologi /

Forensik semasa menjalankan bedah-siasat akan dimasukkan ke dalam bekas /

botol yang bersesuaian.

2. Penolong Pegawai Perubatan akan melabel bekas / botol tersebut dengan

butiran simati seperti nama, nombor bedah-siasat, jenis spesimen, nombor repot

polis dan tarikh spesimen diambil.

Page 27: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

27

3. Bagi kes mediko legal, Penolong Pegawai Perubatan akan meteri penutup bekas

/ botol spesimen di hadapan Pegawai Perubatan / Pakar bersama dengan

Pegawai Penyiasat polis

4. Pastikan borang permintaan ujian makmal diisi dengan lengkap sebelum ianya

diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Polis bersama-sama dengan spesimen

yang akan dihantar untuk analisa di Jabatan Kimia Malaysia.

5. Spesimen yang diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Polis hendaklah

direkodkan dalam Borang Penyerahan Spesimen.

6. Bagi spesimen yang perlu dihantar ke makmal Patologi di Hospital Kerajaan,

Penolong Pegawai Perubatan hendaklah memastikan borang permintaan ujian

bersama dengan spesimen dihantar ke makmal yang berkaitan. Sila catit dalam

buku serah menyerah semasa spesimen tersebut dihantar untuk ujian di makmal

yang berkaitan demi memastikan “chain of custody” tidak terputus.

I. PENYERAHAN MAYAT

A. KES KEMATIAN BIASA WAD / JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

1. Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas waktu pejabat di Unit Forensik

atau Penolong Pegawai Perubatan bertugas di Jabatan Kecemasan

dan Taruma (diluar waktu pejabat) bertanggungjawab menyerahkan mayat

kepada waris. Urusan penyerahan jenazah / mayat mesti melalui Unit

Forensik.

2. Penolong Pegawai Perubatan dikehendaki membawa waris untuk

mengecam semula mayat dan seterusnya melengkapkan dan

menandatangani perakuan penerimaan / pengecaman mayat di dalam

Buku Daftar Kematian dan di Permit Menguburkan.

Page 28: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

28

3. Harta / barang kemas simati hendaklah diserah kepada waris dan catit

serah menyerah di dalam Borang Pemberitahuan Kes Kematian.

4. Bagi kes kematian yang disahkan penghidap jangkitan HIV, Inspektor

Kesihatan akan dipanggil untuk menyelia urusan mandi kapan mayat

sebelum mayat diserah kepada waris.

5. Mayat diserah kepada waris untuk urusan pengkebumian bersama-sama

dengan Permit Menguburkan, Borang JPN LM 02 (Pin 1/11) dan JPN LM

09.

6. Segala urusan mandi kapan dan pengangkutan jenazah / mayat adalah

tanggungjawab waris. Unit Forensik menyediakan tempat mandi kapan

jenazah sekiranya waris ingin melakukannya sebelum menuntut mayat.

Kos mandi kafan jenazah dan menyediakan tukang mandi kafan jenazah

serta peralatannya adalah menjadi tanggungjawab pihak waris.

Perkhidmatan pengawetan mayat tidak dijalankan di hospital kerajaan

7. Sekiranya pihak waris memerlukan kenderaan jenazah / mayat hospital,

Penolong Pegawai Perubatan yang menyelia pengurusan kes kematian

tersebut boleh menghubungi Jabatan Kecemasan & Trauma untuk urusan

tempahan kenderaan tersebut. Seterusnya pihak waris perlu

membuat bayaran sewa kenderaan di Jabatan Pesakit Luar ( waktu

pejabat ) atau di Jabatan Kecemasan & Trauma ( selepas waktu pejabat).

Caj kenderaan jenazah adalah mengikut Akta Fi 1954. PERINTAH FI (

PERUBATAN ) ( PINDAAN ) 2003

8. Bagi jenazah / mayat warganegara asing, kenderaan jenazah / mayat

hospital hanya akan diberi kelulusan tertakluk atas budi bicara Pengarah

Hospital. Walaubagaimanapun, keutamaan diberi kepada kes kematian

warganegara Malaysia

Page 29: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

29

B. KES KEMATIAN MEDIKO LEGAL WAD / JABATAN KECEMASAN &

TRAUMA

1. Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat yang bertugas mesti

melaporkan kematian tersebut kepada pihak polis untuk urusan bedah-

siasat.

2. Urusan penyerahan mayat adalah sama seperti penyerahan mayat kes

kematian biasa tetapi hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis dari

pihak polis yang membenarkan mayat diserahkan kepada waris.

C. KES KEMATIAN DARI LUAR HOSPITAL

1. Prosidur penyerahan mayat adalah sama seperti urusan penyerahan

mayat kes mediko legal dari wad / Jabatan Kecemasan & Trauma.

2. Pihak waris perlu membuat laporan polis untuk melaporkan kes kematian

tersebut. Sekiranya kematian tersebut tidak melibatkan kes mediko-

legal dan pihak polis berpuas hati dengan hasil siasatan serta keterangan

waris, pihak polis boleh mengeluarkan Permit Menguburkan dan

Daftar Kematian JPN LM 02 (Pin 1/11).

D. MAYAT TIDAK DITUNTUT

1. Mayat orang Islam yang tidak dituntut oleh waris dalam tempoh 72 jam

akan dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Daerah untuk urusan

pengkebumian.

2. Mayat orang bukan Islam yang tidak dituntut oleh waris dalam tempoh 14

hari akan di uruskan pengkebumiannya oleh pihak hospital atau

dimaklumkan kepada persatuan agama simati untuk urusan pengkebumian.

Page 30: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

30

3. Mayat tanpa identiti dan tidak dituntut dalam tempoh 14 hari akan

diuruskan pengkebumiannya oleh pihak hospital atau badan-badan

keagamaan. Bagi kes Polis, pastikan Pihak Polis telah menyerahkan surat

yang menyatakan bahawa waris simati tidak dapat dikesan dan tiada

halangan pihak hospital menguruskan pengkebumian smati.

E. MAYAT JANIN DAN ANGGOTA BADAN

1. Prosidur waris / pesakit menuntut mayat janin atau anggota badan adalah

sama seperti urusan penyerahan mayat dari wad / Jabatan Kecemasan &

Trauma

F. MAYAT WARGANEGARA ASING

1. Pastikan dokumen-dokumen seperti berikut telah disempurnakan bagi

mayat warganegara asing yang ingin dituntut;

Paspot simati

Surat pengesahan majikan

Surat kedutaan yang mewakilkan pihak ketiga untuk menuntut mayat

bagi urusan pengkebumian di dalam negeri atau untuk urusan

ekspot mayat ke negara asal simati.

Surat kelulusan eksport mayat ke luar negara dari Pejabat Kesihatan

Daerah ( Penolong Pegawai Persekitaran dan Kesihatan )

2. Mayat dicam semula oleh waris atau majikan dan lengkapkan bahagian

pengecaman mayat di dalam Rekod Daftar Kematian dan Permit

Menguburkan

Page 31: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

31

4. Serah mayat bersama Pasport, Permit Menguburkan, Sijil kematian

dan lain-lain dokumen berkaitan kepada pihak ketiga yang menuntut

mayat.

5. Mayat warganegara asing yang tidak dapat dikenalpasti identitinya TIDAK

dibenarkan untuk diekspot keluar negara.

Page 32: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

32

LAPORAN TAHUNAN 2018

UNIT FORENSIK HOSPITAL PARIT BUNTAR

BIL PERKARA JAN FEB MAC APRIL MEI JUN

JUMLAH

A JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

JUMLAH

B

JUMLAH

A + B

1 Kes bedah siasat ( Post Mortem ) 3 6 14 7 9 9 48 13 6 12 7 11 7 56 104

2 Kes Post Mortem oleh Pakar Forensik 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

3 Kes Post Mortem oleh Pegawai Perubatan 3 6 14 7 9 9 48 13 6 12 7 11 7 56 104

4 Kes Kematian di A&E (ED) 6 2 7 1 4 8 28 5 4 5 3 3 1 21 49

5 Kes Kematian di Wad (RN) 11 16 13 12 11 12 75 14 14 12 14 12 9 75 150

6 Kes Suicide ( Bunuh Diri ) 0 0 1 1 0 0 2 1 0 1 1 0 0 3 5

7 Kes BID 7 7 15 8 13 7 57 13 13 12 12 12 8 70 127

8 Mayat tidak dituntut melebihi 2 minggu 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 1

9 FSB / MSB 0 1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 2

*** JPN LM02 yang dikeluarkan oleh Polis 4 1 1 1 4 1 12 1 7 1 5 2 1 17 29

STATISTIK JUMLAH PENGURUSAN KES KEMATIAN YANG DIKENDALIKAN UNIT FORENSIK HOSPITAL PARIT BUNTAR 2018

Page 33: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

33

STATISTIK PENGENDALIAN PENGURUSAN KES KEMATIAN MENGIKUT

PECAHAN KAUM JANUARI – DISEMBER 2018

Bil Bangsa Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis Jumlah

1 MELAYU 15 21 24 14 26 20 22 24 24 20 23 13 246

2 CINA 3 2 10 3 0 5 6 2 3 5 1 1 41

3 INDIA 5 3 0 3 1 2 3 4 2 2 4 1 30

4 W/ ASING 1 0 1 1 1 0 0 0 1 2 0 3 10

5 LAIN-LAIN 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 0 2

Page 34: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

34

STATISTIK / GRAF PENGENDALIAN PENGURUSAN KES BEDAH SIASAT MENGIKUT PECAHAN

KAUM DARI JANUARI – DISEMBER 2018

BIL Bangsa JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH

1 MELAYU 1 5 9 5 8 5 4 3 8 3 9 3 63

2 CINA 0 1 4 1 0 4 5 1 3 2 1 0 22

3 INDIA 1 0 0 0 0 0 3 2 1 0 1 1 9

4 WARGA ASING 1 0 1 1 1 0 0 0 0 2 0 3 9

5 LAIN-LAIN 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1

Page 35: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

35

STATISTIK / GRAF PEMERIKSAAN BEDAH SIASAT MAYAT

JANUARI – DISEMBER 2018

BIL Perkara JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH

1

Pemeriksaan Luaran

(external) 0 5 13 5 7 6 5 6 11 4 7 3 80

3 1 1 2 2 3 8 0 1 3 4 4 32

2

Pemeriksaan Dalaman

(internal)

Page 36: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

36

STATISTIK / GRAF BEDAH SIASAT MEDIKO LEGAL MENGIKUT

PECAHAN KES TAHUN 2018

Jenis Kes Pemeriksaan

Luaran (external)

Pemeriksaan

Dalaman ( Internal)

Kemalangan jalanraya 39 3

Kemalangan Indusrti

(elektrik)

1 0

Kemalangan industry (jatuh

bumbung)

0 1

Mati Lemas 5 0

Natural 25 23

Bunuh Diri (Gantung) 0 4

Bunuh Diri (terjun jambatan) 1 0

Undertermined 0 1

JUMLAH 80 32

Page 37: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

37

STATISTIK / GRAF PERBANDINGAN PENGENDALIAN KES DARI TAHUN 2012 - 2018

TAHUN BID POSTMORTEM KEMATIAN (RN)

WAD / A&E

2012 91 78 87

2013 97 75 111

2014 116 82 112

2015 125 111 136

2016 115 92 146

2017 130 115 182

2018 127 104 199

Page 38: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

38

STATISTIK / GRAF KES KEMATIAN PESAKIT DALAM DI A&E DAN WAD-WAD

JANUARI – DISEMBER 2018

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis Jumlah

A&E 6 2 7 1 4 8 5 4 5 3 3 1 49

WAD 11 16 13 12 11 12 14 14 12 14 12 9 150

Page 39: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

39

DATA STATISTIK / GRAF BAGI KES KEMATIAN PESAKIT DALAM (RN) A&E / WAD

BAGI TAHUN 2012 – 2018

A&E WAD JUMLAH

2012 46 41 87

2013 44 67 111

2014 37 75 112

2015 29 107 136

2016 49 97 146

2017 58 124 182

2018 49 150 199

Page 40: Maklumat dan Laporan Tahunan 2018 UNIT FORENSIK …

40

DATA STATISTIK / GRAF BAGI JUMLAH PENGURUSAN KES KEMATIAN

BAGI TAHUN 2012 – 2018

JUMLAH

2012 178

2013 208

2014 228

2015 261

2016 261

2017 312

2018 326