unit 5

Upload: norsasulawati-mohd-suhaimi

Post on 12-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    1

    UNIT 5

    PENULISAN MENTALIS

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Penulisan mentalis. 2. Peringkat pengajaran mentalis 3. Kemahiran menulis karangan

    PENGENALAN

    Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah latihan m,enyatakan fikiran atau pendapat, latihan menyatakan perasaan, latihan menyatakan kehendak, dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

    ISI KANDUNGAN

    Peringkat Menulis untuk Pelahiran

    Setelah menguasai beberapa aspek penulisan mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu yang berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-muhd itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai, menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi dan sebagainya.

    W.M. Rivers menyenaraikan lima peringkat pengajaran menulis secara mental, iaitu:

    a) Menyalin dan meniru (copying) b) Menghasilkan semula (reproduction) c) Menggabung (recombination) d) Penulisan berpandu e) Penulisan bebas

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    2

    Menyalin dan Meniru

    Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karangan lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing. Semasa meniru, murid mendapat kesan yang mendalam tentang gaya penulisan yang ditiru oleh mereka. Seelok-eloknya bahan yang ditulis itu menarik minat murid dan bermakna kepada mereka. Contohnya, menyalin seni kata lagu, Resipi masakan, sajak, arahan bagi melakukan atau memainkan sesuatu permainan, dan kata-kata hikmat.

    Menghasilkan Semula

    Latihan peringkat ini melibatkan murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan. Bahan itu boleh didapati dengan cara guru memberi kepada murid-murid atau menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid. Menggabungkan

    Latihan yang dibuat berkaitan dengan bahan-bahan yang telah dipelajari dan apabila menulisnya, murid melakukan ubah suai sehingga perlu. misainya latihan transformasi ayat, latihan menggabungkan ayat, menjawab soalan-soalan yang berbentuk perenggan penulisan dan latihan menulis semula cerita yang diperdengarkan dengan sedikit ubahsuai.

    Penulisan Berpandu

    Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya, menyudahkan cerita, melengkapkan perenggan-perenggan, menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan di peringkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.

    Penulisan Bebas

    Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat masing-masing, Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan, misaInya susunan mengikut kronologi, mengikut fakta perbandingan, susunan sebabakibat dan penerangan tentang sesuatu.

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    3

    Kemahiran Menulis Karangan

    Dalam kegiatan mengarang, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diajar dan diberi kesedaran kepada pelajar. Antaranya yang penting ialah cara mengarang yang melibatkan beberapa peringkat dan proses tertentu.

    Proses Menulis Karangan

    Mengikut pendapat Murray (1968), Golub (1969), dan Carlson (1970), ada tujuh bahagian besar di dalam sesuatu proses penulisan. Proses ini ialah: 1. Persediaan untuk menulis

    Persediaan ini datangnya daripada pengalaman, benda, gambar, perbincangan atau daripada, sesuatu yang menimbulkan minat.

    2. Mengingat balik apa pengalaman yang dirasai Murid-murid perlu diberi masa untuk mengetahui apa yang boleh mereka tulis berkenaan dengan pengalaman dan pemerhatian yang mereka telah lalui itu.

    3. Masalah kreatif Murid mencari bahan penulisan dan idea, atau membuat hipotesis. Mereka juga akan cuba menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan mereka.

    4. Perbincangan secara lisan Murid-murid akan cuba berbincang secara lisan dengan kawan sebaya tentang tajuk dan isi yang telah mereka kurnpulkan itu.

    5. Perbincangan selepas menulis draf pertama Murid akan berbincang lagi setelah menulis draf karangannya. Dia sendiri akan memikir apa yang patut dibuang atau ditambah. Mereka boleh mendapatkan fikiran daripada guru atau rakan sebayanya tentang apa yang harus dibuang atau yang perlu diperbaiki.

    6. Membentangkan karangan secara lisan, Murid dirangsang membaca isi karangan kepada ramai. Aktiviti ini membayangkan bahawa sesebuah karangan ialah hasil pertuturan dan penulisan. Di sini pendengar-pendengar akan mengesyorkan beberapa hal baru yang perlu diambil perhatian seperti penggunaan perkataan, ejaan atau idea baru.

    Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan diparnerkan untuk ramai. Pada peringkat inilah akan timbul rasa gembira di dalam hati murid-murid kerana aktiviti karangannya diberi tempat untuk mendapatkan perhatian dan penilaian yang sewajamya

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    4

    Peringkat-peringkat Menulis Karangan

    Pada aranya, terdapat tiga peringkat proses menulis atau mengarang. Ruggiero (1981) membahagikannya kepada perancangan (planning), menulis (writing), dan meyunting (editing). Manakala McCrimon (1980) membahagikan proses menulis kepada pra penulisan (prewriting), menulis (writing) dan menulis semula (rewriting). Daripada dua jenis pembahagian tersebut, dapat disimpulkan bahawa dalam penulisan atau mengarang sesebuah karangan atau esei, pelajar harus menjalani tiga peringkat penulisan sebelum sesebuah karangan itu dapat dihasilkan.

    Aspek ini jarang sekali dinyatakan oleh guru kepada pelajar apabila mengajar menulis karangan. Mereka dianggap tahu akan segala yang perlu dilakukan untuk menyiapkan sesebuah karangan yang harus terdiri daripada pengenalan, isi dan kesimpulan. Pelajar perlu mengetahui apa yang berlaku dalam masa sesuatu penulisan dijalankan bagi membolehkan pelajar menghasilkan karangan yang baik. Ini adalah kerana mengikut Ruggiero (1981:5):

    Whenever you ignore or skip on any of the three stages of composition, you ruin the risk of producing a rambing or shallow or confusing or boring insulting composition.

    Walau bagaimanapun, dalam penulisan khususnya karangan, peringkat-peringkat menulis yang lazimnya digunakan adalah seperti yang berikut: Peringkat Pertama: Pra penulisan

    Mengikut Wilma dan David Ebbitt (1978:5): Prewriting is discovering what you think and feel about your subject, it's finding the perspective from which you'll write about it. It includes whatever goes on before you make the purposeful effort to produce a first draft. Daripada pernyataan tersebut, senarai kegiatan yang berikut dapat dijalankan di dalam kelas sebagai aktiviti peringkat pra penulisan;

    1. melampas otak (branstorming) isi atau idea sesuatu tajuk yang dipilih 2. Perbincangan dalam kumpulan kecil atau keseluruhan kelas 3. Membuat pembacaan dan rujukan serta mengambil nota di perpustakaan atau

    daripada sumber-sumber lain 4. Membuat rangka kasar tentang apa yang hendak ditulis 5. Mencari pendekatan yang sesuai bagi menyampaikan isi Atau idea. Peringkat Kedua: Menulis

    Pada peringkat menulis, kerja menulis dengan terperinci tentang rangka isi yang dibuat di peringkat pertama. dijalankan. Pada peringkat ini, pelajar hendaklah digalakkan menulis apa sahaja yang terlintas dalam kepala mereka tentang idea

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    5

    atau idea yang dirangka tadi. Secara ringkas, kaedah penulisan pada peringkat ini, melibatkan perkara-perkara yang berikut: 1. Memberi bukti atau alasan untuk menyokong kenyataan-kenyataan yang dibuat. 2. Membina dan mengembangkan isi yang kecil menjadi isi utama. 3. Menghubungkan ayat dan membuat perenggan untuk memperluaskan

    kesinambungan idea atau isi. 4. Membentuk ayat yang konkrit dan jelas bagi menggambarkan sesuatu isi atau

    idea. 5. Memberi tanda baca yang sesuai bagi memperlihatkan atau menjelaskan

    maksud. 6. Merancang tajuk, pengenalan dan penutup yang berkesan. Peringkat Ketiga: Penulisan Semula

    Peringkat terakhir dalam proses penulisan ialah penulisan semula dan menyunting. Peringkat menulis semula memerlukan si penulis memeriksa atau menyernak apa yang telah dituliskan dan mempertimbangkan di mana dan bagaimana draf pertama dapat diperbaiki. Sehubungan dengan itu, Ruggiero (1981:313), memberi pandangan yang serius tentang kerja-kerja menulis semula. Beliau menganggap peringkat menulis semula ini sebagai: ... a purposeful activity - a searching, critical inspection of your work designed to reveal its weaknesses and eliminate them.

    Lazimnya, peringkat menyunting ini kurang sekali diberi perhatian oleh para pelajar meskipun pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi. Ini mungkin kerana sedikit atau tiada langsung perhatian yang diberikan kepada aspek itu pada peringkat sekolah menengah. Ini disebabkan kerja-kerja menyunting atau menulis semula tidak dianggap sebagai sebahagian daripada keseluruhan proses menulis. Kerja-kerja penyuntingan yang boleh dilakukan oleh para membaca sekah imbas apa yang telah dibuat sebelum karang itu dihantar kepada. guru.

    Keadaan ini bertentangan dengan Ruggiero (1981:313) yang berpendapat: Editing is not a separate act apart from the writing process, but an integral part of the process, the culmination of it, the step that turns a rough piece of writing into a polished one.

    Pada amnya, kerja penyuntingan atau penulisan semula, bukan bermakna menambah perkara-perkara baru sahaja. Tugas ini juga bermakna mengubah, memotong dan menyusun semula atau melakukan sesuatu yang perlu untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang mungkin ada dan menulis semula. Kegiatan-kegiatan yang terlibat di peringkat ini, adalah seperti yang berikut: 1. Membetulkan penggunaan tanda baca, ejaan perkataan dan frasa. 2. Memotong atau menambah isi, idea atau fakta. 3. Memenuhi ruang untuk mewujudkan kelancaran idea atau pemikiran. 4. Menyusun semula ayat dan perenggan. 5. Menyernak kesesuaian penggunaan tajuk, isi, pengenalan dan penutup.

  • KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

    6

    Soalan-soalan

    1. Terdapat tiga peringkat dalam proses menulis atau mengarang. Jelaskan peringkat tersebut berserta contoh yang sesuai.

    RUJUKAN

    Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.

    Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning. London: Thousand Oak, Clif: Chapman.

    Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill.

    Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.