polibridget unit 5

Upload: ahmad-wafiuddin

Post on 29-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    1/53

    R1001 / UNIT 5/1

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Objektif am :

    Mengetahui pengurusan diri dan jati diri Memahami kaedah-kaedah komunikasi berkesan Aplikasi kemahiran perkhemahan jati diri

    Objektif khusus :

    Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

    menyatakan jenis-jenis komunikasi mengenal kaedah-kaedah komunikasi dan kepentingannya mengetahui tatacara perkhemahan dan cara memasang khemah

    UNIT 5

    OBJEKTIF

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    2/53

    R1001 / UNIT 5/2

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    5.1 K ONSEP PENGURUSAN DIRI

    Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan,

    penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat perancangan, perkara-

    perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan matlamat dan objektif serta

    pembentukan strategi dan dasar. Di peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti

    menstruktur hierarki pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan

    tatacara bekerja. Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan

    dan motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di

    peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-tiga proses

    di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan.

    Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri,

    dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang

    anda. Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri

    anda, anda mungkin menjadi cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima

    maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi,

    anda merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta

    mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu melihat diri

    anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat

    keputusan kerjaya.

    INPUT

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    3/53

    R1001 / UNIT 5/3

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    5.2 PENGURUSAN KENDIRI

    Pengurusan kendiri bolehlah dikatakan sebagai satu proses di mana anda

    menganggap diri anda sendiri sebagai sebuah organisasi yang harus anda

    rancang, arahkan dan kawal dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

    Pengurusan masa

    Tidak dinafikan bahawa alam persekolahan adalah alam yang amat

    menyeronokkan. Jadi tidaklah menghairankan apabila ramai di antara mereka

    yang telah berjaya di peringkat tinggi atau telah bekerja, ingin belajar lagi.

    Namun demikian, keseronokan belajar

    semasa usia muda dan semasa usia

    yang telah meningkat agak berlainan

    sekali. Cabaran dan saingan di alam

    pembelajaran amatlah menyukarkan.

    Ada diantara rakan anda merasakan diri

    mereka tidak boleh menyaingi anda yang

    lebih pandai daripada mereka, ada yang sukar untuk memahami apa yang diajar

    oleh pensyarah, suka berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada

    pelajaran. Keadaan ini akan wujud sikap 'rendah diri' dalam diri rakan anda

    terhadap masalah yang rakan anda timbulkan. Bagi mengelakkan sikap rendah

    diri ini terjadi pada anda, anda sepatutnya bertanyakan pada diri anda:

    mengapa saya ke politeknik? apa yang aku mahu dapat di politeknik? pentingkah aku ke politeknik? adakah aku seronok di politeknik? apa yang ada di politeknik yang menyeronokkan aku?

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    4/53

    R1001 / UNIT 5/4

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan sahsiah aku? adakah aku ke politeknik untuk lulus peperiksaan semata-mata? adakah aku ke politeknik kerana terpaksa? adakah politeknik membosankan aku? adakah politeknik membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum?

    Setelah anda menjawab soalan di atas, adakah cukup hanya sekadar dimulut

    sahaja atau anda perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasinya.

    Oleh itu, untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda sebagai pelajar seharusnya

    tahu bagaimana cara menguruskan disiplin masa di samping mempunyai strategi

    pembelajaran yang berkesan.

    Setiap manusia diperuntukkan dengan 24 jam sehari untuk menguruskan

    kehidupan hariannya. Anda juga tidak

    terkecuali dalam urusan untuk menguruskan

    masa 24 jam sehari ini dalam kehidupan

    seharian anda sebagai seorang pelajar.

    Malahan proses pembelajaran memerlukan

    disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik

    dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat

    lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik.

    Antara yang perlu anda fikirkan adalah:

    adakah anda mempunyai jadual waktu harian dan mingguan berapakah peruntukkan masa anda untuk belajar dalam waktu harian atau

    mingguan

    bilakah masanya untuk anda bersukan atau beriadah bagaimana dengan aktiviti bersama keluarga anda

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    5/53

    R1001 / UNIT 5/5

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan

    Contoh jadual pengurusan masa seorang pelajar:

    Masa Aktiviti

    6.00 pagi Bangun, mandi, bersiap untuk solat/bersenam, bersiap untuk ke

    politeknik

    7.30 pagi Aktiviti pelajaran di politeknik.

    -Kuliah, sarapan, bengkel, perpustakaan, makan tengahari

    4.30 petang Berehat, mandi dan solat. Membuat kerja rumah atau mengkaji

    semula pelajaran hari ini

    5.30 petang Aktiviti riadah / sukan bersama rakan-rakan anda

    6.30 petang Berehat di rumah, mengemas,berkebun, riadah lain-lain di

    rumah seperti menonton televisyen,mandi,solat dan makan

    malam

    8.30 malam Solat, menonton televisyen program tertentu, belajar, membuat

    tugasan, ulangkaji pelajaran

    11.30 malam Tidur.

    Semua aktiviti hendaklah direkodkan

    bermula dari bangun tidur pagi

    hinggalah sampai waktu tidur di sebelah

    malam. Catatkan aktiviti setiap 30 minit

    hingga 1 jam. Segala perkara mustahak

    hendaklah diambil perhatian. Masa yang memberi faedah dan tidak bermanfaat

    hendaklah direkodkan. Buat latihan ini selama beberapa hari. Anda juga

    membuat perancangan ini untuk seminggu.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    6/53

    R1001 / UNIT 5/6

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda lakukan. Anda perlu

    jumlahkan semua masa yang telah anda gunakan dalam masa seminggu

    tersebut. Kenal pasti gangguan masa yang disebabkan oleh kecuaian atau

    kelalaian anda atau gangguan di luar pengawalan,dugaan dan jangkaan.

    Contoh carta aktiviti dalam masa seminggu yang telah direkodkan :

    Aktiviti Masa digunakan Baki dari 168 jam

    Tidur 50 jam 118 jam

    Mandi 3 jam 115 jam

    Berpakaian 3 jam 112 jam

    Menonton televisyen 3 jam 109 jam

    Bersama rakan/hobi/riadah 24 jam 85 jamMembaca majalah/akhbar 10 jam 75 jam

    Perjalanan 47 jam 28 jam

    Belajar 10 jam 18 jam

    Solat 5 jam 13 jam

    Membeli belah

    Ulangkaji matapelajaran

    Dari jumlah masa yang telah digunakan, semaklah dengan menggunakan

    penyataan berikut :1.Adakah taburan keseluruhan masa adalah sesuai dengan matlamat dan

    keperluan anda ?

    2. Masa untuk kerja utama adalah dirancang dengan teliti3. Banyakkah masa yang terbuang, bila dan bagaimana ia berlaku

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    7/53

    R1001 / UNIT 5/7

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal.

    Setelah itu lakukan pindaan jadual untuk minggu berikutnya agar matlamat anda

    dapat dicapai dari masa ke semasa.

    Pengurusan diri

    Dalam mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman serba moden ini, selain

    dari kita merancang pengurusan masa yang berkesan, pengurusan diri kita juga

    tidak harus diabaikan.

    Dahulu semasa zaman kanak-kanak, makan, minum, pakaian dan kebersihan

    diuruskan oleh ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa, semua itu sepatutnya

    ditanggung oleh diri kita sendiri. Adalah tidak wajar untuk kita bergantung

    kepada ibubapa dan penjaga kita untuk menguruskan semua hal yang

    membabitkan pengurusan diri kita.

    Pengurusan diri yang terancang adalah penting bagi menjamin agar kita sentiasa

    dalam keadaan sihat, bersih, kemas, bertenaga dan sentiasa bersiap sedia dalam

    menghadapi kehidupan harian.

    1. Kebersihan diri. Jagalah kebersihandiri seperti memotong kuku dan jangan

    biarkan ianya panjang dan kotor.

    Jangan biarkan rambut anda kotor dan

    tidak terurus kerana rambut yang

    kotor mudah dihinggapi kutu.

    Bersihkan badan anda sekurang-kurangnya

    dua kali sehari. Cucilah tangan

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    8/53

    R1001 / UNIT 5/8

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan. Pakailah

    pakaian yang bersih dan kemas.

    2. Senaman. Senaman adalah aktiviti yang berkait rapat denganpencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, bertenaga. Ini juga satu

    keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah dihinggapi

    penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan emosi. Senaman yang

    teratur juga membolehkan kita memperolehi tidur yang lebih lena,

    penumpuan

    yang lebih baik dan perasaan

    kegembiraan serta emosi yang stabil.

    Luangkan masa anda untuk bersenam

    sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari.

    Anda tidak perlu untuk melakukan

    senaman yang begitu memenatkan,

    memandai jika anda melakukan aktiviti

    berjalan cepat selama 20 minit sehari.

    3. Pengambilan makanan seimbang. Salah satu cara yang berkesanuntuk penjagaan kesihatan diri ialah dengan mengambil makanan yang

    seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang boleh menghindar kita

    dari pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit

    jantung, darah tinggi dan

    sebagainya. Setiap makanan

    yang kita sediakan mestilah

    mempunyai zat-zat seperti

    karbohidrat, protien, lemak,

    vitamin dan juga garam galian.

    Setiap kita mempunyai

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    9/53

    R1001 / UNIT 5/9

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan sendiri apa

    yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan

    berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan anda dari masa

    ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika

    berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

    Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana kedua-duanya

    kaya dengan vitamin, galian dan serat. Bijirin, roti, sayuran berkacang,

    pis, jenis-jenis kekacang, buah-buahan adalah antara makanan yang

    banyak mengandungi serat yang penting untuk kesihatan yang baik.

    Kekurangan serat dalam diet boleh menyebabkan sembelit, kanser perut

    serta gangguan usus lain. Lebihkan pengambilan ikan dari daging kerana

    ikan mengandungi protein, beberapa zat yang perlu, vitamin dan bahan

    galian. Keistimewaan ikan adalah ia tidak mengandungi lemak tepu yang

    menjadi salah satu punca utama serangan jantung. Air juga penting

    dalam pengambilan diet anda. Minumlah sekurang-kurangnya enam gelas

    air sehari. Sebaiknya minumlah air kosong dan bukannya minuman ringan

    atau yang berperisa. Pengambilan makanan yang seimbang dapat

    membekalkan kita dengan tenaga yang mencukupi bagi melakukan

    pergerakan badan, aktiviti harian dan memelihara suhu badan. Ia juga

    dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan membantu pertumbuhan tisu-

    tisu yang baru serta mempertahankan badan daripada serangan penyakit.

    4. Kebersihan tempat tinggal. Anda juga hendaklah menjaga kebersihanpersekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari. Jangan biarkan

    rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap kawasan rumah sentiasa

    bersih seperti dapur, tempat tidur, tandas, stor dan bilik mandi.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    10/53

    R1001 / UNIT 5/10

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Penyelesaian masalah

    Sebagai manusia kita sering dibebani dengan persoalan-persoalan kehidupan

    seperti kerja, perbelanjaan, rakan-rakan, aktiviti sosial, pelajaran, soal cinta dan

    sebagainya yang perlu ditangani. Anda sebagai pengurus diri anda tidak dapat

    lari daripada bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah anda

    buat, sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik ataupun

    sebaliknya. Kadangkala membuat keputusan ini memang mudah, hanya sekelip

    mata sahaja. Kadangkala ia menyebabkan anda tidak dapat tidur memikirkannya

    apakah perkara sebaiknya yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang

    timbul. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan soal wang ringgit atau soal perasaan.

    Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, anda hendaklah

    membuat keputusan yang rasional. Penentuan masalah, analisa masalah dan

    pemilihan alternatif yang paliing sesuai hendaklah dibuat dengan teliti dan

    berpandukan kepada faktor-faktor pengalaman, kepakaran, pertimbangan dan

    keyakinan anda.

    Keputusan yang dibuat secara rasional memerlukan analisis maklumat dan

    ramalan tentang implikasi dan kesan daripada pemilihan alternatif.

    Keputusan yang anda ambil sebenarnya adalah terbatas dan mungkin boleh

    dipertikaikan oleh pihak lain kerana :

    i. terdapatnya perbezaan dari segi pengalaman anda dan orang lainii. perbezaan dari segi kemahiraniii. maklumat yang anda perolehi tidak mencukupiiv. pengetahuan anda yang terbatasv. dipengaruhi perasaan diri dan emosi.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    11/53

    R1001 / UNIT 5/11

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Proses membuat keputusan

    Terdapat enam langkah yang penting dalam proses membuat keputusan yang

    efektif seperti dalam rajah di bawah :

    Kenalpasti keperluan,situasi dan masalah

    Dapatkan maklumat dan analisissebab terjadinya masalah

    Membentuk alternatifjawapan yang mungkin

    Pemilihanalternatif

    Perlaksanaanalternatif

    Penilaian danmaklumbalas

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    12/53

    R1001 / UNIT 5/12

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    1. Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah

    Ia merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam membuat

    sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang.

    Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, anda bolehlah menggunakan

    kriteria berikut:

    a) Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah tersebutdan penyelesaiannya?

    b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut.c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan

    masalah tersebut.

    e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan

    masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang

    selanjutnya.

    2. Diagnosis & Analisis Data

    Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan semua data

    dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat

    keputusan.

    3. Pembentukan Alternatif

    Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif

    baru. Adalah dicadangkan supaya berwaspada dengan alternatif yang tersedia.

    Juga dicadangkan supaya pertimbangan dibuat tentang batasan dan peluang

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    13/53

    R1001 / UNIT 5/13

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama

    kepada masalah yang sama.

    4. Pemilihan Alternatif

    Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria berikut:

    a) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita?b) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?c) Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya (manusia,

    wang, peralatan, dsb)?

    d) Faedah: Adakah ia berfaedah?e) Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya?f) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

    5. Perlaksanaan Alternatif

    Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini

    boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut

    boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan:

    a) Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh mendapatkanpenerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh anda

    tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh anda tunjukkan

    faedah tersebut?

    b) Jangkaan:Apakah tentangan yang boleh anda jangka kepadaalternatif ini? Bagaimanakah patut anda mengatasinya?

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    14/53

    R1001 / UNIT 5/14

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    c) Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan dariorang atau kumpulan lain?

    d) Lokasi:Di manakah patut anda laksanakan alternatif ini?e) Masa:Bagaimanakah boleh anda mengambil kesempatan hari,

    masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?

    f) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesananalternatif ini?

    6. Penilaian & Maklum Balas

    Semasa pelaksanaan, anda patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu

    merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan

    alternatif tersebut, anda haruslah fikirkan:

    a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis

    dan mempamerkan maklumat?

    c) Ujian: Apakah ujian atau trial run yang akan anda awasi untukmelihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan anda menilai

    keputusannya?

    d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah andamenjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif anda

    berkesan?

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    15/53

    R1001 / UNIT 5/15

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN

    Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad kepada

    perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan dan penulisan malah ia juga

    melibatkan, percetakan dan elektronik. Biarpun begitu komunikasi antara

    manusia masih merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Kita

    perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang

    lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang

    lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada

    orang lain, kita mungkin merasakan kekurangan dalam hidup kita.

    Komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada

    seseorang kepada seseorang. Komunikasi juga melibatkan pengirim, penerima,

    media, mesej, maklum balas dan kawalan.

    5.3.1 Definisi

    Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu communication.

    Yang berasal daripada istilah Latin iaitu "Communcare" yang bermaksud "to

    make comman" atau mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas

    komunikasi yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah

    memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan

    yang mereka lakukan. Dengan itu, takrifan mereka terhadap komunikasi

    juga dipengaruhi bidang-bidang mereka.

    Komunikasi yang ingin dibincangkan dalam unit ini merupakan satu proses

    yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua

    pihak iaitu penghantar dan penerima. Di dalam konteks bilik darjah

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    16/53

    R1001 / UNIT 5/16

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    komunikasi boleh terjadi dalam bentuk percakapan atau gerak geri diantara

    pensyarah dan pelajar atau sebaliknya

    Komunikasi berkesan berlaku apabila maklumat atau mesej yang hendak

    disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh

    penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka

    timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan

    amat penting bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang

    efektif.

    5.3.2 Jenis-jenis komunikasi

    Komunikasi secara umumnya terdiri dari dua jenis iaitu

    i. Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secaralangsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak.

    Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar-

    pelajar dengan cara syarahan.

    ii. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku yangbukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau mimik muka.

    Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan

    pelajar.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    17/53

    R1001 / UNIT 5/17

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis .

    a) Komunikasi Antara Individu

    Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara

    bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain.

    Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang

    terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima

    maklumat.

    b) Komunikasi Awam

    Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikanmaklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi awam berlaku secara

    formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Bolehlah kita rumuskan

    bahawa komunikasi awam adalah

    i. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yangramai.

    ii.

    Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam

    iii. Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendahc) Komunikasi Massa

    Dalam komunikasi massa, maklumat

    disampaikan melalui perantaraan media.

    Di antara media yang sering menjadi

    perantaraan ialah media massa seperti radio,

    televisyen, akhbar, majalah atau buku.

    Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :-

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    18/53

    R1001 / UNIT 5/18

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    i. adanya perantaraan media di antara sumber dan penerimamaklumat

    ii. komunikasi massa terdiri daripada individu-individu yangberbagai-bagai jenis dan ragam

    iii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah berjauhaniv. sumber tidak mengenali siapakah individu-individu yang

    menerima maklumat

    v. komunikasi berlaku secara formalvi. penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai-bagai individu

    d) Komunikasi Tanpa Lisan

    Komunikasi tanpa lisan boleh juga berlaku secara sendirian. Lazimnya,

    komunikasi berlaku sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi

    yang telah dibincangkan tadi. Maklumat yang diterima daripada komunikasi

    adalah melalui isyarat tanpa lisan. Antara isyarat tanpa lisan adalah nada

    suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, atau gerak tangan.

    Komunikasi jenis ini bolehlah digunakan sebagai:-

    i. Pelangkap kepada komunikasi lisan atau tulisanii. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi individu dan lazimnya

    menunjukkan perasaan yang sebenar.

    iii. Komunikasi lisan akan lebih berkesan sekiranya diiringi olehkomunikasi tanpa lisan

    5.3.3 Kaedah komunikasi

    Kaedah atau model kommunikasi mula diperkenalkan pada akhir tahun

    1940-an. Kaedah-kaedah komunikasi yang dibentuk pada tahun-tahun

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    19/53

    R1001 / UNIT 5/19

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    tersebut seperti Model lasswell (1948) dan model Shannon dan Weaver

    (1949), menekankan kaedah komunikasi sehala daripada sumber kepada

    penerima. Mereka mengandaikan bahawa penerima adalah pasif dan

    menerima sahaja apa yang disampaikan oleh sumber. Kemudian pada

    tahun 1950-an kebanyakan daripada andaian awal model komunikasi telah

    dipinda. Model Sgood, model Schramm (1954) dan model Newcomb

    (19530, tidak lagi menganggap komunikasi sebagai proses

    sehala. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa

    komunikasi adalah proses dua hala.

    Pada masa sekarang secara umumnya komunikasi

    boleh berlaku dalam beberapa kaedah iaitu:

    i. Komunikasi Sehala iaitu maklumat yangdisampaikan tidak memerlukan reaksi

    dari penerima seperti semasa pengucapan

    awam, menonton televisyen dan mendengar ceramah.

    ii. Komunikasi Dua Hala iaitu maklumat yang disampaikanmemerlukan reaksi dari penerima seperti majlis dailog, pidato,

    debat. Pembelajaran di dalam bilik Kuliah juga merupakan

    komunikasi dua hala sekiranya pelajar diberi

    peluang untuk bersoal jawab denga pensyarah.

    iii. Komunikasi Menegakiaitu komunikasi yangberlaku dari pihak atasan kepada pihak

    bawahan atau sebaliknya seperti bapa kepada

    anaknya dan majikan kepada pekerjanya

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    20/53

    R1001 / UNIT 5/20

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    iv. Komunikasi Mendatar iaitu komunikasi yang berlaku diantara rakan sekelas atau rakan sekerja.

    v. Rantaian Komunikasi iaitu kaedah menyalurkan maklumatagar maklumat dapat disampaikan kepada semua pihak dengan

    berkesan. Ia biasanya berlaku di dalam sesebuah organisasi

    yang besar yang mana rantaian komunikasi yang berkesan

    diperlukan agar maklumat yang diberikan akan dapat diterima

    oleh pekerja dengan sejelas-jelasnya. Penerimaan maklumat

    yang tidak jelas boleh menyebabkan penafsiran yang salah dan

    akhirnya kesilapan akan berlaku. Kekaburan maklumat akan

    berlaku sekiranya rantaian komunikasi yang diamlkan oleh

    organisai adalah tidak tersusun.

    5.3.4 Kepentingan komunikasi

    Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad

    kepada memenuhi keperluan hidup asas seperti bercakap dengan jiran

    tetangga, rakan-rakan ataupun sesama ahli keluarga. Komunikasi sekarang

    telah berperanan sebagai fungsi memberitahu, mendidik, membujuk dan

    menghibur.

    a) Fungsi Memberitahu

    Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi

    komunikasi yang terawal yang digunakan

    oleh manusia. Tujuan adalah untuk

    memberitahu orang lain tentang sesuatu

    perkara yang dirasakan oleh penyampai

    perlu diketahui oleh orang lain. Dalam

    kehidupan kita setiap hari, banyak contoh

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    21/53

    R1001 / UNIT 5/21

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    komunikasi yang menjalankan fungsi

    memberitahu. Fungsi memberitahu ini

    menumpukan perhatiannya kepada

    penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk

    memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya,

    komunikator yang menjalankan fungsi ini seringkali akan mengunakan

    strategi menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan

    maklumat dengan lebih kerap.

    b) Fungsi Mendidik

    Fungsi mendidik ini bukanlah untuk

    mempengaruhi sikap atau tingkahlaku

    orang lain. Tetapi tugas mereka adalah

    "sekadar memberi maklumat" agar

    dapat menambahkan pengetahuan

    seseorang itu tentang sesuatu perkara

    atau bidang. Fungsi mendidik ini

    mementingkan kedua-dua pihak,

    penyampai dan penerima maklumat

    untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung

    pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya

    bertambah hasil daripada pendedahnya terhadap maklumat yang diterima.

    Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang

    ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima.

    c) Fungsi Membujuk

    Fungsi membujuk ini pula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas

    Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah

    menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Iklan juga

    menggunakan fungsi membujuk. Tujuan utama iklan adalah untuk

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    22/53

    R1001 / UNIT 5/22

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Untuk

    mendapatkan kesan tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada

    menyebarkan maklumat tetapi mestilah mendapat menembusi perasaan

    dan emosi individu atau kumpulan yang disasarkan maklumat itu.

    Adakalanya fakta maklumat yang disampaikan kepada kita tidak tepat dan

    sengaja diputar belitkan.

    d) Fungsi Menghibur

    Wayang gambar, rancangan hiburan yang

    disiarkan melalui radio televisyen, drama,

    komik dan sebagainya adalah antara

    contoh cara berkomunikasi untuk

    menghibur. Oleh kerana fungsi hiburan

    ini amat digemari ramai, maka telah

    ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan,

    penerangan dan unsur perpaduan untuk mendidik orang ramai tentang

    pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk mewujudkan rakyat

    Malaysia yang bersatu padu.

    5.3.5 Halangan komunikasi

    Biarpun zaman semakin maju dan terciptanya pelbagai alat-alat canggih

    untuk membantu komunikasi agar ia berlaku dengan berkesan, tetapi masih

    terdapat juga halangan-halangan yang memyebabkan komunikasi yang

    berkesan sukar dilaksanakan.

    a) Kebisingan. Suasana kelas bising menyebabkan pelajarsukar mendengar pelajaran yang disampaikan.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    23/53

    R1001 / UNIT 5/23

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    b) Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan akanterjejas jika emosi penyampai / penerima kurang stabil.

    c) Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurangberminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan

    mendengar penjelasan pensyarah atau pensyarah yang

    kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu

    kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.

    d) Kurang tumpuan. Pelajar-pelajar kurang memberitumpuan terhadap pengajaran pensyarah.

    e) Prasangka Terhadap Penyampai. Biasanya berlaku padapensyarah baru dimana pelajar-pelajar menganggap

    pensyarah tersebut kurang berpengalaman.

    f) Perkataan yang mempunyai banyak makna.g) Tiada perluang untuk mendapatkan penjelasanh) Perbezaan latar belakang dan pengalamani) Maklumat tidak mencukupi

    j) Penyampaian yang kurang menarikk) Memikirkan sesuatu yang lainl) Persekitaran yang tidak sesuai seperti panas atau sejuk

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    24/53

    R1001 / UNIT 5/24

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Jawab soalan-soalan yang berikut:

    5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi Verbal.

    5.2 Senaraikan langkah-langkah proses membuat keputusan.

    5.3 Anda dilantik menjadi ajk pengangkutan bagi XPDC ke Taman Negara

    Pahang. Apakah kaedah yang ingin anda gunakan untuk sampai ke

    tempat tersebut sekiranya kenderaan politeknik tidak boleh digunakan.

    5.4 Cuba anda membuat jadual pengurusan masa untuk satu hari.

    5.5 Setiap keputusan perlu direkodkan setiap

    ____________________hingga_______________.

    AKTIVITI 1a

    UJI KEFAHAMAN ANDASEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA!

    SILA SEMAK JAWAPANANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    25/53

    R1001 / UNIT 5/25

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Jawapan

    5.1 Komunikasi Verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secaralangsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak.

    Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar

    dengan cara syarahan.

    5.2 Langkah-langkah membuat keputusan ialahi. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalahii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalahiii. Membentuk alternatif jawapan yang mungkiniv. Pemilihan alternatifv. Perlaksanaan alternatifvi. Penilaian dan maklumbalas

    5.3 Contoh jawapan bagi membuat keputusan ke Taman Negara sekiranyaanda dari Kuala Lumpur ialah

    i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalahMasalah : Kenderaan Politeknik tidak dapat digunakan

    Situasi : Rombongan seramai 30 orang pelajar

    Keperluan : Kenderaan untuk ke pergerakan Taman Negara.

    Perjalanan melalui Kuala Lumpur Jerantut Kuala Tembeling

    Kuala Tahan.

    MAKLUMBALAS 1a

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    26/53

    R1001 / UNIT 5/26

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalahSebab masalah : kenderaan politeknik digunakan untuk program

    yang lebih mustahak

    iii. Membentuk alternatif dan menilai alternatifa) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke

    Kuala Tahan.

    Kelebihan : mudah untuk menyewa bas

    Kekurangan : mahal

    b) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaikikenderaan pacuan empat roda ke Kuala Tahan

    Kelebihan : mudah untuk menyewa bas

    Kekurangan : mahal

    c) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur keJerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke

    Kuala Tahan.

    Kelebihan : murah

    Kekurangan : masa perjalanan tertentu. Kesukaran untuk

    sampai pagi di Kuala Tembeling untuk menaiki bot di awal

    pagi.

    d) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur keJerantut. Menaiki pacuan empat roda ke Kuala Tahan.

    Kelebihan : murah dan menarik

    Kekurangan : memerlukan banyak kenderaan pacuan empat

    roda

    e) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki vanke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan.

    Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana

    pergerakan

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    27/53

    R1001 / UNIT 5/27

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad

    f) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaikipacuan empat roda ke Kuala Tahan.

    Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana

    pergerakan

    Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad

    Bagi setiap alternatif anda bolehlah senaraikan kebaikan,

    kelemahan sama ada dari segi pergerakan, masa dan perbelanjaan.

    Faktor kepuasan peserta juga boleh diambil kira dalam membuat

    penilaian

    iv. Pemilihan alternatifSetelah disenaraikan semua alternatif, anda perlulah membuat

    pilihan alternatif yang hendak dipilih sama ada secara mutlak

    sebagai jawatankuasa pengangkutan atau dibincangkan dalam

    mesyuarat jawatankuasa induk.

    Katakan pemilihan yang dibuat adalah:

    Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van ke

    Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan.

    v. Perlaksanaan alternatifMemaklumkan kepada peserta mengenai pemilihan yang dilakukan

    dan persiapan yang perlu.

    Akan menempah tiket keretapi, van dan bot

    vi. Penilaian dan maklumbalasMendapatkan maklumbalas dan reaksi dari peserta.

    Menempah tiket keretapi,van dan bot.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    28/53

    R1001 / UNIT 5/28

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    5.4 Sila anda isikan jadual akitiviti anda

    Masa Aktiviti

    5.5 30 minit hingga 1 jam.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    29/53

    R1001 / UNIT 5/29

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    5.4 Kemahiran asas perkhemahan

    Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi

    kebanyakkan kegiatan luar. Pada zaman

    dahulu, berkhemah merupakan cara hidup

    bagi kaum-kaum Dayak Merah di

    Amerika Syarikat. Tetapi kini aktiviti

    perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah

    dan sukan yang diminati ramai terutama

    golongan muda diserata dunia.

    Perkhemahan merupakan cara hidup

    sementara seseorang di persekitaran luar

    rumah yang memerlukan seseorang

    melakukan aktiviti kehidupan harian

    dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad.

    5.4.1 Tatacara berkhemah

    Menjadi ahli atau peserta dalam sesuatu aktiviti adalah lebih mudah

    berbanding dengan menjadi jawatankuasa atau pengelola sesuatu aktviti.

    Sebagai pengelola anda haruslah mempunyai perancangan yang tepat,

    sesuai dan sempurna agar dapat memastikan aktiviti yang dirancangkan

    dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    INPUT

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    30/53

    R1001 / UNIT 5/30

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Pada kebiasaanya sebelum anda menganjurkan sesuatu aktiviti

    perkhemahan atau sebagainya anda perlulah membuat kertas kerja dan

    mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan anda untuk menentukan

    pembahagian kerja yang perlu dilaksanakan.

    Kertas kerja yang anda buat haruslah mengandungi aspek-aspek berikut :

    i. Tajuk aktivitiContoh-contoh tajuk aktiviti :

    XPDC SANTUARI BURUNG , KUALA GULA

    KUALA KURAU PERAK

    21 HINGGA 23 FEBRUARI 2003

    XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN

    20 MEI HINGGA 28 MEI 2003

    ii. PendahuluanAnda hendaklah menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti anda.

    Contohnya :

    Pada zaman seba mencabar ini, banyak kegiatan yang kurang sihat

    seperti penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat

    hiburan, gejala-gelaja sosial seperti bohsia kian menular dalam dekat

    ini.

    Di atas kesedaran inilah maka PASUKAN POLIBRIGED

    POLITEKNIK telah berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    31/53

    R1001 / UNIT 5/31

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    yang dapat menyalurkan pelajar supaya menjadi manusia yang

    berguna kepada agama, bangsa dan negara.

    Sehubungan dengan itu maka Pasukan Polibriged bercadang untuk

    mengadakan XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN yang bertempat

    dihutan simpan Pahang yang mencapai ketinggian 7174 kaki dari

    paras laut.

    iii. Objektif aktivitiAnda juga harus memberikan dua atau tiga objektif mengapa anda

    hendak menjalankan aktiviti tersebut.

    Contohnya :

    m) Memperkenalkan politeknik dengan lebih dekat kepadamasyarakat

    n) Memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untukpeserta mengurus diri dengan berkesan dan cekap

    o) Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiappeserta

    p) Mengubah haluan minda peserta dari belenggu peperiksaanyang membebankan ke alam flora dan fauna

    iv. Jawatankuasa aktivitiAntara jawatan kuasa yang perlu di isi adalah :

    Penaung biasanya terdiri dari Pengarah Politeknik sendiri

    Penasihat biasanya terdiri dari penasihat kelab/persatuan

    Pengerusi Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin

    Setiausaha untuk menguruskan surat menyurat

    Bendahari untuk menguruskan hal kewangan aktiviti

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    32/53

    R1001 / UNIT 5/32

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    AJK Pengangkutan - menguruskan kenderaan atau bas ke tempat

    aktiviti

    AJK Makanan - menguruskan keperluan makanan peserta

    AJK Perubatan - menyediakan keperluan perubatan untuk

    sepanjang aktiviti

    AJK Logistik - menyediakan keperluan-keperluan lain yang

    diperlukan

    Lain-lain AJK -Jika perlu seperti promosi dan iklan, tajaan,

    dan aktiviti

    v. PesertaNyatakan sasaran peserta dan bilangannya

    Contoh :

    Penyertaan bagi XPDC ini adalah terbuka kepada semua pelajar

    Politeknik tempat anda. Sasaran peserta adalah seramai :

    Pelajar : 30 orang

    Pensyarah/ kakitangan : 4 orang

    Jumlah 34 orang

    vi. KeselamatanNyatakan bagaimana anda menjaga keselamatan peserta. Anda juga

    harus menghubungi pihak polis berhampiran mengenai aktiviti anda

    dikawasan mereka. Sertakan senarai nama. Alamat dan telefon

    kecemasan peserta kepada pihak terbabit. Selain dari pihak polis,

    pihak lain yang bertanggungjawab terhadap kawasan yang anda

    adakan aktivit juga perlu dihubungi seperti:

    1. Ketua kampung/mukim

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    33/53

    R1001 / UNIT 5/33

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    2. Jabatan Perhilitan3. Jabatan Perhutanan

    Contoh bagi XPDC Gunung Tahan melalui laluan Merapoh:

    Keselamatan peserta disepanjang aktiviti adalah ditanggung oleh

    peserta sendiri. Pihak kelab akan mengeluarkan borang akuan lepas

    tanggungan kepada setiap peserta. Pihak kelab juga akan

    menghubungi dan meminta kerjasama daripada beberapa pihak

    untuk langkah-langkah keselamatan. Antara pihak yang akan

    dihubungi adalah :

    a. Balai Polis Daerah berkaitanb. Jabatan Perhilitan Daerah Merapoh dan Taman Negara

    Pahang.

    Semua peserta juga akan dilindungi oleh Skim Ansuran Berkelompok

    Takaful.

    vii. Jangkamasa aktivitiNyatakan tempoh masa anda mengadakan aktiviti :

    Contohnya :

    XPDC ini mengambil masa selama 3 hari dua malam iaitu dari 16 Mei

    2003 hingga 18 Mei 2003.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    34/53

    R1001 / UNIT 5/34

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    viii. PengangkutanNyatakan cara pergerakan anda :

    Contohnya aktiviti Taman Negara Pahang :

    Cara pergerakan yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini adalah

    seperti berikut :

    Ipoh - Kuala Lumpur - Bas Politeknik

    Kuala Lumpur Jerantut - Keretapi

    Jerantut K. Tembeling - Van

    K. Tembeling K. Tahan - Bot

    Aktiviti di K. Tahan - Bot / Rakit

    ix. Peralatan dan MakananNyatakan semua peralatan dan jumlahnya yang perlu dibawa oleh

    peserta dan Kelab. Tulis senarai tersebut dilampiran berasingan.

    Contoh :

    Senarai keperluan peralatan dan makanan adalah seperti di

    lampiran 1

    x. AktivitiNyatakan rancangan aktiviti yang hendak dijalankan di lampiran

    berasingan.

    Contoh :

    Perancangan aktiviti adalah seperti di lampiran 2

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    35/53

    R1001 / UNIT 5/35

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    xi. PerbelanjaanNyatakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan di lampiran

    berasingan. Perbelanjan harus meliputi :

    a) Bekalan makananb) Pengangkutanc) Perubatand) Peralatan yang perlu dibeli/sewae) Sewa tapak perkhemahanf) Insurang) Cenderahati pihak tertentu jika berkaitanh) Permit masuk jika berkaitan seperti ke Taman Negarai) Upah jurulatih/penunjuk jalan jika berkaitan

    j) Urusan pentadbiran seperti surat menyurat/telefonk) Dan sebagainya yang diraasakan perlu.

    Contoh :

    Anggaran perbelanjaan adalah seperti di lampiran 3

    xii. PenutupNyatakan hasrat anda pada bahagian ini.

    Apabila kertas kerja telah sempurna dan jawatan kuasa telah dilantik. Anda

    perlu merancang beberapa siri mesyuarat sebelum aktiviti dijalankan. Ini

    untuk memastikan rakan anda yang telah dilantik menjalankan tugasnya.

    Sebarang kegagalan di mana-mana jawatankuasa akan menyebabkan

    aktiviti anda menjadi cacat atau terpaksa dibatalkan.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    36/53

    R1001 / UNIT 5/36

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Perkara-perkara yang perlu diperbincangkan semasa mesyarat adalah :

    a) Mengenai tempahan bas / pengangkutan. Surat permohonan basperlu disertakan

    b) Tempahan tempat aktivitic) Surat-surat tempahan tempat, kenderaan, keselamatan, kebenaran

    berkhemah dari tuan punya kawasan

    d) Surat lepas tanggungane) Senarai makanan / cara penyediaan makanan sama ada memasak

    atau tempahan

    f) Jumlah kewangan yang diperlukang) Jumlah pesertah) Jumlah bayaran yang perlu bagi setiap pesertai) Jumlah bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Politeknik.

    Surat permohonan dan kertas kerja perlu disertakan untuk

    memohon peruntukkan kewangan pihak politeknik.

    j) Iklan yang telah ditampal. Biasanya iklan perlu mendapat tandatangan penasihat atau kebenaran pihak tertentu.

    k) Senarai peralatan yang ada dan yang perlu disediakanl) Cara mendapatkan peralatan yang diperlukanm) Aktiviti yang hendak dijalankan dan senarai peralatan yang

    diperlukan untuk aktiviti.

    Anda juga perlu mengadakan perjumpaan dengan semua peserta sebelum

    aktiviti dijalankan. Pada perjumpaan tersebut anda boleh memberikan

    taklimat mengenai perkara-perkara berikut :

    a) Senarai keperluan yang perlu dibawab) Senarai makanan yang perlu dibawac) Pembahagian kumpulan juga boleh dibuat sebelum bertolak.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    37/53

    R1001 / UNIT 5/37

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    d) Senarai ubatan yang perlu dibawae) Jumlah bayaranf) Peraturan-peraturan perkhemahan/perjalanan dan sebagainya

    untuk memudahkan kawalan peserta

    g) Berbincang mengenai masalah-masalah yang mungkin timbul.

    Berikut adalah keperluan dan pengurusan badan yang perlu anda

    ketahui sebelum melakukan aktiviti perkhemahan

    1. Kecergasan fizikal. Ini adalah merujuk kepada kesihatan yangnormal. Anda perlukan latihan fizikal seperti berlari anak, bersenam,

    berenang, bersukan akan memudahkan anda menjalankan aktiviti kegiatan

    luar.

    2. Keperluan air. 60 peratus dari badan manusia adalah air dan 83peratus daripada darah manusia adalah air. Secara kasar kuantiti air yang

    diperlukan oleh badan ialah 2.5 liter ( 10 gelas air ). Jumlah ini akan

    meningkat apabila anda membuat kerja berat atau berada di tempat panas.

    Elakkan meminum air dengan terlalu banyak ketika badan anda terlalu

    panas kerana ini boleh membahayakan. Minumlah air dengan kadar yang

    sedikit dahulu atau berehatlah sebentar sebelum meminum air dengan

    kadar yang banyak. Jika didapati peluh keluar terlalu banyak, minumlah air

    yang dicampur dengan sedikit garam ( 1 gram untuk 1 liter air ).

    3. Keperluan makanan. Jangan mulakan aktiviti fizikal denganperut kosong. Makanlah sedikit sebelum sesuatu aktiviti fizikal.

    Mengabaikan keperluan makanan akan mengakibatkan seseorang pengsan

    atau terlalu letih semasa aktiviti fizikal dijalankan.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    38/53

    R1001 / UNIT 5/38

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    4. Keperluan berehat. Badan manusia tidak boleh berkerja terus-menerus apa lagi dalam kegiatan luar. Berehatlah pada setiap kesempatan

    yang ada. Elakkan lewat tidur hingga larut malam. Sewaktu dalam

    perjalanan sehari, rehat beberapa kali. Masa yang sesuai untuk berehat

    adalah selama 10 minit.

    5. Keperluan perlindungan. Pakaian yang sesuai merupakanperlindungan yang terbaik. Gunakan pakaian dan peralatan seperti khemah

    dan beg tidur yang mempunyai penebat yang baik jika berkhemah di cuaca

    sejuk. Hindarkan diri dari angin dan hujan. Jangan tidur dengan pakaian

    basah. Peluh hendaklah dilap segera dari badan jika berehat di kawasan

    sejuk. Alas tempat tidur supaya udara sejuk dari bumi dapat disekat.

    Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga.

    6. Keperluan psikologi. Keperluan ini berbentuk kerohanian dankejiwaan. Dedahkan peserta dengan aktiviti yang menyeronokkan. Perkara

    yang dapat membantu keseronokan adalah pemandangan alam semulajadi,

    gunung-ganang air terjun dan pelbagai panorama lagi. Lakukan kegiatan

    yang sesuai seperti mengambil gambar, mengkaji atau penghayatan alam.

    Pastikan kemampuan peserta apabila melakukan aktiviti yang mencabar.

    Bagi meredakan tekanan mental setelah penat, aktiviti bercorak hiburan

    juga boleh membantu. Semangat setiakawan dan tolong menolong juga

    boleh membantu menaikkan semangat seseorang.

    5.4.2 Peralatan perkhemahan

    1. Khemah .

    i. Khemah berangka (frame tent) berat , lasak , besarii. Khemah rabung bentuk A atau iglu , dome

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    39/53

    R1001 / UNIT 5/39

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    iii. Khemah ringkas poncho dan hammock

    2. Beg galas / pek ( pack). Susunan barang di dalam pek adalahbergantung kepada aktiviti yang hendak di jalankan. Untuk aktiviti di

    kawasan yang rata, barang ringan seperti beg tidur hendaklah dimuatkan

    dibawah sekali dan bahan berat seperti bahan makanan di sebelah atas.

    Bagi kawasan lereng curam seperti mendaki, barang berat hendaklah

    diletak ditengah-tengah pek, sementara barang ringan di bahagian yang

    bertentangan dengan belakang pengguna. Ini bertujuan mengimbangkan

    badan dan menjimatkan tenaga. Semua barang hendaklah diisi dalam pek.

    Jangan biarkan ada barang yang tergantung atau terbuai-buai. Ini akan

    mengganggu semasa kita bergerak. Tentukan muatan sebelah kiri dan

    kanan sama berat.

    3. Beg tidur. Beg tidur sesuai sekiranya kita berekreasi di kawasanyang tinggi atau sejuk.

    4. Perkakas memasak. Perkakas memasak biasanya adalah alatankumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah :

    i. Dapur gas untuk berkhemahii. Dapur minyak atau daput spiritiii. Dapur api menggunakan solid fuel dan kayu api.

    a) Khemah rabung b) Khemah berangka

    Rajah 1: Bentuk khemah

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    40/53

    R1001 / UNIT 5/40

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Selain itu bekas untuk memasak lain juga perlu dibawa seperti kuali, periuk,

    mess tin, bekas air, sudu dan garpu dan sebagainya.

    5. Lampu suluh. Setiap individu hendaklah membawa bersamalampu suluh untuk kegunaan bergerak, aktiviti atau kecemasan.

    6. Lampu malam. Lampu malam yang biasa digunakan adalah jenisharikan atau lampu gas.

    7. Alat perubatan. Alat perubatan yang perlu dijadikan sebagai alatindividu. Berikut adalah panduan perubatan untuk aktiviti sekitar tujuh hari:

    i. Satu tiub ubat sapu antibiotik.ii. 10 20 pil pereda kesakitan seperti Panadol, aspirin.iii. 10 15 pil anti cirit-birit.iv. 10 biji pil multivitamin ( sebiji sehari )v. 10 biji pil vitamin C 500 mg. ( sebiji sehari )vi. 20 30 pil pelali air ( sebiji untuk satu liter air )vii.Satu botol losyen perawat calar kulit atau gigitan serangga.viii.Dua hingga tiga pil anti malaria ( seminggu sekali).

    a) Dapur gas b) Dapur minyak c) Dapur solid feul

    Rajah 2 : Jenis dapur

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    41/53

    R1001 / UNIT 5/41

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    8. Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk mencegahular, serangga dan binatang yang merayap. Ia ditabur sekitar kawasan

    khemah. Terdapat juga jenis yang disapu pada kulit seperti Tabard dan

    krim pelindung kulit.

    9. Alat ikhtiar hidup. Alat ini adalah penting untuk mereka yangmengadakan aktiviti yang jauh terpencil dan memakan masa yang lama.Alat

    tersebut hendaklah dibungkus dalam bekas khas dengan padat, kuat dan

    tidak boleh dimasuki air. Alat yang dicadangkan ialah :

    i. Bahan masakan segera untuk keperluan 24 jamii. Garam halus 100 gramiii. Mata pancing (tiga bentuk bersaiz kecil)iv. Tali pancing (2 utas x 3 meter)v. Mancis api (satu kotak )vi.Aluminium foil (saiz surat khabar)vii.Seutas tali untuk buat jerat (3 meter)viii.Sebatang lilinix. Sedikit ubat-ubatan jika perlu.

    10. Alat Isyarat. Selain lampu, alat isyarat lain yang boleh digunakanialah wisel. Wisel hendaklah dipasang tali supaya tidak mudah hilang.

    11. Alat kegunaan am. Pisau, parang, pembuka tin, penyodokhendaklah dibawa mengikut keperluan kumpulan.

    12. Mancis api. Setiap individu hendaklah menbawa mancis ataupemetik api walaupun ia tidak merokok. Ia hendaklah dibungkus di dalam

    kampit plastik agar tidak basah apabila terkena hujan.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    42/53

    R1001 / UNIT 5/42

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    13. Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek ataukasut yang koyak.

    14. Kampit plastik. Ia digunakan untuk menyimpan makanan,melindungi alatan daripada basah, membuang sampah, membungkus

    pakaian basah atau kotor apabila pulang, membuat pelampung.

    15. Alat tulis. Segala kejadian/peristiwa/maklumat penting hendaklahdicatatkan. Buku yang baik haruslah mempunyai nombor telefon kecemasan

    ahli, alamat ahli dan sebagainya untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.

    Alat tulis hendaklah di simpan dengan baik dalam kampit plastik agar tidak

    basah dan rosak.

    16. Jam tangan. Tentukan ianya kalis air dan lasak. Jam tanganadalah penting untuk mengetahui waktu dengan tepat. Ia juga boleh

    digunakan untuk menganggar jarak perjalanan.

    17. Tali rafia. Tali ini diperlukan untuk membuat ampaian, mengikatbarang dan membuat tali sempadan kawasan khemah. Tali rafia agak

    sesuai kerana ianya ringan dan murah.

    18. Alatan peribadi. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, pakaiansecukupnya. Seluar pendek adalah tidak sesuai untuk aktiviti yang

    memerlukan berkhemah di dalam hutan.

    19. Alatan khusus. Ia bergantung kepada bentuk aktiviti yang hendakdijalankan. Contohnya Kompas dan peta untuk aktiviti pandu arah ,

    kelengkapan abseiling untuk aktiviti mendaki, peralatan menyelam untuk

    aktiviti scuba dan sebagainya.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    43/53

    R1001 / UNIT 5/43

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    20. Bekalan makanan.Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untukmenentukan kuantiti bahan makanan yang hendak dibawa.

    i. Cara menu. Menu lengkap hendaklah difikirkan dari hari pertamahingga hari terakhir kegiatan.

    ii. Cara had berat. Cara ini memerlukan kepakaran. Ia menggunakankaedah berat dalam menentukan jumlah makanan seseorang.

    Seseorang dihadkan sekitar 900 gram bahan makanan sehari

    dengan nilai kalorinya sebanyak 3 500.

    iii. Cara anggaran kasar. Cara ini paling mudah dan mudah pulaberlaku kesilapan makanan tidak mencukupi

    Sebagai panduan kasar, berikut ialah sukatan yang mencukupi untuk sekali

    makan / minum bagi satu orang :

    Beras - 150 gram atau setengah tin susu saiz kecil.

    Gula - 20 40 gram atau 1 2 sudu besar.

    Kopi / Teh - Satu sudu kecil ( satu uncang boleh digunakan dua

    kali )

    Sardin - setengah tin kecil

    Mi segera - 1 kampit.

    Biskut - 4 6 keping.

    Roti - 2 4 keping.

    Quaker oats - 3 4 sudu.

    5.4.3 Cara-cara memasang khemah

    1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat.

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    44/53

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    45/53

    R1001 / UNIT 5/45

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    iv. Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di waktu pagiv. Mempunyai hubungan yang baik dengan denai supaya mudah

    untuk bergerak diwaktu kecemasan.

    10. Langkah-langkah untuk memasang khemah adalah seperti berikut:i. Tutup semua pintu khemah sekiranya khemah mempuyai zip.ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih.iii. Pancangkah disetiap penjuru khemah dengan pancang yang

    disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai khemah

    (groungsheet)dalam keadaan tegang.

    iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah mempunyaitetulang yang disediakan.

    v. Angkat atap khemah setelah tetulang dipasang.vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan dengan

    kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh atap khemah

    lapisan pertama. Atap khemah lapisan pertama biasanya

    diperbuat dari kain telap air manakala flysheet biasanya

    diperbuat dari plastik agar ia kalis air.

    11. Larangan untuk tujuan keselamatan :i. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau anak sungai.

    Rajah 5 : Kedudukanflysheetdan atap pertama khemah

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    46/53

    R1001 / UNIT 5/46

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    ii. Elakkan mendirikan khemah dikawasan lalang, semak samun danbelukar. Kawasan tersebut biasanya banyak serangga dan

    binatang merayap.

    iii. Elakkan berkhemah di atas tanah lembap.iv. Elakkan berkhemah di tebing yang tinggi dan curam.v. Jangan mendirikan khemah dibawah dahan mativi. Jangan mendirikan khemah di atas denai binatang.vii. Jangan terlalu dekat dengan curam bukit untuk mengelakkan

    tanah runtuh.

    5.4.4 Aktiviti perkhemahan

    Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi yang

    meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah, mendaki gunung,

    kayak dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan biasanya bersifat aktif dan

    mempunyai cabaran dan risiko tertentu dan memerlukan ketahanan mental

    dan fizikal.

    Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu

    i. Berpusat di darata. berkhemahb. mendaki gunungc. mengembarad. memburue. meneroka guaf. berbasikalg. absailingh. flying fox

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    47/53

    R1001 / UNIT 5/47

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    ii. Berpusat di aira. berkayakb. scuba divingc. luncur layard. berakit

    iii. Berpusat di udaraa. payung terjunb. wind glider

    Selain dari aktiviti di atas kita juga menjalankan aktiviti lawatan seperti lawatan

    keperkampungan orang asli, tempat-tempat bersejarah, santuari burung, aktiviti

    berkumpulan, permainan, persembahan malam budaya dan sebagainya.

    Menyusun aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam

    Masa Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga

    5.30 pagi - Selamat PagiPersiapan solatPersiapan sarapan

    Selamat PagiPersiapan solatPersiapan sarapan

    7.00 pagi Senaman pagi Senaman pagi

    7.45 pagi Sarapan Sarapan

    8.00 pagi PerjumpaanBertolak ke lokasi

    Aktiviti 7 Aktiviti 11

    10.00 pagi Perjalanan Rehat Rehat

    10.30 pagi Perjalanan Aktiviti 8 Berkemas

    12.00 tghi SampaiDiri Khemah

    Rehat / masakMakan tengahariSolat

    Rehat / masakMakan tengahariSolat

    2.00 ptg Aktiviti 1 Aktiviti 9 Berkemas dan selamat

    tinggal4.30 ptg Rehat /Solat Rehat / Solat

    5.00 ptg Aktiviti 2 Aktiviti 10

    6.30 ptg Rehat / masakMakan malamSolat

    Rehat / masakMakan malamSolat

    8.00 mlm Aktiviti 3 Persiapan

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    48/53

    R1001 / UNIT 5/48

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    persembahan

    9.00 mlm Aktiviti 4 Persembahan

    10.00 mlm Aktiviti 5 persembahan

    11.00 mlm Aktivtiti 6 pesembahan

    12.00 mlm Selamat malam Selamat malam

    Secara umumnya terdapat sebanyak 11 aktiviti yang perlu di rancangkan. Tetapi

    anda tak perlu risau kerana ada masanya aktivtiti terpaksa dijadikan satu

    contohnya sekiranya anda ingin membuat aktiviti jungle trekkingpada hari

    kedua, kemungkinan ia mengambil masa dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

    Jadi aktiviti 7 dan 8 akan menjadi satu aktiviti sahaja.

    Aktiviti yang sesuai dijalankan di waktu siang antaranya adalah

    a) Jungle trekking.b) River crossing.c) Flying fox.d) Orentering.e) Lawatan-lawatanf) Sukan dan permainang) Merempuh halangan

    Aktiviti yang sesuai dijalankan diwaktu malam pula adalah :

    a) Kuliah moral/ maghribb) Permainan-permainan kimc) Sesi mengenal dirid) Malam kebudayaane) Jejak spora melihat keindahan tumbuhan bercahaya diwaktu malamf) Latihan dalam kumpulan (LDK)

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    49/53

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    50/53

    R1001 / UNIT 5/50

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Jawapan:

    4.6 i. Khemah berangkaii. Khemah rabungiii. Khemah ringkas

    4.7 Jawapan B4.8 i. berpusat di darat

    ii. berpusat di airiii. berpusat di udara

    MAKLUMBALAS 1b

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    51/53

    R1001 / UNIT 5/51

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian

    kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

    Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

    Selamat mencuba semoga berjaya !!!

    1. Anda adalah pengerusi sebuah kelab di politeknik di tempat anda. Satuperkhemahan akan diadakan disatu hutan lipur. Senaraikan satu jawatan

    kuasa bersama tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh jawatan kuasa

    tersebut.

    2. Dalam aktiviti kumpulan semasa perkhemahan anda dikehendaki membericeramah kepada kumpulan anda yang bertajuk Bagaimana untuk

    meninggikan keberkesanan dan kemesraan dalam berkomunikasi. Apakah

    isi-isi yang perlu anda kemukakan pada syarahan tersebut

    PENILAIAN KENDIRI

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    52/53

    R1001 / UNIT 5/52

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    Adakah anda telah mencuba dahulu ???

    Jika YA , sila semak jawapan anda .

    JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

    1. Pengerusi Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin

    Setiausaha untuk menguruskan surat menyurat

    Bendahari untuk menguruskan hal kewangan aktiviti

    Pengangkutan -menguruskan kenderaan atau bas ke tempat

    aktiviti

    AJK Makanan -menguruskan keperluan makanan peserta

    AJK Perubatan -menyediakan keperluan perubatan untuk

    sepanjang aktiviti

    AJK Logistik -Menyediakan keperluan-keperluan yang

    diperlukan

    AJK Adio dan Video -Menyediakan peralatan pandang dengar jika

    ada sesi ceramah.

    2. i. cuba fahami orang lain

    ii. beri peluang kepada orang lain menceritakan sesuatu (masalah)

    iv. belajar untuk bercakap bahasa merekav. jadikan mereka berasa diutamakanvi. jadikan orang lain mesra dengan andavii. sentiasa bersedia menerima/membantu orang lainviii. tingkatkan kemahiran mendengar

    MAKLUMBALAS

  • 8/9/2019 PoliBridget Unit 5

    53/53

    R1001 / UNIT 5/53

    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

    ix. berlaku jujur kepada diri sendirix. kemaskan diri anda agar menarik dipandangxi. katakan sesuatu dengan hormatxii. tahu bila harus berhenti menanya