unit 5 ( aturcara tawaran)

45
ATURCARA TAWARAN ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/1 ATURCARA TAWARAN OBJEKTIF Objektif Am : Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra- kelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran, d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai menender, penutupan dan pembukaan tawaran, Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran, peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran, penolakan tawaran dan tawaran semula. Objektif Khusus : Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : UNIT 5

Upload: zahirah-nabilah

Post on 27-Jun-2015

3.384 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/1

ATURCARA TAWARAN

OBJEKTIF

Objektif Am : Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri, keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra- kelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran, d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai menender, penutupan dan pembukaan tawaran, Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran, peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran, penolakan tawaran dan tawaran semula.

Objektif Khusus : Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

Mentakrifkan Tawaran dan sebut harga.

Mengenal pasti jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan

keburukan tawaran-tawaran berikut :

i. Tawaran terbuka

ii. Tawaran terhad

iii. Tawaran terpilih

iv. Tawaran pra kelayakan

v. Tawaran perundingan

Menyenaraikan kandungan dokumen tawaran

berdasarkan kontrak senarai bahan dan

ukisan/spesifikasi.

UNIT 5UNIT 5

Page 2: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/2

Menyatakan kegunaan dokumen tawaran.

Mentakrifkan Iklan Tawaran

Menyenaraikan cirri-ciri iklan tawaran yang baik

Memberi maklumat – maklumat dan syarat – syarat di dalam

iklan tawaran

Menyatakan jangka masa proses pengiklanan tawaran

Mengenal pasti borang-borang piawai semasa menender

Menerangkan proses penutupan tawaran

Menerangkan kegunaan peti tawaran

Menerangkan pembukaan tawaran dan tugas jawatankuasa

pembukaan tawaran

Menerangkan tujuan dan perkara-perkara penting yang

dianalisa dalam laporan tawaran

Menerangkan tugas dan kuasa Ahli Lembaga Tawaran

Menerangkan proses penganugerahan tawaran

Menerangkan sebab-sebab penolakan tawaran

Menerangkan sebab-sebab tawaran semula

Page 3: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/3

5.1 TAKRIF TAWARAN DAN SEBUT HARGA

5.1.1 Takrif Tawaran

Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa suatu

pihak untuk melaksanakan suatu kerja samada kerja pembinaan atau

pembekalan disamping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan.

Tender di keluarka oleh pemaju manakala penerima tender adalah

kontraktor atau pemborong.

5.1.2 Takrif Sebut Harga

Sebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang

berkelayakan membuat dan meyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara

RM 0001 hingga RM 50 000.Sebut harga diamalkan bagi memenuhi kerja

segera, kerja undi dan kerja inden.Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan

kepada kontraktor Bumi putra sahaja.

5.1.2.1 Kerja – kerja segera

Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang

dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan

kemampuannya membuat kerja. Contoh – contoh kerja yang terlibat

seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap bocor

dan membaiki tandas awam.

INPUT

Page 4: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/4

5.1.2.2 Kerja – kerja Undi

Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja – kerja

terlibat adalah kerja – kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan

bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh

Jabatan Kerja Raya atau badan – badan kerajaan yang lain. Melalui

cara ini kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya.

5.1.2.2 Kerja – kerja Inden

Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor

setelah mereka mengemukakan sebut harga masing – masing. Hanya

kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut.

Antara kerja – kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang

pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.

5.2 JENIS – JENIS TAWARAN

Bagi kerja – kerja yang melebihi nilai RM 50 000.00, pemanggilan dan

pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya ada beberapa jenis

tawaran yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis – jenis tawaran

tersebut adalah :

a. Tawaran terbuka

b. Tawaran terhad

c. Tawaran terpilih

d. Tawaran pra kelayakan

e. Tawaran perundingan

Page 5: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/5

5.2.1 Tawaran Terbuka

Tawaran terbuka merupakan tawaran yang biasa diamalkan oleh

pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Tawaran jenis dibuka

kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang

ditetapkan.Bilangan penender adalah tidak terhad. Tawaran ini

digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana

bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. Lebih

ramai kontraktor yang memasuki tawaran maka lebih banyak

rangkaian harga yang diperolehi oleh majikan. Ini membolehkan

majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan harga yang

sesuai dan munasabah.

Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran melalui akhbar –

akhbar tempatan atau mempamerkan di papan kenyataan di pejabat

majikan

Kebaikan Tawaran Terbuka

1. Membuka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai

banyak pengalaman.

2. Pihak majikan dapat memilih harga yang terendah dari bilangan

kontraktor yang ramai.

3. tawaran ini sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tidak

memerlukan pengalaman serta kelayakan khusus.

Keburukan Tawaran terbuka

1. Proses perlaksanaan tawaran ini mengambil masa yang lama dan

tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera.

2. Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko

tinggi kerana kemungkinan kontraktor akan menghasilkan mutu

Page 6: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/6

binaan yang rendah disebabkan penggunaan bahan yang tidak

bermutu untuk mendapatkan keuntungan.

3. Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan

peralatan moden dan teknik baru kerana kos penggunaanya

adalah tinggi.

4. Kesulitan dalam pemilihan kontraktor yang layak serta berlaku

pembaziran dalam proses penyediaan dan pemilihan.

5.2.2 Tawaran Terhad

Tawaran ini hanya terhad kepada kontraktor – kontraktor yang

tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontaktor bumiputra

sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syarat – syarat yang

ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad.

Ini merupakan langkah kerajaan dalam DEB untuk memeberi

sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan kepada

bumiputra.

Biasanya diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di

papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

Kebaikan Tawaran Terhad

1. Memberi peluang kepada kontraktor bumiputra untuk

menceburkan diri dalam industri binaan tanpa persaingan dari

kontraktor bukan bumiputra..

2. Dapat melaksanakan kehendak kerajaan bagi menggalakkan 30%

bumiputra menceburi bidang pembinaan.

3. Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan.

Page 7: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/7

Keburukan Tawaran Terhad

1. Hanya terhad kepada segolongan kontraktor sahaja.

2. Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurangnya

persaingan.

5.2.3 Tawaran Terpilih

Merupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang

dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku

diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini dilaksanakan

berdasarkan keperluan –keperluan yang berikut :

Projek –projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu.

Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor

yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan

mempelawa mereka memasuki tawaran. Pemilihan kontyraktor

berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman serta jumlah

projek yang sedang dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada

kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut. Didalam

surat tawaran itu dinyatakan perihal yang berkaitan projek dan

tawaran.

Kebaikan Tawaran Terpilih

1. Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana

kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir

dan mempunyai rekod yang baik.

Page 8: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/8

2. Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah

singkat kerana semua keperluan tawaran disediakan mengikut

bilangan kontraktor yang disenaraikan.

3. Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat

kerana semua kontraktor yang memasuki tawaran mempunyai

keistimewaan dari segi kerja.

4. Pemilihan harga yang terendah adalah wajar .

Keburukan Tawaran Terpilih

1. Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan

serta kontraktor yang bertanding terdiri darpada mereka yang

mahir dan berpengalaman.

2. Kemungkinan berlaku pakatan harga di antara kontraktor untuk

meletakkan harga penutup yang sama.

3. Disebabkan keupayaan organisasi kontraktor sentiasa berubah,

maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor

yang mutu kerjanya sedang menurun.

5.2.4 Tawaran Pra Kelayakan

Tawaran dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses

pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas yang

memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Majikan akan mengiklankan notis tawaran pra kelayakan di akhbar

tempatan bagi mengetahui kelayakan kontraktor yang ingin

menyertai tawaran tersebut. Kontraktor yang ingin menyertai

tawaran ini perlu mengisi borang khas yang mengandungi

Page 9: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/9

maklumat-maklumat tentang kewangan, pengurusan serta

pengalaman kontraktor dan dikembalikan kepada pemaju.

Majikan akan mengkaji maklumat-maklumat yang diberikan dan

akan membuat pemilihan kontraktor yang layak menyertai tawaran.

Kehendak asas dalam pem ilihan agak ketat di mana pengalaman,

kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan yang besar dan

penggunaan teknik-teknit moden adalah antara syarat-syarat

kelayakan yang diperlukan.

Kebaikan Tawaran Pra Kelayakan

1. Mutu pembinaan yang dihasilkan adalah tinggi melalui

penggunaan teknologi yang tinggi dan pengalaman kontraktor.

2. Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman

yang baik serta modal yang cukup layak menyertai tawaran ini

3. Menjimatkan masa, tenaga dan kos dari segi menyedia dan

menyemak dokumen tawaran kerana bilangan kontraktor yang

tidak ramai.

4. Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan.

Keburukan tawaran Pra Kelayakan

1. Tawaran ini hanya layak kepada kontraktor yang mempunyai

kepakaran sahaja.

2. kos pembinaan kana menjadi lebih tinggi disebabkan

penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh

kontraktor yang lain.

3. Hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan tidak sesuai

untuk projek yang kecil.

Page 10: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/10

5.2.5 Tawaran Perundingan

Tawaran ini dijalankan atas sebab-sebab tertentu selalunya atas

arahan pihak-pihak tertentu. Tawaran jenis ini tidak diiklankan.

Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada

kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai

projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang

dibincangkan adalah aspek-aspek rekabentuk,anggaran kos, jadual

kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya

tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan

senarai bahan.

Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut :

Projek yang memerlukan penyiapan segera

Projek yang memerlukan kepakaran kerja.

Projek yang berterusan dan berfasa-fasa.

Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor

Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama..

Kebaikan tawaran perundingan :

1. Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah.

2. Kontraktor boleh memberi nasihat dan memberikan cadangan

dan nasihat kepada arkitek/jurutera diperingkat awal reka bentuk

projek.

3. Majikan dapat menganggar kos-kos yang terlibat dengan lebih

tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui

sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang

sama.

Page 11: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/11

Keburukan Tawaran perundingan :

1. harga tawaran menjadi tinggi disebabkan tiada persaingan.

2. Hanya kontraktor tertentu sahaja yang akan terpilih.

3. Disebabkan harga tawaran yang terlalu tinggi, pengawalan

terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik.

4. berlaku penyelewengan diperingkat perancangan menyebabkan

kerugian kepada pihak majikan.

5.3 KANDUNGAN DOKUMEN TAWARAN

Dokumen tawaran terbahagi kepada dua jenis :

5.3.1 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti

Biasa digunakan untuk projek-projek yang besar

Penyediaan memerlukan masa yang agak panjang

Dapat menyediakan satu asas yang lebih saksama untuk

penilaian kerja yang telah dilaksanakan bagi tujuan bayaran

kemajuan dan perubahan kerja

5.3.2 Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan

spesifikasi.

Di gunakan bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera

di mana Jurukur Bahan tidak sempat untuk menyediakan

Senarai Kuantiti.

Sesuai untuk projek yang rendah dan sederhana kosnya.

Kontraktor perlu memasukkan harga bagi keseluruhan kerja

secara pukal sahaja ( Lump Sum )

Page 12: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/12

Berdasarkan Senarai Kuantiti Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi

1. Surat mempelawa tawaran

2. Borang tawaran

3. Arahan kepada penender

4. Senarai kerja pendahuluan,

keterangan bahan dan mutu kerja

5. Senarai senmakan mengemukakan

tawaran

6. Spesifikasi

7. Borang maklumat latar belakang

kontraktor

8. Senarai Kuantiti

9. Lampiran

10. Lukisan

1. Surat mempelawa tawaran

2. Borang tawaran

3. Arahan kepada penender

4. Senarai kerja pendahuluan,

keterangan bahan dan mutu kerja

5. Senarai semakan mengemukakan

tawaran

6. Spesifikasi

7. Borang maklumat latar belakang

kontraktor

8. Ringkasan tawaran

9. Jadual kadar harga

10. Lampiran

11. Lukisan

Jadual 9.1 : Kandungan Dokumen Tawaran

5.4 KEGUNAAN DOKUMEN MEJA TAWARAN

Dokumen ini hampir sama dengan dengan dokumen tawaran tetapi biasanya

lebih lengkap dari dokumen tawaran yang dijual kepada kontraktor.

Disediakan sebelum sesuatu tawaran dipanggil atau diiklankan.

Dokumen meja tawaran diletakkan didalam bilik khas atau di atas meja khas

di pejabat majikan seperti di pejabat Pengarah JKR Negeri atau Daerah.

Dokumen tawaran digunakan untuk membolehkan kontraktor mendapat

gambaran yang jelas mengenai projek serta menyemak perkara-perkara

Page 13: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/13

yang terkandung didalam tawaran yang hendak disertainya serta

menghargakan tawaran. Biasanya ia dipamerkan bermula dari iklan tawaran

dikeluarkan sehingga tarikh tutup tawaran.

5.5 TAKRIF IKLAN TAWARAN

Merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk

mempelawa kontraktor-kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang

dicadangkan.

Iklan tawaran disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang

berminat tentang butir-butir penting sesuatu tawaran.

5.6 CIRI – CIRI IKLAN TAWARAN

Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap

mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan

menyertai tawaran tersebut.

Iklan tawaran hendaklah diiklan didalam akhbar tempatan ataupun ditampal

di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

5.7 MAKLUMAT –MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT DI DALAM

IKLAN TAWARAN

Maklumat penting yang perlu ada dalam satu-satu iklan tawaran adalah :

Logo dan nama majikan

Tajuk kerja

Jenis tawaran

Kelas kontraktor yang dipelawa

Kepala dan sub kepala

Bayaran dokumen tawaran

Tempat mengambil Dokumen tawaran

Tempat dan masa dokumen tawaran dikembalikan

Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaannya

Page 14: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/14

Pejabat dimana TTD boleh diperiksa

Masa dan tarikh memeriksa TTD

Tarikh tutup tawaran

5.8 JANGKA MASA PROSES PENGIKLANAN TAWARAN

Biasanya tempoh iklan tawaran disiarkan diakhbar – akhbar tempatan atau

melalui notis yang ditampalkan di papan kenyataan tawaran majikan adalah

dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak.

Kenyataan tawaran hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang –

kurangya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.

5.9 BORANG – BORANG PIAWAI SEMASA MENENDER

Secara amnya borang – borang yang biasa digunakan semasa proses

menender adalah :

5.9.1 Borang Perlantikan Jurukur Bahan

Borang ini adalah pengesahan diantara Pemaju dengan Jurukur

Bahan untuk menjalankan kerja –kerja pengurusan yang berkaitan

dengan kerja Jurukur Bahan dalam sesuatu projek.

5.9.2 Borang Jaminan Keselamatan

Merupakan surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank atau institusi

kewangan tertentu tentang kedudukan kewangan kontraktor supaya

pihak perunding dan pemaju yakin dengan kemampuan kontraktor

tersebut untuk mengendalikan sesuatu projek.

Page 15: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/15

5.9.3 Borang Kontrak

Borang perjanjian antara kontraktor dan pemaju untuk menjalankan

sesuatu projek. Ia mengandungi syarat –syarat perjanjian dan kontrak

yang perlu diikuti oleh kedua-dua pihak. Borang kontrak yang biasa

digunakan adalah sama ada borng kontrak setara JKR atau borang

kontrak setara PAM.

5.9.4 Borang Pra Kelayakan Kontraktor

Borang ini digunakan oleh kontraktor – kontraktor yang ingin

memasuki tawaran Pra Kelayakan. Bertujuan untuk menilai sesebuah

organisasi kontraktor bagi menjalankan sesuatu projek. Penilaian

dibuat berdasarkan kepada bilangan kaki tangan , bilangan jentera

yang digunakan dan pengalaman mengenadalikan projek – projek

yang lepas.

5.9.5 Borang Kontraktor Kecil dan Pembekal Bahan

Kegunaannya adalan untuk melantik sesebuah organisasi sebagai

kontraktor kecil atau pembekal bahan di dalam sesuatu projek.

5.9.6 Borang ringkasan syarikat penender yang terlibat

Borang ini digunakan untuk menyenaraikan mengenai kemampuan

dari segi kewangan, modal , loji, kakitangan dan pengalaman setiap

penender yang terlibat.

5.9.7 Borang Projek Semasa untuk Penender

Borang ini memberi penjelasan mengenai projek – projek yang

sedang dilaksanakan oleh penender

Page 16: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/16

5.9.8 Borang Kesilapan Penender

Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala kesilapan yang

dilakukan oleh penender semasa mengemukakan tawaran. Kesilapan

setiap unsure didalam senarai kuantiti atau dokumen tawaran akan

direkodkan untuk di buat pembetulan.

5.9.9 Borang keputusan tender

Merupakan borang terakhir dimana jurukur bahan akan

mengesyorkan kontraktor yang layak kepada pihak pemaju dan

perunding yang lain.

5.10 PROSES PENUTUPAN TAWARAN

Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan

didalan iklan tawaran. Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran

yang telah lengkap diisi akan dimasukkan kedalam peti tawaran yang telah

disediakan. Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik

jurutera.Jawatankuasa Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untuk

membuka peti tawaran itu.

5.11 KEGUNAAN PETI TAWARAN

Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah

dihantar oleh pihak kontraktor. Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yang

ditandakan dengan no. projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran

dibuka serta tarikh penyerahan terakhir.

Setelah tarikh tutup tawaran peti tawaran akan dikunci dan disimpan

didalam bilik jurutera.Peti tawaran akan dibuka setetelah Ahli

Jawatankuasa Pembukaan Tawaran bersidang.

Page 17: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/17

5.12 PROSES PEMBUKAAN TAWARAN DAN TUGAS JAWATAN

KUASA PEMBUKAAN TAWARAN

Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan

dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran. Ahli jawatankuasa

ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh

pihak majikan. Setiap dokumen tawarn yang dihantar akan direkodkan

nombor siri berdasarkan kepada jumlah dokumen tawaran tersebut.

Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 …9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang

penender yang menyertai tawaran. No siri ini akan disenaraikan dalam

borang khas bersama – sama dengan harga tawaran yang telah ikemukakan.

Borang ini dikenali sebagai Borang Jadual Tawaran.

Borang Jadual Tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain

untuk membuat penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti terdiri

tidak kurang dari dua orang samada Jurukur Bahan atau Pegawai Teknikal

dalam bidang kerja yang berkaitan.

ANALISIS TAWARAN

Penilaian keatas tender – tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaitu

Penilaian Peringkat Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.

5.12.1 Penilaian Peringkat Pertama

Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga

beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk

memenuhi pra syarat yang berikut :

Page 18: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/18

1. Kesempurnaan Tender

Tender – tender mesti lengkap dan bebas dari segala ecacatan

dari segi undang – undang dan kontrak yang munasabah

untuk menentukan kelayakan mengikut amalan biasa.

2. Kedudukan Kewangan yang Memuaskan

Petender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas

hati bahawa petender mempunyai kedudukan kewangan yang

memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

3. Prestasi Kerja Semasa yang Memuaskan

Petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan

sebagai ‘ sakit’ atau yang mendapat laporan buruk daripada

pegawai penyelia projek atau mengahadapi tindakan

penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak memuaskan

prestasi kerjanya.

Tender yang tidak memenuhi mana – mana pra syarat di atas adalah

gagal Penilaian Awal dan tidaka layak diberi pertimbangan

seterusnya.

5.12.2 Penilaian Peringkat Kedua

Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang

lulus penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah

mengikut turutan harga tender menaik.

Kriteria – kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang

paling menguntungkan untuk dipertimbangkan.

a. Harga Tender

Harga tender yang dikemukakan oleh pentender –

pentender akan dibandingkan dengan Anggaran jabatan.

Page 19: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/19

Anggaran Jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan

kemunasabahannya.

b. Pengalaman

Penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke

atas pentender yang harga tendernya sangat rendah.

Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah

atau rendah dipertimbangkan, pentender mestilah

sekurang kurangnya dua projek yang serupa dengan

projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh

lima tahun yang lepas.

c. Prestasi Kerja Semasa

Kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada

tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa pentender akan

dikategorikan seperti berikut :

Cemerlang - peratus kemajuan sebenar

melebihi jadual.

Memuaskan - Peratus kemajuan sebenar

sama atau terkebelakang dari

jadual kurang dari 30%.

Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan

laporan daripada Pegawai Penguasa atau Jurutera yang

menyelia projek tersebut.

d. Kakitangan Teknikal

Faktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan

teknikal pentender berbanding dengan bilangan

AnggaranKeperluan Minimum (AKM) kakitangan

Page 20: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/20

teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan

memuaskan.

e. Loji, Kuari dan Kilang

Sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang

ditetapkan oleh AKM tetapi pentender didapati

mempunyai kuari, kilang dan sebagainya atau terdapat

factor – factor lain yang boleh menyokong harga

tendernya maka factor – factor tersebut bolehlah diambil

kira.

Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk

dikemukakan kepada Lembaga Tender untuk dibuat pertimbangan . Kemudian

Lembaga Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya

untuk melaksanakan projek tersebut.

5.13 LAPORAN TAWARAN

Laporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara – perkara

berikut bagi memudahkan pihak Lembaga Tawaran membuat pemilihan kontraktor

yang layak ;

a. Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek,

penentuan dan sebagainya.

b. Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan

menerangkan bila tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempoh

laku tender tersebut tamat.

c. Menyenaraikan petender – petender termasuk harga tender serta

masa penyiapan kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu.

d. Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta

menyenaraikan kesilapan petender. Didalam senarai tersebut harga

tawaran terkini hendaklah dicatatkan termasuk kesilapan yang

berlaku sekiranya ada.

Page 21: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/21

e. Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaran

setiap Petender.

f. Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat,kelas kontraktor

serta senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

g. Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujui

terima kontraktor yang layak setelah perkara-perkara diatas

dianalisis dan dikaji.

5.14 TUGAS DAN KUASA AHLI LEMBAGA TAWARAN

Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat – peringkat

lembaga tersebut. Peringkat – peringkat lembaga tawaran terdiri daripada ;

1. Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan

Ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya,

Perbendaharaan, Kementerian Kerja RayaUnit Perancang Ekonomi /

Negeri / UPEN atau mana-mana badan/unit yang berkenaan.

Tawaran – tawaran ini adalah khas untuk kerja – kerja peringkat

persekutuan sahaja. Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran

yang melebihi RM 250,000.00.

2. Lembaga Tawaran Peringkat Negeri

Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan negeri /SUK, Pegawai

Kewangan negeri, Pengarah JKR dan sebagainya. Lembaga ini

berkuasa memperakui tawaran yang dibiayai oleh kerajaan negeri

sahaja.

3. Lembaga Tawaran Peringkat Daerah

Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan, pegawai kewangan

yang mana ia merupakan ahli jawatankuasa sebut harga dan berkuasa

memperakui tawaran kecil yang tidak melebihi RM 10,000.00

sahaja.

Page 22: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/22

5.15 PENGANUGERAHAN TAWARAN

Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu

tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat

penerimaan terhadap tawaran kontraktor.

Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang

dipilih, maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh

disaman sekiranya menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor

menerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikan

dan kontraktor.

Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat :

a. Surat Niat ( Letter of Intent )

Iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat

untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-

syarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor.

Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawa

satu kontrak telah wujud.

b. Surat Setuju terima ( Letter of Acceptance )

Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah

dyang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan

dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak.

Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua

perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

5.16 PENOLAKAN TAWARAN

Antara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah :

a. Harga tawaran yang terlalu tinggi

b. Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan

kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan.

Page 23: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/23

c. Kerja – kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut

terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran.

d. Rekod kerja terdahulu tidak mememuaskan

e. Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran.

f. Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul

g. Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

5.17 TAWARAN SEMULA

Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku :

a. harga yang ditawarkan adalah teralu rendah atau terlalu tinggi.

b. Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi

pengiraan ataupun dalam butiran lukisan.

c. Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

Page 24: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/24

Mahu menguji kefahaman anda ? Sila jawab soalan soalan - soalan berikut.

Cuba dahulu sebelum menyemak jawapan yang disediakan dihalaman sebelah.

1. Berikan takrif iklan tawaran .

2. Apakan perbezaan antara tawaran dan sebut harga.

3 Nyatakan jenis-jenis tawaran yang biasa dipraktikkan dinegara kita di

dalam memilih kontraktor yang layak untuk satu-satu projek.

4. Ada beberapa kaedah memanggil tawaran. Nyatakan tiga kaedah tersebut.

5. Pada pendapat anda tawaran apakah yang sesuai untuk projek pembinaan

yang mudah terutamanya projek-projek yang dijalankan oleh pihak

kerajaan.

6.. Nyatakan sekurang – kurangnya lima jenis borang yang biasa digunakan

dalam proses menender

7. Berapa lamakah jangka masa tawaran diiklankan.

8. Apakah kegunaan peti tawaran didalam proses menender?

9. Lengkapkan jadual berikut:

Peringkat – peringkat

Lembaga Tawaran

Ahli - ahli Bidang Kuasa

10. Kadang-kadang tawaran perlu dibuat semula. Nyatakan sebab – sebabnya.

AKTIVITI 5

Page 25: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/25

1. Tawaran ialah satu kenyatan yang di keluarkan oleh satu kepada satu pihak yang lain untuk melaksanakan suatu kerja disamping mendapatkan persetujuan dari pihak yang berkenaan.

2. Tawaran untuk kerja-kerja melebihi RM50 000 dan terbuka untuk semua kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor.

Sebut harga untuk kerja-kerja kurang daripada RM 50 000 dan biasanya bagi memenuhi kerja-kerja segera, kerja undi dan kerja inden. Hanya dibuka untuk kontraktor bumi putra sahaja.

3. Tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan.

4. Iklan di akhbar tempatan, notis di papan kenyataan tawaran majikan dan surat mempelawa tawaran

5. Tawaran yang sesuai adalah tawaran terbuka kerana projek pembinaan yang mudah adalah sesuai bagi kontraktor-kontraktor yang baru dan kurang berpengalaman

6. Borang – borang yang biasa digunakan dalam proses menender adalah :

Borang perlantikan Jurukur Bahan

Borang jaminan keselamatan

Borang Kontrak Setara

Borang perlantikan kontraktor kecil dan Pembekal bahan

Borang projek semasa untuk penender

Dan lain-lain seperti dalam nota

7. Apabila tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan didalam iklan tawaran

8. Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah

dihantar oleh pihak kontraktor.

MAKLUMBALAS 5

Page 26: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/26

9.

Peringkat Lembaga

Tawaran

Ahli - ahli Bidangkuasa

Lembaga Tawaran

Peringkat Pesekutuan

Pengarah

JKR,UPEN

Untuk tender

peringkat

persekutuan dan

melebihi RM

250,000.00

Lembaga Tawaran

peringkat Negeri

Setiausaha

kerajaan, Pengarah

JKR, pegawai

kewangan

Untuk tender

peringkat negeri

sahaja

Lembaga Tawaran

peringkat Daerah

Setiausaha

kerajaan, pegawai

kewangan

Untuk tawaran

sebutharga tidak

melebihi RM

10,000.00

10. Tawaran perlu dipanggil semula kerana :

Harga yang ditawarakan terlalu tinggi atau terlalu rendah

Terdapat kesilapan dalam dokumen tender

Tiada peruntukan kewangan

Page 27: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/27

Syabas …….!!! Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan – soalan

dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang

disediakan. Sekiranya ada masalah , berbincanglah dengan pensyarah anda. Semoga

anda berjaya ……

SOALAN 1

Terangkan dengan ringkas tentang tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan serta

nyatakan dua perbezaan utama antara dua tawaran ini.

SOALAN 2

Terangkan proses-proses pembukaan dan penelitian tawaran oleh jawatankuasaPembukaan

tawaran setelah penutupan tawaran.

SOALAN 3

Lembaga Tawaran bertanggungjawab untuk menganugerahkan tawaran kepada kontraktor

yang berjaya memenuhi kriteria – kretiria pemilihan. Apakan kriteria – criteria tersebut.

PENILAIAN KENDIRI

Page 28: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/28

SOALAN 1

Dua perbezaan adalah :a. Tawaran Pra Kelayan diiklankan manakala tawaran

perundingan tidak diiklankan.b. Pemilihan kontraktor melalui tawaran pra kelayakan

berdasarkan maklumat-maklumat yang diisi dalam borang pra kelayakan manakala tawaran perundingan pula kontraktor dipilih berdasarkan pengalaman, rekod kerja, kedudukan kewangan tanpa perlu bertanding dengan kontraktor-kontraktor yang lain.

SOALAN 2

Setelah tarikh tutup tawaran Ahli Jawatankuasa Pembukaan tawaran akan bersidang dan

membuka peti tawaran. Setiap dokumen tawaran akan ditulis nombor siri berdasarkan

jumlah dokumen tawaran yang diterima. Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa akan

menyenaraikan harga yang dikemukakan oleh setiap penender didalam borang khas yang

dikenali sebagai Borang jadual tawaran. Borang jadual tawaran akan diserahkan kepada

satu pihak yang lain untuk dibuat analisa dan penilaian. Satu laporan tawaran disediakan

untuk dikemukakan kepada Lembaga Tawaran untuk membuat pertimbangan pemilihan

kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan sesuatu projek.

SOALAN 3

Harga tender yang dicadang oleh penender berbanding dengan anggaran

jabatan

Pengalaman yang ada bagi seseorang penender bagi menyiapkan sesuatu

projek dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Page 29: Unit 5 ( ATURCARA TAWARAN)

ATURCARA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C2006/UNIT 5/29

Prestasi kerja semasa yang ditunjukkan oleh kontraktor sama ada cemerlang

atau memuaskan berdasarkan kepada laporan dari Pegawai Penguasa atau

Pegawai Penyelia.

Kakitangan yang dilantik oleh penender adalah mencukupi bagi

melaksanakan projek yang ditender.

Faktor-faktor lain yang membantu harga tender adalah seperti penender

mempunyai loji, kuari kilang dan sebagainya.