unit 3

7
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah 1 UNIT 3 ANALISIS KEMAHIRAN MENULIS DALAM SUKATAN PELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Analisis Kemahiran Menulis 2. Prinsip pengajaran menulis PENGENALAN Pada peringkat awal perbincangan, kita telah melihat hubungan yang rapat antara. kemahiran menulis dengan beberapa disiplin pengajian yang terdapat dalam sesuatu kurikulum. Pendek kata menulis merupakan kegiatan. inti dalam menilai, menghurai dan menterjemah ilmu pengetahuan yang terdapat dalam pelbagai bidang. Justeru itu, penulisan akan dinilai dan beberapa model penulisan yang merentasi kurikulum disediakan: 1. Penulisan dalam disiplin sains sosial 2. Penulisan dalam mata pelajaran Sejarah/Agama/Perdagangan/Geografi/ Pendidikan Kemahiran 3. Penulisan dalam disiplin bahasa/ kesusasteraan 4. Penulisan dalam bidang sains dan teknologi ISI KANDUNGAN Penulisan Dari Sudut Sains Sosial Menulis dari sudut sains sosial melibatkan beberapa prinsip. Antaranya: 1. Menulis sebagai satu kemahiran untuk mengemukakan idea tentang manusia dan persekitarannya. 2. Menulis sebagai satu pemerhatian tentang adat-resam dan sosiobudaya manusia.

Upload: f1z33

Post on 30-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

1

UNIT 3

ANALISIS KEMAHIRAN MENULIS DALAM SUKATAN PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Analisis Kemahiran Menulis 2. Prinsip pengajaran menulis

PENGENALAN

Pada peringkat awal perbincangan, kita telah melihat hubungan yang rapat antara. kemahiran menulis dengan beberapa disiplin pengajian yang terdapat dalam sesuatu kurikulum. Pendek kata menulis merupakan kegiatan. inti dalam menilai, menghurai dan menterjemah ilmu pengetahuan yang terdapat dalam pelbagai bidang. Justeru itu, penulisan akan dinilai dan beberapa model penulisan yang merentasi kurikulum disediakan:

1. Penulisan dalam disiplin sains sosial

2. Penulisan dalam mata pelajaran Sejarah/Agama/Perdagangan/Geografi/ Pendidikan Kemahiran

3. Penulisan dalam disiplin bahasa/ kesusasteraan

4. Penulisan dalam bidang sains dan teknologi

ISI KANDUNGAN

Penulisan Dari Sudut Sains Sosial

Menulis dari sudut sains sosial melibatkan beberapa prinsip. Antaranya:

1. Menulis sebagai satu kemahiran untuk mengemukakan idea tentang manusia dan persekitarannya.

2. Menulis sebagai satu pemerhatian tentang adat-resam dan sosiobudaya manusia.

Page 2: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

2

3. Menulis tentang kajian-kajian dan bahan-bahan yang diperoleh dalam bentuk yang mudah difahami.

Penulisan seperti ini mempunyai beberapa ciri. Antara ciri-ciri penulisan yang lazimnya dipatuhi ialah:

a. Perlu ada abstrak kajian yang dalamnya terangkum perkara-perkara yang berikut:

i. Masalah kajian

ii. Hipotesis kajian

iii. Metodologi kajian,

iv. Data analisis

v. Hasil/dapatan/penemuan kajian

vi. Kesimpulan/cadangan

b. Bentuk penulisan yang paling berkesan ialah rumusan yang ciri-cirinya mestilah berdasarkan perkara-perkara yang berikut:

i. Ayat-ayat yang ringkas dan padat.

ii. Kosa kata, istilah yang jelas dan tepat.

iii. Fakta yang dianalisa mesti disertakan.

iv. Ada unsur kesahan dan kebolehpercayaan.

v. Boleh dipertanggungjawabkan dari segi ketulenan penulisan

vi. Adanya definisi operasi bagi sesetengah istilah untuk memperjelas konteks yang terlibat secara langsung dalam kajian sains sosial.

c. Hasilan penulisan

i. Penulisan itu lengkap dan menyeluruh.

ii. Penulisan itu terjamin kesahannya.

iii. Penulisan itu dapat diterjemahkan dalam bentuk rajah dan geraf.

Page 3: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

3

d. Perbincangan hasil penulisan

i. Penulis boleh menulis panclangannya.

ii. Penulis mengernukakan kesan-kcsan dapatan pada masa akan datang.

iii. Penulisan. mempunyai kesatuan dengan bahagian (a), (b) dan (c).

e. Bibliografi

i. Perlu ada penulisan bibliografi yang betul di belakang hasil kajian tersebut.

Contoh: Simon, Linda (1988), Good Writing: New York, St. Martin Press., Inc.

Contoh penulisan bidang sains sosial peringkat tinggi.Tesis, kertas kerja, kertas seminar, jurnal, penerbitan berkala, buletin d1l.

Penulisan Dalam Pelajaran Sejarah, Agama, Perdagangan, Dan Geografi

Prinsip penulisan

1. la mengandaikan penulisan sebagai alat untuk mencatat isi-isi pelajaran.

2. Penulisan untuk meluahkan buah fikiran dalam soalan-soalan latihan.

3. Penulisan sebagai mekanisme untuk menjawab soalan peperiksaan.

4. Penulisan menjurus ke arah menyiapkan kerja-kerja projek untuk subjek di atas.

5. Penulisan yang menggunakan bentuk-bentuk/model penulisan bagi subjek di atas.

6. Penulisan masih berbentuk rumusan, catatan, laporan dan kajian ringkas.

Page 4: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

4

Ciri-ciri penulisan

1. Ayat-ayat sederhana dan ringkas.

2. Perkataan/kosa kata menentukan istilah khusus subjek terscbut.

3. Maksud yang disampaikan jelas dan tepat.

4. Susunan perenggan, baris, tanda baca dan idea tersusun mengikut skema yang hendak disampaikan.

Jenis-jenis penulisan

1. Laporan urus niaga

2. Latihan perakaunan

3. Sejarah tamadun bangsa-bangsa.

Penulisan Dalam Disiplin Bahasa Dan Kesusasteraan

Prinsip penulisan

1. Membuat kesimpulan bahawa menulis adalah untuk memperkayakan bahasa.

2. Penulisan yang mencakupi pelebaran dan perluasan penggunaan kata dan istilah.

3. Penulisan yang mengutamakan daya kreatif dan penciptaan perkataan baru.

4. Penulisan yang menonjolkan kebolehan individu dalam pengolahan isi, bahan dan idea.

5. Penulisan yang menjurus kepada pengulangan kata-kata yang indah dan memberi kesan.

6. Penulisan yang dapat melebur rasa murni dan menjernih jiwa manusia melalui keindahan bahasa.

7. Melahirkan pelbagai bentuk dan gaya penulisan hasil daripada pemerhatian dan pengalaman peribadi.

Page 5: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

5

Ciri-ciri penulisan

Pada peringkat ini penulisan agak bebas mengikut genrenya tetapi masih dikongkong oleh bentuk dan kaedahnya yang tersendiri.

Jenis-jenis penulisan

1. Naratif

2. Deskriptif

3. Nyanyian/lirik

4. Puisi lama dan puisi baru

5. Autobiografi

6. Drama/dialog

7. Keperihalan

Penulisan Dalam Disiplin Sains Dan Teknologi

Prinsip penulisan

1. Ia memerlukan pemaparan idea, fakta, hasilan, dan dapatan secara kemas dan sistematik.

2. Bahasa penulisan yang dilingkungi istilah-istilah yang ketat mengikut penggunaannya dalam daftar istilah yang berunsur sains.

3. Penulisan lebih kepada pemaparan bahasa dalam bentuk empiris dan teoritikal.

Ciri-ciri penulisan

1. Gaya bahasa yang mudah dan ayat-ayat yang pendek serta tepat dan jelas.

2. Banyak memasukkan gambar rajah, graf, gambar, data-data hipotesis, alat-alat dan lain-lain.

Page 6: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

6

Jenis-jenis penulisan

1. Tesis, jurnal, buletin.

2. Makalah

3. Laporan

Rajah 1.1: Kemahiran Menulis Dari Pelbagai Sudut Disiplin Pengajaran

Secara kasar, dalam setiap disiplin pengajian, kemahiran menulis adalah ditekankan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajarannya sama ada dari sudut menghasilkan kajian, laporan, rencana, surat, majalah buletin atau lain-lain. Pada kebiasaannya, guru menganggap kemahiran menulis ini mesti dikuasai oleh pelajar melalui disiplin pengajian bahasa, baik bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain yang dijadikan bahasa pengantar dalam sesebuah kurikulum. Gambar rajah yang berikut menunjukkan kemahiran menulis yang dituntut oleh pelbagai disiplin pengajian.

PENDIDIKAN (pelbagai disiplin ilmu pendidikan)

KEMAHIRAN MENULIS (BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS)

BAHASA

(Pelbagai disiplin bahasa)

SAINS SOSIAL (pelbagai disiplin sains sosial)

SAINS & TEKNOLOGI (pelbagai disiplin sains dan teknologi)

Page 7: Unit 3

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

7

Soalan Kefahaman

1. Apakah yang anda faham tentang penulisan merentas kurikulum? Bincangkan pernyataan tersebut.

RUJUKAN

Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.

Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning. London: Thousand Oak, Clif: Chapman.

Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill.

Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.