unisza di ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. saya menyeru kepada...

50

Upload: others

Post on 16-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 2: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 3: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang

Kedewasaan

Page 4: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 5: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang

Kedewasaan

Hassan Basri Awang Mat Dahan

PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

KUALA NERUS • 2020

www.penerbit.unisza.edu.my

Page 6: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

© Hak cipta / Copyright Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020.

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan

semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar

serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada

Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including

photocopy, recording,

or any information storage and retrieval system, without permission in writing from

Universiti Sultan Zainal Abidin Press.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Penerbit UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus Terengganu, MALAYSIA

Tel: 09-668 8772, Faks: 09-668 7867

Laman web: http://www.penerbit.unisza.edu.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hassan Basri Awang Mat Dahan, 1962-

UniSZA di Ambang Kedewasaan / Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Mode of access: Internet

eISBN 978-967-2231-52-3

1. Universiti Sultan Zainal Abidin.

2. 2. Education, Higher--Malaysia--Terengganu. 3. Universities and colleges--Malaysia--Terengganu.

4. Government publications--Malaysia.

5. Electronic books. I. Judul.

378.595122

Page 7: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

Kandungan

Abstrak …………..7

Pendahuluan…………… 9

Sejarah Penubuhan UniSZA……………10

Status Autonomi……………13

Hala Tuju Akademik……………14

Hala Tuju Penyelidikan……………19

Hala Tuju Pelajar……………24

Inspirasi……………26

Pemerkasaan Pelajar……………28

Kebolehpasaran Graduan……………29

Peranan Alumni……………30

Penstrukturan Semula UniSZA……………32

Memperkasa Kedekanan……………33

Universiti untuk Masyarakat (Universiti for Society)…34

Warga Budiman……………36

Penutup……………42

Page 8: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 9: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

Abstrak

Syarahan Tahunan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal

Abidin (UniSZA) 2019 ini memaparkan UniSZA dalam

persediaan ke arah kedewasaan UniSZA dengan lonjakan

yang lebih baik. Untuk itu, syarahan yang bertemakan

‘UniSZA di Ambang Kedewasaan’ terbahagi kepada tiga

hala tuju. Hala Tuju Akademik akan memperincikan

pelaksanaan pelbagai aktiviti ke arah kecemerlangan

akademik. Hala tuju kedua ialah Hala Tuju Penyelidikan

yang memberi penekanan kepada penerapan pembudayaan

penyelidikan menerusi pelbagai geran, peratusan

penerbitan dan usaha untuk perolehan pengiktirafan hasil

inovasi. Hala tuju ketiga adalah Hala Tuju Pelajar untuk

melahirkan graduan yang holistik, berilmu dan berakhlak.

Pelajar UniSZA bukan sahaja diberi penekanan akademik

dan penyelidikan, mereka juga didedahkan dengan program

kepimpinan. UniSZA juga memperkenalkan konsep

‘Universiti untuk masyarakat menerusi Insan Budiman’.

Dalam konteks UniSZA, definisi BUDIMAN

diperkembangkan bukan sekadar bijaksana, bahkan

memberi maksud ‘Berbudi berteraskan Iman’. Konsep ini

dibahagikan kepada empat inisiatif iaitu (i) Berbudi kepada

Diri Berteraskan Iman; (ii) Berbudi kepada Organisasi

Berteraskan Iman; (iii) Berbudi kepada Masyarakat

Berteraskan Iman; dan (iv) Berbudi kepada Alam

Berteraskan Iman.

Page 10: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 11: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

Pendahuluan Selamat datang diucapkan kepada semua hadiri yang dimuliakan ke majlis yang penuh keberkatan ini bersempena sambutan Syarahan Naib Canselor 2019 dan Anugerah Kecemerlangan Staf 2018 kepada staf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dalam kesempatan ini kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima sijil perkhidmatan cemerlang dan anugerah-anugerah lain pada hari yang ceria ini. Semoga kejayaan mereka menjadi pendorong kepada semua staf UniSZA yang lain.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”

(al-Nahl: 97)

Al-Tabari ada menyebut dalam tafsirnya bahawa maksud firman Allah s.w.t. di atas ialah barangsiapa mengerjakan satu amalan dengan taat kepada Allah, menunaikan janji-janjinya kepada Allah, sama ada lelaki atau perempuan daripada Bani Adam dalam keadaan dia beriman, maka Allah berfirman: (maka Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik). Al-Tabari menyebut beberapa pandangan ahli tafsir tentang maksud hayatan tayyibah iaitu rezeki yang baik, atau yang baik lagi halal, atau kehidupan yang baik lagi bahagia.

Page 12: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

10 / Syarahan Naib Canselor 2019

Sesungguhnya sistem kehidupan ini memerlukan usaha dan pekerjaan. Setiap makhluk di sekeliling kita berusaha dengan tekun dan bekerja dengan cerdas. Menjadi kewajipan setiap insan untuk bangkit bekerja dengan memperlihatkan syiar ketekunan dan kecerdasan sambil menolak sikap berpeluk tubuh dan malas berusaha. Orang yang berakal tidak sesekali meredai kegagalan dirinya. Beliau mengetahui bahawa pintu rezeki itu bergantung kepada usaha yang dilakukan. Kemaslahatan hidup tidak akan sempurna kecuali dengan penglibatan semua individu dalam menunaikan pekerjaan sehingga setiap individu bangkit menunaikan pekerjaan masing-masing, lantas berlakulah perkongsian manfaat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak makan seseorang akan sesuatu makanan dalam keadaan yang baik kecuali dia memakannya menerusi hasil kerja tangannya sendiri.”

(Riwayat al-Bukhari)

Sejarah Penubuhan UniSZA Warga UniSZA yang saya kasihi sekalian,

Sejarah UniSZA terlakar dengan penubuhan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1980 dengan pengambilan pertama yang melibatkan seramai 35 orang pelajar tingkatan empat aliran sastera/agama. Operasi pertama ini menumpang di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Pada Mac 1981, upacara peletakan batu asas KUSZA telah

Page 13: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 11

diadakan di kampus Gong Badak yang berkeluasan 350 ekar yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah. Pada tahun 1982, KUSZA mula menawarkan Program Diploma Pengajian Islam (Syariah) dengan pengambilan seramai 26 orang pelajar. Kemudian pada awal Januari 1983, KUSZA telah berpindah ke Kampus Gong Badak kira-kira 20km dari bandar Kuala Terengganu.

Penubuhan KUSZA adalah hasil gagasan idea Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad yang merupakan Menteri Besar Terengganu (1974 hingga 1999) pada waktu itu. Merupakan seorang lulusan Universiti al-Azhar, Mesir, beliau berhasrat untuk melihat warga Terengganu khususnya menjadi warga berilmu. Beliau berkeyakinan bahawa ruang pendidikan perlu dibuka luas dan semua orang perlu diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Keterbatasan anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akibat daripada kekangan kewangan menyebabkan beliau berusaha untuk menubuhkan KUSZA.

“Lebih kurang enam bulan lamanya, sebuah rumah kedai disewa di Kampung Hiliran untuk dijadikan operasi permulaan. Saya terus memerah fikiran dan usaha sehingga terhasilnya keputusan untuk menjadikan kawasan Gong Badak sebagai tapak rasmi KUSZA. Saya berasa bangga dan berpuas hati kerana Terengganu telah mempunyai sebuah institusi pendidikan tinggi komprehensif termasuk bidang pengajian agama. Ramai

Page 14: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

12 / Syarahan Naib Canselor 2019

pelajar dari Terengganu dan luar Terengganu dapat melanjutkan pengajian di sini. Saya ingin berpesan, walau sejauh dan setinggi mana sesebuah institusi ilmu berkembang dan terbang, ilmu aqa’id (akidah) perlu menjadi paksi kepada manusia. Manusia perlu terus belajar dan pandai, maka ilmu aqa’id menjadi tunjangnya kerana asas manusia adalah di situ.”

(Temu bual bersama Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, 21 Ogos 2018)

Pencapaian KUSZA yang cemerlang telah membawa kepada kejayaannya dinaik taraf menjadi sebuah universiti penuh pada tahun 2006. Pengisytiharannya telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Kuala Terengganu. Dengan perisytiharan ini, bermulalah lembaran baharu bagi institusi pendidikan tinggi Islam ini sebagai universiti awam Malaysia ke-18 dengan nama Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebelum ditukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 13 Mei 2010.

Kini, UniSZA telah hampir berusia 40 tahun. Sudah tiba masanya warga UniSZA bersatu hati secara kolektif dalam membuat persediaan ke arah kedewasaan UniSZA dengan lonjakan yang lebih baik. Semua warga UniSZA perlu memperkasa potensi diri secara seimbang dan bersepadu dalam aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semoga pemerkasaan yang dilakukan dapat menjadikan warga UniSZA mempunyai jati diri,

Page 15: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 13

identiti unggul dan sentiasa berkeyakinan bagi melonjakkan universiti tercinta ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.

Warga UniSZA perlu memahami dan menghayati sejarah dan falsafah penubuhan universiti agar kita sentiasa berada di atas landasan yang betul dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa sumbangan mereka, hari ini kita tidak akan berada pada tahap ini. Identiti warga UniSZA yang kaya dengan nilai-nilai tinggi perlu dijadikan budaya dan common shared values dalam meneruskan usaha murni para ilmuan dan agamawan terdahulu. Berpaksikan tunjang yang kukuh serta pengajian secara holistik, UniSZA perlu muncul sebagai pohon yang tumbuh subur memanfaatkan ummah secara berterusan serta menjadi simbol tradisi keilmuan dan ketamadunan di negeri Terengganu.

Status Autonomi UniSZA telah berjaya mendapat watikah status autonomi pada 4 Oktober 2018 yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB. Dr. Maszlee Malik bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam usaha memastikan sumber universiti ditadbir secara integriti dan akauntabiliti. Status autonomi memberikan kuasa yang lebih luas kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam menimbang dan membuat keputusan berkenaan dasar-dasar berkaitan universiti. Autonomi adalah penurunan kuasa yang membolehkan

Page 16: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

14 / Syarahan Naib Canselor 2019

universiti bergerak dengan berkesan bagi mencapai kecemerlangan dan memperkasa institut pengajian tinggi awam ke peringkat dunia. Selain itu, status ini mengurangkan kebergantungan universiti dengan pihak kementerian dalam membuat keputusan. Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha yang berterusan sejak tahun 2015 berdasarkan Pelan Strategik UniSZA 2015-2020 dan Pelan Tindakan 2015-2020.

Hala Tuju Akademik Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Khursid Ahmad menukilkan kata-kata: “Jatuh bangunnya suatu umat bergantung kepada jatuh bangunnya pendidikan, kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan”. Kita di UniSZA harus sedar konsep dan cara pendidikan kita pada hari ini mestilah mengikut keadaan dan perubahan semasa dan bersesuaian dengan perubahan demografi para mahasiswa.

Dalam abad ke-21 ini, senario pendidikan global berkembang dengan begitu pesat. Ledakan Revolusi Industri 4.0 memberi kesan secara langsung dalam bidang pendidikan yang menjadi penjana kepada tranformasi hala tuju pendidikan di Malaysia. Dinamika dalam transformasi pendidikan ini menuntut UniSZA mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel.

Dalam usaha mendepani cabaran ini, pada tahun 2019, Pejabat Timbalan Naib Canselor

Page 17: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 15

(Akademik dan Antarabangsa) telah menubuhkan Jawatankuasa Transformasi Akademik, UniSZA dengan memberi tumpuan dalam merangka garis panduan Transformasi Akademik melibatkan tiga aspek utama iaitu:

1. Penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa. UniSZA akan melakukan penambahbaikan kandungan program pengajian sedia ada dan baharu dengan membangunkan model kurikulum fleksibel. Model ini dibentuk mengikut perubahan yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran selaras dengan perkembangan pelbagai industri dan menjangkau peringkat global. Tujuan utama

Page 18: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

16 / Syarahan Naib Canselor 2019

penambahbaikan ini adalah untuk memastikan program di UniSZA mampu melahirkan generasi graduan yang holistik dan bersaing di peringkat antarabangsa. Sayidina Umar Al-Khattab sendiri pernah berpesan, “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau”. Maka, saya menyarankan agar semua sahabat pensyarah menjadi lebih kreatif dan mempunyai kemahiran pedagogi yang berkesan dalam sistem penyampaian.

2. Penambahan nilai pengajaran dan pembelajaran melalui pemerkasaan pembelajaran melalui komuniti ataupun berasaskan khidmat sosial (service-learning). Baru-baru ini, YB Menteri Pendidikan telah melancarkan satu inisiatif baharu iaitu SULAM

Page 19: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 17

(Service Learning Malaysia - University For Society). Inisiatif ini menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti. Di bawah inisiatif inilah kita dapat lihat letak peri pentingnya pendidikan yang dapat menjana tranformasi seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Kejayaan untuk meletakkan UniSZA sebagai ‘Universiti untuk Masyarakat’ bergantung kepada usaha ini. UniSZA ingin menjadi pemain utama (champion) dalam usaha ini.

Oleh yang demikian, kurikulum yang bakal digubal nanti akan memberi pendekatan dan tumpuan kepada membudayakan nilai serta etika kemasyarakatan. UniSZA akan terus memperkasa nilai pengajaran dan pembelajaran dengan mereka bentuk kurikulum yang holistik, bersepadu dan dijajarkan secara konstruktif dengan menghubungkaitkan antara teori dan praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti. Kita percaya bahawa universiti perlu menabur bakti kepada komuniti setempat dalam pelbagai bentuk. Dengan ini UniSZA diharap dapat terus berperanan menjadi institusi pengajian tinggi yang dapat menjana ilmu untuk kesejahteraan masyarakat setempat.

3. Penerapan kemahiran abad ke-21. Kemampuan menguasai kemahiran abad ke-21 merupakan antara elemen yang penting untuk kecemerlangan generasi muda akan datang. Aspek kecemerlangan graduan bukan lagi terhad

Page 20: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

18 / Syarahan Naib Canselor 2019

kepada pencapaian dalam peperiksaan semata-mata. Kemahiran abad ke-21 tidak mampu diterjemahkan oleh kecemerlangan akademik seseorang. Sering kali kita lihat individu yang cemerlang dalam akademik tidak mampu berkomunikasi dengan baik ataupun mempunyai kredibiliti untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Justeru, penilaian semula kurikulum sedia ada akan dilaksanakan agar matlamat dan agenda untuk melahirkan generasi yang berkemahiran abad ke-21 dapat dicapai dengan jayanya. UniSZA akan memastikan kurikulum yang ditawarkan menerapkan kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan, penyelesaian masalah,

Page 21: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 19

kesukarelawan dan sosial. Tanpa kemahiran ini, graduan yang dihasilkan pasti akan menghadapi kesukaran dalam menempuh alam kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan.

Melalui inisiatif Transformasi Akademik ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UniSZA mampu untuk melahirkan para graduan yang memiliki ilmu serta kemahiran yang diperlukan dalam menjayakan matlamat UniSZA melahirkan graduan yang holistik.

Hala Tuju Penyelidikan Hadirin dan hadirat sekalian,

Andai kita menelusur pemikiran Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, seorang sarjana Islam tersohor mengenai jatuh bangunnya tamadun Islam, ternyata ijtihad antara penyebabnya. Ijtihad merupakan suatu proses penyelidikan yang dilakukan oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukam yang bersifat amali. Inti pati takrifan ini merujuk kepada usaha penyelidikan yang sebenarnya merentas disiplin ilmu. Andai UniSZA ingin menjadi sebahagian daripada watak penting pembangunan tamadun Islam, kecemerlangan penyelidikan menjadi prasyarat.

Umum mengetahui bahawa dunia akademia sarat dengan aktiviti penyelidikan. Munculnya Dasar Penyelidikan Universiti diharapkan mampu memacu kecemerlangan penyelidikan berdasarkan bidang tujahan dan kluster penyelidikan yang dikenal pasti.

Page 22: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

20 / Syarahan Naib Canselor 2019

Hasil penyelidikan ini diharapkan mampu menjadi remedi kepada permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. Inilah juga hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Yang Berhormat Menteri dalam merealisasikan penyelidikan ke arah menyelesaikan masalah rakyat menerusi peruntukan sebanyak RM425.35 juta pada tahun ini.

Untuk mencapai hasrat ini, saya yakin pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan. Paling tidak dalam tiga perkara. Perkara yang pertama ialah pembudayaan penyelidikan menerusi pelbagai geran. Dalam konteks geran penyelidikan dalaman, UniSZA jelasnya telah menawarkan pelbagai jenis dana penyelidikan dalaman universiti dan telah memperkenalkan dua dana penyelidikan baharu pada tahun 2018, iaitu Mentor-mentee Research Grant dan LabMat Research Grant. Sejumlah RM1,030,348 telah diperuntukkan oleh UniSZA pada tahun 2018 berbanding RM2,174,500 pada tahun 2017. Perolehan geran pelbagai kementerian juga memperlihatkan peningkatan sebanyak RM2,509,555 dan RM3,075,152 pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing. Begitu juga dengan geran agensi kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO), geran antarabangsa dan geran industri yang turut mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Perkara yang kedua ialah penerbitan. Peratusan penerbitan artikel jurnal berindeks kita telah meningkat sebanyak 109 peratus pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Walaupun peratusan penerbitan pada tahun 2018 mencatatkan penurunan

Page 23: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 21

sebanyak 9.34 peratus berbanding tahun 2017, sitasi penerbitan kekal dalam trend menaik sebanyak 78.6 peratus bersamaan 3,751 sitasi berbanding tahun sebelumnya.

Perkara yang ketiga ialah perolehan pengiktirafan hasil inovasi. Sepanjang tahun 2018, UniSZA telah menerima banyak pengiktirafan dalam pertandingan inovasi yang disertai. Tahniah kepada semua penyelidik yang telah menempa kejayaan di pelbagai pertandingan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Untuk melonjak ke hadapan, kita perlu meneruskan usaha sedia ada yang telah melakar kejayaan demi kejayaan. Dalam masa yang sama, kita perlu memperbaiki segala kelemahan dan perlu tekal melaksanakan proses penambahbaikan. Secara lebih khusus, ada empat perkara yang boleh kita perhalusi bersama-sama.

Pertama, kita perlu memperbanyakkan usaha penyelidikan translasi dan transdisiplin. Penyelidikan translasi jelasnya tertumpu kepada ilmu yang dapat dizahirkan kepada manfaat untuk dinikmati oleh masyarakat. Sebagai contoh, masalah penagihan dadah di sesuatu kawasan boleh dikaji dari segi perawatan dan pencegahannya untuk mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat. Lebih menarik lagi, perawatan dan pencegahan yang diketengahkan oleh UniSZA berasaskan tasawur dan epistemologi Islam. Penyelidikan transdisiplin pula adalah kajian yang merentas disiplin. Ia berbeza dengan penyelidikan multidisiplin dan interdisiplin

Page 24: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

22 / Syarahan Naib Canselor 2019

yang tidak cuba mengintegrasikan kepelbagaian ilmu untuk memahami dan selanjutnya menangani permasalahan yang ada. Kepelbagaian kepakaran yang tersedia di UniSZA harus dimanfaatkan semaksimum mungkin. Inilah asas kepada penjenamaan semula Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan kepada Pusat Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan. Kewujudan SIG di bawah pusat tanggungjawab ini akan mempercepatkan lagi pelaksanaan untuk mencapai hasrat ini. Bayangkan bagaimana uniknya nanti hasil penyelidikan UniSZA yang mengintegrasikan ilmu usuluddin, teknologi, ekonomi, perubatan dan psikologi untuk menangani masalah miskin bandar.

Kedua, kita perlu mempergiatkan usaha untuk menjadi perintis kepada sesuatu korpus ilmu. Perlu kita akui bahawa kita lebih banyak dipimpin, bukan memimpin dalam dunia akademia hari ini. Dalam konteks kaedah penyelidikan bagi kajian berkaitan Islam misalnya, kita amat bergantung kepada apa jua reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, kaedah penganalisisan data dan prosedur kajian yang lahir daripada falsafah dan epistemologi kaedah penyelidikan lazim. Walhal kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian daripada falsafah dan epistemologinya sukar sekali menepati citra Islam. Sifat anti-dogmatis, anti-teologi dan bebas nilai yang menjadi pegangan kaedah penyelidikan lazim tentu sekali tidak boleh disesuaikan dalam konteks Islam. Mana mungkin penyelidik Muslim perlu membebaskan dirinya daripada ikatan agama hanya semata-mata ingin kelihatan bebas nilai. Di sinilah

Page 25: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 23

perlunya kita memulakan usaha untuk memperkenalkan kaedah penyelidikan berteraskan Islam yang tidak hanya boleh diaplikasikan oleh penyelidik Muslim bahkan mana-mana penyelidik tanpa mengira latar agama dan bangsa. UniSZA perlu menjuarai usaha ini.

Ketiga, kita perlu merancakkan usaha untuk menonjolkan pembaharuan kepada sesuatu disiplin atau bidang ilmu sedia ada menerusi kelebihan setempat yang ada di kawasan Pantai Timur khususnya negeri Terengganu dan UniSZA. Pelancongan Islam misalnya harus menjadi salah satu tujahan SIG UniSZA sesuai dengan latar Terengganu yang kaya dengan khazanah umara, ulama dan alam. Kalau selama ini pelancongan Islam dibahas dari sudut pertumbuhan ekonomi dan kepatuhan syariah, barangkali ia boleh juga dibahas dari sudut sains kesihatan. Apatah lagi, Hospital Pengajar UniSZA bakal menjadi mercu tanda yang baharu kepada UniSZA, Terengganu dan Malaysia, sekali gus mempromosikan perubatan holistik.

Keempat, kita perlu memposisikan UniSZA sebagai tempat rujukan dunia dalam bidang-bidang tertentu yang telah dikenal pasti. Dalam hal ini, kita telah memulakan usaha untuk menjadikan UniSZA sebagai hub penyelidikan pendigitalan manuskrip. Untuk mencapai hasrat ini, kita telah mengenal pasti tiga projek. Pertama ialah pendigitalan manuskrip yang terdapat di Universiti Qarawwiyyin, Maghribi. Kedua ialah pendigitalan manuskrip kesultanan dan ulama Terengganu. Ketiga ialah pendigitalan manuskrip ulama alam Melayu. Kita sedang

Page 26: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

24 / Syarahan Naib Canselor 2019

merencanakan perjanjian persefahaman dengan pelbagai institusi berkaitan termasuk Muzium Negeri Terengganu dan Arkib Negara yang menyimpan pelbagai koleksi manuskrip untuk diimbas dan dimuat naik dalam sistem atas talian bagi memudahkan capaian dan rujukan oleh masyarakat.

Keempat-empat perkara ini harus digerakkan secepat mungkin bersama-sama pelan tindakan dan pemantauan untuk menggapai kecemerlangan penyelidikan di UniSZA.

Hala Tuju Pelajar Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam konteks pembangunan pelajar pula, UniSZA berjaya mengekalkan prestasinya dalam meraih pelbagai anugerah peringkat antarabangsa dan kebangsaaan. Muhammad Ziyad Mohd Yazid yang merupakan pengasas Kelab Keusahawanan UniSZA telah berjaya merangkul Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa Peringkat Kebangsaan 2018. Sementara Mohd Aswan Mohd Amin telah berjaya memenangi kategori Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman (Kategori Individu) dalam majlis anugerah yang sama.

Sajarah Mohd Ali, pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari lslam (FKI) telah menjuarai Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dalam Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018.

Page 27: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 25

Kehebatan (hanelang) UniSZA dalam bidang sukan memang tidak dapat dinafikan lagi. UniSZA sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) Memanah sejak tahun 2012 telah banyak menaikkan nama UniSZA di dalam dan di luar negara. Seramai lima orang pemanah UniSZA telah mewakili negeri Terengganu dalam SUKMA 2018 yang diadakan di negeri Perak. Sementara itu seramai lima orang pemanah UniSZA telah mewakili Malaysia dalam 19th Asean University Games 2018 yang diadakan di Naypytaw, Myanmar. Pasukan ini telah memenangi tujuh emas, tiga perak dan tiga gangsa. Kecemerlangan pasukan ini akhirnya membolehkan dua orang pemanah UniSZA terpilih dalam Program Senior MSN 2019.

Kepedulian dan kecaknaan UniSZA kepada kehendak komuniti terus terserlah. UniSZA terus menyumbang ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pada tahun 2018 sebanyak 100 aktiviti komuniti telah dianjurkan di dalam dan di luar negeri. Pada 21 Mac 2018, seramai 14 orang pelajar UniSZA telah menghadiri Program Eksplorasi Merungkai Inovasi Kepenggunaan Pendominasian Bumi Sakura anjuran Sekretariat Pengguna Siswa. Manakala dua orang pelajar UniSZA juga menyertai Misi Pemerkasaan Wanita Rohingya (Rohingya Women Empowerement Mision) anjuran UniSZA Society for Humanity (HUMANE).

Hadirin warga UniSZA sekalian,

Secara perbandingan, kadar kebolehpasaran UniSZA berada pada trend positif. Pada tahun 2016, sebanyak 71.96 peratus telah mendapat pekerjaan. Walaupun

Page 28: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

26 / Syarahan Naib Canselor 2019

peratusnya menurun kepada 68.60 peratus pada tahun 2017, namun alhamdulillah, pada tahun 2018, kadar kebolehpasaran graduan UniSZA telah melonjak ke angka 78.75 peratus.

Dalam usaha untuk melahirkan graduan yang holistik, berilmu dan berakhlak, pelajar UniSZA bukan sahaja diberi penekanan akademik dan penyelidikan, mereka juga didedahkan dengan program kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Program-program sebegini mampu meningkatkan keupayaan dan kualiti pelajar dalam mendepani era dunia berteknologi tinggi yang baharu. Keberkesanan program-program ini terbukti apabila pelajar UniSZA telah berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Cabaran melahirkan graduan pada era ini amat mencabar. Dinamika ilmu dan keperluan tenaga kerjaya semakin rencam dan luwes (flexible). Harapan keluarga dan pelajar semakin tinggi seusai bergraduat memerlukan universiti dan warganya sentiasa responsif dengan keperluan semasa. Rupa bentuk pelajar yang hendak dilahirkan mestilah menepati keperluan-keperluan tersebut.

Inspirasi Falsafah Pendidikan Negara telah menggagaskan pelajar yang dilahirkan dari sistem pendidikan formal mestilah berketerampilan dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sementara itu, Pelan

Page 29: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 27

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) memperihalkan tentang aspirasi murid yang dicirikan dengan enam atribut, iaitu etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. PPPM (PT) juga menggariskan sepuluh lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Dalam konteks pembangunan pelajar, lonjakan pertama Graduan Holistik Bercirikan Keusahawanan dan Seimbang hendaklah dijadikan agenda utama dan rangka pembangunan pelajar UniSZA. Bertitik tolak daripada premis ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni HEPA telahpun merangka Pelan Strategik HEPA UniSZA 2019. Dengan berinspirasikan misinya, iaitu ‘membentuk generasi pelajar holistik yang berilmu, amanah dan kompeten’, HEPA UniSZA telah merancang pelbagai aktiviti.

Dalam usaha untuk membentuk profil graduan UniSZA, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi interaksi antara Sayidina Umar al-Khattab dengan sahabat-sahabatnya.

“(Pada suatu hari) Umar ibn al-Khattab mengajak kawan-kawannya yang sedang berhimpun di sebuah rumah supaya berangan-angan, mengkhayalkan apa yang paling mereka inginkan ketika itu. Seorang daripada mereka bersuara: “Aku inginkan agar rumah ini dipenuhi emas yang nanti akan aku belanjakan di jalan Allah”. Seorang yang lain pula menyampuk, “Aku inginkan agar rumah ini dipenuhi dengan intan

Page 30: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

28 / Syarahan Naib Canselor 2019

permata yang nanti aku akan sedekahkan dan belanjakan di jalan Allah”. Begitulah seterusnya sehingga mereka kehabisan angan-angan, “Kami tidak tahu apa lagi yang harus kami katakan ya Amirul Mukminin”. Selepas itu baru Umar menyatakan keinginannya. “Aku mempunyai keinginan lain. Aku menginginkan sejumlah orang-orang yang hebat seperti Abu Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim Maula Abu Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan kalimah Allah.”

Susuk-susuk ini merupakan sahabat Rasulullah yang hebat peribadi mereka, abid yang hebat, ilmuan yang disegani dan pahlawan yang digeruni. Profil inilah yang perlu dilahirkan oleh UniSZA.

Pemerkasaan Pelajar Usaha untuk mengarusperdanakan pelajar dan graduan dalam segala aspek kehidupan merupakan agenda bersama warga UniSZA. Senarai panjang anugerah yang dimenangi sepanjang tahun 2018 dan suku pertama 2019 menunjukkan bahawa UniSZA berada di landasan yang tepat. Walau bagaimanapun, room for improvement sentiasa berada di hadapan kita. Pada tahun 2018, kita meraih dua daripada 15 anugerah dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan walaupun kita pernah memenangi anugerah utama, iaitu Tokoh Siswa Kebangsaan sebanyak dua kali. Oleh sebab itu, saya meletakkan sasaran dalam tempoh tiga tahun, UniSZA akan kembali mengungguli Tokoh Siswa Kebangsaan, di samping menambah jumlah kemenangan dalam

Page 31: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 29

kategori lain, insya-Allah. Kewujudan pertubuhan pelajar besar bilangannya, kursus-kursus kokurikulum yang berkredit dan seumpamnya mestilah dijadikan wahana yang signifikan ke arah itu. Latihan-latihan bermodular secara bersepadu hendaklah dibangunkan dan diperkasakan. Amalan aktiviti pelajar bersifat rutin dan bermusim perlu ditukar kepada yang lebih berfokus dan berimpak tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan iltizam mereka ke arah menjadikan kampus sebagai medan mematangkan bakal graduan secara holistik. Sebagai contoh, cadangan menubuhkan Kesatuan Pelajar (Student Union) merupakan antara cadangan yang cukup radikal yang perlu disokong dengan penuh hikmah. Kebebasan yang diberikan hendaklah dilaksanakan dalam ruang lingkup lunas undang-undang, bukan membujur lalu melintang patah. Warga UniSZA sebagai murabbi hendaklah memandu pelajar ke arah yang positif dalam keseronokan mereka meraikan kebebasan yang diberikan oleh pihak kementerian. Begitu juga dengan pendekatan melantik pelajar sebagai pengurus pilihan raya kampus, memperkasa speaker corner dan seumpamanya.

Kebolehpasaran Graduan Antara indikator yang menentukan daya saing sesebuah universiti ialah peratusan kebolehpasaran graduan dalam pasaran buruh negara. JobStreet.Com dalam Job Outlook Report 209

Page 32: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

30 / Syarahan Naib Canselor 2019

menyenaraikan ‘top 5 traits valued by employers that increases a candidate’s employability, iaitu:

1. Problem solving skills. 2. Comunication skills. 3. The ability to work independently. 4. Teachability/willingness to learn. 5. The ability to work under pressure.

Berasaskan penemuan di atas, untuk memastikan kadar kebolehpasaran graduan UniSZA akan terus meningkat, suka saya mencadangkan supaya semua kemahiran yang diperlukan untuk kesediaan berkerjaya dijadikan input utama dalam pendidikan formal dan tidak formal di UniSZA. Ia merupakan tanggungjawab bersama fakulti, HEPA dan pertubuhan pelajar. Pengenalan Modul KiKK yang dbangunkan oleh HEPA UniSZA diharapkan akan menjadi mekanisme yang ampuh dalam menyediakan pelajar yang sedia untuk berkerjaya.

Peranan Alumni Antara pemegang taruh yang boleh memainkan peranan besar dalam usaha memperkasa sesebuah universiti ialah alumni. Alumni yang telah dididik dengan ilmu dan adab ketika berada di dataran Abidin ini sewajibnya kembali ke kampus untuk berbakti ke alma maternya. Kepada alumni, kecintaan terhadap UniSZA hendaklah disemat dalam diri masing-masing dan kemudiannya direalisasikan dalam bentuk tindakan.

Page 33: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 31

Alumni adalah contoh teladan yang berkesan dan mudah diterima oleh pelajar dalam bidang akademik dan kerjaya. Alumni boleh dilantik menjadi panel rujukan kepada fakulti dalam menyediakan keperluan pelajar dan graduan untuk menempatkan diri mengikut bidang kerjaya tertentu. Dalam membangunkan program-program pengajian baharu di UniSZA, alumni juga boleh menyumbang kepakaran mereka dalam bidang yang berkaitan dengan profesion mereka. Kehadiran alumni sebagai pensyarah jemputan, ahli jawatankuasa penasihat, pakar industri dan rakan kongsi projek usaha sama dengan universiti menyambung ‘perjuangan’ mereka untuk menjayakan pembangunan alma mater.

Dalam bidang penyelidikan industri, alumni boleh membuka pintu bagi UniSZA untuk masuk ke dalam rangkaian industri mereka sama ada di dalam negara mahupun di luar negara dalam aspek jalinan kerjasama dan perkongsian pintar. Alumni terutamanya daripada golongan yang lebih senior yang merupakan generasi yang lebih stabil daripada sudut ekonomi berupaya untuk melakukan amal bakti filantropi seperti membantu meringankan beban kewangan pelajar miskin di UniSZA. Persatuan alumni yang aktif dan berdaftar boleh merangsang pengumpulan dana amanah yang bertujuan untuk menubuhkan biasiswa, menyokong aktiviti pelajar, program kebudayaan dan ekspedisi persatuan dan kelab universiti, membantu penyediaan prasarana untuk pelajar daripada golongan kelainan upaya (OKU) dan menyokong penambahbaikan yang inovatif di universiti.

Page 34: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

32 / Syarahan Naib Canselor 2019

Penstrukturan Semula UniSZA Warga UniSZA yang saya kasihi sekalian,

Sebagaimana yang semua sedia maklum, kita baru saja melaksanakan penstrukturan semula pusat-pusat tanggungjawab sejajar dengan persediaan dalam melangkah ke alam kedewasaan. Penstrukturan ini telah dilakukan secara syura melalui perbincangan yang telah diadakan secara berperingkat, serta mengambil kira pandangan daripada banyak pihak. Dalam penstrukturan ini, ada beberapa pusat tanggungjawab yang diperkasakan dengan peranan yang lebih besar, ada yang digabungkan, ada yang diserap ke dalam fakulti dan ada juga yang baru diwujudkan. Hasilnya, bilangan pusat tanggungjawab UniSZA telah dapat dikurangkan daripada 56 kepada hanya 40 buah pusat tanggungjawab. Perubahan yang dilakukan ini bukanlah bermaksud kita ingin mengabaikan apa yang telah dilakukan sebelum ini, bahkan tujuannya adalah untuk memperkemas gerak kerja sedia ada agar lebih dinamik dan efisien. Selain daripada penjimatan kos, penstrukturan ini dilihat dapat meleraikan pertindihan tugas, mengelakkan wujudnya pusat tanggungjawab yang bergerak sendirian serta mengisi kelompangan tugas yang tidak diisi selama ini.

Suka saya tegaskan di sini bahawa perubahan yang dilakukan ini bukannya datang dari luar, tetapi lahir daripada hasrat dan usaha warga UniSZA sendiri yang inginkan perubahan dan penambahbaikan struktur pentadbiran agar kita dapat bergerak dengan lebih efisien dan pantas. Antara

Page 35: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 33

matlamat utama penstrukturan ini adalah bagi memperkasa fakulti, yang diketuai oleh dekan, agar lebih berautonomi dan dinamik, sesuai dengan peranan dekan sebagai pemimpin, bukan sebagai pengurus.

Memperkasa Kedekanan Hadirin warga UniSZA yang dihormati sekalian,

UniSZA merupakan suatu organisasi yang terdiri daripada gabungan pusat-pusat tanggungjawab. Kita ada, contohnya Canselori, Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari, Perpustakaan, Pusat Pengurusan Harta Benda, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Tetapi pusat tanggungjawab yang paling utama di universiti, yang melambangkan keberadaan sesebuah institusi pengajian tinggi ialah fakulti. Fakulti hanya ada di universiti. Ia tiada dalam organisasi pendidikan selain universiti.

Fakulti ialah core business sesebuah universiti. Fakulti adalah tonggak. Fakulti menjana sumber akademia dan penyelidikan. Fakulti menyediakan pelajar yang menjadi jambatan antara universiti dengan masyarakat. Pendek kata, kecemerlangan sesebuah universiti banyak bergantung kepada prestasi fakulti-fakultinya.

Atas premis ini saya melihat bahawa kedekanan setiap fakulti di UniSZA perlu diperkasakan. Pemerkasaan ini merupakan satu kemestian kerana kedekanan fakulti bukan hanya pandai mentadbir pejabat, tetapi turut menjadi juara

Page 36: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

34 / Syarahan Naib Canselor 2019

dalam hal ehwal akademik, penyelidikan dan masyarakat. Apa yang saya maksudkan ialah, setiap dekan, timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua pusat pengajian dan penyelaras-penyelaras bukan sahaja cemerlang dalam mengatur urus setiap portfolio masing-masing, tetapi mereka perlu melonjak lebih daripada itu. Mereka perlu terkedepan mengikut bidang masing-masing dalam penyelidikan dan penerbitan. Mereka perlu mengetuai geran penyelidikan utama KPM dan industri serta memiliki H-index yang tinggi. Mereka juga perlu menjadi pakar rujuk dalam bidang masing-masing, sumber inspirasi kepada para pelajar dan susuk personal yang dikenali oleh masyarakat melalui sumbangan akademia berterusan yang berimpak tinggi. Semuanya ini adalah kerana kedekanan bukan hanya sekadar pandai mengatur urus. Kedekanan ialah dunia akademik yang melambangkan kecemerlangan sesebuah fakulti dan universiti.

Universiti Untuk Masyarakat (Universiti for Society)

Hadirin warga UniSZA yang saya kasihi sekalian,

Universiti ini adalah untuk masyarakat, kerana atas liabiliti yang dilunas oleh masyarakat, maka hasilnya harus kita hadiahkan kembali kepada masyarakat. Tema universiti untuk masyarakat adalah bukti kita peka menelusuri adirasa kebaktian dan pengabdian kepada masyarakat yang terkandung dalam Amanat Menteri Pendidikan 2019, YB Dr. Maszlee Malik agar universiti di Malaysia mampu memberi solusi

Page 37: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 35

kepada isu-isu dan permasalahan masyarakat. Konsep ini memberi maksud universiti tidak hanya beroperasi untuk menghasilkan graduan di pelbagai peringkat pengajian, tetapi berjaya membawa hasil penyelidikan kembali manfaatnya kepada masyarakat umum, baik dalam khidmat sosial atau aplikasi sains dan teknologi. Tema U4S dengan maksud University for Society bermaksud apa-apa penghasilan yang berlaku di universiti, hasilnya dikembalikan kepada masyarakat, secara konsisten dalam jangka panjang, tidak hanya sekadar program one-off atau touch n go sahaja tetapi memayungi segala keperluan masyarakat kepada golongan pakar.

Oleh itu, misi universiti harus berkembang, dan melebar merentas isu dan tuntutan semasa masyarakat yang bersifat segera, tetapi turut menangani persoalan-persoalan besar dalam masyarakat untuk jangka jauh seperti ketidakseimbangan pendidikan dalam sesetengah kelompok masyarakat, ketidakadilan sosial yang mungkin masih berbaki dalam masyarakat, termasuk pembasmian kemiskinan, isu-isu yang melibatkan kesihatan awam, serta pencapaian ekonomi. Semua ini memberi cabaran kepada kita untuk mencari penemuan-penemuan baharu, dan penyelesaian-penyelesaian baharu yang efektif untuk memindahkan ilmu-ilmu yang bersifat gunaan untuk manfaat masyarakat terbanyak. Mengukur kejayaan universiti dalam memberi impak kepada masyarakat, tidak hanya terbatas kepada pencapaian kita secara bersendiri, tetapi juga pencapaian kita dalam meningkatkan kolaborasi aktif dengan institusi lain dan rakan industri, untuk menghasilkan keuntungan

Page 38: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

36 / Syarahan Naib Canselor 2019

yang berpulang kepada semua pihak. Oleh yang demikian, keterlibatan universiti dengan masyarakat bukan sekadar merujuk kepada philanthropic activity seperti kerja-kerja khidmat masyarakat atau USR, kerana khidmat kebaktian sememangnya harus menjadi tradisi sedia ada sesebuah universiti. Hasrat kita, tema universiti untuk masyarakat ini menjadi keutamaan kepada kita semua agar hubungan ini menjadi hubungan reciprocity yang merupakan hubungan timbal balas antara kita dengan masyarakat. Perlu ada dalam pemikiran kita, segala hasil daripada rakyat yang disumbangkan oleh cukai pendapatan rakyat kepada pembangunan universiti, akhirnya akan kembali juga kepada rakyat bawahan hingga keberadaan dan kewujudan kita sentiasa dirasai, ibarat embun yang mendinginkan kegersangan padang pasir yang luas!

Warga Budiman Dalam amanat Menteri Pendidikan 2019, YB Dr. Maszlee Malik berhasrat menjadikan menara gading sebagai sebahagian daripada menara masyarakat yang mampu menyelesaikan isu-isu masyarakat. Konsep Universiti untuk Masyarakat telah diperkenalkan oleh YBM bagi memastikan universiti terus relevan dalam mengembalikan budi dan bakti kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Konsep ini sekarang telah diperhebatkan dengan pelancaran SULAM (Service Learning Malaysia University for Society) oleh YB Menteri baru-baru ini. Di UniSZA, saya yakin dan percaya, dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran yang kita miliki, SULAM dapat menghasilkan

Page 39: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 37

graduan yang bakal menjadi lentera kepada kemajuan masyarakat sekitar. Manakala dalam kelompok universiti Islam pula, UniSZA telah diberikan amanah bagi melahirkan insan yang holistik.

[Slide: Budiman] Sebagai sebuah universiti yang proaktif,

UniSZA ingin menyambut baik saranan-saranan tersebut dengan memperkenalkan konsep Universiti untuk Masyarakat Menerusi Insan Budiman. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan budiman sebagai pandai lagi bijaksana. Namun dalam konteks UniSZA, kita ingin mengembangkan lagi definisi budiman kepada bukan sekadar bijaksana, bahkan memberi maksud Berbudi Berteraskan Iman. Konsep ini akan dibahagikan kepada empat inisiatif:

1. Berbudi kepada diri berteraskan iman 2. Berbudi kepada organisasi berteraskan iman 3. Berbudi kepada masyarakat berteraskan iman 4. Berbudi kepada alam berteraskan iman

Page 40: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

38 / Syarahan Naib Canselor 2019

Hadirin warga UniSZA yang saya kasihi sekalian,

Dalam Islam, konsep dakwah bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu, kemudian kepada keluarga dan orang lain, seperti dalam surat at-Tahrim ayat 6, Allah mengatakan “Jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka. Jadi konsep dakwah pertama kali adalah pada diri kita sendiri. Melalui konsep berbudi kepada diri berteraskan iman, kita akan menekankan kesihatan rohani dan jasmani dalam kalangan pelajar dan staf secara berstruktur. Jasad yang kita miliki pada hari ini adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah s.w.t. kepada kita. Setiap individu wajib menjaga tubuh badan masing-masing agar ia berterusan dalam keadaan yang sihat. Ini adalah tanggungjawab ke atas amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya. Bagi tujuan penjagaan kesihatan, hak terhadap tubuh badan perlulah ditunaikan. Ulama ada mengatakan: “Akal sihat berada pada tubuh badan yang sihat”. Ia juga selaras dengan tujuan Islam menyarankan umatnya agar sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan. Di bawah konsep ini, saya menyarankan agar tiga inisiatif khas dilaksanakan iaitu: 1. Menjalankan halaqah bermodul untuk semua

pelajar dan staf. 2. Memastikan seluruh warga UniSZA lulus Ujian

Kecergasan Jasmani Kesihatan (UKJK). 3. Menjalankan kempen UniSZA bebas rokok bagi

memastikan jumlah warga UniSZA yang merokok dapat dikurangkan dengan menyediakan insentif khas bagi warga yang berhenti merokok.

Page 41: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 39

Konsep kedua, berbudi kepada organisasi berteraskan iman menuntut semangat kekitaan dan solidariti kita sebagai warga UniSZA. Sejajar dengan gagasan kegembiraan (happines), kasih sayang dan saling menghormati yang dibawa oleh YB Menteri Pendidikan, kita ingin meningkatkan rasa kecintaan dan kepunyaan terhadap UniSZA. Di bawah konsep ini, saya menyarankan agar lima inisiatif khas dilaksanakan iaitu:

1. Kempen #iLoveUniSZA bagi menjadikan UniSZA satu kebanggaan di hati setiap warganya.

2. Kempen #iLoveWaqafUniSZA bagi menggalakkan sumbangan wakaf daripada warga UniSZA sebagai salah satu lambang kesyukuran dan terima kasih kepada UniSZA.

3. Penerapan budaya kerja cemerlang (ikhlas, amanah, kualiti, integriti) dalam kalangan warga UniSZA.

4. Pelaksanaan jadual waktu kerja anjal dan fleksibel bagi meningkatkan produktiviti.

5. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan Risiko (QRMS) yang patuh syariah sesuai dengan kedudukan UniSZA dalam Konsortium Universiti-Universiti Integrasi Antarabangsa Malaysia.

Berbudi kepada masyarakat berteraskan iman memerlukan kita agar lebih kreatif dalam menghasilkan impak yang lebih besar kepada penyelesaian kemaslahatan komuniti dan industri. Segala hasil penyelidikan kita seharusnya

Page 42: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

40 / Syarahan Naib Canselor 2019

dikongsikan bersama masyarakat agar lebih bermanfaat. Penyelidikan bagi menyelesaikan masalah masyarakat secara langsung akan kita beri keutamaan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga harus diintegrasikan dengan penglibatan pelajar dengan masyarakat setempat bagi memupuk jiwa kemasyarakatan dalam kalangan pelajar. Staf pentadbiran juga tidak akan ketinggalan dalam soal ini. Kita mahu, staf pentadbiran juga terlibat dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui program-program perkongsian ilmu dan kemahiran dalam pentadbiran. Oleh itu, di bawah konsep ini, saya menyarankan agar tiga inisiatif khas dilaksanakan:

1. Mempertingkatkan impak pemindahan ilmu hasil penyelidikan kepada masyarakat.

2. Mengintegrasikan aspek penyelesaian masalah masyarakat dalam struktur Pengajaran dan Pembelajaran.

3. Melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu dan kemahiran oleh staf pentadbiran kepada masyarakat.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dapat difahami dari firman Allah dalam al-Quran sepertimana berikut:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata: ‘Mengapa engkau hendak

Page 43: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 41

menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(al-Baqarah: 30)

Tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi antara lain menyangkut tugas mewujudkan kemakmuran di muka bumi, serta mewujudkan keselamatan dan kebahagiaan hidup di muka bumi, dengan cara beriman dan beramal saleh. Berbudi kepada alam berteraskan iman merupakan inisiatif kita untuk terus berbakti kepada segala makhluk yang berada di muka bumi ini termasuklah flora dan fauna. Segala apa yang kita lakukan sama ada pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lainnya perlu memikirkan ruang dan cara dalam memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat sekeliling, bahkan alam ini secara umumnya. Di bawah konsep ini, saya menyarankan agar dua inisiatif khas dilaksanakan:

1. Pelaksanaan Kampus Hijau yang melibatkan tenaga boleh diperbaharui, kitar semula, kehijauan kampus dan bebas kertas.

2. Memperkasa penyelidikan dalam meningkatkan kualiti alam.

Bagi memastikan matlamat universiti ‘Masyarakat Menerusi Insan Budiman’ dapat dicapai,

Page 44: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

42 / Syarahan Naib Canselor 2019

Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti & Risiko akan dipertanggungjawabkan bagi mengeluarkan satu indeks pengukuran yang akan dinamakan sebagai Indeks Budiman, bagi merencana, menyelaras, memantau serta melaporkan segala inisiatif dan aktiviti yang dilaksanakan bagi memenuhi hasrat dan matlamat kita ini. Saya amat berharap agar semua inisiatif yang telah digariskan dapat dilaksanakan dalam masa tiga tahun, dan agar kita semua dapat bersatu hati dan berpadu tenaga dalam menyokong usaha ini. Ini adalah usaha kita bersama. Ini adalah usaha UniSZA dalam melonjakkan diri agar lebih relevan, lebih berimpak dan dapat memberi manfaat kepada individu warganya, organisasi, masyarakat dan seluruh alam.

Penutup Hadirin dan warga UniSZA yang dihormati sekalian,

Sebagai penutup kepada apa yang saya utarakan dari awal ucapan, suka saya menarik perhatian hadirin semua kepada satu gagasan nilai mulia yang telah diperkenalkan oleh YB Menteri, iaitu cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Gagasan nilai ini berkait dengan hala tuju pertama yang menjadi kompas dan paksi pergerakan KPM, iaitu Pendidikan Berteraskan Nilai.

Pendidikan Berteraskan Nilai menjadikan C.I.N.T.A, cinta sebagai teras pendidikan. Dalam konteks UniSZA, kerana cinta dan sayangkan anak-anak kita, kita berikan yang terbaik kepada mereka.

Page 45: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

UniSZA di Ambang Kedewasaan | 43

Kita merancang untuk kemaslahatan mereka, kita melaksanakan untuk manfaat mereka, kita memantau untuk kesejahteraan mereka, dan kita menambah baik demi kelangsungan faedah untuk mereka.

Daripada cinta yang disemai kita dambakan kegembiraan dan kebahagiaan. Kita mahukan UniSZA ini menjadi satu ruang indah yang dikongsi bersama. UniSZA harus menjadi tempat yang paling membahagiakan dan proses pembelajaran berjalan dengan penuh keseronokan. Dari situ, UniSZA akan menjadi tempat di mana sikap saling menghormati dijulang, perbezaan pandangan dihargai, dan persaudaraan sesama manusia diperkukuhkan.

Hadirin yang dihormati sekalian, akhir kalam, sesungguhnya gagasan Love, Happiness and Mutual Respect ini, jika kita jadikan pelantar kepada perancangan dan usaha yang kita lakukan di UniSZA, saya yakin dan percaya ilmu dan akhlak akan ternobat dan seterusnya memberi faedah kepada seluruh insan.

Sekian.

و�� التوفيق والهدایة،آ� وصحبه وسلم، وصلى الله �لى س�ید� محمد و�لى آ

رب العالمين.والحمد �

Page 46: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 47: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

secara rasminya dilantik sebagai Naib Canselor

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1

Februari 2019. Sebelum ini beliau adalah Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM) dari tahun 2015 hingga

2018. Beliau juga menyandang jawatan sebagai

Profesor Pengajian Bahasa Arab di Universiti

Perguruan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau

adalah pengajian Bahasa Arab, kaedah Pengajaran Bahasa

Arab dan Pengujian Bahasa. Beliau juga adalah seorang

pensyarah dan Profesor Madya di Universiti Malaya

(UM) daripada tahun 1987 hingga 2011. Beliau juga

pernah menyandang jawatan Pengarah, Jabatan

Pengajian Malaysia di Universiti Cairo, Mesir daripada

Januari 2007 sehingga Jun 2011.

Pada tahun 2004, beliau telah dilantik oleh

ISESCO, sebuah organisasi di bawah UNESCO sebagai

Pakar Rujuk Luar dalam kurikulum Bahasa Arab sebagai

bahasa asing di Jakarta, Indonesia. Pada tahun 2007 pula,

belilau telah dilantik sebagai felo oleh Fulbright

Foundation, Amerika Syarikat, di bawah program ‘Visiting

Fulbright Scholars: An Access to Muslim Worlds’ bagi

menyampaikan syarahan kepada komuniti di Aurora,

Denver, dalam bidang Islam dan Pengajian Bahasa Arab.

Dari tahun 2003 sehingga tahun 2004, beliau

telah terlibat memberi latihan kepada guru-guru bagi

pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Singapura

yang telah dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS) dan Madrasah Al-Junaid, Singapura. Bketika

berkhidmat dengan universiti-universiti terdahulu, beliau

turut diberi kepercayaan sebagai Koordinator kepada

Program Pertukaran Pelajar bagi Pengajian Bahasa Arab

dengan universiti-universiti di Timur Tengah seperti di

Page 48: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa

Yaman, Oman ada Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Arab

Saudi dan Mesir.

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri juga adalah Ahli

Lembaga Pengarah Program Pengajian Bahasa Arab di

universiti-universiti di dalam negara seperti Universiti

Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia

Kelantan, Medinah International University, Institut

Kemahiran Ikhtisas Pahang, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor dan lain-lain.

Beliau dilantik sebagai ahli Kluster Pendidikan,

Majlis Perundingan Islam (MPI) lantikan Perdana

Menteri Malaysia bermula dari 2014 hingga 2016,

seterusnya dilantik sebagai Ketua Kluster Pendidikan MPI

lantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Page 49: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa
Page 50: UniSZA di Ambang€¦ · dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban. Saya menyeru kepada semua sahabat agar sentiasa menghayati perjuangan para ilmuan terdahulu. Tanpa