ungku omar bin ungku ahmad

Upload: haressh-bhavanii

Post on 11-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dcfgg

TRANSCRIPT

Ungku Omar Bin Ungku Ahmad : Saintis yang Berjiwa Pendidik

LaianUNGKU OMAR UNGKU AHMAD, DATO' DR.

BIDANG PERUBATAN

DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD

TOKOH: PENCAPAIAN: (1). (2). (4).

INOVASI: (1) PENULISAN/PENERBITAN: (1).

ANUGERAH/GELARAN: (1). http://www.arkib.gov.my/en/1593

3.0 NILAI, CADANGAN DAN RUMUSAN IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Secara amnya setiap unsur atau elemen yang diterapkan dalam FPK mempunyai tujuan dan implikasi yang tersendiri. Unsur-unsur ini diselitkan atas kajian yang dilakukan oleh sesetengah Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengkaji akan sistem pendidikan negara serta memahami kehendak negara pada masa hadapan. Masa hadapan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada sistem pendidikan sekiranya sistem pendidikan di sesebuah negara itu canggih, maju dan besesuaian dengan kehendak negara maka insan yang lahir pada masa hadapan tentu sahaja dapan memimpin negara dengan baik, memajukan negara dan menjadi masyarakat yang baik dan sentiasa menyumbang.FPK sebenarnya memberi kesan kepada Kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan. Dalam kurikulum sukatan matapelajaran diorentasi dengan program bersepadu, proses P&P mengutamakan nilai-nilai murni, pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan melatih pelajar mengikut bakat. Bagi pendidik teknik pengajaran haruslah sesuai dengan pelajar dan padangan,visi serta pemikiran mereka haruslah sesuai dan mengikut arus global tetapi mesti mempunyai nilai. FPK memberi impak kepada institusi pengajian tinggi kerana kemudahan-kemudahan di sekolah mestilah memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS), malah budaya sekitar juga haruslah kondusif supaya dapat melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta penuh dengan nilai-nilai murni.Jika dilihat dan diteliti FPK mencerminkan (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) KBSR dan (kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) KBSM. Jika dikaji dengan teliti pada tahun 2000-2005 (RUJUK LAMPIRAN ) peningkatan jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah bertambah. Ini menunjukan pemantapan FPK dalam sistem pendidikan negara. Sebenarya usia FPK telah melebihi usia 10 tahun. Falsafah ini ada kekurangannya kerana kemajuan dan cabaran global. Oleh itu beberapa perencah telah ditambah dalam dunia pendidikan di Malaysia bagi menguatkan lagi FPK supaya ianya tidak goyah dan berjaya dilaksanakan. Antara penguat FPK ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang cuba menekankan enam aspek penting yang menjadi penyelesaian kepada beberapa isu pendidikan contohnya isu jurang pendidikan luar bandar dan bandar. Dalam PIPP diselitkan elemen ini dengan cadangan penyelesaiannya serta objektif perlaksanaan. Antara penyelesaian yang dicadangkan dalam PIPP bagi menyelesaikan masalah jurang pendidikan ialah menambah bilangan makmal komputer di sekolah luar bandar agar pelajar sekolah luar bandar tidak mengalami masalah buta IT. Bukan PIPP sahaja yang menjadi pengukuh kepada FPK, sebenarnya wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dato Doktor Mahathir B. Muhammad iaitu pada tahun 1991 juga merupakan elemen penting dalam menjayakan sistem pendidikan di Malaysia. Wawasan 2020 menekankan semua cabaran yang dihadapi dengan lebih spesifik untuk mencapai status negara maju. Sewaktu guru mengajar di sekolah amalan FPK haruslah diselitkan bersama PIPP dan wawasan 2020 agar usaha untuk melahirkan insan yang menepati FPK dapat dilahirkan untuk memajukan negara melalui pendidikan.Unsur pertama dalam FPK ialah, pendidikan adalah satu usaha berterusan hal ini dapat dilihat dan dihayati dengan sistem pendidikan negara kita. Kerajaan mewajibkan kanak-kanak bersekolah seawal usia tujuh tahun, Malah ada akta yang membenarkan kerajaan menyaman ibu bapa sekiranya gagal menghantar anak-anak ke sekolah seawal usia tersebut tetapi kerajaan juga ada menyediakan tadika dengan bayaran yuran yang rendah iaitu Tadika Kemas. Ini membuktikan bahawa kerajaan amat mementingkan pendidikan dan mahu ianya bermula seawal usia dan diteruskan hingga ke akhir hayat. Bukti lain yang menunjukan kerajaan amat mementingkan pendidikan berterusan ialah kenaikkan darjah dan tingkatan secara automatik. Kenaikkan darjah dan tingkatan secara automatik membolehkan pelajar menuntut ilmu secara berterusan tanpa sekatan walaupun ada sesetengah pelajar tidak berbakat dalam bidang akademik. Baru-baru ini kerajaan turut menghapuskan yuran sekolah bagi membuka peluang kepada keluarga yang miskin menikmati pendidikan yang brterusan. Bagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerajaan juga telah memperbanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi. Bagi menjaga pusat pengajian tinggi swasta kerajaan telah menubuhkan Mining Qualifications Authority (MQA) yang ditugaskan untuk menjaga kualiti pendidikan swasta ini supaya masyarakat Malaysia dapat menikmati pendidikan yang berterusan lagi berkualiti. Untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi juga kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan untuk membiayai kos-kos pengajian di pringkat yang tinggi. Contohnya kerajaan menwujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk menyediakan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menyediakan biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi. Bagi kerajaan pendidikan bukan sekadar berlaku di dalam kelas secara fomal, malah sepatutnya berlaku biarpun di rumah, dengan itu kerajaan menggalakkan media massa melaksanakan pelbagai program pendidikan. Contohnya TV9 yang kini digelar saluran pendidikan merupakan salah satu saluran informasi yang menerapkan pelbagai rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan.Cara lain bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh ilmu sepanjang hayat ialah dengan membaca. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia ialah antara rakyat yang kurang membaca terutamanya buku ilmiah. Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua judul buku setahun. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah mencari pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Antara langkah yang di laksanakan untuk memastikan rakyat Malaysia membaca ialah penubuhan Perpustakaan Bergerak anjuran Majlis Perbandaran setiap negeri. Kempen membaca dan pesta buku turut diadakan setiap tahun. Bagi memudahkan pembelajaran dijalankan hingga ke akhir hayat kerajaan sepatutnya menyeru dan melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak muridnya menguasai belajar cara belajar untuk belajar sepanjang hayat bagi menjayakan unsur belajar sepanjang hayat. Konsep belajar cara belajar ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk menjadi insane sempurna (Learning to Be) dan akhir sekali belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Malangnya pada hari ini, unsur-unsur ini tidak diterap secara serius dalam dunia pendidikan. Malah guru hari ini hanya mementingkan peperiksaan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana menuntut ilmu untuk menjawab peperiksaan menyebabkan ketiadaan implikasi ilmu keatas diri individu. Maka tiada anjakan paradikma dalam diri setiap pelajar. Apabila hal ini terus berlaku usaha dalam FPK untuk menjayakan unsur pendidikan adalah satu usaha berterusan adalah gagal. Didapati hal ini berlaku pada hari ini jadi kesedaran dalam diri setiap guru akan kepentingan mengaplikasi ilmu yang diperolehi dalam kehidupan adalah penting. Jadi ilmu yang berterusan adalah perlu bagi memastikan hidup seseorang itu terus maju kerana ilmu-ilmu baru itu sentiasa diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Meletakkan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan adalah wajar kerana ilmu ilmu yang banyak mampu menjadikan tamadun Malaysia sebagai satu tamadun yang boleh dibanggakan.Unsur kedua dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu. Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang terpendam, yang tidak disedari dan harus dicungkil. Bakat mampu memajukan diri seseorang individu sekiranya dicungkil dan diasah dengan baik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSR) diselitkan dengan usaha untuk mencungkil bakat dan potensi. Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat seseorang ialah guru. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa. Matapelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar. Matapelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan suluruh matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan vokasiaonal. Bagi mencungkil dan melihat bakat individu, kerajaan turut memperkenalkan matapelajaran yang merentasi kukurikulum dengan menyelitkannya didalam gerak kerja kokurikullum. Kokurikulum bukan sahaja mengejar pelajar ilmu-ilmu sampingan yang tidak diajar di dalam kelas tetapi juga kokurikulum sebenarnya mencungkil minat dan bakat pelajar. Dengan kokukrkulum gura dapat memerhati dan mengembangkan lagi potensi serta bakat yang terpendam di dalam diri pelajar.Seluruh manusia sedia maklum bahawa tidak semua manusia itu pandai dalam bidang akdemik. FPK sebenarnya mengubah persepsi rakyat Malaysia apabila meletakkan unsur memperkembangkan potensi individu sebagai unsur ke dua dalam FPK. Bakat manusia tidak semuanya sama ada diantara manusia yang bakatnya lebih teserlah dalam bidang sukan, ada diantara mereka dalam bidang seni dan ada diantara mereka yang lebih cemerlang dalam bidang ilmiah. Kesedaran ini menyebabkan kerajaan menganjurkan berbagai pertandingan untuk memperkembangkan lagi bakat individu. Contohnya kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan harapan agar pihak tersebut dapat mencari bakat-bakat baru dan memperkembangkannya.Bagi memperkembangkan bakat dan mengurangkan rasa tidak berminat untuk belajar di sekolah, kerajaan sepatutnya menubuhkan sekolah yang beraliran khusus contohnya sekolah muzik, sekolah lakonan, sekolah seni visual dan lain-lain lagi serta mengambil pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya minat serta bakat dapat dicungkil. Hal ini juga sebenarnya memberi pendedahan awal kepada pelajar akan ilmu pengetahuan yang sesuai dengan bakat mereka. Di Malaysia matapelajaran ini memang dipelajari, tetapi tidak diberi penekanan yang khusu, jadi bakat dan potensi sebenar murid tidak dapat dilihat dan dicungkil. Perhatian yang penuh tidak dapat diberikan oleh guru ketika murid-murid belajar dan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Bagi bidang sukan pula, memang benar Malaysia mempunyai sekolah sukan antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil tetapi bilangannya tidaklah sehebat nama dan fungsinya. Kerajaan seharusnya menubuhkan sekolah ini dengan lebih luas dan mempunyai kelengkapan yang canggih serta jurulatih yang terlatih bersama-sama dengan pakar-pakar seperti pakar pemakanan yang dapat membantu negara melahirkan atlet yang bertaraf dunia. Bagi mewujudkan insan yang harmonis, perpaduan sangat diperlukan kerana masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Untuk mewujudkan hal ini salah satu cadangan ialah menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memantapkan sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan wajar dihapuskan bagi menghomati status dan akta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan salah satu agen perpaduan. Bagi mengelakkan pergaduhan, bahasa cina dan bahasa tamil patut diajar di sekolah kengasaan supaya semua murid mendapat kebaikan daripada bahasa tersebut. Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam pendidikan. Bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal pelajar, kerajaan memberi suntikan vaksin dan antibodi percuma di sekolah-sekolah selain itu kerajaan mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari subjek Pendidikan Jasmani agar setiap rakyat Malaysia yang lahir mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan dan kecergasan serta kepentingan mempunyai tahap kesihatan yang sempurna. Bagi menguatkan fizikal sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan pelajaran.Aktiviti merentas desa harus dilakukan setiap bulan. Pemantauan kesihatan daripada penguatkuasa kesihatan Malaysia adalah perlu.Kantin-kantin sekolah juga dilarang menjual makanan segera dan makanan rapu. Multivitamin juga sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan kepada setiap pelajar di Malaysia secara percuma untuk menjamin tahap kecergasan pelajar. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap sekolah dimana ahlinya dipilih dikalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar teruamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Menurut satu kajian otot di bahagian dalam boleh terkoyak sekiranya seseorang itu terlalu tertekan atau empunyai emosi yang kurang stabil.Rohani adalah penting dalam melahirkan tingkah laku yang baik dan mulis. Tingkah laku yang baik dan mulia sangat penting bagi menjamin kesejahteraan. Hanya penghayatan agama sahaja dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama islam disekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program jawi, quran, arab dan fardu ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan islam pendidikan moral telah cukup , tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses P&P agar ianya dapat dipraktikan di luar. Guru agama sepatutnya Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan. Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur diatas kertas ujian. Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lambing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak. Dengan mewajibkan setiap sekolah mengadakan sudut pidato dan setiap hari dengan menggunakan Bahasa MelayuFPK yang di rangka dengan tujuan untuk melahirka insan yang berpengetahuan, berketerampilan, berkakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada negara terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah satu usaha yang baik dan patut dijalankan secara berterusan. Setiap elemen harus diselit dalam P&P.Kerajaan sepatutnya menjadikan sekolah di Amerika sebagai model kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah-sekolah di Amerika bukan sahaja di lengkapi dengan guru dan pelajar malah di setiap sekolah adanya seorang doktor, ahli psikologi, ahli terapi dan lain-lain lagi yang boleh membawa kebaikkan kepada pelajar. Kemudahan-kemudahan seperti klinik, taman permainan, gymnasium yang dilengkapi alat-alat sukan yang canggih dan bayak lagi harus disediakan di sekolah-sekolah supaya sekolah menjadi tempat nombor dua pelajar untuk menyempurnakan diri serta menjadi insane yang harmonis.Kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai terhadap pembelian komputer. Ini bagi memastikan setiap ibu bapa mampu membeli komputer kepada anak-anak mereka. Tujuan memiliki komputer di sini adalah untuk mengaplikasikan pengajian jarak jauh kepada pelajar-pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit. Bagi memastikan hal ini berjaya, penggunaan internet di seluruh pelusuk Malaysia adalah perlu. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit ini dapat mengelakkan pelajar ketinggalan dalam matapelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajar seperti buta, pekak, bisu dan ceberal palsy yang tidak kronik pengajian jarak-jauh adalah sesuai untuk mereka. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ICT dan mengelakan kes buta IT. Dengan ini misi pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan.Sebenarnya untuk menjayakan segala usaha ini pengubahsuaian dalam FPK adalah perlu. Kebanyakan rakyat Malaysia yang lahir pada hari ini adalah tidak seimbang dalam aspek (JERIS) kerana sistem pendidikan negara yang terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Remaja semakin rosak akhlaknya. Pada Januari hingga Mac 2007 adalah seramai 1,550 orang (53.71%) yang menyalah gunakan dadah adalah remaja. Masalah akhlak melibatkan remaja turut besar bilangannya. (RUJUK LAMPIRAN). Hal ini membimbangkan. Jadi adakah FPN berjaya melahirkan keseimbangan dalam semua aspek? Dalam majalah Reader Digest Januari 2007 menyatakan Malaysia antara negara yang mempunyai tahap kesopanan yang rendah selepas menjalankan beberapa ujian. Walaupun bilangan pelajar yang cemerlang meningkat dari tahun ke tahun terutama dalam keputusan UPSR (Rujuk Lampiran) masalah akhlak tidak pula lekang dari bibir masyarakat. Program-program yang berguna seperti Program Latihan Khidmat Negara harus diperbanyakan tetapi memberi pendedahan yang sama dan melibatkan semua pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) supaya masalah sosial dapat dikurangkan. Dalam hal diatas juga keberkesanan KBSR dan KBSM boleh dipersoalkan. Justeru itu KBSR dan KBSM sepatutnya dirangka semula dengan meletakkan konsep JERIS sebagai konsep yang utama dalam P&P agar matlamat FPK dapat dicapai.Sebenarnya FPK perlu dikaji dan diselaraskan dengan cabaran-cabaran negara serta aspirasi negara. Konsep PIPP dan Wawasan 2020 sepatutnya diubah suai dan dijadikan teras yang baru dalam FPK. Pembaharuan dalam FPK adalah perlu supaya ianya seiring dengan perjalanan global yang sentiasa mengubah sikap pelajar-pelajar.Pembaharuan dan penambahan dalam FPK hanya dapat dilaksanakan dengan kajian yang terpeinci daripada golongan yang pakar. FPK penting dalam mencorok generasi akan datang dengan pendekatan tertentu.

Rujukan:Choong Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia , Kuala Lumpur Kumpulan BudimanEe Ah Meng

Posted by ezy at 8:36 PM