parlimen malaysia dewan · pdf file“ datuk haji mohamed bin omar beledram ... ungku...

71
Bil. 17 Isnin 11 November 2002 PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Upload: lytruc

Post on 05-Mar-2018

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

Bil. 17 Isnin

11 November 2002

PARLIMEN MALAYSIA DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Page 2: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

K A N D U N G A N

MENGANGKAT SUMPAH: − Yang Berhormat Tuan Tan Cheng Tee (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA:

- Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 1) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 2) - Urusan Mesyuarat (Halaman 2) - Kebenaran Bercuti (Halaman 2)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 (Halaman 39) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

Page 3: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Michael Chen Wing Sum, P.S.M.

D.P.M.S. (Dilantik) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik) “ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik) “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik) “ Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M.,

D.P.M.S. (Dilantik)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

“ Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

“ Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

“ Dato’ Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

“ Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik) “ Tuan Haji Abdul Rahman bin Palit (Dilantik) “ Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid (Kedah) “ Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak) “ Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

“ Dato’ Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang) “ Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah) “ Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor) “ Dato’ Hamzah bin Zainudin (Perak) “ Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Page 4: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

ii DN 11.11.2002 Yang Berhormat Datuk Dr. Haris binHaji Salleh (Johor)

“ Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka) “ Tuan Ho Lim Teck (Melaka) “ Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan) “ Puan Jaya Partiban “ Datuk Haji Karim Ghani (Sabah) “ Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis) “ Tuan Kee Ah Kau (Selangor) “ Datuk Long bin Jidin (Dilantik) “ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae (Dilantik)

“ Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar (Dilantik) “ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram (Dilantik) “ Tan Sri Dato’ Haji Mohamed bin Ya’acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato’ Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik) “ Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik) “ Tuan K. R. A. Naidu (Dilantik) “ Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji

Nik Yahya (Dilantik) “ Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik) “ Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik) “ Dato’ Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang) “ Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

“ Tuan M. Krishnan “ Tuan M. Ratnam (Dilantik) “ Tuan M. Saravanan (Dilantik) “ Dato’ Dr. M. Vijayaratnam (Dilantik) “ Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik) “ Tuan R. Sinniah (Dilantik) “ Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

“ Puan See Too Mee (Johor)

“ Puan Siw Chun a/p Eam

Page 5: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 iii

Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan) “ Tuan Tan Cheng Tee (Negeri Sembilan) “ Tuan Udam @ George Adam Talek “ To’ Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik) “ Tuan Wee Kok Tiong (Dilantik) “ Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik) “ Datuk Yaakob bin Haji Mohammad (Kedah) “ Tuan Yew Teong Look (Dilantik) “ Tuan Yew Tuan Chiew (Perak) “ Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik) “ Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

Page 6: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

iv DN 11.11.2002

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Dato' Abdullah bin Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha

Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat

Haji Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASA SERENTAK Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

Page 7: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 11 November 2002

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah:

- Y.B. Tuan Tan Cheng Tee

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan beliau yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya, dan semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut:

1. Akta Juruukur Bahan (Pindaan) 2002;

2. Akta Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2002;

3. Akta Arkitek (Pindaan) 2002;

4. Akta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan) 2002;

5. Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2002;

6. Akta Kastam (Pindaan) 2002;

7. Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2002;

8. Akta Eksais (Pindaan) 2002;

9. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2002;

10. Akta Zon Bebas (Pindaan) 2002;

11. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2002;

12. Akta Perbadanan Putrajaya (Pindaan) 2002;

13. Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2002;

14. Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2002;

Page 8: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

2 DN 11.11.2002

15. Akta Pencen (Pindaan) 2002;

16. Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2002;

17. Akta Ahli Parlimen (Saraan) 2002;

18. Akta Perbekalan Tambahan (2002) 2002;

19. Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002; dan

20. Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan]

Perutusan Daripada Dewan Rakyat

Kepada Dewan negara

“7 November 2002.

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya.

1. Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002;

2. Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002;

3. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002)(No.2) 2002;

4. Rang Undang-undang Perbekalan 2003; dan

5. Rang Undang-undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) 2002.

Yang ikhlas,

t.t.

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”.

URUSAN MESYUARAT

Menteri Pendidikan [Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

CUTI KEPADA AHLI – KEBENARAN

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu saya telah membenarkan cuti daripada menghadiri mesyuarat di bawah Perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak dari 11 November 2002 sehingga 21 November 2002.

Page 9: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 3

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Christina Tibok Vanhouten minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang langkah-langkah yang diambil oleh pegawai-pegawai kementerian untuk memastikan kewarganegaraan seseorang yang dikhuatiri identitinya, apabila mereka memohon kad pengenalan khususnya Mykad.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, taraf kewarganegaraan seseorang dinyatakan di dalam kad pengenalan sama ada warganegara, pemastautin tetap ataupun pemastautin sementara. Projek perintis Mykad akan berakhir pada penghujung tahun 2002 ini dan berjalan dengan lancar. Pada awal tahun 2003 Mykad akan dilancarkan ke seluruh negara.

Kedua, semasa program pertukaran dijalankan, semua rekod pemilik kad pengenalan boleh diperolehi melalui sistem informasi rekod penduduk negara atau SIREN. Sistem ini mempunyai talian terus ke semua Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara. Selain daripada itu, sistem ini diperkuat lagi oleh sistem berkomputer pusat pengurusan rekod dan Automated Fingerprint Information System atau AFPIS. Dengan adanya sistem ini, pemohon Mykad yang menggunakan kad pengenalan palsu atau dipinda maklumat di dalamnya akan dapat dikesan dengan cepat.

Ketiga, selain daripada itu, taraf kerakyatan seseorang tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya oleh kakitangan yang bertugas di kaunter kerana maklumat tersebut adalah statik yang hanya boleh dibaca sahaja. Maklumat-maklumat tersebut dikawal oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara sahaja. Terima kasih.

Datuk Christina Tibok Vanhouten: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada pihak Kementerian Dalam Negeri kerana memberi jawapan yang begitu jelas atas soalan saya tadi. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan atas idea dan kecanggihan kad pengenalan yang baru iaitu Mykad. Saya puas hati dengan proses yang diperkenalkan untuk memastikan identiti seseorang yang dikhuatiri asal-usulnya. Prosedur dan proses memang sedia ada, tetapi tidak dapat dinafikan ada juga pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab ataupun pegawai-pegawai yang not alert enough, dengan izin, dalam tugas mereka dan kadang-kadang oleh kecuaian pegawai yang bertugas, jadilah orang-orang yang memegang kad pengenalan yang palsu diberi kad pengenalan yang baru, iaitu Mykad.

Soalan tambahan saya, bolehkah kementerian memberi maklum jika pegawai-pegawai kementerian ataupun jabatan berkenaan pernah menghadapi individu-individu yang mempunyai kad pengenalan palsu dan cuba-cuba mendapat kad pengenalan baru. Jika ada, apakah bilangannya dan apakah tindakan yang diambil terhadap seseorang yang disyaki mempunyai kad pengenalan palsu. Terima kasih.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Untuk makluman Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih atas kata-kata yang sungguh memberangsangkan pihak kementerian dalam urusan dan juga tanggungjawab berkenaan dengan kad pengenalan ini. Sebagaimana yang kita ketahui, kita tidak dapat lagi atau belum lagi mengesan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab ataupun cuai, dan jika ada pihak kementerian akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berkaitan ini.

Untuk soalan yang spesifik tadi, saya harap berkaitan dengan berapa ramaikah pegawai-pegawai ataupun pihak-pihak yang ingin memaklumkan atau mendapatkan kad pengenalan baru dengan cuba memalsukan kad pengenalan yang sedia ada. Ini adalah dalam tindakan pihak Ibu Pejabat Pendaftaran Negara. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, saya tidak dapat menyatakan berapa ramai ataupun banyaknya berkaitan yang berlaku itu. Kalau Yang Berhormat ingin memerlukan maklumat lanjut, saya harap dapatlah menulis terus ataupun memberitahu kami melalui Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat maklumat yang lebih spesifik. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk

Page 10: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

4 DN 11.11.2002 memastikan bahawa sungguhpun sistem yang diperkenalkan itu adalah baik tetapi daripada segi pelaksanaan, bagaimana tindakan-tindakan diambil oleh kementerian untuk mengawasi kakitangannya supaya tidak ada penyelewengan yang boleh berlaku dalam proses permohonan dan sebagainya. Jadi, bolehkah kita diberitahu tentang langkah-langkah dan juga prosedur-prosedur dalam kawalan kakitangan supaya tidak ada apa penyelewengan yang berlaku dalam proses mengeluarkan kad pengenalan ini.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, dalam soal memberikan perhatian yang serius terhadap pemilik-pemilik kad pengenalan tadi, kita ada mempunyai sebagaimana yang saya nyatakan, sistem informasi rekod penduduk negara dan juga kita ada sistem berkomputer pusat pengusahaan rekod dan Automated Fingerprint Information System (AFIS).

Saya rasa dengan melalui dua penapisan yang rapi ini, kita dapat boleh mengesan mana-mana pihak yang cuba hendak memalsukan kad pengenalan ataupun lain-lain dokumen, juga kita ada mempunyai kawalan ketat daripada Jabatan Pendaftaran Negara melalui ibu pejabat kita. Terima kasih.

2. Dato’ Hamzah bin Zainudin minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan mengenai perbezaan di antara Akta Perihal Dagangan (Artikel-artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994 yang diluluskan pada 1 Ogos 1994 berbanding dengan Hallmark Act yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Artikel-artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994, adalah perundangan bagi menetapkan standard ketulenan ke atas artikel-artikel yang dibuat daripada logam berharga iaitu emas, perak dan platinum. Peraturan-peraturan ini juga menetapkan bentuk kawalan berhubung dengan penggunaan apa-apa perbahasan berhubung standard ketulenan artikel-artikel tersebut bagi tujuan perdagangan.

Bagi maksud ini, setiap artikel yang dibuat daripada logam berharga, hendaklah ditandakan dengan jenis standard ketulenannya dan setiap penjualan hendaklah disertakan dengan resit sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan berkenaan yang mula berkuat kuasa daripada 1 Ogos 1995.

Berhubung dengan Hallmarking, ianya adalah siri tanda yang menunjukkan jaminan bahawa sesuatu logam berharga itu telah disahkan dari segi standard ketulenannya. Ciri-ciri utama yang terdapat pada penandaan Hallmarking ini ialah tanda pembuat logam berharga berkenaan, jenis logam dan standard ketulenannya dan pihak yang membuat ujian dan penandaan pada logam tersebut. Pada masa ini, tidak ada undang-undang khusus yang mewajibkan pengesahan tersebut dan penggunaan standard ketulenan berkenaan adalah mengikut kenyataan oleh peniaga-peniaga semata-mata. Dengan matlamat untuk melindungi kepentingan pengguna, kementerian bercadang untuk mengawal selia aktiviti penandaan Hallmarking ini dan kajian mengenainya sedang dijalankan.

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada wakil menteri tadi. Soalan tambahan saya, oleh kerana Yang Berhormat mengaku bahawa pengajian sedang dibuat untuk mengadakan Hallmarking ini, saya hendak bertanya selama ini, pengesahan yang dibuat oleh mereka mengikut undang-undang 1994 ini, adakah tertakluk kepada perkara yang akan diubah ataupun hanya mengikut sehingga Akta 1994 yang mana sesiapa sahaja boleh mengecap atau mengesahkan bahawa logam tersebut adalah logam berharga.

Dato’ S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara ini dan mengenai pengesahan-pengesahan yang telah dibuat dan sedang dibuat sehingga sekarang, adalah mengikut standard yang ditetapkan oleh SIRIM dan peniaga-peniaga yang membuat penandaan itu adalah bertanggungjawab

Page 11: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 5

oleh kerana resit yang dikeluarkan oleh peniaga-peniaga itu perlu mengandungi butir-butir seperti ketulenan barang-barang hiasan itu, standard yang ditetapkan oleh SIRIM dan juga harga, berat dan sebagainya. Maka mana-mana peniaga yang didapati menyalahkan butir-butir itu, kita boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Daripada pengalaman kita, tidak banyak aduan mengenai penipuan dari segi ketulenan dan sebagainya.

3. Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa banyak kes kemalangan jalan raya terlalu lambat mendapat pampasan dan tuntutan insurans. Apakah langkah kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas persoalan ini. Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah-langkah berikut dalam usaha untuk mengurangkan kelewatan mendapat pampasan dan tuntutan insurans.

Pertama, memperkenalkan garis panduan penyelesaian tuntutan insurans dalam tahun 1995 untuk mengatasi kelewatan penanggung insurans dalam mengendalikan tuntutan. Garis panduan tersebut menyatakan tempoh-tempoh yang sepatutnya diambil oleh penanggung insurans dalam pelbagai peringkat dalam suatu kitaran tuntutan.

Di samping untuk memastikan penanggung insurans, menangani tuntutan secara profesional, garis panduan tersebut dapat mengurangkan pertikaian-pertikaian bersabit jumlah tuntutan dan pampasan insurans. Garis panduan berkenaan sedang dikaji semula oleh BNM untuk mengambil kira langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan terhadap tahap profesionalisme dalam pemprosesan tuntutan insurans serta amalan-amalan pasaran. Kajian semula garis panduan berkenaan sedang dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menetapkan beberapa polisi seperti:-

(a) penanggung insurans dikehendaki melayan tuntutan kerosakan harta benda pihak ketiga dalam kes-kes di mana pemunya polisi tidak melaporkan kemalangan;

(b) mengarahkan industri insurans menetapkan cara pengendalian tuntutan yang melibatkan kemalangan berangkai tanpa mengambil kira liabiliti kenderaan-kenderaan yang terlibat; dan

(c) menyemak prosedur knock for knock, dengan izin, di kalangan penanggung insurans bagi mempercepatkan proses pengendalian tuntutan insurans. Dalam prosedur terkini penuntut insurans pihak ketiga boleh juga membuat tuntutan terus kepada penanggung insuransnya sendiri tanpa menjejaskan bonus, tanpa tuntutannya.

Dengan prosedur ini, kelewatan dapat dikurangkan di mana penanggung insurans tidak perlu lagi mendapatkan daripada penanggung insurans yang mengeluarkan polisi. Butir-butir terperinci mengenai insurans, pihak yang membuat tuntutan kerana ia sendiri yang mengeluarkan polisi dan mengendalikan tuntutan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi aduan ataupun pertikaian ke atas tuntutan yang melibatkan kerosakan sendiri, Biro Perantaraan Insurans (BIRO) telah ditubuhkan pada tahun 1992, tugas am biro ini adalah untuk menerima rujukan dan masalah-masalah berhubung aduan-aduan. Pertikaian dan tuntutan yang dibuat berkaitan dengan polisi insurans termasuk insurans motor. Terima kasih.

Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada wakil kementerian yang telah pun menjawab soalan tadi. Kita dapati bahawa sesetengah tuntutan kes-kes yang melibatkan lima hingga tujuh tahun, begitu lambat untuk mendapat tuntutan, samalah seperti kes-kes penceraian yang telah pun mengambil masa yang lama, tujuh tahun dan ini melibatkan penderitaan kepada mangsa.

Page 12: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

6 DN 11.11.2002

Jadi, soalan tambahan saya, adakah kerajaan sedar bahawa kelembapan ataupun kelambatan tuntutan insurans yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya berpunca daripada peguam yang mewakili kes-kes tersebut, yang mahukan tuntutan anak guamannya yang tinggi ataupun sikap syarikat insurans yang melengah-lengahkan tuntutan tersebut, menyebabkan penderitaan kepada mangsa kemalangan. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pihak insurans mempunyai prosedur tertentu dalam mengendalikan kes-kes tuntutan ini. Misalannya kalau dalam kes kemalangan kenderaan, kecelakaan kenderaan ataupun accident, sepatutnya ia hanya mengambil masa tujuh hari sahaja untuk pihak insurans melantik adjuster iaitu orang yang menyelaraskan kerugian yang membuat penilaian kerugian, tidak lebih daripada tujuh hari.

Dan lepas itu tujuh hari lagi untuk adjuster mengemukakan laporannya kepada insurans. Dan selepas itu, pihak insurans akan memperakukan untuk kenderaan dimasukkan ke bengkel. Ertinya, mengambil masa lebih kurang 21 hari sahaja, itu pun bukannya tempoh yang mesti dipatuhi, mungkin lebih awal, lebih cepat daripada itu.

Cuma yang berlaku Yang Berhormat, ialah apabila berada di bengkel, maka itu bergantung kepada keupayaan bengkel untuk memperbaiki atau repair kerosakan kenderaan.

Kalau kes-kes yang melibatkan, dengan izin, bodily injury, maka jikalau kes itu simple tidak memerlukan penglibatan mahkamah, maka ianya dapat diuruskan dalam tempoh yang cepat, tetapi kalau terpaksa dirujuk ke mahkamah, maka di situlah mungkin letaknya kelambatan itu. Dan tadi Yang Berhormat sebut tentang adakah kerajaan sedar bahawa ada peguam-peguam yang minta fees yang tinggi daripada anak guamannya.

Perkara ini saya rasa mungkin satu yang baru, kita akan rujuk perkara ini, kita tidak sedar adanya fenomena seperti ini dan jikalau ini berlaku, maka kerajaan amat mengesalinya kerana dengan sikap peguam seperti ini, ia menjadikan mangsa sukar untuk mendapatkan tuntutan ataupun mengambil masa yang cukup lama dan ini cukup menyeksa dan kalau Ahli Yang Berhormat ada bukti tentang perkara ini, harap dapat dirujukkan kepada kita untuk kita membuat penyiasatan.

Kalau tidak kerana itu, maka tidak ada sebab mengapa kita harus mengambil masa yang lama. Kerana Yang Berhormat, kalau ada masalah seperti itu, pihak mangsa boleh bila-bila masa sahaja merujuk kesnya kepada Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya supaya kelewatan yang tidak munasabah itu, yang tidak perlu itu dapat diatasi secepat mungkin. Dan kita tidak mahu ada sesiapa pihak yang menjadi mangsa dalam perkara ini dan Bank Negara akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak iaitu insurans misalannya yang melengah-lengahkan kes tersebut. Kalau ada kes yang spesifik Yang Berhormat tahu dan boleh rujuk kepada kita, dan kita akan siasat kalau benar ada peguam-peguam yang menyeksa mangsa ataupun anak guamannya dengan cara melengah-lengahkan tuntutan itu. Terima kasih.

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya, merujuk kepada keputusan ataupun atur cara Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya ini selama 14 hari adalah satu perkara yang tidak pernah saya dengarlah untuk diselesaikan setakat ini.

Tetapi walau bagaimanapun, sebagai soalan tambahan saya, apakah kerajaan melalui Bank Negara Malaysia ataupun melalui Persatuan Insurans Malaysia, dapat menubuhkan satu tabung kemalangan jalan raya yang melibatkan mangsa ataupun orang yang terlibat dalam kemalangan, kerana dalam kemalangan jalan raya, mangsa biasanya berhadapan dengan tiga keadaan, pertamanya, kematian, keduanya ialah satu pembedahan yang agak serius dan ketiganya, adalah proses mendapatkan ubat-ubatan yang memerlukan perbelanjaan.

Jadi, kita tahu kes kemalangan jalan raya ini akan melibatkan masa yang agak panjang, jadi apakah kerajaan bersedia untuk menubuhkan dana ataupun tabung kemalangan jalan raya yang akhirnya apabila mendapat keputusan daripada perbicaraan mahkamah ataupun keputusan daripada syarikat insurans berkenaan, maka bolehlah di

Page 13: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 7

reimburse balik. Jadi, pengagihannya mungkin dalam bentuk 70% ataupun 80% daripada jumlah yang kita tahu dari masa ke semasa. Jadi, itulah pandangan saya sama ada kerajaan bersedia untuk menubuhkan dana ini. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Rosli. Sebenarnya saya hendak betulkan sedikit fakta Yang Berhormat cakapkan itu, iaitu bukannya tempoh 14 hari. Ertinya ada stagesnya, misalannya tujuh hari pertama ialah adjuster dilantik. Yang kedua ialah dalam masa tujuh hari berikutnya, adjuster akan menilai kerosakan dan tujuh hari berikutnya pula bagi syarikat insurans meluluskan perakuan untuk kenderaan itu dimasukkan ke mana-mana bengkel. Ertinya sampai ke bengkel ianya meliputi tempoh 21 hari dan yang lewatnya ialah di bengkel itu sama ada keupayaan bengkel itu hendak berapa lama dia hendak betulkan. Kalau banyak sangat kenderaan untuk dibetulkan, maka mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan untuk cadangan Yang Berhormat untuk Tabung Kemalangan setakat ini kerajaan belum memikirkan lagi tetapi ianya boleh diambil kira dan boleh difikirkan.

Bagaimana pun Yang Berhormat, sekarang ini kita ada satu skim polisi yang bernama Personal Accident (PA). PA ini ertinya dengan bayaran RM68 setahun, kita akan diberi pampasan sebanyak RM50,000. Ertinya kalau kita insured lebih daripada itu maka kita akan dapat pampasan yang lebih. Ertinya bukan banyak sangat, RM68 setahun kita akan dapat RM50,000 jikalau kita ditimpa oleh kemalangan dan sebagainya.

Jadi oleh kerana itu, maka kita menggalakkan supaya orang ramai mengambil polisi ini iaitu (PA) Personal Accident dengan izin, supaya mereka dapat pampasan yang sewajarnya jikalau mereka ditimpa oleh kemalangan. Dan untuk tabung tadi, kita akan fikirkan Yang Berhormat, dan itu cadangan yang baik dan positif dan mungkin kita boleh fikirkan bersama. Terima kasih.

4. To' Puan Wan Seri @ W. Asiah binti Ahmad minta Menteri Kewangan menyatakan sumber pendapatan Kerajaan dalam membiayai projek-projek pendidikan yang akan memberi penekanan kepada penggunaan komputer.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, projek-projek pendidikan yang akan memberikan penekanan kepada penggunaan komputer akan dibiayai oleh kerajaan dengan peruntukan dari Kumpulan Wang Disatukan. Sumber kewangan dari Kumpulan Wang Disatukan ini ialah segala hasil atau wang yang didapatkan atau diterima dengan apa-apa cara pun oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

5. Datuk William Lau Kung Hui minta Menteri Dalam Negeri menyatakan Biro Maritim Antarabangsa (IMB) baru-baru ini telah melaporkan bahawa perairan Bintulu merupakan salah satu daripada 3 kawasan dalam negara yang begitu cenderung kepada serangan-serangan lanun, termasuk Sandakan dan Pulau Pinang. Adakah laporan ini benar dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memerangi kegiatan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, kes-kes yang dilaporkan oleh Pusat Lapor Pelanunan Biro Miritim Antarabangsa dengan izin, International Maritime Bureau Piracy Reporting Centre atau IMB-PRC di Pelabuhan Bintulu, Sandakan dan Pulau Pinang adalah merupakan kes-kes kecurian ataupun cuba curi atas kapal.

Mengikut laporan IMB-PRC bagi tahun 2000, terdapat sebanyak 4 kes kecurian dan 10 kes cubaan curi dilaporkan di ketiga-tiga pelabuhan berkenaan. Bagi tahun 2001, sebanyak 8 kes curi dan 2 kes cubaan curi dilaporkan. Manakala bagi 9 bulan pertama tahun 2002, sejumlah 4 kes kecurian dan 1 kes cubaan curi telah dilaporkan.

Statistik kes curian dan cubaan curi yang dilaporkan oleh International Maritime Bureau Piracy Reporting Centre bagi tahun 2000 kecurian:

Page 14: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

8 DN 11.11.2002

2000 2001 2001 (Jan-Sept.)

Pelabuhan Kecurian Cubaan curi

Kecurian Cubaan curi

Kecurian Cubaan curi

Bintulu 1 3 0 0 1 0

Sandakan 3 5 8 1 3 0

P. Pinang 0 2 0 1 0 1

JUMLAH 4 10 8 2 4 1

Kesemua kes-kes yang berlaku tidak boleh dianggap sebagai serangan lanun kerana tiada sebarang kekerasan digunakan terhadap anak-anak kapal semasa kejadian. IMB-PRC mentakrifkan pelanunan dengan izin, piracy termasuk juga kejadian-kejadian seperti penglihatan bot-bot yang dicurigai yang berhampiran dengan kapal, kecurian dan cubaan curi di atas kapal semasa kapal sedang berlabuh di pelabuhan-pelabuhan dan ini di ambil kira di dalam statistik tersebut.

Kejadian piracy dengan pasukan Polis Marin ialah merangkumi kes jenayah kekerasan atau cubaan menggunakan kekerasan terhadap anak-anak kapal atau kejadian rompakan atau cubaan rompakan di laut. Kes kecurian atas kapal semasa kapal berlabuh tidak diambil kira sebagai statistik.

Oleh itu rekod Pasukan Polis Marin menunjukkan ketiga-tiga pelabuhan tersebut adalah bebas dari ancaman rompakan di laut. Laporan dan statistik IMB-PRC tersebut tidak mencerminkan keadaan sebenar dan akan mengelirukan orang ramai yang membacanya kerana dalam tanggapan orang awam, piracy merupakan satu jenayah yang berat dan amat ditakuti.

Pasukan Polis Marin telah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk memastikan keselamatan kapal-kapal dagang di kawasan pelabuhan.:

(i) mempertingkatkan rondaan di kawasan strategik dengan menggunakan aset-aset Polis Marin secara optimum. Dengan kehadiran bot peronda yang berterusan, ia dapat memberikan satu kegerunan kepada anasir-anasir jahat dari melakukan sesuatu kesalahan,

(ii) mempertingkatkan pemeriksaan terhadap bot-bot yang dicurigai untuk memastikan bot-bot berkenaan tidak digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang;

(iii) menumpukan rondaan pada waktu malam dan memberikan tumpuan kepada kapal-kapal yang mempunyai free board dengan izin, yang rendah di mana ia adalah sasaran utama pencuri-pencuri laut;

(iv) menghebahkan kepada kapal-kapal yang berlabuh melalui Jabatan Laut supaya mempertingkatkan piracy watch dengan izin, di kawasan pelabuhan yang dikenal pasti mempunyai permasalahan kegiatan kecurian atas kapal;

(v) mengadakan perhubungan terus di antara bot ronda Polis Marin dengan kapal dagang melalui radio VHF untuk mendapatkan makluman tentang penglibatan bot-bot yang dicurigai supaya tindakan segera dapat diambil;

(vi) menubuhkan unit-unit khas anti-piracy dengan pegawai dan anggota yang terlatih berserta dengan bot ronda yang lebih laju dan peralatan yang lebih canggih untuk mengumpul risikan dan membanteras perompak-perompak terbabit dengan pantas dan tegas;

Page 15: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 9

(vii) Mengadakan operasi-operasi khas untuk membanteras kumpulan-kumpulan pencuri di laut, di pelabuhan-pelabuhan yang dikenal pasti;

(viii) Memodenkan aset-aset Polis Marin dengan menggantikan bot ronda yang telah tamat jangka hayat ekonominya ataupun dengan izin, economic life spend dengan bot ronda yang lebih laju dan lebih canggih;

(ix) Mempercepatkan pembangunan pangkalan-pangkalan di kedudukan strategi untuk memberi sokongan logistik kepada bot-bot yang beroperasi di laut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk William Lau Kung Hui: Soalan tambahan saya, sejauh mana kerajaan sudah menubuhkan suatu badan yang dikenali Coast Guard untuk menjaga kegiatan lanun di Malaysia. Terima kasih.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, Coast Guard ini masih lagi dalam kajian. Terima kasih.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, daripada apa yang kita dengar daripada penerangan pihak kementerian tadi, kita lihat bagaimana usaha-usaha yang telah dibuat untuk membanteras kes-kes cubaan curi ini. Jadi setakat ini berdasarkan pemantauan yang telah dibuat, apakah kes ini melibatkan warga asing ataupun warga tempatan. Terima kasih.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan. Kadang-kadang lanun ini dia tak kira bangsa. Kadang-kadang orang tempatan ada juga menjadi lanun. Orang-orang daripada luar negara juga ada yang menjadi lanun.

Jadi oleh itu kita masih tidak dapat memastikan nationality mereka, dengan izin. Terima kasih.

6. Puan Jaya Partiban minta Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menyatakan langkah untuk mewajibkan pasangan bukan Islam yang ingin mendirikan rumah tangga menghadiri kursus perkahwinan dalam usaha mengurangkan bilangan penceraian yang makin bertambah.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga [Dato' Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak perundangan yang mewajibkan pasangan bukan Islam yang ingin mendirikan rumah tangga untuk menghadiri Kursus Perkahwinan. Di antara inisiatif kementerian untuk mengajak rakyat memberi perhatian yang serius kepada kestabilan isi-isi keluarga ialah menghayati pedoman utamakan keluarga ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Julai 2002.

Di bawah kempen ini, masyarakat Malaysia diberi kesedaran mengenai peranan keluarga dan pentingnya kita semua berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memupuk kasih sayang bagi mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Ini diharap akan juga membantu mengurangkan masalah keretakan rumah tangga.

Sebelum pelancaran program baru di atas, LPPKN telah membangunkan modul-modul latihan persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga yang dibuka kepada semua pasangan yang termasuk pasangan bukan Islam. Modul ini bertujuan membantu pasangan bakal suami isteri dengan menambahkan ilmu pengetahuan khususnya mengenai cara menangani masalah-masalah keluarga. Modul ini dilaksanakan menerusi kursus yang diadakan secara berkala di seluruh negara.

LPPKN kini sedang mengemas kini modul berkenaan untuk mengambil kira perkembangan dan cabaran masa kini dan memuatkan pendekatan paling berkesan untuk

Page 16: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

10 DN 11.11.2002 memperkukuhkan hubungan antara anggota. LPPKN bekerjasama dengan NGO untuk menterjemahkan modul-modul tersebut ke dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Seterusnya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, LPPKN telah menganjurkan kursus-kursus perintis khusus untuk golongan bukan Islam. Kursus-kursus tersebut kini akan diteruskan bersama-sama dengan JPN di seluruh negara.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, setahu saya ada beberapa kali LPPKN menganjurkan ataupun mengadakan kursus untuk wanita khususnya dari golongan yang berpendapatan rendah di kalangan kaum India dan apa yang saya ingin tahu daripada Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ialah apakah apabila kita menganjurkan kursus seperti ini adakah kementerian akan membiayai segala kos untuk kurus seperti ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, secara lazimnya apa jua kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dibiayai penuh oleh kementerian. Namun begitu ada kala kita dapati bahawa di antara peserta yang memohon bantuan untuk kos atau pembayaran kenderaan dan lain-lain, ini adalah kita menghadapi masalah kerana kita juga perlu mengikut peraturan Perbendaharaan di dalam mengadakan kursus-kursus di mana diberi kebenaran oleh Perbendaharaan bahawa kos-kos kenderaan pun termasuk akan dibiayai. Itu terpulang kepada modul-modul yang diadakan.

Namun begitu saya faham bahawa ramai daripada wanita yang menghadiri kursus kita adalah terdiri daripada golongan yang miskin dan setakat mana yang boleh pembiayaan termasuk kenderaan, saya rasa Yang Berhormat Senator mungkin hendak tahu tentang kos kenderaan kerana itu adalah soalan yang selalu ditanya oleh wanita-wanita yang hadir kursus-kursus kita. Saya ingin menyatakan bahawa setakat mana yang boleh dan dibenarkan kita akan membiayai sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim, kita dengar pandangan dari segi pihak lelaki.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan saya ada kaitan dengan penceraian tetapi ianya adalah sedikit berlainan. Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk membantu kaum wanita untuk mempercepatkan kes-kes mereka di mahkamah-mahkamah terutama sekali di mahkamah syariah berhubung dengan kes-kes penceraian dan juga kes-kes berhubung dengan nafkah mereka yang diceraikan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Haji Omar sedang menunggu untuk menjawab soalan ini iaitu di No. 13, beliau ada fakta dan data yang sepenuhnya bagi pihak Mahkamah Syariah. Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal wanita dan keluarga, saya ingin menyatakan bahawa kementerian telah pun memulakan beberapa program di mana isu syariah ini diberi perhatian yang serius. Pertamanya satu jawatankuasa khas telah pun ditubuhkan di antara Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dan juga Yang Berhormat Senator Brig-Jen (B) Datuk Abdul Hamid bin Zainal Abidin yang menjaga dalam hal ehwal agama.

Di dalam jawatankuasa antara Menteri itu, beberapa masalah syariah yang dihadapi khususnya oleh wanita telah pun diutarakan termasuk kaedah-kaedah yang terdapat di bawah beberapa undang-undang keluarga Islam di bawah naungan kerajaan negeri. Jadi jawatankuasa ini sedang memberi perhatian di antara lain penubuhan mahkamah keluarga di mana walaupun kita akan wujudkan dua sistem iaitu sistem sivil dan sistem syariah tapi kita sedang mencari jalan bagaimana untuk menentukan masalah yang dihadapi oleh wanita melalui sistem syariah yang ada pada hari ini dapat diperbaiki. Saya percaya Yang Berhormat bahawa dalam masa terdekat apabila isu-isu ini telah diberi perhatian dan sistem mahkamah syariah di negara kita ini dipertingkatkan pembelaan untuk wanita akan dapat dicapai sebaik mungkin.

Page 17: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 11

7. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta Menteri Pendidikan menyatakan bagaimana perhubungan yang lebih rapat di antara kementerian dengan penganjur IPTS itu dapat diwujudkan untuk memastikan pihak swasta dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia satu pusat pendidikan cemerlang di rantau ini.

Menteri Pendidikan [Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sentiasa menjalankan pelbagai usaha bagi mewujudkan hubungan yang rapat dengan pihak pengusaha IPTS terutamanya melalui persatuan IPTS seperti Malaysian Association of Private Colleges Organisation (MAPCO) dengan izin, National Association of Private Institution of Education (NAPIE) dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (PKIPM).

Hubungan positif dijalin melalui penganjuran seminar, sesi, dialog dan mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa. Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal bagi merangka strategi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan jawatankuasa ini dianggotai oleh pelbagai pihak termasuklah wakil kesatuan IPTS. Selain daripada itu kementerian juga telah menganjurkan pelbagai promosi di luar negara bersama dengan IPTS-IPTS untuk meningkatkan bilangan pelajar luar negara belajar di IPTS kita. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih saya ucapkan tahniah kepada Menteri atas jawapan itu dan juga beliau telah mengambil berat tentang perkara ini. Soalan tambahan saya ialah sungguhpun usaha-usaha telah diambil oleh kementerian untuk mewujudkan satu pertalian dan perhubungan yang baik di antara kementerian dengan pihak pengusaha IPTS ini, maka masih ada keraguan-keraguan sama ada kerajaan itu memberi perhatian dan menghargai usaha pihak ini. Jadi apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian supaya kita dapat memberi satu gambaran yang lebih jelas kepada pihak ini supaya sebarang keraguan itu dapat diatasi dan sebarang masalah yang mungkin timbul itu dapat diselesaikan. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, jikalau ada keraguan di kalangan IPTS-IPTS tentang kerjasama yang terjalin di antara mereka dengan kementerian eloklah keraguan itu ditonjolkan kepada kementerian untuk kita bersama-sama berbincang. Memang ada keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh IPTS-IPTS melalui badan-badan pertubuhan mereka dan persatuan mereka dan selalunya perkara ini di bawa berbincang bersama dan dapat diselesaikan.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam promosi memperkenalkan IPTS di luar negara untuk mendapat pelajar-pelajar untuk belajar dalam negara kita, saya ingin tahu pelajar dari negara manakah yang minat kecenderungan untuk melanjutkan pelajaran dalam negara kita setakat ini. Terima kasih

Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pelajar yang amat cenderung datang ke negara kita untuk belajar di sini adalah pelajar-pelajar dari negara Indonesia dan juga negara China dan dalam masa yang terdekat ini timbul minat yang agak luar biasa daripada pelajar-pelajar daripada Timur Tengah untuk datang belajar dengan kita.

8. Datuk Long bin Jidin minta Menteri Pengangkutan menyatakan terdapat ura-ura untuk menaikkan had laju kenderaan di beberapa lokasi terutama di lebuh raya. Berapakah had laju tersebut dan bilakah ianya dikuatkuasakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Datuk Yong Khoon Seng]: Kementerian Kerja Raya telah menyediakan Kertas Jemaah Menteri mengenai cadangan menaikkan had laju maksimum di lebuh raya bagi kenderaan ringan ke 120km sejam. Kertas ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebaik sahaja ulasan mengenai cadangan tersebut dari agensi-agensi berkenaan diterima. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, agensi-agensi yang telah diminta memberi ulasan terhadap cadangan ini ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. Sekian.

Page 18: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

12 DN 11.11.2002 Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana negara kita telah maju, sebagai soalan tambahan saya jalannya world class dengan izin, kereta import pun besar, 120 km sejam ini adalah satu perkara yang masih kurang praktikal kepada hampir separuh daripada kereta dan kedudukan lebuh raya kita. Apakah kerajaan bersedia untuk menambahkan lagi had laju ini dengan satu kaedah menyediakan laluan yang tertentu dan ada tempat yang mana kerajaan juga harus mengadakan had perlahan kerana banyak kemalangan yang juga berlaku adalah kerana setengah-tengah kereta amat perlahan di kawasan yang agak laju. Jadi apakah dua pertimbangan dapat difikirkan semula oleh kementerian dan kerajaan supaya masalah practicality dengan izin, dapat kita laksanakan dari masa ke semasa. Terima kasih.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya permukaan jalan-jalan di lebuh raya kita telah direka bentuk untuk had laju maksimum 120 km. dan kita pun bercadang untuk menaikkan 120 km. ini maksimum. Ada juga di tempat-tempat lain juga tidak boleh sampai 120 km. kalau ada selekoh-selekoh di lain-lain tempat. Ini kita perlu juga menerima semua ulasan dari pihak-pihak kementerian lain ada berkaitan. Sebenarnya ulasan-ulasan dari semua kementerian yang tadi saya sebut telah pun bersetuju kecuali satu kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan belum lagi bersetuju dengan had laju yang maksimum.

Untuk had yang perlahan itu kita belum tetapkan tahapnya tetapi yang kita ada peraturan kalau ada kenderaan berjalan dengan slow sedikit boleh mengikut jalan di kiri. Lazimnya kalau ada kenderaan yang terlalu slow, lambat, ia mungkin menimbulkan masalah untuk kenderaan lain. Kita perlu juga menyedarkan orang ramai, pengguna jalan supaya jangan terlalu slow sangat di jalan raya ini, ini lebuh raya, bukan jalan-jalan kampung. Kita perlu juga mengikut had laju bagi kelajuan yang ditentukan. Kalau di lebuh raya jangan jalan 30 km. hingga 40 km. sejam sahaja. Ini pun tidak guna sepenuhnya bagi jalan raya bagi lebuh raya yang direka bentukan untuk keselesaan, untuk memendekkan perjalanan di antara satu tempat dengan lain. Cadangan dari Yang Berhormat ini memang kita akan menyedarkan orang ramai supaya gunakan lebuh raya dengan sepenuhnya.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Baru-baru ini saya terbaca kenyataan akhbar yang diberikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan menyatakan, bahawasanya kemungkinan besar had laju ini tidak akan ditambah, dikekalkan, jadi bersamaanlah dengan sedikit kenyataan Yang Berhormat tadi yang mengatakan jabatan dan agensi lain sudah memberikan jawapan kecuali Kementerian Pengangkutan. Soalan saya adakah kalau, sekiranya Kementerian Pengangkutan seorang sahaja tidak bersetuju maka adakah ianya tidak akan berlaku pertambahan, kenaikan had laju ini.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ini ada dibuat satu keputusan daripada pihak jemaah menteri. Untuk makluman Yang Berhormat, kita juga ada kajian dari Kementerian Penerangan yang mengutip pendapat orang ramai. Kita juga ada responden kita dari kajian ini 85% pengguna jalan setuju dengan menaikkan had laju sehingga 120 kilometer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita boleh beri sedikit contoh di mana had laju lebuh raya di luar negara kita, saya akan beritahu:

Negara Had laju

Norway 90 kilometer

Jepun 100 kilometer

Cyprus 100 kilometer

Denmark 100 kilometer

Greece 100 kilometer

Sweden 110 kilometer

Holland 110 kilometer

Czechoslovakia 110 kilometer

Page 19: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 13

United Kingdom 113 kilometer

Belgium 120 kilometer

Luxembourg 120 kilometer

Belanda 120 kilometer

Sepanyol 120 kilometer

Portugal 120 kilometer

Switzerland 120 kilometer

Bulgaria 120 kilometer

Finland 120 kilometer

Hungry 120 kilometer

Amerika Syarikat 120 kilometer

Austria 130 kilometer

Itali 130 kilometer

Perancis 110 kilometer (kalau hujan/jalan basah)

130 kilometer (kalau kering)

German - tidak ada tanda [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Terima kasih.

9. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, kadar penglibatan golongan istimewa dari kalangan orang buta, cacat dan pekak dalam pembangunan negara berbanding jumlah keseluruhan mereka pada 2001. Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan sumbangan golongan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Disember 2001, seramai 4,726 golongan kurang upaya atau OKU telah berjaya mendapat pekerjaan di mana seramai 446 orang di sektor awam dan 4, 316 di sektor swasta. Jumlah ini merupakan 4.4% daripada keseluruhan bilangan orang kurang upaya yang telah berdaftar sehingga Jun 2002 sebanyak 107,831 orang.

Kerajaan sememangnya sentiasa berusaha meningkatkan sumbangan golongan ini di dalam pembangunan negara. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah:

(i) kerajaan telah menubuhkan 2 buah institusi bertujuan menyediakan latihan dan kemahiran kepada golongan kurang upaya, fizikal iaitu Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi dan Pusat Pemulihan Cheras. Kursus-kursus yang disediakan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa seperti kursus IT, jahitan dan rekaan fesyen, penyelenggaraan komputer, electrical, penyelenggaraan elektronik dan lain-lain;

(ii) kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam memperuntukkan 1% kuota peluang pekerjaan di sektor awam untuk golongan orang kurang upaya;

(iii) kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan Kod Amalan Pengajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada majikan, pertubuhan orang kurang upaya dan orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan orang kurang upaya bekerja di sektor swasta;

Page 20: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

14 DN 11.11.2002

(iv) kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah memberi pengiktirafan kepada sumbangan orang kurang upaya dalam pembangunan sukan negara melalui penyediaan peruntukan kewangan dan membiayai dan melaksanakan program-program pembangunan sukan orang kurang upaya di peringkat akar umbi khususnya pembangunan daripada segi penyediaan tenaga penggerak seperti pegawai teknikal, jurulatih, pegawai klasifikasi dan pengadil. Kemudahan infrastruktur sukan yang sesuai dan mesra orang kurang upaya, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, program mencungkil bakat-bakat baru secara berterusan. Kemampuan OKU di dalam bidang sukan telah terbukti memberi sumbangan kepada pembangunan sukan negara, antaranya di dalam kejohanan First ASEAN Paragames Kuala Lumpur 2001 yang telah berjaya memenangi 153 pingat iaitu 70 emas, 57 perak, 26 gangsa. Pada 26 Oktober hingga 1 November di Busan, Korea Selatan, atlet orang kurang upaya negara telah berjaya memenangi 67 pingat iaitu 2 emas, 28 Perak dan 37 Gangsa.

Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada pihak wakil kementerian yang telah memberikan jawapan yang begitu jelas. Saya ingin mengemukakan soalan tambahan iaitu bolehkah kementerian memberitahu Dewan yang mulia ini contoh-contoh yang praktikal di atas kejayaan-kejayaan terutama sekali mengenai pemulihan orang-orang cacat ini, bolehkah wakil menteri menyatakan anggaran, berapa peratus?

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kurang upaya ataupun orang-orang kurang upaya yang masuk ke tempat-tempat pemulihan yang disediakan oleh kementerian saya, kebanyakan daripada mereka diberi peluang supaya mereka dapat mengikuti kursus-kursus pemulihan dan daripada itu kita dapati kalau terencat akal kadang-kala susah sedikit tetapi bagi orang-orang yang cacat fizikal atau anggota kebanyakan mereka boleh bekerja dan mereka juga kita sediakan kerja di pusat-pusat latihan kita sendiri di mana mereka boleh membuat kerusi, bangku, menyediakan envelope seperti di Sabah dan Sarawak dan juga macam yang orang buta juga menyediakan kerusi, meja yang dipasarkan di beberapa tempat. Restoran-restoran juga membeli alat-alat ini.

Jadi biasanya pemulihan hanya berlaku jika mereka menggunakan facility yang sedia ada. Facility di kerajaan ataupun NGO-NGO yang sedia ada yang memberi facility ini kepada orang-orang kurang upaya tetapi ada juga di kalangan orang kurang upaya, ibu bapa mereka tidak memohon facility ini atau tidak menghantar anak-anak mereka supaya boleh menerima pemulihan. Kerajaan ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada pemulihan dalam komuniti di mana kita ada lebih 250 pusat-pusat, di mana kita memberi pemulihan dalam komuniti dan ini adalah satu yang sangat berjaya di mana penduduk-penduduk kawasan sendiri mengambil inisiatif untuk membantu orang-orang kurang upaya ini. Terima kasih.

Puan Safinah binti Jusoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah bentuk-bentuk inisiatif yang diberikan kepada para majikan ke arah memberi peluang pekerjaan yang sesuai dan munasabah kepada golongan tersebut? Terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, kita telah minta supaya semua syarikat-syarikat memberi 1% pekerjaan yang ada kepada orang kurang upaya. Jadi mereka boleh memberi sumbangan dan tenaga mereka kepada syarikat-syarikat ini dan kami juga ada satu cadangan melalui Kementerian Sumber Manusia jika syarikat-syarikat ini tidak ada kerja-kerja yang sesuai, mereka boleh memberi sumbangan kepada satu tabung di mana wang ini boleh digunakan untuk memberi latihan kepada orang-orang kurang upaya supaya mereka boleh bekerja di tempat-tempat lain.

Page 21: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 15

Setakat ini syarikat-syarikat telah menawarkan pekerjaan kepada orang kurang upaya dan kementerian saya terus memantau dan kami juga terus merayu kepada semua badan khasnya agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain supaya memberi keutamaan kepada orang-orang kurang upaya apabila mereka memohon untuk bekerja. Kita ada pegawai-pegawai atasan juga daripada orang-orang kurang upaya. Terima kasih.

10. Tuan K. R. A. Naidu minta Menteri Pertanian menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memajukan perindustrian akuakultur di negara ini dan apakah sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi penternak.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, Dasar Pertanian Negara Ketiga atau DPN3 telah menetapkan supaya jumlah pengeluaran ikan ditingkatkan kepada 1.9 juta tan metrik setahun menjelang tahun 2010 bagi menampung keperluan dalam negara. Untuk mencapai sasaran ini, subsektor-subsektor perindustrian akuakultur dirancang akan memainkan peranan yang penting dan DPN3 telah menetapkan sasaran pengeluaran ikan melalui industri akuakultur sebanyak 600,000 tan metrik setahun.

Beberapa langkah telah pun dirangka oleh Kementerian Pertanian bagi meningkatkan pengeluaran dan memajukan industri akuakultur. Di antaranya ialah:

(a) transformasi penternak tradisi kepada penternak moden yang berdaya saing melalui pembentukan kumpulan ekonomi penternak dan penubuhan persatuan penternak seperti Persatuan Penternak Ikan Akuarium dan Persatuan Penternak Udang. Oleh itu melalui cara ini mereka akan bersatu dan bergerak sebagai satu organisasi untuk memudahkan pertukaran maklumat dan teknologi serta dapat bersaing di peringkat antarabangsa atau dalam arus pembangunan globalisasi;

(b) berdasarkan konsep Zon Industri Akuakultur atau ZIA di mana kawasan yang betul-betul berpotensi di setiap negeri dikenal pasti untuk dibangunkan untuk projek akuakultur secara berpusat. Pihak kerajaan akan menyediakan pusat secara asas bersama. Projek ini akan dibiayai oleh pihak swasta;

(c) memberikan latihan dan khidmat teknikal serta latihan pengurusan akuakultur kepada penternak-penternak di pusat-pusat latihan jabatan;

(d) menggalakkan penggunaan industri akuakultur berskala besar dan mapan melalui penglibatan pihak swasta;

(e) memperkenalkan teknologi baru dalam penternakan ikan seperti penternakan ikan dalam sangkar, laut terbuka, ternakan ikan dalam kepungan, ternakan udang laut secara tertutup serta penggunaan fiber optik dan penternakan ikan tilapia dalam tangki simen secara terapung;

(f) memberikan keutamaan kepada penternak spesies-spesies ikan terpilih seperti udang harimau, ikan siakap, ikan tilapia dan ikan-ikan akuarium yang bernilai tinggi serta penyaluran teknologi dan perkhidmatan sokongan;

(g) menggalakkan pasaran eksport dan membangunkan industri hiliran.

Melalui langkah-langkah tersebut diharapkan akan dapat meningkatkan sosioekonomi penternak yang menceburi di dalam industri akuakultur melalui:-

Page 22: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

16 DN 11.11.2002

(i) peningkatan hasil pengeluaran yang berdaya saing dan selamat dimakan serta memenuhi keperluan piawaian perdagangan dunia;

(ii) meningkatkan taraf hidup penternak melalui peningkatan pendapatan.

Terima kasih.

Tuan K. R. A Naidu: Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang memberi satu jawapan yang begitu lengkap. Memandangkan peranan yang dimainkan oleh kementerian ini adalah satu yang penting khasnya untuk golongan yang berpendapatan rendah, saya ingin kemukakan adakah kementerian memberi bantuan kewangan serta sumbangan lain kepada penternak khasnya daripada golongan berpendapatan rendah untuk menggalakkan mereka memajukan perindustrian akuakultur. Terima kasih.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan amat prihatin dengan kepayahan dan kesusahan mereka. Walau bagaimanapun, sekarang ini kita belum ada bantuan yang spesifik tetapi kita gunakan bantuan dari segi menggunakan funding dari segi 3F (Fund For Food) yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan juga Bank Negara. Bantuan ini diagih kepada orang ramai supaya dapat memberi perhatian lebih kepada mereka. Walau bagaimanapun, dalam hal ini kita juga memberi sedikit bantuan dan kewangan dari segi penyediaan benih awal untuk diberikan kepada pengeluar-pengeluar dalam subsektor ini supaya mereka dapat memasuki bidang ini. Walau bagaimanapun, sekarang ini kita sudah pun amat majulah dalam bidang ini. Kalau difikirkan dari segi sektor ikan ini boleh dikatakan we are net exporter of fish. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita import lebih daripada segi kuantitinya kita import daripada kita eksport tetapi dari segi valuenya kita boleh eksport lebih daripada import. Terima kasih.

11. Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan dan tindakan yang perlu diambil supaya negara kita selamat daripada berlaku peristiwa keganasan supaya tidak menjejaskan pelaburan serta kemasukan pelancong asing ke negara kita.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, isu keganasan merupakan isu global di mana peristiwa keganasan yang berlaku di negara-negara lain akan juga memberi kesan kepada negara kita. Oleh itu Kementerian Dalam Negeri sentiasa merancang dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu supaya negara kita selamat daripada berlaku peristiwa keganasan supaya tidak menjejaskan pelaburan serta kemasukan pelancong-pelancong dari negara lain.

Di antara langkah-langkah yang sedang dan akan diambil ialah:-

(i) secara berterusan mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menjadi punca dan yang boleh menjadi sebab atau pencetus kepada timbulnya isu dan tindakan keganasan;

(ii) mempertingkatkan usaha-usaha untuk menyampaikan maklumat dan pemahaman mengenai isu keganasan di kalangan masyarakat di samping maklumat seperti dasar kerajaan dan rancangan-rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan;

(iii) melaksanakan pemantauan berterusan terhadap individu ataupun kumpulan termasuk warganegara asing yang berada di Malaysia yang melakukan kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara;

(iv) meningkatkan hubungan kerjasama antarabangsa dan dengan negara-negara ASEAN. Ini dilakukan melalui pertukaran maklumat dan risikan membolehkan pergerakan kumpulan militan dari satu negara ke satu negara yang lain dapat

Page 23: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 17

dipantau. Dalam masa yang sama, warganegara asing yang ingin masuk atau bekerja di Malaysia akan terlebih dahulu ditapis latar belakangnya;

(v) meningkatkan kesedaran orang ramai melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO dan pihak media supaya dapat memberikan maklumat terkini mengenai aspek-aspek yang boleh mengancam keselamatan negara;

(vi) meningkatkan penguatkuasaan undang-undang termasuk undang-undang pencegahan terhadap individu ataupun kumpulan yang disyaki menyalahi undang-undang;

(vii) mengambil tindakan dan pencegahan yang berterusan terhadap tempat-tempat yang mungkin menjadi sasaran pengganas.

(viii) mengambil langkah-langkah pencegahan awal menjauhkan keganasan berbentuk kaum dan juga agama dengan cara:-

• mengawal aktiviti golongan yang menggunakan dan memperalatkan agama dengan membuat tafsiran agama secara sendiri untuk kepentingan politik masing-masing dengan mengeluarkan pendapat ataupun pandangan mereka terhadap isu-isu tertentu untuk tujuan ataupun kepentingan tertentu golongan tersebut; dan

• mengambil langkah-langkah golongan sesuatu kaum tertentu yang mempergunakan isu-isu perkauman seperti bahasa, adat resam dan agama bagi tujuan atau kepentingan kaumnya tanpa mengira perasaan kaum-kaum yang lain; dan

(ix) sehingga April 2002 kerajaan telah meletakkan sebanyak 393 tempat sebagai sasaran penting negara. Ini termasuklah tempat-tempat awam tertentu, perhubungan dan juga komunikasi juga sumber tenaga, pintu-pintu masuk utama dan juga yang seumpamanya.

Sekian, terima kasih.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak dapat dinafikan lagi hari ini bahawa ancaman terrorist sungguh membimbangkan semua pihak. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pasukan polis dan Angkatan Tentera kerana di atas kecekapan mereka dengan lebih awal dapat menghidu kegiatan-kegiatan pengganas di Malaysia termasuk kegiatan komunis di peringkat awal dan begitu juga dengan kumpulan Al-Ma’unah dan gerakan Kumpulan Militan Malaysia. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, sejauh manakah atau seriusnya gerakan-gerakan tersebut melibatkan ahli-ahli parti politik tanah air. Sekian.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini masih lagi dalam keadaan yang terkawal kerana kita mempunyai mekanisme-mekanisme dan badan risikan yang sungguh pintar dan mempunyai tindakan yang jauh. Jadi mana-mana pihak yang cuba hendak mengadakan atau merancang untuk mengadakan keadaan-keadaan atau merosakkan keadaan awam di negara kita, kita akan kawal. Terima kasih.

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan rancangan dan tindakan sesebuah negara yang menggunakan perisik mereka sendiri di dalam negara kita oleh kerana cemburu ataupun kerana tidak mahu hendak menimbulkan huru-hara dengan menggunakan terrorist dengan izin, pengganas. Jadi pengganas yang ada nama melalui KMM dan sebagainya mungkin

Page 24: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

18 DN 11.11.2002 hanya sebagai alat kepada perisik sesebuah negara asing. Jadi sejauh manakah pemantauan kerajaan tentang perisik-perisik rasmi negara asing sama ada kita benar atau tidak benar iaitu perisik itu secara atas tanah atau perisik di bawah tanah. Terima kasih.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan benarkan perisikan daripada luar negara memasuki negara kita. Walau bagaimanapun kita akan bekerjasama dengan mereka untuk menentukan sama ada kebenaran boleh diberi kepada pihak-pihak perisik daripada luar negara untuk mengesan musuh bersama. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Jawab Lisan telah cukup.

[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah cukup]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG TANAH

(KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) (PINDAAN) 2002

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

11.22 pagi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Robia binti Dato' Kosai]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, konsep pemberi milikan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 adalah bertujuan memperuntukkan tanah pada keluasan yang ekonomik kepada golongan miskin melalui kaedah pembayaran secara ansuran. Kaedah ini dilaksanakan dengan menentukan bahawa hanya individu-individu tertentu sahaja yang layak dipertimbangkan menyertai rancangan-rancangan pembangunan tanah berkelompok di bawah akta ini. Pelunasan pembayaran pula dilaksanakan secara ansuran melalui potongan bulanan yang dibuat hanya setelah pendapatan ladang mencapai paras titik pulang modal. Dengan itu, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) yang merupakan suatu daripada undang-undang tanah yang penting di negara ini sentiasa disemak dan diperkemas dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat.

Pada masa ini, bagi memastikan pengekalan keluasan pegangan secara ekonomik, Seksyen 7, 12 dan 14 akta ini membenarkan pemilikan seorang sahaja ke atas suatu pegangan desa dan biasanya diberi milik kepada suami yang memasuki rancangan tanah itu sebagai peserta. Dari sudut perundangan, sekatan pemilikan tanah pegangan desa ini juga terpakai dalam kes pembahagian pusaka dan harta sepencarian. Sekiranya si mati seorang Islam, waris-waris ialah sebagaimana ditetapkan dalam faraid sebagai bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.

Sementara itu, bagi si mati bukan seorang Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958, iaitu Distribution Act 1958, iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat atau keturunan yang ke bawah. Walaupun perintah pembahagian dikeluarkan selepas sahaja perbicaraan selesai, peruntukan akta ini tidak membenarkan nama-nama mengikut perintah mahkamah dimasukkan ke dalam Daftar Pegangan (Register of Holdings), dengan izin begitu juga dengan harta sepencarian.

Harta sepencarian atau dikenali juga sebagai harta syarikat ialah harta yang diperolehi atau dikumpulkan bersama-sama oleh suami isteri di sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Kebiasaannya ia ditentukan ketika pasangan suami isteri bercerai.

Page 25: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 19

Walaupun bahagian harta sepencarian ini tidak ditentukan syarak, tetapi ianya tidak melebihi setengah daripada keseluruhan harta seperti pengagihan harta mengikut faraid, pengagihan harta sepencarian mengikut perintah mahkamah juga tidak boleh dibuat mengikut peruntukan yang ada di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) ini.

Syarat ini telah menimbulkan masalah dan kesulitan kepada isteri-isteri para peneroka yang mendakwa bahawa hak mereka ke atas tanah rancangan tidak terjamin sedangkan mereka terlibat secara langsung dalam menjayakannya. Dalam rancangan tanah yang dilaksanakan oleh FELDA, seseorang calon itu mestilah sudah berkahwin untuk layak dipilih sebagai peneroka FELDA. Di samping itu, terdapat isteri-isteri yang turut membantu dalam mengusahakan tanah ladang. Bagi suri rumah sepenuh masa, mereka diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Dengan demikian, Seksyen 7 dicadangkan dipinda bagi membolehkan pemilikan yang dahulunya seorang pemegang kepada tidak lebih daripada dua orang pemegang ke atas tanah pegangan desa di dalam rancangan-rancangan tanah berkelompok. Cadangan pindaan bagi membolehkan pemilikan bersama oleh peneroka dan isteri, dengan ini dapat memberi perlindungan kepentingan isteri peneroka. Di sini, takrif isteri ialah dimaksudkan sebagai isteri yang bersama-sama memasuki rancangan dan bersama-sama mengusahakan ladang. Sementara itu, bagi peneroka yang memasuki rancangan dengan isteri pertama dan menceraikannya selepas beberapa tahun, maka isteri tersebut tetap berhak untuk menuntut hak harta sepencarian ke atas tanah berkenaan.

Seterusnya, pindaan Seksyen 12 telah membolehkan pegangan desa dimiliki bersama oleh isteri, bekas isteri atau waris kadim menurut perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan harta sepencarian atau perintah pembahagian hartanah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil. Nama pemilik bersama mengikut keputusan mahkamah akan dimasukkan oleh pemungut hasil tanah. Tambahan kepada pindaan Seksyen 12 ini ialah cadangan pindaan kepada Seksyen 14 di mana sebelum pindaan, pegangan desa hanya boleh dipindah milik kepada seorang sahaja tetapi dengan pindaan pegangan desa boleh diberi milik dan dimiliki bersama oleh peneroka dan pemegang bersama.

Sehubungan dengan pindaan Seksyen 14, cadangan pindaan Seksyen 15 membolehkan pegangan desa dimiliki bersama oleh peneroka dan sama ada isteri atau bekas isteri atau waris kadimnya berdasarkan adanya permohonan rasmi daripada peneroka dengan menggunakan Borang AA yang merupakan borang tambahan kepada Jadual I dan juga dengan mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri dalam menimbangkan permohonan memasuki nama untuk dipindah milik melalui Borang AA, perlulah memastikan mereka yang mendapat pindah milik ini ialah isteri-isteri sebagaimana ditakrifkan di atas tadi. Satu garis panduan akan dikeluarkan setelah mendapat persetujuan Majlis Tanah Negara.

Cadangan pindaan ini juga membolehkan pegangan desa dimiliki bersama menurut perintah yang dikemukakan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri atau akta Law Reform (Marriage and Divorce) Act.

Dalam pindaan akta ini, Seksyen 16 telah dimansuhkan sebelum pindaan sesiapa yang ada hak ke atas pegangan desa selepas pemegang itu meninggal dunia, bolehlah memberi hak kepada seorang pemegang sahaja supaya dapat didaftarkan namanya. Jika pihak-pihak yang mempunyai hak ini tidak berbuat demikian, pemungut hasil tanah boleh menjual pegangan berkenaan dan agihkan kutipan jualan kepada pihak-pihak berhak ke atas pegangan itu.

Dengan pemansuhan seksyen ini, urusan-urusan pusaka adalah diuruskan terus di bawah perundangan mengenai pembahagian pusaka yang ada. Walau bagaimanapun, pindaan ini hanya membenarkan pemilikan bersama, undivided shares dengan izin, dan tidak melibatkan pecah sempadan (subdivisions) atau pecah bahagian (partition) daripada tanah.

Page 26: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

20 DN 11.11.2002

Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan pindaan kepada Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) tidak melibatkan apa-apa implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan, sebaliknya dapat meningkatkan keyakinan rakyat ke atas pentadbiran tanah dalam menangani masalah yang dialami oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan hormatnya saya mohon mencadangkan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Dijemput Yang Berhormat Datuk Nor Azah Awin.

11.31 pagi.

Datuk Nor Azah binti Awin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan untuk saya turut serta menyokong rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 pada pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membahaskan rang undang-undang tersebut, saya ingin mengalu-alukan pelantikan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Negara yang baru dilantik dan dilantik semula baru-baru ini. Bagi pihak Kelab Senator Malaysia, kami percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dilantik dan dilantik semula ini akan memberikan sumbangan yang sangat berharga kepada Dewan yang mulia ini dan juga kepada negara kita yang kita kasihi.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada Akta Tanah yang dibahaskan pagi ini, saya mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan kerana tiba masanya dan sudah sampai masanya untuk meminda akta tersebut mengikut keadaan semasa dan juga dari segi menyelesaikan masalah-masalah yang dilalui oleh para peneroka sejak Akta Tanah ini diguna pakai sejak tahun 1960.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 adalah mempunyai matlamat dan peranan seperti berikut:

Pertama – memajukan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian yang produktif dan sempurna melalui amalan pengurusan pertanian yang berkesan dari segi kebersihan ladang, dari segi pengeluaran hasil yang maksimum dan bermutu baik serta pengeluaran yang kosnya terkawal ke paras minimum.

Kedua – menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju, yang produktif dan berdisiplin untuk meningkatkan taraf hidup dan menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

Dalam usaha untuk memainkan peranan yang berkesan dan seterusnya mencapai matlamat-matlamat dan peranan tersebut, salah satu fakta yang utama adalah dari segi hak milik. Tiap-tiap pemegang hak milik tersebut harus dikawal agar tidak terdapat isu fragmentation, dengan izin, di mana bidang-bidang tanah akan dipecahkan milik dan dibahagi-bahagikan kepada ramai pemegang yang lain dan ini akan secara terus menggagalkan pencapaian hasil pertanian yang optimum, juga isu tanggungjawab dan kebertanggungjawaban atau dengan izin, accountability akan menjadi sesuatu yang kabur (ambiguous) di samping menyulitkan juga pihak kerajaan dari segi penyeliaan dan pemantauan.

Dengan latar belakang yang sedemikianlah, maka Seksyen 7, Akta 530 membenarkan pendudukan pegangan desa hanya kepada satu orang sahaja selama ini. Namun begitu, beberapa masalah juga dihadapi dari segi hak milik diberikan kepada seorang individu sahaja. Apa akan terjadi apabila beliau meninggal dunia, akan berlakulah perbalahan dan persengketaan dari segi siapakah yang harus dinamakan sebagai pemegang hak milik yang baru. Adakah seorang isteri, anak atau waris yang mana yang

Page 27: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 21

sesuai? Dan jika tidak ada anak, kepada saudara-saudara yang lain. Akibatnya tanah tersebut akan terbengkalai dan tidak akan memberikan manfaat kepada sesiapa.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Seksyen 7, Seksyen 12, Seksyen 14 dan Seksyen 15 akta tersebut membenarkan pendudukan pegangan desa tidak lebih daripada dua orang. Dengan pindaan tersebut, si pemegang hak milik dapat menentukan siapa yang harus dinamakan sebagai co-owner atau pemegang bersama dalam memegang tanah tersebut. Dengan cara ini, beliau dapat berkongsi dari segi tanggungjawab, sementara juga meningkatkan iltizam atau komitmen kepada pemegang bersama atau yang saya panggil sekarang sebagai pemegang kedua dari segi tugas dan matlamat memegang tanah tersebut.

Kesimpulannya, akan berlakulah continuity dari segi operasi, tanggungjawab dan tidak akan berlaku apa-apa uncertainty, dengan izin, selepas pemegang pertama sudah tidak ada lagi. Soalan-soalan yang saya ingin utarakan kepada pihak kerajaan adalah seperti berikut:

Pertama, apa akan terjadi sekiranya pemilihan pemegang kedua itu atau pemegang bersama itu adalah sesuatu keputusan yang silap selepas dibuat selepas beberapa waktu? Adakah pemilihan pemegang kedua itu boleh ditukar ganti semasa pemegang pertama masih hidup atau adakah kuasa meminda bahagian tersebut dikongsi sama rata di antara kedua-dua pemegang tanah tersebut? Harap pihak kementerian dapat jelaskan.

Keduanya, saya juga ingin penerangan lanjut ke atas fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 15 untuk memberi pihak berkuasa negeri, kuasa untuk membenarkan pegangan desa dipegang oleh seseorang pemegang dan isteri, bekas isteri atau waris kadimnya sebagai pemegang bersama.

Apa yang saya kurang faham adalah dari segi Seksyen 15 yang ada menyebut dari segi dengan izin, divided and partition. Apakah yang dimaknakan dengan perkataan-perkataan tersebut? Apakah maksud tersebut sekiranya kita ambil secara face value, dengan izin, ia akan mengakibatkan kepada pemecahan secara fragmentation. Ini adalah dengan izin, indirect contravention of the aspiration of the Land Group Settlement Act, 1960. Diharap mendapat juga penjelasan daripada pihak kementerian.

Soalan saya yang ketiga, apabila pemegang bersama telah meninggal dunia, pemegang kedua akan menamakan pemegang baru sebagai pemegang bersama atau co-owner dan seterusnya. Soalan saya ialah, setakat manakah pemegang-pemegang yang dinamakan ini akan memastikan hak dan warisan kepada waris-waris yang lain dari segi accountability dan pertanggungjawaban? Adakah satu sistem trust, dengan izin, akan dipraktikkan yang tidak digariskan dalam akta ini. Harap dapat juga diperjelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup kepada ucapan saya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah secara sengaja atau mungkin tidak sengaja mengiktiraf peranan wanita. Dengan adanya peluang wanita menjadi pemegang bersama…..

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini dengan sengaja.

Datuk Nor Azah binti Awin: Ha, dengan sengaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu jadi, dengan izin, conclusive, ya.

Dengan adanya peluang wanita menjadi pemegang bersama, ia akan memberikan mereka hak-hak yang sama, yang rata, sementara juga diberi tanggungjawab yang setanding dengan pengiktirafan tersebut, bukanlah secara percuma.

Dalam saya berjumpa dan bermesra dengan pelbagai pertubuhan wanita, banyak rintihan yang telah kami dengar di mana terdapat kes-kes di mana si suami telah menyerahkan kesemua tanggungjawab mengendali, meneroka dan memajukan tanah-tanah tersebut kepada si isteri dan juga kepada anak-anak.

Page 28: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

22 DN 11.11.2002

Terdapat juga si suami telah pun pergi ke bandar dan berkahwin lain dan terus meninggalkan si isteri memajukan tanah tersebut [Beberapa Ahli Yang Berhormat lelaki tersenyum] Banyak yang senyum di sini. [Ketawa]

Dato’ Haji Ahmad bin Ismail: Biasalah itu.

Datuk Nor Azah binti Awin: Biasa. Dan juga tidak mengambil apa-apa keprihatinan kepada keluarga tersebut. Si isteri juga dibebankan dengan pembiayaan dan penjagaan kesemua anak-anak. Dengan keadaan sedemikian, sangatlah wajar pindaan ini dilakukan dan dikuatkuasakan secepat mungkin. Bagi pihak semua Ahli-ahli Yang Berhormat wanita di Dewan ini - saya tidak dengar sokongan pun, dan juga di luar Dewan ini….

Beberapa Ahli: [Tepuk]

Datuk Nor Azah binti Awin:….dan saya percaya juga di kalangan para bapa-bapa yang gender sensitize dengan izin, langkah ini sangat-sangat dialu-alukan. Dengan kata-kata demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Puan Hajah Jamilah.

11.41 pagi.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut mengambil bahagian dalam Pindaan Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002. Tuan Yang di-Pertua, Akta Tanah yang sedia ada, yang hanya membenarkan seorang sahaja pemilik atau pemegang sekali gus akan menidakkan orang lain khususnya isteri untuk turut sama menjadi penama kepada pegangan desa. Oleh itu, ini menyebabkan sekiranya berlaku penceraian, maka isteri akan kehilangan hak-hak ke atas tanah tersebut walaupun sebenarnya mereka sama-sama berusaha mengerjakannya. Saya suka untuk mengambil contoh di sini, di mana kebanyakan pemegang tanah-tanah FELDA atau tanah-tanah rancangan adalah bermula daripada bawah iaitu daripada tanah-tanah tersebut terbiar kosong, diusahakan, ditanam dan akhirnya membuahkan hasil. Hasil itu sewajarnya di kecapi bersama keluarga.

Kita sebenarnya bimbang sekiranya ditakdirkan berlaku krisis keluarga, usaha isteri akan menjadi sia-sia sekiranya bekas suami menjadi tidak bertimbang rasa kerana tanah tersebut hanya dinamakan atas nama suami sahaja. Oleh itu, untuk memberi keadilan dan hak kepada para isteri, adalah wajar nama-nama mereka dimasukkan sebagai pemegang agar hak mereka tidak dinafikan. Ini juga akan memperhebatkan usaha suami isteri untuk sama-sama mengusahakan tanah tersebut dan seterusnya akan membantu meningkatkan ekonomi keluarga khususnya, negara amnya.

Bagi seorang peneroka itu mempunyai lebih daripada seorang isteri, sesungguhnya jumlahnya tidaklah ramai. Saya berpendapat bahawa penyelesaian adil mengikut hukum Islam perlu dititikberatkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya menyentuh tentang FELDA, saya terpanggil untuk menyatakan sedikit berkaitan dengan berita di akhbar, Berita Harian 31 Oktober 2002, mengenai isu kutipan kelapa sawit di Empangan Tanjong Simborong, Johor. Menurut isu tersebut yang saya ikuti di dalam Berita Harian tersebut, selepas 18 tahun penduduk mengusahakan tanah, tiba-tiba hasil dipetik oleh orang yang tidak berkaitan. Saya berpandangan bahawa ini amat tidak wajar berlaku kerana walau apa pun alasannya, kita perlu mengambil kira usaha serta keringat yang telah dicurahkan untuk menanam kelapa sawit tersebut.

Sekurang-kurangnya, berilah peluang kepada mereka untuk mencapai sepenuhnya hasil titik peluh mereka kerana mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Mereka telah berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan sepatutnya pihak kerajaan khususnya menggalakkan usaha murni untuk penduduk berkenaan dan seterusnya membela nasib serta hak mereka.

Isu pengurusan FELDA juga terdapat dalam akhbar tersebut di mana seorang Ahli Yang Berhormat telah mendakwa terdapat penyelewengan dalam pengurusan tanah

Page 29: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 23

FELDA yang terbabit dengan rasuah dan penipuan. Oleh itu, kementerian yang berkenaan sepatutnya memberi dan membuat siasatan yang terperinci kerana kita tidak mahu hak orang-orang miskin yang berpendapatan rendah tidak sampai kepada sasaran sebagaimana yang telah berlaku terhadap wang yang diperuntukkan untuk golongan rakyat yang termiskin iaitu PPRT yang sedang dalam usaha untuk mengesankan siapa penipuan itu. Jadi, saya rasa setakat itu sahajalah. Dengan kata-kata lain, saya turut menyokong akta ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato' Dr. Chin Fook Weng.

11.45 pagi.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan kepada Akta Tanah. Saya juga mengucapkan penghargaan bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat wanita yang lain yang telah berucap di atas usaha kementerian ini untuk mengatasi satu isu yang paling penting dan juga daripada segi keadilan juga, ini sangat penting supaya kedua-dua pihak yang mula-mulanya menjadi peneroka kepada sekeping tanah itu, dapatlah apa nikmat baiknya kemudian, sungguhpun kedua-dua pihak ini mungkin kena diasingkan di atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, ini telah mengambil kira akta-akta dan juga pindaan kepada Enakmen Keluarga Islam dan sebagainya. Saya fikir, kalau ini dilaksanakan dengan baiknya, maka tidak ada apa-apa masalah yang patut berlaku.

Saya hanya ada beberapa perkara yang saya ingin membangkitkan supaya diberi perhatian oleh kementerian berkenaan. Yang pertama ialah berkenaan dengan keadaan, kalau seseorang itu, kalau isteri yang pertamanya telah meninggal dan kalau dia tidak berkahwin semula, kalau dia tidak ada anak, maka kalau dia menamakan seseorang lain yang tidak ada kaitan dengannya, tetapi mungkin dalam masa beberapa tahun, dia menerokai tanah itu, telah memberi bantuan kepada dia dan dia ingin meninggalkan sedikit kepada orang ini. Kalau dia membuat permohonan kepada kementerian untuk dinamakan orang kedua ini, sungguhpun dia bukan waris, dia tidak ada kaitan daripada segi pertalian dengan orang berkenaan, tetapi mungkin dia telah menyumbang sedikit sebanyak kepada perkembangan dalam ladang itu. Jadi, adakah dia berhak menerima ini? Jadi, nampaknya bila saya baca pihak yang kedua itu hanya bekas isteri atau waris karibnya, boleh menjadi pemegang bersama. Jadi, pihak yang ketiga ini macam mana?

Isu yang kedua ialah, kalau seseorang peneroka itu selepas menerokai tanah itu telah dapati sudah mendapat kekayaan dan sebagainya, dan dia tidak mahu lagilah meneruskan. Sama ada, dia juga berhak menamakan orang lain untuk menggantikannya atau dia kena menjualkan tanah ini balik kepada kementerian atau apalah caranya untuk kes-kes sedemikian.

Isu yang ketiga ialah seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Nor Azah tadi berkenaan dengan pecah belahan tanah. Ini kerana, tanah itu kalau saiznya terlalu kecil, daripada segi hendak usahakan tanah itu, tidak menjadi begitu lumayan. Jadi, adakah kementerian itu menetapkan saiz. Adakah kementerian menetapkan saiz yang minimum untuk sekeping tanah supaya perkara dan keraguan seperti yang dibangkitkan itu tidak menjadi satu isu.

Dalam usaha memajukan tanah itu sebagai kawasan ladang maka kalau saiznya terlalu kecil maka sudah tentu ada masalah-masalah yang besar dan sama ada pendapatan yang kita akan dapat daripada tanah itu mencukupi untuk orang berkenaan supaya diberi perhatian dan juga supaya berusaha dalam kawasan tanah itu. Jadi, ini adalah satu isu yang saya juga ada banyak keraguan dan saya berharap perkara ini dapat diambil kira. Jadi, itulah sahaja komen saya dan saya juga menyokong pindaan-pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Datuk William.

Page 30: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

24 DN 11.11.2002

11.51 pagi.

Datuk William Lau Kung Hui: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian yang berkenaan kerana berjaya mengemukakan pindaan undang-undang ini tepat pada masanya agar para isteri peneroka tanah yang bersama-sama membanting tulang dengan suami mereka turut mendapat habuan daripada usahanya itu. Saya sangat mengalu-alukan pindaan ini kerana di bawah Law Reform (Marriage and Divorce) Act pun apabila berlaku pembahagian harta ia dibahagikan sama banyak di antara pasangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat terdapat dua cara di bawah pindaan undang-undang- ini di mana tanah pegangan desa boleh dikongsi bersama oleh dua orang. Satu daripadanya ialah di bawah Seksyen baru, 12(5) melalui suatu perintah mahkamah yang dibuat mengikut sama ada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam atau Law Reform (Marriage and Divorce) Act dan yang satu lagi ialah melalui satu permohonan oleh pemilik tanah berkenaan kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen baru 15(2A) supaya isteri, bekas isteri atau waris kadimnya menjadi pemilik bersama.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen baru 12(5) adalah jelas, manakala seksyen baru 15(2A) terdapat sedikit kekaburan. Seksyen ini memperuntukkan bahawa pemegang tanah desa boleh membuat permohonan semasa hayatnya dengan menggunakan Borang ‘AA’ dalam Jadual Pertama.

Saya walau bagaimanapun kurang jelas dengan maksud waris kadim atau next of kin dengan izin, yang terdapat dalam seksyen ini. Adakah ia waris kadim kepada suami atau waris kadim kepada isteri atau waris kadim bekas isteri? Jika memohon semasa suami masih hidup dan meminta memasukkan nama waris kadimnya ia lebih merupakan permohonan memasukkan penama atau nominee, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan, maaf jika saya tersilap, terdapat kira-kira 18 kes di mana tiada tuntutan dibuat ke atas lot tanah yang pemiliknya telah meninggal dunia kerana sebelum ini tiada peruntukan dibuat untuk pemilikan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di sini iaitu kepada kementerian berkenaan, apakah yang telah terjadi kepada tanah tersebut. Sehubungan dengan ini saya ingin bertanya sama ada mereka merujuk seksyen 351(3) Kanun Tanah Negara atau National Land Code dengan izin, yang memperuntukkan tanah tersebut dikembalikan kepada pihak berkuasa negeri apabila pemiliknya meninggal dunia dan tanpa pengganti. Saya suka mencadangkan bahawa kementerian yang berkenaan mungkin patutlah membuat undang-undang untuk membolehkan hartanah desa yang pemiliknya telah meninggal dunia tanpa pengganti lain diberikan kepada benefisiari yang berhak.

Tuan Yang di-Pertua, ia bertujuan untuk mengatasi masalah di mana benefisiari gagal membuat represents untuk mengambil alih dan menguruskan harta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya selanjutnya ialah apakah yang akan terjadi jika pemilik pegangan desa yang enggan mengemukakan permohonan di bawah seksyen 15(2A). Saya faham mungkin perintah mahkamah akan digunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi jika terlalu banyak yang memerlukan perintah mahkamah bukankah ia membebankan para isteri atau bekas isteri?

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang terakhir ialah, apakah rasionalnya mengehadkan hanya dua orang sahaja dibenarkan sebagai pemilik bersama mengikut seksyen 7(2). Saya berharap kementerian berkenaan dapat memberikan penjelasan kepada beberapa isu dan soalan yang saya timbulkan di atas agar undang-undang ini menjadi lebih jelas.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong sepenuh Rang Undang-undang ini dan berharap ia akan dilaksanakan untuk kebaikan dan faedah para isteri, bekas isteri

Page 31: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 25

atau waris kadim pengusaha-pengusaha tanah berkelompok di negara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Datuk Dayang Mahani.

11.58 pagi

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) Pindaan 2002 yang bakal dikuatkuasakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta. Sebelum itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang baru dilantik dan juga Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik semula.

Dalam masa yang sama saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian dalam usaha untuk membela hak-hak mereka yang terlibat dengan meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, penekanan program tanah berkelompok di kalangan pekebun kecil di Malaysia melalui rancangan seperti FELDA, FELCRA dan lain-lain telah membantu pengusaha tanah yang lebih baik, lebih produktif dan penggunaan teknologi pertanian terbaharu yang mampu menggalakkan pendapatan para peneroka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sehingga akhir tahun 2001, sebanyak 200,000 hektar tanah kerajaan yang telah dibangunkan di bawah Program Tanah Berkelompok, membabitkan 160,000 pekebun kecil di seluruh negara. Daripada program berkenaan, sebanyak 660 pekebun kecil telah memperoleh sijil MS ISO 9002.

Pindaan untuk meminda seksyen 7 Akta 530 amat bertepatan sekali untuk membenarkan pemegang desa untuk tidak lebih daripada dua orang. Setelah sekian lamanya, hanya seorang pemegang desa dibenarkan berbuat demikian. Meskipun ia mendatangkan kebaikan kepada individu tersebut kerana beliau merupakan pemegang kuasa mutlak, namun ia juga akan menimbulkan kesulitan dalam hal-hal tertentu. Ini terutamanya jika individu tersebut ditimpa kemalangan, kematian, sakit, kurang upaya atau berada di tempat lain. Ini menyukarkan segala urusan yang berkaitan dengan urusan tanah tersebut, dan ianya juga boleh menyebabkan ia jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya memiliki tanah tersebut.

Di samping itu, terdapat kebaikan lain jika terdapat dua orang pemegang kuasa, iaitu pemegang kuasa yang boleh menamakan keluarganya, sama ada isterinya, anak-anaknya ataupun waris kadimnya. Dengan cara ini kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama dalam menguruskan tanah tersebut dan tidak akan timbul masalah perebutan tanah, perebutan kuasa dan sebagainya ke atas tanah tersebut. Di samping itu, dengan adanya perkongsian tanah tersebut lebih daripada satu orang, ia juga akan menggalakkan individu tersebut untuk bekerja bersungguh-sungguh memandangkan pada masa sekarang pengusaha tanah berkelompok memerlukan kerjasama bukan sahaja daripada satu pihak malah beberapa pihak dalam membangunkan tanah tersebut. Ini terutamanya berlaku kepada tanah-tanah pertanian yang baru dibuka yang mana pada masa ini menggunakan jentera yang boleh menghasilkan pertanian komersial yang bermutu tinggi berbanding dengan pemilikan perseorangan. Ini seharusnya dapat menjamin pengusaha yang lebih produktif dan lebih efisien.

Tuan Yang di-Pertua, tunggak kejayaan sebuah keluarga adalah isteri dan anak-anak, dan adalah tidak wajar jika jasa mereka diabaikan dan tidak dihargai setelah mereka bersama-sama berganding bahu membangunkan tanah tersebut. Telah banyak kes berlaku di mana beberapa orang ketua keluarga meninggal atau hilang upaya, isteri dan anak-anak akan kehilangan tempat bergantung dan mata pencarian. Untuk mengelakkan tanah ini jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak sepatutnya, adalah amat wajar tanah ini dimiliki bersama oleh isteri atau bekas isteri dan waris kadimnya kerana mereka adalah orang yang paling berhak untuk mewarisinya.

Page 32: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

26 DN 11.11.2002 Tuan Yang di-Pertua, pemegang desa dalam kawasan tanah berkelompok hendaklah diberi hak milik oleh tidak lebih daripada dua orang kerana pada waktu ini tanah yang dimiliki oleh seseorang peneroka hanya diberi kuasa kepada seorang sahaja. Sekatan ini telah menimbulkan masalah, dan adalah difikirkan wajar dasar pemilikan di bawah seksyen 14 Akta 30 ini dipinda, dan diberikan hak milik kepada pemegang desa kepada tidak lebih daripada dua orang. Peluang memiliki tanah secara bersama adalah wajar diberikan kepada isteri, yang sama-sama terlibat dan meneroka dan mengerjakan tanah-tanah tersebut. Lebih-lebih lagi jika peneroka berkenaan mempunyai lebih daripada seorang isteri, adalah tidak wajar jika hak isteri diabaikan dalam soal ini.

Memandangkan mereka telah bersama-sama bertungkus-lumus membanting tulang dalam membangun tanah rancangan tersebut, pindaan untuk meminda seksyen 15 Akta 530 adalah perlu bagi memberi pihak berkuasa negeri, kuasa untuk membenarkan pemegang desa dipegang oleh seorang pemegang dan isteri, bekas isteri ataupun wakil kadimnya sebagai pemegang bersama. Ini adalah perlu bagi menjamin tanah rancangan yang mereka usahakan itu menjadi hak milik bersama, sekali gus mengelakkan isteri peneroka dari terabai.

Jika peneroka tersebut mempunyai lebih daripada seorang isteri, sudah wajarlah pihak milik itu hendaklah dilakukan secara adil tanpa mengabaikan usaha pihak yang bersama-sama untuk membangunkan tanah tersebut. Selain menjaga kebajikan keluarga tersebut, ia juga bagi menghargai sumbangan peranan dalam mencari rezeki. Tambahan pula, isteri dan anak-anak wajar diberi penghargaan kerana mereka adalah tulang belakang sesebuah keluarga. Malahan dalam Dasar Pembangunan Wanita Kebangsaan, satu wawasan baru pembangunan telah dirancang sebagai garis panduan bagi menjamin kesinambungan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial dan politik, segala dasar-dasar dan tindakan peka gender, yang meletakkan wanita sebagai rakan setanding lelaki di dalam bidang ekonomi di samping berkongsi tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Maka adalah wajar pengiktirafan diberi kepada kaum wanita yang turut berperanan menyumbang rezeki kepada keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat pindaan yang dicadangkan pada seksyen 15, maka saya juga menyokong agar seksyen 16 dihapuskan kerana peruntukan ini tidak diperlukan lagi. Oleh kerana terdapat pindaan-pindaan yang telah dibuat, maka adalah perlu untuk mengadakan satu borang baru berbangkit kepada pindaan yang dirancang dalam Fasal 5 dan meminda jadual pertama kepada Akta 530.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata yang sedemikian, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Safinah binti Jusoh.

12.07 tgh.

Puan Safinah binti Jusoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil bahagian untuk turut sama mengambil bahagian membahaskan pindaan Akta Tanah di kawasan penempatan berkelompok 1960. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa pindaan ini wajar dibuat sejak awal lagi khususnya oleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Walau bagaimanapun, kelewatan itu mungkin berlaku sama ada pihak kerajaan tidak sedar ataupun kurang mengambil berat tentang persoalan keadilan atas hak-hak wanita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga percaya bahawa terdapat banyak lagi undang-undang yang melibatkan hak-hak wanita ataupun isteri dalam set perundangan negara ini yang perlu dipinda agar ianya lebih bersifat mesra wanita dan gender sensitive. Dalam membahaskan pindaan Akta Tanah 1960 ini, ada beberapa perkara berkaitan yang saya perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertama, berkaitan dengan FELDA. Kalau kita lihat, Kerajaan Persekutuan khususnya, telah melaburkan wang yang sebegitu banyak dalam menjayakan rancangan kemajuan tanah ini. Semenjak tahun 1960-an lagi, Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri telah merintis skim tanah FELDA, iaitu khususnya bagi memberi peluang kepada orang-

Page 33: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 27

orang Melayu miskin yang tidak bertanah memiliki tanah sendiri daripada usaha-usaha mereka.

Persoalannya sejauh manakah skim ini telah benar-benar membantu orang-orang Melayu miskin memiliki tanah. Maknanya dengan memberi geran secara rasmi kepada mereka setelah berjaya melangsaikan hutang kepada kerajaan untuk skim rancangan ini.

Saya difahamkan terdapat peneroka-peneroka FELDA yang telah pun selesai membayar hutang yang telah diambil oleh kerajaan tetapi hak milik mereka yakni geran pemilikan masih belum diperolehi dan juga selain daripada selesai pembayaran hutang, apakah lagi syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka untuk dapat memiliki tanah berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin menuntut kefahaman bahawa pihak manakah yang sepatutnya memproses dan memberikan geran hak milik tanah kepada peneroka FELDA, ini kerana apa yang berlaku baru-baru ini di Terengganu berhubungan dengan pembahagian geran hak milik tanah kepada peneroka FELDA Neram Satu yang dikatakan bahawa geran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu adalah palsu dan menasihatkan penerima-penerima geran tersebut supaya tidak hadir ke majlis pemberian geran hak milik tanah pada hari berkenaan. Jadi, saya mahu penjelasan daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua iaitu berkaitan dengan kebebasan para peneroka. Saya difahamkan selepas hutang awal memasuki rancangan telah dilangsaikan oleh pihak peneroka, mereka pula mestilah mengikuti program dan menandatangani satu perjanjian baru untuk membangunkan tanah semula, bahkan perjanjian baru ini sebenarnya memperlihatkan bahawa mereka ini masih lagi terikat dengan pihak FELDA.

Dengan ini tidak ada lagi pilihan kepada para peneroka untuk membangunkan tanah sendiri dan mengikut kehendak mereka sendiri. Mereka masih terikat dengan cara FELDA, cara yang dikendalikan oleh FELDA sendiri, kerana FELDA mempunyai macam-macam syarikat koperasi yang sebahagiannya adalah hasil daripada yang mana sebahagian daripada produk-produknya adalah hasil daripada sesuatu yang dikerjakan oleh para peneroka seperti FELDA Angkut, FELDA Niaga dan bermacam-macam lagi yang lebih menguntungkan pihak korporat sahaja.

Perkara ketiga, Tuan Yang di-Pertua, iaitu skim rancangan pembangunan tanah FELDA ini telah berlangsung sebegitu lama, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab bagi membangunkan lagi masyarakat FELDA, masyarakat peneroka ini, bagaimanakah perancangan ke atas generasi kedua FELDA khususnya bagi peneroka yang memilih untuk terus kekal bersama FELDA dalam rancangan ini.

Peralihan generasi kedua FELDA ke bandar-bandar besar dan mencari peluang-peluang pekerjaan lain termasuk di kilang-kilang sebenarnya memperlihatkan bahawa kerajaan tidak mempunyai perancangan yang menarik khususnya kepada mereka untuk membangun tanah bersama dengan ibu bapa mereka yang telah pun dipilih sebelum ini, bahkan seolah-olah keperitan hidup yang masih dilalui oleh para peneroka menjadikan para ibu bapa lebih bersikap menggalakkan anak-anak mereka terus mencari usaha sendiri di bidang-bidang yang lain.

Jadi, itulah sahaja daripada saya. Saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Siti Zailah.

12.13 tgh.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan yang berkaitan dengan meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Page 34: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

28 DN 11.11.2002 Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang baru dan kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang telah disambung semula perkhidmatannya.

Dan saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana akhirnya telah menyahut saranan-saranan daripada pihak pembangkang yang telah lama disuarakan sejak dahulu lagi baik di dalam Dewan yang mulia ini, mahupun di Dewan Rakyat.

Nampaknya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga juga telah berjaya memberi pelbagai tekanan sehingga kebanyakan kementerian sekarang begitu gender sensitif. Alhamdulillah semoga ianya memberi impak yang baik untuk kepentingan keadilan terhadap wanita.

Tuan Yang di-Pertua, kita mahukan pindaan ini kerana secara tidak langsung ia telah memberi pengiktirafan kepada kaum wanita yang merupakan isteri kepada para peneroka untuk turut sama tersenarai namanya sebagai penama kedua atau pemegang ke atas tanah pegangan desa di dalam rancangan-rancangan tanah berkelompok seperti contohnya FELDA atau Rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.

Cadangan pindaan yang membolehkan pemilikan bersama oleh peneroka dan si isteri tentunya akan memberi perlindungan kepentingan kepada para isteri peneroka yang juga merupakan rakan kongsi yang setia khususnya ketika peneroka memasuki rancangan, bahkan tidak dapat dinafikan bahawa mereka, wanita juga turut sama mengusahakan tanah dan ladang tersebut. Justeru itu, isteri pertama yang akhirnya menerima nasib diceraikan oleh suami akan tetap berhak menuntut harta sepencarian di atas tanah berkenaan.

Di sini kita melihat betapa hak wanita sebagai isteri atau mungkin bekas isteri tetap dipelihara oleh undang-undang yang ada. Di samping itu juga, pindaan ini juga selari dengan pindaan Perlembagaan pada sesi lepas di mana Perkara 8(2) yang mengatakan bahawa setiap rakyat tidak boleh diberi layanan yang tidak sama kerana perbezaan gendernya.

Pada hemat saya, Tuan Yang di-Pertua, prinsip keadilan sebegini pun turut diguna pakai dan diimplementasikan dalam semua peruntukan undang-undang dan juga dasar-dasar kerajaan. Ia juga secara tidak langsung menjadi satu bentuk atau kaedah pendidikan yang berkesan dijalankan oleh pihak kerajaan dan usaha membentuk kewajaran pemikiran, pandangan serta layanan kaum lelaki atau bapa terhadap kaum wanita ataupun isteri.

Kita mengambil contoh dalam kes-kes keganasan rumah tangga, sejak akhir-akhir ini kita melihat kes ini semakin berleluasa dilakukan oleh kaum suami ke atas isteri.

Berdasarkan kajian kes turut berpunca akibat pandangan atau sikap songsang kaum suami yang memandang si isteri, wanita sebagai golongan lemah, rendah berbanding dengannya dan seumpamanya. Sikap sebegini sebenarnya telah berlangsung sejak zaman jahiliah lagi, ketika itu wanita tiada tarafnya dalam komposisi sosial masyarakat, kelahiran wanita ibarat bencana dan penghinaan kepada mereka. Wanita diperlakukan sesuka hati sehinggalah tibanya Islam membawa sinar tamadun dalam kehidupan wanita yang memberikannya kedudukan yang sama dengan kaum Adam. Maka memberikan kedudukannya sejak awal dahulu lagi wanita bukanlah setakat hanya golongan second class ataupun no class, dengan izin.

Sebagai akhirnya saya ingin membawa satu petikan firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran, sebagai peringatan kepada kita, bagaimana Allah S.W.T. mengiktiraf kedudukan wanita supaya kita melakukan keadilan terhadap golongan sama ada lelaki dan wanita, sebagaimana Firman Allah – Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong ayat al-Quran] ….. sehingga ke akhir ayat, saya membacakan maksudnya, dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh kepada makruf dan mereka mencegah daripada yang mungkar.

Jadi, dengan kata-kata itu, Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Page 35: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 29

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri.

12.18 tgh.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bismillahir Rahmaanir Rahim.

Saya ingin turut serta membahaskan rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 iaitu Akta 530.

Saya hanya ingin memfokuskan kepada persoalan hak milik. Memanglah pada peringkat awal, apa jua undang-undang yang diperbuat oleh mana-mana jua badan sama ada di Malaysia ini ataupun di dunia, bertujuan ialah untuk mengawal, untuk menyelia kehendak-kehendak manusia itu sendiri.

Kita tidak menafikan bahawa apa jua jenis manusia ini, dari keturunan apa pun, mereka itu, mereka mahu supaya kalau yang berbentuk harta benda ataupun kebendaan jika sekiranya melibatkan pembahagian, mereka semuanya mahu beri sama.

Dan saya tidaklah bercadang untuk memihak ke mana-mana kerana saya yakin bahawa pindaan ini diperbuat oleh pihak kementerian setelah mengalami pelbagai masalah terutama sekali di kawasan-kawasan FELDA seperti yang disebutkan tadi.

Memang pada peringkat awal peneroka-peneroka FELDA ini mengikut undang-undang juga, maka penama bagi peneroka FELDA itu hanyalah diberikan kuasa kepada seorang sahaja iaitu kebanyakannya kepada suamilah. Saya kira kalau waktu itu kalau ada undang-undang yang membenarkan isteri juga diberikan hak untuk menjadi penama di dalam kawasan tanah berkelompok ini tentunya sudah dilakukan. Seperti yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat tadi walaupun pindaan ini agak terlambat tetapi walau bagaimanapun saya rasa inilah suatu pindaan yang sangat memberi harapan yang baik kepada golongan wanita. Cuma saya hendak menimbulkan beberapa persoalan iaitu katalah kita namakan dua, suami dan isteri, dua orang.

Ini persoalan-persoalan yang saya kira boleh kita masukkan mudah-mudahan akan ada rancangan pindaan akan yang datang. Misalnya suami isteri ini dia pergi melancong, tiba-tiba terjadi accident mati kedua-duanya. Mati dua-dua. Suami pun mati, isteri pun mati. Suami menjadi penama dan isteri pun menjadi penama juga dalam kawasan tanah berkelompok ini. Apa akan jadi pada waktu itu?

Kalau kita punya Yang Berhormat daripada Sarawak, kalau tak silap saya, dia kata ada undang-undang yang boleh kalau dah tak ada pemiliknya, tanah itu dikembalikan kepada pihak yang berkuasa negeri. Dari segi Islamnya kalau dah tak ada, dikembalikan kepada pihak yang berkuasa, Baitulmal. Itu dari segi Islam, kalau tak ada waris. Cuma tentulah saya rasa sudah berpuluh tahun di FELDA ini, tak kan tak ada waris dia?

Yang saya hendak bangkitkan di sini, kalau dua nama. Ini pun satu hal dari segi ilmu faraid kita kena tentukan walaupun dia kemalangan satu kereta, tetapi siapa yang mati dahulu. Ini peranan polis pula, ada kaitan dengan pihak polis. Kalau kita katakan suami yang mati dahulu. Kita bawa ke hospital, hospital telah memastikan bahawa suami yang mati dahulu, maka pada waktu itu, tanah suami kita kata 10 hektar atau 10 ekar maknanya tadi nama dua orang, suami dan isteri. Kita ambil maknanya 5, 5 ekar. Suami 5 ekar, isteri 5 ekar.

Pada waktu itu, kalau sekiranya suami yang mati dahulu maka tanah yang kita namakan suami, katalah peringkat awalnya sama banyak 5 ekar, 5 ekar. Maka saya kira mengikut ilmu faraid yang saya tahu, pada waktu itu isteri yang kemudian mati itu dia boleh mewarisi harta suami dia. Walaupun mati sama, kata 5 minit beza dia, isteri boleh mewarisi harta suami dia yang meninggal terlebih dahulu daripada isteri. Itu persoalan.

Dan kemudian daripada itu kalau sekiranya ada anak., anak itu juga boleh mewarisi harta suami, si bapalah. Bagi dia bapalah yang meninggal dahulu. Itu sekiranya ada anak. Kita lihatlah berapa anak lelaki, anak perempuan pula. Tetapi persoalan suami dengan isteri. Kalau kita kira dengan ilmu faraidlah katakan, pembahagian harta pusaka

Page 36: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

30 DN 11.11.2002 Islam, kalau tak ada anak maka isteri mendapat ¼ daripada 5 ekar tadi. Kalau dia ada anak, dia dapat 1/8 daripada tanah yang ditinggalkan yang nama suami 5 ekar. Itu persoalannya. Jadi soal yang saya hendak tanya pihak kementerian ini, kalau sekiranya berlaku begini, bagaimana pula kita hendak pinda Akta ini, akta yang kita sedang bincangkan sekarang ini.

Ini boleh berlaku kerana dahulu seorang, sekarang dua. Dua nama. Dan saya mengharapkan supaya pihak kementerian yang bertanggungjawab tentang tanah berkelompok ini mengambil perhatian, ini hari ini, dan saya percaya ini akan berlaku suatu ketika yang akan datang. Jadi persiapan-persiapan haruslah dibuat supaya tidak terlambat seperti yang ada sekarang ini sesudah sebahagian kecil, saya tidak kata sebahagian besar, peneroka-peneroka FELDA ini bertempur di antara suami dan isteri barulah kita hendak pinda. Kita wujudkan peraturan.

Tetapi sekarang ini, saya nyatakan terlebih awal supaya pihak kementerian ada memikirkan bagaimana sekiranya apa yang saya sebutkan ini berlaku. Jadi maknanya tanah yang tadi dua nama ini, ia akan berlaku itu tetapi akta ini tidak membenarkan tanah itu dipecahkan. Itu satu persoalan lagi. Cuma barangkali boleh dipancang sahajalah, orang kata ini hak suami, ini hak isteri jika sekiranya berlaku kematian seperti mana saya sebutkan tadi. Dan di mana pula bahagian anak-anak yang mungkin peneroka yang 20 atau 30 tahun itu sudah mempunyai anak-anak yang besar yang boleh mewarisi tanah-tanah yang atas nama ayahnya ataupun atas nama ibunya.

Baik, kalau sekiranya beza lima minit kematian, maka maknanya anak dia ini akan pertama mewarisi harta ayahnya. Yang kedua, dia akan mewarisi pula harta ibunya. Harta ibunya yang ditinggalkan oleh suaminya yang meninggal. Ini yang saya mohon penjelasan jika sekiranya berlaku keadaan seperti ini di kalangan peneroka-peneroka FELDA ataupun FELCRA barangkali, bagaimana penyelesaian yang harus dilakukan oleh pihak kementerian terhadap penama-penama tanah yang pindaan Akta kita buat pada hari ini.

Adapun pindaan yang berikutnya saya rasa yang memberikan kuasa kepada kerajaan negeri berikutan daripada pindaan Seksyen 15 ini sahaja. Ini ialah juga untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya memberikan kuasa kepada kerajaan negeri membenarkan isteri-isteri itu sebagai penama ke atas tanah yang mereka teroka ataupun tanah yang mereka usahakan itu.

Oleh yang demikian itu, kita mengharapkan semoga dengan pindaan ini, mudah-mudahan ianya adalah merupakan suatu langkah awal bagi memesrakan kaum wanita dengan kaum lelaki terutama sekali dari segi usaha-usaha untuk memajukan tanah dan kita tidak mahu tanah-tanah yang kita berikan ini akan tertinggal akan terbiar begitu sahaja akibat tidak ada penyelesaian daripada harta yang telah dinamakan kepada seorang sahaja seperti undang-undang yang terdahulu ataupun undang-undang yang kita pinda pada hari ini.

Walau bagaimanapun saya yakin, saya percaya sesungguhnya-sungguh bahawa walaupun kita letakkan dua nama, dia juga menghadapi masalah. Mungkin kadang-kadang lebih rumit lagi daripada kita letakkan satu nama, dua nama ini jadi masalah kerana walaupun dua nama, kita tidak boleh pecahlah. Kita tidak boleh pecah geran, pecah sempadan. Kalau boleh pecah sempadan, barangkali ada sedikit ringan, kita bolehlah menyelesaikan masalah itu tidak seperti tanah yang kata tadi 10 hektar, atau 10 ekarkah misalnya, kita tidak pecah sempadan, nama sahaja dua, tidak ada hak milik si pulan, si pulan ke atas tanah itu. Maknanya luas tanah tadi, saiz tanah itu tidak diketahui luas mana hak isteri, luas mana hak suami. Maknanya dikongsi dua orang. Jadi persoalan apabila berlaku halangan ataupun berlaku kematian sama ada seorang ataupun boleh jadi kedua-duanya sekali itu lagi sulit.

Saya mohon penjelasanlah bagaimana kalau ini berlaku, apakah penyelesaiannya? Terima kasih dan saya mohon menyokong pada hari ini terhadap pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan K. R. A. Naidu.

12.30 tgh.

Page 37: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 31

Tuan K. R. A. Naidu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membincangkan suatu akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang dinamakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.

Saya mengalu-alukan pindaan yang dihuraikan di sini khasnya Fasal 2 meminda Seksyen 7 Akta 530 untuk membenarkan pendudukan pegangan desa oleh tidak lebih daripada dua orang. Fasal 4 Seksyen 14 Akta 530 juga membenarkan pegangan desa dalam kawasan tanah berkelompok di beri hak milik kepada dan dipegang oleh tidak lebih daripada dua orang pemegang. Daripada pindaan-pindaan ini, ini bererti kerajaan sedang berusaha untuk memberi hak milik kepada lebih daripada satu orang untuk satu kawasan seluas mungkin 50 kaki x 80 kaki. Jadi kawasan penempatan berkelompok juga adalah satu usaha untuk mengatasi masalah perumahan di negara ini.

Saya ingin sentuh sedikit tentang perumahan di kawasan tanah pertanian ataupun tanah kampung. Sekarang ini di kawasan tanah pertanian seorang boleh memiliki tanah di kawasan kampung iaitu kalau seorang memiliki seluas satu ekar dia boleh mendirikan sebuah rumah saja di satu ekar ataupun 0.4 hektar. Lebih daripada seorang tidak boleh memiliki tanah seluas satu ekar dan lebih daripada seorang juga tidak boleh membina rumah lebih daripada satu rumah di kawasan ini, di kawasan seluas satu ekar ataupun 0.4 hektar. Inilah undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini pada masa kini.

Memandangkan masalah perumahan perlu diatasi oleh kerajaan demi keselesaan dan kemakmuran rakyat saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk menimbang, membenarkan lebih daripada seorang juga mungkin dua pemilik untuk sebidang tanah seluas satu ekar dan juga membenarkan dua pemilik atau dua orang mendirikan rumah di kawasan seluas satu ekar. Saya punya pendapat ialah kalau orang-orang lebih daripada seorang boleh diberi kebenaran untuk memiliki dan juga mendirikan rumah di kawasan berkelompok yang kecil mengapakah tidak boleh membenarkan lebih daripada seorang memiliki dan mendirikan rumah di tanah seluas satu ekar.

Jadi kalau kita membenarkan kawasan pertanian ini digunakan juga untuk perumahan, dengan ada peraturan-peraturan dan guidelines tertentu kita dapat mengatasi masalah perumahan di kawasan luar bandar yang kita sedang menghadapi sekarang dan saya harap kementerian akan menimbang perkara ini supaya kerajaan dapat mengatasi masalah perumahan di kawasan khasnya di luar bandar. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada hendak bangkitkan lagi. Jemput Dato’.

12.33 tgh.

Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Saya juga ingin turut serta membahaskan rang undang-undang iaitu akta yang dinamakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002. Tuan Yang di-Pertua, tujuan pindaan ini dibuat adalah semata-mata untuk mengemas kini pentadbiran tanah. Jadi apabila kita bercakap tentang tanah adalah menjadi tanggungjawab yang besar bagi kita terutamanya kepada kerajaan untuk mentadbir tanah ini dengan cara yang cekap dan betul kerana tanah juga adalah merupakan masalah daripada dulu hinggalah kepada sekarang.

Tanahlah punca perbalahan sesama kita. Jadi, apabila kita bercakap tentang pindaan ini terima kasih kepada kerajaan yang telah memperuntukkan tanah dan berbagai skim telah pun dijalankan oleh kerajaan. Yang pertamanya, ialah skim FELDA, FELCRA dan berbagai lagi tanah-tanah ini telah dimajukan oleh kerajaan.

FELDA merupakan usaha kerajaan yang terbaik kerana tanah ini merupakan anugerah Allah SWT. Apabila kerajaan telah berjaya pada peringkat pertama telah memajukan FELDA ramai di antara orang-orang Melayu yang telah pun berjaya meningkatkan dari segi ekonomi dan lantaran itu juga FELDA juga banyak menempatkan anak-anak mereka ini belajar ke universiti-universiti. Ini merupakan satu usaha kerajaan yang telah memastikan bahawa tanah ini diurus dengan baik. Soalnya pada hari ini adalah bagaimana tanah ini apabila berlakunya kematian di mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ustaz Hassan bin Haji Shukri tadi.

Page 38: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

32 DN 11.11.2002 Saya rasa dalam untuk hendak mentadbir tanah ini, kerajaan telah pun cekap dari segi mentadbir dan usaha ini berterusan supaya tanah ini ditadbirkan dengan begitu betul. Soal nama dinamakan di atas geran atau hak milik ini, kalaupun satu nama pun menjadi masalah, kalau dua nama masalah, tiga nama pun masalah, tetapi yang penting bagi kita pada hari ini kementerian haruslah mengkaji dengan begitu mendalam bagaimana sekurang-kurangnya benda ini berlaku adil, sikit keadilan dalam mentadbir tanah ini.

Umpamanya kalau kita masukkan satu nama apabila berlakunya kematian seperti mana yang dikatakan, dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang berhormat tadi, maka masalahnya kepada anak-anak dan kita tahu bahawa undang-undang Islam hukum Faraid dan Islam telah menetapkan undang-undang tanah ini sejak daripada dulu lagi, yang penting bagi kita pada hari ini bagaimana untuk hendak memberi keadilan kepada pemilik tanah ini apabila penama ini telah meninggal dunia. Saya rasa kalau dua nama ini ada sedikit keadilan. Kalau tanah FELDA umpamanya ada 8 ekar, di Terengganu pun ada FELDA, di Kelantan pun ada FELDA semua negara ada FELDA, di Kedah pun ada FELFA. Kalau sekiranya tanah ini 10 ekar ataupun 8 ekar bila dibahagi dua, di dua namakan, dia sudah barang tentunya mempunyai keadilan. 8 ekar dibahagi dua, iaitu empat ekar, empat ekar.

Soal masa depan itu hendak jadi itu bukan soal kita. Kita hanya berusaha berdoa supaya tanah-tanah ini supaya dapat diwarisi dengan begitu sempurna. Kita ada juga ajaran Islam banyak khutbah-khutbah di masjid-masjid, Tok Guru mengajar di surau ada banyak, tanah ini kalau kita makan tidak kena gaya, jadi haram dia akan mengakibatkan kepada akhirat. Sebab itu pada hari ini saya hendaklah bahawa kementerian, saya tengok ada Setiausaha Parlimen hari ini ceria tengok bulan puasa ini, supaya dapat benar-benar menjadi tanah ini ditadbirkan dengan begitu baik khususnya kepada FELDA dan juga tanah persendirian. Yang kita mahu menjadikan tanah ini sebagai adil apabila si penama ini meninggal dunia.

Saya bersetuju juga dengan rakan-rakan kita tadi bahawa bila meneroka tanah ini sama-sama kita buat, sama-sama kita terokai, sama-sama kita bajai, sama-sama kita apa jua pun sama-sama. Tetapi apabila meninggal masalah yang berlaku. Inilah yang penting kementerian harus mengkaji perkara ini.

Keduanya mengenai dengan kerajaan juga. Kerajaan saya rasa amat prihatin kepada orang miskin maka wujud satu lagi skim PPRT. Tanah ini benar-benar digunakan oleh orang miskin, kerajaan telah pun memberi kemudahan ini kepada negeri-negeri di seluruh Malaysia ini dijadikan PPRT (Projek Penempatan Rakyat Termiskin). Apabila tanah ini kita tadbir dengan begitu sempurna, kita jadikan sumber rezeki kita, kita beri kepada orang-orang yang miskin maka tanah ini ditadbirkan dengan begitu baik.

Cuma pada hari ini PPRT ini dia masalah sikit, masalah cara untuk hendak mengagihkan tanah ini. Hasrat kerajaan memanglah benar, kerana kita tahu bahawa orang daripada pendapatan RM250.00 kalau tidak silap saya, kalau betul, kalau silap tegurlah. Jadi bermakna kata, kalau kita gunakan tanah-tanah ini dengan begitu baik, cuma proses untuk memilih PPRT ini saja yang berlaku, kadang-kadang ada kompelin, yang ada motosikal, kereta pun ada terdapat dalam PPRT. Ustaz Hassan Shukri itu hendak bangkit, saya tahu sudah. Tidak payah bangunlah.

Jadi bermakna pada hari ini kita tahu bahawa kerajaan telah cukup, sudah cukup memberi satu manfaat yang baik kepada tanah kerana hasil dari FELDA juga pada PPRT dia banyak menolong rakyat di Malaysia ini. Selain daripada itu juga, saya mintalah sekali lagi supaya pejabat-pejabat tanah ini dikemaskinikan dengan sistem yang terbaik kerana kita tahu bahawa di pejabat-pejabat daerah, di pejabat-pejabat tanah. Ada banyak juga terdapat menunggu lama proses untuk menukar milik dan berbagai lagi yang menyebabkan kadang-kadang tergendalanya agenda-agenda seterusnya.

Jadi dengan kata-kata itu, saya turut menyokong akta ini. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada lagi ya? Dijemput Yang Berhormat Dr. Robia.

12.43 tgh.

Page 39: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 33

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Robia binti Dato’ Kosai]: Terima kasih Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang telah bangun memberi cadangan yang baik dan komen dan sokongan penuh untuk meluluskan pindaan akta ini terutama daripada wakil Yang Berhormat daripada wanita dan saya nampak sokongan daripada Yang Berhormat kaum lelaki pun begitu bagus sekalilah, jadi saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana ini adalah merupakan satu perjuangan yang lama oleh pergerakan wanita UMNO yang sebenarnya yang telah dibawa dari dahulu lagi perjuangan ini untuk membela kaum wanita di Malaysia ini jadi perkara ini bukan terlambat. Ini memang perjuangan sudah lama sudah tinggal lagi masanya telah tibalah sebab sekarang pun kita sudah ada kementerian wanita dan sebagainya. Jadi untuk membawa pindaan-pindaan sebegini memakan waktu bukan setahun dua tahun tetapi kita kena minta pandangan daripada kementerian-kementerian yang lain yang bersangkut-paut dengan akta ini jadi saya rasa komen yang katakan ini adalah hasil daripada pembangkang itu tidak betul ya, ini adalah perjuangan pergerakan wanita UMNO. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Cuma Yang Berhormat saya hendak menjelaskan sedikit, kita orang lelaki semuanya ini baik-baik belaka dengan wanita kerana sebilangan kecil yang jadi masalah kita semua ini.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Ya, betul-betul. Ada sebilangan kecil yang meragam sedikit ini. Walau bagaimanapun pada hari ini saya nampak semua menyokong, alhamdulillah. Jadi untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, sebenarnya akta ini adalah untuk memberi nama kedua. Nama kedua itu adalah untuk nama isteri, bekas isteri ataupun waris kadim. Jadi ini menunjukkan bahawa selama ini dan telah terjadi pun penganiayaan terhadap isteri. Ada yang kes-kes - konteks FELDA ini kes-kes Tuan Yang di-Pertua cakap tadikan yang meragam ni. Bila harga sawit naik, dia banyak pandangan dia, banyak rancangan dia. Tubuh cawangan banyak. Bila tubuh cawangan banyak, jadi yang pertama ini dianiayai, kadang-kadang ada peneroka yang tinggal rancangan 10 tahun…

Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, cawangan itu apa yang dimaksudkan? [Ketawa] Cawangan UMNO kah, cawangan jenayah kah, cawangan apa? Terus terang saya katakan.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: [Ketawa] Minta maaflah, saya ingat cawangan Yang Berhormat sudah faham, jadi….

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Arzmi dia tidak berapa faham.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Karang cakap lain, nanti tersinggung pula jadi ‘cawangan’ itu ialah ada banyak isteri, lebih dari satu sehingga empat. Jadi ada yang peneroka yang tinggalkan rancangan - ini senario yang saya bangkitkan bagaimana akta ini minta dipindalah. Desakan daripada wanita terutama UMNO, jadi banyak wanita yang setelah 10 tahun suami hilang, alih-alih balik bawa isteri kedua dan ceraikan isteri pertama dan anak-anaknya. Jadi mana isteri pertama hendak pergi? Keadaan macam itulah, kadang-kadang digantung tidak bertali, diceraikan mengikut sesuka hati, jadi apabila cerai wanita itu hendak pergi ke mana tidak tahu bawa anak, sehelai pinggang, kadang-kadang jadi kesian nasib-nasib itu. Jadi inilah akta untuk membela kaum-kaum wanita ini. Walaupun telah diceraikan, wanita itu isterinya berhak untuk mohon harta sepencarian, berhak untuk menamakan dirinya dalam geran itu. Itu tujuan pindaan inilah.

Dan tujuan pindaan ini pun dalam akta GSA ini penempatan berkelompok ini tidak membenarkan pecah bahagian, tidak membenarkan sub-division dan berbagai-bagai lagilah. Tidak boleh dipajak, undivided share, partition dan sub-division, tidak boleh. Sebenarnya saya beri penerangan di sini satu pegangan desa itu merupakan atau rural holding terdiri daripada suku ekar tanah buat rumah. Dan 10 ekar ataupun 8 ekar kebun ataupun ladang, itu satu pegangan desa. Jadi satu pegangan desa ini kita tidak boleh pecah, jual ladang lepas itu - jual memang tidak boleh masuk dan tidak boleh diterima dan tidak boleh dijual pun sebenarnya pegangan desa ini. Jadi tidak bolehlah jual rumah kah ataupun jual kebun dia kah tidak boleh, dia satu rural holding itu adalah kedua-duanya

Page 40: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

34 DN 11.11.2002 sekali, jadi ini penerangan jadi apabila Yang Berhormat menyentuh tadikan, jadi itu adalah penerangan yang meliputi semua pertanyaan.

Yang Berhormat Dato’ Nor Azah Awin telah memberi sokongan kuat kepada pindaan ini dan syabas terima kasih banyak-banyak. Ini yang dibangkitkan adalah dalam meletakkan nama, tersalah pula ya, letak nama itu selepas itu bila fikir-fikir salah pula, tidak boleh terjadi macam itu. Sebenarnya kalau hendak masukkan nama kedua ini peneroka ini memberi nama-nama yang hendak dimasukkanlah, kalau boleh satu nama sahajalah. Dan ini dibawa ke pejabat tanah, prosesnya. Dia ada dua sebenarnya Yang Berhormat, satu adalah yang telah mendapat hak milik untuk FELDA ini, yang kedua adalah tanah yang belum mendapat hak milik. Yang belum dapat hak milik ini senang sahaja, kita beri arahan kepada peneroka untuk menamakan isteri dia yang mana dan bawa ke FELDA, FELDA teliti apakah nama itu isteri yang berusaha sama mengerjakan ladang? Jadi baru boleh bawa ke pejabat tanah, pejabat tanah akan bertanyalah FELDA ini, orang yang berkuat kuasa memberi pandangan adalah pihak rancangan FELDA. Dia akan me recommend kan nama inilah betul, nama ini yang berusaha sama. Jadi bawa ke Pejabat Tanah dan ini akan dibawa ke negeri dan kementerian akan memberi garis panduan bagaimana hendak isi borang-borang, itulah yang pentingnya. Jadi, masalah nama tersilap ini tidak timbullah. Jadi, nama itu memang betul yang mengusahakan bersama ladang itu. Jadi, masalah ini tidak timbul.

Yang kedua, subdivision, partition ini – akta ini sebenarnya diuruskan secara economies of scale, tanah-tanah yang dipegang oleh peneroka-peneroka telah dimasukkan dalam akta. Tanah-tanah ini tidak boleh di pecah bahagi. Itu dalam syarat GSA. Dalam syarat-syarat tiap-tiap geran itu memang ada di situ - tidak boleh pecah bahagi, tidak boleh pecah sempadan dan tidak boleh pajak, tidak boleh jual semua sekalilah melainkan atas persetujuan Exco kerajaan negeri. Exco bersetuju baru bolehlah. Jadi, saya harap ini Yang Berhormat Datuk faham sedikit ya.

Selepas itu perwarisan tanah. Pewarisan tanah ini, ada Yang Berhormat saya sekali harung masalah yang ditimbulkan tentang pewarisan ini. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Hassan Shukri pun telah memberi pandangan tentang kalau suami isteri mati dulu. Dia sebenarnya geran itu nama sahaja dua, kalau dulu nama satu peneroka punya nama, sekarang kita benarkan isteri, bekas isteri atau waris sekali. Bekas isteri itu maknanya masa masuk ladang itu syarat dia mesti peneroka itu sudah berkahwin. Dia mengusahakan ladang dengan suaminya selepas itu dia ceraikan. Jadi, isteri ini boleh menuntut nama dia dimasukkan dengan perintah mahkamah syariah menuntut harta sepencarian. Jadi, itulah yang dipinda oleh akta ini.

Jika waris katanya waris kalau suami isteri itu meninggal pada masa yang sama yang sedikit siapa dulu meninggal adalah faraid. Sebenarnya oleh kerana tidak boleh membuat pembahagian pusaka itu, pembahagian pusaka itu adalah ditadbirkan oleh pejabat tanah bahagian harta pusaka. Kalau harta pusaka kurang daripada RM600,000 harganya diuruskan oleh pejabat. Sekarang pun pejabat tanah telah membahagikan pusaka. Sebenarnya tanah FELDA ini tidak boleh macam tanah biasalah. Kalau waris nama dua berpecah macam ini tidak boleh. Yang boleh adalah antara waris-waris yang tinggal itu anak-anaknya yang tinggal akan melantik satu orang untuk mentadbir dipanggil pentadbir tanah itulah.

Jadi, ada kesepakatan antara adik-beradik ataupun waris-waris melantik seorang untuk mentadbir tanah itu. Jika pentadbir tanah ini hendak beli tanah itu jadi dia akan tengok berapa harga tanah itu dia bagi duit itu kepada waris-waris ini. Jadi, dalam masalah ini tidak ada timbul pecah bahagian berapa orang dapat seperempatkah apa, kalau seperlapan isteri bagaimana secara faraid itu apabila tanah itu dijuallah. Jadi, dia bagi macam itu.

Datuk Nor Azah binti Awin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Datuk Nor Azah minta laluan.

Datuk Nor Azah binti Awin: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Adakah si pentadbir itu dan si pemilik tanah itu yang sama atau bukan yang sama?

Page 41: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 35

Dr. Robia binti Dato’ Kosai: Pemilik tanah itu sudah meninggallah ini ceritanya. Peneroka itu sudah meninggal.

Datuk Nor Azah binti Awin: Ya, kalau pemegang bersama itu masih hidup lagi?

Dr. Robia binti Dato’ Kosai: Kalau nama kedua hidup lagi, jadi, kalau dia hendak bagi pusaka yang anak-anak akan bagi harta yang suaminyalah. Yang isterinya kalau meninggal nanti baru bagi yang itu.

Datuk Nor Azah binti Awin: Yang saya kurang faham ini adalah Yang Berhormat tadi mengatakan sekiranya si pentadbir itu ingin membeli tanah itu dari pemilik akan dibahagi-bahagikan wangnya mengikut faraid. Tetapi dalam masa yang sama dari segi pemilikan tanah tersebut ianya adalah tidak mengikut faraid. Jadi, dari segi satu konflik di mana satu isu dari segi pembahagian harta-harta kepada pewaris, adakah tindakan mahkamah sivil atau tindakan mahkamah syariah yang diguna pakai. Terima kasih.

Dr. Robia binti Dato’ Kosai: Jadi, pembahagian dia akan berbincang antara mereka untuk melantik seorang pentadbir tanah itu. Jadi, pentadbir tanah selalunya kalau pentadbir tanah ini emak dia, isteri dialah yang masih hidup. Jadi, dia usahakan ladang seterusnya dia tidak juallah, pokoknya dia tidak jual sebenarnya, dia tidak boleh jual. Jadi, yang pentadbir tanah ini kerja dia akan macam hasil-hasil daripada ladang itu duitnya akan dibahagilah, ikut dialah. Jadi, dia mesti ada persetujuan antara waris-waris ini, isteri dan adik beradikkah, anak-anak dialah, waris itu.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, jemput.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Jadi, kata meninggal seorang, kalau ikut penjelasan Yang Berhormat, tanah itu akan diurus akan ditadbir pertama sekali oleh yang tinggallah. Kalau suami meninggal bermakna isteri yang mengurus. Kalau isteri yang meninggal suami yang mengurus. Tetapi nama tadi penama dua – suami. Adakah maknanya akta ini membenarkan penama lain daripada anak-anak dia. Itu satu yang saya hendak mohon penjelasan.

Yang kedua, pengurus diurus ditadbir tanah ini siapa yang tadbir? Adakah si isteri yang hidup atau sekiranya isteri yang mati suami hidup adakah suami yang tadbir? Atau maknanya akta ini membenarkan orang lain sebagai penama tetapi dia sebagai – ada dualah satu dikatakan dalam Islam dia wasi sahaja. Dia tidak ada hak dia wasi. Saya ingat Majlis Fatwa ada keputusan bahawa dia mesti diurus oleh seorang wasi. Wasi ini maknanya tanah itu bukan milik dia, dia hanya menguruskan. Kalau tadi hasil-hasilnya dia urus sebagai pemegang wasiat kepada si mati, itu satu. Satu lagi mengikut yang lain adakah dilantik seorang pemegang amanah untuk mentadbir tanah itu dan kerana dia sebagai pemegang amanah nama dia dimasukkan sebagai penama dalam tanah itu. Itu kita mohon penjelasan dulu.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Dr. Robia binti Dato’ Kosai: Sebenarnya kita kasi tanah ini kepada peneroka. Jadi, dari peneroka ini keluarga dialah kita hendakkan meninggikan taraf hidup, ekonomi dia punya keluarga. Jadi, tidak ada masuk campurlah orang luar jadi wasi, tidak ada. Anak beranak itu yang mengurus. Kita hendak memajukan keluarga itu. Jadi, anak beranak itu yang jadi pentadbir dia, bukan pentadbir orang lain masuk sini mentadbir tanah tidak payah. Jadi, anak dia itu akan menjadi warislah yang akan mentadbir duduk di situkah, siapakah. Kalau suami meninggal - isteri, isteri meninggal - suami. Jadi, dia yang mentadbirkan.

Jadi, soalnya mentadbir itu bukan untuk hasil ladang semua sekali dibahagikan sama rata dengan waris-waris. Tetapi nama ikut dalam persetujuan keluarga. Kita pun meminda akta ini untuk memprotect melindungi keluarga itu. Sebab kadang-kadang apabila suami meninggal masa sekarang inilah yang nama satu sahaja, suami meninggal isteri sudah tidak boleh hendak kata apa sebab saudara mara dari mana alih-alih datang apabila orang ini meninggal datang claim dia punya hak. Jadi…

Page 42: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

36 DN 11.11.2002

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Robia, oleh kerana masa tidak mengizinkan, kita tahulah hendak bagi pusaka ini memang susah. Jadi, kita akan sambung selepas rehat ini.

Dr. Robia binti Dato’ Kosai: Insya-Allah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa Mesyuarat Agung CPA dan IPU akan diadakan di Dewan Taklimat pada jam 1.15 petang ini. Diharap dapat menghadirkan diri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Dewan ini hingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila sambung jawapan.

2.31 ptg.

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sambung semula tentang harta pusaka ini. Jadi harta pusaka ini kalau penama nombor satu meninggal (peneroka) jadi dibahagi harta itu mengikut faraid kalau bangsa yang beragama Islam. Kalau bukan yang beragama Islam, Akta Pembahagian Harta 1958. Jadi selepas itu yang penama kedua dapatlah harta dia. Jika yang kedua meninggal, pembahagian balik.

Jadi dalam hal ini, kita tidak melibatkan pecah sempadan, pecah tanah itu sehingga tanah itu menjadi tidak ekonomik. Jadi itu yang saya cakap tadi pentadbir tanah, anak sulung ataupun anak-anak daripadanya.

Dato' Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya inginkan penjelasan sedikit. Semasa pentadbir tanah itu menguruskan tanah, jadi apakah status tanah itu, tanah pusaka atau apa-apa tanah, apakah status restriction dengan izin terhadap tanah itu?

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tanah itu dalam konteks FELDA ini lain sedikit. Dalam konteks FELDA, tanah itu tanah peneroka, tidak ada status seperti Yang Berhormat katakan tadi, pentadbir tanah itu daripada anak-anak dia atau isteri dia yang jadi pentadbir tanah itu, bukan orang lain dalam konteks FELDA ini. Jadi statusnya pembahagian harta pusaka itu bukan maknanya kena pecah tanah itu, dalam konteks FELDA ini, ini spesifik untuk FELDA, lain kalau tanah tradisional atau perindustrian, lain lagi. Dia punya harta itu sahajalah, perumahan suku ekar dengan ladang dia ataupun kebun dia. Itu sahajalah yang akan dibahagikan.

Jadi dalam hal ini perwarisan itu tidak terhalang. Pewarisannya tertakluk kepada kalau orang Islam - hukum syariah, kalau orang bukan Islam mengikut Akta Pembahagian Harta ya. . Dalam harta pusaka ini, Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng ya, Yang Berhormat tidak ada - kalau tidak ada waris, isteri sudah meninggal, tidak ada anak atau sesiapa, masa dia hidup dia boleh membuat wasiat memasukkan nama sesiapa yang ada terhutang budi atau kawan dia boleh dibuat dalam hal ini. Dalam hal ini, the right of assignment buat wasiat ini. Kalau orang bukan Islam, dia boleh mengikut Seksyen 24 Borang C dia boleh terus menamakan penama itu, tetapi kalau orang Islam membuat wasiat bolehlah ikut hibah' .Jadi sepertiga. Masa dia hidup dia kena buat itu. Kalau dia sudah meninggal ikut cara faraid ya.

Datuk William Lau Kung Hui juga menyentuh tentang 18 kes….

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Page 43: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 37

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya juga mohon penjelasan, terima kasih. Tadi disebut fasal wasiat. Jadi biasanya wasiat ini kalau ikut syariah, kalau dia wasiatkan semua harta dia yang diluluskan oleh syarak hanya satu per tiga. Persoalan saya baki daripada tanah itu, baki daripada satu per tiga, siapa punya? Siapa yang akan mengambil alih sebab bila sudah diwasiatkan katalah sepuluh ekar maka walau apa pun keadaannya, kalau bawa ke Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah hanya boleh memutuskan satu per tiga sahaja daripada wasiat itu yang akan diberi hak milik kepada orang yang diwasiatkan. Baki tanah itu kepada siapa maknanya kita hendak berikan mengikut akta yang ada? Saya hendak namakan siapa?

Dr. Robia binti Dato' Kosai: Jadi seperti yang saya katakan tadi kalau orang Islam ikut hukum syariah kalau sepertiga ini, kalau tidak ada waris atau sesiapa pun, dia seorang tetapi kalau orang Melayu, sah kalau dia tidak ada waris mesti ada hujung-hujungnya. Jadi kalau wasiat sepertiga itu, yang lebih itu ikut syariah dia beri baitulmal, tetapi pengurusannya adalah dalam pentadbiran FELDA, macam itu. Nama itu boleh ikut Mahkamah Syariah ataupun unit pembahagian harta membahagikan kepada siapa. Itu bergantung kepada unit pembahagian harta itu nanti, pembicaraan. Saya harap jelas ya.

Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui telah mengemukakan 18 kes yang tiada persetujuan antara waris-waris, itu mesti kalau tidak selesai, waris tidak bersetuju, macam-macam masalahnya. Jadi kalau tidak selesai pun menurut Kanun Tanah Negara (KTN) boleh diambil alih oleh kerajaan tetapi dalam hal ini, dalam konteks FELDA kalau tidak selesai buat sementara, FELDA mengurus ladangnya. Jadi hasilnya nanti itu akan disimpan sehingga pada penghabisannya ada penggantinya yang dinamakan, duit itu akan diberi kepada dia. Jadi dalam hal FELDA pengurusan perladangan semua diuruskan oleh FELDA kalau tidak ada orang yang mengendalikannya.

Yang Berhormat Dato' Chin Fook Weng juga menanyakan apa rasionalnya, dua orang penama. Seperti yang saya katakan tadi dua orang penama itu adalah untuk melindungi hak isteri. Jadi nama itu kalau boleh nama isteri yang berusaha sama, takrif isteri yang saya bacakan tadi atau pewaris kadim. Jadi dalam hal ini nama sahaja tetapi pecah bahagian atau menjadi portion yang kecil-kecil tidak berlaku kerana ada sekatan-sekatan GSA dalam geran itu dan kita pun tidak mahu tanah-tanah atau ladang-ladang itu menjadi kecil dan tidak ekonomik, kerana pada dasarnya kita hendakkan satu ladang atau kepunyaan peneroka ini yang boleh menghasilkan daripada ladang itu supaya economic scale. Jadi rasionalnya yang saya jelaskan tadi.

Kemudian Yang Berhormat Puan Jamilah - tidak ada, menanyakan harga sawit. Harga sawit ditentukan mengikut pasaran semasa dan kualiti buah tandan segar (BTS) dan BTS yang dibawa ke kilang akan digredkan untuk menentukan kadar perahan minyak. Penggredan BTS ini adalah mengikut kaedah yang ditetapkan oleh MPOP. Lepas itu dakwaan bahawa ada pegawai FELDA yang rasuah atau penyelewengan FELDA, itu adalah satu tuduhan yang begitu berat iaitu tuduhan rasuah. Saya rasa kalau Yang Berhormat ada bukti-bukti, bolehlah buat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah supaya membawa perkara ini ke tengah. Jangan sahaja dakwa sedap cakap bahawa ada rasuah, ada penyelewengan dalam FELDA. Kalau ada bukti, sila kemukakan, kita akan ambil tindakan ya.

Yang Berhormat Puan Safinah telah mengutarakan bahawa sejauh mana peneroka dibantu untuk dapat geran. Sebenarnya saya ingin menyatakan di sini, bilangan peneroka setakat ini adalah 103,156 orang. Yang telah selesai hutang adalah 65,936 orang, belum selesai hutang adalah 37,222 orang dan yang telah menerima hak milik setakat ini adalah 60,391 orang daripada jumlah yang telah selesai hutang. Maknanya 91.6% telah menerima hak milik tetapi yang selesai bayar hutang tetapi belum terima hak milik adalah 5,545 orang.

Yang Berhormat Puan Safinah juga telah menyatakan bahawa geran-geran palsu di negara ini, ada penipuan berlaku di FELDA Jenderam Satu. Surat hak milik dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengikut Kanun Tanah Negara. Peneroka yang telah selesai bayaran kos pembangunan, FELDA akan mengemukakan permohonan hak milik kepada Pejabat Tanah Daerah. Sehingga kini tidak ada aduan yang diterima oleh kementerian, mendakwa geran yang dikeluarkan adalah palsu.

Page 44: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

38 DN 11.11.2002

Yang lagi satu, cara mana hendak dapatkan hak milik ini, yang dikatakan lambat itu, sebenarnya bagi pihak FELDA ini, kalau dalam satu peringkat 80% peneroka sudah selesai bayaran kembali tetapi 20% belum lagi, dua tahun sebelum itu kita sudah membuat permohonan di pejabat daerah untuk pemprosesan hak milik ini dan setelah itu, pejabat tanah akan mengeluarkan arahan untuk ukur yang memakan waktu dua tahun.

Selepas ukur, baru qualified ukur, barulah diselesaikan pemprosesan itu. Selepas itu barulah proses ini dikemukakan kepada pejabat negeri untuk diluluskan. Pejabat negeri yang akan memberi geran tanah ini. Jadi, dalam hal ini, FELDA membantu memproses permohonan hak milik ini. FELDA mendahulukan duitnya untuk bayaran CAC, bayaran ukur, semua FELDA bayar dahulu untuk mempercepatkan proses hak milik ini.

Yang Berhormat Puan Safinah pun telah mengatakan bahawa peneroka terikat dengan FELDA. Sebenarnya tentang tanam semula ini, apabila tanam semula terjadi, kita minta semua peneroka yang ingin mengikuti tanam semula dengan FELDA, sign satu surat perjanjian. Kalau ada surat perjanjian ini, bukan maknanya terikat sebenarnya. Jika ada kesilapan ataupun ada yang kita mahu reject, kita balik kepada surat perjanjian tadi. Tanam semula sebenarnya di FELDA, kita beri kebebasan. Siapa hendak tanam semula dengan FELDA, boleh, siapa hendak tanam semula sendiri pun boleh. Setakat ini ada 5,000 orang sahaja yang tanam semula sendiri. Yang selebihnya adalah dengan FELDA. Jadi, saya bacalah ini.

Peneroka, apabila tanam semula akan diminta menandatangani surat perjanjian tanam semula. Tanam semula bukan paksaan bagi peneroka untuk mengikuti program tanam semula FELDA. Ini juga bukan taktik untuk FELDA mengaut keuntungan bagi anak syarikat. FELDA memberi perkhidmatan terus menerus kepada peneroka supaya kehidupan peneroka dan keluarga terjamin.

Anak syarikat FELDA ditubuhkan sebagai aktiviti hiliran dan dapat memberi perkhidmatan terbaik serta mengelakkan orang tengah. Anak syarikat ini pula, pegangan ekuitinya turut dimiliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan FELDA. Jika anak syarikat untung, peneroka juga mendapat faedah melalui bayaran dividen. Jadi, bukanlah kita hendak peneroka-peneroka ini terikat dengan FELDA dan pelaburan daripada anak-anak syarikat, keuntungannya diberi balik kepada peneroka-peneroka.

Yang Berhormat Safinah juga mengutarakan bahawa tiada perancangan bagi generasi kedua. Sebenarnya bagi generasi kedua ini, macam-macam rancangan kita buat. Bukan kedua sahaja, sekarang sudah ketiga. Perhatian kursus bagi FELDA adalah untuk memberi pendidikan secukupnya. Ilmu itu adalah penting. Jadi, kita hendak memberi ilmu kepada semua generasi FELDA akan datang.

Dalam bidang pendidikan dan kemahiran, FELDA mempunyai empat buah asrama untuk menempatkan anak peneroka mendapat pendidikan daripada tingkatan satu ke tingkatan lima, itu adalah Asrama Semai Bakti iaitu di Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Johor Bahru dan Trolak dan mendidik seramai 786 orang. Peruntukan setahun untuk Asrama Semai Bakti sahaja ialah RM5 juta.

Selepas itu, untuk kemahiran pula, kita ada Pusat Latihan Trolak yang mengajar lapan jenis kemahiran termasuk multimedia komputer, baik pulih komputer, pendawaian elektrik, teknologi automatif, membaiki motosikal, mengetuk dan mengecat kereta, jahitan pun ada. Kita telah melatih seramai 1,382 orang dan ini pun memakan belanja sebanyak RM5 juta juga kerana kita beri free untuk anak-anak peneroka ini. Institusi Teknologi Utama, jenis kursusnya adalah multimedia seramai 59 orang setakat ini dan banyak juga anak yang pergi ke IPTA dan IPTS atas biasiswa daripada Yayasan Peneroka Negara.

Jadi, selain daripada itu, kita pun ada untuk perumahan. Yang Berhormat Puan Safinah tanya tadi adalah tentang perumahan dan Yang Berhormat K. R. A Naidu pun telah menanyakan juga tentang perumahan. Jadi, ini adalah satu social obligation kerajaan terhadap peneroka-peneroka dan anak-anak mereka. Jumlah anak peneroka generasi kedua FELDA di seluruh negara adalah seramai 515,700 orang. Daripada jumlah tersebut, 54,000 anak peneroka berumur 16 hingga 40 tahun tinggal bersama ibu bapa di rancangan dan berhampiran tanah rancangan.

Page 45: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 39

Berikutan itu, FELDA merancang mengadakan Skim Perumahan Kos Rendah dan Kos Sederhana bagi generasi kedua di seluruh negara. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, mulai pada 2002, bilangan unit rumah yang dirancang dibina adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan Unit Rumah

2002 1,242

2003 1,090

2004 1,268

Jadi, kita hendak buat sebanyak 3,600 unit rumah kos rendah dan kos sederhana dan insya-Allah, kita telah mengenal pasti 10 rancangan untuk anak-anak peneroka yang memerlukan rumah kediaman ini iaitu di Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan Melaka.

Di Johor, di Pasak dan Cempelak. Pahang, Bukit Gong, Dermaga Dua, Keratong Tiga, Lurah Bilut dan Sungai Tekam. Kedah di Laka Selatan. Perlis di Cuping. Melaka di Bukit Sengih. Jadi, jumlahnya 2,033 unit peneroka. Bagi projek ini, FELDA membiayai daripada sumber dalaman FELDA dan sebanyak RM30 juta. FELDA Properties Sdn. Bhd. dan anak syarikatnya FELDA Engineering akan menguruskan pembinaan dan penjualan rumah tersebut. Itu adalah perancangan FELDA. Jangan kata FELDA ini tidak ada perancangan, tidak ada apa, ya. Memang untuk generasi kedua, macam-macam kita adakan.

Saya rasa, itu sahaja yang dapat saya jelaskan. Jika ada perkara yang tidak dapat dijelaskan sekarang, boleh tidak saya akan jawab secara bertulis dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan yang bermanfaat untuk FELDA, Insya-Allah dan saya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pindaan akta ini. Sekian, itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN PILIHAN RAYA

(PINDAAN) 2002

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

2.55 ptg.

Page 46: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

40 DN 11.11.2002

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 (Akta 5) pada asasnya digubal untuk mencegah kesalahan-kesalahan pilihan raya dan perbuatan-perbuatan rasuah serta perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang pilihan raya. Ianya meliputi segala bentuk kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu, calon, ejen dan pegawai-pegawai yang mengendalikan pilihan raya serta hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Di samping itu, akta ini juga memperuntukkan pelantikan ejen pilihan raya, tanggungjawab ejen-ejen tersebut, pengawalan perbelanjaan pilihan raya dan urusan petisyen pilihan raya.

Akta ini telah berkuat kuasa hampir 47 tahun. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan terbaru daripada pilihan raya yang lepas, adalah wajar akta ini dikaji semula bagi memenuhi kehendak politik dan cita rasa pengundi semasa. Pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah menyeluruh dan menyebabkan semua bahagian dalam akta ini. Tujuan utama pindaan ini dibuat ialah untuk mengemaskinikan undang-undang ini selaras dengan keadaan politik pada masa ini. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang timbul semasa Pilihan Raya Kecil P11 Pendang dan N15 Anak Bukit Kedah hanya akan diambil kira sebagai dalam pindaan-pindaan baru kepada akta yang sama yang akan dikemukakan di Dewan ini kemudian kelak.

Dalam pindaan ini, subseksyen 2(1) Bahagian I telah dimasukkan dua takrif baru iaitu pegawai pengurus dan tempoh berkempen bagi tujuan untuk mengemaskinikan lagi takrif dan penggunaannya dalam akta ini. Takrif ‘tempoh kempen’ dimasukkan bagi menentukan tempoh masa seseorang calon atau ejen pilihan raya boleh berkempen, perkara ini tidak diterangkan dalam akta yang sedia ada. Walau bagaimanapun, takrif tempoh kempen dicadangkan, diberi takrif semula melalui pindaan yang akan dibuat di peringkat Jawatankuasa nanti.

Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 3(1) dipinda dengan memasukkan bahawa menghalang seseorang mengundi atau mengundi lebih daripada satu tempat mengundi atau bahagian pilihan raya adalah menjadi satu kesalahan dan hukuman ke atasnya dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000 dan apa-apa kebolehannya bermula daripada tarikh sabitan. Seksyen 4 dipinda dengan menaikkan kadar denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pilihan raya daripada RM2,000 kepada RM5,000.

Tujuan pindaan ini ialah untuk memberi ingatan kepada pegawai-pegawai SPR bahawa menjalankan pilihan raya adalah satu tugas yang berat dan kenaikan denda kerana keengganan mematuhi seksyen 4 ini mencerminkan betapa seriusnya kesalahan tersebut jika dilakukan. Sementara itu, seksyen 4A yang baru dicadangkan dimasukkan bagi menetapkan bahawa perbuatan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan yang dilakukan sebelum, semasa atau selepas pilihan raya secara langsung atau secara tidak langsung adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan akta ini. Jika seseorang itu didapati bersalah, ia boleh dilucutkan taraf pendaftarannya dan dilarang mengundi atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya bagi tempoh selama lima tahun.

Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 5(7) dicadangkan digubal semula untuk menaikkan tempoh penjara daripada enam bulan kepada satu tahun dan denda RM500 kepada RM3,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain yang gagal memelihara kerahsiaan pilihan raya. Pindaan ini perlu bagi menyedarkan mereka bahawa ketidakpatuhan ke atas seksyen ini adalah dipandang berat oleh semua pihak.

Pindaan juga dicadangkan ke atas seksyen 7, 8, 9 dan 10 di Bahagian III bagi menyatakan secara spesifik perbuatan-perbuatan seperti menyamar, menyamun, pengaruh tidak wajar dan sogokan dianggap sebagai suatu kesalahan jika dilakukan sebelum, semasa atau selepas pilihan raya diadakan.

Page 47: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 41

Sehubungan dengan itu, pindaan juga dicadangkan ke atas Seksyen 2 untuk menambah hukuman penjara dari 12 bulan kepada tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda dinaikkan dari RM250.00 kepada tidak kurang daripada RM1,000.00 tetapi tidak melebihi RM5,000.00 bagi kesalahan di bawah seksyen ini.

Bagi memudahkan pegawai pilihan raya berhubung dengan calon yang bertindak sebagai ejen pilihan raya dalam apa jua urusan pilihan raya dicadangkan subseksyen 12(6A) dipinda yang mewajibkan calon tersebut menggunakan halaman surat menyurat seperti yang terdapat di dalam kertas penamaan sebagai alamat pejabat ejen pilihan raya.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini subseksyen 14(1) mewajibkan ejen pilihan raya mengemukakan kepada ketua tempat mengundi senarai ejen-ejen tempat mengundi dan senarai ejen-ejen pengiraan undi dan ejen-ejen pengiraan undi pos sebelum pengundian bermula. Adalah diperhatikan bahawa peruntukan ini telah menimbulkan banyak masalah kepada ejen calon untuk berbuat demikian disebabkan penarikan diri ejen-ejen tempat mengundi, mengira undi pada saat-saat akhir dan senarai baru ejen-ejen tidak dapat diserahkan sebelum pengundian bermula.

Bila perkara ini berlaku ejen-ejen yang datang ke tempat mengundi selepas pengundian bermula telah tidak dibenarkan masuk dan pengundian dijalankan tanpa disaksikan oleh ejen calon. Ini kerap menimbulkan tohmahan di kalangan calon-calon yang bertanding. Untuk menghapuskan masalah ini adalah dicadangkan subseksyen 14(1) digubal semula dengan memansuhkan peruntukan yang mewajibkan ejen calon berbuat demikian. Dengan pemansuhan ini ejen calon boleh mengemukakan senarai nama ejen-ejen tempat mengundi atau ejen mengira undi pada bila-bila masa pengundian dijalankan.

Sehubungan dengan itu, dicadangkan juga subseksyen 14(1A) dimasukkan bagi menetapkan tempoh minimum selama dua jam setiap ejen tempat mengundi atau ejen mengira undi perlu berada di tempat mengundi pada satu-satu masa. Ini adalah untuk mengelakkan ejen kerap bertukar-tukar yang mengganggu konsentrasi ketua tempat mengundi.

Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 15A yang sedia ada di dalam nota baru tidak dinyatakan tempoh larangan mengenai belanja-belanja tertentu itu boleh dilakukan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa parti politik dan pihak perseorangan telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti menganjurkan untuk mengadakan perjumpaan awam atau hiburan tempat pertunjukan awam atau mencetak mengeluarkan iklan-iklan, pekeliling, terbitan-terbitan dan lain-lain secara meluas sebelum bermulanya tempoh kempen dan sesudah pilihan raya diadakan.

Untuk menyekat perkara ini berulang lagi, nota baru Seksyen 15A dicadangkan dipinda dengan menambahkan perkataan “semasa tempoh berkempen.” Berikutan dengan itu saya mencadangkan juga perenggan 15A(1)(a) dipinda bagi memperluaskan lagi skop larangan ke atas aktiviti semasa tempoh berkempen.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini had kadar perbelanjaan pilihan raya bagi seseorang calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat adalah RM50,000 dan perbelanjaan pilihan raya bagi seorang calon yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri adalah RM30,000 Memandangkan had kadar perbelanjaan pilihan raya adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan keadaan ekonomi pada masa ini adalah dicadangkan subseksyen 9(1) dipinda dengan menaikkan kadar belanja pilihan raya dari RM50,000 kepada RM200,000 bagi calon yang bertanding untuk pilihan raya Dewan Rakyat dan dari RM30,000 ke RM100,000 bagi calon yang bertanding di dalam Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 23 yang sedia ada mewajibkan ejen pilihan raya mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada pegawai pilihan raya negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Dalam hal ini, calon yang bertanding tidak dikenakan tanggungjawab tersebut. Setelah mengendalikan beberapa pilihan raya SPR mendapati bahawa kerap terdapat ejen pilihan raya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan. Implikasi kegagalan ini bukan sahaja ditanggung oleh ejen pilihan raya tetapi juga oleh calon dan tidak akan dibenarkan

Page 48: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

42 DN 11.11.2002 bertanding semula dalam pilihan raya berikutnya. Untuk itu dicadangkan Seksyen 23 dipinda dengan meletakkan tanggungjawab bersama untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya ke atas calon dan ejen.

Sejajar dengan cadangan ini adalah dicadangkan juga subseksyen 23(3) dipinda untuk menaikkan penalti dari RM500.00 kepada RM1,000.00 bagi seseorang calon yang gagal mengemukakan penyata perbelanjaan dan gagal mendapat apa-apa kemaafan daripada mahkamah. Penal ini perlu supaya setiap calon yang bertanding termasuk calon bebas sama ada menang atau kalah akan lebih mengambil berat tentang tanggungjawab mereka untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dan sedar akan implikasinya jika tidak berbuat demikian. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan subseksyen 24(2) dipinda melibatkan kenaikan kadar bayaran untuk mendapatkan salinan cabutan penyata perbelanjaan calon dari RM2.00 kepada RM10.00. Kadar ini selaras dengan kadar semasa dan kadar yang ada dalam undang-undang lain yang mempunyai peruntukan yang sama seperti yang terdapat dalam kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan semasa pilihan raya kecil diadakan terdapat aktiviti diayah politik diadakan pada hari penamaan calon. Memandangkan undang-undang pilihan raya yang sedia ada tidak memperuntukkan batasan diayah politik semasa hari penamaan calon maka pelbagai diayah politik telah dilakukan secara berleluasa oleh penyokong-penyokong calon pada hari tersebut. Perarakan secara besar-besaran oleh penyokong calon yang menggunakan kenderaan dan alat-alat pembesar suara telah banyak mengganggu ketenteraman awam pada hari tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan Seksyen baru 24A dimasukkan bagi menetapkan batasan diayah politik pada hari penamaan calon.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 yang sedia ada tidak menyentuh tentang kebenaran untuk berkempen semasa tempoh berkempen bagi calon yang bertanding. Oleh yang demikian, Seksyen 24B yang baru dicadangkan di masukkan bagi membenarkan seseorang calon atau ejen pilihan raya berkempen semasa tempoh berkempen sahaja. Seksyen ini juga menggariskan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa tempoh berkempen. Perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh calon atau ejen ialah menubuhkan pejabat, mengadakan perjumpaan awam terbuka, pertunjukan atau hiburan awam terbuka, ucapan atau syarahan awam terbuka dengan syarat calon perlu mendapatkan permit daripada pihak polis terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 24B baru ini juga memberi kebenaran kepada calon atau ejen untuk memapar, mengedar bahan kempen seperti risalah, brosur, panji-panji bendera, sepanduk, poster, pelekat papan iklan dan lain-lain semasa tempoh berkempen dengan syarat satu permit diperolehi dahulu daripada pegawai pilihan raya negeri dan dengan membayar deposit sejumlah RM10,000 bagi calon yang bertanding untuk kerusi Dewan Rakyat dan RM5,000 untuk calon yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.

Walau bagaimanapun, amaun ini dicadangkan akan dikurangkan kepada RM5,000 untuk calon yang bertanding kerusi Dewan Rakyat dan RM3,000 bagi calon yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Bahan-bahan ini walau bagaimanapun tidak boleh ditampal atau dilekatkan dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 24B yang baru ini juga dicadangkan seseorang calon perlu membersihkan kawasan tempat mereka bertanding dalam masa 14 hari selepas hari mengundi dan jika ia gagal berbuat demikian deposit akan dilucut hak dan kerja-kerja pembersihan akan diambil oleh pihak pejabat pilihan raya negeri dengan kos pembersihan diperolehi daripada deposit yang dilucut hak. Walau bagaimanapun, jika kos pembersihan melebihi dari jumlah wang deposit maka perbezaan kos tersebut akan dikenakan kepada calon. Wang berkenaan akan dibayar kepada Kerajaan Persekutuan. Seseorang calon yang melanggar peruntukan ini dicadangkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Di samping itu, seseorang yang melanggar kesalahan di bawah seksyen ini boleh ditangkap mengikut Kanun Acara Jenayah.

Page 49: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 43

Tuan Yang di-Pertua, SPR telah banyak menerima rungutan daripada pekerja-pekerja terutamanya pihak swasta yang menyatakan pihaknya tidak diberi kebenaran oleh majikan keluar untuk mengundi. Ini adalah satu kesalahan yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu adalah dicadangkan Seksyen 25 dipinda dengan menaikkan kadar denda dari RM500.00 kepada RM5,000 dan hukuman penjara dari enam bulan ke satu tahun ke atas majikan yang enggan memberi masa yang munasabah kepada pekerja-pekerja mengundi pada hari mengundi. Di samping itu, dicadangkan juga subseksyen baru 25(6) dimasukkan untuk memberi takrif majikan yang membawa maksud seperti yang terdapat di dalam Akta Kerja 1955, Akta 22/65 dan pindaan ini perlu bagi menjaga hak seseorang pekerja itu.

Bagi maksud mewujudkan satu keadaan yang benar-benar tenang dan aman pada hari mengundi dan bagi memastikan pengundi-pengundi dapat bergerak dengan bebas untuk pergi mengundi tanpa perasaan takut kerana dicadangkan seksyen 26 dipinda untuk memasukkan perbuatan atau kegiatan yang dilarang dilakukan oleh seseorang pada hari mengundi. Antara kegiatan yang dilarang ialah mengadakan perjumpaan, perhimpunan, syarahan, membekalkan alat-alat muzik atau pembesar suara, menggunakan rumah kediaman, rumah kedai sebagai pejabat, merayu undi, menyemak nama-nama pemilih, menunggu di luar tempat mengundi dan lain-lain lagi.

Selaras dengan larangan-larangan ke atas calon untuk mendirikan pejabat atau barung di tempat-tempat mengundi, adalah dicadangkan seksyen 26A baru dimasukkan bagi menggantikan seksyen 26A yang sedia ada. Subseksyen baru ini mewajibkan SPR membuka barung-barung di tempat mengundi bagi maksud membantu pengundi-pengundi menentukan nombor-nombor siri mereka dalam daftar pemilih dan menukar saluran tempat mengundi bagi menggantikan barung-barung yang didirikan oleh calon.

Di samping itu ejen-ejen pilihan raya dibenarkan melantik tidak lebih daripada empat orang yang bertindak sebagai pemerhati barung-barung ini sepanjang pengundian dijalankan. Pemerhati-pemerhati ini dikehendaki berada di tempat itu sekurang-kurangnya selama dua jam sebelum penggantinya dibenarkan masuk. Cadangan-cadangan ini juga bertujuan supaya satu suasana yang betul-betul tenang dapat diwujudkan di luar tempat mengundi pada hari pengundian.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan tiada sebarang bentuk kempen dilakukan pada hari mengundi, adalah dicadangkan seksyen 26B yang membenarkan calon melantik perayu-perayu undi dibatalkan. Cadangan ini adalah selaras dengan cadangan membatalkan seksyen 26A yang sedia ada, yang memberi kebenaran calon mendirikan barung pada hari mengundi. Selaras dengan pindaan-pindaan di atas, adalah dicadangkan seksyen 27 juga dipinda, dengan menaikkan kadar denda dari RM500 kepada RM5,000 ke atas seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 31 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang sedia ada, tidak menyatakan tempoh dan kepada siapa keputusan pemilihan seseorang calon itu terbatal perlu disampaikan oleh Mahkamah Sesyen. Untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas, adalah dicadangkan subseksyen 31(2) dimasukkan dan peruntukan pemilihan seseorang calon itu dalam mana-mana pilihan raya akan terbatal atas sabitan apa-apa perbuatan rasuah atau perkara-perkara yang menyalahi undang-undang pilihan raya oleh Mahkamah Sesyen. Pindaan ini mencadangkan bahawa keputusan itu hendaklah disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh itu disabitkan kesalahan oleh mahkamah berkenaan.

Dengan ini, perlu supaya SPR atau pihak berkuasa negeri dapat mengambil tindakan selanjutnya. Pindaan ke atas seksyen 36A, 36B, dan 36C serta 36D dicadangkan dengan memasukkan perkataan “sahaja” selepas perkataan-perkataan alasan yang berikut:

• memotong perkataan “atau salah laku lain atau hal keadaan lain sama ada serupa dengan disenaraikan sebelum ini atau tidak”;

• memasukkan selepas perkataan-perkataan “Berhubung” dengan perkataan “penjalanan” dan

Page 50: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

44 DN 11.11.2002

• dalam teks bahasa kebangsaan, dalam perenggan C dengan menggantikan perkataan “persetujuannya” dengan perkataan “persetujuan calon itu”.

Pindaan-pindaan ini perlu bagi mengehadkan pempetisyen supaya tidak menyebut perkara-perkara yang berbangkit dari daftar pemilih sebagai petisyen-petisyen pilihan raya kerana daftar tersebut dibuat di bawah undang-undang yang lain dan tidak wajar dijadikan alasan petisyen.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Bahagian 7 Petisyen-petisyen Pilihan Raya, beberapa pindaan dicadangkan ke atas peruntukan-peruntukan berikut, bertujuan untuk mengemaskinikan lagi urusan perbicaraan dan rayuan setiap petisyen pilihan raya. Saya mencadangkan seksyen baru 35A dimasukkan untuk memberi tempoh masa kepada pihak mahkamah menyelesaikan perbicaraan setiap petisyen dalam tempoh enam bulan dari petisyen itu dikemukakan. Penetapan tempoh ini perlu untuk mengelakkan perbicaraan ke atas kes petisyen berlarutan, yang akan menjejaskan kedudukan Wakil Rakyat yang dipilih selagi kes petisyen tidak selesai. Di samping itu tempoh khidmat seseorang Wakil Rakyat adalah hanya lima tahun tetapi tempoh yang benar-benar diperlukan ialah tiga tahun yang pertama, dan keputusan lewat dari pihak mahkamah tidak memberi apa-apa makna lagi kepada Wakil Rakyat yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, ketika ini seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Hakim Besar atau hakim pilihan raya berhubung dengan petisyen tersebut adalah muktamad. Ini bermakna mana-mana pihak tidak boleh mempertikaikan lagi keputusan tersebut atau membawanya dalam bentuk rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Saya mencadangkan seksyen ini dipinda, dengan memberi tanggungjawab kepada hakim pilihan raya, supaya mengemukakan dalam tempoh 14 hari selepas keputusannya diperolehi kepada SPR atau pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa negeri.

Dengan pindaan ini bermakna keputusan hakim pilihan raya berhubung dengan petisyen pilihan raya adalah tidak muktamad dan boleh dirayu. Untuk membolehkan rayuan dibuat ke atas keputusan hakim pilihan raya kepada Mahkamah Persekutuan, seksyen-seksyen 36A, 36B dan 36C dicadangkan dimasukkan selepas pindaan ke atas seksyen 35.

Seksyen baru 36A memperuntukkan rayuan boleh dibuat ke atas keputusan hakim pilihan raya kepada Mahkamah Persekutuan. Setiap rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari ke Mahkamah Persekutuan, mengikut kaedah-kaedah yang terpakai bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, mengemukakan perakuan mengenai keputusan itu kepada SPR, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa negeri, mengikut mana-mana berkenaan.

Seksyen baru 36B mencadangkan setiap rayuan hendaklah didengar dan diputuskan dalam tempoh enam bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.

Di bawah seksyen baru 36C, keputusan-keputusan hakim Mahkamah Persekutuan adalah muktamad. SPR, setelah menerima keputusan hakim pilihan raya atau Mahkamah Persekutuan, dalam tempoh 30 hari, perlu memberi notis pilihan raya dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan perakuan itu diberi. Pindaan yang dicadangkan ini memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim mahkamah pilihan raya, membuat rayuan dan sekali gus akan mendapat satu keputusan yang seragam bagi kes-kes petisyen yang membangkitkan isu-isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan pindaan ke atas subseksyen 37(2) bagi memberi peruntukan undang-undang kepada orang yang bukan merupakan pihak di dalam satu-satu petisyen pilihan raya, dan juga bukan merupakan calon, akan hak untuk diwakili oleh peguamnya supaya hak mereka dilindungi semasa memberi keterangan dalam mahkamah. Buat masa ini seksyen 37 tidak memberi perlindungan tersebut kepada mereka. Adalah diharapkan dengan pindaan ini lebih ramai lagi mereka yang bersedia memberi keterangan dalam mahkamah dalam kes-kes petisyen pilihan raya. Pindaan-

Page 51: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 45

pindaan lain ke atas seksyen ini adalah pindaan-pindaan berbangkit hasil dari kemasukan seksyen-seksyen baru 36A, 36B dan juga 36C.

Bagi menghapuskan apa-apa kekeliruan berhubung dengan tatacara dan amalan mengenai sesuatu petisyen pilihan raya seperti apa-apa lakuna dalam Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954, maka saya mencadangkan seksyen 42(1) dan 42(2) dipinda untuk memperuntukkan bahawa dalam keadaan sedemikian maka kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 hendaklah terpakai.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada cadangan pindaan ke atas Jadual Pertama. Pindaan yang dicadangkan melibatkan pindaan ke atas Borang A, iaitu borang sumpah kerahsiaan yang wajib disempurnakan oleh setiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang yang dibenarkan hadir dalam urusan pilihan raya, selepas mengangkat sumpah memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya. Memandangkan terdapat beberapa kesulitan bagi calon dan ejen untuk menandatangani borang ini di hadapan majistret maka dicadangkan hanya pengerusi atau ahli-ahli SPR, Setiausaha SPR, Pegawai Pilihan Raya Negeri atau pegawai yang hak sahaja diberi kuasa untuk menyaksikan tanda tangan ke atas borang itu. Adalah diharapkan pindaan ini akan dapat menyelesaikan masalah, terutamanya ejen-ejen pilihan raya untuk mendapatkan majistret, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, sebagai saksi.

Saya mencadangkan Borang B, iaitu penyata berkenaan dengan belanja pilihan raya dipinda, dengan memasukkan peruntukan calon-calon yang bertindak sendiri sebagai ejen pilihan raya juga bertanggungjawab menguruskan penyata perbelanjaan pilihan raya.

Adalah dicadangkan juga Borang E dibatalkan selaras dengan pembatalan Seksyen 26B iaitu mengenai pelantikan perayu undi. Dengan pindaan-pindaan dan pembatalan borang-borang ini akan memudahkan lagi pihak-pihak berkenaan berurusan mengenai pilihan raya dan juga dapat mengurangkan penggunaan borang-borang dalam urusan pilihan raya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan pindaan ke atas Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 dibuat bertujuan memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi prosedur-prosedur mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Pilihan Raya. Antara pindaan besar yang dicadangkan ialah memperluaskan takrif Pendaftar yang merangkumi juga Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi iaitu selaras dengan keadaan sebenar di mahkamah.

Saya juga mencadangkan Kaedah 9 dipinda supaya pempetisyen mengemukakan secara bertulis kepada Pejabat Pendaftar, nama seorang peguam bela dengan alamat lengkapnya atau peguam tersebut supaya memudahkan maklumat berhubung dengan petisyen yang disampaikan. Setelah diteliti dicadangkan Kaedah-kaedah 10 dan 11 yang memerlukan pempetisyen dan responden memberi nama dan alamat seseorang peguam bela di Pejabat Pendaftar Mahkamah dibatalkan.

Adalah difikirkan peruntukan ini membebankan pempetisyen. Adalah juga dicadangkan kaedah 12 dipinda untuk menaikkan kadar sekuriti dari RM2,000 ke RM10,000 kerana kadar yang sedia ada dianggap terlalu rendah berbanding dengan kos sesuatu kes petisyen pilihan raya pada hari ini. Memandangkan kes petisyen pilihan raya adalah kes yang memerlukan pengamatan dan penelitian yang serius, maka adalah wajar kadar ini dinaikkan. Sehubungan dengan itu, seseorang pempetisyen tidak lagi sesuka hati mengemukakan kesnya tanpa merujuk kepada amaun sekuriti yang ditetapkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kaedah 15 memperuntukkan sesuatu notis atau petisyen disampaikan kepada peguam bela yang dilantik oleh pempetisyen. Kaedah ini telah banyak menimbulkan masalah di mana responden itu sendiri tidak menerima notis tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan Kaedah 15 digubal semula untuk membolehkan sesuatu notis atau petisyen itu disampaikan kepada diri responden sendiri dalam tempoh 15 hari selepas petisyen itu dikemukakan dan diikuti dengan dua cara penyampaian yang lain iaitu dengan cara pos berdaftar atau dengan cara menunjukkan suatu notis di papan notis Mahkamah Tinggi di negeri yang petisyen itu dikemukakan.

Page 52: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

46 DN 11.11.2002 Pindaan Kaedah 15 ini memperuntukkan juga bahawa sesuatu notis petisyen seseorang pempetisyen itu hendaklah disifatkan telah diserahkan walaupun responden enggan menerimanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan Kaedah 18 dan 19 juga dipinda untuk membatalkan keperluan bagi hakim pilihan raya mewartakan tarikh-tarikh baru pembicaraan apabila tarikh ditunda. Pindaan ini dicadangkan memandangkan pewartaan tidak perlu lagi kerana tarikh-tarikh perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya telah diketahui umum melalui media dan akhbar. Tambahan pula, urusan pewartaan melibatkan faktor masa dan kos.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya mencadangkan Kaedah 20 Jadual Kedua dipinda untuk memperuntukkan perbicaraan kes petisyen yang separuh bicara disambung dan ditamatkan oleh seorang hakim yang lain tanpa perlu ulang bicara. Pindaan ini bertujuan menjimatkan masa menyelesaikan kes-kes petisyen pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Robia binti Dato’ Kosai]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng.

3.25 ptg.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas penjelasan-penjelasan yang dibuat kepada pindaan yang dicadangkan iaitu kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau Akta 5.

Pada saya, pindaan-pindaan yang dicadangkan itu merupakan pindaan-pindaan yang baik dan telah juga mengambil kira keadaan semasa dan juga telah mengambil kira keperluan-keperluan untuk mengelakkan daripada masalah-masalah dan juga perasaan-perasaan tidak senang yang sering kali ditimbulkan apabila kita ada sesuatu pilihan raya.

Dengan pindaan-pindaan itu, saya berharap bahawa keadaan semasa menghadapi pilihan raya itu, akan menjadi lebih tenang dan rakyat diberi peluang bebas untuk memilih sesiapa yang mereka anggap boleh mewakili mereka sama ada dalam Dewan Rakyat ataupun dalam Dewan Undangan Negeri.

Sekarang saya ingin memberi pendapat saya tentang beberapa Fasal yang saya dapati penting dan juga memberi juga cadangan-cadangan supaya mungkin itu boleh diambil kira oleh pihak SPR dan juga oleh pihak kerajaan.

Yang pertama, tentang Fasal 2 iaitu pindaan kepada tempoh berkempen iaitu pindaan kepada seksyen 2D.

Saya lihat di sini bahawa masa yang dicadangkan ialah sehingga 8.00 pagi pada hari sebelum hari mengundi iaitu tempoh berkempen, tetapi saya juga difahamkan bahawa ada cadangan untuk melanjutkan masa ini sehingga tamat hari, jadi tamat hari bagi saya bermaksud pada 12.00 malam sebelum hari mengundi dan hari mengundi itu mulai dari hari yang kemudian.

Jadi, kalau takrif saya itu betul, maka kita sudah ada tambahan masa untuk pihak-pihak berkenaan mengadakan kempen pada saat-saat terakhir dan ini mungkin boleh juga memberi peluang kepada mereka menyampaikan perkara-perkara yang setakat itu belum sampai ke pihak pengundi. Jadi, saya harap kita diberi satu penjelasan tentang masa itu, apabila tamat hari, adakah itu bermakna pada 12.00 malam ataupun pada masa sebelum kita mula mengundi.

Pindaan kepada Fasal 3 iaitu seksyen 3, saya dapati ini adalah satu pindaan yang amat tepat dan amat dialu-alukan. Kerana seksyen ini telah dicadangkan menaikkan denda dari RM2,000 ke-RM5,000 kepada pihak-pihak yang menggalang atau menghalang seseorang pengundi ini.

Page 53: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 47

Jadi, semasa pilihan raya kecil baru-baru ini, kita telah membaca dalam surat khabar ada kejadian-kejadian di mana pengundi-pengundi itu takut keluar mengundi, dan takut datang ke tempat mengundi oleh kerana telah dihalang untuk berbuat demikian, dan ini sebenarnya tidak patut berlaku kerana kita mesti mewujudkan suasana yang bebas di mana sesiapa pun yang ada hak itu boleh keluar tanpa takut, tanpa keraguan untuk membuangkan undi mereka. Dan kalau seseorang itu tidak dibenarkan dan telah disekat atau dihalang oleh pihak-pihak tertentu, bagi saya ini adalah satu ketidakadilan kepada pihak yang telah disekat itu. Dengan pindaan ini saya harap perkara-perkara semacam ini tidak akan berlaku lagi.

Sungguhpun peruntukan sudah ada iaitu denda sebanyak RM2,000 tetapi kita dapati kes-kes yang telah dilaporkan kepada mahkamah atau telah diambil tindakan itu terlalu sedikit sahaja dan oleh kerana itu banyak pihak tidak sempat datang untuk membuang undi. Saya harap SPR bukan sahaja bercadang hendak menaikkan denda ini dari RM2,000 kepada RM5,000 tetapi juga akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang menghalang atau menyekat seseorang itu daripada membuang undi pada hari berkenaan.

Di bawah Seksyen 3 juga ada satu lagi pindaan yang berkenaan dengan mereka yang membuang undi pada lebih daripada satu tempat ataupun di bahagian pilihan raya yang berlainan. Saya tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku kalau nama itu berada dalam daftar. Kalau seseorang itu didapati namanya berada di dua tempat, adakah ini kesalahan orang yang berkenaan ataupun ini kesalahan SPR?

Sebenarnya kalau nama itu telah wujud di dua tempat atau di dua daftar, bagi saya ini merupakan satu kesilapan SPR dan ianya adalah satu kelemahan yang tidak harus berlaku. Kalau seseorang itu datang mengundi dengan menggunakan kad pengenalan pengundi lain, ini juga tidak harus berlaku oleh kerana mereka yang mengeluarkan undi itu atau mengeluarkan kertas undi itu kena menyemak dengan sebaik-baiknya sebelum dia diberi kertas undi itu.

Jadi saya pun tak tahu bagaimana seseorang itu boleh mengundi di dua tempat. Sungguhpun Seksyen 3 itu bertujuan menyekat daripada kejadian sedemikian, tetapi bagi saya ini harus dikaji dengan teliti supaya keadaan semacam ini tidak wujud langsung. SPR harus mengambil tindakan yang boleh memastikan bahawa tidak ada nama seorang di dalam dua daftar. Kalau ini berlaku, maka bagi saya yang harus disalahkan ialah SPR dan bukan orang yang mengambil kesempatan itu. Kerana SPR telah membenarkan keadaan semacam itu wujud di mana nama itu berada di dua daftar.

Mungkin ada keadaan-keadaan tertentu yang ini boleh wujud, tetapi saya haraplah ini bukan satu isu yang besar dan tidak ada banyak kes yang mana seseorang itu mengundi di dua tempat, sungguhpun denda yang dicadangkan itu amat tepat dinaikkan sehingga RM5,000 daripada RM2,000, saya harap kes-kes semacam itu tidak akan berlaku langsung.

Kemudian pindaan dalam Fasal 5 iaitu mewujudkan satu seksyen baru 4A, bagi saya ini adalah satu seksyen yang paling mustahak kerana Seksyen 4A(1) ini menyebut tentang perbuatan mengembangkan perasaan benci, permusuhan di antara kaum sama ada di antara kaum yang sama atau berlainan. Semasa pilihan raya perkara ini selalunya ada dilihat dan dengan seksyen baru 4A ini, saya harap perkara semacam ini tidak akan berlaku kerana ini menunjukkan bahawa sungguhpun kita sudah 10 kali menghadapi pilihan raya, maka masih ada perbuatan-perbuatan yang mana akan menimbulkan perasaan benci, perasaan bermusuhan dan sebagainya.

Sungguhpun ada peruntukan bahawa pihak yang berkenaan boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 5 tahun atau didenda tidak lebih daripada RM10,000, maka saya harap kes-kes semacam ini apabila ia berlaku sahaja, harus diambil tindakan tegas dan orang yang berkenaan dengan serta-merta kena tahan dan kegiatan semacam ini tidak dibenarkan langsung. Kalau calon-calon berkenaan yang melakukan ini, maka pihak SPR kena dengan serta-merta mengingatkan mereka dan memberi amaran bahawa peruntukan di bawah Seksyen 4A yang baru ini boleh digunakan untuk menyekat perbuatan sedemikian.

Page 54: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

48 DN 11.11.2002

Kalau tidak, maka suasana untuk pilihan raya di mana seseorang pengundi itu boleh diberi peluang untuk mengundi mengikut pilihan sendiri akan terjejas. Di negara kita oleh kerana ada faktor-faktor yang berlainan daripada satu kaum ke kaum yang lain maka perasaan benci, permusuhan itu tidak harus disentuhi oleh pihak sesiapa.

Kita mahukan satu suasana di mana calon-calon itu boleh mengemukakan idea-idea mereka, pelan-pelan tindakan mereka dan bagaimana mereka boleh menjalankan tanggungjawab mereka sekiranya dipilih. Itu lebih baik daripada menyentuh tentang kebencian, permusuhan dan sebagainya.

Jadi pindaan yang dicadangkan iaitu mewujudkan seksyen baru 4A ini bagi saya sangat-sangat dialu-alukan dan harus dilaksanakan dan semua pihak itu harus diberitahu bagaimana seriusnya kalau perbuatan demikian berlaku semasa pilihan raya. Dan di bawah 4A(2) itu juga ada disebutkan mereka yang bersabit salah. Mereka yang bersabit salah di bawah peruntukan ini akan dihalang menjadi pemilih atau pengundi selama lima tahun iaitu mereka tidak ada hak atau kehilangan hak mengundi atau menjadi calon. Dan juga ada peruntukan bahawa kalau berjaya disabit salah, maka kerusi kalau orang itu telah menang akan dikosongkan.

Jadi ini pun saya sangat mengalu-alukan. Saya hanya ada satu komen tambahan tentang perkara ini iaitu saya harap pihak-pihak berkenaan tidaklah juga menggunakan seksyen ini dengan sewenang-wenangnya. Kita mesti menetapkan bahawa apabila kita mengguna seksyen ini maka perbuatan-perbuatan mereka itu kita telah mengawasi, kita juga telah memberi amaran kepada mereka dan kita juga telah memberitahu mereka tentang seriusnya seksyen ini.

Kemudian saya ingin menyentuh kepada pindaan Seksyen 11 iaitu berkenaan dengan amalan-amalan perbuatan rasuah di mana tempoh untuk penjara dinaikkan daripada 12 bulan ke dua tahun dan denda daripada RM1,000 kepada RM5,000. Semasa pilihan raya kita sering kalilah membaca dalam surat khabar berkenaan dengan perbuatan-perbuatan rasuah di mana pihak-pihak berkenaan telah menggunakan sebarang cara untuk memancing undi dan banyak daripada cara-cara itu telah melibatkan rasuah. Saya harap dengan ada peruntukan di bawah Seksyen 11 ini maka perbuatan-perbuatan itu tidak akan berlaku dan kita akan menjalankan kempen dengan cara bersih dan baik.

Kemudian tentang pindaan kepada Seksyen 14 iaitu dengan mengadakan satu Seksyen 1A di mana ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi kena berada di sesuatu tempat undi itu untuk satu tempoh sekurang-kurangnya dua jam sebelum ia dapat keluar atau dapat diganti. Saya ada beberapa pertanyaan tentang keperluan di bawah Seksyen 14 ini.

Yang pertama, sekiranya proses mengira undi itu sudah habis sebelum dua jam., apa akan berlaku, bolehkah mereka keluar atau mereka tunggu di sana sehingga tamat dua jam kerana kehadiran itu merupakan satu perkara yang penting. Kalau di sesuatu tempat itu ramai pengundi datang, maka proses mengira undi mungkin mengambil masa yang panjang, tetapi kalau jumlah pengundi yang keluar itu hanya sedikit sahaja, mungkin dalam masa satu jam atau kurang daripada itu proses mengira undi sudah habis, kenapa mereka diperlukan berada di sana untuk satu tempoh sekurang-kurangnya dua jam.

Kalau mereka ada masalah, mereka kena keluar sebentar dan sebagainya. Kalau mereka tidak diberi penggantian, itu bermakna semasa mereka terpaksa keluar itu tidak ada sesiapa yang menyaksikan proses tempat mengundi ini dan saya dapati suasana semacam ini tidak harus berlaku. Dalam setiap masa kita kena ada seseorang di sana untuk mengawasi perjalanan undi atau perjalanan mengira undi dan kalau seseorang ejen tempat mengundi atau ejen mengira itu tidak dapat memenuhi masa dua jam itu seharusnya mereka diberi satu ganti. Kenapa kita memaksakan seseorang itu berada di sana selama dua jam. Jadi saya pun tidak tahulah rasional untuk berbuat demikian dan nampaknya tidak ada kebaikan bagi kita.

Kalau seseorang selepas satu jam dia sudah letih tidak boleh ikut proses itu dan dia perlukan seorang pengganti kenapa kita tidak membenarkan, kenapa kita mahu wujudkan satu seksyen baru untuk menghalang daripada mendapatkan ganti. Adakah kita

Page 55: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 49

mahu satu keadaan di mana dalam tempoh-tempoh tertentu tidak ada orang menyaksikan proses itu. Bagi saya itu tidak baik. Sebenarnya dalam setiap masa kita mesti ada orang yang mengawasi proses perjalanan pengundian dan sebagainya.

Di bawah Seksyen 19, satu cadangan untuk menaikkan peruntukan perbelanjaan kepada seseorang calon untuk Dewan Rakyat dicadangkan sekarang RM50,000 dinaikkan kepada RM200,000 dan untuk Dewan Undangan Negeri dari RM30,000 ke RM100,000. Sungguhpun ini telah mengambil kira kos untuk sesuatu pilihan raya, bagi saya dengan peningkatan amaun yang boleh di belanja ini maka kos untuk menjalankan kempen dan untuk menawarkan diri sebagai seorang calon, telah meningkat begitu banyak dan adakah kemudian ini akan menghalang orang-orang daripada menawarkan diri sebagai seorang calon oleh kerana kos yang sekarang dianggap bahawa sudah menaikkan, meningkatkan empat kali untuk Dewan dan tiga kali untuk Dewan Undangan Negeri.

Adakah kita sekarang masuk ke dalam satu keadaan di mana orang-orang yang kaya dapat belanjakan begitu banyak sahaja, dapat menjalankan sesuatu kempen dan menawarkan diri sebagai calon. Sungguhpun kita diberitahu bahawa kenaikan ini ialah mengambil kira kos dan sebagainya pada masa sekarang bagi saya ini juga ada satu amaun..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh bagi laluan kepada Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan tentang perbelanjaan yang dibenarkan kepada calon-calon dinaikkan daripada RM50,000 (Parlimen) kepada RM200,000 dan RM30,000 kepada RM100,000. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, ini terserahlah kepada calon-calon, walaupun dibenarkan RM30,000 naik kepada RM100,000 kalau dia hendak belanja RM10,000 saja pun boleh juga, saya ingat tidak menghalang. Tiada halangan apa-apa dari segi akta inilah.

Saya berpandangan bahawa sebenarnya ini suatu peruntukan atau suatu keizinan yang diberikan kepada calon-calon bukanlah bermakna calon itu mesti membelanjakan sebanyak RM250,000, tidak, dan biasalah sayalah…

Timbalan Yang di-Pertua: Itu had maksimum tapi tetap minimum.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Jadi, tidak ada, tidak sampai belanja sebanyak itu. Saya jadi calon empat kali, belanja RM5,000 sahaja [Ketawa]. Bukanlah empat kali tetapi satu pertandingan itu menghabiskan dalam RM5,000 sahaja. Walaupun dibenarkan RM30,000 tetapi saya habiskan hanya sekitar, [Disampuk] menang, tetapi tidak menang, itulah barangkali sebabnya tidak menang. Ha, itulah barangkalinya tidak menang tetapi bagi saya ini akan memberi ruang yang lebih ketara bahawa setiap orang walaupun kadang-kadang bukan dia yang belanja..

Ada saya dengar seorang calon habis berjuta tetapi yang ditulis hantar laporan kepada suruhanjaya RM250,000 sahaja tetapi belanja yang sebenarnya yang dia belanjakan lebih daripada RM250,000. Jadi adakah Yang Berhormat setuju kalau boleh belanja sikit, belanjalah sikit. Kalau adakah Yang Berhormat setuju kalau boleh belanja sikit, belanjalah sikit, kalau ada duit banyak tetapi jangan sampai lebih RM250,000. Terima kasih

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, saya juga setujulah bahawa ini bukan dimestikan kepada seseorang calon itu, ini sebagai satu panduan tetapi rakyat itu dia pun faham dia pun tahu bahawa bila seseorang calon itu boleh belanja RM200,000, maka apabila dia datang untuk membantu ataupun datang untuk memberi perkhidmatan dan sebagainya ia selalunyalah berpandu kepada amaun yang boleh dibelanjakan secara sah oleh peraturan-peraturan pilihan raya. Jadi kalau amaun itu kecil, maka seseorang calon itu boleh menyatakan atau boleh memberikan sebab itu sebagai sebab yang mana ia tidak boleh keluarkan duit atau guna untuk ini, untuk itu oleh kerana dihadkan. Apabila ini dengan secara automatik ditingkatkan melalui pindaan ini apabila sesuatu pilihan raya itu berlaku saya bimbang ini akan disebut-sebutkan oleh mereka yang datang untuk mengambil kesempatan hendak cari duit daripada calon dan ini merupakan satu tekanan

Page 56: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

50 DN 11.11.2002 besar. Baru-baru ini kita lihat pindaan kepada Seksyen 11 itu maka kita mahu menyekat perbuatan rasuah tetapi kalau kita buka ruang ini untuk perbelanjaan yang begitu besar adakah kita bertentangan dengan cadangan asal itu iaitu perbuatan rasuah? Bagaimana kita beri takrif rasuah atau bukan rasuah kerana seseorang itu boleh datang dan minta saya mahu satu projek sini dan sana dan calon itu boleh belanja di bawah pindaan yang baru ini berhak belanja RM200 000.

Jadi saya bimbang kerana ini kita ada satu tindakan yang kurang baik mungkin timbul akibat daripada pindaan-pindaan ini sungguhpun kita diberitahu bahawa ini adalah mengikut keperluan semasa tetapi kos untuk pilihan raya akan meningkat dan mungkin ini akan menyebabkan perkara yang kita mahu sekat iaitu perbuatan rasuah itu daripada berkembang lagi dan bukan disekat.

Di bawah pindaan kepada Seksyen 23 di mana dijadikan seorang calon itu juga bertanggungjawab mengemukakan penyata selepas pilihan raya ini kerana sekarang hanya ejen. Jadi saya hendak tanya apakah rasional untuk berbuat demikian? Sekarang hanya ejen itu bertanggungjawab tetapi sekarang hendak tambah ejen ataupun calon? Ejen sebenarnya bertindak di atas kuasa seseorang calon itu dan kalau ejen itu bertindak sebagai ejen seseorang calon itu bagi saya adalah mencukupi kalau ia diberi tanggungjawab ini dan calon itu tidak perlu dimasukkan sebagai juga bersama-sama bertanggungjawab dalam mengemukakan penyata. Jadi saya hendak tahulah apakah rasional untuk pindaan ini dan saya harap satu penjelasan diberi.

Kemudian saya mahu menyentuh tentang Seksyen baru 24A dan 24B. 24A itu ada menyatakan berbagai aktiviti yang dilarang pada hari penamaan. Dan tujuannya ialah membataskan dayah politik pada hari itu dan apa yang dilarangkan ialah membekalkan alat muzik dan pembesar suara pada hari penamaan. Saya ingin tahu bila kita sebutkan hari penamaan adakah itu segenap hari iaitu dari 9.00 pagi sehingga 12.00 malam, kita tidak boleh berbuat demikian ataupun tujuan ini ialah supaya menyekat semasa mereka dalam proses penamaan iaitu dari 9.00 atau 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan selepas satu keputusan dibuat apabila semua yang kumpul di tempat itu sudah bersurai, adakah mereka masih tidak boleh berbuat demikian untuk membekalkan alat muzik dan sebagainya sehingga esok pagi? Atau ini bertujuan menyekat semasa mereka membuat penamaan.

Bagi saya kalau semasa membuat penamaan itu amat sesuai kerana kita lihat sekarang dalam bayak pilihan raya kecil sehingga jalan pun kena ditutup kerana ramai datang untuk mengikut calon mereka. Ramai penyokong itu datang sehingga sesuatu tempat itu begitu sesak dan untuk keselamatan maka kawalan-kawalan tertentu perlulah dan dari semasa itu kalau kita membekalkan alat muzik pembesar suara maka bagi sayalah tidak sesuai dan harus disekat. Tetapi selepas mereka sudah habiskan proses itu sudah balik, sudah mula berceramah dan sebagainya mengapa kita masih mahu mengehadkan perkara ini jadi bila disebutkan pada hari penamaan, bolehkah kita diberi satu masa yang lebih tepat iaitu semasa penamaan calon? Atau selepas itu, bagi saya selepas itu bila pihak-pihak sudah keluar dari tempat itu maka tidak menjadi satu masalah lagi dan kita boleh balik ke tempat-tempat, dewan-dewan tertentu untuk mulakan kempen dan semasa itu kalau kita main muzik dan sebagainya untuk menarik lebih ramai orang datang bagi saya ini bukan satu perkara yang harus disekat.

Jadi saya tidak tahulah apakah maksud di bawah 24A ini, mungkin ada penjelasan-penjelasan kenapa mahu menyekat. Pada segenap hari bila saya baca hari penamaan anggapan saya ialah segenap hari.

Juga di Seksyen 24B ini ada satu lagi peruntukan di mana dicadangkan calon-calon kena memberi satu deposit sebanyak RM10,000 untuk Dewan Rakyat dan RM5,000 untuk Dewan Undangan Negeri. Ini untuk memastikan selepas pilihan raya itu maka poster dan sebagainya dikeluarkan dan tempat bandar kita, tempat kita itu bersihlah selepas pilihan raya. Bagi saya ini juga menjadi satu perkara yang akan menghalang banyak pihak daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kalau seseorang calon yang miskin itu, tadi kita telah dengar Yang Berhormat Tuan Hassan menyatakan dia hanya belanja RM5,000 untuk pilihan raya. Tetapi di bawah peruntukan ini dia kena deposit sebanyak RM10,000 untuk memastikan selepas habis pilihan raya itu ia akan hantar penyokong-penyokong atau pekerja-pekerjanya untuk membersihkan dan menurunkan poster dan

Page 57: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 51

sebagainya daripada sesuatu tempat. Bagi saya ini adalah satu beban yang besar kepada setiap calon sungguhpun sebabnya ialah kita hendak adakan satu tempat yang dibersihkan selepas proses kempen pilihan raya tetapi bolehkah kita menentukan berapa banyak yang digunakan untuk proses ini sekiranya seorang calon itu tidak menghantar pekerja atau pembantunya untuk mengeluarkan perkara-perkara ini dan kemudian Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah …..

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin, Datuk Rosli minta laluan. Dijemput.

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fasal semua orang mengantuk kita cuba tarik perhatian sedikit tetapi ini penting. Berkenaan dengan deposit RM5,000, RM10,000 ini apakah Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin bersetuju bahawa RM5,000, RM10,000 ini adalah untuk menghalang mana-mana calon bebas yang bertanding dengan sewenang-wenangnya. Berkemungkinan ada satu ketika dahulu dan mungkin akan datang akan ada calon-calon yang banyak duit dia cuba hendak cuba untuk meletakkan deposit RM5,000, RM10,000 ini pun agak kecil kerana mana-mana orang berasaskan kepada sistem demokrasi kita supaya dapat bertanding, berkemungkinan satu kawasan pilihan raya mungkin 10 atau 20 orang. Ianya merupakan satu keterlibatan yang tidak serius mungkin daripada sudut sistem demokrasi ianya demokratik tetapi dari segi kewajaran sama ada calon-calon bebas ini dapat bertanding dengan sewenang-wenang. Apakah Yang Berhormat juga bersetuju ada pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa hanya parti-parti politik yang berdaftar sahaja boleh bertanding dan tidak membenarkan mana-mana orang bertanding atas sifat peribadi ataupun individunya. Mungkin ini kurang demokratik tetapi kewajaran dalam sistem yang ada ini. Jadi, saya minta komen Yang Berhormatlah kadang-kadang Yang Berhormat mungkin tidak ada pengalaman langsung bertanding dalam pilihan raya ini. Saya agak daripada pandangan Yang Berhormat apakah Yang Berhormat bersetuju supaya keadaan ini adalah untuk kebaikan semua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Rosli. Betullah itu saya tidak pernah menjadi calon tetapi saya telah menjadi ejen banyak kali, dekat sepuluh kali saya telah menjadi ejen. Saya pun tahulah sedikit sebanyak tentang perjalanan pilihan raya dan apa yang harus dilakukan. Di atas pertanyaan tadi, bagi saya kalau seseorang calon bebas itu masuk sering kalilah kita dapati ia akan bukan sahaja kalah tetapi wang pertaruhan pun habis. Ini selalu berlakulah sungguhpun ada kes-kes tertentu. Di Pulau Pinang ada sekali iaitu mendiang C.Y. Choy dia bertanding sebagai calon bebas dan dia menang. Jarang berlaku, itu mungkin yang pertama kali berlaku di negeri Pulau Pinang. Tetapi ini menunjukkan bahawa bolehlah ada orang-orang yang mungkin mahu bertanding sebagai calon bebas kerana ia ada idea-idea yang baik dia akan menyumbang dan mungkin dia tidak mahu memasuki sebarang parti. Tetapi kalau ….

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi, jemput Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya ingin memohon penjelasanlah kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju jika sekiranya wang pertaruhan kerana membersihkan poster dan sebagainya ini ditiadakan langsung seperti dulu. Malah kalau hendak bersihkan juga bukan suruhanjaya, kerajaan yang tanggung bayaran pembersihan itu kerana ini melibatkan rakyat seluruhnya. Apalah salahnya kerajaan berbelanja untuk membersihkan saki baki pilihan raya itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin tengah menjawab apa yang ….

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Saya habiskan jawapan itu dulu kemudian saya menyentuh tentang soalan yang ditanya. Jadi, saya setuju bahawa proses ini akan menyekat pihak-pihak tertentu daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya. Sungguhpun tujuan Yang Berhormat Datuk Rosli tadi ialah supaya pihak-pihak ini bukan

Page 58: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

52 DN 11.11.2002 sahaja memain-mainkan keadaan tetapi kena serius, kena melalui proses parti politik dan sebagainya tetapi proses untuk mendaftar parti dan sebagainya mungkin mengambil masa dan bila dekat dengan pilihan raya selalunya kita diberi beberapa hari sahaja untuk memikir sama ada hendak jadi calon atau tidak kalau seseorang itu calon bebas. Oleh kerana itu kita tidak sempatlah untuk mendaftar dan sebagainya dan simbol pun kita diberi payung, bot atau basikal atau bola dan sebagainya sebagai simbol seorang calon itu dan dia juga tidak boleh pilih kerana dia diberi semua daripada SPR yang cadangkan simbol itu. Oleh kerana itu adakah wajar bagi kita mengadakan peruntukan ini lagi.

Jadi, sekarang saya juga mahu jawab bagaimana pendapat saya tentang kalau tidak diadakan peruntukan semacam ini. Saya setuju bahawa kita ada cara-cara lain. Kita ada cara-cara lain yang boleh mendapat balik apa perbelanjaan yang telah diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak yang membersihkan sesuatu tempat selepas pilihan raya itu. Kita ada peruntukan. Kalau seseorang calon itu tidak keluarkan poster maka dia boleh dibilkan untuk kerja membersihkan tempat itu dan kalau ia enggan menjelaskan bil itu maka kita boleh ambil tindakan, kita boleh ada peruntukan di mana mungkin ia dihadkan bertanding lagilah pada masa-masa akan datang kalau dia tidak jelaskan bil yang dihantar kepadanya ataupun kita boleh masukkan itu sebagai satu bil khas dan dia kena selesaikan ini kalau tidak ada peruntukan untuk denda dan sebagainya.

Kalau kita berbuat demikian, bagi saya itu adalah lebih baik daripada memerlukannya mengeluarkan wang pertaruhan sebanyak yang dicadangkan untuk tujuan membersihkan tempat selepas pilihan raya. Jadi lebih baik kalau kita gunakan cara-cara lain dan mungkin kerajaan atau SPR kalau ikut fikiran saya, satu cara yang lebih baik bagi saya ialah bahawa SPR menentukan tempat-tempat yang sesuai di mana kita boleh lekatkan poster dan sebagainya di beberapa tempat dan semua calon itu diberi ruang untuk mempamerkan apa yang mereka ingin pamerkan dan selepas itu kos untuk itu diagihkan kepada semua calon. Kalau kita berbuat demikian, kita pastikan bahawa semua pengiklanan ini dibuat di tempat-tempat yang sesuai. Di masa sekarang, di merata-rata tempat, di tempat-tempat yang bahaya pun ada, di atas pokok, di atas tiang lampu, di atas bukit pun kita juga lihat bendera calon atau poster calon itu dan sebagainya.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Hendak beri laluan? Di jemput Puan Jamilah binti Ibrahim.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik ke belakang sedikit hendak tanya kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng dalam perbahasan beliau tadi, beliau menyentuh yang beliau tidak pernah menjadi calon dan beliau pernah menjadi ejen selama sepuluh kali dan saya difahamkan bahawa Dato' Dr. Chin Fook Weng adalah bekas pensyarah daripada USM. Jadi penglibatan Dato' Dr. Chin Fook Weng semasa berada di kampus itu direct dengan politik, adakah Dato' Dr. Chin Fook Weng pernah menerima apa-apa amaran ataupun surat tunjuk sebab? Jadi untuk kita sama-sama memahami kalaulah pihak pembangkang, kamilah PAS contohnya, seorang guru yang terlibat hanya memegang 'bulan' sahaja, bukan terlibat secara langsung maka diberi amaran 24 jam kena tukar ataupun perjawatan yang berkenaan juga diganggu dan sebagainya. Macam mana pandangan Dato' Dr. Chin Fook Weng?

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat. Bagi saya, apabila saya menyebut tentang ejen iaitu bukan ejen yang sah. Kita ada dua jenis ejen. Ejen yang sah ialah ejen yang berdaftar dengan SPR, kemukakan nama dan diberikan alamat dan sebagainya supaya ia dapat dihubungi oleh SPR.

Timbalan Yang di-Pertua: Ini ejen yang tidak berdaftar ya.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Ejen yang tidak sah dan tidak didaftarkan ialah mereka yang membantu secara sukarela siapa yang mereka anggap berpegang kepada prinsip-prinsip yang saya juga ingin mempertahankan ataupun yang mahu dilaksanakan oleh sesiapa yang menang nanti. Jadi kita selalu ada idea-idea tertentu tetapi oleh kerana saya telah dihalang, saya tidak boleh menjadi calon kecuali saya letak jawatan dan saya sangat suka dan sayangkan kerja saya sebagai seorang pensyarah. Jadi saya pun tidak mahu tinggalkan kerja saya, tetapi saya juga mahu idea-idea saya itu dipanjangkan dan

Page 59: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 53

boleh membina satu masyarakat yang lebih baik dan satu masyarakat yang lebih bersatu padu.

Oleh kerana itu kalau saya berdiam diri sahaja, saya tidak sempat mengemukakan ide-ide saya. Jadi kerana itu saya kena membantu. Apabila kita membantu orang, kalau dia menang dia akan menghargai dan bila dihargai, tiap-tiap kali dia datang bincang bersama saya, ide saya dapat dilaksanakan. Itulah tujuan saya. Jadi semasa pilihan raya kita selalu keluar, kita ambil cuti dan sebagainya untuk membantu calon pilihan saya dan nasib baik setiap kali dia menang. Mungkin selepas itu mereka pun rasa sudah sampai tempoh saya dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan oleh kerana itu [Tepuk] negeri Pulau Pinang telah mencalonkan saya dan saya berada di sini dan saya juga berpeluang berucap di Dewan yang mulia ini.

Jadi saya harap setiap rakyat boleh mengambil kesempatan ini untuk membantu sungguhpun tidak secara sah, tidak secara rasmi tetapi ada ruang untuk kita membantu. Saya juga difahamkan ramai daripada ahli PAS pun berbuat demikian tetapi yang bezanya mereka mahu menjadi ejen yang sah dan itu mungkin dihalang oleh peraturan-peraturan kerja dan sebagainya, tetapi kalau mereka menjadi ejen tidak sah, mungkin tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, itu bukan ejen tidak sah, penasihat sahaja.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Okey, penasihat atau apa-apa nama tetapi kami bertungkus-lumus, kita telah berusaha, kita telah buat banyak kerja bagi calon kita dan apabila mereka menang, mereka guna kesempatan itu untuk melaksanakan ide-ide kita.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencelah, saya tertarik dengan perbincangan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng berkenaan dengan ejen tidak sah ini. Jadi kalau pengalaman Yang Berhormat sebagai pensyarah dan menjadi ejen tidak sah yang tidak pernah menerima apa-apa ugutan tetapi sebenarnya berbeza dengan kami daripada penyokong parti pembangkang. Walaupun menjadi ejen tidak sah hanya sekadar menolong kerja-kerja yang di belakang tabir, maksudnya kerja-kerja yang biasa tetapi diambil tindakan. Satu contoh yang mudah iaitu seorang guru di kawasan saya sendiri, dia hanya menolong mengangkut, bermaksud sukarela di hari mengundi untuk tolong pengundi-pengundi pergi mengundi. Tetapi dalam masa 24 jam selepas itu diberi arahan supaya ditukarkan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang ketidakadilan ini berlaku dalam pilihan raya dalam negara kita sekarang ini?

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih , saya tidak tahu keadaan ini tetapi di Pulau Pinang, itu tidak berlaku. Pensyarah-pensyarah di ….

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian dan penjelasan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng daripada soalan-soalan kedua-dua Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff dan Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim. Kalau saya menjadi seorang kakitangan kerajaan, kalau Kerajaan Pusat umpamanya saya tidak akan sokong PAS. Yang silapnya kita kakitangan sebuah kerajaan yang dibentuk oleh Barisan Nasional, kita menentang parti itu. Sebenarnya bukan ketidakadilan dari segi pentadbiran kementerian, tetapi sebenarnya diri kita sendiri sebenarnya tidak adil kerana kita menyokong sebuah kerajaan yang tidak mendukung cita rasa dan perjuangan parti lain.

Kalau umpamanya Kerajaan Negeri Kelantan, kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan PAS umpamanya dan sedang berlaku di Kelantan dan Terengganu, tindakan yang sungguh dahsyat juga sedang berlaku tetapi ini adalah perkara biasa dan lumrah dalam sistem peradaban kita mutakhir ini, ramai kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu umpamanya boleh dikatakan tiga kali setahun sedang bertukar, bukan kerana kenaikan pangkat, kerana tidak mempunyai kesefahaman politik dengan pucuk pimpinan negeri.

Page 60: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

54 DN 11.11.2002

Saya ingin menjelaskan perkara ini, kadang-kadang sahabat saya hanya menuding kepada sebelah pihak. Sebab itu saya menyarankan mana-mana kakitangan kerajaan mesti bersikap dalam bentuk yang neutral dalam dia mendekatkan dirinya terhadap mana-mana pertandingan dalam pilihan raya dan hatinya untuk menyokong mana-mana parti, biarlah tersirat dalamnya dan pergi mengundi dalam pilihan raya.

Ada kaedah kakitangan kerajaan ini dapat menyokong sama ada parti pembangkang atau kerajaan dengan meminta kebenaran. Masalahnya ada sahabat-sahabat kita yang menyokong PAS dengan keadaan yang dia sendiri faham bahawa ianya akan diambil tindakan dan kita beritahu kepada penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional umpamanya yang berada di bawah kerajaan negeri, umpamanya pelantikan JKKK, kita sudah tanya, kalau sanggup berhadapan dengan keputusan kerajaan negeri, ok, bolehlah kita lantik tetapi inilah kadang-kadang sahabat kita, apabila berlaku sebelah pihak, dinamakan tidak adil. Sedangkan, asalnya empunya diri itu sebagai seorang kakitangan yang sepatutnya menterjemahkan hasrat parti melalui sebuah kerajaan harus terlebih dahulu bersikap adil kepada dirinya, kepada kerajaan yang dia bernaung dan juga kepada parti yang menubuhkan kerajaan itu.

Saya minta komen Dato’ Dr. Chin.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato’ Dr. Chin.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Jadi, memanglah saya setuju dengan sebahagian daripada pendapat itu tetapi tidak sepenuhnya. Bagi saya, apa yang penting ialah kita adalah satu masyarakat yang demokratik. Di bawah masyarakat yang demokratik itu, kita ada ruang untuk membuat pilihan. Jadi, sama ada kita boleh menyokong mereka yang bersependapat dengan kita ataupun kita boleh menyokong orang-orang tertentu yang mungkin akan mengemukakan inspirasi kita, cadangan kita dan juga harapan kita. Jadi, kita membantu.

Apa yang menjadi masalah ialah hanya pegawai-pegawai yang bertugas dengan kerajaan. Bagi saya, ada beberapa jenis pegawai yang bertugas dengan kerajaan. Mereka yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan ataupun ada pegawai-pegawai daripada badan-badan berkanun yang menjalankan tugas-tugas tertentu yang tidak ada kaitan dengan pelaksanaan dasar-dasar dan sebagainya. Jadi, ini ada perbezaan. Bagi saya, mereka yang secara langsung terlibat dengan pelaksanaan dasar dan sebagainya, mungkin keikhlasan mereka, ketaatsetiaan mereka harus ditumpukan kepada kerajaan yang ada pada masa itu.

Sebagai contoh, di Terengganu dan di Kelantan, pegawai-pegawai yang bertugas di sana harus memberi perhatian kepada tugas-tugas mereka melaksanakan dasar-dasar daripada pihak Kerajaan Kelantan dan juga pihak Kerajaan Terengganu. Itu bagi saya ialah harapan rakyat kerana mereka telah memilih satu kerajaan dan kerajaan ini harus membuat keputusan bagi kebaikan rakyat di bawah jagaan kerajaan ini dan siapa pegawai kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar itu harus melaksanakan dasar-dasar itu dengan baik. Itu….

Dato’ Haji Arzmi bin Haji Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan sedikit. Oleh kerana bulan puasa ini, kita tidak keluar banyak, bulan puasa pun kita boleh bercakap.

Jadi, saya amat menyokong dan berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin kerana Dato’ Dr. Chin adalah seorang pensyarah yang begitu baik dan begitu prihatin kerana semasa menjadi pensyarah, kita dapat menilai bahawa pensyarah ini walaupun dia menjadi penasihat apa sahaja yang ditakrifkan oleh Tuan Yang di-Pertua ataupun pihak parti pembangkang, namun Dato’ Dr. Chin ini merupakan seorang pensyarah atau profesor yang baik kerana dia menyokong kerajaan. Saya mengharapkan bahawa semua pensyarah ikut jejak langkah Dato, Dr. Chin. [Tepuk] Tidak kuat tepuk ini.

Jadi, bagi mereka yang ingin menyokong parti pembangkang yang bekerja dalam kerajaan, saya minta dengan hormatnya ambil cuti setahun tanpa gaji ataupun berhenti, sokong parti pembangkang. Tidak ada siapa pun hendak mengata kepada kita. Ini begitu adil bagi kita. Macam di Kelantan dan Terengganu, bagi mereka yang menyokong Barisan

Page 61: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 55

Nasional, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri Terengganu untuk membuat apa sahaja sebab mereka tidak mematuhi kepada kedua kerajaan itu.

Jadi, dengan ini, saya tidak minta untuk diperjelaskan apa-apa, cuma saya menyokong bahawa Dato’ Dr. Chin ini merupakan seorang pensyarah yang begitu baik kerana dia menyokong kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Haji Arzmi. Apa yang saya tekankan di sini ialah kita ada fungsi-fungsi tertentu dan di negeri-negeri tertentu, mereka juga melaksanakan dasar-dasar demi kebaikan rakyat di bawah jagaan kerajaan itu. Dan oleh kerana tiap-tiap kali bila kita adakan pilihan raya, kita berpeluang sama ada mengekalkan kerajaan yang ada atau menukar kerajaan yang ada. Jadi, oleh kerana itu, maka ruang untuk mengemukakan idea dan sebagainya harus diberi, tetapi selepas itu apabila kita sudah habiskan proses itu, maka semua kakitangan kerajaan haruslah memberi perhatian kepada kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Jadi, pada tahun 1969, apabila Parti Gerakan di Pulau Pinang menang sebagai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ia menang sebagai satu pembangkang dan mengalahkan Perikatan semasa itu. Semua pegawai kerajaan yang ada pada masa itu juga menyokong dasar-dasar kerajaan yang baru, sungguhpun itu adalah satu kerajaan pembangkang dan melaksanakan kewajipan-kewajipan kerajaan itu demi kebaikan rakyat jelata.

Jadi, sejak itu, kami dalam Parti Gerakan – saya seorang Speaker parti itu. Jadi, selepas itu, maka kita juga berpegang kepada prinsip bahawa kita menghormati keputusan rakyat itu dan kita pun tidak kata apa-apa apabila Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan memerintah negeri itu mengikut dasar-dasar mereka. Di Pulau Pinang juga, pada masa ini, semua rakyat di sana diberi peluang untuk menggunakan kebijaksanaan mereka dalam proses demokrasi ini dan kita ada pihak-pihak yang menyokong KeADILan, menyokong PAS, menyokong DAP dan menyokong Barisan Nasional tetapi kita tidak menghalang sesiapa dan semua boleh mengambil bahagian.

Kalau mereka melanggar undang-undang kerajaan, maka terpulanglah kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Puan Jamilah.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng kerana memberi ruang sedikit. Saya rasa dengan huraian, penjelasan, pandangan dan lontaran daripada idea Dato' Dr. Chin Fook Weng dalam membebaskan suara, dalam mencari satu pendekatan yang sesuai dengan kewajaran yang ada, negara demokrasi, kita mempunyai suara, mempunyai pandangan. Jadi saya menghormatilah pandangan Dato' Dr. Chin Fook Weng dan mungkin disokong oleh kawan-kawan kita yang lain. Jadi, saya merasakan pandangan dan pendekatan minda ataupun roh Parti Gerakan itu, apakah ianya boleh disedari bersama oleh kita rakyat Malaysia demi untuk menyejahterakan, mengamankan dan membangunkan negara supaya perasaan rakyat itu tidak mudah dilukakan dan semuanya akan memberi khidmat demi untuk kebaikan pendemokrasian negara ini. Jadi, macam mana pandangan Yang Berhormat?

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasihlah di atas pertanyaan itu. Ini memberi peluang kepada sayalah menjelaskan sedikit tentang falsafah, tentang pendirian dan juga tentang harapan kami. Yang pertama, Parti Gerakan ialah satu parti yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kami hanya ada satu syarat iaitu, ia mesti seorang rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sudah dapat menjadi ahli dan boleh masuk menyertai segala kegiatan dan boleh memimpin parti dan sebagainya. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita adalah banyak dan harapan parti ialah supaya kita dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, berguna, taat setia kepada Malaysia dan duduk bersama satu sama lain dengan penuh penghormatan dan penuh dengan pemikiran-pemikiran demi kebaikan negara dan supaya kita dapat menjadi satu negara yang dibanggakan di serata

Page 62: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

56 DN 11.11.2002 dunia dan kita dapat mencapai wawasan kita menjelang tahun 2020. Itu ialah cabaran-cabaran yang kami mahukan diatasi di Malaysia.

Oleh kerana itu, dalam banyak isu, bukan kita tidak sependapat dengan rakan-rakan kita, tetapi kita mengkaji isu-isu itu bukan dari segi melihat perkauman, berlainan agama dan sebagainya tetapi secara terbuka. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji isu memperkenalkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah, maka pendekatan kami ialah supaya isu ini dikaji daripada segi pendidikan supaya kita dapat mewujudkan satu generasi yang betul-betul boleh memajukan negara kita dan membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi dengan menguasai satu bahasa antarabangsa yang begitu penting pada hari ini. Itu ialah pendekatan. Sungguhpun pada permulaan rakan-rakan kami tidak bersetuju dan telah menyatakan kami seolah-olah pihak pembangkang, tetapi kemudian idea-idea kami telah diterima dan masalah itu sekarang ini telah diselesaikan. Itu ialah cabaran-cabaran yang kita mesti menghadapi. Tiap-tiap kali apabila kami membahaskan sesuatu, kita lihat daripada semua pandangan, bukan pandangan yang tersempit sahaja tetapi supaya kita ambil kira semua aspirasi dan kehendak setiap orang di bawah langit Malaysia ini.

Itu ialah pendirian dan saya harap dengan berbuat demikian, semua pihak akan duduk bersama, bincang bersama tentang bagaimana kita dapat mewujudkan satu suasana yang lebih bersatu padu supaya kita tidak ada tekanan-tekanan yang tidak diingini itu. Pada tahun 1969 itu, pihak Gerakan telah menang dua pertiga daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, tetapi demi kebaikan kerana kejadian Mei 13 telah berlaku selepas itu, maka demi kebaikan negara, parti kami juga rela mewujudkan kerajaan campuran dan kemudian pada tahun 1974, telah bersama-sama mewujudkan Barisan Nasional dengan parti-parti yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Chin Fook Weng, saya rasa kita balik ke pangkal jalan.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Ya betul, terima kasih. Jadi, itulah sedikit sebanyak tentang apa yang ditanya bagaimana kita boleh bekerjasama memastikan tiap-tiap pilihan raya itu dapat dijalankan dengan baik. Balik ke Seksyen 19 tentang cadangan untuk menggantikan Seksyen 26 iaitu satu cadangan untuk mengadakan batasan pada hari mengundi. Di sini, ada disebutkan bahawa pada hari mengundi itu, tidak boleh diadakan mesyuarat-mesyuarat kalau mesyuarat-mesyuarat itu melibatkan orang awam atau selainnya. Yang saya hendak tanya ialah selainnya. Di sini, ada disebutkan bahawa tidak boleh diadakan mesyuarat kalau ia melibatkan orang ramai atau selainnya. Macam mana kalau saya adakan taklimat-taklimat tertentu kepada pekerja-pekerja, taklimat-taklimat yang terakhir kalau kita duduk bersama, mendapat laporan daripada tiap-tiap tempat mengundi dan sebagainya dan kita ada perbincangan, adakah itu telah melanggar peruntukan di bawah batasan ini? Kalau ia melibatkan satu pelanggaran kepada rang undang-undang yang dicadangkan, maka saya dapati ini tidak sesuailah.

Kalau mesyuarat itu melibatkan orang ramai semata-mata dengan tujuan hendak berkempen, maka itu haruslah kita larangkan. Tetapi, kalau itu melibatkan orang ramai, mungkin bukan ahli-ahli parti, mungkin orang ramai yang datang membantu kita dalam menjalankan tugas pada hari itu. Kalau kita adakan mesyuarat, apa salahnya? Adakah cadangan ini supaya kita tidak mengadakan mesyuarat untuk sesiapa pun, satu yang telah diberi perhatian yang mencukupi, sebelum ia dicadangkan. Jadi, saya mintalah apakah tujuan Fasal 19 ini di mana telah mengadakan batasan pada hari mengundi iaitu tidak boleh mengadakan mesyuarat yang melibatkan orang ramai atau selainnya.

Kemudian saya ingin menyentuh kepada Seksyen 26A iaitu satu cadangan untuk SPR memperuntukkan barung atau booth, iaitu sekarang mungkin kita panggil meja panas. Di tiap-tiap stesen pengundi itu sentiasanya pada amalan sekarang parti-partilah yang memberikan service ini yang memberikan perkhidmatan ini, dan perkhidmatan ini ialah untuk membantu pemilih-pemilih menentukan nombor pilihan raya mereka dan ini akan menyenangkan proses mereka apabila mereka sampai ke tempat mengundi dan menyebutkan atau menunjukkan nombor ini sahaja nama mereka dapat dicari oleh pihak pegawai SPR.

Page 63: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 57

Ini memang satu perkhidmatan yang sangat penting memandangkan masyarakat kita masih ada pengundi-pengundi yang kurang tahu tentang bagaimana mereka boleh menyemak nama mereka dalam daftar, dan ini adalah satu service atau perkhidmatan yang setakat ini dihargai oleh semua pemilik tetapi selalu masalahnya ialah kerana ahli-ahli yang bertugas di tempat ini mungkin mengambil kesempatan memancing undi pada saat-saat yang terakhir itu. Oleh kerana itu maka SPR telah didapati ini juga mungkin mewujudkan satu suasana yang tidak memuaskan. Oleh kerana itu Seksyen 26A itu harus dipinda supaya ini menjadi tanggungjawab SPR untuk memberi perkhidmatan ini.

Bagi saya ini adalah satu cadangan yang baik dan ini adalah satu cadangan yang akan menyenangkan hati ramai orang dan mungkin dengan menggunakan cara ini kita tidak dapat meramalkan siapa yang akan menang. Kerana masa ini bila kita dapati ramai pengundi mengunjungi sesuatu barung kita sudah tahu mungkin calon itu nanti akan menang yang mewakili parti yang bertanding itu. Tetapi dengan cara ini maka kita sekarang tidak tahu kerana ini merupakan barung SPR dan di sini ada dicadangkan bahawa ejen pilihan raya itu melantik tidak lebih daripada empat orang sebagai pemerhati untuk proses ini.

Jadi, saya ada beberapa pertanyaan tentang cadangan ini. Sungguhpun saya dapati pada keseluruhannya cadangan ini adalah satu cadangan yang baik dan harus dilaksanakan. Ia ada banyak kebaikan kalau dibandingkan dengan keadaan sekarang. Yang pertama ialah tentang mengadakan tidak melebihi empat orang, adakah ini terlalu ramai kalau kita ada empat calon dan setiap orang melantik empat orang, maka sama ada tempat itu akan menjadi terlalu sesak dan adakah barung ini selesa untuk begitu ramai orang berada di sana. Ini satu pertanyaan dan juga fungsi pemerhati-pemerhati ini. Adakah mereka diberi ruang untuk mengemukakan aduan-aduan terhadap pegawai-pegawai SPR yang bertugas di sana.

Kalau mereka dapati pegawai SPR itu tidak menjalankan tugas dengan baik, adakah mereka diberi ruang untuk memberi teguran, memberi cadangan dan sebagainya atau fungsi mereka hanya sebagai pemerhati dan tidak berhak membuat apa-apa komen di atas perjalanan urusan oleh pegawai SPR itu. Jadi, saya ingin tahu apakah rangka tugas empat orang pemerhati ini dan sama ada kalau mereka ada aduan yang ingin dikemukakan kepada siapa mereka boleh mengemukakan aduan-aduan ini dan kalau mereka mendapati ada kekurangan dalam barung ini, maka apa harus mereka buat dan apa tindakan yang boleh diambil oleh mereka terhadap perkara itu.

Adakah dicadangkan bahawa di tiap-tiap tempat mengundi itu hanya didirikan satu barung ataupun lebih daripada satu. Ini kurang jelas apabila saya membaca cadangan-cadangan yang dibuat itu. Tetapi seperti saya sebutkan ini adalah satu cadangan yang baik dan dengan melaksanakannya mungkin suasana di luar daripada tempat mengundi itu akan lebih tenang, akan lebih baik dan mungkin juga memberi peluang kepada pekerja-pekerja daripada berlainan parti yang berhampiran itu menukar pendapat. Saya berharap tidak ada pergaduhan yang akan berlaku di antara pemerhati-pemerhati ini. Mungkin mereka telah membincangkan sesuatu dan mungkin selepas itu sekiranya ada masalah apa akan terjadi.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat pada pendapat Yang Berhormat dahulu parti-parti ini dia membuat boothnya sendiri, pondok panas, sekarang ini dalam satu pondok empat orang wakil setiap parti ada. Agak panaskah sejuk?

Dato' Dr Chin Fook Weng: [Ketawa] Itu terpulang kepada suasana sama ada, ada hawa dingin atau mencari tempat yang sesuai ataupun macam dahulu masih tempat yang panas kerana itu diberikan nama pondok panas, jadi suasana kena panas di sana. Mungkin kita sekarang menggunakan satu perkataan yang baru iaitu ‘barung’. So sekarang kita menggunakan barung bukan pondok panas lagi so dengan itu mungkin tukarlah konsep, ertinya tempat ini dan mungkin ini akan mewujudkan satu suasana yang lebih baik seperti saya terangkan tadi. Tetapi apa yang penting ialah kita mahu tugas-tugas itu dijalankan dengan baik dan dengan licin. Kita tidak mahu siapa yang berhak mengundi itu kehilangan haknya oleh kerana namanya tidak dapat dicari dalam daftar itu.

Page 64: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

58 DN 11.11.2002

Itu sahaja kita hendak memastikan, jadi bagaimana cara itu dijalankan, bagi saya ini adalah satu kebaikan, kalau semua pihak boleh duduk bersama dan membantu pegawai dari SPR itu mencari nombor dalam daftar untuk seseorang pengundi itu.

Di bawah Seksyen 26B ada dicadangkan supaya menamatkan segala kegiatan merayu undi pada hari mengundi. Dengan menutup pondok panas itu dan menggantikan dengan barung yang baru, mungkin ini juga akan menamatkan segala aktiviti merayu undi di kawasan berkenaan – di kawasan tempat mengundi itu. Tetapi di tempat-tempat lain mungkin sukar bagi aktiviti ini disekat secara terus. Jadi saya hendak tahu bagaimanakah SPR akan memastikan peruntukan-peruntukan di bawah seksyen ini dapat dikuatkuasakan supaya kita betul-betul dapat mewujudkan suasana yang telah diharap itu.

Saya tidak mahu lihat bahawa kita ada peruntukan semacam ini tetapi kemudian dari segi melaksanakannya, adalah kelemahan-kelemahan tertentu. Juga semasa mereka membawa pengundi itu dari rumah ke tempat mengundi, bagaimanakah SPR boleh menentukan bahawa kegiatan merayu undi tidak berlaku dalam kereta, kerana yang membawa orang ini tentu ada peluang memberi sedikit keterangan ataupun sedikit maklumat tambahan kepada mereka yang berada dalam keretanya. Adakah ini juga akan menamatkan aktiviti yang sedang berlaku dalam perjalanan dalam kereta dari rumah ke tempat mengundi itu? Jadi saya hendak tahu bagaimanakah kita boleh memerhatikan dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mencapai hasrat ini.

Pindaan yang dicadangkan di bawah Fasal 26, iaitu mewujudkan satu seksyen baru - 35A, saya juga sangat mengalu-alukan ini. Ini berkenaan dengan petisyen pilihan raya yang kena diselesaikan dalam tempoh enam bulan dari tarikh ianya dikemukakan. Apa yang dicadangkan ialah perbicaraan terhadap tiap-tiap petisyen pilihan raya itu hendaklah diselesaikan tidak lewat daripada enam bulan ianya dikemukakan. Ini sangat munasabah memandangkan tempoh seseorang yang dipilih itu adalah terhad dan kalau proses ini mengambil masa yang begitu panjang, maka sudah tentu ada banyak masalah.

Sebagai contoh, bila kita dapati pilihan raya baru Gaya ini , ia telah mengambil banyak masa untuk mahkamah membuat satu keputusan, dan ini telah menyusahkan banyak pihak. Bagi saya ini sesuatu yang tidak harus berlaku, dan pindaan yang dicadangkan, iaitu seksyen baru 35A ini akan mengatasi masalah ini. Jadi, yang paling lama ialah kita kena menunggu enam bulan untuk mahkamah pilihan raya membuat keputusan. Tetapi ini bukan berakhir selepas enam bulan oleh kerana sekarang juga ada ruang untuk rayuan, iaitu semasa kita ada Seksyen 35A kita juga ada Seksyen 36A, 36B, dan 36C yang dicadangkan, di mana ada ruang bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Sungguhpun ini juga diberi masa enam bulan, maka pada keseluruhannya proses akan mengambil masa satu tahun.

Saya harap dengan ini maka kelewatan itu yang akan menyebabkan yang dipilih itu tidak yakin sama ada dia akan duduk di kerusi itu selama tempoh ataupun pada satu tempoh yang singkat sahaja. Dia dapat masalah semacam itu tetapi ia dapat mengatasinya. Saya mengalu-alukan pindaan ini sungguhpun kedua-dua seksyen ini apabila dibacakan bersama, telah menetapkan satu tahun sebagai tempoh. Kalau boleh, lebih baik segala proses itu dihabiskan dalam masa enam bulan. Itu bagi saya adalah lebih baik, dan bukan di peringkat mahkamah pilihan raya mengambil masa enam bulan dan di peringkat rayuan mungkin mengambil masa enam bulan lagi.

Akhir sekali saya ingin menyentuh tentang beberapa pindaan kepada Jadual Kedua. Di sini ada dicadangkan untuk kemukakan rayuan atau untuk mengemukakan petisyen itu kepada mahkamah pilihan raya, satu sekuriti yang bernilai RM10,000 diperlukan. Pada masa sekarang hanya diperlukan dikemukakan RM2,000 tetapi jumlah ini sekarang ditingkatkan kepada RM10,000. Adakah ini akan menjadi satu masalah kepada pihak yang kalah itu untuk mengemukakan petisyen kepada mahkamah sungguhpun ia ada unsur-unsur yang baik. Kalau ini akan menghalang sesuatu pihak daripada membentangkan unsur-unsur yang baik kerana masalah kewangan ini maka pindaan kepada Jadual Kedua ini telah menghilangkan kebaikannya.

Adakah kita boleh mewujudkan ruang supaya dalam keadaan-keadaan tertentu SPR sendiri boleh mengemukakan petisyen. Adakah ini sesuai kalau didapati memang

Page 65: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 59

sudah ada kesalahan-kesalahan yang telah berlaku semasa pilihan raya dan SPR sendiri kemukakan petisyen ini ke mahkamah pilihan raya? Kalau kita lihat dari segi keadilan, kalau seseorang itu telah dipilih kerana telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu, tentulah bagi saya ini menjadi tanggungjawab SPR untuk mengambil tindakan, dan adakah ini termasuk membolehkan SPR membuat petisyen kepada mahkamah pilihan raya. Kalau ini boleh dilakukan, maka pindaan ini yang menaikkan amaun untuk membuat petisyen dari RM2,000 kepada RM10,000 itu, kita boleh terima.

Di bawah kaedah 12 tadi dalam pindaan Jadual Kedua, sekarang kaedah 20, iaitu apabila hakim pilihan raya tidak dapat meneruskan perbicaraan di atas sesuatu sebab, maka hakim yang baru dilantik itu tidak perlu memulakan semula proses perbicaraan tetapi boleh menyambung apa yang telah dibicarakan oleh hakim yang pertama. Bagi saya ini juga satu pindaan yang baik tetapi kita mesti memastikan bahawa apa yang sudah berlaku di bawah hakim pertama itu kita dapat merekodkan dengan baik supaya ia boleh dirujuk oleh hakim yang kedua apabila perbicaraan itu disambung semula. Selalunya kita telah mendengar kes-kes di mana selepas perbicaraan, hakim mengambil masa yang panjang untuk menulis perbicaraan itu, dan sungguhpun ia telah memberi keputusan, tetapi kes-kes itu telah mengambil masa yang lama untuk ditulis dalam format supaya dapat diberi kepada kedua-dua pihak itu. Ini bagi saya adalah satu pindaan yang baik, tetapi kita mesti memastikan bahawa semua nota itu adalah lengkap supaya hakim yang kedua itu dapat menyambung kes itu dengan senang dan semua pihak itu tidak membuang masa dan kes itu boleh diselesaikan di dalam masa yang telah diharapkan.

Di bawah kaedah 19 ada juga diperuntukkan bahawa kalau kes itu ditangguhkan oleh mahkamah, maka tidak perlu menyiapkan dalam warta perintah yang dibuat oleh seorang hakim pilihan raya itu. Ini bagi saya juga satu pindaan yang baik kerana ini akan menjimatkan masa. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak itu diberitahu tentang tarikh yang baru supaya mereka dapatlah hadir untuk meneruskan perbicaraan itu. Saya harap tidak ada keadaan yang wujud di mana pihak-pihak berkenaan itu tidak dapat hadir pada hari yang ditetapkan oleh kerana tidak diberitahu kerana apa yang dibuat sekarang ialah kalau disiarkan melalui dalam warta, maka kita pastikan maklumat itu akan sampai kepada semua pihak.

Itu sahaja komen-komen saya, Tuan Yang di-Pertua, jadi saya menyokong pindaan-pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Puan Siti Zailah.

5.04 ptg.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Umumnya kita ketahui bagaimana bahawa pindaan akta ini sebenarnya dirangsang yang begitu cara akibat daripada kegagalan UMNO ataupun BN mengambil alih semula kerusi DUN Anak Bukit bagi memastikan kuasa 2/3 mereka di Dewan Undangan Negeri Kedah dan seterusnya kekalahan yang begitu hampir ketara sekali mereka di Parlimen Pendang.

Media massa, cetak dan elektronik yang hakikatnya seterus diperkuda oleh UMNO dan ataupun BN tanpa segan silu seolah-olah menjadi tongkat ataupun seolah-olah dalam kata yang mungkin kasar sedikit, tetapi mungkin difahami oleh semua masyarakat, seolah-olah menjadi ‘barua’ yang bertugas sepenuh masa memburuk-burukkan parti Islam terutama PAS yang telah pun diiktiraf dan dinobatkan oleh rakyat di dua buah negeri bagi memimpin mereka iaitu Kelantan dan Terengganu. Saya merakamkan …

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, perkataan ‘barua’ itu saya rasa tidak begitu sesuai diucapkan dalam Dewan yang mulia ini.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Maaflah Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik baliklah perkataan itu.

Page 66: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

60 DN 11.11.2002 Saya merakamkan ucapan penghargaan dan syabas dan terima kasih kepada rakyat Kelantan dan Terengganu yang begitu matang dalam senario politik walaupun terdapat banyak karenah yang begitu sehingga kita lihat banyak perkara yang mungkin tidak menyenangkan dalam meneruskan sistem demokrasi yang ada dalam negara kita.

Bahkan kita lihat bagaimana dalam media massa yang sentiasa diwarnai yang kini kita lihat yang diwarnai oleh kepimpinan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan kini terus menerus memomokkan para penonton TV dengan iklim ‘kegerhanaan’ yang langsung melewati batas-batas kebenaran, keresahan dan keadilan demokrasi dan melewati fitrah keilmuan yang benar lagi objektif.

Saya akur bagaimana kita semua menyedari pilihan raya yang berlangsung di Kedah baru-baru ini, khususnya kita lihat di DUN Anak Bukit merupakan satu pilihan raya yang ada unsur-unsur yang negatif yang kurang bermoral dan perkara ini telah diakui oleh Pengerusi SPR sendiri.

Jadi, bertitik tolak daripada pengesahan dan pengisytiharan itu, saya mencadangkan agar SPR selaku Suruhanjaya Bebas menjalankan kajian terperinci serta siasatan yang holistic berdasarkan rekod-rekod perjalanan pilihan raya yang ada, dan menjelaskan serta membuktikan secara terbuka, berwibawa, bertanggungjawab, beramanah bahawa siapakah yang sebenarnya yang kasar, yang tidak berperikemanusiaan, yang provokatif dan rasuah yang menggunakan jentera kerajaan milik rakyat untuk kepentingan parti dan survival pihak-pihak yang tertentu.

Kajian dan siasatan berkenaan dan akhirnya laporan yang adil adalah perlu bagi membuktikan bahawa SPR khususnya hendaklah bersifat adil kepada setiap masa.

Telah tiba masanya juga betapa cadangan mewujudkan badan pemerhati luar antarabangsa sebagai pemantau dan pemerhati di sepanjang proses perjalanan pilihan raya umum akan datang dipertimbangkan atas nama tanggungjawab dan kebenaran ataupun ketelusan SPR. Badan ini perlu melihat kebenaran dan melaporkan secara telus bahawa siapakah yang sebenarnya samseng dizalimi, dan dikasari dan tidak demokratik.

Kalau tidak, bukan setakat Kelantan tetapi SPR kerajaan, negara dan demokrasi seluruhnya berada dalam iklim ‘kegerhanaan’ yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya bahawa masalah kecelaruan dan kekeruhan yang berlaku dalam suasana pilihan raya negara ini adalah akibat rakyat dan parti-parti pembangkang tidak diberi keadilan dalam proses penguatkuasaan undang-undang yang kerap dibuat secara berpilih-pilih. Oleh itu, pada hemat saya, sebenarnya bukanlah masalah pada undang-undang yang akhirnya dicari jalan penyelesaian dengan mengetatkannya sehingga mencekik demokrasi, seperti contohnya dalam pindaan ini.

Kononnya dengan pengetatan undang-undang ini, maka SPR akan dapat menjalankan kerjanya secara lebih efektif, tetapi yang paling mustahak ialah penguatkuasaan undang-undang adalah secara menyeluruh bukan memilih bulu.

Contohnya, pendekatan …..

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Siti Zailah, Yang Berhormat Datuk Ghazi minta laluan. Dijemput Datuk.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi laluan. Saya mendengar hujah Yang Berhormat mengatakan mungkin tidak perlu kerajaan membuat pindaan dan peruntukan tambahan dalam akta, memadai setakat memberi ruang dari segi, pengawasan atau supervision.

Saya rasa dalam hujah itu, saya nampak ada kontradiksi sedikit, ia ada percanggahan fakta di situ, sementara Yang Berhormat sebut tak payah ada peruntukan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman dan mencapai cita-cita yang banyak, Yang Berhormat juga menyebut kena ada pengawasan. Tetapi pengawasan ini, yang hendak awas siapa, pengawasan ini kerana mengikut tertakluk kepada undang-undang yang lebih baik, yang dibuat mengambil kira permasalahan yang timbul di masa kini, itu pada saya

Page 67: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 61

pengawasan yang baik. Kalau peraturan itu begitu, undang-undangnya tetap, tetapi hendak kawal sahaja – tidak boleh! Sebab kuasa tidak ada.

Jadi, percanggahan yang begini, saya rasa tidak dapat diterima sekurang-kurangnya oleh saya sendiri Yang Berhormat, kalau boleh dapat boleh beri penjelasan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Datuk Ghazi. Sebenarnya maksud saya di sini, nampak menyekat maknanya seolah-olah menyekat supaya pembangkang tidak memenangi pilihan raya - seolah-olah. Kita lihat bagaimana tajuk yang dibincangkan panjang iaitu masalah barung. Kita melihat bagaimana pondok panas ini di antaranya memberi kesan yang banyak terutama dalam kempen pilihan raya.

Di sini, kita lihat apabila parti pemerintah melihat kewujudan bangsal panas ini memberi keuntungan kepada pembangkang, seolah-olah mereka cuba menyekat, membuat satu pindaan yang menyekat. Banyak lagi pindaan yang lain. Di sinilah yang saya maksudkan supaya pindaan yang dibuat itu bukan seolah-olah untuk kita menyekat satu-satu parti menang tetapi mestilah pindaan itu memberi keadilan, kebebasan suara demokrasi rakyat. Itulah maksud saya.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat, Datuk Mansor bangun, minta jalan. Jemput.

Datuk Mansor bin Haji Md. Jaafar: Saya hendak bertanya satu soalan pendek sahaja. Daripada apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat, nampaknya seolah-olah mengatakan pindaan itu hanya ditujukan untuk digunakan oleh satu parti sahaja. Adakah Yang Berhormat bermaksud pindaan ini dilakukan hanya untuk satu pihak sahaja. Tidak payah dan tidak perlu dipakai oleh parti-parti yang lain.

Tetapi saya rasa hasrat yang diluahkan di dalam segala pindaan yang berlaku itu untuk digunakan oleh semua pihak, bukan kepada satu parti. Sebab itu kita harus memandangnya dengan lebih terbuka. Bukan kita memandang daripada satu sudut. Tetapi apa yang dilihat dan saya dengar daripada mula tadi, pandangan itu nampaknya kita berdiri daripada satu sudut memandang ke arah yang mahu ianya dilihat oleh kita dan kita mahu ianya ditekankan supaya ianya nampak keburukan kepada satu pihak. Tetapi bagi saya undang-undang yang diwujudkan adalah untuk digunakan oleh semua pihak. Apa pandangan Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Mansor, saya terkejut sebab saya belum beri laluan. [Ketawa] Sebenarnya inilah yang kita cadangkan supaya semangat demokrasi. Semangat demokrasi ini kita hidupkan dengan sebenarnya dan kita harapkan supaya SPR seharusnya menjadi satu badan bebas yang mempunyai sifat yang adil kepada rakyat seluruhnya.

Jadi, bukanlah maksud kita, pindaan ini untuk satu pihak sahaja. Tetapi kita mahukan SPR itu menjadi orang tengah yang adil, bukan apabila satu pilihan raya itu dibuat, seolah-olah SPR memastikan BN yang menang. Ini kita tidak cukup senang hati dengan suasana demokrasi yang ada dalam negara kita. Jadi saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

PAS dan rakan-rakan pembangkang yang lain telah banyak kali telah meminta sebelum sesuatu pindaan khususnya yang melibatkan proses pilihan raya ‘dibenangkan’ di Parlimen. Sewajarnya SPR sebagai suatu badan yang bebas dan tidak menjadi tunggangan pihak yang tertentu khasnya kepada kerajaan, menjemput semua parti-parti untuk berbincang dengan izin supaya iaitu to be fair. Kenapa ini tidak berlaku? Mengapa SPR turut menjadi pihak yang memilih, seolah-olah maknanya tidak menerima pandangan

Page 68: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

62 DN 11.11.2002 daripada pihak yang tertentu, sedangkan kita mengharapkan supaya dalam sebuah negara yang berdemokrasi ini, kita mestilah menghormati pandangan semua pihak.

Adakah SPR menganggap bahawa parti pembangkang itu tidak penting? Adakah maknanya SPR hanya memastikan supaya kerajaan BN sahaja yang menang. Inilah yang menjadikan kami tidak puas hati.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dilakukan ini dalam konteks Akta Pilihan Raya 1954 merupakan satu titik hitam dalam proses demokrasi dalam negara. Parlimen dan Dewan yang mulia ini memegang amanah rakyat yang begitu tinggi. Tempat yang sewajarnya tumpah kepercayaan rakyat seluruhnya. Kita yang berada di sini bukan setakat bertanggungjawab kepada mana-mana parti yang kita wakili tetapi juga bertanggungjawab kepada rakyat seluruhnya tanpa mengira ideologi, politik, kepercayaan, budaya dan bangsa.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Kita bertanggungjawab juga kepada negara .......

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang minta laluan. Jemput Dato’ Dr. Chin.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan kepada saya. Tadi semasa saya membahaskan saya telah menyatakan banyak daripada pindaan itu pada pendapat saya adalah untuk kebaikan perjalanan pilihan raya. Sekarang saya telah mendengar pendapat yang berlainan. Bolehkah kita diberi contoh-contoh yang menyatakan pindaan-pindaan ini tidak membawa faedah dan merupakan satu perkara yang hitam pada masa ini.

Sebagai contoh, saya tak lihat bagaimana untuk mengadakan barung di mana semua pihak itu dapat bersama pegawai SPR itu ialah satu keburukan. Sebagai contohlah, mungkin ada yang lain yang boleh diberitahu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyentuh tentang apa yang dikemukakan oleh Dato’ Dr. Chin tadi, bagaimana kita melihat dalam pindaan akta secara menyeluruh terlalu banyak pindaan yang dibuat. Bukan barung sahaja yang kita semua telah dengar, banyak seksyen yang kita bincangkan bersama yang mana kita melihat keseluruhan pindaan-pindaan yang dibuat ini banyak menjurus kepada seolah-olah menyekat kebebasan pihak pembangkang.

Contohnya, kita bagi contoh iaitu bagaimana dalam menghapuskan Seksyen 26..., saya terlupa tadi saya catat, iaitu bagaimana tidak boleh mengadakan perayu undi. Iaitu merayu undi dihapuskan. Jadi perkara ini maknanya seolah-olah macam menyekat, sedangkan di sini adalah ruang yang ada yang memberi kekuatan kepada parti-parti politik kita untuk memberi sumbangan mereka yang terakhir kepada para pengundi, di sini telah dihapuskan.

Begitu juga kenaikan deposit pilihan raya yang begitu tinggi, seolah-olah membawa negara kita orang yang kaya sahaja yang mampu menjadi calon. Jadi di sini di mana suara orang-orang yang miskin. Itulah maksud saya yang mana kita merasakan setelah kita merdeka lebih daripada 45 tahun. Jadi seolah-olah satu perubahan yang dibuat ini seolah-olah menampakkan salah satu era yang seolah-olah kita semakin menyempitkan sistem yang kita telah amalkan selama ini. Itu sahaja maksud saya maksudkan.

Jadi kalau kita melihat daripada apa yang sedang berlaku sekarang ini, bagaimana kita sekarang ini bukan bertanggungjawab sahaja kepada mana-mana parti politik yang kita wakili. Tetapi juga kita bertanggungjawab dengan Allah S.W.T. sebab itulah kita, saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan kepada semua kita yang menjadi pemimpin kepada masyarakat supaya kita bersikap, amanah, jujur dan bertanggungjawab pada setiap masa.

Begitu juga dengan soal tentang wang yang boleh digunakan dalam masa pilihan raya. Kenaikan jumlah wang ini sebenarnya sebagaimana yang dihuraikan oleh Dato’ Dr. Chin tadi seolah-olah menggalakkan rasuah berlaku. Kita tidak boleh menafikan sebelum

Page 69: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 63

ini banyak rasuah ataupun politik wang berlaku terutama dalam pilihan raya. Malah kalau di Kelantan sekarang ini belum sampai pilihan raya pun sudah banyak berlaku terutama di kawasan-kawasan pedalaman, banyak pemimpin daripada parti kaya, yang banyak duit ini, dia datang ke kampung-kampung dengan menjanjikan wang ringgit.

Saya dapat buktikan bagaimana ada yang mendapat RM1,000 ada yang mendapat RM500 dengan janji supaya menyokong BN. Ini belum lagi pilihan raya dan apabila dalam musim pilihan raya kita banyak bukti bagaimana pengundi itu memberitahu bagaimana mereka dapat wang ini. Dengan pindaan ini saya kira membuka ruang yang banyak untuk berlaku perkara yang tidak baik ini.

Kita lihat juga berkenaan dengan peranan Dewan yang mulia ini khususnya dalam membahaskan rang undang-undang. Saya teringat tesis yang pernah ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tulisan-tulisan serta ceramah-ceramah beliau dalam satu tulisan beliau mengatakan akan mempersoalkan kredibiliti Parlimen di negara kita. Saya quote secara direct, dengan izin iaitu “Bagaimana pula dengan Parlimen sebagai badan tertinggi perundangan.” Beliau mengatakan lagi, “Pada tahun 1992, Parlimen sudah diperalatkan oleh eksekutif politik, Parlimen telah diperkuda untuk meluluskan undang-undang yang zalim ini.”

Ini satu pandangan beliau dalam tesis beliau sebelum ini khususnya sebelum beliau menjadi Menteri. Malangnya perkara yang menyedihkan ialah bila mana Menteri yang sama juga sekarang ini membentangkan satu pindaan rang undang-undang berkaitan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya yang jelas memperkuda Dewan yang mulai ini, memperalatkan SPR dan Dewan yang mulia ini untuk menyempitkan proses demokrasi yang ada dalam negara kita.

Adakah beliau telah terlupa atau dengan sengaja atau tesis itu sengaja ditulis begitu tidak, kerana neraca akademik dan ilmu yang ditimba di atas kebenaran yang benar. Sedangkan akhirnya tindak tanduk luar selepas itu kerap diwarnai oleh kebenaran yang kabur.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mesyuarat yang lepas, Dewan yang mulia ini telah dihadapkan dengan pindaan Akta Pilihan Raya 1958 sekadar mengimbau betapa pindaan itu juga membenarkan, mencekik kebebasan politik pilihan raya dalam negara ini. Antara perkara yang membimbangkan dalam pindaan itu termasuklah hilangnya hak untuk menyoal kesahihan daftar pilihan raya. Bertambah sulitnya usaha untuk membersihkan daftar pilihan raya daripada pengundi hantu dan kenaikan wang pertaruhan begitu melampau.

Seterusnya dalam pindaan Akta Pindaan Pilihan Raya 1954 ini pula antara perkara yang mempunyai potensi untuk menjejaskan kewujudan pilihan raya yang bebas dan adil ialah mengehadkan pengenalan had baru terhadap perbelanjaan kempen yang nampaknya memberi laluan mudah kepada calon-calon yang mempunyai wang yang banyak. Pewujudan kesalahan baru yang menyerupai peruntukan Akta Hasutan 1948 seperti Seksyen 4A yang boleh menyukarkan lagi kempen-kempen pilihan raya dan prosedur yang amat sulit, yang lebih sulit untuk mencabar keputusan pilihan raya. Inilah yang saya maksudkan seolah-olah satu titik hitam dalam sejarah demokrasi dalam pilihan raya.

Tuan Yang di-Pertua, jelaslah pindaan yang terbaru yang dibuat terhadap dua akta utama yang mengorganisasikan pilihan raya baru-baru menyukarkan lagi parti-parti pembangkang. Dalam aspek yang tertentu pindaan berkenaan semacam cuba hendak menghalalkan perkara yang selama ini menjadi tumpuan utama kepada apa yang didakwa sebagai pilihan raya yang tidak adil seperti kewujudan pengundi hantu dan seumpamanya. Dalam pada itu, tidak mudah untuk menafikan bahawa pindaan-pindaan khususnya dalam konteks kuasa SPR terhadap senarai pengundi dan pemansuhan kuasa mahkamah untuk menyemaknya mempunyai kesan memperkukuhkan kelebihan parti yang memerintah.

Tuan Yang di-Pertua sebagai rumusannya pindaan ke atas dua akta utama yang mengorganisasikan pilihan raya itu jelas tidak memberi ruang kepada parti-parti pembangkang. Malahan semuanya semacam disediakan untuk dijadikan igauan buruk kepada BA dan rakyat seluruhnya. Pindaan itu jelas merupakan kewujudan satu set

Page 70: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

64 DN 11.11.2002 undang-undang yang tidak menyebelahi dan tidak mesra kepada rakyat seluruhnya, bahkan mengakibatkan senario demokrasi kita yang kian sarat….

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang bangun.

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff:… dengan undang-undang yang sebahagiannya merupakan undang-undang kecil yang tidak dicipta oleh Parlimen, pindaan ini adalah berita buruk untuk demokrasi dan masa depan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ah, dia sudah tutup. Jemput!

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya bangun seperti rakan-rakan yang lain, melainkan Yang Berhormat Siti Zailah yang banyak tidak menyokong kepada pindaan kesalahan pilihan raya. Saya seperti yang lain, ingin mengucapkan tahniah, rakaman terima kasih, selembar kasturi kepada keberanian baru kerajaan untuk melihat suasana pilihan raya di negara kita ini dapat dijalankan dengan seadil-adilnya untuk memberi ruang dan peluang kepada pengundi-pengundi kita, supaya hidup dalam sebuah negara yang aman damai ini, nampaknya memerlukan peraturan yang lebih ketat dan lebih strategik serta lebih memberi keutamaan kepada sistem demokrasi itu sendiri.

Walaupun ramai yang berkata bahawa Parlimen bukan tempat yang demokratik lagi, tetapi oleh kerana kita faham bahawa Parlimen dipilih melalui sistem demokrasi yang akhirnya diberi peluang sama ada di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara untuk memberi pandangan maka terserahlah majoriti kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara untuk memberi dan membahaskan bagi pihak rakyat.

Tuan Yang di-Pertua pada keseluruhannya rang undang-undang ini yang meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam Akta 5 ini pada keseluruhannya adalah merupakan pendekatan-pendekatan baru yang pragmatik, yang harus disokong dengan sebulat suara supaya suasana pilihan raya yang berlaku sebelum ini banyak menimbulkan, banyak masalah ketidakadilan kepada pengundi-pengundi dan juga ketidakadilan kepada beberapa calon dalam pilihan raya.

Matlamat pindaan ini saya beranggapan adalah mengikut fasal-fasal yang dipinda ini adalah untuk memberi satu proses pengukuhan kepada perjalanan undang-undang melalui pilihan raya kita ini supaya keadaan ini dapat kita laksanakan di dalam beberapa fasal tertentu ini, supaya ianya lebih sesuai dengan peredaran masa dan zaman yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita pun tahu bahawa perkara ini diurus sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. SPR begitu lama telah menguruskan dengan agak adil, perjalanan pilihan raya di negara kita tetapi oleh keadaan dengan politicking dengan izin, di antara parti-parti politik di zaman ini berbanding dengan zaman selepas merdeka 60 an, 70 an mungkin agak berbeza dari segi gerak kerja parti-parti politik di negara kita. Jadi saya mengucapkan tahniah kerajaan kerana dapat memberi satu pendekatan ini supaya SPR diberi kuasa untuk menyelaras kerja-kerja pilihan raya ini di negara kita ini supaya peluang yang sama dapat dinikmati dan dirasai oleh semua pengundi-pengundi di negara kita ini.

Walau pun kita dapat merakamkan terima kasih kepada SPR tetapi ruang untuk SPR lebih maju walaupun pun tindakannya dilihat adil tetapi banyak kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pengurusan SPR itu sendiri. Setakat ini SPR tidak mempunyai cukup kakitangan dan banyak di antara kakitangan yang ditauliahkan oleh SPR adalah merupakan kakitangan yang dipinjam daripada kakitangan dari jabatan-jabatan lain.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya dapat diadakan satu pengurusan SPR itu dengan lebih terurus dengan kerajaan menambahkan kakitangan ini bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat kawasan Parlimen ataupun daerah. Sekarang ini banyak kita menggunakan tenaga pegawai daerah umpamanya, untuk menjadi pengurus pilihan raya tetapi kita ingat bahawa pegawai daerah ialah merupakan institusi yang tertinggi dalam satu-satu daerah, merupakan banyak tugasan-

Page 71: PARLIMEN MALAYSIA DEWAN · PDF file“ Datuk Haji Mohamed bin Omar Beledram ... Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman ... Saya berharap ahli yang baru dipilih itu dapat memberikan sumbangan

DN 11.11.2002 65

tugasan lain, kadang-kadang pegawai daerah ini akan menjadi pengurus pilihan raya yang tidak mempunyai kesempatan untuk menjalankan tugas dengan secara detail.

Saya tidak mempertikaikan pengalaman dan kaedah yang dibuat sebelum ini, tetapi lonjakan kepada pengurusan yang lebih baik kepada SPR supaya oleh kerana SPR adalah merupakan organisasi yang penting dalam mengurus pilihan raya adalah tidak salah kerajaan membelanjakan sejumlah wang supaya SPR di peringkat Parlimen dapat kita tubuhkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat oleh kerana masa telah cukup, Yang Berhormat boleh berucap besok.

Datuk Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat dengan ini Majlis Mesyuarat Dewan ini akan ditangguhkan ke hari esok jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang