majlis makan malam tahunan kolej ungku .memberi arahan dan mengagihkan tugas, ... pengetua kolej...

Download MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU  .memberi arahan dan mengagihkan tugas, ... Pengetua Kolej Ungku Omar , ... Jawatan kuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA)

Post on 03-Feb-2018

256 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • KERTAS KERJA

    MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

    KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013

    TARIKH

    30 APRIL 2013

    TEMPAT

    Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR),

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    ANJURAN

    Sekretariat Majlis Tertinggi

    Kolej Ungku Omar,

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    TEMA

    60 an

  • KERTAS KERJA

    MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

    KOLEJ UNGKU OMAR

    SESI 2012/2013

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    1.0 TUJUAN

    Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

    serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan

    Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar bagi sesi 2012/2013 ini. Selain itu,

    untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan

    tujuan membantu melancarkan perjalanan program dan memberi makluman secara

    teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.

    2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

    Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar merupakan suatu majlis besar

    yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

    Universiti Kebangsaan Malaysia pada penghujung semester kedua pengajian setiap

    tahun. Ungkapan penuh bermakna Kenangan, Anugerah dan Memoridipilih

    sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep 60

    an di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan

    tema mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan tersebut juga memberikan

    gambaran bahawa tidak kira apapun penampilan pada Majlis Makan Malam Tahunan

    Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013 itu, diharapkan di penghujung majlis ini, setiap

    tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat

    dilupakan. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima

    kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada penghuni Kolej Ungku Omar yang

    selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah

  • fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi

    ini. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat

    kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama penghuni kolej yang terdiri daripada

    pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir,

    penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk

    meraikan mereka yang bakal memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak.

    Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai kejayaan pelajar kolej ini

    dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara keseluruhannya telah

    membantu menaikkan imej dan nama kolej. Oleh yang demikian, diharapkan agar

    majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi

    kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk

    mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan

    satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

    3.0 MISI

    Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan

    kelancaran program ini dengan :

    3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

    dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

    3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

    ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

    3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

    pelaksanaan program.

    4.0 MATLAMAT

    Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah:

  • 4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat

    bersatu

    padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.

    4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar

    ke

    peringkat yang lebih tinggi.

    4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping

    membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang

    efektif.

    4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah

    menetap di Kolej Ungku Omar.

    5.0 OBJEKTIF

    Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana

    menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

    5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan

    kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang

    sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan

    cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai

    keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

    5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada

    pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,

    memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi

    dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan

    untuk mencapai matlamat yang disepakati.

  • 5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

    pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka

    isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

    5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan

    idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh

    menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan

    rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan

    sebagainya.

    5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam

    mencari dana bagi melancarkan majlis.

    5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar

    melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah

    laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

    5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan

    kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan

    kebajikan pelajar.

    5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

    saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan

    tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.

    6.0 TEMA

    60 an

    7.0 ANJURAN

    Sekretariat Majlis Tertinggi

    Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)Sesi 2012/2013

  • Kolej Ungku Omar

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    8.0 TARIKH DAN MASA

    Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

    Tarikh : 30 April 2013

    Hari : Selasa

    Masa : 8.00 malam 11.00 malam

    9.0 TEMPAT PROGRAM

    Tempat program yang dicadangkan ialah :

    Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia,

    Bangi, Selangor Darul Ehsan.

    10.0 PUBLISITI

    Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya

    dan

    Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi

    i. Poster

    ii. Banting

    iii. Kain rentang

    iv. Skrin digital

    v. Pembukaan booth ketika Hari Keluarga Kolej Ungku Omar

    vi. Mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan kafetaria

  • Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran.

    Banting dan kain rentang akan digantung di sekitar kolej. Pembukaan booth ketika hari

    keluarga Kolej Ungku Omar dan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan aspek

    konsep pemakaian ketika majlis dengan harapan semua penghuni kolej akan hadir dengan

    mengenakan pakaian yang menepati konsep yang telah ditetapkan oleh pihak

    jawatankuasa pelaksana. Sudut info akan membekalkan serba sedikit maklumat penting

    kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan sebagainya.

    Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini

    menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti

    Kebangsaan Malaysia dua minggu sebelum majlis ini berlangsung.

    11.0 CADANGAN PERASMI

    I. YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof

    Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

    II. Kapten Dr. Azhan Bin Awang

    Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

    12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

    Sasaran peserta : Semua warga Kolej Ungku Omar

    Jumlah urusetia :50 orang

    13.0 STRUKTUR ORGANISASI

    Rujuk Lampiran A

    14.0 TENTATIF PROGRAM

    Rujuk Lampiran B

    15.0 BELANJAWAN

    Rujuk Lampiran C.

  • 16.0 PEJABAT URUSAN

    Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

    sila hubungi :

    Jawatan kuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA)

    Kolej Ungku Omar

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 Bangi

    Selangor Darul Ehsan.

    (u/p : , Ketua Pengarah Program)

    Nama : Muhamad Arif Bin Abdul Aziz

    Tel : 0178229394

    E-mel : cominglucky@facebook.com

    17.0 PENUTUP

    Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi

    2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar

    mailto:cominglucky@facebook.com

  • (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

    mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan

Recommended

View more >