undang dan peraturan smkti 2013

31
SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH SMK TAMAN INDAH NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Upload: syaaban

Post on 20-Jun-2015

13.699 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang dan peraturan smkti 2013

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN

N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNDANG – UNDANG DAN

PERATURAN SEKOLAH SMK TAMAN INDAH

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH

KOD SEKOLAH : NEA 5057

NO. TELEFON : 06-4414479

N0. FAKS : 06 -4413502

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Page 2: Undang dan peraturan smkti 2013

1

Peraturan-Peraturan Sekolah SMK TAMAN INDAH

1. Kehadiran Sekolah. 1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:00 pagi. Murid-murid dikehendaki

berada di Dataran Ilmu ( tapak perhimpunan ) sebelum 7.00 pagi 1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang

ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap

waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah

memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.

1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.

1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.

1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Pengetua.

1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.

1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Pengetua atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.

1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek.

1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.

1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar persendirian.

1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada pengetua atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.

1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat.

1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

Page 3: Undang dan peraturan smkti 2013

2

2. Pakaian Seragam. 2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki: a. Seluar panjang/pendek warna hijau gelap. b. Baju putih lengan pendek/panjang. c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85) d. Setokin putih. (-sda-) 2.2. Pengawas: a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam biasa dan bertali leher. b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan bertali leher atau

bertudung putih bagi pengawas perempuan Islam. 2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam. a. Pinafore. b. Kasut putih. c. Setokin putih. 2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam. a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih. b. Memakai kain sarung. c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk

tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih. 2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua

murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju.

2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam, coklat atau hijau, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan.

2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan.

2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Pengetua. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.

2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan. 3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78) 3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah / pakaian

yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.

3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan Jasmani.

3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.

Page 4: Undang dan peraturan smkti 2013

3

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76) 4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: 4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga. 4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi. 4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan

sideburn melebihi garisan tengah hidung. 4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang. 4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan

mengikut fesyen semasa. 4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan

rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli. 4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang. 4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi jika

ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat rambut mereka sebagai toncang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru, putih atau hitam.

5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah. 5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam

tempoh yang ditetapkan. 5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta

benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakkan hukuman setimpal/membuat ganti rugi.

5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan. 5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada

murid-murid. 5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan

keselamatan buku tersebut. 5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. 5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-

murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut.

5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.

5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan.

5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut.

5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.

5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.

5.3.10.Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas.

Page 5: Undang dan peraturan smkti 2013

4

6. Tatatertib. 6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa

pengajaran/pembelajaran. 6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan

tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas. 6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada

semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan. 6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku

pertukaran subjek. 6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan

sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. 6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan

lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing.

6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.

6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa. 6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua

kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan. 6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini. 6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut

masa yang telah ditetapkan. 6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu

cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali

pada waktu hujan). 6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan. 6.1.14. Murid-murid akan diberi mata demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau

pelanggaran peraturan sekolah 6.2. Perhimpunan sekolah 6.2.1. Perhimpunan sekolah akan diadakan pada setiap hari Rabu, kecuali diberitahu ada

perubahan. Kehadiran murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa Pengetua rasa ia diperlukan.

6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya.

6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis tersebut.

6.3. Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasan-kawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada Pengetua.

6.4. Murid-murid yang melanggar undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Page 6: Undang dan peraturan smkti 2013

5

7. Peraturan Khusus. Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk: 7.1. Bilik makmal sains 7.2. Bilik SRT/SPT 7.3. Perpustakaan 7.4. Kantin. 7.5. Bilik Komputer. 7.6. Dewan makan. 7.7. Dapur sekolah. 7.8. Bilik mesyuarat. 7.9. Koperasi. 7.10. Surau 7.11. Pejabat. 7.12 Gelanggang-gelanggang permainan. 7.13. Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah. 8. Amalan Ibadat. 8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa

dan tempat yang sesuai. 8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana

agama. 9. Ujian/Peperiksaan. 9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib. 9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan

tekun. 9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur

semasa peperiksaan. 9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan

dikenakan tindakan disiplin. 9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau

ketidakjujuran dalam peperiksaan. 9.6. Untuk peperiksaan PMR dan SPM murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah

kesalahan serius. 9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau

penjaga.

Page 7: Undang dan peraturan smkti 2013

6

10. Kegiatan Kokurikulum. 10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan

oleh sekolah di luar masa belajar seperti: 10.1.1. Kegiatan sukan. 10.1.2. Kegiatan persatuan 10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam. 10.1.4. Kegiataan keagamaan. 10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu

kegiatan Pasukan Pakaian Seragam. 10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk

setiap kegiatan yang dijalankan. 10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah

mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin. 10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki

pakaian seragam yang sesuai. 10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-

masing pada setiap hari Rabu. 11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75) 11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. 11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. 11.3. Memukul guru-guru. 11.4. Mengancam guru-guru atau Pengetua. 11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah

dan Jabatan Pendidikan. 11.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah. 11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah. 11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. 11.9. Mencuri 11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya. 11.11. Merokok dan mengambil dadah. 11.12. Berjudi 11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan. 11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran. 11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Pengetua. 11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan

kacau bilau dan perpecahan kaum. 11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara

Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

Page 8: Undang dan peraturan smkti 2013

7

12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid (Disiplin Sekolah) 1959)

Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah itu. Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. Peraturan 7. 12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik.

12.2. Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.

12.3. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.

12.4. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.

12.5. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.

12.6. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan.

Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah:

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau

b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah.

Peraturan 11. Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini. Peraturan 12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya):

a. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau b. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa

kebenaran Pendaftar Besar.

Page 9: Undang dan peraturan smkti 2013

8

12.7. Surat menyurat.

12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri.

12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Pengetua.

12.8. Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

12.9. Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.

12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa kebenaran: persikatan Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah.

12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)

12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78) 12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-

undang awam. 13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.

13.1. Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-lawatan 1957)

13.2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua atau guru-guru yang telah dipertugaskan.

13.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah.

13.4. Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah didapati dahulu.

14. Kebersihan.

14.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah: 14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian. 14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan

keseluruhan badan. 14.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap

kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

Page 10: Undang dan peraturan smkti 2013

9

15. Merokok.

15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993)

15.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)

15.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok. 15.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan

dengan pintu/ pagar sekolah. 15.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas

Bil. 4/97) 16. Usaha Menaman Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)

16.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan melafaz ikrar sekolah pada perhimpunan rasmi atau sebelum waktu persekolahan bermula.

16.2. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan sekolah.

16.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan.

17. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.

17.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

17.2. Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah. 17.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja

kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.

18. Peraturan Bilik Darjah.

18.1. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.

18.2. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.

18.3. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Pengetua atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian.

18.4. Ponteng kelas/sekolah: 18.4.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan

alasan yang munasabah dianggap ponteng. 18.4.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. 18.4.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.

Page 11: Undang dan peraturan smkti 2013

10

18.4.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Pengetua akan menghantar surat pertama kepada ibubapanya.

18.4.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya.

18.4.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa.

18.4.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah.

18.4.8. Bagi murid ponteng kelas , sekali ponteng kelas amaran lisan diberikan. 18.4.9. Sekiranya murid ponteng kelas sebanyak 3 kali , amaran pertama

diberikan dan ibubapa / penjaga akan dimaklumkan. Murid juga akan dirujuk kepada Guru Bimbingan dan kaunseling.

18.4.10.Sekiranya murid ponteng kelas melebihi 3 kali, amaran kedua akan diberi dan rotan 1 kali. 18.4.11.Jika murid ponteng melebihi 7 kali , amaran terakhir diberikan. 18.4.12.Murid dikenakan hukuman gantung sekolah jika murid yang sama ponteng kelas melebihi 10 kali.

18.5.Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Pengetua, Guru Penolong Kanan-Guru Penolong Kanan, guru, dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas.

18.6.Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.

18.7.Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu pengetua/P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut.

18.8.Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.

18.9.Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut: 18.9.1 Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru 18.9.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas. 18.9.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan

sampah dalam laci meja. 18.9.4. Menggunakan meja dan kerusi guru. 18.9.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Pengetua. 18.9.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh

merosakkannya. 18.9.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas. 18.9.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang

dipamerkan. 18.9.9. Menconteng atau menanda buku teks.

18.9.10.Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.

Page 12: Undang dan peraturan smkti 2013

11

18.10. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

19. Biasiswa.

19.9. Biasiswa adalah kurnian wang oleh kerajaan atau agensi-agensi atas sokongan pihak sekolah. Oleh itu sekolah berhak mencadangkan perlanjutan atau menamatkannya.

19.10. Sebarang hutang sekolah hendaklah dijelaskan oleh pemegang biasiswa melalui potongan biasiswa.

19.11. Biasiswa murid akan ditahan atau diberhentikan terus apabila murid tersebut: 19.11.2. Melakukan kesalahan jenayah yang berat seperti yang ditakrifkan

oleh sekolah. 19.11.3. Tidak memperbaiki prestasi akademiknya yang merosot. 19.11.4. Sentiasa melanggar disiplin sekolah dan tidak menunjukkan

perubahan positif setelah diberi nasihat dan amaran. 19.12. Murid tidak dibenarkan mengeluarkan wang melebihi daripada jumlah yang

telah ditetapkan. 19.13. Pengeluaran wang biasiswa adalah khas untuk membeli keperluan sekolah.

Sebarang pengeluaran wang biasiswa untuk tujuan lain adalah tidak dibenarkan.

19.14. Buku-buku biasiswa hendaklah disimpan seperti yang diarahkan oleh guru biasiswa.

20. Gantung Sekolah.

20.9. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah atau menghadiri mana-mana kelas.

20.10. Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.

21. Minum Dan Membawa Minuman Keras.

21.9. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan sekolah.

21.10. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan mabuk/khayal.

22. Hubungan Lekaki Dan Perempuan.

22.9. Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.

22.10. Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain. 22.11. Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik

darjah dan kawasan-kawasan lain di sekolah. 23. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.

23.9. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Pengetua, menanggung semua risiko yang bakal dihadapi.

Page 13: Undang dan peraturan smkti 2013

12

23.10. Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.

24. Lembaga Pengawas.

24.9. Lembaga pengawas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga disiplin murid.

24.10. Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang telah diarahkan.

24.11. Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian pengawas seperti mana yang telah ditetapkan.

24.12. Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa. 24.13. Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.

25. Surau Dan Sembahyang.

25.9. Surau dibuka pada setiap waktu sembahyang. 25.10. Murid tidak dibenarkan tidur di surau kecuali dengan kebenaran. 25.11. Semua murid wajib mematuhi peraturan surau sama ada dari segi ibadat,

keselamatan, kebersihan, kebajikan dan aktiviti yang dicadangkan oelh sekolah.

25.12. Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, keselamatan dan ketenteraman surau.

26. Penggunaan Basikal / Motosikal

26.1. Murid hendaklah menyimpan basikal dan motosikal di tempat yang telah ditetapkan dengan teratur.

26.2. Basikal-basikal mestilah mempunyai kelengkapan seperti loceng, tupang, kunci , berek dan lampu.

26.3. Murid yang mempunyai / membawa motosikal dimestikan mempunyai segala kelengkapan seperti lesen, cukai jalan,topi keledar dan sebagainya.

26.4. Murid mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa menggunakan jalan raya.

26.5. Murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. Basikal dan motosikal mesti dipimpin / disorong apabila berada di dalam kawasan sekolah.

26.6. Murid tidak dibenarkan menunggang secara bersaing, 27. Larangan-Larangan.

27.9. Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan

mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah. 27.10. Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran

di koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi. 27.11. Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan

telah dibunyikan. 27.12. Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran. 27.13. Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.

Page 14: Undang dan peraturan smkti 2013

13

27.14. Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut yang tidak dibenarkan di sekolah.

27.15. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 27.16. Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini

adalah tidak sihat. 27.17. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-

barang kemas. 27.18. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid

paper di sekolah. 27.19. Murid tidak dibenarkan memandu dengan laju dan cara yang berbahaya di

kawasan sekolah. 27.20. Murid tidak dibenarkan membunyikan hon atau membunyikan motosikal atau

kenderaan dengan kuat dalam kawasan sekolah. 27.21. Murid dilarang menjerit sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-

nama guru atau pekerja sekolah. 27.22. Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar

berdekatan dengan sekolah. 27.23. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan

pergaduhan. 27.24. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan pengetua, penolong kanan-

penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru. 27.25. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara. 27.26. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam

kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Page 15: Undang dan peraturan smkti 2013

14

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan. (Mata Demerit Juga Akan Diberi Berpandukan Kepada Sistem Demerit)

Bil Tema Kesalahan/

perlakuan Pekililing rujukan

Tindakan sekolah

1.

Tingkah laku

jenayah Salahguna dadah

Pek. Iktisas Bil. 7/75

1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan.

2. Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat.

3. Merujuk kepada doktor – melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan.

4. Rawatan doktor. 5. Pemulihan dan tindakan ekoran

oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Tindakan Pengetua. 1. Nasihat/amaran – Surat panggilan

kepada ibubapa. 2. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa. 3. Melaporkan kepada polis 4. Gantung sekolah 5. Buang sekolah

2.

Mengedar dadah

1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pendidikan)

2. Memanggil ibubapa 3. Melaporkan kepada polis

3.

Mencuri

Pek. Iktisas Bil. 9/75

Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Tindakan Pengetua 1. Memulangkan balik barang yang

dicuri atau mengikut nilai. 2. Meminta maaf pada empunya

barang dengan disaksi oleh Pengetua.

3. Amaran 4. Memanggil ibubapa 5. Hukuman rotan 6. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa untuk berkelakuan baik. 7.

4.

Memeras ugut

Pek. Iktisas Bil. 9/75

1. Memulang balik barang diambil/nilainya.

2. Diberi amaran keras – akhir. 3. Memanggil ibubapa 4. Hukuman kerja amal 5. Hukuman rotan /gantung sekolah 6. Akaun bertulis ibubapa dan murid.

Page 16: Undang dan peraturan smkti 2013

15

Jika melibatkan senjata. 7. Penggantungan sekolah 8. Laporan kepada polis.

5.

Berjudi

-sda- 1. Nasihat 2. Amaran keras 3. Hukuman rotan. 4. Pengakuan bertulis murid dan

ibubapa. 5. Kerja amal 6. Digantung persekolahan 7. Laporan kepada polis

6.

Memukul, bergaduh dan mencedera

-sda- 1. Hukuman rotan 2. Memanggil ibubapa 3. Dipaksa berdamai dan meminta

maaf. 4. Digantung persekolahan. 5. Kerja amal 6. Pengakuan bertulis 7. Buang sekolah

7.

Membawa senjata dan berniat jahat

-sda- 1. Senjata dirampas 2. Memanggil ibubapa 3. Hukuman rotan. 4. Digantung persekolahan. 5. Amaran dan dilaporkan kepada

polis. 8.

Merosak harta benda

-sda- 1. Panggil ibubapa 2. Membayar ganti rugi. 3. Hukuman rotan 6. Digantung persekolahan. 7. Pengakuan bertulis.

9. Ahli kumpulan

haram

Fitnah

-sda-

-sda-

Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75 - ibubapa dihubungi - kaunseling - amaran/ digantung sekolah - buang sekolah

10.

Tingkah laku lucah

Membaca, menunjuk dan

menyebar bahan-bahan dan gambar

lucah.

-sda- 1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti.

2. Ibubapa dihubungi 3. Rotan dan rujuk kepada guru

kaunseling 4. Kerja amal

11. Mengintai murid-murid perempuan

-sda- 1. Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling

2. Kerja amal 12.

Menulis surat cinta

-sda- 1. Amaran dan nasihat 2. Rujuk kepada guru bimbingan 3. Kerja amal

Page 17: Undang dan peraturan smkti 2013

16

13. Bercumbu /berdua-duan dan bercinta dalam kawasan

sekolah

-sda- 1. Amaran dan nasihat 2. Panggil ibubapa 3. Gantung persekolahan 4. Buang sekolah

14. Ditangkap kerana berkhalwat dan

didenda di mahkamah

-sda- Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. -panggil ibubapa

15. Menggunakan kata-

kata lucah

-sda- 1. Rujuk kepada guru kaunseling. 2. Hukuman rotan 3. Kerja amal 4.

16. Menulis dan melukis kata-kata

lucah

-sda- 1. Rujuk kepada guru kaunseling 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan

17.

Meraba dan / memeluk murid

perempuan

-sda- 1. Panggil ibubapa 2. Rujuk kepada guru kaunseling 3. Rotan 4. Kerja amal 5. Gantung persekolahan 6. Laporan kepada polis

18. Menganggu murid

perempuan

-sda- 1. Rujuk kepada guru kaunseling 2. Kerja amal 3. Rotan

19.

Pelacuran / Zina / hamil / homo /

lesbian / kahwin / nikah gantung

1. Panggil ibubapa 2. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan

20. Tingkah laku anti

sosial

Sengaja mengotori sekolah atau kelas

Pek. Iktisas Bil. 9/75 School

(Gen. Reg. 1951

1. Kelas tahanan 2. Bayar gantirugi 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan

21. Sengaja menganggu ketenteraman sekolah/kelas

Pek. Iktisas Bil. 9/75

1. Rujuk kepada guru kaunseling 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan

22.

Bergaduh dengan murid lain

1. Panggil ibubapa 2. Nasihat dan amaran 3. Rotan 4. Diarah berdamai dan minta maaf 5. Digantung sekolah 6. Dibuang sekolah

23.

Berkelakuan biadab dan angkuh

-sda- 1. Rujuk kepada guru kaunseling 2. Amaran dan nasihat 3. Kerja amal 4. Panggil ibu bapa 5. Hukuman rotan 6. Digantung sekolah

24. Conteng Pek. Ikt. 1. Kelas tahanan

Page 18: Undang dan peraturan smkti 2013

17

menconteng 9/75 2. Hukuman rotan 3. Bayar ganti rugi

25. Benci dan tidak menghormati

peraturan sekolah dan undang-undang

negara

-sda 1. Diberi nasihat 2. Panggil ibu bapa 3. Kerja amal 4. Rotan 5. Digantung sekolah 6. Dilapor kepada polis

26. Makan dalam kelas

-sda- 1. Nasihat 2. Membersihkan kelas

27. Tidak menghormati

NegaraKu, lagu Negeri

-sda- 1. Nasihat 2. Amaran 3. Rotan 4. Digantung sekolah

28. Ponteng

perhimpunan/ majlis rasmi

-sda- 1. Amaran 2. Panggil ibu bapa 3. Nasihat 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan

29. Sengaja membuat sesuatu yang boleh memalukan sekolah

-sda- 1. Nasihat/amaran 2. Kerja amal 3. Hukuman rotan 4. Digantung sekolah

30.

Tingkah laku tidak

jujur

PONTENG SEKOLAH

(termasuk murid yang berada di sekolah tetapi tidak melapor kepada guru

tingkatan dan masuk ke kelas)

KP(BS)8458/12/(17) Borang

OM 9.2.77

1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa, amaran, rotan, nasihat

2. Panggil ibu bapa. 3. Kerja amal 4. Digantung sekolah 5. Jika murid ponteng sekolah 31

hari berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan

6. Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan

31. Ponteng kelas

(meninggalkan satu sesi penggajaran

dan tidak kembali)

-sda- 1. Nasihat 2. Panggil ibubapa 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan 5. Digantung sekolah

32. Keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru

-sda- 1. Kaunseling 2. Diberi amaran 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan

33.

Meniru dalam peperiksaan

-sda- 1. Markah peperiksaan dibatalkan 2. Nasihat 3. Memaklumkan kepada ibu bapa 4. Kerja amal 5. Hukuman Rotan

Page 19: Undang dan peraturan smkti 2013

18

34.

Membohong

-sda- 1. Nasihat 2. Rujuk kepada guru kaunseling 3. Amaran keras 4. Hukuman rotan untuk

kesalahan seterusnya 35.

Tingkah laku tidak

sopan

Berkelakuan dan berbahasa kasar,

memaki dan mencarut

guru/murid

Per. Ikt. Bil 9/75

1. Kaunseling 2. Panggil ibu bapa 3. Memohon maaf 4. Nasihat 5. Amaran 6. Kerja amal 7. Hukuman rotan

36. Tidak menghormati/

memcabar arahan pengawas

-sda- 1. Amaran 2. Kaunseling 3. Hukuman rotan 4. Gantung sekolah

37.

Tingkah laku tabiat (Habitual)

Tidak berpakaian kemas (tidak masuk baju ke seluar, tidak pakai kasut, tidak

menggunakan tanda nama, memakai subang, gelang,

rantai)

Pek. Ikt. Bil.

3/71,2/72, 4/76.

1. Teguran/amaran 2. Panggil ibu bapa 3. Kerja amal 4. Hukuman rotan

38.

Berambut panjang

Pek. Ikt. Bil 2/76

1. Diberi amaran 2. Rambut dipotong 3. Hukuman rotan 4. Digantung sekolah

39.

Tidak menepati masa

Pek. Ikt. Bil 9/75, school

(general) regulation,

1951

1. Amaran dan nasihat 2. Kaunseling 3. Panggil ibu bapa 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Digantung sekolah

40. Tidak membawa buku teks/buku

latihan dan lain-lain keperluan muridan

Peraturan Am

sekolah 1951

1. Diberi nasihat/amaran 2. Kaunseling 3. Panggil ibu bapa 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Digantung sekolah

41. Tidak menyiapkan

kerja kursus, latihan dan kerja

rumah/tugasan

-sda- 1. Amaran/nasihat 2. Kaunseling 3. Panggil ibu bapa 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan 6. Digantung sekolah

42. Membuat bising

dalam kelas

Pek. Ikt. Bil 9/75

1. Diberi amaran 2. Kaunseling 3. Hukuman rotan

Page 20: Undang dan peraturan smkti 2013

19

43.

Buang sampah merata-rata

Peraturan am sek. 1951

Pek. Ikt. Bil 9/75

1. Diberi amaran/nasihat 2. Kaunseling 3. Diarah membersihkan kawasan 4. Kerja amal 5. Hukuman rotan

44. Enggan bayar yuran

sekolah

Peraturan Am

sekolah 1951

1. Diberi nasihat 2. Ibubapa dihubungi 3. Sijil-sijil ditahan

45. Tidak

memulangkan/ hilang buku teks

-sda- 1. Membayar nilai buku tersebut 2. Tidak layak diberi buku teks pada

tahun seterusnya

46.

Merokok

Pek. Ikt.Bil 6A/75, 4/1997

1. Hukuman rotan 2. Nasihat/kaunseling 3. Panggil ibu bapa 4. Digantung sekolah 5. Buang sekolah selepas 5 kali

ditangkap 47.

Membawa barang yang dilarang ke sekolah ( rujuk

kepada peraturan sekolah kad Merit Demerit Kod D5)

1. Dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa.

2. Dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung tahun.

3. Dirampas dan dimusnahkan.

48. Membawa /

bermain mercun di kawasan sekolah

1. Hukuman rotan 2. Panggil ibu bapa 3. Kaunseling 4. Digantung sekolah 5. Laporan kepada polis

Page 21: Undang dan peraturan smkti 2013

20

LAMPIRAN 1

PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM (PINAFORE) BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Page 22: Undang dan peraturan smkti 2013

21

LAMPIRAN 2

PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 23: Undang dan peraturan smkti 2013

22

LAMPIRAN 3 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 24: Undang dan peraturan smkti 2013

23

LAMPIRAN 4 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 25: Undang dan peraturan smkti 2013

24

LAMPIRAN 5

PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 26: Undang dan peraturan smkti 2013

25

LAMPIRAN 6 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 27: Undang dan peraturan smkti 2013

26

LAMPIRAN 7 POTONGAN RAMBUT MURID

Page 28: Undang dan peraturan smkti 2013

27

KOD KATEGORI KESALAHAN A TINGKAH LAKU JENAYAH

A01 BERJUDI A02 MENCURI A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID A06 PERAS UGUT A07 GENGSTERISME A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK

B PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN

B01 MEMILIKI / MENYIMPAN B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN B03 MENJUAL / MENGEDAR B04 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN

C BULI

C01 BULI BAHASA C02 BULI FIZIKAL C03 BULI ISYARAT C04 BULI PERHUBUNGAN

D ROKOK

D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN D03 MENJUAL DAN MENGEDAR D04 MENGHISAP

E PONTENG

E01 PONTENG SEKOLAH E02 PONTENG KELAS E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN E05 PONTENG PREP E06 PONTENG ASRAMA E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH E08 PONTENG PERHIMPUNAN

F TINGKAH LAKU LUCAH

F01 BERCUMBUAN F02 BERKHALWAT F03 BAWA BAHAN LUCAH F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH F05 MENGINTAI F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH F07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH

Page 29: Undang dan peraturan smkti 2013

28

F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK

G TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP

G01 BIADAP KEPADA GURU G02 BIADAP KEPADA KAKITANGANG03 BIADAP KEPADA TETAMU G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA G08 INGKAR ARAHAN GURU G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA

H KESALAHAN VANDALISME

H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID

J TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH

J01 PECAH AMANAH J02 BERBOHONG J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB J04 TIDAK JUJUR/ KENAKALAN

K LAIN-LAIN KESALAHAN

K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN K09 BERMAIN DALAM DORM K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA

Page 30: Undang dan peraturan smkti 2013

29

L TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA L01 LEWAT KE SEKOLAH L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN L03 LEWAT MASUK KELAS L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA

M KEKEMASAN DIRI

M01 BERKUKU PANJANG M02 MEWARNA KUKU / BERINAI M03 BERAMBUT PANJANG M04 RAMBUT BERFESYEN M05 BERMISAI / BERJANGGUT M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN M07 PAKAI BARANG KEMAS M08 BERTATOO M09 MENCUKUR BULU KENING M10 MEMAKAI ALAT SOLEK

N PENGLIBATAN POLITIK

N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK

Q TIADA DALAM SENARAI

Q01 MEMBAWA TELEFON BIMBIT Q02 MENGHINA SEKOLAH MELALUI FACEBOOK Q04 BERGADUH Q06 MENCABUL/MERABA Q07 SUBAHAT VANDALISME/MENCURI Q09 BERPASANGAN/BERKHALWAT G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA Q11 MERAYAU/BERKELIARAN DALAM KAWASAN SEKOLAH Q13 PERGI KE KAFE SIBER Q30 MENCEROBOH MASUK KAWASAN LARANGAN DI SEKOLAH Q47 BERSIDAI DI KORIDOR Q48 BERADA BERSAMA PENGHISAP ROKOK Q62 BERMAIN BEDAK DAN AIR Q72 MEMBAWA PEMETIK API Q76 MENGGANGGU BUDAK PEREMPUAN Q78 MENIRU DALAM PEPERIKSAAN Q82 MENUNJUK PERASAAN/BERPIKET Q87 MENGANCAM DAN MENCEDERAKAN MURID LAIN Q91 MENGGANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH Q94 MENJUAL AIR KETUM DI SEKOLAH

Page 31: Undang dan peraturan smkti 2013

30

BORANG PENGAKUAN

Pengetua SMK Taman Indah 73000 Tampin Negeri Sembilan BUKU PERATURAN SEKOLAH 1. Saya telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan saya semasa saya bersekolah

di sini. 2. Saya faham segala yang terkandung didalamnya dan akan mematuhi kandungannya. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman tersebut. Tandatangan pelajar: Tanda tangan ibu bapa/penjaga: ……………………………………… ………………………………………….. Nama:……………………………….. Nama:……………………………………. No. Kad Pengenalan:…………………….. Tandatangan guru tingkatan: Nama:………………………………..