peraturan dan undang-undang kecll

23
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL MES PEGAWAI KANAN MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR

Upload: nguyenquynh

Post on 16-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

PERATURAN

DAN

UNDANG-UNDANG KECIL

MES PEGAWAI KANAN

MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR

Page 2: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEClL

MES PEGAWAI KANAN MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 1. TAJUK DAN LOKASI

(a) Tajuk Mes hendaklah dinamakan "Mes Pegawai Kanan, Maktab Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur", yang kemudian selepas ini dirujukkan sebagai "Mes".

(b) Mes ini terletak dan mempunyai alamat rasminya di Aras 3, Blok J,

Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras, 43200 Selangor dan mana-mana tempat seperti yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa.

PERLEMBAGAAN 2. KEAHLIAN

(a) Keahlian Mes hendaklah terdiri dari tiga kategori;

(i) Ahli Biasa (ii) Ahli Sementara (iii) Ahli Kehormat

(b) Kelayakan kepada keahlian hendaklah seperti yang ditetapkan di dalam

Peraturan-Peraturan 10, 11 dan 12. 3. YANG DIPERTUA MES Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur (Maktab) adalah YANG DIPERTUA Mes. 4. TIMBALAN YANG DIPERTUA MES Timbalan Komandan Maktab adalah TIMBALAN YANG DIPERTUA Mes.

1

Page 3: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

5. NAIB YANG DIPERTUA MES NAIB YANG DIPERTUA MES hendaklah seorang pegawai kanan polis yang dipilih oleh Badan Berkuasa Mes. 6. SETIAUSAHA MES SETIAUSAHA Mes hendaklah seorang pegawai kanan polis yang dilantik oleh YANG DIPERTUA Mes. 7. BENDAHARI MES BENDAHARI MES hendaklah seorang pegawai kanan polis yang dilantik oleh YANG DIPERTUA Mes. 8. BADAN BERKUASA MES BADAN BERKUASA MES hendaklah terdiri dari ahli-ahli yang hadir berkumpul di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dikendalikan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 49 - 55. 9. JAWATANKUASA MES Satu JAWATANKUASA MES terdiri dan dilantik seperti yang ditetapkan oleh Peraturan 13, hendaklah menguruskan hal ehwal Mes bagi pihak BADAN BERKUASA MES dan dalam hubungan ini hendaklah mempunyai kuasa-kuasa serta melaksanakan tugas-tugas sepertimana yang ditetapkan kepada ahli-ahlinya secara bersama atau berseorangan di dalam peraturan ini.

KEAHLIAN 10. AHLI BIASA Semua pegawai kanan polis yang sedang berkhidmat di Maktab adalah AHLI BIASA Mes. 11. AHLI SEMENTARA

(a) Semua pegawai kanan polis dan mana-mana orang dan lain-lain perkhidmatan yang sedang menghadiri kursus, seminar, bengkel atau latihan yang berkaitan di Maktab adalah AHLI SEMENTARA Mes.

2

Page 4: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

Tempoh keahliannya akan dengan sendirinya tamat sebaik sahaja tempoh kursus, seminar, bengkel atau latihan yang berkaitan di Maktab tamat.

(b) Seorang AHLI SEMENTARA berhak menikmati keistimewaan-

keistimewaan dan mempunyai tanggungan-tanggungan yang sama seperti Ahli Biasa kecuali:-

(i) Dia tidak layak memegang apa-apa jawatan; dan (ii) Dia tidak layak untuk mengundi di atas apa-apa hal yang

berkaitan dengan pengurusan Mes. 12. AHLI KEHORMAT

(a) YANG DIPERTUA boleh atau atas sokongan Jawatankuasa Mes, mempelawa dan / atau meluluskan permohonan masuk mana-mana orang untuk menjadi AHLI KEHORMAT Mes.

(b) Seorang AHLI KEHORMAT berhak menikmati keistimewaan-

keistimewaan yang sama seperti Ahli Biasa melainkan:-

(i) Semua urusan pembayaran secara tunai; (ii) Tidak layak untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa

Mes; (iii) Tidak mempunyai hak mengundi atas apa-apa perkara yang

berhubung dengan pengurusan Mes; (iv) YANG DIPERTUA boleh pada bila-bila masa menamatkan

keahlian seorang AHLI KEHORMAT di atas apa-apa sebab yang difikirkan perlu.

AHLI JAWATANKUASA MES 13. KOMPOSISI AHLI JAWATANKUASA MES

(a) Ahli Jawatankuasa Mes terdiri daripada:-

(i) YANG DIPERTUA (ii) TIMBALAN YANG DIPERTUA (iii) NAIB YANG DIPERTUA sebagai Pengerusi

3

Page 5: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(iv) Setiausaha; (v) Bendahari; (vi) Penolong Setiausaha; (vii) Ahli Penginapan; (viii) Ahli Makanan; (ix) Ahli Minuman; (x) Ahli Sosial; (xi) Ahli Sukan.

(b) Jawatan Naib Yang DiPertua, Penolong Setiausaha, Ahli Penginapan,

Ahli Makanan, Ahli Minuman dan Ahli Sosial dan Ahli Sukan hendaklah dilantik oleh Badan Berkuasa Mes.

(c) Apabila mana-mana Ahli Jawatankuasa Mes tidak boleh menjalankan

tugas-tugasnya, YANG DIPERTUA bolehlah melantik mana-mana pegawai kanan polis untuk melaksanakan apa-apa tugas tersebut sementara diadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, mana yang terdahulu.

14. BIDANG KUASA JAWATANKUASA MES Jawatankuasa Mes, tertakluk sentiasa kepada mandat am BADAN BERKUASA, mempunyai kuasa umum untuk menjalankan hal ehwal Mes. Secara khusus bidang kuasanya adalah seperti berikut:-

(a) Perbelanjaan Tabung Mes mengikut prosedur bagi penyelenggaraan dan pengurusan Mes dengan syarat bahawa:-

(i) YANG DIPERTUA Mes boleh meluluskan sesuatu

perbelanjaan tidak melebihi RM2,000/- (Dua ribu sahaja); (ii) Jawatankuasa Mes boleh meluluskan sesuatu perbelanjaan tidak

melebihi RM 5,000/- (Lima ribu sahaja); (iii) Mana-mana perbelanjaan yang melebihi RM 5,000/- (Lima ribu

sahaja) hendak mendapat kelulusan Badan Berkuasa Mes.

(b) Membuat perbelanjaan untuk pemberian saguhati kepada kakitangan Mes sempena perayaan-perayaan seperti Rari Raya Puasa, Hari Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dengan kadar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Mes.

4

Page 6: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(c) Menetapkan kadar bayaran "messing", penginapan dan bayaran

penggunaan kemudahan-kemudahan yang lain dari semasa ke semasa. (d) Membuat dan meminda Undang-Undang Kecil yang tidak sejajar

dengan peruntukan-peruntukan Peraturan ini bagi menentukan kelicinan pentadbiran Mes.

(e) Membuat perintah-perintah tetap Mes serta meluluskan arahan- arahan

berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kakitangan Mes. (f) Meluluskan hutang-hutang kepada Mes yang berjumlah tidak melebihi

RM 100/-. Pelupusan hutang yang melebihi RM 100/- hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada YANG DIPERTUA. Alasan pelupusan hutang yang berkenaan hendaklah direkodkan di dalam minit.

(g) Untuk melupus harta Mes yang bukan harta Kerajaan hendaklah

mendapat kelulusan daripada YANG DIPERTUA. Alasan pelupusan hendaklah direkodkan dalam minit.

(h) Mana-mana ahli yang difikirkan perlu atau sesuai bagi tujuan tertentu

untuk kebaikan dan kemajuan Mes. (i) Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil Mes yang difikirkan

perlu bagi tujuan tertentu dan untuk meletakkan syarat-syarat ke atas pengujudan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil tersebut.

15. MESYUARAT JAWATANKUASA MES

(a) Mesyuarat biasa Jawatankusa Mes hendaklah diadakan 3 bulan sekali atau sekerapnya, jika difikirkan perlu, sepertimana yang ditentukan oleh YANG DIPERTUA atau TIMBALAN YANG DIPERTUA, dengan syarat 2 hari notis diberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa.

(b) Semua mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh NAIB YANG

DIPERTUA. (c) Korum. Sekurang-kurangnya Lima Ahli Jawatankuasa termasuk

Pengerusi. (d) Keputusan. Keputusan-keputusan hendaklah dibuat mengikut 'simple’

majoriti. Pengerusi hendaklah mempunyai undi penentu dan mempunyai kuasa untuk menangguhkan perjalanan mesyuarat jika beliau berpendapat bahawa rujukan patut dibuat kepada YANG DIPERTUA atau BADAN BERKUASA MES.

5

Page 7: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

KUASA DAN TANGGUNGJAWAB PEMEGANG JAWATAN

16. YANG DIPERTUA MES YANG DIPERTUA Mes mempunyai kuasa ke atas semua perkara berhubung dengan dasar rasmi dan kepentingan awam berkaitan hal ehwal Mes. 17. TIMBALAN YANG DIPERTUA MES TIMBALAN YANG DIPERTUA mempunyai kuasa sama seperti YANG DIPERTUA dan boleh menggunakan kuasa-kuasa yang ada semasa ketiadaan atau ketidakupayaan YANG DIPERTUA. 18. NAIB YANG DIPERTUA MES NAIB YANG DIPERTUA bertanggungjawab kepada YANG DIPERTUA dan TIMBALAN YANG DIPERTUA di dalam perkara-perkara berikut:-

(a) Disiplin am, kesopanan dan kelakuan baik ahli-ahli di dalam Mes. Namun demikian ahli-ahli kanan yang hadir di Mes pada bila-bila masa bertanggungjawab terhadap pemeliharaan disiplin;

(b) Menentukan pentadbiran dan hal ehwal Mes dilaksanakan dengan

cekap dan lancar; (c) Penyeliaan kerja Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari Mes,

Ahli Penginapan, Ahli Makanan, Ahli Sosial, Ahli Sukan dan Ahli Minuman Mes;

(d) Melaksanakan keputusan Badan Berkuasa dan Jawatankuasa Mes; (e) Melaksanakan Peraturan dan Undang-Undang Kecil; (f) Lain-lain tugas yang dikehendaki oleh YANG DIPERTUA atau

TIMBALAN YANG DIPERTUA dari semasa ke semasa. 19. TUGAS SETIAUSAHA MES Setiausaha Mes hendaklah bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA berhubung pentadbiran Mes khususnya:-

(a) Menyelia dan menyelaras semua aktiviti Mes; (b) Mengendali majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi di Mes;

6

Page 8: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(c) Mengadakan buku cadangan dipelihara di bawah Peraturan 48 dan

mengemukakannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Mes; (d) Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Mes, Mesyuarat Agung dan

Mesyuarat Agung Luar Biasa; (e) Menyelia penugasan dan disiplin ketua-ketua dan anggota-anggota

Mes;

(f) Membuat pemeriksaan stok / peralatan Mes; (g) Memeriksa dan mengesah semua bil-bil perbelanjaan Mes dan

kemukakan kepada Bendahari Kehormat untuk kelulusan pembayaran; (h) Membuat pesanan dan pembelian yang diarahkan; (i) Memastikan segala polisi dan arahan Mes dipatuhi; (j) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

20. TUGAS-TUGAS PENOLONG SETIAUSAHA Penolong Setiausaha Mes hendaklah membantu Setiausaha Mes di dalam semua tugas berhubung dengan Mes. 21. TUGAS-TUGAS BENDAHARI MES Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Memperolehi dari Setiausaha Mes pada atau sebelum hari ketiga setiap bulan, butir-butir yang mencukupi bagi membolehkannya menyediakan bil-bil ahli;

(b) Menghantar keluar bil-bil ahli; (c) Menyediakan laporan bulanan kewangan dan melaporkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Mes; (d) Menerima semua bayaran tunai / cek sebagai pembayaran kepada

perkhidmatan / penginapan Mes; (e) Mengeluarkan resit bagi semua bayaran yang diterima; (f) Memasukkan semua wang Mes ke dalam akaun bank Mes;

7

Page 9: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(g) Membuat pembayaran kewangan Mes yang diperlukan untuk menjelas semua tanggungan Mes. Pembayaran hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan di dalam Peraturan 33;

(h) Menyimpan dan memelihara akaun semasa Mes; (i) Merekod semua perbelanjaan Mes; (j) Merekod semua bayaran yang diterima dan dibayar atas nama Mes; (k) Membekal kepada Setiausaha Mes dengan :-

(i) 'Balance Sheet' bulanan akaun Mes, dan (ii) Kenyataan Untung Rugi Bulanan;

(l) Mengendali 'petty cash' berjumlah RM 1,000/-; (m) Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan untuk dibentangkan di

dalam Mesyuarat Agung Tahunan; (n) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

22. TUGAS AHLI PENGINAPAN Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Menyediakan peraturan penginapan; (b) Membuat pemeriksaan ke atas daftar penginapan; (c) Membuat 'stock verification' sekali setahun; (d) Memberitahu Setiausaha Mes apa-apa keperluan bagi penyelenggaraan

dan penambahan kemudahan / peralatan penginapan; (e) Membuat pemeriksaan ke atas hasil kutipan yuran perkhidmatan; (f) Membuat pemeriksaan ke atas kebersihan bilik-bilik penginapan; (g) Pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas penggunaan air dan eletrik; (h) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

8

Page 10: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

23. TUGAS AHLI MAKANAN MES Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Pembersihan dan pemeliharaan dapur yang sempurna, meja hidangan, alatan memasak dan kemudahan penyimpanan makanan di Mes;

(b) Memastikan pembekal makanan Mes mematuhi syarat-syarat

kontraknya; (c) Membuat 'stock verification' sekali setahun; (d) Memberitahu Setiausaha Mes apa-apa keperluan bagi penambahan

kemudahan / peralatan majlis;

(e) Membuat pemeriksaan dan mengesahkan semua bil sajian makanan; (f) Menyediakan menu-menu; (g) Mendapat maklumbalas dari ahli-ahli Mes mengenai sajian makanan

dan membuat cadangan kepada Jawatankuasa Mes; (h) Lain~lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

24. TUGAS AHLI MINUMAN MES Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Pemesanan dan penyelenggaraan bekalan minuman bagi kaunter minuman Mes;

(b) Membuat pemeriksaan ke atas kebersihan kaunter minuman; (c) Membuat 'stock verification' sekali setahun; (d) Memberitahu Setiausaha Mes apa-apa keperluan bagi penambahan

kemudahan / peralatan kaunter minuman; (e) Menyedia dan menyemak dari semasa ke semasa senarai harga

minuman; (f) Membuat pemeriksaan ke atas hasil kutipan / akaun; (g) Memastikan kaunter minuman dibuka dan ditutup pada masa-masa

yang dinyatakan dalam Undang-Undang Kecil Mes; (h) Membuat pemeriksaan mingguan ke atas semua bekalan kaunter

minuman;

9

Page 11: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(i) Memeriksa dan mengesahkan semua bil-bil pesanan bekalan kaunter minuman;

(j) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

25. TUGAS AHLI SOSIAL MES Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Merancang dan menyelaras aktiviti sosial Mes; (b) Membuat pemeriksaan terhadap kemudahan sosial Mes;

(c) Memberitahu Setiausaha Mes apa-apa keperluan bagi penambahan

kemudahan sosial Mes; (d) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

25A. TUGAS AHLI SUKAN MES Bertanggungjawab kepada NAIB YANG DIPERTUA bagi:-

(a) Merancang dan menyelaras aktiviti sukan dan rekreasi Mes; (b) Membuat pemeriksaan terhadap kemudahan sukan dan rekreasi Mes;

(c) Memberitahu Setiausaha Mes apa-apa keperluan bagi penambahan

kemudahan sukan dan rekreasi Mes; (d) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh NAIB YANG DIPERTUA.

HAL-HAL KEWANGAN 26. TAHUN KEWANGAN Tahun kewangan Mes adalah dari 1hb. Jan hingga 31hb. Dis. mengikut tahun kalender berkenaan.

10

Page 12: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

27. COP RASMI Satu cop rasmi di atas nama Mes hendaklah dicetak di atas semua resit, bil, cek dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan berkaitan dengan Tabung Mes. 28. YURAN

(a) Semua Ahli Biasa dan Ahli Sementara dikehendaki membayar yuran bulanan sepertimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Mes. Yuran tersebut hendaklah dibayar tiap-tiap bulan atau pada mana-mana bahagian bulan tersebut yang meliputi tempoh seseorang itu menjadi Ahli Mes.

(b) Semua Ahli Biasa dikehendaki membayar yuran bulanan sebanyak RM

5.00. (c) Ahli yang menginap tetap di Mes, dikehendaki membayar yuran

perkhidmatan sebanyak RM30.00 sebulan di samping jumlah yang di sebutkan di para (b).

(d) Kadar yuran untuk Ahli Sementara ialah :-

(i) RM 3.00 untuk mereka yang menghadiri kursus satu minggu dan kurang;

(ii) RM 5.00 untuk mereka yang menghadiri kursus lebih daripada

satu minggu.

(e) Kadar yuran hendaklah dikaji oleh Jawatankuasa Mes dari semasa ke semasa.

29. AKAUN AHLI - HARI PENJELASAN TERAKHIR

(a) Akaun ahli hendaklah dihantarkan seberapa segera yang boleh selepas hari ketiga bekerja setiap bulan dan hendaklah dijelaskan di dalam masa 10 hari pengemukaannya. Kesilapan kecil atau pertanyaan tidak boleh digunakan atau diterima sebagai alasan untuk tidak membayar akaun ahli.

(b) Apa-apa jua akaun yang masih terhutang selepas hari ke 30

pengemukaan bil, maka Jawatankuasa Mes hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang sesuai untuk mendapatkannya.

30. TANGGUNGAN KEWANGAN AHLI Seseorang Ahli hendaklah menanggung semua hutang dan perbelanjaan di Mes samada olehnya sendiri atau oleh tetamunya.

11

Page 13: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

31. TANGGUNGAN AHLI BAGI KEROSAKAN Seseorang Ahli hendaklah bertanggungjawab untuk membayar kos seperti yang dinilaikan oleh Jawatankuasa Mes, bagi apa-apa pembaikan kepada bangunan Mes serta kehilangan dan kerosakan perkakas, kelengkapan dan perabot yang mana pada pendapat Jawatankuasa Mes perlu dipertanggungjawabkan oleh dia atau tetamunya. 32. CARA MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA MES Ahli-ahli hendaklah membayar semua bil, termasuk apa-apa yang berkaitan Peraturan 28 - 31 dengan cek berpalang atas nama "Mes Pegawai Kanan MPKPKL" dan dicop 'Akaun Penerima Sahaja (A/C payee only)', atau dengan bayaran tunai. 33. CARA MEMBUAT PEMBAYARAN KELUAR DARI TABUNG MES

(a) Semua pembayaran keluar dari kewangan Mes hendaklah dibuat dengan cek dan ditandatangani oleh mana-mana dua daripada berikut:-

(i) YANG DIPERTUA; (ii) TIMBALAN YANG DIPERTUA; (iii) NAIB YANG DIPERTUA; (iv) BENDAHARI MES.

(b) Perbelanjaan runcit berkaitan dengan urusan harian Mes hendaklah dibayar secara tunai.

34. KERAIAN RASMI KE ATAS PELAWAT MES Sebuah buku hendaklah disediakan di Mes, dalam mana butir-butir perbelanjaan yang dibuat semasa keraian pelawat-pelawat dan tetamu rasmi, hendaklah dimasukkan. Kuasa bagi meraikan pelawat dan tetamu sedemikian hendaklah di letak kepada YANG DIPERTUA, TIMBALAN YANG DIPERTUA atau NAIB YANG DIPERTUA.

12

Page 14: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

UPACARA RASMI MES 35. KATEGORI-KATEGORI UPACARA MES

(a) Upacara yang diadakan di Mes adalah seperti berikut:-

(i) Malam Mes (ii) Malam Tetamu Khas (iii) Majlis Mes

(b) Definisi upacara ini adalah mengikut Peraturan 36 dan Jawatankuasa Mes boleh membuat suatu Perintah Tetap berkenaan upacara tersebut sebagaimana yang difikirkan perlu.

36. DEFINISI UPACARA MES

(a) Malam Mes - adalah Majlis Makan Malam Beristiadat untuk ahli - ahli yang dibuat atas arahan YANG DIPERTUA dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Mes.

(b) Malam Tetamu Khas - adalah Majlis Makan Malam Beristiadat

dibuat atas arahan YANG DIPERTUA dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Mes yang mana tetamu rasmi pasukan dan ahli-ahli individu seperti yang diluluskan oleh YANG DIPERTUA dijemput.

(c) Majlis Mes - adalah mana-mana majlis lain yang

diadakan di Mes, atau oleh Jawatankuasa yang dilantik khas oleh YANG DIPERTUA, yang mana tetamu-tetamu Pasukan dan Ahli-Ahli Mes diundang.

PERKARA AM 37. DISIPLIN Tanpa prejudis kepada peruntukan 18(a), ahli terkanan yang berada di Mes pada bila-bila masa hendaklah bertanggungjawab untuk mengekalkan disiplin dan melapor

13

Page 15: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

secara bertulis sekiranya terdapat perlanggaran disiplin oleh ahli-ahli kepada Jawatankuasa Mes untuk tindakan sewajarnya. 38. PAKAIAN Ahli atau tetamu yang hadir atau berada di Mes hendaklah berpakaian sempurna seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Kecil. 39. HIBURAN PERSENDIRIAN Sebarang majlis hiburan sosial persendirian yang hendak diadakan di Mes hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada YANG DIPERTUA atau TIMBALAN YANG DIPERTUA atau NAIB YANG DIPERTUA. 40. TETAMU MES Ahli-ahli tidak dihadkan daripada membawa tetamu ke Mes, namun demikian ahli-ahli mestilah mempastikan bahawa:-

(a) Mereka tidak membawa tetamu peribadi semasa berlangsungnya Upacara Rasmi Mes kecuali di bawah syarat-syarat yang termaktub di dalam Peraturan 36(b) & (c);

(b) Di dalam semua keadaan ahli-ahli hendaklah memastikan:-

(i) Status tetamu berkenaan tidak mengaibkan pasukan atau memalukan ahli-ahli yang lain;

(ii) Bahawa tetamu itu bukanlah mereka yang melalui

pekeIjaannya, kelakuan atau kedudukannya di dalam keadaan biasa ditolak dari menjadi ahli Mes; dan

(iii) Tetamunya akan mematuhi Peraturan dan Undang-Undang

Kecil Mes terutamanya bersabit dengan tatasusila dan pakaian. 41. TETAMU KE BILIK PENGINAPAN Dalam apa-apa keadaan sekalipun, ahli-ahli tidak dibenarkan membawa masuk ke bilik penginapan Mes tetamu yang bukan sama jantina dengannya melainkan suami isteri dan anak sendiri. 42. PENARIKAN KEMUDAHAN TETAMU Jawatankuasa Mes pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab boleh menolak kemudahan ahli-ahli untuk membawa seorang tetamu.

14

Page 16: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

43. KAUNTER MINUMAN MES Waktu kaunter minuman Mes dibuka adalah seperti termaktub di dalam Undang-Undang Kecil. 44. HAIWAN Di dalam apa-apa keadaan, haiwan tidak boleh dibawa / dibela dalam Mes. 45. PENGINAP AN Penginapan Mes disediakan seperti berikut :-

(a) Sekurang-kurangnya satu bilik hendaklah sentiasa disediakan untuk digunakan, tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM 10/- sehari untuk bilik biasa dan RM20/- sehari untuk bilik berhawa dingin, oleh ahli-ahli yang melawat atau ahli-ahli dalam transit.

(b) YANG DIPERTUA mempunyai budibicara untuk memperuntukkan

penginapan kepada TIMBALAN YANG DIPERTUA, NAIB YANG DIPERTUA dan mana-mana Ahli Jawatankuasa Mes.

(c) YANG DIPERTUA juga mempunyai budibicara untuk

memperuntukkan tempat tinggal, tertakluk kepada bayaran perkhidmatan, kepada mana-mana ahli seperti yang dinyatakan di Peraturan 2.

(d) Kadar bayaran perkhidmatan bilik adalah tertakluk kepada

Jawatankuasa Mes yang akan menetapkannya dari semasa ke semasa. (e) Pegawai kanan polis dari negara lain yang melawat Malaysia boleh,

dengan budibicara Jawatankuasa Mes semasa ke semasa, diperuntukkan penginapan sementara di Mes.

46. PENGGUNAAN PERABOT DI MES DLL

(a) Semua perabot atau kelengkapan Mes tidak boleh dialihkan dari Mes, walau atas apa sebab sekalipun, kecuali untuk tujuan dibaikpulih.

(b) Sebarang penggunaan perkakas, perabot atau kelengkapan Mes untuk

tujuan selain daripada kegiatan Mes, hendaklah mendapat kebenaran daripada YANG DIPERTUA.

15

Page 17: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

47. BUKU DAFTAR PENGINAPAN MES Buku daftar penginapan Mes hendaklah disediakan di Mes. Buku ini hendaklah mengandungi butiran-butiran seperti berkut:-

(a) Tarikh dan masa ahli-ahli masuk / keluar menginap di Mes; (b) Pendaftaran ini hendaklah dilakukan dan ditandatangani sendiri oleh

ahli-ahli yang menginap di Mes.

48. BUKU CADANGAN / BORANG MAKLUMBALAS MES Setiausaha Mes hendaklah menyediakan satu buku cadangan atau borang maklumbalas mengenai perkhidmatan Mes untuk diisikan oleh ahli-ahli. Buku ini hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa dan Setiausaha Mes hendaklah membawa cadangan-cadangan yang dikemukakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Mes untuk tindakan sewajarnya.

MESYUARAT AGUNG / MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA 49. TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada bulan Disember, atau dengan secepat mungkin. 50. NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Setiausaha Mes hendaklah memberi, tidak kurang daripada 14 hari, notis bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan hendaklah, pada masa yang sama, meminta ahli-ahli memaklumkan di dalam masa 9 hari daripada tempoh notis, apa-apa perkara yang mereka berhasrat untuk dimasukkan di dalam agenda. 51. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Setiausaha Mes hendaklah, tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan, mengedarkan kepada setiap ahli, satu salinan agenda yang telah disediakan. Agenda hendaklah mengandungi pemilihan Jawatankuasa seperti yang diperuntukkan oleh Peraturan 12. Beliau hendaklah menyertakan satu salinan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan bagi tahun kewangan sebelumnya sebagai satu perkara tertentu dalam agenda.

16

Page 18: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

52. PENGERUSI DAN PENGENDALIAN MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN

(a) Pengerusi - YANG DIPERTUA atau TIMBALAN YANG DIPERTUA atau seorang ahli yang dipilih oleh YANG DIPERTUA hendaklah menjadi Pengerusi.

(b) Korum - Korum bagi mesyuarat ini adalah sekurang-

kurangnya dua puluh (20) ahli termasuk Pengerusi.

(c) Resolusi - Resolusi hendaklah diluluskan dengan majoriti

biasa. Pengerusi mempunyai undi penentu. 53. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh, dengan kelulusan YANG DIPERTUA, diadakan atas permintaan:-

(a) Jawatankuasa Mes; atau (b) Dua Puluh (20) atau lebih ahli, dengan syarat permintaan tersebut

hendaklah dikemukakan secara bertulis dan hendaklah menjelaskan perkara pokok / usul yang hendak dibincangkan.

54. NOTIS MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA Setiausaha Mes hendaklah memberi notis dengan tempoh tidak kurang daripada 1 minggu, mengenai Mesyuarat Agung Luar Biasa yang akan diadakan dan hendaklah menyertakan bersama satu salinan agenda mesyuarat berkenaan. 55. PENGERUSI DAN PENGENDALIAN MESYUARAT AGUNG LUAR

BIASA Perlantikan Pengerusi dan Pengendalian Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah sama seperti yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan dengan syarat, tiada perkara lain boleh dibincangkan tanpa notis seperti diperuntukkan dalam Peraturan 53(b).

17

Page 19: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

PERATURAN MES

56. PEMBERITAHUAN PERATURAN MES KEPADA AHLI

(a) Setiap Ahli Biasa hendaklah menerima satu salinan Peraturan dan Undang-Undang Kecil Mes dan hendaklah memberi pengakuan penerimaannya di dalam borang Akuan Terima seperti yang ditunjukkan di dalam Lampiran 'A'.

(b) Satu Salinan Peraturan Mes yang telah dikemaskini dan semua

Undang-Undang Kecil dan Perintah Tetap yang berkuatkuasa dibawahnya hendaklah disimpan di Mes dan boleh dikeluarkan kepada mana-mana ahli lain di atas permintaan.

57. PINDAAN PERATURAN MES Tiada tambahan, pindaan atau pemansuhan pada Peraturan Mes boleh dibuat kecuali dengan resolusi oleh BADAN BERKUASA MES dan kelulusan YANG DIPERTUA. JAWATANKUASA MES MES PEGAWAI KANAN MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR. 12 hb OGOS 2000. 19 hb MEI 2011 (pindaan)

18

Page 20: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

UNDANG-UNDANG KECIL MES 1. MES Waktu Perkhidmatan Mes akan dibuka pada setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam. YANG DIPERTUA atau TIMBALAN YANG DIPERTUA atau NAIB YANG DIPERTUA boleh membenarkan masa dilanjutkan / ditutup atas sebab-sebab tertentu.

2. PAKAIAN

(a) Bagi tujuan Peraturan 38 "berpakaian sempurna" (properly dressed) hendaklah diistilahkan sebagai bermaksud "berpakaian dengan tatasusila yang sempurna" (dressed with proper decorum).Walau bagaimanapun peraturan-peraturan berikut hendaklah diikuti:-

(i) Pakaian Seragam : Seperti yang dikehendaki di bawah

Peraturan-Peraturan (Pakaian) Polis dan yang dikira sesuai bagi waktu atau majlis tersebut dengan syarat bahawa Sam Browne dan tali-tali pinggang dan topi-topi yang dikeluarkan oleh Pasukan, kecuali sekiranya diarahkan oleh YANG DIPERTUA atau Jawatankuasa Mes, hendaklah dibuka sebaik sahaja masuk ke dalam Mes.

(ii) Pakaian Pereman bagi Lelaki:

Sebelum 7.30 malam - Pakaian kemas atau 'Casual Smart'.

Selepas 7.30 malam - Baju Kebangsaan atau baju batik

atau baju lengan panjang, tali leher, seluar panjang, kasut dan stoking.

(iii) Pakaian Pereman bagi Wanita :

Sebarang jenis pakaian yang tidak melanggar peraturan moral, sosial atau peraturan etika dan sesuai dengan waktu dan / atau majlis hari berkenaan.

19

Page 21: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

(b) Upacara Mes

Untuk upacara mes, pakaian-pakaian berikut hendaklah diikuti :- (i) Malam Mes - Pakaian Mes Kit. (ii) Malam Tetamu Khas - Sepertimana diarahkan oleh

YANG DIPERTUA bagi majlis-majlis berkenaan.

(iii) Majlis Mes - Lounge suit atau batik atau

pakaian kemas. 3. TEGURAN DAN CADANGAN

(a) Teguran dan cadangan tidak boleh dibuat kepada kakitangan Mes. Ahli-ahli boleh membuat teguran dan cadangan dengan mencatatkan dalam buku-buku cadangan yang diselenggarakan mengikut Peraturan 48.

(b) Setiausaha Mes hendaklah memeriksa buku cadangan dan mengambil

tindakan yang sesuai atau memberi penjelasan. (c) Teguran mengenai kelakuan atau disiplin kakitangan Mes tidak boleh

dicatatkan dalam buku-buku cadangan tetapi hendaklah dibuat mengikut peruntukkan Undang-Undang Kecil 4.

4. TEGURAN KEPADA KAKITANGAN MES Seseorang ahli, kecuali YANG DIPERTUA, TIMBALAN YANG DIPERTUA atau Ahli Jawatankuasa Mes, tidak boleh membuat teguran kepada kakitangan Mes atau memberi sebarang arahan berkaitan dengan tugasnya di Mes. lnsiden-insiden keengkaran atau kesalahan-kesalahan lain oleh kakitangan Mes hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Mes atau kepada Ahli Jawatankuasa Mes secara bertulis dengan seberapa segera yang boleh. 5. SURATKHABAR DAN MAJALAH

(a) Suratkhabar dan majalah hendaklah disediakan oleh Setiausaha Mes dan diletakkan di dalam Mes.

(b) Suratkhabar dan majalah tidaklah boleh dibawa keluar dari Mes.

20

Page 22: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

6. TELEVISYEN. RADIO DAN ALAT MUZIK PERSENDIRIAN Ahli yang mempunyai televisyen, radio dan lain-lain alat muzik dalam bilik penginapan hendaklah sentiasa bertimbangrasa kepada ahli-ahli lain yang tinggal di Mes. 7. PERALATAN Ahli-ahli dikehendaki memastikan bahawa peralatan sukan dan barang-barang permainan Mes dijaga dan dipakai dengan baik dan mengambil langkah yang sesuai untuk menentukan ianya sentiasa dalam keadaan baik. Mana-mana ahli atau ahli-ahli yang menyebabkan kerosakan dengan perbuatan sambil lewa, cuai atau penyalahgunaan peralatan tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan 31. 8. LAIN-LAIN PERKARA

(a) Mana-mana ahli yang mengetahui kehilangan atau kerosakan ke atas harta benda hendaklah dengan segera melaporkan perkara ini kepada Jawatankuasa Mes.

(b) Mana-mana ahli yang membazirkan kegunaan air dan api di dalam

bilik penginapan akan dikenakan surcaj sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Mes.

21

Page 23: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECll

22

LAMPIRAN A

AKUAN TERIMA Saya akui telah menerima satu salinan Peraturan dan Undang-Undang Kecil Mes Pegawai Kanan, Maktab Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur. .....................................................

Tandatangan .....................................................

Nama .....................................................

No/Pangkat .....................................................

Jawatan .....................................................

Tarikh